CTU 241 PERBEZAAN EKONOMI ISLAM DAN EKONOMI KONVENSIONAL
DISEDIAKAN OLEH : 1. AMIRUL ASHRAF BIN JIFRIDIN (2009204736) 2. MUHAMMAD KHAIRUL AZMAN BIN ABDULLAH (2009407614) 3. IHSAN BIN MHD ILHAM (2009261568)
DISEDIAKAN UNTUK: USTAZAH SITI AISHAH BINTI SOKHIBUL FADIL
KUMPULAN: D3T2
1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. SITUASI DUNIA ISLAM SEMASA 1.1 PERBEZAAN EKONOMI ISLAM DAN EKONOMI KONVENSIONAL
2
Pendahuluan Perkembangan ekonomi dalam sesebuah Negara merupakan komponen yang amat penting dalam pembangunan sesebuah Negara.Kedua – dua komponen ini amat penting dan saling bersangkut - paut antara satu sama lain.Ekonomi Islam mempunyai sistem yang sangat kuat dan kukuh dan perlu dilaksanakan di setiap Negara kerana unsurnya yang suci dan mulia.Walaubagaimanapun pada dunia hari ini kebanyakan Negara menerapkan ekonomi konvensional di dalam sistem ekonomi mereka.Bagaimana perkara sedemikian terjadi?benar ekonomi konvensional lebih berunsurkan keuntungan,tetapi berbanding ekonomi Islam tetap mempunyai
sistem
yang
menguntungkan
cuma
tidak
sebanyak
seperti
ekonomi
konvensional.Persoalannya adakah keuntungan itu satu keuntungan yang Halal dan suci?Kertas kerja ini akan membongkar dan membandingkan bagi kedua-dua ekonomi Islam dan Konvensional.
3
1. PERBEZAAN EKONOMI ISLAM DAN EKONOMI KONVENSIONAL 1.1 PENGENALAN SISTEM EKONOMI ISLAM Sistem Ekonomi Islam merupakan sistem ekonomi yang lahir daripada agama Islam. Sistem ekonomi ini menggunakan sumber-sumber ciptaan Allah s.w.t dengan cara yang cekap dan adil berlandaskan hukum-hukum syarak. Sistem ekonomi ini menentang amalan riba atau feadah kerana mempunyai unsur penindasan. Sumber rujukan utama dalam sistem ekonomi islam ialah al-Quran dan hadis. Antara negara yang mengamalkan sistem ekonomi islam ialah Arab Saudi Dan Mesir.
SISTEM EKONOMI BARAT Konvensional menurut Kamus Dewan ialah “berdasarkan konvensi, mengikut atau sebagaimana yang ditentukan konvensi, sebagaimana kebiasaannya”. Perkataan konvensi pula ialah “sesuatu (seperti amalan, tingkahlaku dan ciri-ciri) yang sudah diiktiraf dengan meluasnya dan dipatuhi(diikut), kebiasaan umum, apa sahaja yang sudah diterima dan diamalkan secara meluas dan berterusan”.
Berdasarkan takrif ini bolehlah dikatakan bahawa konvensional adalah suatu perkara yang sudah diterima pakai dan dipraktikkan dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, apabila dikaitkan dengan ekonomi, sistem ekonomi konvensional bolehlah dikatakan sistem ekonomi yang sudah dipraktikkan secara meluas dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan maksud ini, ia adalah suatu sistem yang ditentukan oleh manusia dalam sesebuah masyarakat yang tidak mempunyai piawai yang mutlak tetapi bersifat anjal dan boleh berubah mengikut ketentuan masyarakat.
4
Disebabkan ia sistem manusia yang tidak tetap, maka sudah tentulah ia berbeza dengan Islam yang mempunyai piawai yang tetap iaitu bersumberkan wahyu dalam semua bidang termasuk ekonomi. Ekonomi barat juga dikenali sebagai ekonomi yang didasari dengan prisip sosialis dan kapitalis. Berikut merupakan definisi ekonomi daripada sistem barat ini:
a) Ekonomi Sosialis merupakan satu sistem ekonomi yang mengamalkan dasar sama rata dan segala harta diuruskan atas dasar kolektif atau pemiliknegaraan. Sistem ini menafikan langsung semua pemilikan dan kebebasan individu. Dasar utama pihak sosialis ini akan menjadikan rakyatnya hamba ekonomi dengan kawalan negara.
b) Ekonomi kapitalis menjadikan hak milik sebagai salah satu faktor pengeluaran. Pengeluaran menurut mereka mengambil kira sama ada pengeluaran tersebut membahayakan masyarakat atau sebaliknya kerana apa yang penting ialah keuntungan. Sistem kapitalis memberi kebebasan mutlak kepada hak milik melampaui batas sehingga menyebabkan kebanyakan pemiliknya menggunakan kaedah pengeluaran yang tidak mementingkan hak-hak sosial.
5
PERBEZAAN DASAR EKONOMI ISLAM DAN EKONOMI BARAT Perbezaan dasar antara ekonomi Islam dan konvensional boleh dilihat dari beberapa sudut iaitu: 1) Sumber (epistemology) Sebagai sebuah addin yang syumul, sumbernya berasaskan kepada sumber yang mutlak iaitu alQur‟an dan al-Sunnah. Kedudukan sumber yang mutlak ini menjadikan Islam itu sebagai suatu agama (addin) yang istimewa berbanding dengan agama-agama ciptaan lain.
Al-Qur‟an dan al-Sunnah ini menyentuh kita mempraktikkan ajaran wahyu tersebut dalam semua kehidupan termasuklah soal muamalat. Perkara-perkara asas muamalat dijelaskan di dalam wahyu yang melibatkan suruhan/galakan dan larangan. Suruhan seperti makan dan minum menjelaskan tentang tuntutan keperluan asasi manusia, Penjelasan Allah s.w.t tentang kejadianNya untuk dimanfaatkan oleh manusia (Yasin ayat 34-35. 72-73) (an-Nahl ayat 5-8, 14, 80) menunjukkan bahawa alam ini disediakan begitu untuk dibangunkan oleh manusia sebagai Khalifah Allah (al-Baqarah ayat 30).
Larangan-larangan Allah s.w.t seperti riba (al-Baqarah ayat 275) perniagaan babi, judi, arak dan lain-lain kerana perkara-perkara tersebut menceroboh fungsi manusia sebagai khalifah tadi. Oleh itu sumber rujukan untuk manusia dalam semua keadaan termasuklah ekonomi ini adalah lengkap. Kesemuanya itu mejurus kepada suatu paksi iaitu pembangunan seimbang rohani dan jasmani manusia berasaskan tauhid. Manakala ekonomi konvensional pula ianya tidak bersumber atau berlandaskan wahyu. Oleh itu ianya lahir dari pemikiran manusia yang boleh berubah bilabila masa sahaja berdasarkan pengalaman atau maklumat yang baru.
6
Kalau ada ketikanya diambil dari wahyu tetapu akal memprosesnya mengikut selera manusia sendiri kerana halatujunya ialah endapat pengiktirafan manusia bukan mengambil kira pengiktirafan Allah SWT. Itu bezanya antara sumber wahyu dengan sumber akal manusia atau juga dikenali sebagai falsafah yang lepas bebas dari ikatan wahyu.
Oleh itu sekalipun dapatan penyelidikannya adalah sama tetapi lahir dari kepompong yang berlainan. Tunjang yang tidak sama akan melahirkan implikasi yang berbeza kerana pakar ekonomi Islam bertujuan untuk mencapai al-falah di dunia dan akhirat, manakala pakar ekonomi sekular cuba menyelesaikan segala kemelut yang timbul tanpa ada pertimbangan mengenai soal ketuhanan dan keakhiratan tetapi keutamaannya hanyalah untuk kemudahan manusia di dunia sahaja.
2) Halatuju Kehidupan : Halatuju ekonomi Islam membawa kepada konsep al-falah (kejayaan) di dunia dan akhirat tetapi ekonomi sekular untuk kepuasan di dunia sahaja. Ekonomi Islam meletakkan manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini di mana segala bahan-bahan yang ada di bumi dan di langit adalah dipermudahkan untuk manusia. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, matahari serta bulan dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya. Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan jua untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
satu
tanda
bagi
kaum
yang
mahu
mengingati
ni‟mat
Allah
itu.”
(Surah al-Nahl ayat 12 – 13)
7
Kesemuanya adalah bertujuan untuk beribadat kepada Allah S.W.T sama ada berkaitan dengan soal ibadat yang khusus atau ibadat yang umum.Manusia merupakan makhluk yang tidak boleh bersendirian. Oleh itu dalam soal pemilikan harta terdapat harta milik individu dan juga terdapat hak-hak harta yang menjadi hak masyarakat umum. Oleh itu sebarang pencabulan atau pencerobohan kepada hak milik orang lain adalah suatu kesalahan.
3) Konsep Harta Sebagai Wasilah: Di dalam Islam harta bukanlah merupakan matlamat hidup tetapi adalah wasilah atau perantara bagi merealisasikan perintah Allah swt. Matlamat hidup yang sebenar ialah seperti firman Allah swt surah al An‟am ayat 162 yang bermaksud: “Katakanlah: ‘Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah utnuk Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam” Merealisasikan perintah Allah swt yang sebenarnya ini akan membawa kepada ketenangan hidup yang hakiki. Setiap Muslim percaya bahawa Allah swt merupakan Pencipta yang mampu memberikan ketenangan hakiki bukannya harta. Untuk itu harta bukanlah tujuan sebenar kehidupan tetapi adalah sebagai jalan bagi mencapai nikmat ketenangan kehidupan di dunia dan berterusan hingga ke alam akhirat.
Ini berbeza dengan sekular yang meletakkan keduniaan sebagai matlamat yang tidak mempunyai kaitannya dengan Tuhan dan akhirat sama sekali. Ini sudah tentu berlawanan dengan Islam. Bagi merealisasikan matlamat hidup menurut aliran sekular ini mereka menggubal sistem-sistem mengikut selera nafsu mereka bagi memuaskan kehendak material mereka semata-mata.
8
Oleh kerana sistem sekular adalah berteraskan ekonomi buat untung tanpa mempedulikan apaapa nilai wahyu, maka mereka mengutamakan kepentingan individu atau kepentingan golongan tertentu serta menindas golongan atau individu yang lemah dan tertindas di atas prinsip siapa kuat dialah yang berkuasa (survival of the fittest).
Antara sistem yang digubal ialah konsep riba. Riba bukanlah suatu yang baru. Ianya sudah lama dipraktikkan sejak dahulu lagi. Sebenarnya riba inilah yang membantut pertumbuhan ekonomi manusia. Ianya diibaratkan sebagai lintah yang menghisap darah manusia di mana akhirnya sisasisa hidup peminjam hutang secara riba terpaksa dihambakan kepada tuan punya harta tersebut yang semakin lama semakinbertambah hutangnya apabila bayaran gagal diselesaikan dalam tempohnya.
Di zaman tamadun Romawi misalnya apabila kaum wanita berkuasa dalam bidang ekonomi, mereka meminjamkan wang kepada suami mereka dengan kadar bunga yang tinggi dan akhirnya suami mereka menjadi hamba kepada mereka. Oleh kerana soal dunia sahaja yang dipentingkan maka kehidupan sekular ini hanya berpijak kepada memberi keseronokan peribadi sahaja dengan segala apa yang boleh didapati dengan segala cara yang ada. Inilah asas yang membezakan antara ekonomi Islam dengan sekular.
Di dalam Islam untuk mendapat keuntungan maka alternatif yang ada bukanlah berasaskan kepada riba tetapi berasaskan kepada sistem jual beli dan mudharabah. Di dalam Islam Allah s.w.t menjelaskan perbezaan antara riba dan jual beli iaitu jual beli adalah dihalalkan tetapi riba adalah diharamkan. Jual beli ialah kontrak yang berteraskan saling reda meredai tanpa sebarang hasutan atau matlumat yang palsu. Setelah masing-masing berpuas hati maka dijalankan aqad yang jelas melalui ijab dan qabul.
9
Sekalipun konsep jual beli ini nampak sama dengan sistem sekular tetapi sistem Islam adalah berteraskan niat yang ikhlas kerana Allah s.w.t. (yang menghubungkan dengan kejayaan akhirat dan tidak seperti sistem sekular untuk kepentingan duniawi semata-mata) tanpa ada sebarang bentuk penipuan dan provokasi untuk kepentingan diri semata-mata. Di samping itu juga aktivitiaktiviti yang dijalankan tidak terlibat dengan perkara yang merosakkan fungsi manusia seperti pernjualan barang-barang yang menyalahi syarak seperti arak, daging babi dan lain-lain.Di dalam sistem muamalat Islam pelaburan merupakan suatu yang tidak asing lagi diperkatakan. Di dalam hal ini sistem mudharabah adalah merupakan suatu yang praktikal untuk dilaksanakan.
Di samping ianya tidak berteraskan riba ia juga memberikan pengagihan keuntungan yang saksama kepada setiap pemodal atau sekiranya menganggung kerugian maka setiap pemodal menanggung kadar kerugian yang sama. Di dalam Islam tidak sepatutnya diizinkan pertarungan bagi membolot harta orang lain dan berusaha untuk mengaut untung menerusi pegangan saham orang lain serta merugikan pihak yang satu lagi (yang kalah bertarung) seperti mana yang berlaku di dalam bursa anjuran sekular. Oleh kerana sistem Islam mengutamakan aktiviti pelaburan yang sihat dan mempunyai tujuan yang mulia maka aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti gharar adalah diharamkan. Gharar menurut bahasa ialah risiko yang tidak diketahui pada masa hadapan. Dari segi istilahnya gharar boleh dikatakan sebagai sebarang bentuk pemalsuan yang tidak ketara pada asalnya termasuklah judi. Salah satu dari aktiviti gharar yang diharamkan ialah aktiviti spekulasi yang merbahaya.
Spekulasi seperti ini tidak sama dengan perniagaan risiko tinggi. Spekulasi seperti ini sebenarnya adalah amalan judi kerana speculator mendapat untung di atas kerugian orang lain.Manakala risiko tinggi pula ialah tidak membabitkan kerugian kepada orang lain tetapi mendapat keuntungan secara bersih dari usaha yang dilakukan. Dan kalaupun berlaku kerugian dengan sebab ijtihad yang salah, maka tidak ada pihak lain lagi akan mendapat keuntungan di atas kerugian kita dan begitulah sebaliknya.
10
Mengenai wang kertas emas dan perak, Islam meletakkkan emas dan perak adalah sebagai asset hakiki yang berharga yang menjadi kecenderungan manusia (al-„Imran ayat 14) serta piawai bagi matawang dunia. Di dalam dunia moden pada hari ini penggunaan wang kertas menggantikan emas dan perak tidak asing lagi kepada kita. Pada dasarnya ianya tidak mendatangkan masalah sekiranya wang kertas tersebut benar-benar disandarkan kepada nilai sebenar emas dan perak. Namun apa yang menjadi masalah kepada dunia sekarang ini ialah golongan sekular ini menggunakan apa sahaja demi kepentingan material mereka. Sebagai contoh duit dolar Amerika syarikat pada tahun 1970 di zaman Presiden Nixon sebenarnya mencipta kejatuhan nilai yang teruk tetapi telah diisytiharkan sebagai setara dengan nilai emas.
Ini bermakna wang dolar tidak lagi disandarkan kepada emas bahkan pengeluaran wang dolar bukannya di bawah pengendalian Bank Negara tetapi diberikan kepada pihak swasta untuk mencetak wang iaitu Federal Reserve Bank tidak seperti di negara-negara lain diseluruh dunia yang di bawah pengendalian Bank Negara.
11
2.4 KESIMPULAN
12
RUJUKAN INTERNET
BUKU
13