Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat dititik beratkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pe n di d ik an ya n g di la k sa n ak an di d al a m se s eb u a h ne g a ra adalah
penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di
mana kanak – kanak – kanak kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai-nilai positif untuk perpaduan kaum dalam kalangan para pelajar. Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai ‘Dasar Pendidikan Kebangsaan’. Kebangsaan’. Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957. Secara umumnya, terdapat tiga tujuan yang terkandung di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan ini. Bagi tujuan pertama, dasar pendidikan telah diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negaradan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kedua, tujuannya adalah
untuk
menghasilkan
pelajar
yang
berdidiplin
serta
mematuhi
dan
menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan pol p ol is i pe n di d ik an un tu k m en g ad ak a n p ro se s p en ga ja r an d a n pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Tujuannya Tujuannya yang ketiga ketiga pula adalah adalah u n t u k memastikan memastikan agar agar dasar ini ini dapat dilaksa dilaksanakan nakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan bahasa pengantar yang sama. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, UPSR, PMR, SPM dan STPM adalah merupakan empat akronim bagi peperiksaan awam yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia terutama sekali pada golongan pelajar, guru dan ibu bapa. Peranannya dalam sistem pendidikan negara adalah sangat penting selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama serta dapat memberi sumbangan kepada negara pada masa akan datang.
Secara asasnya, peperiksaan diwujudkan untuk menguji
kefahaman pelajar. Melalui peperiksaan yang diadakan, guru-guru dapat memahami kelemahan-
kelemahan pelajar. Hal ini membolehkan guru-guru memikirkan cara-cara untuk membantu pelajar mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut supaya mereka dapat menimba ilmu dengan lebih berkesan seterusnya mencapai kejayaan dalam hidup. Selain itu, peperiksaan juga didapati merangsangkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh. Kebanyakan pelajar berpendapat bahawa mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang merupakan satu kebanggaan kepada mereka. Oleh sebab itu, mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Para pelajar mula di dedahkan dengan sistem peperiksaan awam ketika mereka berada dalam darjah enam iaitu seawal usis dua belas tahun. Ujian Penilaian Sekolah Rendah ataupun lebih dikenali sebagai UPSR mula diperkenalkan di dalam sistem pendidikan negara pada tahun 1988 sebagai ganti kepada peperiksaan Penilaian Darjah Lima yang diperkenalkan sejak 1967. Pada permulaannya, hanya beberapa mata pelajaran sahaja yang dinilai iaitu Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Matematik dan beberapa matapelajaran asas bahasa yang lain. Namun, pada tahun 1997, matapelajaran Sains telah dimasukkan ke dalam UPSR menjadikan jumlahnya meningkat dari empat kepada lima subjek dan ianya kekal sehingga ke hari ini. Pada kebiasaanya, bagi pelajar yang cemerlang di dalam UPSR, mereka akan mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu ke sekolah berasrama penuh mahupun sekolah yang mempunyai kadar pencapaian yang tinggi. Jika berada di sekolah harian yang biasa, sekurang-kurangnya, mereka akan diletakkan di kelas yang pertama dan diberi perhatian yang lebih oleh guru-guru. Keadaan ini berbeza dengan mereka yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang dimana, mereka akan diletakkan di kelas-kelas bawah mengikut keputusan UPSR masing-masing. Selepas menduduki UPSR, pelajar seterusnya akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sekolah menengah ketika mereka berada di Tingkatan Tiga. PMR mula dimasukkan kedalam sistem peperiksaan awam di Malaysia pada tahun 1993 menggantikan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) yang dimansuhkan setelah diperkenalkan pada tahun 1960. Peperiksaan PMR ini telah mewajibkan pelajar untuk mengambil sekurang-kurangnya lapan subjek untuk dinilai. Pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang akan ditempatkan di kelas aliran sains ketika melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Empat dan terdapat juga pelajar yang ditawarkan ke asrama penuh. Pada kebiasaanya, pelajar yang mendapat keputusan yang
kurang baik, akan membuat pilihan sama ada melanjutkan pelajaran ke bidang sastera mahupun kemahiran atau vokasional. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula dianggap merupakan peperiksaan yang terbesar dan terpenting dalam hieraki peperiksaan di Malaysia. Ia merupakan peperiksaan kebangsaan yang utama, yang ditadbir secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah dan diambil di akhir pendidikan sekolah menengah. Peperiksaan ini kebiasannya diambil oleh pelajar-pelajar tingkatan lima bagi menentukan hala tuju mereka selepas tamatnya alam persekolahan. SPM juga terbuka kepada semua pelajar yang telah menamatkan pendidikan menengah, atau yang telah mengikuti lima atau enam tahun sekolah rendah dan telah menyempurnakan lima tahun pendidikan menengah atau sekurang-kurangnya telah menghabiskan dua tahun sekolah menengah selepas PMR. Mata pelajaran yang dinilai pula adalah bergantung kepada pilihan pelajar yang ditawarkan di sekolah dengan beberapa mata pelajaran teras yang wajib diambil seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Selapas menduduki peperiksaan SPM, pelajar dianggap telah menamatkan alam persekolahan mereka dengan sempurna. Keputusan SPM yang baik dan cemerlang akan membolehkan pelajar menerima tawaran untuk menyambung pelajaran sama ada ke universiti tempatan dan luar negara, matrikulasi, kolej-kolej dan sebagainya dalam bidang yang telah dipilih. Namun begitu, sejajar dengan hasrat negara untuk melahirkan rakyat yang berilmu dan berkemahiran tinggi, terdapat juga institusi kemahiran seperti Politeknik, Institut Kemahiran Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kolej Komuniti, dan lain-lain lagi telah ditubuhkan untuk kemasukan pelajar lepasan SPM. Namun, pada tahun 2010 yang lalu, satu cadangan telah diutarakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merombak sistem pendidikan negara yang sedia ada. Cadangan rombakan tersebut merangkumi pemansuhan dua peperiksaan awam iaitu UPSR dan PMR, tetapi masih lagi mengekalkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tan Sri Muhyiddin berkata, cadangan itu di buat kerana sistem pendidikan negara yang sedia ada dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan sehingga mengabaikan aspek-aspek lain yang penting sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan menyeluruh tidak dapat dilakukan sepenuhnya. Beliau juga menyatakan bahawa tiga peperiksaan awam dalam tempoh sebelas tahun persekolahan telah membuatkan
pelajar dan guru hanya fokus untuk mendapatkan keputusan yang terbaik di dalam peperiksaan dan mengabaikan perkara-perkara lain yang penting dalam kehidupan. Cadangan pemansuhan UPSR dan UPSR ini telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Ada yang menyatakan sokongan terhadap usul tersebut dan sebaliknya terdapat juga yang tidak bersetuju dengan pemansuhan kedua-dua peperiksaan tersebut. Ini kerana, jika ianya dimansuhkan, penilaian terhadap prestasi pelajar tidak dapat dinilai dengan baik. Pada dasarnya, cadangan pemansuhan dua peperiksaan awam ini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Namun, penilaian yang sewajarnya harus dibuat secara terperinci, dan semua aspek yang berkaitan hendaklah diambil serta diteliti kira agar keputusan yang dibuat merupakan keputusan yang terabaik dan tidak merugikan. Harus diakui, sememangnya agak sukar untuk menukar sistem pendidikan yang sedia ada kerana ia sudah lama diaplikasikan dan sudah sebati di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Walaubagaimanapun, demi menambah baik sistem pendidikan negara, transformasi yang berkesan harus dilaksanakan bagi melahirkan modal insan yang serba boleh, berkemahiran tinggi serta berkualiti dan tidak bergantung kepada akademik semata-mata.