IWANA
MPU3052
MEI 2016
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNYA saya mampu menyiapkan kerja kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), MPU3052 dengan jayanya. Sekalung perghargaan dititipkan buat pensyarah saya, Dr. Abdullah Bin Mohamad kerana telah banyak membantu saya dalam memberi penerangan yang jelas mengenai kehendak soalan. Selain itu, terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang memberi sokongan moral sepanjang menyiapkan kerja ini. Tidak lupa juga buat rakan-rakan yang sentiasa berkongsi idea dan bermurah hati untuk berkongsi bahan-bahan bacaan dan kajian bagi menyokong dapatan untuk dipersembahkan dalam kerja kursus ini. Budi baik dan jasa kalian sememangnya tidak mampu saya balas tetapi Allah SWT tetap ada untuk memberi ganjaran terbaik buat hamba-hambaNYA. Terima kasih.
1
IWANA
MPU3052
MEI 2016
TUGASAN 1 : PENULISAN ILMIAH
PENGENALAN Sebagaimana yang diketahui, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang mempunyai masyarakat majmuk daripada segi kaum, agama, bahasa dan budaya. Kepelbagaian yang wujud ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik kerana rakyat yang berbilang bangsa, agama dan budaya boleh hidup dengan aman dan harmoni di bawah satu
bumbung pemerintahan.
Penulisan ilmiah ini akan membentangkan
perbandingan antara tiga tamadun yang wujud di Malaysia iaitu tamadun Melayu, Cina dan India. Perbandingan tersebut akan dipecahkan kepada tiga aspek utama iaitu dari aspek ekonomi, pendidikan dan sosiobudaya.
2
IWANA 1.1
MPU3052
MEI 2016
ASPEK EKONOMI Aspek pertama yang akan dibincangkan adalah aspek ekonomi. Perbezaan latar
belakang ekonomi bagi setiap tamadun di Malaysia wujud sejak semasa kerajaan Melayu mula-mula ingin bertapak. Secara asasnya, dasar ekonomi penjajah menghasilkan dua jenis ekonomi yang terdiri daripada dua orientasi dan tumpuan kegiatan yang berlainan. Pertama, sektor ekonomi perindustrian moden yang menumpukan perhatian kepada perdagangan moden, ekonomi eksport , pengeluaran getah (Barlow,1978) dan melombong bijih (Yip Yat Hoong,1969). Kedua, sektor ekonomi pertanian tradisional yang mengutamakan penanaman padi sungguhpun terdapat tanaman getah dan kopi secara kecil-kecilan (Lim Teck Ghee,1977). Sehubungan itu, seiiring dengan perkembangan sektor ekonomi, insfrastruktur seperti sistem pengangkutan, komunikasi dan kerja raya juga dimajukan. Masalah guna tenaga untuk memajukan sektor ekonomi tersebut pula diatasi dengan membawa masuk pekerja dari India melalui sistem kangany dan sistem
indentur (indentured system)
(Arasaratnam,1970), dan dari Cina melalui sistem kangchu (Purcell,1967). Pekerja pendatang ini ditempatkan di lombong-lombong (pekerja Cina) dan di ladang-ladang (pekerja India) (Mohamed Salleh Lamry, Hasan Mat Nor, 1993).
1.1.1
EKONOMI DALAM TAMADUN CINA Sejarah
mencatatkan
bahawa
kepulauan
Nusantara
kita
terutamanya
di
Semenanjung Malaysia adalah tempat pertemuan, perniagaan dan tempat berhijrah oleh pelbagai etnik, budaya dan agama dari pelbagai kepulauan di rantau ini dan dunia China, India, Arab dan lain-lain (Noor,2010). Menurut tokoh sejarawan iaitu I-Tsing, masyarakat Cina telah mempunyai hubungan perdagangan dan diplomatik dengan raja-raja Tanah Melayu semenjak abad ke 7. Penubuhan Melaka telah memulakan pembinaan hubungan perdagangan dan diplomatik ini. Pada zaman kerajaan Melayu wujud, penempatan komuniti Cina adalah kecil. Walau bagaimanapun, selepas tahun 1870, peluang perniagaan di Asia Tenggara, Australia dan Amerika terbuka luas dengan perluasan penjajahan ke kawasan ini dan pembangunan setempat yang semakin berkembang. Tambahan pula, pada masa itu, bahagian selatan tanah besar Cina berhadapan dengan ketidakstabilan politik dan malapetaka dan kebuluran. Oleh hal yang demikian, kebanyakan komuniti Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu datang dari bahagian selatan tanah besar Cina. Mereka adalah golongan peniaga dan kawasan asal mereka sebenarnya telah lama mempunyai rantaian perdagangan dengan Tanah Melayu. Apabila penjajah Inggeris bertapak di Tanah Melayu, semakin ramai masyarakat Cina datang untuk mencari pekerjaan dan kekayaan di tempat kita. Ada di kalangan mereka ini yang datang untuk mengumpul harta dan balik kembali ke 3
IWANA
MPU3052
MEI 2016
China tetapi menjelang Perang Dunia Kedua dan China menjadi sebuah negara komunis, ramai pula yang membuat keputusan untuk tinggal di sini (Noor,2010).
1.1.2 EKONOMI DALAM TAMADUN INDIA Sejak dari pembukaan Selat Melaka, kaum India mula datang ke Tanah Melayu untuk berdagang terutamanya sebagai pedagang kain dan peminjam wang. Pada akhir abad ke-19 dan permulaan abad ke-20, penjajah British mendapati India sebagai sumber untuk mendapatkan buruh untuk bekerja di ladang-ladang getah milik mereka kerana mereka mahu mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan senang dikawal. Selepas tahun 1900, setelah pihak British menanam biji-biji getah secara besar-besaran terutamanya di bahagian barat Tanah Melayu, mereka membawa masuk buruh-buruh Tamil dari India secara besar-besaran untuk bekerja di ladang-ladang getah tersebut. Selain itu, penjajah British juga memerlukan kaum India yang berkebolehan dalam bahasa Inggeris untuk menjalankan tugas-tugas pentadbiran. Setelah pembukaan negeri-negeri Melayu, mereka memerlukan lebih ramai pekerja dalam pentadbiran negara, maka orang-orang India dan Tamil Ceylon telah diambil bekerja di peringkat bawahan. Mereka yang berpendidikan Inggeris juga diambil untuk berkhidmat sebagai pegawai-pegawai perubatan dan juruukur dalam bidang-bidang teknikal dan profesional. Keadaan ini berterusan sehinggalah pada tahun 1921, pendudukan kaum India di Tanah Melayu adalah 14.2 peratus daripada jumlah penduduk Tanah Melayu (Drabble,1973).
1.1.3
EKONOMI TAMADUN MELAYU Semasa zaman pra-kolonial Semenanjung Tanah Melayu, masyarakat Melayu
mendominasi populasi penduduk (Uqbah Iqbal, Nordin Hussin, Ahamad Ali Seman, 2015). Kebanyakan daripada mereka menetap di sekitar kawasan pedalaman dengan kelompok yang lebih besar menetap di kawasan yang berhampiran dengan laut atau pinggir sungai (Awang,2002). Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu pada masa itu adalah bersifat jenis sara hidup yang mudah iaitu berasaskan pada penanaman padi dan aktiviti perikanan. Terdapat dua teknik penanaman padi iaitu padi ditanam kering melalui kaedah ladang (pertanian pindah) dan teknik penanaman padi basah. Penangkapan ikan pula dilakukan untuk tujuan sara diri. Masyarakat Melayu ketika itu juga biasa menjalankan aktiviti pertukaran barang bagi mendapatkan sumber makanan yang lengkap. Contohnya, masyarakat
Melayu
menukar
ikan
dengan
beras
dari
kampung-kampung
yang
4
IWANA
MPU3052
MEI 2016
mengusahakan padi di kawasan pedalaman. Tambahan lagi, Mereka juga menjalankan aktiviti aktiviti memungut hasil hutan seperti akar kayu, kayu barus, rotan, kayu cendana,damar, lilin serta buah-buahan. Apabila hasil-hasil hutan ini berlebihan maka mereka turut menukarnya dengan orang lain bagi mendapatkan pakaian atau makanan seperti beras (Awang,2002). Mereka juga telah menternak ayam, itik, menanam buahbuahan secara dusun seperti pisang, tebu, ubi kayu, kelapa dan pinang. Di samping itu, aktiviti memburu juga turut dilakukan seperti memburu kancil, rusa, seladang dan ayam hutam. Aktiviti penternakan dijalankan seperti menternak lembu dan kerbau untuk membantu urusan pekerjaan iaitu membajak sawah dan menarik kayu. Masyarakat Melayu berjaya menyesuaikan diri dan alam persekitarannya menyebabkan ada kalangan mereka yang mahir dalam ilmu pelayaran dan mewujudkan tamadun Melayu yang tertumpu di kawasan persisiran. Hal ini telah mewujudkan hubungan perdagangan di kawasan Asia Tenggara, khususnya di Kepulauan Melayu. Mereka mampuberhubung dengan negara luar dalam urusan perdagangan kerana orang melayu adalah ahli pelayaran yang mahir. Namun pada hari ini, kita dapat melihat tidak kira bangsa Melayu, Cina mahu pun India berada di banyak sektor iaitu sama ada sektor perladangan, perlombongan, perniagaan atau pentadbiran. Tiada lagi penetapan bangsa tertentu terhadap sektor-sektor tertentu. perbezaan ekonomi yang ketara di antara masyarakat luar bandar yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang Melayu yang menjalankan aktiviti ekonomi sara diri, dengan masyarakat bandar yang terdiri daripada kaum Cina yang menjalankan aktiviti ekonomi komersial (Ab Rahman, bin Daud & binti Ahmad,2009). Semua bangsa bebas untuk menceburi mana-mana sektor demi memajukan ekonomi negara kita.
5
IWANA 1.2
MPU3052
MEI 2016
ASPEK PENDIDIKAN Seterusnya, mengenai aspek pendidikan, kita dapat melihat kewujudan sekolah
kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil yang wujud sejak zaman penjajahan lagi.
1.2.1
PELAJARAN AGAMA ISLAM SEBAGAI LANDASAN SISTEM PENDIDIKAN
ORANG MELAYU Sebelum kedatangan pihak British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan orang Melayu adalah berlandaskan kepada pelajaran agama Islam, iaitu menjadikan kitab suci AlQuran sebagai panduan dan rujukan utama. Mereka telah menjadikan surau dan masjid sebagai tempat untuk menuntut ilmu dengan mengkaji ayat-ayat kitab Al-Quran. Pelajaran yang diperolehi oleh anak-anak Malayu ketika itu adalah hafalan ayat-ayat Al-Quran, doa, dan mempelajari ajaran Islam. Mereka merujuk kepada imam dan para guru agama demi mempelajari ilmu-ilmu tersebut. Pendidikan yang penting pada ketika itu ialah pendidikan Islam di mana pendidikan ini mula berkembang dengan kewujudan sekolah-sekolah pondok dan madrasah sebagai tempat mendapat pendidikan tersebut. Menurut Wilkinson, murid di pondok mula belajar perkataan-perkataan Arab dan selepas menguasainya, mereka akan terus menghafal huruf abjad Arab supaya boleh dijadikan panduan membaca doa dan teks Arab (dalam Mok Soon Sang, 2000).
1.2.2
SISTEM PENDIDIKAN BERTERASKAN BAHASA INGGERIS DIMULAKAN Walau bagaimanapun, apabila zaman penjajahan British bermula, sistem pendidikan
yang berteraskan pendidikan Inggeris dimulakan. Perkara ini bermaksud, sekolah-sekolah aliran Inggeris mula
mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris. Oleh hal yang
demikian, bangsa Melayu pada ketika itu tercabar dan terasa sukar untuk belajar kerana majoriti masyarakat Melayu tidak mahir untuk menggunakan bahasa Inggeris dengan baik. Tambahan pula, British menyekat kemasukan pelajar-pelajar Melayu untuk belajar di sekolah Inggeris. Hal ini disebabkan, mereka bimbang jika orang-orang Melayu belajar dengan pandai, kedudukan Inggeris akan tergugat (Sufean Hussin,2002). Peluang untuk belajar di sekolah Inggeris hanya diberikan kepada pelajar-pelajar Melayu yang terdiri dari kelas atasan sahaja. Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan terutamanya sistem persekolahan tidak memberikan kesan yang positif. Antara kesan positif yang diharapkan adalah mewujudkan perpaduan dan pelaksanaan dasar pendidikan pada ketika itu 6
IWANA
MPU3052
MEI 2016
mempunyai banyak kelemahan kerana British hanya mementingkan keuntungan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja (Ibrahim Saad, 1986). Di samping itu, pihak Inggeris telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, dan sekolah vernakular Tamil (Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som, 1999) dan sekolar-sekolah tersebut wujud sehingga ke hari ini dengan jenama baru.
1.2.3
SEKOLAH VERNAKULAR MENGGUGAT PERPADUAN NASIONAL Kewujudan sekolah vernakular telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina, dan
India dipisahkan mengikut sistem persekolahan. Kesan signifikan yang timbul adalah hubungan antara masyarakat semakin renggang. Tambahan pula, Sekolah vernakular Melayu, Cina, dan India mempunyai kepentingan tersendiri iaitu untuk memelihara identiti kaum tertentu. Sekolah Melayu untuk kepentingan orang Melayu, sekolah Cina untuk kepentingan orang Cina, dan sekolah Tamil untuk kepentingan orang India. British pula tidak adil dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa. Contohnya, sekolah vernakular Melayu dan Tamil hanya terhad
untuk menawarkan pendidikan di peringkat
sekolah rendah sahaja, manakala sekolah vernakular Cina menawarkan keistimewaan melalui sekolah rendah (6 tahun), junior middle (3 tahun), dan senior middle (3 tahun). Lulusan untuk sekolah Melayu hanya setakat memenuhi keperluan tenaga manusia yang paling rendah. Penggerak perubahan kedudukan pendidikan orang Melayu adalah melalui Laporan Barnes 1950. Hal ini disebabkan, kesedaran semangat nasionalisme telah muncul selepas Perang Dunia II tamat pada tahun 1946 (Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som, 1999:9). Laporan Barnes 1950 menyatakan bahawa kewujudan sekolah vernakular tidak menyumbang ke arah perpaduan kaum, di mana antara syor Jawatankuasa Barnes adalah sekolah-sekolah vernakular Melayu, Cina, dan Tamil hendaklah dibubarkan dan digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja, iaitu sekolah kebangsaan. Walau bagaimanapun, masyarakat Cina merasa kedudukan mereka tergugat kerana pembubaran sekolah vernakular Cina dilihat akan menghapuskan identiti kecinaan mereka. Pengawai kolonial British memandang sekolah Cina sebagai halangan besar dalam mengintegrasikan orang Cina dengan orang Melayu. Sekolah Cina dikatakan telah melambatkan proses hegemoni di Malaya sebelum merdeka. Orang Cina, terutamanya yang terdidik di sekolah Cina melihat perjuangan mereka untuk mengekalkan Mandarin sebagai bahasa ibunda itu penting untuk mengekalkan identiti dan kebudayaan Cina. Mereka melihat muyu, bahasa ibunda, sebagai roh kepada identiti, budaya dan ras orang Cina (Lee Yok Fee,2004). Sejurus selepas
7
IWANA
MPU3052
desakan kaum mereka, Laporan Fenn-Wu 1951 dihasilkan. Laporan ini
MEI 2016 berusaha dan
bertujuan untuk mempertahankan kedudukan pendidikan masyarakat Cina. Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak perubahan, terutama sejak zaman penjajahan hinggalah zaman selepas merdeka. Perubahan pendidikan yang sentiasa berlaku ketika itu adalah kerana kehendak rakyat perlu dipenuhi bagi menjamin perpaduan dan kesejahteraan negara.
8
IWANA
1.3
MPU3052
MEI 2016
ASPEK SOSIOBUDAYA Aspek terakhir yang akan dibincangkan adalah aspek sosiobudaya. Memandangkan
Malaysia merupakan negara yang dihuni oleh pelbagai kaum, maka negara ini turut kaya dengan pelbagai sosiobudaya. Budaya penting sebagai alat kemajuan atau pembangunan bangsa dan negara. Proses pembangunan negara yang pesat sekarang pasti akan membawa kepada perubahan kepada sistem nilai, perlakuan dan institusi masyarakat Malaysia (Nasir & Zaliza,2008). Berdasarkan sorotan sejarah dalam kurun ke 14,Tanah Melayu amat dipengaruhi oleh ideologi Hindu dan Buddha yang diterapkan oleh pemerintah (Noor,2008). Sistem pemerintahan pada ketika itu menekankan kepada nilai-nilai yang selektif seperti kekuasaan dan kewibawaan raja tetapi mengabaikan nilai-nilai berkaitan rakyat seperti hak peribadi dan pembangunan diri. Simbolik Raja sebagai Dewa dalam Hindu dan Buddha menjadikan raja dan kerajaan satu badan yang berkuasa secara mutlak.
1.3.1
AGAMA ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP Ketibaan Islam telah membawa perubahan besar kepada sistem nilai tersebut
dengan membawa nilai-nilai baru seperti kebebasan berfikir (ijtihad), tiada yang abadi dan sempurna (dunia), dan setiap manusia adalah setaraf. Di samping itu, Islam menyatakan bahawa setiap manusia, tidak kira pangkat atau jantina, berhak dan mampu membangunkan diri sendiri mencapai kesempurnaan (al-Insan’ul kamil) dan setiap manusia adalah khalifah (khalifatu’llah). Bangsa Melayu yang beragama Islam telah menjadikan agama tersebut sebagai cara hidup mereka. Konsep-konsep umum yang lahir dari budaya masyarakat Melayu tradisional telah disesuaikan dengan amal kebaikan (makruf) dalam ajaran Islam. Nilai-nilai Islam boleh diringkaskan kepada prinsip umum, iaitu mengamalkan segala kebaikan dan mencegah dari melakukan kejahatan. Nilai Islam juga boleh difahami menerusi penjelasan konsep-konsep seperti amalan baik dan perbuatan jahat, pahala dan dosa, syurga dan neraka (Nasir & Zaliza,2008).
1.3.2
ROMBAKAN NILAI SEDIA ADA Namun begitu, ketibaan penjajah dengan ideologi kapitalisme telah merombak
sistem nilai di Tanah Melayu secara mendadak. Nilai-nilai yang membolehkan aktiviti penjajahan telah diperkenalkan seperti pengiktirafan kuasa kepada penjajah dan kewajaran
9
IWANA
MPU3052
MEI 2016
eksploitasi sumber alam untuk tujuan kekayaan dan kemakmuran. Tambahan pula, kemasukan orang Cina dan India ke negara ini dalam jumlah yang tinggi secara mendadak menimbulkan kecelaruan dalam sistem nilai sedia ada. Walaupun sebelum ini, tamadun negara China dan India (Buddha dan Hindu) diterapkan dalam proses kehidupan seharian, kemasukan penduduk kedua-dua buah negara tersebut dalam jumlah yang ramai sebaliknya menimbulkan
konfrantasi.
Polisi
penjajah
pecah
dan
perintah
menambahkan
ketidaksefahaman dan jurang di antara kaum (Noor, 2008).
1.3.3
PERBANDINGAN NILAI INGIN MAJU ANTARA TAMADUN Dalam satu kajian lain di Malaysia, Abdul Rahman (1988) telah menganalisa nilai
keinginan untuk maju secara spesifik ke atas masyarakat Melayu, Cina dan India. Ketigatiga kumpulan etnik ini masih mengekalkan budaya masing-masing walaupun hidup dalam persekitaran yang sama. Kajian beliau mendapati masyarakat Cina mempamerkan nilai tersebut lebih tinggi berbanding masyarakat Melayu dan India. Dapatan ini selari dengan dapatan
kajian
McClelland
(1961)
yang
mendapati
keutamaan
kerajaan
dalam
membangunkan taraf hidup masyarakat Melayu menimbulkan tekanan kepada masyarakat Cina yang seterusnya berusaha lebih gigih untuk mencapai kemajuan yang lebih baik berbanding golongan bumiputera. Perbandingan di antara etnik yang sama di bandar dan desa mendapati masyarakat Melayu di bandar lebih mempamerkan nilai ingin maju berbanding masyarakat Melayu di desa. Bagi masyarakat Cina dan India, tiada perbezaan tahap nilai ingin maju tersebut di antara masyarakat bandar dan desa. Kesimpulan kajian ini adalah, etnik yang mempamerkan nilai ingin maju secara signifikan mampu meningkatkan taraf hidup secara lebih berkesan berbanding yang tidak. Oleh hal yang demikian, kita dapat melihat dari aspek sosiobudaya, pendirian dalam diri setiap bangsa itu sebenarnya dipengaruhi oleh cara hidup mereka sejak zaman penjajahan lagi.
10
IWANA
1.4
MPU3052
MEI 2016
PENUTUP Kesimpulannya, perbezaan mahupun persamaan antara tamadun di Malaysia mesti
difahami dan dihormati bersama demi kemakmuran dan keharmonian tanah air. Semua bidang baik bidang pentadbiran negara, bidang pendidikan mahupun institusi kekeluargaan di rumah perlu memainkan peranan masing-masing demi mengelakkan ketidaksefahaman antara kaum. Bidang pendidikan negara mungkin boleh menjadikan pendidikan pelbagai budaya sebagai salah satu cara untuk untuk membentuk cara hidup yang menghormati dan bertoleransi terhadap kepelbagaian budaya yang hidup di tengah-tengah masyarakat yang berbilang kaum. Perkara ini adalah amat perlu memandangkan pelajar-pelajar di Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik. Pendidikan pelbagai budaya diharapkan boleh memecahkan pandangan yang telah sebati di dalam pemikiran bagi menghadapi konflik sosial sehingga membentuk kesatuan bangsa yang tidak mudah patah dan retak. Pendidikan pelbagai budaya bukanlah untuk menghilangkan perbezaan tapi meraikannya, menghilangkan prasangka, menimbulkan dialog, mengenal perbezaan sehingga timbulnya rasa saling menghargai. Sudah 59
tahun kita merdeka. Semoga Malaysia mampu mengekalkan
kemerdekaan buat tahun-tahun seterusnya.
11
IWANA
MPU3052
MEI 2016
Rujukan
Abdullah, M. R. T. (2010). Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia: perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan. Jurnal Hadhari Bil, 3, 61-84. Abdul Rahman,W.R. 1988. The role of achievement motivation in economic development in Malaysia, in Sinha, D&Kao, S.H.R. (Eds), Social values and development: Asian Perspectives. pp. 210-226. India: Sage Publications. Ab Rahman, H., bin Daud, M., & binti Ahmad, N. (2009). Pembangunan ekonomi dalam hubungan Etnik. Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik, 185-198. Arasaratnam,S. 1970. Indians in Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur : Oxford University Press Awang, S. (2002). Dasar-Dasar Ekonomi British Di Tanah Melayu Sejak 1819-1957. Tesis Sarjana Muda Sejarah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm 1. Barlow,C. 1978. The National Rubber Industry : Its Development, Technology and Economy in Malaysia. Kuala Lumpur : OUP. Drabble,J.H.1973. Rubber in Malaya, 1986-1922 : The Genesis of the industry . Kuala Lumpur : Oxford University Press. pp. 216 Faaland, J. (2005). Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan negara dan pencapaian ekonomi orang Melayu. Utusan Publications. Ibrahim Saad. (1986). Pendidikan dan Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Lee, Yok Fee (2004) Kedinamikan kecinaan dan identiti orang Cina di Malaysia. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 22 . pp. 167-181. ISSN 0127-2721 Lim Teck Ghee 1977. Peasants and Their Agricultural Economy in Colonial Malaya 18741941. Kuala Lumpur : OUP. McClelland, D.C.1961. The achieving society.NewYork:Van Nostrand. Mohamed Salleh Lamry, Hasan Mat Nor. (1993). Masyarakat dan Perubahan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
12
IWANA
MPU3052
MEI 2016
Mok Soon Sang. (2000). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., edisi ketujuh.
Nasir, Z. M., & Ahmad, N. (2008). Pembangunan sosial dalam hubungan etnik. Noor, M. M. (2010). Hubungan Melayu dan Cina di Malaysia masa kini: buta dengan perubahan realiti sosial Negara. Jurnal Demokrasi, 9(2). Purcell, V. 1967. The Chinese in Malaya. Kuala Lumpur : OUP. Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som. (1999). Isu Pendidikan di Malaysia: Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Sufean Hussin. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Uqbah Iqbal, and Nordin Hussin, and Ahmad Ali Seman, (2015) Sejarah perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dan sifat ekonomi masyarakat Melayu era prakolonial. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (2). pp. 95-119. Yip Yat Hoong 1969. The Development of the Tin Mining Industry of Malaya. Kuala Lumpur : University Malaya Press.
13