1.0 PENGEN PENGENALA ALAN. N. Lukisan-lukisan tentang perenang dari Zaman Batu telah ditemui di gua berdekatan Sura di Mesir Barat Daya. Rujukan-rujukan bertulis wujud sejak dari 2000 SM. Pada tahun 1538, Nicolas Wynman, profesor bahasa Jerman,menulis buku pertama tentang renang .Pertandingan renang di Eropah bermula pada sekitar tahun 1800, kebanyakannya menggunakan gaya kuak dada. Kanak-kanak seharusnya didedahkan pada air sejak awal lagi supaya mereka merasa seronok dan mempunyai keyakinan berada didalam air sebelum mencapai usia persekolahan. Renang merupakan satu acara sukan yang boleh disertai oleh setiap peringkat umur dan kebolehan dan melaui aktiviti renang seseorang dapat melakukan senaman yang amat berguna lagi menyeronokan. Adalah penting bagi seseorang cekap berenang untuk menikmati lain-lain aktiviti sukan yang menyeronokan.
Di sekolah, acara renang merupakan sebahagian daripada kurikulum Kebangsaaan yang penting bagi Pendidikan Jasmani, terutamanya bagi kanakkanak yang mencapai umur 11 tahun. Sebaik sahaja mereka meninggalkan sekolah rendah kanak-kanak itu seharusnya boleh berenang sekurangkurangnya 25 m dan mampu memperlihatkan kefahaman mengenai keselamatan dalam air.
1
2.0 SEJARAH RENANG 1Setelah manusia mengenal alam persekitarannya, manusia manusia dapat belajar dengan banyaknya tentang erti kehidupan.Setelah kita mencerap pelbagai gelagat haiwan maka timbullah keinginan untuk kita meniru gelagat-gelagat haiwan itu. Di antara pelbagai gelagat haiwan itu ialah bergayut, melompat, berenang dan terbang. Justeru itu, manusia akan mencari daya usaha untuk mencubanya seperti mana ikan berenang di dalam air Pengkaji sejarah mendapat bukti bahawa manusia boleh berenang kira-kira 4,000 tahun yang lampau. Bukti-bukti itu terdapat dalam simbol hiroglif, seni arca purba orang Assyria, lagenda Yunani dan kitab Injil. Renang juga menjadi sebahagian daripada latihan tentera pada zaman dahulu terutama tentera Rom dan Yunani. Pada Zaman Kelam Eropah, sukan air termasuk renang dihentikan kerana boleh dikatakan kebanyakan penyakit menular melalui air. Kolam renang pertama dibuka di Liverpool, England pada tahun 1828. London pula merupakan kota pertama memperkenalkan sukan renang untuk dipertandingkan. Pada tahun 1837,kota London mempunyai enam buah kolam renang. Pada zaman silam, sukan renang dihargai sebagai satu pertandingan untuk daya tahan dan bukan sebagai satu perlumbaan kecepatan (races against time). Cabaran pada zaman itu ialah untuk menguji kebolehan dan daya tahan diri dengan berenang menyeberangi Selat Inggeris. Pada tahun 1875, Captain Matthew Webb dari Shropshire, England menjadi orang pertama berenang di Selat Inggeris. Beliau berenang dari Dover, Englang ke Calais,Perancis dalam jangka masa 21 jam 45 minit. Pada tahun 1956,rekodnya dipecahkan oleh seorang Mesir,bernama Hassan Abdul Rahim yang berenang menyeberangi Selat Inggeris dalam jangka masa 10 jam 50minit. Pada tahun 1844, dua orang asli Amerika Utara, bernama Flying Gull dan Tobacco dijemput untuk menyertai pertandingan renang di London. Mereka menggunakan gaya sendiri yang lebih kurang sama dengan gaya rangkak yang digunakan pada hari ini. Gaya renang Flying Gull dan Tobacco ini belum pernah digunakan oleh para perenang Eropah. Sebenarnya gaya renang mereka ini 2
telah biasa digunakan oleh penduduk Amerika, Afrika Barat dan Kepulauan Pasifik sejak turun - temurun. Pada hari ini gaya renang itu disebut the crawl. Kemudian dari itu, perenang Frederick Cavill telah memperkenalkan renang gaya rangkak ini dari kota London ke benua Australia. Cavill memperbaiki gaya ini dan menamakannya the Australian Crawl. Pada 1902, anak Cavill, Richard pula menggunakan gaya the Australian Crawl ini untuk berenang 100 ela dalam jangka masa 58.6 saat. Seorang lagi anak Cavill, Sidney telah menunjuk ajar dan melatih para perenang di San Francisco, Amerika Syarikat dengan menggunakan teknik gaya ini. Salah seorang daripada anak didikannya, J. Scott Leary telah berjaya menjadi perenang pertama Amerika Utara yang melakukan renang 100 ela dalam jangka masa 60 saat. Gaya renang Cavill menjadi semakin popular. Seorang perenang bernama Charles Daniels memperbaiki lagi gaya Cavill ini. Dia menamakannya the American Crawl. Pada 1910, Charles Daniels, dengan menggunakan gaya the American Crawl berjaya mencipta rekod baru dengan berenang 100 ela dalam jangka masa 54.8 saat. Gaya rangkak juga digunakan oleh penghuni Pulau Hawaii. Duke Kahananoku dari Hawaii menggunakan gaya ini untuk memenangi acara renang 100 meter di Sukan Olimpik pada tahun 1912 dan 1920. Johnny Weismuller dari Amerika Syarikat yang berumur 21 tahun memenangi acara renang 100 meter dalam jangka masa 59 saat pada Sukan Olimpik 1924. Weismuller mencipta rekod baru dalam 67 acara renang sebelum dia bersara daripada renang pertandingan untuk menjadi bintang filem. Dia berlakon sebagai Tarzan di Hollywood. Pada 1986, hanya acara gaya bebas (free style) ditandingkan di Sukan Olimpik. Ini bermakna, para perenang dibenarkan menggunakan pelbagai gaya dan interpretasi untuk berenang. Pada tahun 1900, tiga acara renang ditetapkan, iaitu acara gaya kuak lentang (backstroke), acara gaya rangkak (the crawl) dan acara gaya kuak dada (breast-stroke). Pada tahun 1912, perenang wanita diberi peluang untuk bertanding dalam acara renang gaya bebas sahaja.
3
Kini, berbagai-bagai acara renang termasuklah acara gaya bebas, acara gaya kuak lentang, acara gaya kuak dada, acara gaya kuak kupu-kupu, acara gaya medley individu, acara gaya medley berganti-ganti, acara gaya bebas bergantiganti,acara junam dan acara renang segerak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik dan juga sukan-sukan lain seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA dan SUKMA.
3.0 SUKAN RENANG DI MALAYSIA Pada awal abad dua puluh, ramai rakyat di Semenanjung Malaya menunjukkan minat dalam aktiviti-aktiviti sukan renang terancang (organised swimming activities). Oleh sebab minat rakyat terhadap renang terancang amat mendalam, maka beberapa buah kelab renang telah ditubuhkan tidak lama kemudian itu, dan di antaranya ialah Penang Swimming Club pada tahun 1903, Penang Chinese Swimming Club pada tahun 1928, European Swimming Club pada tahun-tahun 1930an di Ipoh, Taiping dan Kuala Lumpur dan juga Kinta Swimming Club di Ipoh pada1936. Kelab-kelab renang ini sangat aktif. Taraf sukan renang dinaikkan pada tahun 1931 dengan pengelolaan the Malayan Chinese Olympiad. Sukan ini diteruskan setiap tahun hingga 1937, dengan penyertaan kelab-kelab renang dari Pulau Pinang, Perak, Johor dan Melaka. Selepas Perang Dunia Kedua, minat sukan renang giat dipulihkan. Banyak pertandingan renang dikelolakan di antara kelabkelab renang orang Asia dari Singapura, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur. Pada tahun 1955, the Malayan Amateur Swimming Union ditubuhkan. Dengan pertubuhan persatuan ini, pertandingan antara kelab renang digantikan dengan pertandingan antara negeri.
4
Pada tahun 1956, Malaya buat kali pertama menyertai Sukan Olimpik di Melbourne, Australia. Malaya menyertai dalam lima jenis acara sukan,iaitu olahraga, angkat berat, renang, menembak dan hoki. Pada masa ini, persatuan renang di Malaysia dinamai Amateur Swimming Union, Malaysia (ASUM). Kini ASUM adalah ahli gabungan badan renang dunia, Federation Internationale de Nation Amateur (FINA). Mulai tahun 1956, Malaya ikut serta dalam beberapa pertandingan renang antarabangsa, termasuk Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEAP/SEA dan Kejohanan Asia.
5
ALATAN DAN KEMUDAHAN RENANG.
GOOGLE
KICKING BOARD
BAJU RENANG
SELUAR RENANG
TOPI RENANG
PENYUMBAT TELINGA
6
KEYAKINAN DI AIR.
Memupuk keyakinan Apabila kemajuan dicapai, penggantungan terhadap pelampung akan bermula berkurangan. Secara beransur-ansur kurangkan angin pada pelampung ,seterusnya tanggalkan terus supaya kanak-kanak itu bergerak di dalam air secara bebas. Kanak-kanak itu kini mula berenang. Sebelum kanak-kanak dibenarkan bergerak bebas di sekitar bahagian cetek kolam,mereka perlu mempunyai kebolehan untuk kembali ke posisi berdiri daripada kedudukan renang gaya rangkak dan gaya lentang. Ini merupakan satu langkah keselamatan yang penting.
7
APUNGAN
KEMBALI KE POSISI BERDIRI Tolak ke bawah dengan tangan terkedang(tapak tangan menghadap ke bawah). Dongakkan kepala dan bengkokkan lutut ke depan. Apabila badan mula menegak, tolak kaki ke bawah untuk berdiri,sambil menggunakan tangan mendapatkan keseimbangan badan.
RAJAH 1.
8
POSISI LENTANG Mulakan dengan mengangkat kepala ke depan,tangan menekan ke bawah dan pada masa yang sama angkat lutut ke dada. Apabila badan berpusing ke kedudukan menegak atau berdiri,balikkan tapak tangan menghadap ke kaki dan kuak air ke depan dan ke atas bagi membantu pergerakan sebelum menolak kaki ke bawah untuk berdiri(lihat rajah 2). Apabila perenang baru telah menguasai kebolehan berdiri daripada kedua-dua kedudukan terapung,iaitu apung tiarap dan apung lentang,justeru mereka sudah bersedia untuk maju ke peringkat menolak dan meluncur. Ini membolehkan perenang baru mengalami gerakan mengharungi air dalam keadaan merentang dan lurus,iaitu satu perkara yang penting bagi semua gaya renang.
RAJAH 2 9
LUNCUR DEPAN Bermula daripada kedudukan berdiri dengan sebelah kaki ke depan sedikit,tangan diluruskan ke depan dan bahu berada di bawah paras air,condongkan badan ke depan dan tolak ke permukaan dan luncur. Pastikan kedudukan kepala selari dengan tubuh badan supaya bahagian atas kepala sentiasa berada pada paras air.(Lihat rajah 3). Untuk menambahkan jarak renangan,mulakan dengan belakang anda menghadap ke kolam renang.Letakkan sebelah tapak kaki sepenuhnya pada dinding kolam renang mendapatkan tolakan yang kuat(lihat rajah 4).
RAJAH 3
10
LUNCUR LENTANG Daripada kedudukan berdiri, dengan sebelah kaki ke belakang sedikit,turunkan badan sehingga bahu berada di dalam air. Rentangkan tangan untuk mengimbangkan badan. Kemudian, bengkokkan badan ke belakang secara perlahan-lahan sambil menolak untuk luncur. Bahagian belakang kepala harus berada di dalam air. Letakkan tangan di sisi badan(lihat rajah 5). Bagi membolehkan anda berenang lebih jauh,mulakan dengan memaut kedua-dua tangan pada bahagian tepi lurah kotoran atau tepi kolam renang dan kedua-dua kaki pada dinding kolam renang dan kedua-dua kaki pada dinding kolam (lutut hamper pada permukaan air). Apabila anda melepaskan tangan daripada tepi kolam dan menolak kaki secara berterusan,satu posisi meluncur yang mana kedudukan badan lurus dan mendatar boleh diperoleh (lihat rajah 6). Bagi mendapatkan jarak renang yang lebih jauh dan kemas,tendangan atau tolakan boleh dilakukan dengan menjangkaukan tangan melepasi kepala(keduadua tangan disatukan).
11
Latihan-latihan luncur dan berdiri dalam air boleh digabungkan atau dilakukan bersama supaya apabila anda cuba melakukan renangan rangkak atau lentang kembali kepada kedudukan berdiri,anda boleh melakukannya dengan penuh keyakinan.
RAJAH 6:MENOLAK/MENEDANG SERTA MELUNCUR GAYA LENTANG.
12
GAYA KAYUH Apabila keyakinan sudah berkembang, tibalah masanya untuk gerakan-gerakan asas pendorongan pada kedudukan meniarap dan terlentang.Gerakan-gerakan ini merupakan gerakan kayuh ke hadapan(dahulunya dikenali sebagai gaya kayuh anjing) dan kayuh belakang.
KAYUH KE HADAPAN Pelajar renang berada pada kedudukan apung tiarap.Gerakan kaki yang sama seperti yang dilakukan untuk gaya rangkak.Bagaimanapun,gerakan-gerakan tangan dilakukan di bawah paras air; tangan digerakkan atau dikuak ke bawah dan ke belakang secara berselang-seli pada kedudukan meniarap atau rangkak sementara pemulihan dilakukan dengan menjangkaukan tangan ke depan daripada bahagian dada ke satu titik melebihi bahu.Pada mulanya,perenang mungkin melakukan gerakan lengan yang pendek dan apabila keyakinannya berkembang,gerakan lengan tersebut akan menjadi lebih panjang dan bertenaga.Gerakan gaya kayuh ke hadapan ditunjukkan pada rajah 7.
13
GAYA KAYUH BELAKANG DAN GAYA RENANG CAMPANG Pelajar berada pada posisi terlentang.Pergerakan kaki adalah sama seperti gaya rangkak belakang. Pada peringkat permulaan,pergerakan tangan selalunya merupakan gerakan”menyapu” secara serentak menghala ke kaki.Gerakangerakan ini memberi kekuatan tenaga dan daya ketahanan yang baik samasa atau kembali semula ke posisi awal. Pelajar seharusnya cuba meletakkan keduadua belah tangan hamper pada sisi peha secara perlahan-lahan supaya gerakan-gerakan campang seakan-akan nombor lapan akan menjadi kebiasaan padanya. Apabila tangan dijauhkan daripada badan, hujung jejari dinaiikkan supaya tapak tangan menghadap ke luar dan ke bawah. Hujung jejari bagi gerakan ke dalam (ibu jari) sekali lagi dinaikkan atau diangkat supaya tapak tangan mengahadap ke dalam dan ke bawah. Pada titik yang paling ke luar atau paling ke dalam gerakan,pergelangan tangan berputar untuk menukar kedudukan tapak tangan.Sementara itu lengan tetap lurus dan tidak tegang( lihat rajah 8).
RAJAH 7 KUAK KAYUH 14
4.0 KESELAMATAN DI DALAM AIR Keselamatan di dalam air memupuk pemahaman tentang keselamatan semasa di dalam dan berhampiran dengan air. Ini merupakan salah satu aspek penting dalam acara renang di dalam Kurikulum Kebangsaan Britain, yang mana sebahagian daripadanya boleh diajar di rumah atau di kelas di luar persekitaran kolam renang. Latihan mengenai keselamatan boleh dimulakan sebelum lawatan pertama ke kolam renang sekiranya kanak-kanak itu tahu memahami prinsip-prinsip. Pendekatan mengenai perkara ini boleh dilakukan dengan meransang minat dan cabaran kepada kanak-kanak itu, memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan imaginasi mereka ketika berada dalam situasi merbahaya.Prinsipprinsip berkaitan keselamatan dalam air boleh diperkuat lagi pada bila-bila masa ketika kanak-kanak berada di sekitar perairan atau apabila program di televisyen memaparkan beberapa aktiviti akuatik.
Peraturan keselamatan di dalam air : 1. Apabila bermain berdekatan kawasan air, sentiasa pastikan bahawa ada orang dewasa yang boleh berenang bersama anda. 2. Sekiranya menghadapi masalah di dalam air, bawa bertenang, pusingkan badan supaya anda berada dalam keadaan terlentang, dan jika ternampak seseorang, lambaikan tangan untuk menarik perhatian.Cara lain ialah dengan meletakkan tangan anda di dalam air. 3. Jangan berenang pada masa sejam selepas anda memakan makanan berat. 4. Sekiranya anda berasa kesejukan atau keletihan ketika berada di dalam air, segera keluar dari kolam.
15
5.0 KESELAMATAN DI KOLAM RENANG Beberapa peraturan perlu dipatuhi semasa berada di dalam kolam renang atau tempat lain.
1. Pengguna perlu menunjukkan resit/surat kebenaran/kelulusan sebelum menggunakan kemudahan di kompleks sukan renang 2. Cagaran akan dikenakan sekiranya penyewaan / penggunaan untuk tujuan bagi mengadakan pertandingan / perlawanan, majlis / program atau penyewaan / penggunaan secara harian. 3. Semua pengguna diminta sentiasa menjaga kebersihan kawasan serta keselamatan peralatan yang digunakan. Sebarang kerosakan/kehilangan perlu diganti. 4. Orang ramai tidak dibenarkan masuk kecuali menggunakan tiket yang boleh dibeli di kolam renang 5. Kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk dibenarkan masuk kecuali dengan syarat ada seorang penjaga 6. Semua pengguna dikehendaki meninggalkan kolam 15 minit sebelum ditutup. 7. Pengguna-pengguna lelaki dan wanita dikehendaki memakai pakaian mandi yang tidak turun warnanya atau "transparent" serta mengikut etika berpakaian di kolam renang 8. Pengguna-pengguna dilarang meludah ke dalam kolam 9. Pengguna-penggunan dilarang berlari-lari, menolak atau mengganggu orang lain 10.Orang ramai yang mengidap penyakit-penyakit berjangkit yang bahaya dan penyakit kulit adalah dilarang mandi di kolam renang
16
11.Pengguna-pengguna adalah dilarang membawa barang-barang bahaya dan yang boleh mengotorkan air kolam seperti makanan, botol-botol minuman, kotakkotak, barang-barang tajam dan sebagainya
12.Orang ramai yang mengunjungi kolam renang tidak dibenarkan membawa barang makanan atau minuman ke dalam kawasan kolam renang 13.Pengguna-pengguna dikehendaki bertanggungjawab menjaga semua harta MPSP di kolam renang daripada dirosakkan atau disalah gunakan 14.Sebarang penjaja tidak dibenarkan di dalam kawasan kolam renang 15.Tiket-tiket yang telah dijual tidak boleh dikembalikan 16.Pengguna-pengguna dilarang membawa beg pakaian serta dilarang menyalin pakaian di dalam kawasan kolam renang 17.Pengguna-pengguna dilarang membawa masuk kamera, alat perakam video dan sebagainya yang boleh merakam gambar orang ramai 18.Pengguna-pengguna dilarang merokok di dalam kawasan kolam renang 19.Pengguna-pengguna dilarang memakai kasut atau selipar di kawasan kolam renang 20.Setiap pengunjung yang menggunakan kolam renang perlu memakai topi renang untuk menggelakkan rambut gugur 21.Penguasa kolam boleh pada bila-bila masa yang difikirkannya perlu untuk menutup kolam renang daripada digunakan oleh pengguna-pengguna atau orang ramai, sekiranya ditutup maka wang tidak akan dikembalikan 22.Sebarang salah pengertian mengenai peraturan ini akan diputuskan oleh Yang Dipertua atau wakilnya dan keputusan-keputusan adalah muktamad 23.Pihak MPSP tidak akan bertanggungjawab atas keselamatan / kerosakan / kehilangan barang-barang pengguna
17
24.Sebarang sepanduk (banner) /poster/ papantanda tidak dibenarkan dipasangkan di mana-mana juga bahagian di kawasan stadium/kompleks sukan kecuali mendapat kebenaran daripada MPSP 25.Binatang-binatang peliharaan adalah dilarang untuk dibawa masuk ke dalam kawasan kolam renang 26.Tidak dibenarkan membakar apa-apa juga bahan di mana-mana juga bahagian di kawasan kolam renang MPSP 27.Penganjuran semua jenis aktiviti politik, perjudian dan aktiviti yang diharamkan oleh kerajaan adalah tidak dibenarkan. 28.MPSP tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan / kecederaan /kehilangan yang berlaku ke atas mana-mana individu sepanjang tempoh penggunaan / penyewaan kompleks sukan. MPSP juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan / kehilangan mana-mana kenderaan yang letakkan di perkarangan meletak kenderaan 29.Penyewa hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan syarat-syarat yang akan dikenakan dari semasa ke semasa oleh pegawai yang bertugas 30.Penyewa tidak dibenarkan menyewa semula (meminda hal penyewaan) kepada orang lain 31.Wang cagaran akan dikembalikan setelah MPSP mendapati semua syaratsyarat yang dikenakan samada secara bertulis atau lisan dipatuhi. Cagaran akan ditahan sekiranya berlaku kehilangan peralatan,kerosakan akibat penyewaan/penggunaan atau hal-hal kebersihan 32.MPSP berhak membatalkan tempahan pada bila-bila masa sahaja untuk kepentingan MPSP dan Kerajaan
18
6.1 PENGENALAN KUAK DADA. Kuak dada ialah gaya yang terawal daripada gaya-gaya lain. Gaya ini selalunya diguna pakai oleh penyelamat renang semasa menyelamatkan mangsa. Selain itu gaya ini mudah dipelajari dan sesuai untuk aktiviti rekreasi Ini adalah stroke paling lambat, tapi itu tidak bererti anda tidak dapat berenang dengan laju.
Langkah Satu Yang paling penting tentang gaya dada adalah untuk menjaga tubuh anda paras di permukaan. Bahu anda harus selari dan pinggul anda juga perlu mendatar dalam air. Sekarang gerakkan kaki dan kaki bersama-sama seperti katak - ini biasanya kawasan yang paling bermasalah dari gaya dada. Ini adalah satu-satunya stroke yang menggunakan gerakan-gerakan ini dan selalunya sukar untuk mendapatkan kedua kaki untuk melakukan hal yang sama pada waktu yang sama.
19
Berikut adalah beberapa tips untuk membantu menyegerakan kaki anda: • Bengkok lutut dan angkat kaki ke bawah • Putar kaki luar, sehingga dapat mendorong kembali dengan bahagian bawah kaki • Gerakkan kaki keluar dan dalam lagi untuk saling bertemu • Meluruskan kaki anda dengan lutut menyentuh satu sama lain. • Anda boleh mencuba aktiviti ini duduk di tepi kolam dengan kaki menjuntai di air Atau, anda boleh melakukannya di dalam air berpegangan pada rel dengan kaki membentang di belakang anda.
Langkah Dua Muat panjang antara setiap stroke dengan lengan. Hujung yang benar-benar baik adalah untuk memastikan anda dapat selalu melihat tangan anda. Hal ini akan membantu untuk mendapatkan tindakan lengan kanan. Mulailah dengan meregangkan lengan di depan anda, tepat di bawah paras air. Lalu tekan kedua tangannya keluar dan bulat untuk menggambar lingkaran penuh, pastikan tangan anda tetap berada di depan bahu anda.
20
Tangan anda harus menyelesaikan dengan meregangkan ke depan lagi. Lengan dan kaki harus tetap tinggal di air sepanjang masa, tanpa splash sama sekali.
Langkah Tiga Bernafas di saat anda menyelesaikan bulatan, mengangkat muka anda keluar daripada air. Letakkan muka anda kembali ke air saat anda meregangkan lengan ke depan untuk memulakan lingkaran lagi.
21
Langkah Empat Langkah terakhir adalah untuk meletakkan stroke bersama-sama, maka: • Tarik dengan lengan dan bernafas masuk • Tendang kaki anda. • Stretch dengan tingkat tubuh anda di dalam air. • Ulangi lagi langkah ini .
22
6.2 ANSUR MAJU RENANG GAYA KUAK DADA 1. Sebelum memulakan kuakan air, pelajar terapung pada kedudukan meniarap yang mendatar dan kemas, bahu selari dengan permukaan air.
2. Kepala perlu selari dengan badan serta memandang ke depan atau berada hanya sedikit di bawah paras air. 3. Dekatkan serta panjangkan tangan dalam air, kaki di belakang, lurus dan rapat.
23
4. Kuakan bermula dengan menarik tangan ke luar, ke belakang dan ke bawah ke titik hampir dengan bahagian depan bahu.
5. Kaki dikekalkan pada keadaan lurus dan rapat di belakang.
6. Tangan yang berada di depan pada paras bahu mula digerakkan dalam bentuk bulatan, siku hampir dengan badan bersedia untuk melakukan pemulihan atau kembali ke kedudukan awal yang membawa tangan ke depan badan bagi gerakan tangan selanjutnya.
24
7. Pada ketika ini, perenang biasanya menarik nafas kerana mulut bebas daripada air.
8. Semasa pemulihan, tangan dipanjangkan ke depan sama ada di atas permukaan air atau sedikit sahaja di bawah permukaan air. 9. Pada masa yang sama, kaki digerakkan ke punggung, sisi paha dijarakkan, ibu jari kaki menghala ke belakang sementara lutut jauh daripada garisan sisi paha. 10. Semasa gerakan tangan untuk pemulihan atau kembali ke posisi asal hampir selesai, tapak kaki digerakkan ke luar sedikit dan kaki menendang kuat ke belakang dan ke luar sedikit semasa melakukan pergerakan pecutan.
25
11. Tumit kaki harus memulakan pergerakan. 12. Pergerakan kaki menendang ke belakang seperti katak selesai apabila kaki membuat suatu laluan yang membengkok disudahi dengan gerakan meluru. 13. Kaki menamatkan tendangan dengan ibu jari kaki menunding ke belakang dan meluncur dalam keadaan kemas serta bersedia untuk pusingan kuak seterusnya.
26
6.3 POSISI BADAN
Dengan memegang penggayut atau palung, buat latihan ringkas gerakankaki. Dengan memegang alat keapungan atau pelampung yang dipegang di depan, berenang mengikut kelebaran kolam dengan hanya menggunakan kaki. Tolak dan luncur, diikuti dengan gerakan kaki sahaja.
27
GERAKAN KAKI PANDANGAN SISI.
28
6.4 GERAKAN TANGAN Berdiri di bahagian cetek kolam renang dengan bahu di bawah paras air, lakukan latihan gerakan tangan. Berjalan perlahan-lahan mengharungi air, bahu masih berada di dalam air dan sambil mencondongkan badan ke depan, lakukan latihan gerakan tangan.
Meniarap di tebing kolam dengan keadaan badan lurus dan kaki dirapatkan.Muka berada di dalam air,luruskan tangan ke hadapan dan kuak ke luar seolah –olah membentuk hati atau bentuk” LOVE “ ke arah dada.
29
Kuak Tangan
Teruskan aktiviti ini hingga anda rasa tertarik ke hadapan.Sekiranya ini berlaku biarkan badan anda meluncur secara semulajadi ke air.Latihan bubling perlu dipraktikan
30
6.5 PERNAFASAN
Kenapa kena blow bubbles? Ia sebagai cara untuk kita bernafas bila aktiviti berenang Sebagai daya apungan badan. Badan yang beroksigen lebih mudah terapung Memanjangkan stamina bila dalam air . Mengurangkan penat selepas aktiviti renangan yang panjang pasal blow bubble boleh mengurangkan kadar denyutan jantung kita.
31
Cara blow bubbles yang lebih efektif Secara amnya, blowing yang efektif adalah apabila kita tak mudah penat, tapi ia perlu disertakan dengan teknik renangan yang betul. Secara asas pulak, blowing akan lebih efektif jika kita menggunakan diafragma. · “Bubbling” iaitu salah satu cara mengawal pernafasan sebelum memulakan aktiviti renang. · Nafas di tarik melalui mulut sebelum kepala dimasukkan ke dalam air dan udara dihembus melalui hidung sebelum kepala di keluarkan ke udara. Pergerakan ini diulang beberapa kali.
32
6.6 PENGATURAN MASA
PANDANGAN DARI ATAS
PANDANGAN DARI BAWAH
Tolak dan luncur, tambah pula satu pusingan tangan diikuti dengan tendangan kaki. Ulangi, tambahkan bilangan pusingan tangan dan tendangan secara beransur-ansur. Tolak dan luncur, tarik atau kuak tangan, bernafas, tendang dan luncur. Bernafas pada setiap pusingan kuak. Tambahkan jarak renangan bagi mewujudkan ritma yang selesa. 33
PENUTUP 7.0 PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN. 7.1 POSISI BADAN Sasarkan pada posisi badan yang teregang dan selurus yang boleh. Stabilkan kepala dan luruskan bahu, sisi paha berada sedikit sahaja di bawah paras permukaan air, kaki dilunjurkan, tajamkan ibu jari kaki. 7.2 GERAKAN KAKI Tumit menghadap punggung, kaki menghadap ke luar, tumit mendorong pergerakan ke belakang. Gerakan kaki bagi pemulihan atau kembali ke posisi asal dilakukan di dalam air. Permukaan kaki di halakan ke luar untuk dorongan terakhir, tendangan harus serentak dan secara simetri. Pastikan kaki pada posisi selari dengan sisi paha pada sepanjang masa. 7.3 GERAKAN TANGAN Pastikan tangan sentiasa dalam pandangan. Kuak dengan kuat ke sisi, ke bawah dan ke belakang, lakukan gerakan pemulihan dengan kemas, kuak air di depan bahu. 7.4 PERNAFASAN Tarik nafas sebaik sahaja tangan selesai melakukan gerakan tarikan, hembus nafas apabila tangan melakukan gerakan pemulihan, iaitu kembali ke posisi asal. Kepala perlu stabil sementara bahu berada dalam keadaan lurus.
34
REFLEKSI
Sepanjang saya mengikuti kursus Pendidikan Jasmani ini khasnya matapelajaran renang i, terdapat banyak hasil pembelajaran dan perkara baru yang telah saya perolehi.Ilmu yang saya dapat, sungguh berguna dan bermakna.Kini saya berasa sungguh yakin dan amat berbangga kerana menguasai ilmu berenang .Di sini saya ingin merakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing En.Othman b Che Man dan Tuan Hj Faisal b Japeri yang telah membimbing dan memberi tunjuk ajar yang bersungguh-sungguh secara praktikal yang amat berkesan . Banyak maklumat dan bahan bahan tugasan diperolehi semasa kelas, Internet dan Pusat Sumber IPG Kampus Perlis. Saya juga banyak dibantu oleh Guru Sains Sukan dari Sekolah Sukan Perlis(SMK Syed Hassan) yang ikhlas membantu dalam proses mencari mencari bahan tugasan ini, pengetahuan dalam subjek ini dapat ditambah dan dikembangkan lagi demi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran subjek PJ di sekolah.Banyak ilmu pengetahuan yang diperolehi secara langsung dan tidak langsung.Sudah pasti apa yang diperolehi sepanjang kurus ini pastinya telah mengubah cara pengajaran saya selama ini dan akan terus berubah di masa hadapan. Terima Kasih kepada semua.Semoga Allah membalas jasa anda semua dengan berlipat ganda.
35
BIBLIOGRAFI Buku 1. Asma Saat. 2007. Renang Meniti Tangga Kejayaan. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Cheras, Kuala Lumpur. 2 David G. Thomas, Thomas, Siri Kecemerlangan Sukan Sukan : Renang 3. Tam Lye Suan. 1994. Renang. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Cheras, Kuala Lumpur.
Internet 1. http://map-bms.wikipedia.org/wiki/Renang 2. http://www.akademi-renang.com/rule.htm 3 . http://www.mbas.gov.my/maklumatmbas/perkhidmatan/kemudahan/kolam _larangan.php 4. Swimming Technique : http://findarticles.com/p/articles/mi_qa3871/is_199810/ai_ n8822419/ 5 Survival Sculling : http://www.education.tas.gov.au/school/health/wellbeing/ watersafety/program345/safety/images/survival_sculling.gif&imgrefurl Poway Masters Swimming Workouts : http://www.powaymasters.com/index.html Stroke Drills : http://www.wasa.asn.au/articles/article.asp? GroupID=2&ArticleID=138
36