Kod & Nama Kursus: PJM 3110 Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani
AGIHAN TAJUK
Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. a.
Agihan Agihan Tajuk Tajuk Interak Interaksi si Bersemu Bersemuka ka dan dan Modul Modul Mengik Mengikut ut Kursus Kursus Proforma Proforma
1
Bil. 1
Interaksi Bersemuka (jam)
Tajuk/Topik Sejarah dan perkembangan PJ 1.1 PJ di di zaman zaman purba, purba, 1.2 PJ di zaman zaman renais renaisance ance,, 1.3 PJ di di zaman zaman moden; moden; 1.4 PJ di di Mala Malaysi ysia a Kons Konsep ep,, teor teorii dan dan fals falsaf afah ah pemb pemben entu tuka kan n kur kurik ikul ulum um 2.1 Konsep dan definisi PJ 2.2 Falsafah Pendidikan kebangsaan dan hubungannya dengan PJ 2.3 PJ untuk semua
2
3
Kepentingan PJ 3.1 Pertumbuhan dan perkembangan fizikal 3.2 Perkembangan Perkembangan mental 3.3 Perkembangan emosi 3.4 Perkembangan sosial Hura Huraia ian n dan dan tafs tafsir iran an suka sukata tan n pel pelaj ajar aran an PJ KBSR KBSR 4.1 Konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dalam PJ 4.2 Tunjang pembelajaran PJ Kriteria pemilihan aktiv tiviti PJ 5.1 Infrastruktur dan tenaga tenaga pengajar pengajar 5.2 Perkembangan murid 5.3 Peralatan dan kemudahan 5.4 Persekitaran budaya dan tempat Pers Persed edia iaan an peng pengaj ajar aran an dan dan pemb pembel elaj ajar aran an PJ 6.1 Rancangan kerja tahunan dan semester 6.2 Rancangan kerja mingguan 6.3 Rancangan kerja harian Stra Strate tegi gi,, kaed kaedah ah dan dan tekn teknik ik peng pengaj ajar aran an dan dan pembelajaran PJ 7.1 Teknik 7.2 Kaedah 7.3 Strategi Pentaksiran dalam PJ 8.1 Pembentukan Pembentukan folio dan dan persekitarannya persekitarannya
4
5
6
7
8
JUMLAH
a.
2
Jum. Jam
2
2
1 2 1
4
4
4
4
4
4
8
8
4
4
2
2
15
Agihan Agihan Tajuk Tajuk Amal Amalii Mengi Mengikut kut Kursus Kursus Profor Proforma ma
Modul (jam)
15
30
Bil. 1
Interaksi Bersemuka (jam)
Tajuk/Topik Sejarah dan perkembangan PJ 1.1 PJ di di zaman zaman purba, purba, 1.2 PJ di zaman zaman renais renaisance ance,, 1.3 PJ di di zaman zaman moden; moden; 1.4 PJ di di Mala Malaysi ysia a Kons Konsep ep,, teor teorii dan dan fals falsaf afah ah pemb pemben entu tuka kan n kur kurik ikul ulum um 2.1 Konsep dan definisi PJ 2.2 Falsafah Pendidikan kebangsaan dan hubungannya dengan PJ 2.3 PJ untuk semua
2
3
Kepentingan PJ 3.1 Pertumbuhan dan perkembangan fizikal 3.2 Perkembangan Perkembangan mental 3.3 Perkembangan emosi 3.4 Perkembangan sosial Hura Huraia ian n dan dan tafs tafsir iran an suka sukata tan n pel pelaj ajar aran an PJ KBSR KBSR 4.1 Konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dalam PJ 4.2 Tunjang pembelajaran PJ Kriteria pemilihan aktiv tiviti PJ 5.1 Infrastruktur dan tenaga tenaga pengajar pengajar 5.2 Perkembangan murid 5.3 Peralatan dan kemudahan 5.4 Persekitaran budaya dan tempat Pers Persed edia iaan an peng pengaj ajar aran an dan dan pemb pembel elaj ajar aran an PJ 6.1 Rancangan kerja tahunan dan semester 6.2 Rancangan kerja mingguan 6.3 Rancangan kerja harian Stra Strate tegi gi,, kaed kaedah ah dan dan tekn teknik ik peng pengaj ajar aran an dan dan pembelajaran PJ 7.1 Teknik 7.2 Kaedah 7.3 Strategi Pentaksiran dalam PJ 8.1 Pembentukan Pembentukan folio dan dan persekitarannya persekitarannya
4
5
6
7
8
JUMLAH
a.
2
Jum. Jam
2
2
1 2 1
4
4
4
4
4
4
8
8
4
4
2
2
15
Agihan Agihan Tajuk Tajuk Amal Amalii Mengi Mengikut kut Kursus Kursus Profor Proforma ma
Modul (jam)
15
30
Bil.
1
2
3
Tajuk/Topik
Stra Strate tegi gi,, kae kaeda dah h dan dan tekn teknik ik peng pengaj ajar aran an dan dan pem pembe bela laja jara ran n PJ PJ 1.1 Teknik 1.2 Kaedah 1.3 Strategi Pengajaran mikro 2.1 Pelaksanaan Pelaksanaan pengajaran pengajaran mikro 2.2 Penilaian dan analisis pengajaran mikro Pentaksiran dalam PJ 3.1 Ujian kecergasan fizikal 3.2 Spesifikasi ujian kemahiran JUMLAH
Amali (jam)
Jum. Jam
4
4
20
20
6
6
30
30
JUMLAH KESELURUHAN (a + b)
TAJU TAJUK K1
SEJA SEJARA RAH H DAN DAN PERK PERKEM EMB BANGA ANGAN N PEND PENDID IDIK IKAN AN JAS JASMA MANI NI
SINOPSIS 1
60
Tajuk dalam modul ini merangkumi sejarah dan perkembangan kurikulum PJ di zaman purba, zaman renaisanse, zaman moden dan perkembangan PJ di Malaysia.
HASIL PEMBELAJARAN 1. Pelajar Pelajar dapat dapat mengeta mengetahui hui sejara sejarah h PJ dari zaman zaman purba purba,, zaman renaisanse, zaman moden dan perkembangan PJ di Malaysia. 2. Pelajar Pelajar mampu mampu menyatakan menyatakan fakta-f fakta-fakta akta penting penting mengen mengenai ai sejarah sejarah PJ melalui setiap zaman. 3. Pelajar Pelajar mampu mampu membuat membuat perbandin perbandingan gan PJ di zaman zaman sebelumny sebelumnya a dengan dengan PJ pada masa kini.
•
KERANGKA TAJUK-TAJUK
1.1 PENDID PENDIDIKA IKAN N JASMAN JASMANII DI ZAMAN ZAMAN PURBA PURBA Manu Manusi sia a sema semasa sa zama zaman n purb purba a hidu hidup p seca secara ra noma nomad d iait iaitu u berp berpin inda dah h randah.Keg randah.Kegiatan iatan seharian memerluka memerlukan n kecergasan kecergasan yang tinggi, untuk terus hidup hidup mereka mereka perlu perlu berger bergerak ak untuk untuk mencar mencarii makana makanan n dan membur memburu, u, setiap setiap kejayaan yang dicapai dalam usaha akan di raikan dengan berpesta Zaman neolitik – berlakunya berlakunya revolusi pertanian pertanian yang membawa kepada perubahan gaya hidup primitif. Zaman pembangunan dalam bidang pertanian, manusia tidak perlu berpindah randah, manusia mula mengamalkan gaya hidup sedentari dan manusia mula mengurangkan aktiviti kecergasan. Ketika ini di negeri China manusia digalakan melibatkan diri dalam aktviti kecerg kecergasa asan n seperti seperti seni seni bela bela diri diri untuk untuk tujuan tujuan menyih menyihatka atkan n badan. badan. Selain Selain daripada seni bela diri, aktiviti kecergasan yang lain juga diperkenalkan seperti tarian, lawan pedang, memanah dan menunggang kuda. Di India India pula pula satu satu kaedah kaedah senama senaman n dicipt dicipta a iaitu iaitu Yoga Yoga yang yang diperc dipercaya ayaii dapa dapatt memb membaw awa a pany panyat atua uan n kepa kepada da tubu tubuh, h, akal akal dan dan roh roh manu manusi sia a sert serta a merapatkan merapatkan manusia dengan alam. Manakala Manakala pemerintah pemerintahan an di Timur tengah seperti Parsi, Egypt, Babylon dan Syria juga mementingkan kecergasan untuk tujuan tujuan ketenteraan ketenteraan.. Kanak-kan Kanak-kanak ak didedahka didedahkan n dengan dengan aktiviti-akti aktiviti-aktiviti viti saperti saperti
1
berkuda, memanah, memburu, berkawad dan membaling lembing untuk tujuan membina kekuatan dan kecergasan dan bukan untuk kesihatan. Di Greece pula masyarakat Yunani amat mementingkan kecergasan fizikal, kota-kota yang terkenal semasa itu ialah seperti Athens dan Sparta. Kedua-dua kota ini mempunyai objektif tersendiri. Di Sparta objektif Pendidikan Jasmani bertumpu pada pembinaan tubuh badan untuk pembentukkan tentera yang kuat. Manakala di Athens objektif Pendidikan Jasmani bertumpu kepada kesihatan dan apresiasi nilai estetika untuk terus hidup lebih aktif
1.2 PENDIDIKAN JASMANI DI ZAMAN RENAISANCE Masyarakat zaman ini masing-masing mempunyai fahaman yang berbezabeza terhadap Pendidikan Jasmani. Berikut merupakan mempengaruhi pandangan
tentang
golongan yang amat
Pendidikan Jasmani
pada masa itu.
Golongan Humanistik mendapati terdapat nilai pendidikan dalam Pendidikan Jasmani. Aktiviti fizikal yang diberi tumpuan ialah seperti memanah, berenang, berlari dan aktiviti-aktiviti yang menggunakan bola. Golongan Moralis berpendapat penglibatan dalam aktiviti merupakan sebahagian daripada menjalankan kerja sahaja manakala masyarakat katolik di Eropah berpendapat aktiviti fizikal sebagai saluran untuk menyatukan roh. Golongan Realisma, masyarakat ini banyak menyokong dan berpandangan positif terhadap Pendidikan Jasmani. Mereka menyeru otak yang cerdas dilahirkan dalam badan yang cergas dan sihat.
1.3 PENDIDIKAN JASMANI DI ZAMAN MODEN Pada akhir abad ke18 dan permulaan abad ke19 apabila kemahiran ketenteraan berkurangan sukan, permainan dan rekreasi memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat.Bertitik tolak dari situlah wujudnya pelbagai permainan saperti badminton, tenis, bola sepak, hoki, ragbi,bola keranjang,bola jaring, olahraga dan lain-lain lagi. Disamping itu pada ketika ini pelbagai kajian telah dijalankan dengan tujuan untuk mengembang dan membawa perubahan dalam bidang sukan dan program Pendidikan Jasmani. Atas usaha penyelidik-penyelidik untuk membuktikan terdapatnya asas sains dalam bidang sukan wujudnya bidang-bidang seperti: Antropometrik – kajian tentang bentuk dan susuk badan Fisiologi – kajian terhadap fungsi sistem-sistem organik tubuh Biomekanik- kajian memahami bagaimana manusia bergerak 2
Psikologi sukan- kajian tentang tingkah laku manusia dalam bidang sukan
PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA Pendidikan Jasmani di Malaysia dapat dibahagi kepada empat peringkat iaitu: 1. Pendidikan Jasmani sebelum penjajahan British 2. Pendidikan Jasmani semasa pemerintahan British 3. Pendidikan Jasmani sebelum Merdeka 4. Pendidikan Jasmani selepas Merdeka
1. Pendidikan Jasmani sebelum penjajahan British Sebelum kedatangan British tidak terdapat sistem pendidikan yang teratur. Kelas-kelas dijalankan secara tidak formal dan tidak terdapat objektif yang jelas dalam penyampaian. Pendidikan pada masa ini lebih tertumpu kepada sistem pengajian pondok dan sebagainya. Pendidikan jasmani lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti untuk survival seperti belajar seni bela diri, bercucuk tanam dan pertukangan.
2. Pendidikan Jasmani semasa pemerintahan British Sejak kedatangan penjajah British banyak perubahan telah dibawa masuk terutamanya oleh mubaligh-mubaligh kristian. Perubahan-perubahan yang dibawa masuk banyak tertumpu di negeri-negeri selat. Banyak sekolah di buka dan diurus oleh golongan mubaligh dan syarikat-syarikat British. Mereka telah memperkenalkan satu sistem pendidikan yang terdapat banyak pengaruh barat dalam sistem tersebut. Ketika itu Pendidikan Jasmani di ajar sebagai mata pelajaran sampingan dan digelar sebagai latihan jasmani di sekolah-sekolah melayu. Mata pelajaran ini diajar dari darjah satu hingga darjah empat dan kurikulum latihan jasmani ini adalah terhad. Ini adalah disebabkan kerajaan British kurang memberi tumpuan terhadap mata pelajaran ini.
3. Pendidikan Jasmani Sebelum Merdeka Pendidikan Jasmani pada era ini telah mula menekankan aspek kepentingan latihan fizikal lalu dilaksanakan usaha menggubal sukatan pelajaran bagi Pendidikan Jasmani. Sukatan yang digubal dipengaruhi oleh sukatan daripada sekolah-sekolah di England. Hasilnya pada tahun 1946, Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak telah menggubal 1
sukatan Pendidikan Jasmani. Lanjutan daripada usaha ini, guru-guru tempatan telah dihantar mendalami ilmu perguruan di luar negara iaitu di Kirby dan Brinsford untuk diberi pendedahan bagi bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
4. Pendidikan jasmani Selepas Merdeka Pada tahun 1950-an, Maktab Perguruan Sultan Idris telah diberi kepercayaan untuk membuat semakan dan penyesuaian semula terhadap sukatan
mata
pelajaran
Pendidikan
jasmani.
Tahun
1960,
Maktab
Perguruan Ilmu Khas telah memperkenalkan kursus tambahan setahun dalam bidang Pendidikan Jasmani. Tahun 1971, sukatan Pendidikan Jasmani mula dibuat semakan semula dan hasilnya sukatan ini dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) telah menggabungkan Pendidikan Jasmani dengan Pendidikan Kesihatan bermula pada tahun 1992 dan dijadikan sebagai mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar.
SOALAN 1 : Bagi meningkatkan pengetahuan, anda digalakkan membaca dan mengumpul bahan maklumat daripada bahan bacaan. Buat perbandingan objektif-objektif sejarah Pendidikan Jasmani pada zaman purba, renaissance, moden dan di Malaysia.
TAJUK 2
KONSEP, TEORI DAN FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM
SINOPSIS Tajuk dalam modul ini memperkenalkan pelajar kepada konsep, teori dan falsafah pembentukan kurikulum Pendidikan Jasmani (PJ) dan hubungkaitnya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
HASIL PEMBELAJARAN 1. Pelajar dapat mengetahui konsep, teori dan falsafah pembentukan kurikulum. 2. Pelajar mampu menghubungkaitkan kepentingan PJ dengan aktiviti harian menjurus kepada gaya hidup sihat dan cergas. 3. Pelajar mampu merealisasikan Dasar Sukan Negara dalam komponen sukan untuk semua. 1
•
KERANGKA TAJUK-TAJUK
PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI
Konsep dan Definisi Pendidikan Jasmani
Brownnell dan Hagmen (1951) •
PJ sebagai ke semua pengalaman melibatkan pergerakan otot-otot besar yang menggalakkan kepada perkembangan dan tumbesaran yang optima.
Nixon dan Cozens (1952) •
PJ sebagai suatu fasa dalam proses pendidikan keseluruhan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti cergas melibatkan system otot-rangka dan pembelajaran hasil daripada penyertaan dalam aktiviti-aktiviti tersebut.
Wayman (1958) •
PJ adalah suatu fasa daripada pendidikan am yang berhubung dengan pembentukan dan latihan individu yang menyeluruh melalui aktiviti-aktiviti fizikal.
Jenny (1961) •
Pendidikan jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal
•
Terlibat dengan hasil-hasil pendidikan yang juga tidak bercorak fizikal.
Barrow (1971) •
Pendidikan jasmani dalam konteks Pengalaman Pendidikan Seluruhan (The Total Educational Experience).
•
Menegaskan bahawa pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan seluruhan dan berkait rapat dengan hal seumur hidup setiap individu.
2
Baley dan Field (1976) •
Satu
proses
pengubahsuaian
dan
pembelajaran
berkenaan
organic,
neuromuscular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih.
Jewett and Nixon ( 1980). •
Physical education is most appropriately defined as that phase of the total process of education that is concerned with the development and utilization of the individual’s voluntary, purposeful, movement capabilities, and with directly related mental, emotional and social responses.
Kesimpulannya, pendidikan jasmani merupakan sebahagian dari fasa pendidikan am yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan individu pelajar secara menyeluruh dalam aspek fizikal, mental, emosi dan sosial melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pergerakan dan perlakuan jasmani secara terancang. Secara ringkasnya, pendidikan jasmani ialah pendidikan dari dan melalui aktiviti-aktiviti fizikal.
Matlamat (goals) Pendidikan Jasmani •
Matlamat perkembangan jasmani (physical development objective)
–
Mempengaruhi semua bahagian pembangunan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial (Jenny,1961).
•
Matlamat perkembangan psikomotor (psychomotor development objective)
–
Kecekapan motor membantu usaha bagi menguasai kemahiran dan kawalan motor yang baik.
•
Matlamat perkembangan sosial dan hubungan manusia (social and human relation objective)
–
Kewarganegaraan
yang
berkesan
dan
kecekapan
kemasyarakatan.
•
Matlamat perkembangan mental dan emosi (Mental and psycho-emosional objective)
–
Membantu membina kecerdasan melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecerdasan. 2
Tujuan (aims) Pendidikan Jasmani
“The aim of organized physical education programs is to created an environment that stimulates selected movement experiences, resulting in desirable responses that contribute to the optimal development of the individual’s potentialities in all phases of life.”
•
Untuk melatih minda
•
Untuk membentuk intelek seseorang
•
“untuk menguasai pengetahuan prescribed bodies of knowledge”
•
Untuk mempelajari konsep asas sesuatu disiplin
•
Untuk membentuk sikap yang positif
•
Untuk membentuk potensi seseorang supaya dapat menyertai dalam ahli persatuan yang dinamik
•
Untuk membentuk kuasa yang rasional
•
Untuk membentuk kebolehan berfikir
•
“to develop the capacity to make wise decisions in order to become an effective citizen in the democratic processes upon which the free country depends”
•
Untuk mempelajari cara hidup sihat berpanjangan
Objektif Pendidikan Jasmani
Dari segi Jasmani : •
Memberi perhatian kepada usaha membentuk satu sistem organ yang sihat melalui kegiatan-kegiatan jasmani yang cergas khususnya untuk membina kekuatan otot saraf, daya tahan otot saraf dan daya tahan kardiovaskular. Penglibatan dan penyertaan seseorang dalam kegiatan jasmani akan meningkatkan tahap kecergasan jasmani yang mana mempunyai implikasi terhadap peningkatan taraf kesihatan seseorang.
•
Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
Dari segi Psikomotor :
2
•
Membentuk suatu sistem saraf yang cekap. Kecekapan motor perlu untuk membantu usaha bagi menguasai kemahiran motor asas, koordinasi dan kawalan motor yang baik.Perkembangan aspek ini penting untuk melakukan tugas-tugas harian dengan lebih cekap lagi.
•
Menguasai
kemahiran
asas
pergerakan
dan
permainan
mengikut
kemampuan diri
Dari segi Hubungan Sosial dan Perkembangan Emosi •
Melalui PJ kita dapat membentuk sikap, sahsiah dan tingkahlaku sosial yang diingini. Individu dapat menyesuaikan diri dan berinteraksi dalam masyarakat
•
Memupuk dan menyemaikan sifat-sifat social seperti bekerjasama, semangat kesukanan, berdikari, kepimpinan dan disiplin diri.
•
Membina daya tahan kendiri dari segi membina toleransi, sabar, timbang rasa di samping melatih mengawal emosi diri.
•
Sebagai saluran untuk meluahkan perasaan, mengurangkan tekanan dan ketegangan yang dialami dalam kalangan masyarakat.
Dari segi Perkembangan Mental •
Melalui PJ kita dapat mentafsir dan menganalisis sesuatu situasi dan membuat keputusan dan tindakan yang wajar.
•
Pengetahuan mengenai tubuh badan, pergerakan dan fungsi-fungsi yang berkaitan berasaskan prinsip sains dapat diaplikasikan ke dalam konteks pelajaran PJ.
•
Mengaplikasi pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal.
Konsep Kurikulum Pendidikan Jasmani •
Kurikulum boleh diertikan sebagai rancangan suatu aktiviti pengajaran, kandungan struktur suatu bidang yang menjurus kepada satu-satu bidang. Dengan kata lain, kurikulum adalah rancangan yang terususun, terancang dan besifat berterusan.
•
Perancangan sesuatu kurikulum itu adalah diasaskan dari falsafah pendidikan, matlamat dan objektif bagi satu-satu bidang pendidikan.
•
Konsep Pendidikan Jasmani boleh diibaratkan sebagai pendekatan pendidikan melalui aktiviti fizikal. Ini bersesuaian dengan kenyataan Rosalind Cassidy dalam tahun 1927 yang merupakan pelopor dalam bidang 1
Pendidikan Jasmani di Mill College, Califonia. Beliau melihat Pendidikan Jasmani sebagai satu pendekatan aktiviti f izikal yang menyumbang kepada pendidikan kepada murid. Beliau juga turut mengubah persepsi mengenai Pendidikan Jasmani yang sebenarnya amat luas dan berupaya memberi sumbangan yang bermakna dan menyeluruh kepada manusia.Model yang boleh dikaitkan dalam pendekatan pendidikan melalui aktiviti fizikal adalah model pembangunan (development model ). Model ini merupakan model yang terancang dan berterusan ianya banyak mendominasikan sistem sekolah dan pembelajaran di abad ke 20. •
Dalam tahun 1910, Clark Herington yang juga dikenali sebagai bapa Pendidikan Jasmani moden, mengklasifikasikan Pendidikan Jasmani kepada empat fasa utama iaitu:
•
Pendidikan Organik (Organic Education) Pendekatan kepada pembangunan fizikal yang bertumpu kepada aktivitiaktiviti yang mampu meningkatkan keupayaan fizikal dalam diri individu melalui peningkatan pelbagai sistem organik dalam badan manusia.
•
Pendidikan Psikomotor (Psycomotor Education) Pendekatan pembangunan motor yang bertumpu kepada kepentingan pergerakanfizikal yang lebih bermakna dengan penggunaan tenaga yang seminimum mungkin serta ianya dilaksanakan dengan efisyen, serta mengekalkan nilai estetika pergerakan.
•
Pendidikan Karektor (Character Education) Pembangunan Mental atau kognitif bertumpu kepada pengumpulan maklumat danpengetahuan dengan keupayaan berfikir dan mentafsir maklumat.
•
Pendidikan Intelektual (Intelectual Education) Pembangunan sosial bertumpu kepada membantu individu menyesuaikan diri dalam kumpulan, masyarakat dan persekitaran dan bertindak memainkan peranannya sebagai seorang ahli dalam satu masyarakat .
Matlamat •
Berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Rendah dan Menengah 1999 ( pengaruhdaripada Herington) dalam matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani di Negara kita.
•
Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
2
Objektif Berikut adalah matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia: •
Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor
•
Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri
•
Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian
•
Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal
•
Membentuk sahsiah dan disiplin diri
•
Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
Hubungkait Falsafah Pendidikan Jasmani dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan •
Pendidikan di Malaysia adalah merupakan suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara holistik dan bersepadu untuk menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) dan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
•
Usaha di atas adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
•
Kesinambungan yang wujud dalam matlamat utama aktiviti Pendidikan Jasmani ialah meningkat dan membangunkan keupayaan murid dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif. Melalui aktiviti Pendidikan Jasmani secara amnya dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui:
•
Peningkatan dan perkembangan nilai-nilai sosial seperti bekerjasama, bertolak ansur, sabar, saling hormat-menghormati dan sebagainya.
•
Pembinaan dan pengembangan aspek mental dan intelek seperti tafsiran, Kefahaman, pertambahan pengetahuan dan pengalaman dan sebagainya
•
Mengembang dan menerapkan perubahan tingkahlaku dan disiplin seperti yakin kepada diri, taat setia, bertanggungjawab, memiliki nilai tentang kemasyarakatan dan sebagainya.(Teng Bon Tong, 2001)
•
•
Kepentingan Pendidikan Jasmani dalam kurikulum sekolah adalah: Membangun dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan murid. 2
•
Membangunkan kemahiran pergerakan asas murid.
•
Memberi kefahaman kepada murid tentang keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti.
•
Memberi peluang dan ruang kepada murid mengenali dirinya.
•
Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hidup.
•
Mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan Jasmani dan sukan yang boleh memperbaiki dan mempengahruhi gaya hidup.
•
Semua ini mempunyai pertalian rapat dan Pendidikan Jasmani boleh diibaratkan sebagai agen pemangkin ke arah memenuhi hasrat PPK yang bertumpu kepada pembangunan insan yang seimbang dari aspek JERI.
•
Strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di peringkat sekolah rendah menekankan aspek-apek penggabungjalinan, pengayaan dan penilaian.
•
Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dan menyeluruh dalam Falsafah Pendidikan Negara.
•
Guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid.
•
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan kemahiran berfikir.
Konsep Penggabungjalinan •
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
•
Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.
•
Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran Pendidikan Jasmani atau kemahiran daripada matapelajaran yang lain.
Konsep Pengayaan •
Program pengayaan perlu diberi penekanan dan keutamaan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan latarbelakang murid yang
1
ketara berbeza dari pelbagai aspek seperti kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. •
Murid ini hendaklah diberikan bahan dan pendekatan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.
•
Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahanbahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.
Konsep Penilaian •
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
•
Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi membantu guru menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.
•
Penilaian perlulah dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
•
Proses penilaian yang berterusan akan dapat membantu guru mengenalpasti jenis tindakan susulan yang perlu diambil kepada seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.
•
Melalui penilaian ini, guru seterusnya akan mudah memilih jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi seseorang murid.
•
Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap kelemahan dan pencapaian murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul pada aras yang lebih tinggi.
GAYA HIDUP SIHAT
Definisi Gaya Hidup Sihat •
Amalan tabiat yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan
•
Boleh juga ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat.
Gaya hidup sihat 2
•
Amalan ini perlu dilakukan setiap masa bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri. Untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri, perlu mengamalkan gaya hidup sihat setiap hari seperti mengamalkan pemakanan yang sihat, senaman, menjaga berat badan, dan penjagaan kesihatan yang sempurna.
•
Senaman merupakan aktiviti terpenting untuk cara hidup yang sihat. Oleh hal demikian, disarankan supaya mengamalkan aktiviti ini bagi menjamin kesihatan diri. Senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, dan masa yang diambil ialah antara 20 hingga 30 minit setiap kali senaman. Antara faedah yang kita dapat ketika bersenam ialah tubuh badan menjadi cergas, dapat mengawal berat badan, membina stamina dan kekuatan, menguatkan kelenturan sendi, gerakan badan dan mencegah kecederaan, meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan peredaran darah, menguatkan otot, tulang dan sendi, mengurangkan tekanan mental, dan sebagainya.
•
Dalam melakukan senaman, ianya boleh dilakukan secara bersendirian, bersama keluarga atau kawan-kawan. Dalam hal ini, hendaklah sentiasa melakukan senaman bagi mengekalkan tahap kesihatan. Terdapat pelbagai jenis senaman yang boleh dilakukan sama ada secara bersendirian atau berkumpulan. Antara jenis senaman ialah berjalan kaki, lompat tali, berbasikal, berjoging, berenang, bermain badminton, bersenamrobik, dan sebagainya.
•
Cara Pemakanan yang Sihat Selain aktiviti bersenam, penjagaan dari segi pemakanan juga merupakan cara terbaik dalam gaya hidup sihat. Dalam hal ini, pengamalan pengambilan makanan berpandukan kepada makan secara sihat. Mengikut piramid pemakanan, kita perlu makan paling banyak bijirin, produk bijirin, ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran, manakala makan secara sederhana ialah ikan, ayam, daging, kekacang, susu, dadih, dan keju juga. Bagi makanan yang mempunyai banyak lemak, minyak, garam, dan gula, perlu diambil dengan jumlah yang sedikit.
•
Kita perlu mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, zat-zat galian, dan lemak. Hal ini kerana kumpulan ini membekalkan makanan yang kaya dengan kalsium, zat besi, vatamin A, B kompleks, C, protein, dan gentian. Tegasnya, pengambilan makanan yang seimbang baik untuk kesihatan diri. Cara pemakanan yang sihat boleh menghindarkan daripada penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan darah tinggi. Sebenarnya kedua jenis penyakit ini masih menjadi punca utama kematian di negara ini. Pemakanan yang baik penting untuk pembesaran yang sempurna. 1
•
Jaga Berat Badan dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Sekiranya makan berlebihan kemungkinan mengundang penyakit jantung. Penyakit tersebut adalah berpunca daripada masalah permakanan, kegemukan, tekanan darah tinggi, kurang bersenam, tekanan perasaan, dan sebagainya. Amat penting, adik-adik perlu mengurangkan makan yang berlemak. Sebenarnya lemak merupakan sumber kalori yang padat. Pengambilan lemak yang berlebihan dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan menyebabkan kegemukan. Bagi mengelakkan risiko menjadi gemuk, adik-adik perlu bijak memilih makanan mengikut keperluan badan. Makanan yang dimakan bukan sekadar untuk mengenyangkan perut semata-mata tetapi makanlah demi kesihatan tubuh.
•
Rehat atau kesenggangan juga merupakan salah satu aspek yang penting dalam menentukan gaya hidup seseorang. Rehat bermaksud suatu tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti sama ada aktiviti fizikal, mental ataupun aktiviti ringan. Ia boleh digunakan untuk mengurangkan rasa penat dan letih serta menghilangkan rasa lapar dan dahaga.( Shamsudin, Sharizad & Mohd Sofian,2002)
•
Kesenggangan boleh didefinisikan sebagai waktu terluang yang diisi dengan melakukan sebarang jenis aktiviti yang anda gemari. Ia mempunyai fungsi yang sama dengan rehat dan tidur iaitu memulihkan keadaan badan dan otak yang sudah letih bekerja. Kebanyakan orang suka menggunakan waktu senggang untuk pelbagai aktiviti yang proaktif seperti embaca, menggubah lagu, bermain alat muzik dan berhobi.
•
Istirehat pula dapat memberi kelegaan dan ketenangan di waktu ketegangan dan stres. Ia membawa erti satu tempoh masa terluang yang diisi dengan melakukan aktiviti ringan yang tidak aktif seperti mendengar muzik, melukis, melihat pemandangan alam flora dan lain- lain.
•
Tidur pula ditakrifkan sebagai satu jangka masa di mana kita boleh melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya
•
Jenis-jenis Rehat boleh di bahagikan kepada 2 iaitu: Rehat pasif : rehat tanpa melakukan pergerakan badan; tiada aktiviti regangan otot berlaku Tiga jenis rehat pasif yang berkesan adalah yang menggunakan latihan mental, pembayangan gambaran, istirehat jasmani
•
Kita boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan dalam kedudukan postur tubuh yang selesa
1
•
Rehat aktif adalah salah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal yang masih melibatkan proses regangan dan kontraksi otot.
•
Melakukan aktiviti-aktiviti senaman ringan seperti berjalan-jalan dan bersiarsiar di taman bunga bersama keluarga adalah contoh baik rehat aktif
•
Waktu rehat boleh diisi dengan melakukan aktiviti ringan seperti mendengar muzik, membaca majalah atau surat khabar, bermain congkak/carrom/catur dan bersiar-siar di taman/berjoging.
•
Tidur adalah satu proses di mana kita melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya
•
Tidur adalah satu fasa di mana manusia tidak sedarkan diri buat sementara waktu. Di dalam fasa ini, badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku pada sel tubuh serta membantu membina sel baru. Kadar tekanan darah menurun dan kadar denyutan jantung rendah. Semasa tidur, keperluan oksigen menjadi rendah lalu menyebabkan pernafasan kita menjadi rendah. (Norlaila Hamima Jamaluddin, 2006).
•
Oksigen digunakan untuk memulihkan tisu-tisu pada otot serta menghasilkan sedikit tenaga untuk keperluan metabolisme dalam badan (Shamsudin et al., 2002).
•
Otak tidak aktif membuatkan badan kita berehat sepenuhnya. Namun, ketika ini otak terlebih dahulu membuat persiapan dan persediaan untuk menghadapi keesokan harinya. Oleh itu, tidur yang cukup tanpa sebarang gangguan amatlah penting agar segala proses semasa tidur berjalan dengan lancar
•
Secara amnya, keperluan seseorang individu itu untuk tidur secukupnya adalah berbeza: Bayi perlu tidur 16 jam sehari . Remaja memerlukan 7 jam tidur dan orang dewasa memerlukan 7 hingga 8 jam tidur
•
Peringkat tidur adalah seperti berikut: i.
Stage 1 dan 2 adalah keadaan dimana proses tidur baru bermula, jantung mula perlahan dan suhu badan mula rendah. Di kala ini, bunyi perlahan masih bolehmengejutkan anda dari tidur.
ii.
Stage 3 tidur anda lebih nyenyak. Di dalam keadaan ini, mata anda sudah tidak nampak apa-apa walaupun kelopak mata dibuka. Bunyi yang kuat sahaja boleh mengejutkan anda.
iii.
Stage 4 fungsi badan lebih direhatkan.Pernafasan anda perlahan dan terkawal. Anda telah masuk ke peringkat tidur paling nyenyak.
1
iv.
Stage 5 REM (rapid eye movement) -Peringkat inilah dipanggil MIMPI. Mata mula bergerak-gerak mengikut gelombang otak.Walaupun mata bergerak, badan kita tidak bergerak seolaholah lumpuh. REM ambil masa di dalam 10 minit untuk kitaran pertama dan semakin lama setelah beberapa kitaran berlalu. Biasanya seseorang mengambil masa 2 jam untuk keseluruhan stage REM
Keperluan tidur i.
Membantu badan berfungsi dengan baik untuk bekerja keesokan harinya.
ii.
Meningkatkan daya ingatan.
iii.
Memberi peluang badan memperbaiki
iv.
kerosakan sama ada tisu, sel atau otot.
v.
Menghilangkan tekanan.
vi.
Menghilangkan rasa penat dan mengantuk semasa membawa kenderaan.
•
Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka.
•
Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan.
•
Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.
•
Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini.
•
Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. 1
Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh
•
mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak. Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua
•
amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.
DASAR SUKAN NEGARA Dasar Sukan Negara adalah satu dasar sukan untuk semua yang
•
merangkumi sukan prestasi tinggi dan sukan untuk semua (I) dan digubal berlandaskan atas rasional yang mana segala kegiatan itu adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan yang diusahakan oleh Kerajaan terhadap seluruh rakyat. Sukan berhak mendapat pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang
•
saran sebagaimana juga yang diberikan kepada keperluan asasi sosial yang lain seperti pendidikan, pengangkutan, perumahan dan perkhidmatan kesihatan supaya membolehkan kerajaan mencapai pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan yang berterusan. Sukan yang menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat,
•
muhibah, toleransi, kesefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal memberi satu landasan yang selesa untuk mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatupadu serta juga untuk pemupukan maruah bangsa dan negara. Tegasnya, sukan mempunyai kesan-kesan manfaat yang amat
•
besar terhadap individu, masyarakat dan seterusnya negara. •
Sukan prestasi tinggi adatah merujuk kepada sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan-peraturan dan syarat-syarat Persekutuan sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di peringkat kebangsaan 1
dan antarabangsa bagi menentukan pemenang. Sukan Massa (Sukan Untuk SemuaJ adatah merujuk kepada aktiviti-
•
aktiviti rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalak penyertaan yang tebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingam. di peringkat kebangsaan/ Antarabangsa. Dari peringkat individunya, sukan ini menyumbangkan kepada
•
i.
pembentukan sahsiah, kesedaran diri termasuk semangat pertarungan;
ii.
Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal;
iii.
Penggunaan masa kesenggangan berfaedah dan bermakna;
iv.
Pengurangan tekanan hidup moden
v.
Interaksi sosial yang bermakna
vi.
Perkembangan kemahiran-kemahiran asas
Melalui gaya hidup sihat, seorang individu itu akan lebih sensitif t erhadap
•
kesejahteraan dirinya, dalam mana ia memahami sebenarnya akan kenikmatan penglibatannya dan semangat pertarungan. Segala aktiviti ini dilakukannya di dalam environmen dan keupayaannyasarna ada secara individu, di dalam suasana kekeluargaan, di dalam kalangan sahabat handai, didalam kumpulan-kumpulan sukarelawan atau pun di dalam suasana komuniti yang berlainan. Di peringkat masyarakat, sukan ini membantu kepada
•
i.
Penggalakan pembinaan kualiti dan moral rakyat yang sesuai dengan aspirasi nasional;
ii.
Pewujudan environmen untuk memupuk perhubungan komuniti yang lebih baik di dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara;
iii.
Peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti;
iv.
Pencegahan jenayah remaja dengan peluang-peluang penggunaan masa lapang yang memanfaatkan.
Di peringkat Antarabangsa, sukan membantu kepada
•
•
i.
Pencapaian kecemerlangan kepada peringkat yang paling tinggi;
ii.
Peningkatan maruah bangsa
iii.
Pemupukan persahabatan
Sukan di negara ini secara tradisinya telah dijalankan oleh organisasi sukarelawan yang kebanyakannya bergabung dengan Majlis Olimpik Malaysia. Peranan Kerajaan hanya terhad kepada peranan yang dimain kan oleh Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia, melalui agensi masing-masing di 1
peringkat kebangsaan, negeri dan daerah •
Mutu sukan prestasi tinggi dalam Negara meningkat sedikit dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Namun demikian, peningkatan itu tidaklah seberapa berbanding dengan pembangunan sukan keseluruhannya di peringkat antarabangsa. Akibatnya ahli-ahli sukan kita tidaklah begitu berjaya di pertandingan tersebut. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kekurangan rancangan pembangunan menyeluruh bagi ahli-ahli sukan, kekurangan pendekatan saintifik dalam latihan, kekurangan jurulatih jurulatih dan pegawaipegawai sukan yang bertauliah, kurang komitmen oleh ahli-ahli sukan, kurangnya kemudahan-kemudahan yang menghadkan peluang penyertaan dalam sukan, kelemahan pengurusan dalam badan sukan dan organisasiorganisasi yang berkaitan, pembatasan kewangan dan prioriti yang rendah yang diberikan oleh Kerajaan kepada bidang sukan.
•
Sehingga baru-baru ini, kebanyakan aktiviti aktiviti sukan dijalankan berasaskan kepada pertandingan. Penyertaan massa dalam sukan adalah satu fenomena baru dalam negara ini. Trend ini adalah satu petanda baik bagi negara. Penyertaan massa dalam sukan adalah satu fenomena baru dalam negara ini. Trend ini adalah satu petanda baik bagi negara.
Objektif DSN •
Adapun tujuan Dasar Sukan Negara ini adalah membentuk satu masyarakat yang aktif, sihat dan melalui aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal dengan usaha-usaha keseluruhan Kerajaan pembangunan negara.Objektif-objektif utama adalah berikut :i)
Untuk membentuk sebuah masyarakat yang sihat,berdisiplin dan bersatupadu melalui penyertaan yang lebih luas dan peluang-peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat.
ii)
Untuk menyediakan peluang-peluang dan kemudahankemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi bagi individu melalui sukan;
iii)
Untuk membangun dan meningkat pengetahuan danamalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial seseorang individu dan kenikmatan kesenggangan kalangan orang awam; dan
iv)
Untuk mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi sekali, dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat
1
kebangsaan dan antarabangsa dan juga dengan harapan mempertingkatkan lagi muhibah dan imej negara.
Strategi Dan Perlaksanaan •
Kedua-dua bidang sukan iaitu sukan massa dan prestasi tinggi, hendaklah dibangunkan serentak walaupun dengan penekanan yang berlainan. Sukan massa adalah bertujuan membolehkan rakyat mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat.
•
Sukan prestasi tinggi sebaliknya adalah memberi peluang kepada mereka yang berpotensi untuk membuktikan keunggulan mereka di pertandingan peringkat antarabangsa supaya meninggikan lagi maruah negara.
•
Sukan massa dan sukan pre stasi tinggi adalah pelengkap diantara satu sarna lain, sebagai satu struktur yang berterusan (continuum). Pelaksanaan strategi ini melibatkan pihak-pihak awam, sukarela dan swasta bekerjasama sebagai satu kumpulan bagi faedah ahli-ahli sukan dan masyarakat keseluruhannya.
•
Bagi mencapai objektif-objektif di atas, prioriti hendaklah diberi kepada aspek-aspek berikut :-
1. Perancangan i.
Adalah sangat diperlukan satu program jangka panjang dengan struktur yang baik untuk pembangunan ahli-ahli sukan, jurulatih jurulatih, pentadbir-pentadbir dan pegawai pegawai sukan; dan
ii.
Dalam kes sukan prestasi tinggi, pertimbangan yang khusus perlu diberi kepada jenis-jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan yang sedia ada dan jenis-jenis sukan yang lebih sesuai kepada bentuk fizikal rakyat Malaysia, agar membolehkan mereka mendapat peluang yang lebih baik bagi mencapai kecemerlangan di pertandingan peringkat antara bangsa.
1. Organisasi i.
Pelbagai badan sukan hendaklah bekerjasama dengan lebih erat lagi dengan Kerajaan Pusat dan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk membangunkan sukan dalam negara.Sungguhpun pelbagai agensi 2
dan organisasi itu mempunyai peranan yang khusus tetapi program yang dijalankan tidaklah bersepadu. Satu jentera penyelaras yang menyeluruh dalam bentuk jawatankuasa tetap adalah perlu bagi menentukan perhubungan (rapport) yang lebih rap at di kalangan organisasi – organisasi tersebut. Majlis Sukan Negara akan menyediakan jentera ini bagi sukan prestasi tinggi. Begitu juga Kementerian Belia dan Sukan hendaklah mewujudkan satu jentera yang saran untuk menyelaraskan program sukan massa. Ini akan membantu mengadakan kerjasama yang lebih berkesan dan berkekalan di antara pelbagai agensi-agensi Kerajaan dan organisasi sukarelawan. ii.
Kementerian Belia dan Sukan akan menggalakkan sukan massa dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan kepada konsep 'MALAYSIACERGAS'.
iii.
Tugas utama bagi Majlis Sukan Negara ialah untuk membantu dan menyelaras pembangunan sukan untuk peningkatan prestasi ahliahli sukan dalam pertandinganpertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
iv.
Kementerian Pendidikan akan memperuntukkan masa yang cukup untuk pendidikan jasmani bagi semua penuntut, serta membangun dan menyelaraskan aktiviti sukan di sekolah-sekolah termasuklah pembinaan kualiti kepimpinan dalam sukan dan pendidikan jasmani dengan kerjasama dan sokongan Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia dan Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan. Kementerian Pendidikan juga adalah bertanggungjawab melatih guru guru yang berkebolehan mengajar pendidikan jasmani.
v.
Kementerian Pendidikan hendaklah menggalakkan sukan secara aktif di maktab-maktab dan di politeknik-politeknik, manakala Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia pula akan menggalakkan aktiviti tersebut di institusi-institusi pengajian tinggi.
vi. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan MAKSAK)hendaklah menggalakkan dan menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam. vii. Majlis Olimpik Malaysia sebagai satu badan induk kepada semua persatuan sukan kebangsaan, akan mempunyai tanggungjawab utama untuk menggalakkan tujuan pergerakan Olimpik dan juga untuk 1
bekerja rapat dengan Majlis Sukan Negara dalam hal pemilihan dan latihan ahli-ahli sukan untuk pertandingan antarabangsa yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa viii. Peranan badan-badan pengawal sukan kebangsaan adalah menggalak, membangun dan memberikan peluang-peluang untuk penyertaan dan pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi jenis-jenis sukan yang berkenaan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara dan Agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan
1. Personel Personel yang bertauliah dan berpengalaman hendaklah dilantik bekerja di semua peringkat, dalam organisasi-organisasi sukan, tempat kerja, sekolah sekolah dan institusi pengajian tinggi, bagi merancang, melaksana dan menilai program-program sukan dalam negara.
2. Kewangan i. Satu Yayasan Sukan Kebangsaan hendaklah diwujudkan bagi membiayai kegiatan-kegiatan sukan pre stasi tinggi dan sukan massa, di seluruh negara. Sumber -sumber kewangan untuk Yayasan itu adalah dari Kerajaan Persekutuan dan semua Kerajaan Negeri, sektor perdagangan dan pihak individu; ii. Begitulah juga sektor swasta dan dermawan-dermawan hendaklah digalakkan menubuhkan yayasan-yayasan sukan dan menaja kegiatan kegiatan sukan; iii. Semua sumbangan kepada Yayasan hendaklah dikecualikan dari cukai iv. Persatuan-persatuan sukan hendaklah mempertingkatkan strategi pemasaran aktiviti-aktiviti mereka supaya membolehkan mereka mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
2
5. Insentif i. Bagi menghargai segala pengorbanan dan sumbangan oleh ahliahli sukan, Kerajaan telah mengadakan pelbagai insentif. Insentif ini merangkumi penganugerahan, cuti, elaun-elaun hidup, pertandingan insuran, perbelanjaan untuk latihan yuran pendidikan dan biasiswabiasiswa.Insentif-insentif yang diberikan kepada ahli-ahli sukan adalah untuk membolehkan mereka meningkatkan kecergasan fizikal mereka ke prestasi kecemerlangan yang paling tinggi di pertandingan peringkat antarabangsa hendaklah dikekalkan dan diperbaiki dari masa ke semasa. Profesionalisme hendaklah juga digalakkan. ii. Calon-calon yang mempunyai kehandalan dalam bidang sukan hendaklah diberi pertimbangan istimewa di dalam pengambilan untuk pekerjaan dan untuk kemasukan ke institusi-institusi pengajian tinggi dengan syarat mereka mempunyai kelayakan akademik yang minimum yang disyaratkan dalam disiplin yang dipohon oleh mereka; dan iii. Pengiktirafan dan insentif yang sewajarnya hendaklah diberi kepada pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang telah mewakili negara.
6. Kemudahan i.
Satu rangka tindakan 20 tahun (blueprint) berkenaan kemudahankemudahan sukan berasaskan kepada strategi untuk kedua-dua bidang sukan pre stasi tinggi dan sukan massa, untuk semua lapisan komuniti termasuk orang-orang cacat, hendaklah disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan selepas berunding dengan agensi-agensi yang berkenaan dan juga persatuanpersatuan sukan;
ii.
Kementerian Belia dan Sukan hendaklah menyelaras perancangan dan pengagihan kemudahan-kemudahan utama sukan;
iii.
Kerajaan-kerajaan Negeri masing-masing adalah bertanggung jawab bagi merancang kemudahan-kemudahan sukan di peringkat negeri dan daerah. Rasional yang memerlukan perancangan kemudahan-kemudahan sukan di
peringkat negeri ini adalah bagi
mencapai satu pengagihan kemudahan-kemudahan yang lebih 2
seimbang di kawasan bandar dan luar bandar. Objektif pengagihan semula ialah bagi membolehkan mereka yang kurang bernasib baik, yang memerlukan kemudahan sukan dan perkhidmatan yang lebih dari yang lain tetapi yang kurang sekali membuat desakan, mendapatkan peluang menggunakanan kemudahan di darat dan di air. iv. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi menyediakan Pelanpelan Pembangunan Bandar-bandar Baru, Pembangunan Desa dan Tata atur Perumahan hendaklah merangkumi kemudahan-kemudahan sukan dalam pelan pelan mereka bagi mematuhi piawaian-piawaian dan spesifikasi-spesifikasi yang ditentukan oleh Kementerian Belia dan Sukan; Pihak berkuasa yang bertanggung jawab bagi menyediakan Pelan-pelan Pembangunan Bandar-bandar Baru, Pembangunan Desa dan Tata atur Perumahan hendaklah merangkumi kemudahan-kemudahan sukan dalam pelan pelan mereka bagi mematuhi piawaian-piawaian dan spesifikasi-spesifikasi yang ditentukan oleh Kementerian Belia dan Sukan; v. Pihak berkuasa tempatan adalah digalakkan untuk membangunkan kemudahan-kemudahan sukan; vi. Peruntukan mengenai kemudahan-kemudahan sukan hendaklah dipertimbangkan sebagai sebahagian yang melengkapkan skim-skim perumahan. Untuk membolehkan pengusaha-pengusaha menyediakan tanah untuk kemudahan-kemudahan sukan, pihak berkuasa hendaklah memberi pertimbangan gurangkan bayaran ubah syarat tanah untuk skim-skim perumahan dan juga memberi insentif-insentif lain; vii. Semua kemudahan-kemudahan yang hendaklah diselenggarakan dengan baik dan diperlengkapkan dengan sewajarnya. Kemudahan-kemudahan sukan ini hendaklah dibuka kepada penggunaan semua ahli sukan orang ramai bagi mempastikan penggunaan.yang optimum; dan viii. Sektor-sektor perdagangan dan sukarela adalah diharapkan bagi melengkapi usaha-usaha Kerajaan dalam pembinaan kemudahan kemudahan sukan. Pengswastaan kemudahankemudahan sukan adalah juga digalakkan.
7. Am 1
i.
Cukai-cukai dan eksais yang ada sekarang atas alat-alat sukan hendaklah dikurangkan supaya ianya boleh dibeli dengan harga yang lebih murah bagi menggalakkan penyertaan yang lebih luas dalam bidang sukan. Pengusaha pengusaha tempatan digalakkan mengeluarkan alat-alat tersebut;
ii.
Bagi menyebarkan kesefahaman antarabangsa, dan juga untuk faedah ahli -ahli sukan serta penggalakan pelancongan, badanbadan pengawal sukan peringkat kebangsaan digalakkan menjadi tuan rumah kepada pertandingan-pertandingan antarabangsa..
iii. Penggalakan dan pendidikan (untuk orang awam) dalam bidang sukan hendaklah diuruskan dengan kerjasama media massa dan pelbagai organisasi yang terlibat dalam pembangunan sukan supaya dapat menanamkan sikap positif terhadap sukan. iv. Sukan yang disifatkan sebagai satu manifestasi budaya rakyat hendaklah diberikan status yang sarna seperti senilukis, muzik, drama dan kesusasteraan yang diiktiraf sebagai disiplin akademik di universiti. Dengan hal yang demikian, institusi-institusi pengajian tinggi hendaklah memperuntukkan pengajian pendidikan jasmani yang merangkumi sukan, sebagai satu disiplin akademik; v. Institut Sukan Negara yang sekarang Illl sedang dibina patutlah menjalankan penyelidikan sains yang ada hubungkait dengan negara ini,memberi latihan kepada ahli-ahli sukan, jurulatih-jurulatih, pentadbir-pentadbir sukan dan lain-lain personel yang berkaitan serta berfungsi sebagai pusat sumber sukan; dan vi. Setengah -setengah sekolah akan ditauliahkan sebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan jenis-jenis sukan yang tertentu.
SOALAN 2 : Bagi meningkatkan pengetahuan,, anda digalakkan membaca dan mengumpul maklumat daripada bahan bacaan untuk menyatakan konsep dan objektif Pendidikan Jasmani mengikut garis panduan Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK).
TAJUK 3
KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI 1
SINOPSIS Tajuk dalam modul ini mendedahkan pelajar terhadap kepentingan Pendidikan Jasmani (PJ) kepada semua peringkat usia yang melibatkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal, perkembangan mental, perkembangan emosi dan perkembangan sosial.
HASIL PEMBELAJARAN 1. Mengetahui kepentingan PJ. 2. Pelajar mampu menghuraikan kepentingan PJ daripada aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan fizikal, perkembangan mental, emosi dan sosial. 3. Pelajar mampu mewujudkan kesepaduan bagi semua aspek berasaskan tiga domain utama dalam PJ iaitu psikomotor, kognitif dan efektif. •
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Kepentingan Dari Segi Kecergasan Fizikal (Psikomotor) •
Pendidikan Jasmani dapat membantu perkembangan diri individu serta memberi penekanan kepada perkembangan fizikal.
•
Pergerakan fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Perkembangan kecergasan t erutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit kronik.
•
Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat mengekalkannya kesihatan yang baik sehingga dewasa.
•
Manusia akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus bergiat cergas sepanjang hayat jika aktiviti itu mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka.
•
Pergerakan fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit kronik. Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat mengekalkannya kesihatan yang baik sehingga dewasa. 2
•
Manusia akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus bergiat cergas sepanjang hayat jika aktiviti itu mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka. Oleh itu bagi membina program Pendidikan Jasmani yang akan menjadi amalan se panjang hayat, program yang di rancang haruslah di lihat dapat memberi manaafat sepenuhnya kepada mereka dalam:i. Meningkatkan daya tahan otot ii. Menguatkan sistem kardiovaskular iii. Mengelakan kecederaan iv. Meningkatkan kekuatan badan v. Memberi ketangkasan dan kecergasan tubuh badan vi. Meningkatkan kadar metabolisma dalam badan vii.Meningkatkan kesihatan dan mengelakan daripada sebarang penyakit viii.Dapat menjalankan kehidupan seharian dengan baik dan lancar ix. Meningkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan lakuan motor x. Membantu pengembangan diri individu xi Mempertingkat & mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan & perlakuan motor. •
Menguasai kemahiran asas pergerakan & permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan ketiga tunjang pembelajaran.
•
Senaman sebagai rutin harian secara berterusan
•
Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan & keselamatan semasa menyertai kegiatan fizikal
•
Membentuk sahsiah & disiplin diri yang sesuai dengan norma masyarakat.
Kepentingan Emosi •
Meningkatkan minat untuk bersukan
•
Menghilangkan stress dan tekanan
•
Menimbulkan perasaan gembira
•
Mengawal emosi
•
Boleh mengenali diri sendiri dan boleh menambahkan keyakinan diri yang tinggi
•
Boleh membuat keputusan dengan bijak
•
Boleh memupuk perasaan sabar 1
•
Meningkatkan semangat pembelajaran seterusnya
•
Boleh memahami perasaan orang lain
Pertumbuhan & Perkembangan Fizikal Matlamat aktiviti fizikal dalam PJ adalah untuk membina masyarakat PJ membantu perkembangan diri individu •
Memberi penekanan perkembangan fizikal, mental, sosial, mental & emosi.
•
PJ dapat mengurangkan risiko penyakit kronik & kecederaan.
•
PJ mendatangkan keseronokan dan kepuasan.
•
PJ merangsang untuk menyertai aktiviti rekreasi & bergiat cergas sepanjang hayat.
Kepentingan Intelektual •
Membentuk daya pemikiran yang positif
•
Melahirkan modal insan yang celik akal
•
Menyihatkan kesihatan otak
•
Mewujudkan daya berfikir secara kreatif dan kritis
•
Mempercepatkan proses pemerolehan maklumat
•
Dapat membentuk idea-idea yang bernas
•
Dapat berfikir dengan waras
•
Dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran berfikir
Kepentingan Persekitaran Sosial •
Pendidikan Jasmani adalah suatu aliran yang dapat membantu dalam pembangunan sosial seperti menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan masyarakat.
•
Dengan kata lain Pendidikan Jasmani berupaya membantu pembangunan sosial individu serta menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat.
•
Sifat kepimpinan yang baik melalui Pendidikan Jasmani merupakan medium utama untuk mencapai matlamat sosial.
•
Penglibatan dengan aktiviti Pendidikan Jasmani mampu menjadi tapak yang kukuh untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti melakukan kerja berkumpulan, yang boleh diperolehi melalui permainan berpasukan.
1
•
Mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pelajar, guru dengan guru dan guru dengan pelajar sentiasa baik
•
Menjalinkan hubungan antara sekolah dengan sekolah yang lain
•
Mewujudkan komunikasi yang positif
•
Meningkatkan kualiti hidup
•
Mewujudkan persekitaran yang sihat
•
Menggalakan masyarakat untuk menyertai aktiviti rekreasi
•
Menggalakan gaya hidup sihat
•
Memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan
•
Mengurangkan masalah sosial melalui aktiviti bersukan
•
Membantu membina hubungan yang sihat
Kepentingan Pendidikan Jasmani dalam kurikulum sekolah •
Membangun dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan murid
•
Membangunkan kemahiran pergerakan asas murid.
•
Memberi kefahaman kepada murid tentang keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti.
•
Memberi peluang dan ruang kepada murid mengenali dirinya.
•
Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hidup.
•
Mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan Jasmani dan sukan yang boleh memperbaiki dan mempengahruhi gaya hidup.
Kepentingan PJ dari segi Afektif •
Pembangunan afektif melibatkan sikap, emosi, apresiasi dan nilai.
•
Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan sewaktu aktiviti fizikal.
•
Kecergasan boleh membantu murid mengawal emosi kerana tubuh badan yang cergas berupaya membantu mengawal perasan dan berupaya mengenalpasti cara mengawal atau melepaskan perasaan. Kecergasan dapat merangsang individu berfikiran positif dan rasional. Keadaan ini boleh melahirkan individu yang seimbang dan berfikiran positif dalam menangani sebarang situasi.
•
Dapat menerapkan nilai murni iaitu menanam sifat kesedaran, kefahaman,
1
keyakinan, kesyukuran, semangat cintakan nilai, menghormati kebaikan dan membenci keburukan, membentuk sikap positif kepada agama, bangsa dan negara, mempunyai
displin kendiri, mencapai kecemerlangan dan bertugas
dengan penuh dedikasi. •
Dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, nilai murni yang biasa diterapkan adalah seperti berikut: (i) Berdikari (ii) Bekerjasama (iii) Menepati masa (iv) Sabar (v) Bersyukur (vi) Cintakan Negara (vii) Bersikap positif
•
Sebagai pengajar, nilai yang baik harus ditunjukkan sama ada bersemuka atau tanpa bersemuka dengan pelajar. Pengajar mestilah menunjukkan sifatsifat seperti berikut: (i) Menepati masa (ii) Bersopan santun (iii) Peka terhadap masalah pelajar (iv) Sentiasa berobjektif (v) Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran (vi) Memberi peluang kepada pelajar untuk berbincangan (vii) Sentiasa memberi dorongan kepada pelajar dalam apa situasi sekalipun (viii) Bersedia menerima temujanji dengan pelajar (ix) Sabar
2
SOALAN 3 : Bagi meningkatkan pengetahuan, anda digalakkan membaca dan mengumpul maklumat dari bahan bacaan berkenaan : 1. Kepentingan Pendidikan Jasmani, 2. Kepentingan Pendidikan Jasmani daripada aspek pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial.
TAJUK 4
HURAIAN DAN TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR
SINOPSIS Tajuk dalam modul ini menjelaskan tafsiran sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ) KBSR yang digunapakaikan di sekolah. Tajuk ini juga dapat menjelaskan konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dalam PJ.
HASIL PEMBELAJARAN 1. Pelajar dapat memahami konsep kesepaduan, penggabunjalinan dan integrasi dalam PJ. 2. Pelajar dapat memahami Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) PJ KBSR. 3. Pelajar mampu mengenalpasti sub-sub tajuk dalam setiap tunjang pembelajaran mengikut HSP.
•
KERANGKA TAJUK-TAJUK
3
1. Kesepaduan Kesepaduan merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mana konsepnya bersepadu dengan mata pelajaran yang lain. Kesepaduan adalah selaras dengan matlamat Pendidikan Jasmani untuk melahirkan masyarakat secara menyeluruh. Konsep bagi kesepaduan adalah gabungan beberapa ilmu pengetahuan, bahasa atau nilai-nilai dalam mata pelajaran lain secara
menyeluruh.
Menurut
Kamus
Dewan
(Edisi
4),
kesepaduan
merupakan keadaan yang bersepadu atau perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh. Maknanya di sini, proses penyerapan mata pelajaran lain berlaku dalam mata
pelajaran
Pendidikan
Jasmani
secara
terancang.
Contohnya,
mendedahkan konsep pergerakan, sistem otot, sistem tulang dan fungsifungsi tubuh manusia yang terdapat dalam mata pelajaran Sains dapat diserapkan secara bersepadu dalam Pendidikan Jasmani secara lagsung. Guru
mestilah
menekankan
aspek
kesepaduan
dalam
membuat
perancangan pengajaran Pendidikan Jasmani agar dapat membantu murid menguasai kemahiran atau ilmu pengetahuan mata pelajaran yang lain. Kaedah perlaksanaannya bolehlah melibatkan kesepaduan dari segi bahan pengajaran dan
pembelajaran,
kesepaduan komponen utama
dalam
Pendidikan Jasmani sendiri (Intra) serta kesepaduan dua ilmu pengetahuan yang berbeza mata pelajaran (Inter ).
2. Penggabungjalinan Bermaksud menggabungkan pelbagai kemahiran dalam satu masa. Sebagai contohnya; menggabungkan kemahiran lisan dengan membaca dan kemahiran membaca dengan menulis, penggabungan aktiviti dalam kelas, secara berkumpulan atau individu serta penggunaan alat dan bahan bantu mengajar yang pelbagai bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam
konteks
KBSR,
penggabungjalinan
dalam
pengajaran dan
pembelajaran dibahagikan kepada dua iaitu penggabungjalinan kemahirankemahiran dalam satu mata pelajaran dan penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran. Ciri-ciri penggabungjalinan adalah berasaskan
kepada
konsep
mengintegrasikan
beberapa
kemahiran.
Kemahiran utama menjadi fokus kepada penggabungjalinannya. Contohnya, kemahiran lisan digabungkan dengan kemahiran membaca.
1
Kaedah penggabungjalinan adalah bersandarkan kepada perkara pokok seperti mengenalpasti kemahiran utama dan kemahiran sampingan. Di mana kemahiran utama yang menjadi fokus pembelajaran perlulah disusuli dan dikuasai terlebih dahulu dengan kemahiran-kemahiran sampingan untuk kukuhkan kemahiran utama. Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran dan kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat
pelajaran.
Strategi penggabungjalinan
kemahiran hendaklah
dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan dan pencapaian murid
3. Integrasi Integrasi adalah merupakan penggabungan, dua atau beberapa kaum (unsur, hubungan,dll) menjadi satu kesatuan. Integrasi dalam Pendidikan Jasmani dapat dilaksanakan dengan menggabungkan unsur –unsur seperti kaum dan sebagainya menjadi satu integrasi Malaysia yang saling menghormati kepelbagaian dalam meraikan ciri-ciri budaya kaum masingmasing. Pada masa yang sama juga, integrasi mampu memupuk dan mengembangkan budaya nasional. Hal ini akan membentuk consensus iaitu persetujuan bersama terhadap sesuatu pekara dan mengusahakan pembinaan budaya nasional. Integrasi harus berlaku secara evolusi melalui proses natural bukannya secara pentadbiran dan paksaan. Dalam Penyata Razak (1956), ada menyatakan berkenaan integrasi yang perlu bermula daripada murid-murid di sekolah. Antara tumpuan utama ialah memastikan bahasa dan kebudayaan lain dipelihara.
4. Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran iaitu : a. Kecergasan b. Kesukanan c. Kemahiran
1.1 Kecergasan Kercergasan boleh dibahagikan kepada dua cabang utama: a. Kecergasan berasaskan kesihatan yang merangkumi : i.
Daya tahan kardiovaskular 2
ii.
Daya tahan otot
iii.
Kekuatan
iv.
Kelenturan
v.
Komposisi badan
a. Kecergasan berasaskan perlakuan yang merangkumi : i.
Koordinasi
ii.
Imbangan
iii.
Ketangkasan
iv.
Kuasa
v.
Masa tindakbalas
vi.
Kepantasan
1.1 Kemahiran Tunjang kemahiran meliputi aspek-aspek yang memberi pendedahan kepada murid-murid untuk menonjol dan mengembangkan kemahiran mereka ke tahap yang lebih baik khususnya bakat terpendam. Kebiasaan proses pengajaran dan pembelajaran tunjang kemahiran biasanya mendedahkan murid-murid untuk berfikir dan bermain dengan keseronokan. Tunjang kemahiran meliputi bidang-bidang seperti:
a.
Pergerakan asas
b.
Permainan
c.
Olahraga
d.
Gimnastik
e.
Pergerakan kreatif
f.
Rekreasi
g.
Kesenggangan
1.1 Kesukanan Tunjang kesukanan memberi tumpuan kepada amalan pendidikan yang perlu diketahui dan dikuasai oleh murid-murid di sekolah sebagai persediaan untuk mereka melibatkan diri dalam kegiatan kesukanan. Tunjang kesukanan juga akan menekankan beberapa isu pokok yang menjadi keutamaan seperti: a.
Keselamatan
b.
Pengurusan 1
c.
Kerjaya
d.
Isu Pendidikan Jasmani dan Sukan
e.
Etika
SOALAN 4 : 1. Huraikan konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dalam Pendidikan Jasmani; dan 2. Nyatakan tunjang-tunjang yang terdapat dalam sukatan Pendidikan Jasmani dan berikan dua contoh tajuk dalam setiap tunjang.
1
TAJUK 5
KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI
SINOPSIS Tajuk dalam modul ini memperkenalkan pelajar kepada kriteria dan cara-cara pemilihan aktiviti PJ dari aspek prasarana, peralatan, kepakaran dan perkembangan murid serta sosial budaya setempat.
HASIL PEMBELAJARAN 1. Pelajar dapat membuat pemilihan yang terbaik dalam membuat perancangan pengajaran harian PJ berdasarksan faktor-faktor seperti kemudahan, peralatan, kepakaran dan sebagainya. 2. Pelajar mampu membuat pemilihan aktiviti yang bersesuaian berasaskan berdasarksan faktor-faktor seperti kemudahan, peralatan, kepakaran dan sebagainya.
•
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani sama juga dengan mata pelajaran lain, memerlukan
perancangan
yang
teliti
dan
teratur
untuk
manghasilkan
penyampaian yang berkesan.Terdapat juga faktor-faktor lain yang perlu diambil kira untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Faktor-faktor yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Kepakaran guru Salah satu kriteria penting yang perlu diambil berat semasa membuat perancangan pengajaran Pendidikan Jasmani ialah kepakaran guru. Dengan adanya
perancangan
yang
baik
tetapi
tanpa
tenaga
pengajar
yang
berkemahiran dan kebolehan objektif pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dicapai.Tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berpengalaman dapat memelaksanakan aktiviti pengajaran dengan baik dan dapat menyelesaikan masalah
dengan
mudah
jika
timbulnya 1
sebarang
masalah
semasa
pelaksanaan.Oleh itu adalah penting pihak pentadbir dan guru perlu membuat pilihan aktiviti berdasarkan kepakaran yang ada di sekolah.
2. Prasarana Prasarana disini bererti kemudahan seperti padang, gelanggang, dewan, gimnasium dan lain-lain. Semasa membuat perancangan aktiviti Pendidikan Jasmani faktor kemudahan perlu dititikberatkan sebab ia merupakan faktor yang akan
mempengaruhi
perlaksanaan
aktiviti
pengajaran
dan
pembelajaran.Sebarang kekurangan dari segi prasarana akan menjejaskan perancangan guru.
3. Peralatan Perkara
yang sama penting
semasa membuat
perancangan
aktiviti
Pendidikan Jasmani ialah aspek peralatan. Alatan-alatan yang dipilih mestilah cukup untuk bilangan pelajar semasa melaksanakan aktiviti, selamat untuk digunakan dan sesuai dengan tahap kebolehan dan umur pelajar. Peralatan yang tidak sesuai adalah merbahaya kepada pelajar.
4.
Kedudukkan kewangan sekolah Faktor kewangan amat penting dan sangat mempengaruhi pemilihan aktiviti Pendidikan jasmani.Sekolah yang mempunyai masalah kewangan biasanya menghadapi masalah dari segi kemudahan dan peralatan juga. Dengan ketiadaan atau kekurangan kemudahan dan peralatan ia akan menjejaskan perancangan
5. Sosio budaya tempatan Semasa membuat pilihan aktiviti Pendidikan Jasmani, guru-guru perlu peka dengan sosio budaya tempatan. Aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mengikut atau bersesuaian dengan sosio budaya tempatan. Langkah ini penting untuk menentukan pihak sekolah mendapat sokongan daripada pihak masyarakat tempatan dan ibubapa.
6. Pihak pentadbiran Seperti yang diketahui faktor kepakaran guru, kedudukan kewangan dan prasarana memainkan peranan yang penting untuk menentukan pilihan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah.Tetapi tidak dapat dinafikan pihak yang akan mempengaruhi keputusan yang di buat akhir sekali adalah pihak pentadbir. 3