PERSEPSI MAHASISWI UNIVERSITI ANGSAAN MALAYSIA MENGENAI KAHWIN SEMASA BELAJAR :PRO DAN KONTRA
Noorashida Binti Arasid Siti Suhana Bin Nawi Nursyahira Binti Mohamad Rapiza ABSTRAK
Mutakhir ini fenomena berkahwin semasa belajar telah menjadi bual bicara segenap masyarakat yang semakin peka terhadap isu perkahwinan yang berlaku semasa belajar ada yang mengambil langkah mengalakkannya begitu juga ada yang turut menentangnya. Darsawarsa ini ramai pelajar terutamanya di Institusi Pengajian tinggi mengambil langkah berani untuk berkahwin semasa muda. Oleh itu objektif kajian ini akan memperincikan perspektif mahasiswi dengan daya intektual berhadapan dengan cabaran berkahwin semasa belajar. Hal ini kerana kekerapan mahasiswa memilih untuk berkahwin semakin menjadi trend dan ikutan masyarakat terutamanya golongan muda yang berbangsa Melayu. Peningkatan kadar perkahwinan golongan muda semakin meningkat dari tahun ke tahun. Dapat difahami pelbagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan ini seperti medium media sosial tanpa sempadan menyumbang kepada peningkatan kadar perkahwinan di awal usia ini. Secara umumnya masyarakat dan mahasiswa cakna dan peka terhadap tanggungjawab menjadi seorang suami dan isteri ini bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan banyak pengorbanan yang tinggi untuk dilakukan. Berkahwin semasa belajar biasanya akan memerlukan suami sebagai pemberi nafkah keluarga mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bahkan mempunyai ilmu, sikap dan keperibadian pemimpin kepada rumah tangga. Oleh itu dalam kajian ini kita akan mengkaji sejauh mana perspektif mahasiswi terhadap cabaran berkahwin semasa belajar. Berdasarkan kaedah kualitatif iaitu melalui borang kaji selidik. Didapati ramai mahasiswi yang memilih untuk tidak berkahwin semasa belajar atas faktor cabaran dan persediaan diri daripada pelbagai aspek menjadi pertimbangan mahasiswa dalam membuat keputusan untuk berkahwin semasa belajar.
Kata kunci :Perkahwinan, belajar, Cabaran Cabaran
2
2.0 PENGENALAN
Kajian melibatkan Persepsi Mahasiswa/si Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai perkahwinan semasa belajar akan meninjau lebih dalam Pro dan Kontra isu ini. Di mana pelajar secara umumnya akan membuat penilaian terhadap kajian ini melalui sumber dan metod kajian yang digunapakai. Menjadikan mahasiswa UKM sebagai asset bagi mendapat data ini adalah kerana mereka merupakan pelajar yang terdedah dengan isu ini. Disamping mempunyai potensi untuk terlibat secara langsung dalam perkahwinan semasa belajar.
Menilai dari sudut ilmu dan sifat cakna pelajar terhadap isu kahwin ini menjadi sebab mereka menjadi golongan fokus sebagai pemikir bangsa. Kepentingan pelajar menyedari implikasi berkahwin semasa belajar merupakan titik utama kajian ini dilaksanakan untuk mendapatkan nilai pro dan kontra isu ini. Dimana kebanyakkan mahasiswa di era ini dekat dan sentiasa dapat berkomunikasi dengan golongan mahasiswa yang telah berumahtangga ketika belajar. Menyelusuri realiti hari ini peningkatan perkahwinan awal bertembung dengan jumlah kes penceraian yang semakin meningkat dikalangan golongan muda. Hasil ini sedikit se dikit sebanyak telah mempengaruhi skop dan nilai pemikiran remaja sama ada mereka dipengaruhi dengan keadaan semasa di Malaysia umumnya. Kelebihan kajian ini juga akan menyingkap secara keseluruhan perspektif Mahasiswi terhadap keinginan dan pengetahuan yang dimiliki. Dalam erti kata lain kajian ini membawa satu jawapan sejauh mana tahap kehendak mahasiswa dalam mendepani masalah dan cabaran ini di masa akan datang.
Pelajar yang mengambil keputusan untuk berkahwin semasa belajar perlu memahami hakikat ini, dan akur kepadanya sepanjang kehidupan pelajar selepas perkahwinan. Hakikat yang dimaksudkan ialah hakikat bahawa keluarga pelajar tidak sama dengan keluarga orang bekerjaya iaitu keluarga pelajar lebih terhad kemampuan kewangan dan materialnya, berbeza pengurusan masanya masa nya dan lain-lain. Menyedari hakikat ini dan akur kepadanya adalah sangat penting kepada pelajar yang berkahwin semasa belajar kerana ia akan menjadi sumber kekuatan kepada mereka untuk menghadapi kesusahan dan cabaran yang datang sepanjang hidup sebagai pelajar yang berkeluarga.
3
3.0
OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif utama kajian ini di buat adalah :
i.
Mengenalpasti persepsi Mahasiswi UKM terhadap kahwin semasa belajar dari segi sistem kewangan dalam rumahtangga.
ii.
Menganalisis persepsi Mahasiswi UKM terhadap kefahaman mahasiswa kahwin ketika belajar mengenai tanggungjawab dan persediaan ke alam perkahwinan.
iii.
Mengetahui persepsi Mahasiswi UKM terhadap permasalahan serta halangan yang perlu di hadapi dari segi pembelajaran.
4.0
KAEDAH KAJIAN
Methodologi yang dipilih dan bersesuaian dengan kajian ini adalah seperti berikut :
4.1
Reka Bentuk
Kajian ini dilakukan secara kualitatif bagi membantu pengkaji dalam menjawab objektif kajian.
4.2
Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah kajian ini dilaksanakan dengan kaedah kepustakaan iaitu merujuk kepada sumber primer dan sekunder. Penulis menggunakan data primer dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada responden sebagai pengumpulan kajian. Soal selidik tersebut merangkumi tiga bahagian iaitu demografi responden, padangan mahasiswi UKM terhadap persediaan dari segi kewangan, tanggungjwab dan berkaitan pembelajaran. Manakala data sekunder digunakan seperti merujuk internet, buku laporan dan penyelidikan journal yang berkaitan dengan tajuk kajian. Kaedah temubual ini difokuskan melalui kaedah persempelan bertujuan. Selain itu mengemukakan transkripsi bagi rakaman temubual akan dicatat secara terus menggunakan bahasa rasmi.
4
4.3
Kaedah Menganalisis Data
Data yang dipeolehi melalui borang soal selidik tersebut dianilisis secara deskriptif. Ini adalah kerana kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian dan lebih bersifat kuantitatif. Data dan fakta-fakta yang diperolehi dari temubual akan dianalisis secara anatikal dan dipersembahkan mengikut gaya dan bentuk naratif.
5.0
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan ini dibuat berdasarkan permasalahan kajian yang berlaku dalam kalangan Mahasiswi UKM mengenai kahwin ketika belajar iaitu :
i.
Bagaimanakah persepsi Mahasiswi UKM terhadap kahwin ketika belajar berkait rapat dengan pengukuhan sistem kewangan dalam pengurusan rumahtangga selari dengan perbelanjaan untuk pembelajaran?
ii.
Sejauhmanakah persepsi Mahasiswi UKM terhadap tahap kefahaman berkaitan tanggungjawab ataupun peranan dan persediaan sebagai suami isteri dalam mengendalikan sebuah perkahwinan?
iii.
Apakah persepsi Mahasiswi UKM terhadap berkahwin ketika belajar mengenai permasalahan serta halangan yang perlu dihadapi semasa belajar?
5
6.0
LIMITASI KAJIAN
Batasan kajian ini adalah tertumpu kepada 100 orang mahasiswi dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka terdiri daripada fakulti-fakulti yang pelbagai antara FSSK, FST, FEP, FPI, FKAB, FPEND, FUU, FKAB dan FTSM dan dari latar belakang pendidikan yang berbeza. Oleh yang demikian kajian ini hanya memfokuskan perspektif perspektif mahasiswi daripada tahun pengajian yang berbeza iaitu antaranya tahun 1, tahun 2, tahun 3 dan tahun 4.
Maklumat yang diperolehi hanyalah melalui soal selidik yang mengambil kira sudut pandangan mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja dan ketepatan maklumat adalah bergantung kepada kejujuran mahasiswi tersebut menjawab item-item soal selidik yang dikemukan
7.0
PERMASALAHAN KAJIAN
Penyataan masalah merupakan sebab sesuatu kajian dijalankan. Penyataan masalah bagi kajian ini adalah : Sesetengah mahasiswi sekarang masih merasakan tindakan kahwin sambil belajar adalah membebankan dari pelbagai aspek. (Siti Rodiah.2006).
Hal ini kerana mereka merasakan bebanan tugas mereka semakin bertambah iaitu sebagai seorang pelajar dalam pada masa yang sama menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Kesan daripada itu hanya segelintir pelajar sahaja yang ingin berkahwin semasa belajar. Sebahagian besarnya lagi memilih untuk menghabiskan pengajian terlebih dahulu.
Selain itu juga, terdapat segelintir mahasiswa yang sering merungut bahawa semua kerja tugasan yang ditugaskan kepada ahli kumpulan tidak disiapkan dengan baik. Ini kerana mereka sudah ada komitmen lain untuk menjalankan tanggungjawab kepada keluarga. (Mohd Abbas & Siti Mizati.2009). Mereka juga beranggapan dengan berkahwin awal dapat mengelakkan dari dihantar mengajar di negeri yang jauh dari keluarga. Pelbagai persepsi yang mereka utarakan samada bersetuju atau tidak kahwin ketika belajar.
6
8.0
KAJIAN LEPAS
Menurut Mohd Abbas bin Abdul Latif & Siti Mizati Binti Mohd Basar, dalam artikel mereka:
Penyelidik mendapati responden kurang bersetuju untuk berkahwin ketika belajar. Secara keseluruhannya, responden mengatakan kahwin ketika belajar tidak akan menganggu pelajaran, namun ada juga yang mengatakan persepsi mereka berhadapan dengan pelbagai masalah. Kahwin ketika belajar bukanlah perkara yang mudah. Tetapi dengan kahwin ketika belajar juga dapat mengawal gejala sosial di universiti. Di samping menyebabkan mahasiswa tersebut belajar berdikari dan bersikap matang. (Abbas & Mizati. 2009)
Secara keseluruhannnya, penyelidik mendapati terdapat pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh mahasiswa yang hendak berkahwin ketika belajar. Responden bersetuju bahawa aktiviti, riadah dan bersosial adalah penting sesama pelajar di kampus. Ini penting adalah untuk bersama-sama berbincang tentang pelajaran dan isuisu yang dibincangkan masakini. Responden juga mengakui kos untuk menyediakan majlis perkahwinan ketika belajar membolehkan pelajar bersifat jimat cermat dan matang. Di samping, pelajar dapat membahagikan masa antara tanggungjawab keluarga dan belajar. Ini secara tidak langsung, menyebabkan responden sedikit sebanyak akan bersedia untuk melangsungkan perkahwinan di masa akan datang setelah mengetahui pelbagai masalah yang biasa dihadapi untuk melangsungkan perkahwinan kelak. (Abbas & Mizati. 2009)
Selain itu juga, pengkaji yang lain berpendapat bahawa:
Sudah menjadi suatu trend atau perkara biasa dalam kalangan masyarakat pada masa sekarang apabila anak-anak muda yang masih belum tamat pengajiannya dan tiadasumber pendapatan yang tetap sudah mempunyai keluarga. Fenomena ini telah menjadisuatu perkara biasa di kebanyakan universiti atau pengajian tinggi. Walaupun kadar pendaftaran perkahwinan semakin meningkat namun kadar penceraian dalam kalangan pasangan berusia muda juga turut semakin bertambah. berta mbah. (Anwar:2014)
Tidak dinafikan perkahwinan pada usia muda mempunyai kebaikan yang tersendiri se perti mengurangkan masalah sosial atau pembuangan bayi tetapi perkahwinan pada usia muda
7
juga menyebabkan masalah yang lain berlaku pada masa yang sama iaitu kadar perceraian yang semakin meningkat. (Mohd Anwar Syamin. 2014)
Penceraian yang berlaku bukan sahaja memberi kesan kepada pasangantersebut sahaja tetapi ianya turut memberi kesan kepada anak-anak jika pasangan tersebut mempunyai mempunyai zuriat. Remaja yang sebenarnya belum mempunyai persediaan untuk membina rumah tangga sama ada secara fizikal dan mental. Akhirnya akan memilih penceraian sebagai jalan penyelesaian yang mudah apabila menemui jalan buntu dalam menyelesaikan masalah rumah tangga yang dihadapai mereka. (Anwar. 2014)
Bebanan berkahwin ketika masih lagi belajar sememangnya wujud. Kepada suami kerana perlu menanggung isteri. Kepada isteri pula kerana perlu melayan suami . Kepada kedua-duanya pula apabila si isteri mengandung, melahirkan dan menjagaanak. Dalam masa yang sama, mereka pulaterpaksa membahagikan masa untuk belajar yang menyebabkan ada sebahagian mahasiswa/i terlibat terkandas di universiti . Hal ini merupakan perkara pokok yang menjadikan sesetengah mahasiswa/i tidak ingin berkahwin danibu bapa pula keberatan untuk mengizinkanmereka berkahwin. (Kamarul. 2008)
Perkahwinan semasa belajar boleh menjadi motivasi bagi yang malas belajar, ada yang lebih cemerlang selepas berkahwin. Mungkin hidup bahagia atau tahutanggungjawab besar yang perlu dipikul. Mampu menghalang diri daripada maksiat, jiwa orang kahwin pastinya lebih tenang daripada gelojak nafsu orangbujang. Fikiran lebih matang untuk memahami erti kehidupan, matlamat, tujuan dan gerak kerja akan datang. Jiwa lebih realistik berbanding dahulunya banyak banyak yang idealistik. (Datul Kisya.2008)
Anak
sebagai
penenang
jiwa
Kehadiran
yang
pasti
ditunggu
oleh
setiap
pasangan. Ramai yang belum berkahwin memandang perkahwianadalah seks, namun seks selepas kahwin sememangnya penting tetapi ianya i anya mungkin jatuh ke tangga kedua,ketiga dan… Pasangan pasti resah resa h sekiranya lambat mendapat anak. Kahwin dulu baru tahu, tak sama fantasi anda dengan dunia realiti. Kehidupan lebih teratur, masa lebih terancang. (Datul Kisya. 2008)
8
9.0
LAPORAN KAJIAN
9.1 BAHAGIAN BAHAGIAN A – DEMOGRAFI
JANTINA
)#*#+),$.''( "#"$%& '( '(
Rajah 1 : Jantina
Berdasarkan hasil kajian demografi yang melibatkan mahasiswi UKM di dapati bahawa seramai 95 orang perempuan terlibat secara langsung di dalam menyempurnakan kajian ini. Penglibatan wanita dalam kajian ini secara tidak langsung memberi maklumat akan sejauh mana wanita mempunyai pengetahuan dan keinginan untuk menjawap persoalan kajian ini. Mahasiswi yang berintelektual tinggi juga dirangkumkan dalam kajian ini kerana mahasiswi yang terlibat adalah dikategorikan sebagai mahasiswi yang mempunyai latar belakang yang cemerlang dalam pendidikan.
9
2) BANGSA
3&-$0 4
0 '5 "$&-50
+#"$/,0 12
Rajah 2 : Demografi Bangsa
Melalui Graf kedua ini. Didapati seramai 95 orang yang terlibat dalam kajian ini adalah mahasiswi berbangsa Melayu dan hanya 4 Orang sahaja berbangsa Cina. Kajian ini secara tidak langsung memberi kesinambungan akan budaya dan perspektif mahasiswi berbangsa melayu terhadap isu kajian ini. Jumlah ini juga didapati kerana memfokuskan bangsa melayu rentetan banyak perkahwinan yang yang didaftarkan didaftarkan dan daripada mahasiswa yang berbangsa melayu.
dilangsungkan ketika belajar adalah
10
3) AGAMA
8,99:$0 4
&6"$+0 17
Rajah 3 : Demografi Agama
Berdasarkan Graf diatas, Seramai 97 Orang yang terlibat di dalam kajian ini adalah mereka yang beragama Islam. Fokus islam diberikan adalah bagi mendapatkan purata perspektif mahasiswi Islam dan perubahan yang berlaku kesan daripada peningkatan kes penceraian dikalangan masyarakat Islam itu sendiri dan sejauh mana nilai isu-isu semasa melibat perkahwinan dan penceraian telah merubah perspektif masyarakat kini terhadap erti perkahwinan sebenarnya.
11
4) TAHUN PENGAJIAN
;$:,- .
;$:,- 5
;$:,- <
'( ..(
.2(
74(
Rajah 4 : Demografi Tahun pengajian
Berdasarkan Graf di atas didapati seramai 75 peratus pelajar yang terlibat adalah pelajar tahun 3 dan jumlah terendah adalah pelajar daripada tahun 1 sebanyak 11 orang sahaja. Melalui pemerhatian ini didapati bahawa keperluan mahasiswa tahun 3 terlibat secara langsung dalam dala m kajian ini akan memberi maklumat yang lebih tepat hal ini kerana kebanyakkan mahasiswa tahun 3 adalah fasa dimana kebanyakkan pelajar matang dalam menilai dan mampu menyimbangi kehendak dan kemahuan mereka dalam meneruskan kehidupan kea lam rumah tangga.
12
5) FAKULTI
"$&-50 > =,,0 2
=)&0 <' =6;0 .<
=#)0 4.
=66%0 <>
Rajah 5 : Demografi Jenis Fakulti
Berdasarkan graf di atas, Di dapati bahawa seramai 41 orang pelajar adalah daripada Fakuti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Manakala jumlah kedua yang tertinggi adalah 38 Orang pelajar adalah daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan dan ketiga adalah Fakulti Pengajian Islam berikutny seramai beberapa orang adalah daripada Fakulti Undang-undang dan Fakulti Sains Teknologi.
6) STATUS MAHASIWI
Berdasarkan Hasil Demografi yang diperolehi jumlah pelajar yang terlibat adalah 100% mereka yang berstatus Bujang dan tiada dikalangan mereka yang telah berkahwin. Oleh itu kajian dengan lebih spesifik terhadap golongan bujang diperolehi bagi menjawap dilema mahasiswa yang berkahwin semasa belajar adakah satu syor atau sebaliknya.
13
BAHAGIAN B: RESPON MAHASISWI
9.2
.5'
.''
>'
?'
/$ ;&9
%$4'
5'
' +@ABCBAD EBFGGHFGIBJBK LHBAD DLE@MD
%@LBF N@GBGBOBF A@FGBKBDNBF EBFGGHFGIBJBK
8@MNBCJDF L@ABLB K@OBIBM
)@ML@PDBBF A@FEBO0QDRDNBO0DOAH PBF LDNBS
RAJAH 1
Berdasaran kajian pengkaji, setelah dianalisis terdapat ramai yang memberi pandangan masing - masing mengenai berkahwin semasa belajar. Berdasarkan rajah 1, seramai 90 responden mengatakan mereka memahami tanggungjawab sebagai suami/isteri. Hanya sedikit sahaja yang masih tidak memahami mengenai tanggungjawab yang sebenar dalam rumahtangga. Ramai juga yang mengetahui kesan atau akibat jika mengabaikan tanggungjawab sebagai suami isteri dengan 97 peratus responden daripada Mahasiswa UKM. Walaupun mereka faham dan tahu erti tanggungjwab dalam rumahtangga, tetapi ramai memilih tidak setuju untuk berkahwin semasa belajar dengan seramai 77 responden menolak untuk berkahwin semasa belajar dan hanya 25 orang sahaja yang bersetuju untuk mendirikan rumahtangga semasa belajar. Selain itu juga, mereka juga mengatakan bersetuju dengan persediaan mental. fizikal, ilmu, dan sikap adalah penting dalam membuat pilihan ini dengan mengumpul sebanyak 88 peratus.
14
>' 7' ?' 2'
$GBAB
4'
&OAH %@JBFGBF
<' 6DNBS 5' .' ' =BNETM HEBAB SBLBFGBF UBFG DFGDF K@MNBCJDF
RAJAH 2
Analisis rajah 2 berkaitan faktor utama pasangan yang ingin berkahwin semasa belajar ialah faktor
agama.
Sebanyak
67
responden
memilih
faktor
ini
menjadi
keutamaan.
Walaubagaimanapun, sebagaimana diketahui, agama adalah perkara utama yang perlu diutamakan sepertimana Rasulullah berpesan dalam hadis baginda. Faktor kedua yang menjadi keutamaan adalah dari sudut kewangan dengan 62 responden daripada Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
15
Pertimbangkan Pertimbangkan Keputusan Keluarga 5(
5(
<(
6BFGBE ;DPBN 6@EHIH ;DPBN L@EHIH <7(
;DPBS )BLED 6@EHIH
?'(
6BFGBE 6@EHIH
RAJAH 3 Berdasakan rajah 3 adalah statistik majoriti pandangan Mahasiswa UKM terhadap berkahwin semasa belajar berkaitan pertimbangan keputusan keluarga kedua belah pihak sebelum mendirikan runahtangga semasa belajar.
Pengkaji
dapat
menganalisis
bahawa
ramai
yang
sangat
setuju
untuk
mempertimbangkan keputusan keluarga kedua belah pihak sebelum mendirikan rumahtangga semasa belajar dengan peratusan 60 peratus iaitu seramai 60 responden yang bersetuju hal ini. Ini kerana pertimbangan daripada kedua belah pihak adalah penting untuk menjamin kebolehmampuan diri untuk menyelarikan antara tanggungjawab pembelajaran dan sebagai suami isteri. Hanya sedikit sahaja peratusan yang tidak bersetuju dengan hal ini, sebanyak 2 dan 3 orang daripada 100 responden mengatakan tidak pasti untuk pertimbangkan keputusan kdua belah pihak.
.
16
Memberi Keutamaan Rumahtangga Berbanding Pembelajaran
.1(
.?( 6BFGBE ;DPBN 6@EHIH
4(
;DPBN 6@EHIH ;DPBN )BLED 6@EHIH <<( 51(
6BFGBE 6@EHIH
RAJAH 4 Berdasarkan rajah 4 adalah berkaitan akan memberi keutamaan rumahtangga berbanding pembelajaran. Seramai 33 orang responden tidak setuju untuk memberi keutamaan kepada rumahtangga berbanding pembelajaran. Ini kerana mereka cenderung untuk mengutamakan pelajaran ataupun ilmu sebelum mendirikan rumahtangga. Sebanyak 29 orang responden yang tidak pasti samada ingin memberi keutamaan kepada rumahtangga atau pembelajaran. Ini didapati kerana mereka masih belum bersedia sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab ataupun peranan sebagai seorang mahasiswa dan sebagai suami isteri. Sebagaiamana yang kita ketahui, amanah kedua-dua elemen ini bukannya mudah untuk seseorang memikulnya bahkan memerlukan kekuatan diri dari segi ilmu, mental dan fizikal. Hanya 4 peratus iaitu seramai 4 orang sahaha yang bersetuju dalam skop memberi keutamaan kepada rumahtangga berbanding pembelajaran.
17
Tidak Akan Berkahwin Jika Tidak Mendapat Keizinan Keluarga .(
5(
..( 6BFGBE ;DPBN 6@EHIH ;DPBN 6@EHIH .1(
;DPBN )BLED 6@EHIH
?1(
6BFGBE 6@EHIH
RAJAH 5 Rajah 5 menunjukkan analisis berkaitan mendapat keizinan keluarga terlebih dahulu sebelum mendirikan rumahtangga.
Berdasarkan analisis di atas, di dapati bahwa bahwa responden tidak akan berkahwin berkahwin jikalau tidak mendapat keizinan keluarga kedua belah pihak terlebih dahulu. Dari sudut ini ramai yang memberi respon bahawa mereka sangat setuju untuk tidak berkahwin selagi tidak direstui oleh kedua-dua pihak dengan bilangan 69 responden iaitu sebanyak 69 peratus terkumpul. Ramai yang mengetahui bahawa restu dari pihak keluarga memainkan peranan yang besar dalam keberkatan sesuatu rumatangga. Walaubagaimanapun ada juga yang mengatakan tidak setuju dengan hal ini iaitu seramai 2 orang dengan 2 peratus menunjukkan mereka tidak setuju dan seorang yang menunjukkan sangat tidak setuju. Sebanyak 11 peratus yang mengatakan mereka masih lagi tidak pasti untuk mendapat keizinan keluarga.
18
Ekonomi Yang Kukuh Adalah Penting Dalam Rumah Tangga '(
'( 4(
6BFGBE ;DPBN 6@EHIH ;DPBN 6@EHIH 2<(
4<(
;DPBN )BLED 6@EHIH 6BFGBE ;DPBN 6@EHIH
RAJAH 6 Satistik di atas menunjukkan peratusan daripada Mahasiswa/i UKM berkaitan ekonomi yang kukuh adalah penting jika ingin berkahwin awal. Dari sudut ekonomi, ramai responden sangat bersetuju bahawa ekonomi dalam urusan rumahtangga amatlah penting untuk menyara kehidupan seharian malahan pula apabila seorang mahasiswa yang ingin berkahwin semasa belajar perlulah dititikberatkan dalam hal ini. Data memperoleh sebanyak 53 peratus sangat setuju dan 43 peratus bersetuju mengenai pentingnya ekonomi dalam sesebuah pernikahan atau sebuah rumahtangga. Manakala hanya 4 peratus iaitu 4 orang sahaja yang mengatakan tidak pasti mengenai kepentingan ekonomi dalam rumahtangga. Hal ini kerana sumber ekonomi yang semakin meningkat menyebabkan institusi kewangan menjadi tonggak dalam perbelanjaan isi rumah.
19
Kewangan Tidak Menjadi Penghalang Jika Berkahwin Semasa Belajar
.?( 52(
6BFGBE ;DPBN 6@EHIH ;DPBN )BLED
5'(
;DPBN )BLED 6@EHIH .1(
<.(
6BFGBE 6@EHIH
RAJAH 7 Berdasarkan
rajah 7 adalah berkaitan kewangan tidak menjadi batu penghalang penghalang jika
berkahwin semasa belajar.
Berdasarkan analisis yang telah dibuat oleh pengkaji, terbukti sebanyak 31 peratus menyatakan tidak setuju dan seramai 25 orang sangat tidak setuju bahawa kewangan tidak menjadi batu penghalang jika berkahwin semasa belajar. Ini menunjukkan kerana melihat kepada tahap ekonomi di Malaysia kian merosot. Oleh itu, adalah sewajarnya, sumber ekonomi memainkan peranan yang besar untuk menjana keselesaan dan menjamin perbelanjaan selamat. Walabagaimanapun, ada juga yang mengatakan, kewangan tidak menjadi batu penghalang kepada mereka yang ingin berkahwin awal dengan sera mai 20 orang responden menunjukkan persetujuan ini.
20
Yakin Boleh Menanggung Keluarga .(
.7(
.7( 6BFGBE ;DPBN 6@EHIH ;DPBN 6@EHIH 5.(
;DPBN )BLED 6@EHIH 6BFGBE 6@EHIH
47(
RAJAH 8 Rajah 8 berkaitan analisis yang dibuat oleh pengkaji berkaitan keyakinan boleh menanggung keluarga jika ingin berkahwin semasa belajar
Berdasarkan analisis yang di buat, responden merasa tidak pasti bahawa mereka yakin atau tidak untuk menanggung keluarga jika berkahwin semasa belajar. Dengan peratusan 47 peratus menyatakan tidak pasti samada yakin atau tidak dalam menanggung keluarga. Hal Hal ini kerana mereka masih sangat bimbang dalam hal kewajipan kewajipan menanggung tanggungjawab sebagai suami isteri ketika masih belajar jikalau terabai tanggungjawab kedua-duanya akan mengakibatkan risiko yang besar perlu di hadapi oleh mereka. Dengan bilangan 21 orang responden menunjukkan tidak bersetuju bahawa mereka boleh menanggung keluarga ketika belajar. Mereka yakin dengan berkahwin boleh memudaratkan diri sendiri atau keluarga. Malahan, sebanyak 17 peratus mengatakan mereka sangat tidak setuju dalam elemen ini dan seorang sahaja yang sangat sangat setuju serta 17 peratus yang lain turut bersetuju bahawa mereka yakin boleh menanggung keluarga ketika belajar.
21
Kerja Sambilan Perlu Untuk Menanggung Keluarga 4(
4(
<<(
.>(
6BFGBE ;DPBN 6@EHIH ;DPBN 6@EHIH ;DPBN )BLED 6@EHIH 6BFGBE 6@EHIH
45(
RAJAH 9
Rajah 9 menunujukkan carta berkaitan kerja sambilan adalah perlu untuk untuk menanggung keluarga jika berkahwin semasa belajar.
Pengkaji dapat membuktikan berdasarkan analisis di atas, kerja sambilan adalah perlu untuk menanggung keluarga dengan memperolehi data 42 peratus bersetuju dalam persetujuan ini jika berkahwin semasa belajar belaja r dan seramai 33 orang sangat bersetuju bahawa bekerja sambilan adalah a dalah sangat perlu untuk menanggung keluarga. Ini menunjukkan, sumber kewangan tambahan sangat diperlukan untuk perbelanjaan isi rumah dan tidak mencukupi sekadar duit simpanan harian seperti hasil simpanan sendiri atau pinjaman dan biasiswa yang mereka dapat. Sebanyak 18 peratus menunjukkan tidak pasti samada ia perlu atau tidak dalam institusi menanggung rumahtangga jika ingin berkahwin semasa belajar. Dan peratusan menunjukkan sama antara tidak setuju dan setuju iaitu sebanyak 4 peratus dengan bilangan 4 orang sahaja mengatakan sedemikian.
22
Biasiswa/Pinjaman Mampu Menyara Keluarga <(
.'( 6BFGBE ;DPBN 6@EHIH <>( 5.(
;DPBN 6@EHIH ;DPBN )BLED 6@EHIH 6BFGBE 6@EHIH
5>(
RAJAH 10 Rajah 10 menunjukkan peratusan bagi pandangan Mahasiswa/i UKM berkaitan biasiswa atau pinjaman adalah mampu untuk menyara menyara keluarga.
Jelas menunjukkan, responden sangat tidak bersetuju dengan biasiswa ataupun pinjaman adalah mampu untuk menyara keluarga dengan bilangan bila ngan seramai 38 orang iatitu ia titu 38 peratus menunjukkan ketidakrelevanan berkenaan perkara tersebut. Sebanyak 28 peratus mengatakan tidak bersetuju yang biasiswa dapat menjamin menanggung ataupun menyara sesebuah keluarga hal hal ini kerana perbelanjaan untuk pembelajaran juga adalah tinggi. 21 peratus tidak pasti bahawa dengan biasiswa mampu atau tidak untuk menyara keluarga. 10 peratus adalah bersetuju dan 3 peratus yang lain sangat bersetuju dalam hal ini. Ini menunjukkan, mereka mampu untuk selarikan antara perbelanjaan pembelajaran dan rumahtangga.
23
9.3
BAHAGIAN C: RESPOND PEMBELAJARAN
1.
Berkahwin Semasa Belajar Dapat Menjamin Kualiti Kehidupan.
6BFGBE ;DPBN 6@EHIH
;DPBN 6@EHIH
;DPBN )BLED
6@EHIH
6BFGBE 6@EHIH
<( ?( .4( 5>(
41(
Rajah 1
Berdasarkan carta pai di atas dapat dilihat bahawa 49% iaitu seramai 60 orang daripada 100 orang mahasiswa memilih tidak pasti terhadap kenyataan yang berkaitan dengan berkahwin muda dapat menjamin kualiti kehidupan mereka. Hal ini kerana, mereka tidak yakin bahawa kahwin muda ini dapat menjamin kehidupan mereka berdasarkan kepada beberapa faktor yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri mereka bahkan juga kepada keluarga.
Walaubagaimanapun, 28% mahasiswa bersetuju dengan kenyataan kenyataan tersebut. Mereka yang memilih bersetuju dengan kenyataan tersebut yakin bahawa jika perkahwinan ini diatur dengan baik berpandukan kepada landasan yang betul, ia dapat menjamin kualiti kehidupan mereka di masa hadapan kelak.
24
2.
Berkahwin Ketika Belajar Tidak Menganggu Mutu Pembelajaran Mahasiswa Tersebut.
..(
?(
>( 6BFGBE ;DPBN 6@EHIH
52(
;DPBN 6@EHIH ;DPBN )BLED 2'(
6@EHIH 6BFGBE 6@EHIH
Rajah 2
Merujuk hasil kajian diatas, rata-rata mahasiswa memilih tidak pasti berkaitan dengan kenyataan tersebut yang jumlahnya separuh dari peratus yang dinyatakan. Hal ini demikian, kebanyakan mahasiswa berkemungkinan tidak yakin akan memberikan keputusan yang baik selepas mendirikan rumahtangga. Ini disebabkan komitmen yang semakin bertambah menjadikan seseorang mahasiswa itu sukar untuk memberi focus ketika di dalam pembelajaran.
Selain itu juga, bilangan mahasiswa yang bersetuju dengan kenyataan tersebut adalah sebanyak 25% iaitu yang mewakili 30 orang mahasiswa. Mereka bersetuju disebabkan oleh kebijaksanaan yang diperoleh untuk tidak mencampur adukkan hal peribadi dengan hal pembelajaran. Walaubagaimanapun, ada juga di kalangan mahasiswa yang tidak bersetuju tetapi jumlahnya sangat kecil. Golongan yang tidak bersetuju berkemungkinan menolak perkahwinan semasa belajar dan menganggap ia sesuatu yang tidak relevan untuk dilakukan ketika sedang belajar.
25
3.
Berkeyakinan Untuk Melaksanakan Tanggungjawab Selepas Berkahwin Semasa Belajar.
?0 ?( 70 7(
>0 >(
<.0 <.(
410 4>(
6BFGBE ;DPBN 6@EHIH
;DPBN 6@EHIH
;DPBN )BLED
6@EHIH
;DPBN 6@EHIH
Carta di atas menunjukkan bahawa kebanyakan mahasiswa tidak pasti dengan kenyataan di atas. Hal ini bukan disebabkan mahasiwa tidak mengetahui tentang tanggungjawab suami dan isteri tersebut, tetapi disebabkan oleh ketidakyakinan terhadap diri mahasiswa untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Bahkan juga berkemungkinan mahasiswa tersebut tidak biasa melakukan kerja-kerja sebagai seorang suri rumah. Ini menunjukkan bahawa persediaan dari segi memikul tanggungjawab itu amat perlu dititik beratkan sebelum berkahwin.
Selain itu juga, mahasiswa yang bersetuju pula beranggapan bahawa mereka boleh melaksanakan
tanggungjawab
suami
atau
isteri
tersebut
dengan
mempelajari
melaksanakannya dengan perlahan-lahan dengan sokongan dan bantuan dari ahli keluarga. Oleh yang demikian, tanggungjawab sebagai suami dan isteri ini perlu diberi penekanan terutama kepada pasangan yang ingin berkahwin muda dan masih di alam pembelajaran.
26
4.
Berkemampuan Berkemampuan Untuk Mencapai Keputusan Yang Cemerlang Dalam Pelajaran.
?0 ?( .>0 .?(
1( 6BFGBE ;DPBN 6@EHIH ;DPBN 6@EHIH ;DPBN )BLED 6@EHIH
<70 <<(
(
6BFGBE 6@EHIH
Dapat dilihat di dalam rajah di atas bahawa bilangan mahasiswa yang tidak pasti dan mahasiswa yang memilih setuju peratusnya hampir sama. Walaubagaimanapun, peratus tidak pasti mendahului peratus mahasiswa yang bersetuju. Seperti yang diketahui, kecemerlangan dalam pelajaran merupakan keinginan bagi setiap mahasiswa. Justeru itu, terdapat kumpulan minoriti yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana berkahwin muda ini dianggap menganggu fokus dan komitmen mereka ketika belajar. Mereka lebih memilih untuk meneruskan pembelajaran dari berkahwin semasa belajar.
Mahasiswa yang bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana mereka mampu mencapai keputusan yang cemerlang walaupun sudah berkahwin. Hal ini kerana kebolehan yang dimiliki oleh mahasiswa tersebut untuk fokus dan menguruskan pembelajaran dan keluarga dengan baik. Selain itu juga, 36% mahasiswa memilih tidak pasti kerana kurang keyakinan untuk memberi komitmen kepada dua perkara sekaligus. Oleh yang demikian, mahasiswa yang berkahwin ketika belajar ini perlu lebih bijak mengurus bagi mencapai kebahagiaan di dalam rumah tangga dan juga kejayaan yang cemerlang di masa hadapan.
27
5.
Kemampuan Untuk Membahagikan Masa Antara Belajar Dan Keluarga.
6BFGBE ;DPBN 6@EHIH
;DPBN 6@EHIH
.50 .<(
;DPBN )BLED
20 2(
6@EHIH
6BFGBE 6@EHIH
>0 >(
<.0 <5( 4.0 45(
Berdasarkan graf di atas, seramai 41 orang mahasiswa bersetuju bahawa mereka yang berkahwin semasa belajar ini mampu untuk membahagikan masa antara keluarga dan belajar. Hal ini disebabkan oleh kebijaksanaan mahasiswa tersebut menguruskan waktu dengan fleksibel dan teratur. Ini merupakan satu sikap yang perlu ada bagi semua orang bukan sahaja pada pasangan yang berkahwin muda. Ini juga menunjukkan tahap kematangan mahasiswa tersebut dalam menguruskan masa mereka dengan baik.
Seramai 31 orang mahasiswa masih tidak pasti dengan kemampuan mereka dalam membahagikan masa sekiranya mereka membuat keputusan keputusan untuk berkahwin. Pengurusan Pengurusan masa merupakan aspek yang paling penting bagi menjamin kelancaran dan kekemasan sesuatu kerja atau hal yang dilakukan. Jika seseorang itu tidak pandai mengurus masanya, maka akan berlaku kemudaratan bukan sahaja pada dirinya malahan pada pembelajaran dan juga ahli keluarganya.
28
6. Bersedia Untuk Berhenti Atau Menangguhkan Pengajian Sekiranya Dikurniakan Cahaya Mata.
6BFGBE ;DPBN 6@EHIH
;DPBN 6@EHIH
;DPBN )BLED
6@EHIH
6BFGBE 6@EHIH
.0 .( >0 >( 5<0 5<( 520 52(
450 4<(
Berdasarkan graf di atas menunjukkan bahawa seramai 42 orang mahasiswa tidak bersetuju dengan kenyataan menangguhkan pengajian apabila telah menimang cahaya mata. Ia tidak menjadi satu halangan bagi mahasiswa untuk meneruskan pengajian setelah mempunyai cahaya mata. Hal ini kerana mahasiswa tersebut boleh meminta bantuan dari ahli keluarga mereka untuk menjaga anak tersebut ketika mereka pergi menyambung pengajian.
Walaubagaimanapun, berbeza dengan 23 orang mahasiswa yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Mereka berpendapat bahawa apabila mahasiswa tersebut telah mempunyai cahaya mata, mereka perlu memberi sepenuh perhatian kepada anak tersebut. Hal ini kerana, anak tersebut perlu mendapat kasi sayang yang secukupnya dari ibu bapa mereka. Jika mereka menyambung pengajian mereka, maka kebajikan si anak akan terabai dan akan menjadi satu bebanan kepada ahli keluarga lain.
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada analisis pembelajaran tersebut, dapatlah diketahui bahawa kebanyakan responden memilih tidak pasti atau tidak yakin pada setiap soalan yang diajukan. Walaubagaimanapun, tidak semua yang menolak dan tidak semua juga yang bersetuju dengan soalan-soalan tersebut. .Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa budaya kahwin semasa belajar ini dapat diterima oleh golongan mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia.
29
10.0
KESIMPULAN
Penyelidik mendapati responden kurang bersetuju untuk berkahwin ketika belajar. Ini terbukti dengan hasil keseluruhan analisis yang dilakukan oleh penyelidik yang mempunyai peratusan sebanyak 77 peratus mengatakan tidak bersetuju walaupun ramai responden mengatakan mereka memahami tanggungjawab sebagai suami isteri dalam rumahtangga.
Secara keseluruhannya, penyelidik mendapati memang terdapat pelbagai persediaan yang harus dilakukan sebelum berkahwin dari segi mental, rohani, fizikal, ilmu dan ekonomi. Ramai responden mengatakan bahawa ekonomi dalam urusan rumahtangga amatlah penting untuk menyara kehidupan seharian malahan pula apabila seorang mahasiswa yang ingin berkahwin semasa semas a belajar perlulah dititikberatkan diti tikberatkan dalam hal ini. Selain itu, ramai yang tidak pasti bahawa mereka yakin atau tidak untuk menanggung keluarga jika berkahwin semasa belajar kerana perlu memberi komitmen kepada pembelajaran. Mereka juga mengatakan kerja sambilan adalah perlu untuk menanggung keluarga jika berkahwin semasa belajar kerana melihat kepada ekonomi yang semakin merundum sekarang ini.
Dari segi pembelajaran, pengkaji dapat menganalisiskan bahawa 49% mahasiswa memilih tidak pasti terhadap berkahwin muda dapat menjamin kualiti kehidupan mereka. Hal ini kerana, mereka tidak yakin bahawa kahwin muda ini dapat menjamin kehidupan mereka berdasarkan kepada beberapa faktor yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri mereka bahkan juga kepada keluarga. Selain itu juga, rata-rata mahasiswa memilih tidak pasti bahawa berkahwin semasa belajar tidak mengganggu mutu pelajaran dan mampu untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran serta untuk memikul tanggungjawab sebagi suami isteri. Ini disebabkan komitmen yang semakin bertambah menjadikan seseorang mahasiswa itu sukar untuk memberi fokus ketika di dalam pembelajaran. Seramai 42 orang mahasiswa tidak bersetuju dengan kenyataan menangguhkan pengajian apabila telah menimang cahaya mata. Ia tidak menjadi satu halangan bagi mahasiswa untuk untuk meneruskan pengajian setelah mempunyai cahaya mata. Hal ini kerana mahasiswa tersebut
boleh
meminta bantuan dari ahli keluarga mereka untuk menjaga anak tersebut ketika mereka pergi menyambung pengajian.
30
RUJUKAN
Mohd Abbas Bin Abdul Latiff & Siti Mizati Binti Mohd Basar. 2009. Artikel: Persepsi Mahasiswa Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam ) Terhadap Kahwin Ketika Belajar : Kajian Di Utm Skudai. Universiti Teknologi Malaysia.
Kamarul Azmi Jasmi. 2008. Artikel: Perkahwinan Semasa Belajar: Kebaikan Dan Keburukannya Dalam Pembangunan Pelajar Universiti . Universiti Teknologi Malaysia.
Siti Rodiah Binti Jusoh. 2006. Tesis: Persepsi Mahasiswi Terhadap Amalan Berumahtangga Semasa Belajar. Satu Kajian Terhadap Mahasiswi Tahun Akhir Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Mohd Anwar Syamin Binti Ridzuan. 2014. Persepsi Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Terhadap Perkahwinan Semasa Belajar. Universiti Kebangsaan Malaysia.