1. MAKNA ADAT DAN PERKAHWINAN 1.1
Adat
Merujuk Kamus Dewan, maksud adat 1. 1. satu peraturan yang diamalkan secara turun temurun (sejak dahulu kala) di dalam sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi), lembaga; 2. cara 2. cara yang sudah menjadi kebiasaan. 1.2
Perkahwinan
Kahwin pula Kahwin pula mengikut Kamus Dewan adalah perikatan yang sah antara lelaki dengan perempuan menjadi suami isteri, nikah. Manakala perkahwinan perkahwinan pula adalah 1. 1. perihal kahwin, pernikahan; 2. Pergabungan antara antara dua unsur dan dan lain-lain yang berlainan. Berbeza dengan masyarakat Melayu, maksud perkahwinan menurut Islam pula ialah “berkumpul dan bercampur”. Menurut istilah syarak pula perkahwinan ialah “Ijab dan Qabul (Akad)”.
1
2. PENGENALAN KEPADA PERKAHWINAN PERKAHWINAN MASYARAKAT MASYARAKAT CINA DAN MASYARAKAT MELAYU 2.1
Pengenalan Perkahwinan Masyarakat Cina
Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan masyarakat Cina ataupun juga dikenali sebagai masyarakat Tionghua. Ia merupakan peralihan yang bakal mempengaruhi perubahan bagi seseorang lelaki. Institusi perkahwinan memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta memulakan zuriat sendiri. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan masyarakat Cina iaitu Eksplisit dan Implisit. Eksplisit adalah perkahwinan yang diatur oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin), (moi-ngin), manakala manakala Implisit membawa makna perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan memilih pasangan sendiri.
2
2.2
Pengenalan Perkahwinan Masyarakat Melayu
Masyarakat Melayu begitu berpegang dengan adat resam. Pentingnya adat dalam masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi ‘Biar mati anak, jangan mati adat’ . Adat perkahwinan adalah merupakan adat resam yang paling penting dan dipegang teguh. Perkahwinan pertama dalam Islam adalah perkahwinan antara Nabi Adam a.s bersama Hawa. Mengikut pandangan Islam, perkahwinan adalah suatu ibadah, oleh itu, ia perlu dilaksanakan mengikut ketetapan syariat ataupun amalan-amalan yang tidak bertentangan dengan agama.
2.3
Persamaan Perkahwinan Antara Masyarakat Cina dan Melayu
Di antara adat perkahwinan masyarakat Cina dan masyarakat Melayu, walaupun berbeza kaum, namun terdapat beberapa persamaan yang dapat dilihat menerusi upacara-upacara di dalam perlaksanaan perkahwinan seperti upacara merisik, meminang, bertunang dan upacara perkahwinan. Mengambil satu contoh persamaan dalam adat Merisik. Ia dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Kedua kaum sangat mengambil berat tentang nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku gadis. Bagi masyarakat Melayu, kekuatan pegangan agama juga dipandang tinggi semasa memilih gadis. Ciri-ciri ini diambil kira dengan harapan perkahwinan tersebut akan berkekalan. Dalam kajian ini, perbandingan perbezaan adat adalah berdasarkan perlaksanaan dan kepercayaan sesuatu upacara antara kedua masyarakat. Terdapat banyak perbezaan, dimana ianya adalah dari sebab agama dan kepercayaan yang telah membezakan amalan tersebut. 3
3. PERBEZAAN ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA DAN MASYARAKAT MELAYU 3.1
Pemilihan Tarikh Pertunangan 3.1.1 Masyarakat Cina
Bagi masyarakat Cina, khidmat tukang tilik digunakan untuk menghitung hari dan masa yang sesuai bagi upacara pertunangan berdasarkan bintang atau tarikh kelahiran kedua pasangan berpandukan kepada buku „Toong-Su’ Toong-Su’ . Jika tarikh yang dipilih tidak sesuai, dikhuatiri akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan mengalami kegagalan. 3.1.2 Masyarakat Melayu Tiada sebarang keistimewaan yang tertentu terhadap pemilihan tarikh majlis pertunangan atau majlis perkahwinan. Masyarakat Melayu biasanya akan berkumpul bersama seluruh keluarga dan saudara-mara untuk membincangkan tarikh yang sesuai bagi sesebuah majlis. Tarikh yang dipilih biasanya pada hujung minggu atau musim cuti bagi memudahkan ahli keluarga datang berkumpul di rumah. Menurut perspektif Islam, tiada hari yang bertuah atau hari yang malang. Semua bulan adalah baik dalam Islam dan bahawa perkahwinan itu adalah sunnah Nabi Muhammad s.a.w, oleh itu ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
3.2
Majlis Pertunangan 3.2.1 Masyarakat Cina
Majlis pertunangan diadakan di rumah pihak perempuan. Bakal pengantin lelaki akan berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Bagi membuktikan persetujuan untuk berkahwin, bakal pengantin perempuan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau ‘ nyen-sang nyen-sang ’ ’ yang yang tertulis nama gadis, umur dah tarikh lahirnya kepada tukang tilik. Setelah mendapat tarikh, ‘ nyiknyikkor ’ ’ akan akan diberi kepada bakal pengantin lelaki dan perempuan. Ianya mengandungi peraturan dan adat-adat tertentu yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin.
4
3.2.2 Masyarakat Melayu Majlis pertunangan masyarakat Melayu juga diadakan di rumah pihak perempuan. Upacara dimulakan dengan penyerahan tepak sirih dari wakil pihak lelaki iaitu keluarga dan saudara mara terdekat penyerahan kepada wakil perempuan sebagai tanda lamaran secara rasmi. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun atau mengikut persetujuan kedua pihak. Selain dari membincangkan membincangkan berkenaan jumlah hantaran, hantaran, perkara berkenaan putus tunang juga turut dibincangkan. Jika pihak lelaki yang memutuskan tali pertunangan, semua wang hantaran dan belanja yang diberikan kepada pihak perempuan dianggap hangus. Sebaliknya jika pihak perempuan yang memutuskan, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali. Bagi masyarakat Melayu, bakal pengantin lelaki tidak boleh berada di dalam rumah keluarga perempuan sewaktu majlis sedang berlangsung. Jika beliau mengikuti rombongan keluarganya, dia haruslah berada jauh di luar rumah. Bakal pengantin lelaki hanya boleh masuk untuk bertemu keluarga atau menyertai jamuan makan lepas semua majlis disempurnakan.
3.3
Cincin Pertunangan
Cincin pertunangan
3.3.1 Masyarakat Cina Upacara bertukar cincin pertunangan dilakukan oleh kedua-dua bakal pengantin. Kedua-dua bakal pengantin akan memakai cincin di jari manis kiri sehingga menjelang hari perkahwinan.
5
3.3.2 Masyarakat Melayu Upacara pemakaian cincin pertunangan akan disempurnakan oleh ibu atau saudara perempuan kepada bakal pengantin lelaki. Beliau akan menyarungkan cincin pertunangan kepada bakal pengantin perempuan.
3.4
Hantaran dan Mas Kahwin 3.4.1 Masyarakat Cina
Hantaran dan mas kahwin akan diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan pada hari perkahwinan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Antara barang hantaran adalah: -
Sebentuk cincin Sepersalinan pakaian Kain Wang tunai
Contoh hantaran perkahwinan masyarakat Cina
Sekiranya pihak lelaki tidak dapat menyediakan barang hantaran yang cukup, sejumlah wang tunai akan diberi kepada pengantin perempuan. Menurut amalan masyarakat Cina, semakin besar hantaran perkahwinan yang diberikan, semakin tinggilah martabat keluarga pihak lelaki. Keluarga pihak lelaki juga tidak akan meminta sebarang pengurangan jumlah hantaran yang telah ditetapkan oleh pihak perempuan kerana ia boleh menjatuhkan martabat keluarga.
6
3.4.2 Masyarakat Melayu Hantaran bagi majlis pertunangan dan majlis persandingan biasanya terdiri dari Sirih Junjung atau Tepak Sireh, sebentuk cincin, Bunga Rampai, barang kemas, manisan dan kuih-muih, kuih-muih, telekung dan sejadah, sejadah, Al-Quran dan buah-buahan. buah-buahan. Namun mengikut perkembangan semasa, barang hantaran kini termasuklah peralatan elektronik, set alatan kecantikan dan kesihatan, minyak wangi dan lain-lain. Keduadua pihak lelaki dan perempuan akan menyediakan hantaran mereka masingmasing.
Contoh hantaran perkahwinan masyarakat Melayu
Jumlah hantaran bagi majlis pertunangan dan majlis perkahwinan agak unik kerana jumlahnya mestilah ganjil. Jumlah hantaran genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran pihak gadis pula melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Mengikut adat, jika pihak gadis mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran juga akan turut diberikan kepadanya semasa majlis perkahwinan. Adat ini dipanggil „Langkah Bendul‟. Adat Menghantar Belanja juga turut diadakan semasa majlis bertunang ataupun dilakukan secara berasingan seperti beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan. Menghantar Belanja adalah upacara dimana pihak lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan untuk menghantar sebahagian wang hantaran perkahwinan. Sebahagian lagi akan dibawa bersama rombongan pihak lelaki sewaktu majlis persandingan. Hal ini biasanya tidak berlaku dikalangan golongan yang berkemampuan dimana keluarga pengantin perempuan akan mengeluarkan dahulu wang bagi menampung perbelanjaan perkahwinan.
7
3.5
Persiapan Hiasan dan Pakaian Pengantin 3.5.1 Masyarakat Cina
Pengantin perempuan akan dihias dan diandam oleh wanita yang dianggap mempunyai nasib yang baik dan bersama-sama wanita yang masih mempunyai keluarga. Kumpulan wanita yang ditugaskan menghiasi pengantin digalakkan untuk mengucapkan kata yang baik ketika mengikat sanggul pengantin perempuan. Pada zaman dahulu, pengantin akan dihias dengan pakaian yang diperbuat daripada kain sutera bersulam benang emas dan perak „Kwa‟ Kwa‟ atau „Cheongsam’ Cheongsam’ yang juga disulam dengan jahitan berbentuk naga dan burung „Pheonix ’ ’. Warna baju sebaik-baiknya adalah berwarna putih, merah atau kuning. Walaubagaimanapun, masyarakat Cina menganggap, warna merah bakal memberi petanda baik dan gembira. Maka itu, adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
Contoh pakaian tradisional pengantin masyarakat Cina
Untuk pengantin lelaki pula, kebiasaannya memakai „Samfoo’ Samfoo’ yang bermaksud baju dan seluar dalam dialek Kantonis. Bajunya longgar dan terbelah di depan, berkolar tinggi serta dipakai dengan seluar atau kain yang longgar. „Samfoo’ Samfoo’ juga diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Bapanya pula akan meletakkan topi yang dihias dengan daun pokok saru di atas kepala peng antin lelaki. Sebaliknya, pada zaman ini, pengantin memilih pakaian berwarna putih atau kuning. Corak pemakaiannya adalah lebih menuju ke arah budaya Barat. Pada pandangan orang Barat, warna putih membawa makna kesucian, walaubagaimanapun bagi masyarakat Cina dahulu, warna putih adalah bermaksud kematian.
8
3.5.2 Masyarakat Melayu Dalam adat masyarakat Melayu terdahulu, pakaian pengantin diperbuat dari fabrik kain Songket dengan potongan Teluk Belanga bagi busana lelaki manakala Kebaya Labuh bagi perempuan. Pemilihan kain Songket adalah kerana mengikut adat zaman dahulu, Songket hanya dipakai oleh golongan Raja-raja Melayu. Sesuai dengan panggilan Raja Sehari, maka pengantin akan dikenakan pakaian Songket bagi menggambarkan mereka yang dianggap sebagai raja pada hari perkahwinan.
Contoh pakaian tradisional pengantin Melayu
Tugas menghias dan mempersiapkan pengantin dilakukan oleh tukang andam atau dikenali sebagai „Mak Andam‟. Andam‟. Namun kini khidmat khidmat „Mak Andam‟ semakin dilupakan dan diganti dengan khidmat dari jurusolek professional yang diupah untuk mempersiapkan pengantin. Seperti masyarakat Cina, pada zaman ini, pengantin Melayu juga merasakan pemakaian Songket tidak lagi relevan dengan peredaran masa. Pengantin Melayu kini lebih suka memilih fabrik moden dengan potongan moden tetapi masih mengekalkan sedikit ciri-ciri corak potongan klasik.
3.6
Perlaksanaan Majlis Perkahwinan 3.6.1 Masyarakat Cina
Majlis perkahwinan masyarakat Cina dimulakan di rumah pengantin lelaki dimana pengantin bersama sekumpulan seudara-mara dan rakan-rakan akan membawa Tandu untuk menjemput pengantin perempuan. Namun pada masa kini Tandu telah digantikan dengan penggunaan kereta-kereta mewah yang dihias cantik.
9
Tandu Pengantin
Setibanya di rumah pengantin perempuan, pengantin lelaki akan dihalang dari memasuki rumah oleh rakan-rakan pengantin perempuan di hadapan pintu. Mereka akan mengajukan beberapa soalan berkenaan pengantin perempuan. Ini bertujuaan untuk menduga sejauh mana pengantin lelaki menyayangi pengantin perempuan tersebut. Manakala pihak lelaki akan cuba membayar pihak perempuan dengan memberikan „Li Shi ’ ’ iaitu iaitu duit yang dibalut dengan sampul merah untuk menemukan pasangan terbabit. Upacara ini dikenali sebagai Permainan Pintu yang berasal daripada zaman nenek moyang masyarakat Cina yang mengambarkan bahawa pengantin perempuan merupakan wanita cantik dan keluarga serta kawankawannya tidak sanggup berpisah dengannya. Pengapit pengantin perempuan akan mengiringi pengantin perempuan dengan berlindung disebalik payung merah menuju ke Tandu pengantin lelaki. Saudara-mara pengantin akan melontar beras, kacang merah dan kacang hijau kearahnya. Signifikannya, payung tersebut akan melindunginya dari roh jahat, manakala beras dan kacang akan menarik perhatian ayam emas yang membawa tuah. Setelah perarakan perkahwinan oleh ahli-ahli perarakan pengantin tiba di rumah pengantin lelaki, bunga api dan muzik gong dan drum dimainkan untuk menyambut ketibaan mereka. Pengantin perempuan akan melangkah di atas besen besi yang mempunyai colok yang menyala. Ia dipercayai akan membawa tuah dan menjauhkan dari roh-roh jahat. Seterusnya kedua pengantin akan melutut sebanyak tiga kali kepada syurga dan bumi, nenek moyang dan ibubapa mereka dan yang terakhir, pasangan pengantin akan tunduk antara satu sama. Sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu „Keat Foon Ching Su’ Su’ dihadapan beberapa orang saksi.
10
3.6.2 Masyarakat Melayu Akad Nikah adalah acara penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih bersifat ajaran agama yang merasmikan ikatan perkahwinan. Upacara Akad Nikah dijalankan selepas semua perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti Mas Kahwin, wang belanja dan barangan hantaran seperti yang dipersetujui. Tok kadi atau Tok Imam akan menemui pengantin perempuan untuk bertanyakan persetujuaan atau tidak dengan pernikahan tersebut. Khutbah nikah akan dibacakan oleh Tok Kadi dan beliau akan turut menerangkan secara umum akan tanggungjawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan perkahwinan dari sudut agama. Akad Nikah dilakukan di masjid, pejabat kadi atau dirumah pengantin perempuan. Dalam upacara Akad Nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan beliau. Ataupun dia juga boleh mewakilkannya kepada Tok Kadi atau Tok Imam. Tok Kadi atau Tok Imam akan membaca lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki. Pengantin lelaki dikehendaki mengulanginya. Lafaz nikah berbunyi, “Aku n i k a h k a n d i k a u d e n g a n ( n am am a p e n g a n t i n p e r e m p u a n ) d en en g a n m a s
k a h w i n s e b a n y a k ( m e n g i k u t n e g e r i ) tunai”
dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi, “Aku t e r i m a n i k a h n y a ( n a m a p e n g a n t i n p e r em em p u a n ) d e n g a n m a s k a h w i n
s e b a n y a k ( m e n g i k u t n e g e r i ) tunai”
Setelah kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul kemudiannya diiukuti dengan pengantin lelaki melakukan upacara membatalkan air sembahyang. air sembahyang. Suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.
3.7
Memohon Restu 3.7.1 Masyarakat Cina
Acara kemuncak adalah upacara minum teh. Upacara minum teh adalah upacara yang sangat penting dan masih diamalkan. Kedua pengantin akan melutut di hadapan datuk dan nenek, ibu dan ayah serta kaum keluarga yang lebih tua. Kemudian kedua-dua pengantin akan memberikan teh kepada mereka. Upacara ini
11
melambangkan penerimaan dan restu kedua pengantin ke dalam keluarga mertua masing-masing dan bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Upacara minum teh
Kebiasaannya, mereka yang menerima minuman teh akan memberikan hadiah berbentuk barang kemas atau „Li Shi ’ ’ kepada pengantin perempuan. Manakala tetamu yang hadir akan membawa ang-pau berwarna merah atau hadiah yang dibungkus kertas merah untuk diberikan kepada pasangan pengantin. 3.7.2 Masyarakat Melayu Ketika upacara bersanding, satu upacara yang dipanggil Merenjis atau Tepung Tawar akan dilakukan. Rempah ratus yang digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Ahli kerluarga yang lebih tua dan ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin. Signifikan kepada penggunaan rempah ratus ketika Merenjis atau Tepung Tawar adalah seperti berikut: - Beras kunyit sebagai ganti emas yang yang pernah diamalkan oleh oleh masyarakat masyarakat dahulu kepada pengantin sebagi tanda kegembiraan. - Beras basuh sebagai sebagai simbol doa restu kepada kepada pengantin pengantin supaya murah murah rezeki sehingga ke anak cucunya. - Bertih sebagai simbol simbol supaya berkembang keturunan keturunan mereka hasil hasil dari perkongsian hidup.
12
- Air tepung tawar tawar ialah sebagai sebagai penawar sewaktu mengalami mengalami sakit pening dan lain-lain penyakit semasa menjalani kehidupan sebagai suami isteri. - Inai pula mewakili simbol simbol atau tanda tanda pengantin pengantin masih mempunyai dara dan menjaga kehormatan diri yang menjadi kemegahan bagi kedua-dua pengantin.
Upacara Merenjis atau Tepung Tawar
13
4. PERBEZAAN DARI SEGI PANTANG LARANG PERKAHWINAN Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal pengantin tidak kira bagi masyarakat Cina mahupun Melayu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Walaubagaimanapun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka. Sebahagian dari pantang larang ini tidak lagi diikuti kerana bertentangan dengan agama ataupun tidak lagi relevan dengan peredaran semasa. Namun, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yang difikirkan sesuai masih diikuti. 4.1
Masyarakat Cina
Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis pengkebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkahwinan. Jika berlaku kematian dikalangan keluarga kedua belah pihak, bakal pengantin perlu menangguhkan perkahwinan sekurang-kurangnya selama 100 hari atau sehingga setahun. Ini sebagai tanda berkabung dan menghormati keluarga si mati. Seperti mana pemilihan baju pengantin, hiasan dalam majlis perkahwinan tidak digalak menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau. Dalam bilik tidur bakal pengantin, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik.
4.2
Masyarakat Melayu
Pantang larang bermula dengan tidak keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan juga untuk menjaga nama baik keluarga. Selain itu, ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam menjelang hari perkahwinan. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri. Selain itu, pasangan pengantin dilarang bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Tidak makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum perkahwinan bagi mengelakkan perut buncit. Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas waktu maghrib atau matahari terbenam bagi mengelakkan diri dari perkara sihir . Pasangan pengantin juga perlu mengelakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
14
5. KESIMPULAN Adat budaya merupakan suatu amalan yang diamalkan oleh nenek moyang setiap kaum sejak dahulu dan ditinggalkan untuk menjadi suatu warisan secara turun temurun. Adat budaya ini dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai sesebuah agama. Namun adakalanya adat budaya tradisional ini kadang kala bertembung dan bercanggah dengan nilai-nilai agama terutama agama Islam. Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, memiliki pelbagai adat resam dan budaya. Upacara perkahwinan selalu mendapat perhatian dari semua golongan masyarakat Malaysia. Melalui kertas kerja ini, bolehlah dikatakan bahawa perkahwinan adalah permulaan kepada satu kehidupan yang baru. Pasangan lelaki dan perempuan yang berkahwin akan memulakan kehidupan mereka sebagai suatu keluarga. Kemudianya selepas memiliki anak, mereka akan menurunkan adat budaya kepercayaan mereka kepada insan baru. Disinilah bermulanya kepada penyambung warisan budaya dan adat resam sesebuah masyarakat. Melalui pemerhatian yang lebih mendalam, perjalanan perlaksanaan sesebuah perkahwinan antara kedua-dua masyarakat adalah hampir sama. Ini boleh dikatakan, ianya saling mempengaruhi antara satu sama lain. Ini boleh dibuktikan dengan mengambil satu sejarah dimana perkahwinan antara Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po pada tahun 1458. Hasil dari perkahwinan dua budaya dan agama itu telah menjadi punca kepada terhasilnya kebersamaan antara budaya dalam masyarakat Malaysia. Oleh itu kita perlu kenal apakah persamaan mahupun perbezaan setiap kaum dan lahirkan rasa hormat terhadap apa yang mereka percayai dengan tidak mempersoalkan serta menyentuh isu yang sensitif terutama berkaitan dengan adat dan budaya. Persamaan adat budaya boleh dijadikan sebagai satu garis perpaduan antara kaum di Malaysia. Manakala perbezaan adat resam dan budaya tidak seharusnya menjadi penjarak kepada kaum.
15
6. RUJUKAN
1. Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996) 2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan 3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan_Cina 4. http://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-perkahwinanmasyarakat-di-malaysia-18/ 5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bersanding 6. http://bmk12010.blogspot.com/ 7. http://infolib.bernama.com/equipbernama/index.jsp?lang=en&module=ROO bernama/index.jsp?la ng=en&module=ROOT&action=article_18.jsp T&action=article_18.jsp 8. http://alhafiz.net/soaljawabagama 9. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tanggal12_12_12/Article/cetak
16