PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CINA PENGENALAN
Tamadun dapat difahami sebagai satu cara hidup yang berkembang apabila manusia mula menetap di satu kota atau bandar dimana terdapatnya satu organisasi sosial dan politik yang dikenali sebagai negara.
Perkataan tamadun itu sendiri
sebenarnya berasal daripada perkataan arab. Dalam perkataan arab, terdapat lima istilah yang boleh dihubungkan dengan maksud tamadun iaitu „umran, hadharah,
tamaddun, madinah dan madaniah. Daripada lima istilah ini, hanya dua istilah yang meluas digunakan oleh penulis-penulis arab, iaitu hadarah dan tamadun. Daripada dua istilah itu pula, istilah tamadun lebih sesuai digunakan untuk menyatakan konsep tamadun pada zaman moden ini. Dalam kamus dewan pula, tamadun bermaksud kebudayaan, kemajuan atau peradaban. Perkataan peradaban ini berasal daripada perkataan arab yang merujuk kepada tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan) dan istilah beradab ditakrif juga sebagai telah maju tingkat kehidupan dari segi jasmani dan rohani. Istilah tamadun dan bandar memang ternyata mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana setiap tamadun yang agung itu mempunyai bandarbandar besar . Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa Inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang civitas yang bermaksud bandar. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Bagaimanakah Tamadun Melayu dan Tamadun Cina bermula? Untuk menjawab persoalan ini kita perlu melihat asal usul tamadun Melayu dan Cina itu sendiri. Asal usul orang Melayu hingga kini masih lagi menjadi perdebatan antara sarjana. Terdapat ahli sarjana yang mengatakan bahawa orang Melayu adalah orang mongoloid daripada kumpulan Indonesia yang telah berhijrah ke selatan dari tenggara China atau Yunan 3000 tahun yang lalu. Mereka dikenali sebagai Melayu Deutro atau Melayu pantai yang telah tersebar di kepulauan Melayu dan akhirnya membentuk kependudukan di Malaysia. Mengikut Wan Hashim Wan Teh (1986), asal usul masyarakat Melayu 1
sebenarnya bukanlah berasal daripada teori migrasi yang mengandaikan bahawa ras Melayu berhijrah dari selatan Negara China kealam Melayu antara tahun 3000 SM dan 300M. Sebaliknya orang Melayu berasal dari alam Melayu itu sendiri berdasarkan kajian oleh para arkeologi yang telah membuat kesimpulan bahawa alam Melayu ini telah pun didiami manusia sejak 35 000 tahun yang silam. Wan Hashim Wan Teh (1986) mengatakan bahawa berdasarkan bukti-bukti ini, penduduk di alam Melayu berasal dari alam Melayu sendiri dan bukannya berasaskan kepada suatu penghijrahan beramai-ramai dari tempat lain terutama dari Yunan, China. Sekiranya terdapatnya penghijrahan di dalam wilayah budaya yang sama yang mana penghijrahan itu dilakukan atas kepentingan untuk mendapatkan penghidupan yang lebih baik di tempat baru. Bangsa Cina pula merupakan salah satu bangsa yang mencapai peradaban yang paling awal di dunia. Tamadun Cina bermula di lembah Huang He, utara China kira-kira 4000 hingga 2000 SM yang mana era ini dikenali sebagai Zaman Batu Terakhir. Pada tahap ini, tamadun Cina telah melalui zaman perkembangan dalam beberapa bidang seperti pentadbiran, falsafah, sastera, moral dan juga penciptaan sains dan teknologi. Sesetengan para cendekiawan sejarah berpendapat bahawa sebelum kewujudan era pemerintahan Dinasti, China diperintah oleh lima orang pendeta yang mengasaskan peradaban dan tamadun Cina. Sepanjang perkembangan sejarah negara dan bangsa Cina, setiap dinasti bertapak, berkembang dan hancur yang kemudiaannya diganti oleh suatu dinasti yang lain. Dinasti-dinasti yang wujud dalam tamadun Cina adalah seperti Dinasti Xia (2205-1766SM), Dinasti Shang (1766-1122 SM), Dinasti Chou (1122-256 SM), Dinasti Chin (256-205SM), Dinasti Han (202SM221M), Dinasti Sui (589-618M), Dinasti Tang (618-907 M), Dinasti Sung (960-1271M), Dinasti Yuan (1271-1368M) dan Dinasti ming (1368-1644M).
2
PERSAMAAN ANTARA TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CINA
Tamadun-tamadun seperti Tamadun Melayu dan Tamadun Cina mempunyai latar belakang yang tersendiri. Namun begitu terdapat beberapa ciri persamaan yang boleh dikenalpasti antara kedua-dua tamadun ini. Antara aspek persamaan antara dua tamadun ini yang akan dihuraikan adalah dari beberapa kategori seperti persamaan dari segi nilai-nilai dalam kerajaan yang memerintah, persamaan dari segi pendidikan dalam sesebuah tamadun, persamaan dari segi interaksi dengan alam sekitar dan juga persamaan dari segi prinsip dalam kekeluargaan. Dalam kedua-dua Tamadun Melayu dan Tamadun Cina, sistem kerajaan yang wujud telah menjalankan fungsi yang cekap sehinggakan sesetengahnya boleh bertahan selama berabad-abad lamanya. Falsafah tamadun awal dalam kedua-dua tamadun ini begitu menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama undang-undang Tamadun Melayu dan juga Tamadun Cina. Contohnya dalam Tamadun Cina, tulisan Moh-tze, Lao-Tze, Kung Fu-Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-tamadun ini. Kerajaan dan sistem pemerintahan menjadi tonggak sesebuah masyarakat dan memainkan peranan penting dalam pembinaan Tamadun Melayu dan Tamadun Cina. Contohnya, sesetengan kerajaan Melayu mengisytiharkan kerajaan dan pemerintahan mereka sebagai kesultanan, seperti yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka. Setiap kerajaan ini mempunyai sistem pemerintahan masing-masing yang begitu menerapkan nilai-nilai yang baik dalam pemerintahan mereka. Undangundang telah diwujudkan dalam sistem perintahan agar keamanan dan kesejahteraan rakyat dapat dicapai dan seterusnya dapat mengekalkan pemerintahan mereka. Contonya, Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka yang diperkenalkan oleh Tamadun Melayu Melaka. Tujuan utama penubuhan negara adalah unutk mewujudkan kebahagiaan dalam kalangan rakyat dan mewujudkan keadaan dimana setiap rakyat dapat mencapai kesejahteraan secara maksimum. Antara fungsi negara 3
ialah mewujudkan keamanan dan mengelakkan keadaan huru hara, menjamin kesejahteraan
dan
kemakmuran
negara
melalui
rancangan
pembangunan,
mempertahankan negara daripada serangan luar dan memelihara serta menegakkan keadilan melalui badan-badan kehakiman. Selain itu, kedua-dua tamadun juga mementingkan kepimpinan yang berteraskan keadilan
dan
kebijaksanaan.
Selepas
kedatangan
Islam,
Tamadun
Melayu
mengamalkan politik Islam dimana kepimpinan dalam pemerintahannya menggariskan sistem dan corak pemerintahan Islam seperti asas dalam berpolitik, konsep tauhid, konsep khalifah di muka bumi ini. . Dalam prinsip politik Islam, perkara yang dipentingkan adalah keadilan, persamaan, sistem syura, dan sikap akauntabiliti pemimpin terhadap rakyat Manakala dalam tamadun Cina pula, kepimpinan yang adil dan bijaksana boleh dilihat dalam kepimpinan pemerintahan raja –raja Chou. Dalam hal ini, Raja-raja chou mengaitkan diri mereka dengan konsep anak syurga dan mendapat mandat dari syurga (celestial mandate ). Menurut konsep ini, mereka menganggap raja adalah wakil tuhan yang diturunkan untuk memerintah bumi. Jesteru itu, mereka perlu memerintah dengan adil dan jika gagal, mandat tersebut akan ditarik semula. Konsep ini memberi pengajaran moral bahawa pemimpin perlu berkelakuan baik dan sekiranya tidak adil atau tidak jujur dalam pemerintahan , mereka akan disingkir dari jawatannya dengan berlakunya penarikan mandat tersebut. Pemerintahan dalam tamadun Cina juga menekankan konsep wu lun atau lima hubungan yang mana satu bentuk hubungan di dalamnya berkaitan dengan etika di dalam pemerintahan iaitu antara pemerintah dan rakyat. Hubungan di sini bersifat dua hala di mana pihak pemerintah perlu bertanggungjawab ke atas rakyat bawahannya manakala golongan rakyat perlu mematuhi perintah pemerintah. Konfucius menegaskan bahawa politik merupakan pengurusan tentang kebenaran dan perlu memerintah berdasarkan akhlak yang terpuji. Persamaan kedua antara Tamadun Melayu dan Tamadun Cina adalah dalam aspek pendidikan. Matlamat paling utama pendidikan dalam tamadun Melayu dan Tamadun Cina ialah pembinaan sifat-sifat seseorang ( character building). Proses pengajaran ilmu mempunyai kaitan yang begitu rapat dalam matlamat murni ini. Dengan menyedari matlamat tersebut, konsep membina sifat dalaman seseorang ( inner being ) begitu penting dalam konsep pendidikan berteraskan agama. Contohnya, 4
tamadun Melayu lebih kepada konsep pendidikan berteraskan agama islam manakala tamadun Cina lebih kepada konsep pendidikan berteraskan agama Buddha. Dalam kedua-dua agama ini, manusia tidak digalakkan menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam tanpa perubahan dalaman yang dapat dilakukan melalui pengetahuan tentang dirinya sendiri. Pencapaian tamadun Melayu dalam aspek pendidikan adalah seperti kemunculan golongan intek Melayu. Penumpuan golongan intelek Melayu zaman awal ialah kepada bidang falsafah dan agama kerana bidang ini memantapkan erti kehidupan dan jati diri bangsa Melayu. Penyebaran secara luas pemahaman dua aspek ini dalam kalangan masyarakat Melayu menjamin penerusan generasi Melayu yang memahami tugas
dan tanggungjawab mereka dalam
masyarakat. Seterusnya, persamaan ketiga antara Tamadun Melayu dan Cina ialah dari segi interaksi dengan alam sekitar. Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh semua agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama,
alam
sekitar
dilihat
sebagai
anugerah
tuhan.
Manusia
pula
dipertanggungjawabkan sebagai khalifah yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Tamadun Melayu yang bertunjangkan agama islam contohnya, memelihara
alam
sekitar
bermakna
menggunakan
anugerah
tuhan
secara
bertanggungjawab. Alam sekitar merupakan anugerah Allah yang diamanahkan kepada manusia untuk dieksploitasi sebaik mungkin. Ini adalah kerana alam itu sendiri merupakan tanda kekuasaan Allah. Dalam ajaran Islam terdapat adab dan akhlak berinteraksi dengan alam sekitar termasuk dengan perkara-perlkara ghaib Begitu juga dengan ajaran agama Buddha yang juga mementingkan memelihara alam sekitar dengan bertanggungjawab. Agama Buddha juga menegaskan perlunya menjaga alam sekitar dan
menganggap bintang di langit sebagai nenek-moyang mereka yang
menjadi shen/ dewa di langit setelah meninggal dunia. Persamaan keempat yang dikenalpasti antara tamadun Melayu dan tamadun Cina ialah persamaan dari segi prinsip dalam sesebuah keluarga. Prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas dalam pembentukan masyarakat begitu dihayati oleh tamadun Melayu dan tamadun Cina. Keluarga yang dimaksudkan pada lazimnya ialah keluarga 5
extended . Dalam sesebuah keluarga wujud hierarki kuasa yang menentukan kedudukan kaum lelaki dan kedudukan kaum perempuan. Pengamalan seperti ini telah menjadi warisan turun menurun dalam sesebuah keluarga tradisional. Tamadun Melayu mementingkan institusi perkahwinan. Setelah kedatangan islam, perkahwinan adalah mengikut
sunnah nabi kerana melalui perkahwinan akan meramaikan lagi generasi
Islam. Terdapat syariat dalam tamadun Melayu yang dipanggil munakahat dalam mengatur undang-undang,hak dan tanggungjawab di dalam institusi keluarga seperti hak dan tanggungjawab suami terhadap isteri. Selain itu juga terdapat hak dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak dan sebaliknya. Menurut konfucianisme, kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang paling penting. Masyarakat tradisional dalam tamadun Cina juga mementingkan konsep kekeluargaan. Mereka menekankan konsep wu lun atau “lima hubungan” yang merupakan lima hubungan asas manusia yang harus dikekalkan bagi
membentuk kestabilan masyarakat dan kesejahteraan negara. Antara tiga bentuk hubungan ini adalah berkait dengan institusi kekeluargaan iaitu antara suami dan isteri, antara bapa dan anak (keluarga dan anak-anak) dan antara adik beradik. Hubungan ini bersifat dua hala iaitu golongan tertinggi ( ibu bapa) mempunyai tanggungjawab dalam menjaga orang bawahnya (anak-anak). Golongan bawah pula harus menurut perintah. Konsep ketaatan anak ini atau hsiao (filial piety) amat dipentingkan dalam masyarakat mereka. Ia merujuk kepada tanggungjawab anak kepada ibu bapa antaranya ialah seorang itu harus mempunyai anak
yang dapat mengekalkanketurunan keluarga.
Justeru itu dalam ajaran Konfucius,institusi perkahwinan ditekankan kerana ia mempunyai tujuan utama dalam melahirkan generasi akan datang. Kesalahan terbesar seorang anak ialah tidak melahirkan generasi akan datang kerana beliau akan memutuskan atau memupuskan keturunan generasi orang tuanya..
6
PERBEZAAN ANTARA TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CINA
Walaupun terdapat beberapa persamaan antara tamadun Melayu dan tamadun Cina, tidak dapat dinafikan juga terdapat perbezaan-perbezaan antara kedua-dua tamadun ini. Perbezaan pertama yang akan dibincangkan ialah dari aspek kepercayaan dan agama dalam tamadun Melayu dan juga tamadun Cina. Evolusi sistem kepercayaan masyarakat Melayu secara umumnya boleh dilihat melalui dua tahap iaitu zaman praislam dan zaman pasca islam. Sistem kepercayaan pada zaman pra-islam didominasi oleh dua fahaman iaitu animisme-dinamisme dan hindu-buddha. Dalam masyarakat Melayu animisme-dinamisme ini dikaitkan dengan kewujudan semangat, roh, penunggu dan makhluk alam ghaib yang lain yang mempunyai perwatakan sama ada dapat membawa kesan baik atau buruk kepada kehidupan manusia. Oleh itu orang Melayu tradisi percaya bahawa semangat tersebut perlu dipuja, diseru dan dihubungi melalui upacara penyembahan dan penyajian yang dilakukan oleh pawang ataupun bomoh. Ini dapat dilihat dalam sistem kepercayaan tradisi orang mel;ayu yang mempunyai upacara memuja semangat padi yang mana mereka percaya semangat tersebut dapat mempengaruhi hasil tuaian. Hasil tuaian padi dikaitkan dikaitkan dengan semangat yang sentiasa menjaga padi dan semangat ini hendaklah dijaga supaya tidak merajuk atau marah hingga boleh mengurangkan mutu dan hasil padi. Seterusnya masyarakat dalam tamadun Melayu dikatakan menerima Islam kirakira seawal abad ke 7 atau ke 8 lagi. Walau bagaimanapun, ada sarjana yang mengatakan bahawa kedatangan Islam berlaku antara kurun ke 9 dan kurun ke 10. Malah ada yang mempercayai kedatangan Islam pada abad ke 13 dan ke 14. Keadaan ini berlaku kerana terdapat pelbagai sumber atau bukti kedatangan di pelbagai tempat. Bagaimanapun secara mudah boleh dikatakan kedatangan Islam telah bermula sejak abad ke 7 lagi dan semakin kuat usaha penyebarannya pada abad yang seterusnya. Kedatangan Islam ke tamadun Melayu merupakan detik penting yang telah merubah secara keseluruhan pemikiran dan budaya orang Melayu. Kepercayaan kepada Allah sebagai pencipta telah merevolusikan sistem kepercayaan masyarakat Melayu daripada kepercayaan animism dan Hindu-Buddha kepada konsep ketauhidan dan 7
Islam. Revolusi kepercayaan ini telah menyebabkan perubahan yang besar ke atas konsep politik dan sosial orang Melayu itu sendiri. Raja yang sebelum ini dianggap sebagai bayangan dewa atau dianggap sebagai Dewaraja telah dimanusiakan menjadi sultan yang bertugas sebagai khalifah yang memimpin dan melindungi masyarakat Melayu serta berperanan menegakkan pemerintahan Islam di dunia. Sebagai kesannya, kedatangan Islam dalam tamadun Melayu telah melahirkan beberapa kerajaan Melayu Islam yang kuat seperti kerajaan Pasai, Aceh, Pattani, Demak dan Melaka
sehinggalah
kerajaan-kerajaan
tersebut
menjadi
pusat
perkembangan
keintektualan dan keilmuan. Dalam Tamadun Cina pula, pada prinsipnya orang Cina menganut beberapa agama dan kepercayaan dalam satu masa yang sama. Setiap kepercayaan itu mempunyai pertalian yang rapat antara satu sama lain. Selain daripada kepercayaan kepada dewa-dewa tertentu, kehidupan masyarakat Cina secara umumnya dikuasai oleh falsafah-falsafah tertentu seperti Buddhisme dan Konfusianisme. Perkataan Buddha berasal dari kata kerja „budh‟ iaitu bangun, bangun daripada kesesatan. Buddhisme menolak kewujudan tuhan, yang diberi tumpuan iialah aspek etika dan ajaran-ajaran moral. Pengasasnya ialah Siddhartha Gautama. Perkembangan agama Buddha di Negara China berlaku semasa pemerintahan Dinasti Han. Perkembangan ini merupakan kemuncak daripada interaksi antara tamadunCina dengan India. Ajaran Buddha bermula dari tamadun India dan kemudiannya disebarkan kedalam masyarakat Cina semasa interaksi antara tamadun itu berlaku. Dalam tamdun Cina juga terdapat ajaran yang diasaskan oleh Kung fu-Tze yang merupakan salah satu aliran pemikiran utama masyarakat Tamadun Cina. Ajaran ini mementingkan akhlak yang mulia dengan mementingkan hubungan yang baik antara manusia dengan manusia di bumi dan manusia dengan makhluk di langit. Falsafah ini menggariskan etika bagimana manusia perlu bertingkah laku berdasrkan prinsip lima hubungan iaitu antara rakyat dengan raja, anak dan ayah, adik dan abang, isteri dan suami serta kawan dengan kawan. Namu demikian hubungan tersebut bukanlah berbentuk sehala. Perbezaan kedua antara tamadun Melayu dan tamadun Cina ialah dari segi bahasa dan penulisannya. Dalam tamadun Melayu, bentuk Bahasa Melayu yang dituturkan di 8
Kepulauan Melayu pada zaman dahulu dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno dan jauh berbeza dengan Bahasa Melayu yang moden. Bentuk Bahasa Melayu Kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan Bahasa Melayu dipercayai ditulis bermula pada abad ke 7. Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya. Pada abad ke –13 adalah waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat
penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang
sangat tinggi nilainya. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu.
9
Berbanding dengan bahasa dan tulisan dalam tamadun Melayu, tamadun Cina mempunyai sistem bahasa dan tulisan yang tersendiri. Bahasa merupakan ciri utama perkembangan tamadun Cina. Pada masa yang sama, ia juga melahirkan sistem tulisan yang tersusun dan lengkap. Bahasa nerupakan satu cara pertuturan untuk berkomunikasi antara satu sama lain, manakala tulisan ialah perkataan yang digunakan unutk catatan sejarah dan tulisan penulisan. Negara China merupakan sebuah negara yang luas dan mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Oleh sebab itu, negara china kaya dengan bahasa. Walau bagaimanapun, bangsa Cina atau Han merupakan bangsa majoriti dengan menguasai 90 peratus daripada penduduk negara China. Namun ini tidak bermakna bahawa bangsa Han hanya memiliki satu pertuturan yang sama. Penyebaran bangsa Han dikawasan berlainan menyebabkan munculnya pelbagai loghat terttentu dalam setiap kawasan. Perbezaan loghat dari segi bunyi, pertuturan dan sebutan adalah sangat ketara di tempat tertentu. Sehubungan dengan perkembangan bahasa, pada masa yang sama munculnya sistem tulisan Cina. Tulisan Cina merupakan antara tulisan tertua di dunia. Tulisan Cina berlainan jika dibandingkan dengan tulisan bangsa lain. Tulisan Cina bukanlah berdasarkan bahasa syllabe seperti tulisan
arab, jawi atau rumi, tetapi bedasarkan
satu-satu huruf. Oleh itu, bahasa Cina memiliki kira=kira 50 000 patah perkataan, tetapi tidak semuanya diketahui oleh bangsa Cina. Sejarah pembentukan tulisan Cina bermula dengan perkembangan skrip Cina pada lewat dinasti Shang. Ia muncul sebagai lukisan-lukisan tersendiri yang dikenali sebagai ideografi. Gambar-gambar itu dijumpai pada tulang binatang dan kulit kura-kura. Pada peringkat awal ideigrafi hanya memberikan satu makna. Namun dengan menggabungkan ideografi tertentu telah memberi makna baharu bagi cantuman itu. Dinasti Han merupakan titik permulaaan sistem tulisan Cina baharu iaitu clerical script yang merupakan asas sistem tulisan pada masa ini. Sistem tulisan Cina telah berkembang kepada sistem yang lebih sistematik dan tulisan Cina dipermudahkan. Daripada satu tulisan berbentuk gambar, ia berkembang menjadi lebih tersusun dengan memperkenalkan strok. Terdapat 11 strok asas dalam tulisan Cina dan ia ditulis secara berturutan yang tetap. Oleh itu, kanakkanak Cina menghabiskan masa berjam-jam untuk mengingati tulisan Cina.
10
PENUTUP
Kesimpulannya ialah berdasarkan pemerhatian dan pembacaan yang telah dibuat terhadap tamadun Melayu dan tamadun Cina, jelaslah bahawa teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam kedua-dua tamadun ini mempunyai beberapa persamaan. Namun begitu dalam persoalan-persoalan tertentu, terutama yang berkaitan dengan teologi, wujud beberapa perbezaan yang tertentu. Memahami persamaan ddan perbezaan antara satu tamadun dan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat dan seterusnya keamanan sedunia.
11
RUJUKAN
1. Ahmad Zaki abd. Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros (2009), Tamadun Islam dan Tamadun Asia , Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2. Zaid Ahmad, Amini Amir Abdullah, Murdeng Deuraseh, Ahmad Tarmizi Talib, Mohd Mahadee ismail, Normala Othman, et al (2006), SKP2203 Titas , Serdang: Universiti Putra Malaysia (UPM) 3. Wan Hashim Wan Teh (1986), Masyarakat pribumi sudah wujud di Malaysia sejak ribuan tahun yang lalu , Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 4. http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab%202%20Interaksi%20Antara%20Tamadun.pdf Retrieved on January 5, 2010.
12