Dalam mendepani era modenisasi abad ke -21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju yang lain. Sebagaimana yang kita ketahui, institusi keluarga merupakan tunjang utama dalam membina keluarga bahagia. Dari segi konsepsinya, institusi keluarga boleh ditakrifkan sebagai insan terdekat yang sanggup menerima kita seadanya dan sentiasa bersama tidak kira di waktu susah atau senang. Dengan menunjukkan contoh yang baik, ibu bapa merupakan suri teladan yang terdekat dalam membentuk institusi keluarga yang utuh. Anak-anak juga memainkan peranan penting dalam membentuk peranan penting dalam membentuk institusi keluarga yang kukuh. Hal ini boleh dianalogikan seperti, tentera semut bekerjasama mengumpul makanan. Hal ini juga bertepatan dengan aforisme, bagai aur dengan tebing. Biasanya keluarga bahagia dapat dibentuk melalui sikap ahli keluarga yang mempunyai sah siah yang baik. Menurut pakar motivasi Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah, keutuhan institusi keluarga mampu membangunkan negara dengan aman tanpa perbalahan. Oleh itu,setiap ahli keluarga perlu menjadi tulang belakang kepada institusi kekeluargaan supaya keluarga tidak berpecah belah. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang mencorakkannya. Oleh itu,peranan ibu bapa dalam membentuk institusi keluarga bahagia ialah ibu bapa menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak. Hal ini kerana,ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anakanak.Ibu
bapa
tidak
seharusnya
menunjukkan
teladan
yang
negatif
kepada
anak-anak
seperti
berbohong,mengumpat dan bergaduh. Natijahnya, anak-anak akan mencontohi setiap perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa. Keadaan ini akan mewujudkan hubungan baik di dalam sebuah keluarga. Menurut Ustazah Siti Nur Bahiyah, ibu bapa merupakan idola k epada anak-anak justeru ibu bapa harus menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dan sentiasa berfikiran positif. Jadikan kata-kata Imam Al-Ghazali sebagai panduan keranja, mendidik anak-anak umpama menanam biji benih dan dibajai,disirami serta dimanjai supaya membesar dengan subur dan mengeluarkan hasil baik. Ibu bapa yang menjadi suri teladan boleh dianologikan seperti kucing yang mengajar anaknya berjalan. Hal ini boleh diaforismekan,bagaimana acuan begitulah kuihnya.Sebagai ibu bapa yang prihatin mereka perlu memastikan institusi keluarga bahagia dapat dikekalkan dengan memberikan contoh yang baik kepada anak-anak.Sekiranya ibu bapa berjaya menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak pastinya negara akan menghasilkan insan yang bijak sekali gus dapat mewujudkan keluarga yang aman dan damai. Saidina Umar Al-Khatab pernah berkata,didiklah anak kamu mengikut zamannya,jangan mendidik mereka mengikut zaman kamu. Oleh itu,ibu bapa perlu menyediakan kediaman yang selamat untuk anak-anak mengikut keperluan mereka. Hal ini kerana, kediaman yang selamat menyebabkan anak-anak berasa selamat dan dilindungi daripada ancaman luar.Natijahnya, anak-anak akan lebih hati-hati sebelum melakukan aktiviti luar dan berfikir panjang kesannya sebelum melakukan aktiviti di luar rumah. Amsalnya,ciri-ciri rumah yang selamat mempunyai empat buah bilik,dua buah bilik persalinan dan pengasingan di antara anak lelaki dan anak perempuan. Selain itu,ibu bapa perlu menyediakan jadual waktu yang selengkapnya untuk melakukan sebarang aktiviti sama ada menonton televisyen, waktu bermain dan seumpanya.Kediaman yang selamat dan selesa boleh dianologikan seperti, pohon yang melindungi sarang burung yang tersembunyi. Hal ini bertepatan dengan peribahasa,sediakan payung sebelum hujan. Menurut pepatah Inggeris,orang yang dilahirkan di dalam kandang kuda tidak semestinya menjadi kuda.Tambahan pula, menurut Khong Hu Chu sesiapa yang tidak berfikir panjang,kesusahan telah tersedia di mukanya.Sekiranya ibu bapa dapat menyediakan kediaman yang selamat dan selesa maka hal ini dapat mewujudkan keluarga yang bahagia. Memetik wasitah nirmala seterusnya,ibu bapa haruslah menyediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang dapat membantu pembesaran anak-anak dengan sempurna. Natijahnya,tubuh anak-anak yang sihat dapat membantu menjamin keluarga bahagia.Amsalnya,ibu bapa perlu menyediakan sarapan yang bercoklat untuk anakanak mendapat tenaga di pagi hari. Kajian Universiti Malaysia Malaysia Pahang menunjukkan bahawa ,anak-anak yang tidak mendapat sarapan menyebabkan mereka tidak mempunyai tenaga dan pelajaran di dalam kelas akan terganggu.Peribahasa Melayu ada mengatakan, badan yang sihat dapat melahirkan otak yang cerdas.Oleh itu,ibu
bapa perlulah menyediakan makanan yang seimbang supaya dapat melahirkan keluarga yang bahagia. Hal ini kerana anak-anak yang mempunyai fikiran dan badan yang sihat akan menyumbang kepada minda yang sihat dan menyebabkan anak-anak dapat berfikir dengan bijak tanpa terjebak dengan aktiviti yang bermoral.Hal ini boleh dianologikan seperti memberi baja yang berkualiti kepada benih agar dapat membesar dengan baik. Menurut Alex Osbon makanan yang sihat dan berkhasiat akan menjana kepada kesihatan yang baik. Jelaslah bahawa makanan yang seimbang dan berkhasiat akan m enyumbang institusi keluarga bahagia Dari sudut kodifikasi yang berbeza,semua ahli keluarga perlu menjaga kebersihan tempat tinggal agar persekitaran tempat tinggal bersih dan ceria. Hal ini kerana,persekitaran tempat tinggal yang bersih dan ceria dapat menenangkan fikiran dan kebahagiaan dapat dikecap.Biasanya,ahli keluarga yang progresif akan memastikan kebersihan dan keceriaan kediaman mereka.Natijahnya,tempat tinggal akan sentiasa bersih dan penghuninya akan sentiasa ceria.Menurut Lao Tze dalam karya mukadimahnya,jika tujuan anda jelas,anda boleh mencapainya dengan mudah.Ahli keluarga perlulah bekerjasama mengekalkan kebersihan dan keceriaan tempat tinggal.Hal ini bertepatan dengan peribahasa, bagai aur dengan tebing.Hal ini boleh dianologikan seperti penyapu yang sentiasa digunakan. Menurut mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad,keluarga bahagia dapat mencapai bermula dengan kebersihan tempat tinggal dan keceriaan isi rumah.Hal ini boleh dianologikan seperti, bunga mawar yang mekar.Sekiranya ahli keluarga menjadi persekitaran tempat tinggal dengan baik,maka negara akan mempunyai isi rumah yang bahagia dan mementingkan kebersihan. Dalam Islam telah menetapkan bahawa 7 tahun pertama kelahiran , hendaklah kita menjadikan anakanak sebagai teman sepermainan , 7 tahun berikutnya hendaklah kita mendidiknya dengan rotan dan 7 tahun seterusnya hendaklah kita jadikannya sahabat . Oleh itu , sudah terang lagi bersuluh , ibu bapa harus cakna terhadap kesihatan ahli keluarga . Hal ini kerana, peranan ibu bapa amat penting dalam memastikan ahli keluarga sihat sejahtera . Impaknya , anak-anak akan merasakan diri mereka diberi sepenuh perhatian oleh ibu bapa dalam sebuah keluarga . Ibu bapa yang cakna terhadap kesihatan ahli keluarga dapat dianologikan seperti payung yang sentiasa terbuka untuk melindungi diri daripada panas terik mentari .Amsalnya, anak -anak yang sakit perlu dirujuk ke klinik dan hospital sebelum nasi menjadi bubur. Biasanya , ibu bapa yang cakna terhadap kesihatan ahli keluarga ialah ibu bapa yang prihatin . Menurut Datok Dr. Haji Fadzillah Fadzillah Kamsah , keluarga yang bahagia ialah keluarga yang hidup dalam suasana yang harmoni dan sejahtera . Oleh itu , ibu bapalah yang mencorakkan sesebuah keluarga itu menjadi sebuah keluarga bahagia . Sekiranya ibu bapa di negara kita cakna terhadap kesihatan ahli keluarga , maka wujudlah sebuah keluarga yang bahagia tanpa sebarang pertelingkahan . Rahmohan Gandhi dalam karya mukadimahnya menyatakan bahawa, keruntuhan keluarga akan melahirkan generasi yang lemah . Sebagai remaja yang lebai lagi berjanggut dalam memacu negara ke persada antarabangsa , anak-anak yang bersahsiah terpuji dapat merealisasikan institusi keluarga yang bahagia . Hal ini kerana , anak-anak yang mempunyai peribadi yang mulia dan berbudi pekerti yang tinggi dapat memenuhi tuntutan sebuah keluarga yang bahagia . Natijahnya , anak-anak yang soleh dan solehah dapat menjaga nama baik keluarga di samping melahirkan generasi yang cemerlang dan sifar jenayah . Oleh itu , ibu bapa perlu membentuk peribadi anak-anak mereka sejak kecil bagi menjamin kesejahteraan keluarga pada masa akan datang . Ibu bapa yang mampu mendisiplinkan anak-anak sejak kecil bertepatan dengan aforisme, melentur buluh biarlah dari rebungnya . Menurut Joseph Conrad , kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka . Oleh itu, ibu bapa yang bertanggunjawab tidak seharusnya leka dan bersikap bena tak bena dalam menerapkan akhlak terpuji dalam diri anak-anak. Ibu bapa yang membentuk sahsiah terpuji anak-anak boleh dianologikan seperti, ibu ayam yang mengajar anaknya mencari makan . Sekiranya anak-anak yang mempunyai sahsiah peribadi yang terpuji maka mereka dapat menjamin keharmonian dan kesejahteraan keluarga .
Sebagai pengitlakan , isu keluarga bahagia sering meniti dari bibir ke bibir dalam kalangan marhaen di Malaysia perlu direalisasikan kewujudannya . Sememangnya , sudah terang lagi bersuluh , peranan daripada pelbagai pihak sama ada ibu bapa , anak-anak , saudara-mara perlu diimplimentasikan bagi memupuk sebuah institusi keluarga bahagia . Oleh itu , sediakan payung sebelum hujan kerana jikalau nasi sudah menjadi bubur usaha dalam membentuk keluarga bahagia tidak lagi bermakna . Tambahan lagi , peranan utama dalam membentuk keluarga bahagia terletak pada bahu kedua-dua ibu bapa . Seyogia , kita ibarat burung jentayu yang patah sayap bertongkatkan paruh , patah paruh bertongkatkan dagu , patah dagu bertongkatkan kuku . Sekiranya , semua pihak memanipulasikan tanggungjawab masing-masing nescaya sebuah keluarga bahagia dapat dibentuk dengan berkesan serta mewujudkan negara yang harmonis . Jika negara harmonis boleh diwujudkan maka pembangunan dan kemajuan ekonomi dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pendahuluan: • Keluarga merupakan satu institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. • Keluarga juga merupakan wahana kebahagiaan dalam kehidupan seseorang • Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang antara ahlinya. • Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukan yang tidak terucap. • Daripada keluarga, lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta kepada insan lain yang memerlukan. • ‘Baiti Jannati’ atau ‘Rumahku Syurgaku’ - rumah merupakan tempat terperciknya sinar ke bahagiaan dalam kehidupan seseorang. • Rumah tangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan warga yang juga memiliki ciri-ciri kejiwaan yang sihat seperti gembira, yakin akan kebolehan diri dan se bagainya. Seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia akan sentiasa dihargai dan diberi s okongan moral dalam apa-apa jua perkara yang dilakukannya. Galakan dan perangsang daripada ibu bapa yang penyayang dan adik-beradik yang memahami akan membentuk jati diri yang sempurna dalam kalangan ahli keluarga itu. 1. Sebagai suri teladan kepada anak-anak - Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting. Ibu bapa perlu menjadi ‘rolemodel’ kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak. - Sebagai contoh, seorang bapa pe rlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak -anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara sa tu sama lain. Apabila anak-anak me lihat keharmonian keduadua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu ap abila berinteraksi sesama mereka rintik . kerana bapa borek, anak rintik . - Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak. Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada anak -anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan be rusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak di pusat-pusat beli belah. Adalah lebih m alang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua mereka. 2. Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan - Ibu bapa perlu melengkapkan diri m ereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka. - Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus -kursus praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah ke luarga yang bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat ilmu tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan. 3. Memberikan perhatian dan kasih sayang
- Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat. - Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak -anak mereka selama empat minit sehari . sehari . Hal ini merupakan perkara yang amat m enyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim . yatim . Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anakanak mereka. - Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala pihak swasta pula , turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama ke luarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama d engan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan. 4. Memberikan didikan agama dan moral - Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga d apat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda . Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala tidak munasabah. - Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah dilapah .. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah k eluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan. 5. Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak - Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya. Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi. Penutup - Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan s ejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakatnya. Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan demi k ebaikan barsa ma.