Pendidikan Zaman Dahulu dan Selepas Kemerdekaan, Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu, Cina,Tamil dan Perbezaan Tahap Pendidikan
pengajian am
Dokumentasi ini berkenaan dengan bumiputera di sabah dan sarawak ( asal usul, bahasa & sosial)Full description
Menciptakan Hubungan Yang Harmonis Dalam Lembaga PedidikanDeskripsi lengkap
HURAIKAN BAGAIMANA PROSES DAN TINDAKAN POLITIK BOLEH MEMUPUK HUBUNGAN ETNIK YANG HARMONIS DI MALAYSIA KHUSUSNYA DI SEKOLAH ANDA.
Seperti yang kita ketahui Negara kita Malaysia adalah sebuah negara yang majmuk yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik. Pada tahun 2006 jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 26.6 juta orang. Kaum melayu merupakan kelompok etnik majority iaitu mewakili 55 peratus , sementara kaum Cina 25 peratus , India 7 peratus dan selebihnya adalah terdiri daripada kelompok peribumi kecil seperti Dayak , Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu di Sarawak dan Kadazandusun, Murut dan Bajau di Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik ini telah mengakibatkan berlakunya percampuran antara kaum-kaum ini di peringkat sekolah lagi. Menyedari akan hal ini kerajaan telah melaksanakan pelbagai rancangan dan tindakan yang boleh mewujudkan keharmonian perhubungan antara kaum sejak dari bangku sekolah lagi.Murid-murid telah diasuh dan disemaikan dengan benih-benih perpaduan sebaik-baiknya bermula dari sekolah. Contohnya kerajaan telah menetapkan pendidikan wajib bagi setiap kanak-kanak di Malaysia bagi menggelakkan keciciran berlaku di kalangan kanak-kanak dalam mendapatkan pendidikan. Ini bermakna setiap kanak-kanak adalah perlu melalui alam persekolahan, dan semasa di alam persekolahan inilah mereka akan didedahkan tentang pergaulan yang harmonis antara kaum secara tidak langsung. Contohnya dulu sebelum adanya kelas Prasekolah, ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke tadika ataupun tempat pembelajaran mengikut kecenderungan kaum masing-masing. Tetapi sekarang setelah kerajaan mewujudkan kelas prasekolah di sekolah-sekolah dan diberi pula pelbagai kemudahan dan bantuan , semakin ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sini. Apabila ini berlaku terdapat pelbagai kaum dalam sesebuah kelas.
Pelajar-pelajar
ini
dapat
berinteraksi
sesama
mereka
sepanjang
sesi
pembelajaran berlaku dan dapat mengurangkan sikap prejudis terhadap sesuatu kaum yang lain.
Program yang turut menyumbangkan kepada pemupukan hubungan yang harmonis antara kaum khususnya di sekolah ialah program RMT ataupun Rancangan Makanan Tambahan untuk pelajar miskin. Pelajar-pelajar miskin yang terdiri dari pelbagai kaum akan duduk bersama dan makan makanan yang sama. Interaksi yang berlaku semasa proses ini akan merapatkan lagi hubungan antara pelajar dan akan mewujudkan suasana perhubungan kaum yang harmonis. Bantuan-bantuan lain yang diberikan kerajaan seperti duit KWAMP kepada pelajar miskin juga membuka peluang untuk merapatkan hubungan antara kaum. Apabila waris yang mendapat bantuan ini berkumpul bersama di sekolah untuk mengambil wang bantuan ini komunikasi antara kaum akan berlaku disitu dan mewujudkan suasana yang harmoni tanpa mengira kaum. Sambutan perayaan dan jamuan bagi meraikan sesuatu perayaan tanpa mengira kaum juga dapat merapatkan lagi hubungan antara kaum di samping pelajar-pelajar dapat mengenal budaya dan adat kaum-kaum lain di sekolah. Suasana yang ceria ini akan menghilangkan sikap kurang senang terhadap sesuatu kaum. Sambutan bulan kemerdekaan di peringkat sekolah juga telah memainkan peranan penting dalam pemupukan perpaduan kaum. Acara-acara yang di rancangkan seperti bicara tokoh kemerdekaan yang menjemput tokoh kemerdekaan tempatan untuk menceritakan tentang era sebelum dan selepas merdeka kepada pelajar akan dapat membuka mata mereka tentang sejarah dan memahami tentang pentingnya perpaduan. Pertandinganpertandingan seperti pakaian beragam, persembahan juga dapat mendedahkan pelajar tentang sesuatu kaum yang lain. Program RIMUP juga telah diperkenalkan oleh kementerian untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaum dari zaman persekolahan lagi. Program ini menggalakkan pertukaran apa-apa sahaja aktiviti antara sekolah kebangsaan dengan sekolah jenis kebangsaan seperti bidang sukan , kebudayaan dan lain lain lagi. Pertukaran ini akan menambahkan kemesraan antara kaum yang terdapat di Negara kita ini. Pewujudan sekolah wawasan juga telah banyak membantu mengeratkan lagi hubungan antara kaum di Negara kita. Pertembungan dengan pelbagai kaum dalam satu kawasan sekolah akan menggalakkan berlakunya komunikasi yang sebelum ini tidak berlaku.
Akhir sekali, tentunya tentang Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah akan memudahkan murid-murid ini berhubung sesama mereka walaupun berbeza kaum.
Malaysia kini amat jauh berbeza berbanding dengan Malaysia pada awal era kemerdekaan. Ternyata kini, Malaysia sudah mencapai kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. Sebahagian daripada kejayaan tersebut ialah hasil daripada kejayaan pemimpin Negara dalam menyatupadukan semua golongan etnik dalam pakatan Barisan Nasional. Cabaran terbesar terhadap pembangunan ekonomi dan kestabilan politik di Malaysia boleh disimpulkan seperti berikut : Kemerosotan ekonomi negara akan menjejaskan kestabilan politik. Sebaliknya, kestabilan politik akan membawa kesan negative kepada kemakmuran ekonomi Negara. Oleh itu, survival Malaysia dari segi ekonomi dan politik, bergantung kepada integrasi nasional yang kukuh dan berpanjangan.