[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ]
IPGM KAMPUS GAYA
KONTRAK SOSIAL DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA«.
Pengenalan«. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum atau etnik yang hidup bersama secara harmoni.Hal ini merupakan satu keunikan yang terdapat di negara Malaysia kerana walaupun penduduk yang terdiri daripada berbilang etnik namun konflik antara kaum jarang berlaku.Walaupun kadang kala berlaku perselisihan tetapi tidaklah sehingga menghancurkan negara. Sewaktu negara ingin mencapai kemerdekaan,masalah utama yang dihadapi ialah masalah perpaduan di kalangan masyarakat ketika itu.Punca utama masalah perpaduan yang timbul ketika itu adalah kepelbagaian keturunan,budaya,bahasa dan agama yang dianuti oleh masyarakat Tanah Melayu ketika itu.Setiap kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan sebagai bahasa kebangsaan.Di samping itu,kaum-kaum lain juga berasa bimbang apabila orang Melayu ketika itu mahukan agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi.Sementara itu,orang bukan melayu pula menuntut supaya mereka diberikan kerakyatan. Orang Melayu mula mempersoalkan hal tersebut.Masalah perpaduan yang wujud dikalangan masyarakat Tanah Melayu ketika itu adalah kesan daripada dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh Inggeris dimana setiap kaum diasingkan dari segi tempat tinggal mengikut bidang ekonomi mereka.Kaum India di ladang ± ladang kelapa sawit dan getah,Cina di kawasan Lombong dan Masyarakat Melayu pula dengan kegiatan sara diri mereka.Keadaan ini menyebabkan kurangnya interaksi diantara kaum dan akhirnya mewujudkan jurang perbezaan dan masalah perpaduan diantara kaum.
[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ]
IPGM KAMPUS GAYA
Apa itu kontrak sosial ? Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat. Menurut bahasa,
kontrak boleh
didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan
syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih.Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia. Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara. Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini.Pengajaran utama yang harus dipelajari
[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ]
IPGM KAMPUS GAYA
oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Elemen-elemen
kontrak sosial menurut Perlembagaan
Persekutuan«.. Hasil daripada persetujuan yang dicapai daripada kalangan kaum Melayu,Cina dan India,Perlembagaan Persekutuan telah ditubuhkan.Perlembagaan Malaysia merupakan dokumen perundangan yang merangkumi aspek kontrak sosial dan juga perjanjian perdamaian.Perlembagaan Malaysia merupakan suatu tanda tolak ansur di kalangan masyarakat bagi memupuk perpaduan. Ini seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman: ³Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang- orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbuat oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu.´
Dalam perlembagaan Malaysia,terdapat beberapa peruntukan yang telah digubal namun terdapat juga beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan british lagi masih dikekalkan.Elemen-elemen tersebut dianggap penting untuk memainkan peranan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya
[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ]
IPGM KAMPUS GAYA
dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum.Peruntukan ini merupakan hasil perbincangan dan tolak ansur antara masyarakat Tanah Melayu dalam pembentukan perlembagaan 1957. Seperti yang diterangkan oleh Mohamed Suffian: ³Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi kewarganegaraan kepada orang-orang Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi negara ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu´
Merujuk kepada perkara diatas,hal ini merupakan asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak. Perlembagaan yang wujud bagi setiap negara merupakan unsur yang terhasil daripada perkembangan sejarah sesebuah negara tersebut.Unsur-unsur yang terdapat dalam perlembagaan juga merangkumi nilai,tradisi,politik dan kebudayaan sesebuah negara dan elemen-elemen inilah yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu dikekalkan hak keistimewaan mereka dalam Perlembagaan. Di antaranya ialah: AJA M ELAYU DALAM P ER LE MB AGAAN P ER S EKUTUAN 1. KEDUDUKAN R Sejak dahulu lagi,orang Melayu mengamalkan dasar pemerintahan beraja dimana mereka memberi sepenuh taat setia kepada sultan.Sultan merupakan elemen penting dalam masyarakat melayu dimana sultan dianggap sebagai simbol
survival orang-orang
[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ]
IPGM KAMPUS GAYA
Melayu.Semasa pemerintahan British sekalipun,masyarakat melayu masih menganggap raja-raja sebagai raja berdaulat dan mempunyai kuasa terhadap beberapa hal tertentu bagi negeri masing-masing walaupun mereka dipaksa untuk menerima penasihat British. Sebaik sahaja Semenanjung Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,institusi beraja masih diteruskan dengan membuat beberapa pindaan yang disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaa .Raja-raja Melayu ini dikekalkan bagi menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia dan ini merupakan satu identiti yang berbeza dan unik terdapat di Malaysia. Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri.Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan dan merupakan salah satu unsur utama daripada tiga unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen. Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan membuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan orang Islam. Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu) yang mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu dan Muslim. Pemerintahan beraja dikaitkan dengan kedaulatan dan kekebalan (imunity).
[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ]
IPGM KAMPUS GAYA
Perlembagaan memperuntukan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Pada masa ini Perkara 3(2) merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam persekutuan, Raja atau Sultan adalah ketua agama Islam kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
2 .
H AK KEI ST I ME WAAN OR ANG M ELAYU
Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukanperuntukan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam beberapa perlembagaan negeri. Di sisi undang-undang perlembagaan, erti ´Melayu´ ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat asas; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat Melayu ( Perkara
160 ).
Dengan hanya
mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii) belum sempurna lagi ke Melayuan seseorang itu di sisi Perlembagaan. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka. Perkara 153 yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu yang bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. Peruntukan Perkara 153 adalah seperti berikut;
[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ]
IPGM KAMPUS GAYA
Perkara 153 ( I): Perbezaan quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu. (1 ) Adalah menjadi tanggungjawab Y ang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana N egeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini. ( 2 ) W alau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Y ang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana N egeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Y ang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri ) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh K erajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Y ang di- Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini. Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undangundang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.
[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ]
IPGM KAMPUS GAYA
Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaumkaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan. Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak.Ia diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewarganegaraan dalam perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini juga dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan.
3. KEDUDUKAN I SL AM S EB AGAI AGAM A R ASM I Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang Melayu) di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan: ³ Agama I slam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan´ Menurut Tun Salleh Abbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan.Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan
[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ]
IPGM KAMPUS GAYA
Melayu merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga agama Islam. Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa seorang yang menganut agama Islam, yang lazimnya bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa ³Islam adalah agama bagi persekutuan´ membayangkan apa yang telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain. Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut
tetapi
³
agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan´ . Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk: a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggara atau membantu penubuhan atau penyelenggaraan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan
[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ]
IPGM KAMPUS GAYA
itu.Oleh itu, kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya. Peruntukan seumpama itu jelas disahkan oleh Perkara 12(2).
4. B AH AS A M ELAYU Dalam sesebuah negara,bahasa merupakan faktor penting dalam menentukan jati diri.Bahasa kebangsaan digunakan untuk pertuturan umum dan bahasa rasmi yang juga merupakan aspek penting dalam menyatupadukan rakyat pelbagai asal keturunan yang mempunyai bahasa ibunda tersendiri.Isu bahasa merupakan perkara yang banyak dibincangkan semasa perundingan dan proses pembentukan Perlembagaan Malaysia. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan: ³Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan menegmbangkan bahasa Cina dan T amil atau bahasa-bahasa lain. A pabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan T amil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju´ Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan yang menyebut: (1 ) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen :
[WAJ3106 : HUBUNGAN ETNIK ]
IPGM KAMPUS GAYA
Dengan syarat bahawa- (a ) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi ), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan (b ) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak K erajaan Persekutuan atau hak mana-mana K erajaan N egeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan. Matlamat utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan dan menyatupadukan pelbagai kaum ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.