Selain daripada itu, antara faktor lain yang menyebabkan kejatuhan Keshogunan Tokugawa ialah dalam kemerosotan ekonomi yang disebabkan oleh sikap boros oleh Shogun itu sendiri serta golongan daimyo. Golongan Shogun Tokugawa ini sangat boros dalam membelanjakan wang. Mereka telah mnggunakan sumber kewangan yang mereka perolehi 1
dengan sesuka hati mereka. Hal ini kerana mereka merupakan penaung kepada kebanyakan aktiviti seni. Mereka juga telah menyebabkan kemerosotan sumber kewangan Bakufu. Sumber kewangan Bakufu telah menjadi bertambah merosot akibat daripada aktiviti memberi bantuan kepada mangsa kebuluran, pembinaan semula Edo yang telah musnah dalam suatu kebakaran pada tahun 1698 serta pemberian bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam iaitu gempa bumi yang telah terjadi pada tahun tahu n 1703 yang telah membunuh membunu h seramai 150,000 orang di daerah dae rah 2
Kanto. Pada abad ke-19, Bakufu telah menghadapi masalah kewangan yang sangat serius disebabkan berlakunya penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang sangat berleluasa dalam kalangan pengawai Bakufu. Tambahan lagi, antara punca yang menyebabkan kemerosotan ekonomi juga adalah disebabkan oleh golongan daimyo yang menghadapi masalah kewangan yang sangat kritikal. Golongan daimyo ini telah menghadapi masalah kewangan adalah disebabkan oleh sistem 3
Sankin Kotai. Sistem Sankin-Kotai ini telah melibatkan pengendalian istana-istana yang besar di Edo dan perjalanan yang sering dibuat yang disertai oleh rombongan besar, memiskinkan tuan4
tuan feudal. Peruntukkan untuk Sistem Sankin Kotai ini kebanyakannya adalah untuk aspek adat 5
dan tradisi di istana besar. Selain itu, ramai golongan daimyo yang telah mengikut jejak shogun yang hidup serba mewah, menikmati hiburan yang mahal dan rasuah. Oleh itu, golongan ini terpaksa bergantung kepada saudagar dan peminjam wang bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi mereka. Namun begitu, impaknya, golongan daimyo-daimyo pula terpaksa menanggung hutang yang banyak dengan saudagar dan pemimjam-pemimjam wang untuk 1
R. H. P. Mason (1997). A (1997). A History of Japan: Revised Edition. Edition . Vermont: Tuttle Publishing. Hlm 197 M. Rajedran (1998). Sejarah Jepun. Jepun . hlm. 52. 3 Sankin kotai ialah sistem yang dikenakan kepada semua daimyo di semua kawasan jajahan takluk. Sistem ini telah membawa kesan yang buruk kepada daimyo. Hal ini kerana, ramai daimyo yang berlumba-lumba untuk datang ke Yedo bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada Shogun. Kedatangan mereka membawa bersama keluarga dan pengikut yang ramai dan pelbagai persembahan kepada shogun. Akibat tempoh yang agak lama di Yedo menyebabkan kegiatan pertanian yang menjadi tulang belakang ekonomi Jepun telah terjejas. Secara tidak langsung amalan ini membolehkan golongan saudagar mengambil ali h peranan yang penting dalam bidang ekonomi. 4 W.G. Beasley (2004). The Modern History of Japan. London: Weidenfeld and Nicolson. Hlm 52 5 Albert. M. Craig (2000). Chōshū in the Meiji Rest oration. oration. United States of America: Lexington Books. Hlm. 30 2
membantu mereka. Oleh hal yang demikian, bagi mengatasi masalah mereka yang semakin dibebani hutang yang banyak ini, mereka telah menaikkan cukai petani. Hal ini, menyebabkan banyak petani telah melarikan diri dan memberontak. Keadaan ini sekaligus menyebabkan kewangan daimyo bertambah teruk. Golongan daimyo yang terdesak telah menggadai nama6
nama keluarga mereka kepada saudagar-saudagar yang kaya. Keadaan ini dapat dilihat apabila pada abad ke-17 di mana golongan majoriti daimyo dari kalangan keluarga Han telah jatuh 7
muflis.
Di samping itu, antara faktor lain yang menyumbangkan kepada kejatuhan Keshogunan Tokugawa ialah disebabkan oleh golongan samurai. Hal ini disebabkan kerana golongan ini mula 8
suka bermewah-mewah dan boros. Oleh kerana banyak golongan daimyo yang telah muflis dan jatuh miskin, maka mereka telah memotong gaji samurai dan hal ini yang telah menyebabkan golongan samurai ini telah hilang taat setia kepada tuan-tuan mereka. Golongan Samurai yang tinggal di Edo dan bandar-bandar istana terlalu bergantung dengan tuan mereka, oleh itu, sumber kewangan mereka banyak bergantung kepada golongan shogun Tokugawa itu sendiri serta golongan daimyo. Mereka juga telah banyak berhutang dengan saudagar dan mula mengamalkan rasuah. Ramai diantara mereka yang memutuskan ikatan dengan daimyo dan menjadi ronin yang tidak bertuan.Malahan, ada antara mereka yang terlibat dengan kegiatan samun dan keganasan. Golongan ini juga telah menghasut rakyat membenci kepada Shogun dan turut serta dalam rusuhan anti-Bakufu dan seterusnya akan melemahkan politik Shogun Tokugawa. Sementara itu, masalah kewangan yang dihadapi oleh shogun serta daimyo juga telah memberi kesan kepada sumber ekonomi golongan petani. Kemiskinan yang dihadapi oleh petani yang telah dipaksa membayar cukai yang tinggi telah menyebabkan mereka bangun untuk memberontak. Mereka bukan sahaja dibebani dengan kadar cukai yang tinggi, malahan terpaksa 9
menanggung cukai tambahan. Kadar cukai yang terpaksa mereka bayar adalah sebanyak 40-50 % dari hasil padi. Golongan saudagar turut mengekploitasi kaum tani dengan menetapkan hargaharga beras mengikut sesuka hati mereka. Malahan golongan petani ini dihina dan dicaci oleh pegawai-pegawai cukai yang berkuasa untuk menaikkan cukai. 6
M. Rajendran (1998). Sejarah Jepun. hlm 54 Ibid. hlm. 53. 8 Ibid hlm 54 9 Ibid . hlm 55 7
Keadaan bencana alam yang melanda Jepun juga telah memburukkan lagi kestabilan ekonomi pada ketika itu. Antara bencana alam yang berlaku adalah gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi yang telah meragut beribu-ribu nyawa dan masalah kebuluran kepada rakyat. Pada tahun 1779, beribu-ribu petani menjadi mangsa letupan gunung berapi di pulau 10
Oshima dan Kogoshima dan ini diikuti oleh kebuluran di Tammei serta di Asama.
Bencana ini
juga telah diikuti oleh kebuluran besar di Temmeri d an letupan gunung berapi yang seterusnya di Asama. Kesengsaraan yang dialami oleh kaum petani semakin bertambah dan ramai dari mereka yang telah melakukan “mabiki” iaitu suatu keadaan di mana bayi-bayi ini akan dibunuh oleh ibu bapa mereka.
10
M. Rajendran (1998). Sejarah Jepun. hlm. 55.