1.0 Pendahuluan
Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar. Ia adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan. Mengikut Kamus Dewan, disiplin bererti latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib.
Foucault (1977), menyatakan disiplin merupakan satu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan yang dikehendaki. Pandangan beliau melihat sekolah sebagai sebuah 'mesin pedagogi' dan pelajar-pelajar didisiplinkan supaya mematuhi peraturan-peraturan. Di sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Namun di ketika ini permasalahan yang timbul membabitkan masalah-masalah disiplin pelajar di sekolah merunsingkan banyak pihak.
Mengikut Ee Ah Meng (1990), disiplin merupakan yang dipersetujui oleh sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan masyarakat itu sendiri. Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir yang tersusun dan seterusnya membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri seseorang itu.
2.0 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemerosotan Disiplin Pelajar
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemerosotan pelajar. Antaranya adalah seperti berikut:-
2.1 Sikap Pelajar
Masalah kemerosotan disiplin di sekolah bergantung pada individu itu sendiri. Masalah kurangnya keimanan dan daya ketahanan diri di kalangan pelajar mempercepatkan lagi pengaruh yang tidak baik masuk ke dalam diri pelajar. Pelajar seperti ini bertindak mengikut perasaan tanpa mengira batasan. Meninjau dari aspek psikologi, zaman remaja ialah satu masa yang amat kompleks, dan para remaja sering menumpukan perhatian mereka kepada perkara-perkara seperti ketidakpuasan hidup, kesedihan dan perasaannya yang tidak difahami orang lain. Semua ini dicetuskan oleh hubungan sosial dengan alam sekeliling mereka, yang akhirnya memaksa ramai golongan remaja kini cuba bertindak mengikut perasaan tanpa mengambil kira ianya mendatangkan kebaikan atau sebaliknya. Akhirnya lahirlah konflik peribadi yang juga dikenali sebagai krisis identiti kepada golongan remaja yang bermotivasi rendah dan tidak yakin dalam menerima hakikat hidup.
Hurlock (1973), kaum remaja akan mengalami gangguan emosi seperti kebimbangan. Gangguan emosi ini berlaku akibat dari kegagalan membuat penyesuian semasa bertembung dengan situasi-situasi baru. Apabila tidak ada penyelesaian yang memuaskan antara individu dengan persekitaran, maka mereka akan menghasilkan tingkah laku berbentuk menyimpang sehingga boleh menimbulkan masalah sosial yang besar kepada masyarakat dan negara. Menurut Cohen (1955), menjelaskan individu yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi dikategorikan sebagai orang yang menyukai ataupun menghargai dirinya dengan melihat dirinya berkebolehan dalam hubungan dengan dunia luar.
Sehubungan dengan itu Sezali (1997), merumuskan bahawa remaja sering diserang penyakit kekosongan jiwa dan kelemahan ketahanan diri. Penyakit ini menyebabkan jiwa mereka kosong dan tidak mempunyai matlamat atau wawasan diri serta golongan ini juga tidak mempunyai kesedaran dan keinsafan mengenai hakikat dan kenyatan hidup mereka di dunia. Masalah kemorosatan disiplin pelajar di sekolah bergantung pada individu itu sendiri. Masalah kurangnya keimanan dan daya ketahanan diri di kalangan pelajar menpercepatkan lagi pengaruh yang tidak baik masuk ke dalam diri pelajar. Pelajar seperti itu bertindak mengikut perasaan tanpa mengira batasan. Sikap individu itu sebagai seorang pelajar mestilah mempunyai prinsip dan pendirian. Seseorang pelajar itu menjadi baik dan bertanggungjawab sekiranya hidup pelajar itu berprinsip dan mempunyai keimanan yang kukuh dalam jiwanya. Mereka tidak mudah terjebak dengan gejala yang tidak baik ini.
2.2 Rakan Sebaya
Rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan pelajar yang memberikan 'sokongan moral' dalam mencari identiti diri dan dan pembentukan imej (Mahmood,1991). Rakan sebaya memberi peluang kepada mereka untuk mengikut piawai kumpulan itu dalam aspek-aspek gaya pakaian, pertuturan, oreintasi kepada muzik, tarian, tayangan filem dan lain-lain. Masalahnya timbul apabila pendedahan seperti ini biasanya melibatkan nilai-nilai buruk yang membawa kepada keruntuhan disiplin dan moral mereka.Rakan sebaya merujuk pada remaja yang sama umur ataupun sama paras kematangan. Pada peringkat remaja, rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka. Perhubungan baru seperti hubungan antara jantina berlainan wujud dan rakan sebaya menggantikan keluarga dalam aktiviti sosial serta riadah.
Remaja mempunyai pelbagai hubungan dengan rakan sebaya dan mereka menghadapi budaya yang mempunyai norma dan sistem nilai berbeza. Remaja mendapat maklumat berkenaan di luar keluarga serta maklum balas mengenai keupayaan mereka daripada rakan sebaya. Remaja memerlukan rakan-rakan sebaya dengan mereka bagi membantu perkembangan diri. Rakan sebaya berpengaruh dalam membentuk akhlak dan peribadi remaja. Rakan sebaya yang baik akan membentuk akhlak yang baik.Sebaliknya, rakan sebaya yang tidak mempunyai akhlak yang baik mempengaruhi akhlak rakannya ke arah yang tidak baik juga. Pengaruh rakan sebaya adalah sumber paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap remaja apabila pengaruh keluarga berkurangan pada peringkat lewat kanak-kanak.
Tekanan rakan sebaya adalah pengaruh dan tekanan yang dirasai oleh remaja daripada rakannya (Artwater,1998). Remaja memerlukan rakan sebaya bagi mendapatkan pengiktirafan dan sokongan. Kumpulan rakan sebaya menyediakan peluang kepada remaja mempraktikkan tingkah laku yang baru serta mengembangkan kemahiran sosial yang perlu bagi interaksi pada masa hadapan. Tekanan rakan sebaya mungkin bersifat positif seperti dalam pencapaian akademik dan sukan ataupun negatif seperti penagihan dadah dan alkohol.
Menurut Freud (dalam Fiest dan Fiest, 1936), peringkat latensi merupakan peringkat 'senyap' dalam kehidupan seksual remaja. Pada peringkat latensi ini, remaja dapat membentuk cara hidup, kefahaman dan cara berhubung dengan rakan sebaya atau masyarakat. Perubahan ini tidak akan merungsingkan sangat kalau teknik-teknik pertukaran itu dialami sedikit demi sedikit. Remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sentiasa sanggup melakukan apa shaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Remaja yangberasal daripada keluarga yang bermasalah mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Apabila rakan sebaya membentuk kumpulan yang bersifat negatif, remaja turut melakukan perkara sama supaya diterima oleh kumpulannya. Mereka akan membuat perkara di luar jangkaan bagi menarik perhatian orang lain. Gaya berpakaian, pertuturan, sikap dan lagaknya mengikut cara rakan-rakannya.
Menurut Havighurst dan Neugarten dalam Manja (1990), kelompok sebaya adalah satu kelompok yang khusus dan kanak-kanak berinteraksi seperti mana yang berlaku dalam keluarga. Kelompok ini biasanya mempunyai dunia yang tersendiri dengan peraturan-peraturan dan norma-norma tertentu. Keadaan yang sama diperolehi daripada kajian yang dilakukan oleh Manja (1996), menyatakan bahawa apabila seeorang remaja itu sudah yakin dengan pemilihan rakan sebaya yang sama minat, maka hubungan mereka akan menjadi lebih erat. Apa yang rakannya lakukan maka dia juga akan turut melakukannya. Pendapat ini disokong oleh Maslow dalam Hazil (1990). Beliau menyatakan bahawa anak-anak yang menyertai satu kumpulan atau yang akan mempunyai perasaan kekitaan di dalam kumpulan tersebut. Dari segi emosi, mereka lebih bergantung kepada rakan sebaya. Oleh itu, apa saja yang dilakukan akan cepat disanjungi dan pujian yang mereka menyaingi apa yang diharapkan oleh ibu bapa.
Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di sekolah dapat mempengaruhi disiplin seorang pelajar. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tidak mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa, menghormati guru dan mematuhi peraturan , begitulah sikap murid berkenaan. Sebaliknya sifat-sifat sosial positif rakan sebaya juga menghasilkan seseorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu masyarakat seperti sifat–sifat kepimpinan, bertimbang rasa dan bekerjasama. Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya.Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya. Sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat baik, maka pelajar ini terpengaruh hendak menjalankan aktiviti yang sihat. Pelbagai perkara positif yang dapat dipelajari menerusi rakan sebaya. Contohnya, rajin belajar seperti berbincang berkaitan pelajaran sekolah, pelajar berkenaan turut rajin belajar bagi meningkatkan pencapaian pelajar itu sendiri. Sebaliknya, sekiranya rakan sebaya ini cenderung melakukan aktiviti yang kurang sihat seperti merokok, meniru dalam peperiksaan dan lain-lain yang boleh menjejaskan pelajaran mereka.
2.3 Keluarga
Keluarga juga berpengaruh dalam perkembangan kognisi kanak-kanak. Keluarga yang lengkap yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak mampu untuk membentuk minda yang sihat. Ini kerana kasih sayang merupakan unsur penting membantu pembentukan minda kanak-kanak. Hurlock (1992), menyatakan bahawa bayi yang kurang kesempatan untuk mendapat ungkapan kasih sayang atau untuk dicintai oleh orang lain akan menjadi pendiam, lesu, tidak memberi senyuman dan tidak berusaha untuk memperoleh kasih sayang. Selain itu, perhatian yang kurang daripada keluarga menyebabkan kanak-kanak menjadi lesu dan pasif. Unsur kerapikan juga penting dalam keluarga. kira-kira 70 peratus daripada bayi yang berumur satu tahun yang dikaji menunjukkan jenis kerapikan selamat didapati bermain dengan cergas aktif apabila ibu mereka berada dalam bilik. Namun apabila ditinggalkan oleh ibu mereka, bayi tersebut menunjukkan kesedihan (Jas Laile Suzana, 2000).
Menurut Melson (1992), keluarga dianggap sebagai agen sosialisasi yang paling penting. Ini bermaksud bahawa perubahan dalam masyarakat seolah-olah
dicerminkan oleh perubahan gaya pengasuhan anak-anak yang lebih disukai. Remaja yang berada dalam lingkungan keluarga yang berpecah belah akan merasai kesan buruk pada perkembangan kognisi mereka. Sebagai contoh, delikuen yang dilakukan oleh remaja masa kini merupakan hasil daripada mental ibu bapa, anggota keluarga dan sekitaran kejiranan yang tidak terkawal dengan baik (Kartini 1986). Situasi ini menurut Kartini lagi mempengaruhi mental dan kehidupan remaja yang belum matang.
Menurut Wong Khek Seng (1996), keadaan rumahtangga yang kurang memberangsangkan serta sikap kurang peduli ibu bapa sebagai unsure pendorong utama kepada kewujudan segala permasalahan sosial di kalangan remaja di Malaysia. Tambahan lagi keluarga yang kurang harmonis dan kurang perancangan dan interaksi antara ahli-ahlinya turut meningkatkan kemungkinan budaya melepak di kalangan muda-mudi dewasa ini. Satu kajian delikuensi didapati bahawa bahawa remaja yang terlibat dengan perlakuan delinkuen ada hubungan dengan jenis keluarga yang bercerai atau berpisah. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Sheldon, Glueck dan Goode (1985), kenakalan dengan beberapa jenis rumah tangga atau keluarga yang berpisah. Remaja yang nakal relatifnya bermungkinan berasal berkemungkinan berasal dari keluarga yang bercerai. Ini kerana kenakalan remaja lahir daripada perkembangan mental yang tidak sihat dan sukar membuat keputusan yang rasional.
Menurut Razali (1994), menegaskan betapa pentingnya tanggungjawab ibu dalam menentu dan mencorakkan anak-anak mereka dengan asuhan yang positif, di samping melahirkan suasana harmoni di kalangan anggota keluarga. Remaja mula mencari kebebasan daripada ibu bapa dan mencari identity kedewasaan. Remaja masih membentuk kasih sayang dan penghormatan terhadap ibu bapa tanpa bergantung kepada mereka. Sebenarnya remaja menghadapi konflik, iaitu ingin bergantung dari sudut ekonomi dan kewangan tetapi pada masa yang sama ingin bebas daripada ibu bapa.
Pelajar daripada keluarga yang berpecah belah atau ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasih sayang serta, tempat di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan pelajar-pelajar terutama dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Ini bersesuaian dengan salah satu keperluan iaitu keperluan termilik dan kasih saying (Maslow,1954). Menurut Maslow, kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi punca ecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti sosial. Persekitaran keluarga boleh merosakkan sikap keluarga. Sikap ibu bapa yang negatif dan tidak sihat boleh menyebabkan kesukaran dalam mencapai tugas perkembangan pelajar remaja. Misalnya, ibu bapa memodelkan tingkah laku yang tidak diingini. Ibu bapa akan menjadi model yang negatif bagi tingkah laku. Ibu bapa yang tekal, garang dan tidak stabil adalah model negatif. Perhubungan ibu bapa yang tidak harmonis, perkelahian adik-beradik dan ibu bapa yang selalu tiada di rumah untuk berdampingan dengan anak mereka akan mempengaruhi tingkah laku atau tugas perkembangan remaja.
Ahli keluarga yang lain seperti adik-beradik dan saudara-mara mempunyai peranan terhadap pembentukan personaliti seseorang individu. Di samping itu, gaya pengasuhan dan pengalaman positif yang diperlukan serta n ilai-nilai murni yang diterapkan akan membina personaliti individu. Nilai-nilai murni yang diterap oleh keluarga mempunyai kesan yang positif sehingga mewarnakan hidup individu tersebut hingga ke alam dewasa. Kes-kes penyelewengan seperti ponteng, lari dari rumah, melepak dan lesbian jika dikaji akar umbinya sedikit sebanyak adalah berpunca daripada interaksi dan bimbingan dalam keluarga. Oleh itu, tingkah laku ibu bapa harus menjadi model kepada anak-anak remaja untuk membentuk tingkah laku yang positif. Oleh kerana, keluarga merupakan unut terkecil dan paksi terpenting kepada pembentukan sesebuah masyarakat. Maka pengukuhan keluarga dalam senarionya kini dugugatkan oleh perubahan semasa. Ia merupakan tindakan awal yang mampu dimainkan oleh semua pihak untuk menangkis tekanan dan desakan hidup masyarakat hidup.
2.4 Suasana Sekolah
Faktor suasana sekolah dapat mempengaruhi masalah disiplin pelajar secara tidak langsung. Suasana sekolah merangkumi bentuk bangunan sekolah, pokokpokok dan bunga-bunga yang ditanam dan kemudahan-kemudahan seperti tempat bermain dan perpustakaan (Mok Soon Sang, 1992). Suasana sekolah merupakan satu faktor yang menyumbang ke arah pelajar yang tidak berdisiplin. Ahli-ahli sosiologi berpendapat tingkah laku buruk remaja dipupuk oleh keadaan sekitar yang tidak menyenangkan. Bagi pelajar, suasana yang tidak menarik menjadikan keadaan lebih buruk. Secara sedar atau tidak, sekolah juga turut menyumbang kepada permasalahan disiplin pelajar. Sebagai sebuah organisasi masyarakat, sekolah mempunyai kelemahan dan kekurangannya sama ada dari segi fizikal atau kemanusiaan, menjadikannya tidak berupaya memenuhi segala tuntutan dan harapan segenap lapisan.
Menurut Omardin (1996), salah satu faktor yang menentukan kejayaan pelajar-pelajar ialah melalui iklim dan budaya sekolah. Suasana dan persekitaran yang harmoni boleh membangkitkan semangat dan akan melahirkan pelajar yang mempunyai sikap cintakan sekolah. Dengan ini dapat mengurangkan masalah salahlaku dan disiplin. Menurutnya lagi sekolah perlu mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai dan indah bagi membolehkan supaya pelajar mempunyai sikap cinta kepada sekolah. Membentuk disiplin tidak sesuai menggunakan kekerasan, emosi tidak boleh disekat, dengan itu masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan. Zulkarnain B.Kamarudin (2002), telah membuat kajian berdasarkan latar belakang responden melibatkan empat aspek pengaruh iklim sekolah terhadap masalah disiplin pelajar iaitu suasana sekolah, pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran dan guru. Hasil kajian menunjukkan secara umumnya tahap pencapaian terhadap aspek suasana sekolah adalah lemah iaitu 40 peratus. Ini menunjukkan kebanyakkan responden merasakan suasana persekitaran sekolah sama ada di luar mahu pun dalam bilik darjah perlu diperbaiki. Pihak sekolah juga perlu memperbanyakkan lagi projek keceriaan sekolah yang melibatkan semua warga sekolah. Tahap pencapaian terhadap aspek pengajaran dan pembelajaran pula berada pada kedudukan sederhana iaitu 51 peratus. Sebahagian responden belum dapat menyesuaikan diri dengan kaedah pengajaran guru.
Hasil kajian Azhar B. Hamzah (2003), menunjukkan bahawa sebanyak 32.6 peratus responden tidak setuju persekitaran sekolah yang mendorong pelajar ponteng sekolah. Manakala 47.2 peratus responden setuju yang persekitaran sekolah mendorong pelajar ponteng sekolah. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi menggambarkan beberapa faktor mempunyai pengaruh ke atas masalah ponteng sekolah. Faktor tersebut ialah faktor sikap dan faktor persekitaran sekolah. Aktiviti yang dilakukan oleh pelajar semasa ponteng sekolah ialah merokok, berbual-bual dengan rakan, membantu keluarga dan melepak di rumah sewa kawan. Pelajar-pelajar menghabiskan hampir separuh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga. Organisasi dan struktur belajar sekolah seperti pengagihan murid mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, stuktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin di kalangan murid-murid yang lemah daripada segi akademik (T.Marimuthu, 1980).
Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi perkembangan personaliti pelajar. Contohnya pengetua yang tegas melaksanakan disiplin pasti menegaskan kepada pelajar, keadaan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan pelaksanaan satu-satu tugasan. Sebaliknya, pengetua yang tidak tegas boleh mendatangkan kesan yang negatif pula. Dia menyebabkan pelajar menjadi pasif, menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif dan takut mendatangkan perubahan. Sifat-sifat kepimpinan juga terbantut perkembangannya. Di sekolah, murid memperoleh prestasi yang memuaskan, menjawat jawatan yang bertanggungjawab seperti pengawas dan mendapat penerimaan guru dan rakan sebaya. Keadaan positif ini akan membentuk personaliti yang positif. Prestasi di dalam bilik darjah akan mempengaruhi tingkah laku pelajar. Pelajar tersebut gembira dan tekun belajar serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Jika pelajar selalu gagal, maka pengalaman pahit itu akan mendorongkan pelajar itu mudah putus asa dan takut menghadapi peperiksaan. Persekitaran sekolah akan menjadi fobia bagi pelajar seperti ini. Jesteru, pihak sekolah perlu memberikan tumpuan terhadap tingkah laku pelajar seperti ini dengan memberikan peneguhan positif.
2.5 Faktor Persekitaran
Wong Khek Seng (1996), menyatakan persekitaran yang canggih dan menarik seperti kompleks membeli belah, arked video, pusat snuker, taman-taman rekreasi, pusat-pusat hiburan dan sebagainya, menjadi faktor tarikan utama yang menyebabkan kejadian melepak berlaku pada zaman moden ini. Dalam kehidupan seharian besar kemungkinan kita akan mentakrifkan persekitaran sebagai alam sekeliling. Dalam bidang psikologi pula takrif persekitaran adalah lebih meluas. Menurut Norman L. Munn (1969), berpendapat persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit kebakaan. Persekitaran dikatakan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang individu kea rah pencapaian yang baik dalam pelajaran, selain daripada faktor baka. Antara faktor persekitaran itu termasuklah faktor peranan ibu bapa, masalah keluarga, pengaruh sekolah, rakan sebaya, masyarakat, motivasi dan peranan multimedia.
Di samping itu, dalam memenuhi keperluan sosial, individu memerlukan ruang untukmenjalankan aktiviti sosial. Menurut Aishah (1993), ciri-ciri bangunan tinggi seperti rumah pangsa dan bilik kediaman menghadkan aktiviti rekreasi dijalankan di dalam rumah. Oleh itu, penghuni akan lebih kerap keluar dari rumah untuk mendapatkan keseronokan. Masa yang lebih banyak dihabiskan di luar rumah untuk mendapatkan keseronokan. Masa yang lebih banyak dihabiskan di luar rumah dari dalam rumah. Mereka yang tinggal di kawasan perumahan akan lebih kerap berjumpa kawan-kawan di kawasan persekitaran, dengan itu mereka terdedah kepada gejala yang tidak sihat seperti penagihan dadah seandainya tersalah pilih kawan.
Individu membuat perubahan dalam persekitaran dan persekitaran pula menghasilkan perubahan pada diri individu dan tingkah lakunya. Boleh dikatakan, faktor tingkah laku adalah 'pelengkap'. Tidak semua organisma, tidak kira potensi dan kualiti asanya, kebolehan ataupun mempunyai ciri yang sama sekali kerana bergantung pada jenis persekitaran tempat mereka membesar. Antara persekitaran yang dapat merosakkan akhlak remaja adalah, konsert rock, pusat-pusat permainan video, pengguguran, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, penyiaran gambar lucah, penubuhan pusat-pusat hiburan yang beransurkan seks dan simbol seks seperti pertandingan ratu cantik dan pertunjukan fesyen wanita. Di samping itu, Hall (1972), pula mentafsirkan bahawa zaman remaja sebagai zaman yang kritikal. Dalam zamannya, remaja akan mengalami ketegangan perasaan, kegelisahan dan terpaksa menempuh berbagai-bagai cabaran.
2.6 Guru
Dalam beberapa keadaan, guru-guru sendiri dianggap menjadi penyebab kepada kelakuan tidak baik pelajar. Ramai guru yang mengambil bidang perguruan sebagai pilihan terakhir dan mereka tidak mempunyai minat tulen hendak mengajar. Sama ada berkelakuan baik ataupun tidak, ia tidak menjadi soal bagi mereka. Terdapat juga beberapa guru yang tidak cekap dan menunjukkan sikap tidak acuh. Sumbangan mereka kepada pembentukan dan pengawalan tatatertib yang baik di kalangan murid-murid boleh dikatakan tidak ada sama sekali. Ini kerana mereka menpunyai sikap 'tidak ambil tahu'. Ada pula guru-guru dikatakan tidak mahu berbuat apa-apa bagi mencegah kelakuan tidak baik supaya mereka tidak dibenci oleh murid kerana ingin menjadi popular di kalangan murid-murid. (A. Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim Saad, 1982:263).
Profesion perguruan adalah profesion yang kompleks dan tugasan guru sangat luas berbanding pekerjaan yang lain. (Logan & Logan,1974). Guru bertanggungjawab sebagai pengasuh, kaunselor, pengadil, polis, hakim, pelakon, kerani, jururawat,, pensyarah, penulis, setia-usaha, pekerja sosial dan lain-lain. Tugasan itu dilakukan secara langsung dan tidak langsung di sekolah. Guru-guru perlu menitikberatkan aspek-aspek pengetahuan, tingkah laku, tanggungjawab dan kecekapan guru. Guru perlu berkebolehan menilai kebolehan dan perkembangan pelajar. Dalam hal ini, guru perlu berupaya menentukan kaedah-kaedah serta strategi-strategi yang berkesan bagi memandu pelajar-pelajar yang berbeza daripada segi kebolehan dan minat.
Tugas utama seseorang guru adalah memahami peranannya dalam proses pengajaran serta mempunyai banyak pengetahuan. Guru perlu mempunyai banyak pengetahuan terutama daripada segi latar belakang pelajar serta berkenaan pelajaran yang akan diajar (Logan & Logan, 1974). Guru-guru adalah model menjadi contoh kepada para pelajar. Guru bertanggungjawab membina hubungan dengan setiap pelajar dengan setiap pelajar dan memandang mereka sebagai individu yang unik. Guru perlu berupaya membuatkan pelajar menonjolkan kebolehan mereka. Guru bertindak sebagai pendorong, pembimbing serta pemangkin bagi membentuk pengalaman pelajar. Guru bertanggungjawab menentukan objektif, memilih, merancang, membimbing dan memperkembangkan pengalaman bagi mendorong semua pelajar menyahut cabaran berdasarkan kebolehan dan minat pelajar itu.
Guru menyesuaikan aktiviti mengikut tahap perkembangan pelajar. Contohnya memulakan dengan sesuatu yang konkrit kepada abstrak, mudah kepada kompleks serta sentiasa mendorong pelajar mencapai matlamat yang ditentukan. Tanggungjawab guru ini tedak terhad kepada pengajaran sahaja, namun guru perlu peka dengan latar belakang pelajar. Dalam hal ini, guru perlu mengambil kira aspek latar belakang supaya dapat menyampaikaan pengajaran dengan adil dan berkesan. Guru-guru perlu cekap memberikan kebebasan kepada pelajar dalam menggunakan kebolehan mereka. Kecekapan guru juga merangkumi kebolehan berkomunikasi dengan orang lain, membawa idea-idea baru, membuat keputusan, sentiasa membuat kajian dan berupaya mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif. Guru-guru juga cekap menggunakan pelbagai strategi pengajaran yang selaras dengan keperluan dan perkembangan pelajar.
Di samping itu, guru perlu bijak menyelesaikan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang inovatif dan memberikan ganjaran kepada tingkah laku kreatif. Guru memainkan peranan penting dalam membentuk disiplin di sekola. Guru patut menjalankan tugas sebetulnya dalam memahami latarbelakang danmengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar. Guru memerlukan kerjasama, komunikasi dan persefahaman pihak ibu bapa. Guru yang sepatutnya memainkan peranan sebagai role model kadang-kadang melakukan perbuatan negatif tanpa disedari dan ini membawa kesan buruk dalam pembentukan sahsiah pelajar. Seseorang guru tidak boleh lari daripada menghadapi masalah dalam kehidupannya. Bagaimanapun guru seboleh-bolehnya perlu mengelakkan diri daripada membawa masalah peribadi semasa mengajar di dalam kelas.
Emosi guru perlu sentiasa dalam keadaan tenang, stabil, bersyukur dan sederhana semasa mengajar. Guru yang sentiasa berkeadaan tenang pasti mudah didekati pelajar. Pendekatan yang digunakan oleh guru semasa mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah berdisiplin mestilah tegas tetapi tanpa emosi. Guru perlu bersifat sabar, bertimbang rasa, tidak menghukum pelajar dengan hukuman terlalu berat, menghukum mereka tanpa usul periksa dan lebih banyak memberi ganjaran daripada mengenakan hukuman.
3.0 Masalah Disiplin Masa Kini
Masalah-masalah disiplin yang timbul pada masa kini boleh dikategorikan kepada empat jenis, iaitu jenayah, kelakuan negatif, membolos dan menipu. Jadual berikut menghuraikan jenis-jenis masalah disiplin sekolah terdapat di dalam setiap kategorinya. Ponteng merupakan salah satu isu yang sering mendapat perhatian dari semua golongan. Masalah ini bukan berlaku di negara ini sahaja, malah ianya berlaku di seluruh dunia sama ada di negara-negara maju, mahupun mundur. Oleh yang demikian, pendidikan memainkan peranan penting dalam menangani isu-isu tersebut. Salah satu peranan dalam pendidikan ialah penerapan nilai-nilai murni dalam diri bagi membentuk sikap pelajar. Ia merupakan penyerapan ilmu pengetahuan dalam bentuk teori serta melakukan latihan dalam bentuk praktis. Pendidikan juga membentuk tabiat dan sikap seseorang pelajar dalam pelbagai sapek kehidupan, sama ada jasmani, rohani, akal, akhlak mahupun sosial pelajar supaya dapat mengabdikan siri kepada Allah. (Abdullah Ishak, 1995).
Jadual 1.0: Jenis-Jenis Masalah Disiplin Sekolah
Kategori
Jenis Masalah Disiplin
Jenayah
Merosakkan harta benda sekolah, mencuri, berjudi, berlawan, memeras ugut, menyertai kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, merokok, menumbuk guru, bergaduh, membaca atau melukis gambar lucah dan pelbagai kesalahan jenayah yang melibatkan pihak polis.
Kelakuan negatif
Berambut panjang, memakai kasut, dan stoking berwarna, baju T, kuku panjang, bercakap kasar, tidak hormati guru, makan di bilik darjah, membuat bising, membuli, tidak membawa buku, tidak membuat tugasan, menentang arahan guru lain-lain.
Membolos
Ponteng kelas, sekolah dan aktiviti kokurikulum, datang lambat ke sekolah, makan di kantin semasa waktu pelajaran, berkhayal, tidur dan lain-lain.
Menipu
Meniru dalam ujian atau peperiksaan, menyalin kerja murid lain, tidak menghantar buku latihan untuk diperiksa, menulis dan menandatangani sendiri surat ibu bapa, buku kemajuan, bercakap bohong, berpura-pura dan lain-lain.
(Sumber: Dipetik dari Mok Soon Sang 2005)
Mengikut analisis dalam buku PTK, sepuluh salah laku yang berkerapan tinggi dan berlaku di peringkat sekolah menurut urutan ialah:
i. ponteng sekolah
ii. mengancam murid sekolah
iii. mencuri
iv. berkasar dengan murid sekolah
v. berbahasa kesat
vi. datang sekolah/masuk kelas lewat
vii. membuat bising dan mengganggu pelajaran
viii. merosakkan harta benda sekolah
ix. ponteng aktiviti kokurikulum
x. ponteng kelas
(Dipetik dari Mok Soon Sang 2005)
Akhbar Berita Harian (8 Ogos 2000), melaporkan sebanyak 38,053 kes pelanggaran disiplin adalah ponteng. Bilangan kes ponteng adalah paling tinggi berbanding dengan kes-kes perlanggaran disiplin yang lain. Ini menunjukkan betapa seriusnya kes ponteng sekolah pada masa ini. Akhbar Berita harian (13 Ogos 2005) melaporkan salah laku disiplin pada tahun 2003 adalah sebanyak 2.11 peratus dan salah laku disiplin pada tahun 2004 adalah sebanyak 2.07 peratus. Menurut Dr.Ahamad Sipon berkata Kementerian Pelajaran sudah melantik 7265 kaunselor sekolah menengah dan 2687 guru bimbingan sekolah rendah bagi menangani gejala disiplin.
Jadual di bawah menunjukkan kes salah laku di sekolah mengikut kategori dan peratusan kes pada tahun 1999:
Jadual 2.2: Kes Salah Laku Di Sekolah.
KATEGORI
BILANGAN KES
PERATUSAN KES
1. Tingkah laku jenayah
2. Tingkah laku lucah
3. Tiada kekemasan diri
4. Tidak pentingkan masa
5. Kurang sopan
6. Tingkah laku musnah
7. Tidak jujur
8. Ponteng
9. Lain-lain (salah laku yang tidak diberi kod dalam buku rekod dalam buku rekod salah laku.
16,215
2,384
7,693
8,804
20,844
2,304
1,394
38, 053
758
0.338
0.050
0.160
0.184
0.434
0.048
0.029
0.793
0.016
JUMLAH
98,449
2,051
(Sumber : Berita Harian 18 Ogos 2000)
4.0 Cara Terbaik Mengatasi Masalah Disiplin Pelajar Di Sekolah
Perbincangan mengenai masalah disiplin pelajar di sekolah adalah berkisar isu kepada para remaja. Justeru itu strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja. Berikut beberapa saranan yang mungkin boleh diaplikasikan untuk mengurangkan masalah disiplin pelajar :
4.1 Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa adalah golongan yang paling rapat dengan pelajar. Tingkah laku ibu bapa menjadi contoh terbaik bagi anak-anak mereka. Tugas mendidik hendaklah bermula pada peringkat kanak-kanak lagi. Sebelum wujudnya institusi keluarga, rumah adalah tempat di mana pendidikan asas berlaku dan guru-gurunya terdiri daripada ibu, bapa, datuk, kakak,abang ataupun ahli-ahli keluarga yang lain. Penglibatan ibu bapa bai mengatasi masalah disiplin adalah penting. Kawalan yang ketat ke atas anak mereka dapat menghindarkan anak mereka terjerat oleh kelompok jahat, dadah, budaya kuning. Ini kerana jenayah kian menjadi-jadi. Selain daripada itu, penglibatan aktif ibu bapa dalam semua aspek persekolahan anak membolehkan mereka mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh anak mereka.
Ibu bapa juga bertanggungjawab bagi mewujudkan keadaan yang stabil di rumah supaya kanak-kanak tidak terganggu daripada segi emosi. Keadaan kucar kacir seperti pergaduhan dan perceraian pasti meninggalkan kesan yang mendalam ke atas anak-anak (Jagdish Raj Sharma, 1982:87) Selain daripada itu, penekanan pada aspek keagamaan perlu diutamakan oleh ibu bapa. Ibu bapa tidak berkesempatan hendah mengajar asas-asas agama kepada anak-anak mereka. Wajar bagi Ibu bapa itu menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas fardu ain. Anak-anak yang tidak dididik dengan keagamaan memudahkan mereka terdedah kepada gejala tidak sihat.
4.2 Peranan Guru
Menyentuh peranan guru dalam menangani masalah ini, ia perlu dilihat daripada sudut sikap guru dan punca-punca yang membawa kepada permasalahan ini. Guru adalah golongan yang hampir dengan pelajar selepas ibu bapa. Malah dalam agama islam, orang kedua yang perlu dihormati selepas ibu bapa adalah guru. Kebanyakan golangan masyarakat meletakan tanggungawab membentuk disiplin pelajar di sekolah pada guru disiplin atau guru kaunseling. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana tugas mendidik di sekolah perlu diletakan di bahu semua guru di sekolah. Bagi menangani masalah disiplin ini, perlu wujud hubungan yang harmoni antara Guru dan pelajar. Guru-guru perlu mengubah sikap mereka supaya masalah yang timbul tidak belarutan. Ini bermakna guru perlu barsedia menghadapi dan mengelakkan pelanggaran disiplin berlaku di kalangan pelajar.
Sikap guru yang positif serta penuh dedikasi dalam menyampaikan pengajaran secara berkesan bukan sahaja dapat menghapuskan masalah disiplin, malah dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar-pelajarnya. Atas sebab itu, iklim yang sihat dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, dapat dijadikan tapak semaian dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu serta bermoral tinggi. Aliran-aliran penyelesaian masalah masa kini dikatakan lebih sesuai bersifat klinikal daripada menghukum pelajar-pelajar yang melanggar masalah disiplin . Guru-guru perlu cuba membantu murid yang bermasalah disiplin, menyediakan aktiviti-aktiviti yang yang kreatif, bertolak ansur, berdialog dan menyediakan tugas-tugas yang bersifat perseorangan sesuai dengan keperluan pelajar yang terlibat dalam disiplin.
4.3 Tanggungjawab Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG)
Masalah tatatertib yang tidak baik di kalangan murid adalah suatu perkara yang melibatkan semua ibu bapa, guru besar dan guru. Tiap-tiap orang mestilah memainkan peranan masing-masing bagi memperbaiki keadaan. Usaha membentuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah suatu bentuk kerjasama yang baik bagi mengatasi masalah ini, amnya. Fungsinya antara lain mewujudkan suasana yang selesa dan harmoni di sekolah (Dewan Masyarakat, April 1999). Namun begitu, perannan yang dimainkan oleh PIBG sering dipertikaikan. Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap ibu bapa itu sendiri yang kurang menunjukkan minat setiap kali mesyuarat PIBG peribadi ataupun urusan pekerjaan. Keadaan ini dapat diperbaiki sekiranyan ibu bapa tidak mementingkan diri sendiri, tetapi turut meluangkan masa member perhatian dan kerjasama. Ibu bapa yang terdaya turut menghadiri forum, ceramah dan masyuarat anjuran PIBG.
4.4 Kerajaan
Kerajaan juga adalah pihak yang bertanggungjawab dalam menangani masalah ini. Dalam hal ini, peranan kerajaan dilihat lebih kepada penguatkuasaan undang-undang bagi mengatasi hal ini. Ia biasanya diletakan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementarian patutlah mengkaji, mengemas kini pekeliling-pekeliling mengenai disiplin dan meletakkan petunjuk-petunjuk tertentu bagi menghadapi masalah disiplin di sekolah. Pihak polis dan juga kementerian kebajikan mempunyai peranan penting seperti mengadakan pegawai-pegawai tertentu bagi menghadapi kes-kes disiplin, masalah belia dan pelajar (A.Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim Saad, 1982:263)
Terdapat cadangan menempatkan polis di sekolah. Ia dilaksanakan melalui program sekolah angkat dengan kerjasama bersama kementerian pendidikan dan Polis Diraja Malaysia PDRM. Ia dilihat sebagai usaha murni bagi memastikan sekolah mempunyai hubungan rapat dengan PDRM yang secara tidak langsung menjaringkan hubungan antara badan disiplin dan PDRM (Utusan Malaysia, 2000). Cadangan seperti ini mungkin dapat dikaji oleh kerajaan supaya dilaksanakan. Namun begitu, ia perlu dilihat daripada segi impak kepada pelajar dalam tempoh jangka masa panjang dan pendek. Di samping itu, kerajaan perlu sedar kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan fikiran mereka. Paparan yang dikemukakan mendorong kepada keruntuhan akhlak remaja.
Tindakan berterusan oleh pihak kerajaan adalah perlu bagi menutupsegala yang timbul. Tindakan kerajaan mengawal kegiatan di pusat hiburan sehingga jam 12 tengah malam menjadi permulaan ke arah ini. Penubuhan jawatankuasa cabinet mengenai masalah sosial kebangsaan yang dipengerusikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, diharapkan membuka era baru ke arah menangani isu gejala sosial yang hangat ini (Dewan Masyarakat, Jun,1997). Di samping itu, penguatkuasaan peruntukan dalam Akta Juvana yang membolehkan ibu bapa dipertanggungjawabkan oleh mahkamah berkaitan salah laku anak-anak adalah antara langkah yan wajar bagi menangani isu gelaja sosial ini. Bahan yang disiarkan dalam internet, televisyen, media elektronik dan media cetak perlu diawasi supaya tidak bercanggah dengan nilai Islam. Selain itu, ia bagi memastikan penyebaran teknologi maklumat internet dan sebagainya tidak memberi kesan kepada generasi akan datang.
4.5 Tanggungjawab pihak media
Pihak media juga turut bertanggungjawab dalam menangani isu disiplin pelajar ini. Pihak media sebaik-baiknya memainkan peranan dalam mengetengahkan unsur yang baik untuk ditirub remaja. Media perlu menggunakan pengaruh mereka bagi mendidik masyarakat dan membentuk generasi akan datang. Pendedahan oleh pihak media berkaitan masalah disiplin pelajar setidak-tidaknya menyedarkan masyarakat betapa seriusnya masalah ini. Berita Harian,12 Julai melaporkan dalam tempoh sepuluh tahun antara 1989 hingga 1998, kadar jenayah membabitkan remaja lelaki meningkat sebanyak 35 peratus manakala 25 peratus bagi remaja wanita. Sepanjang 1998 sebanyak 6,338 kes baru direkodkan. Melalui pendedahan seperti ini, ibu bapa, guru dan kerajaan membuka mata bagi mengatasi masalah disiplin ini.
5.0 Kesimpulan
Masalah disiplin para pelajar hari ini tidak boleh dipandang rinfan kerana jika masalah ini tidak dikawal ia akan menjadi parasit dan virus di dalam masyarakat. Keadaan ini boleh mengundang kepada masalah lebih serius di masa hadapan seperti terrorism, mogok dan sebagainya. Semua ahli masyarakat tidak boleh berpeluk tubuh atau menyalahkan pihak lain kerana masing-masing mempunyai peranan masing-masing. Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, gejala ini dapat dibenteras dan visi kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020 akan tercapai. Bak kata pepatah, "jika mahu melentur buluh biarlah dari rebungnya". Pembentukan emosi yang seimbang dalam diri remaja sangat penting kerana inilah yang akan mempengaruhi tingkah laku serta pemikiran mereka di masa hadapan.