DASAR TELEKOMUNIKASI NEGARA ( SCCA 2083) Pengenalan Dasar Telekomunikasi Negara.
Malaysia adalah sebuah Negara majmuk yang berbilang bangsa dan kaum. Untuk mengekalkan perpaduan pelbagai dasar telah ditubuhkan dan digubal oleh kerajaan Malaysia untuk mengekalkan perpaduan bersatu padu antara kaum di Malaysia. Dasar merupakan satu pelan atau rancangan kerajaan keraja an untuk mencapai sesuatu se suatu objektif dan merupakan elemen yang sangat penting kepada sesebuah pentadbiran Negara. Dalam merangka sesebuah dasar, pelbagai perkara penting dititikberatkan supaya dasar yang digubal dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.
Dunia kini bergerak seiring dengan teknologi. Oleh itu, kemajuan Negara juga bergantung dengan teknologi dan infrastruktur yang terkini. Untuk mencapai Negara maju dan demi mencapai wawasan 2020, satu dasar telah digubal oleh bekas Perdana Menteri iaitu Dasar Telekomunikasi Negara yang telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Julai 1994 di Hotel Istana Kuala Lumpur. Perkembangan telekomunikasi adalah sangat penting dan memberi impak yang sangat besar kepada pertumbuhan ekonomi Negara di Malaysia.
Dasar Telekomunikasi Negara (DTN) ini adalah satu usaha membangunkan Negara dalam bidang komunikasi dan teknologi yang terkini. Dasar ini juga bertujuan melahirkan masyarakat berteknologi dan berpengetahuan menjelang wawasan 2020 serta meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang komunikasi. Sebagai sebuah Negara yang sedang berkembang pesat, dasar ini dilihat dapat dapat memberi faedah yang yang maksimum melalui telekomunikasi dan peralatan-peralatan yang canggih serta menjadikan Negara dunia tanpa sempadan iaitu memudahkan perhubungan antarabangsa dengan Negara-negara luar. Dasar ini juga mempunyai matlamat yang memberi kemudahan kepada penduduk Bandar dan luar Bandar melalui perkhidmatan komunikasi dengan kos yang bersesuaian serta menggalakan interaksi antara kaum disetiap wilayah. Melaui dasar ini, Negara juga telah mencapai perkembangan melalui telekomunikasi antaranya ialah penubuhan Jabatan Telekom, pembinaan Satelit di Kuantan Pahang, pelancaran Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT) 1, 2, dan 3.
1
DASAR TELEKOMUNIKASI NEGARA ( SCCA 2083)
Implikasi positif Dasar Telekomunikasi Negara kepada masyarakat
Melalui dasar telekomunikasi Negara, beberapa implikasi dapat dilihat melalui dasar yang ditubuhkan ini. Antara implikasi positif yang dilihat melalui dasar ini kepada masyarakat ialah meningkatkan taraf hidup masyarakat. Taraf hidup masyarakat dapat dilihat melalui kurangnya masyarakat yang celik huruf. Seperti kita sedia maklum, dengan telekomunikasi dan segala peralatan yang canggih rakyat Malaysia dapat mengubah cara pemikiran dan juga tahap ilmu mereka. dahulu, ramai rakyat
Malaysia kurang
berpengetahuan dan cetek ilmu terhadap teknologi dan ict, dengan adanya dasar yang diperkenalkan ini, rakyat dapat membuka minda dengan perkembangan-perkembangan semasa melalui telekomunikasi dan jaringan internet. Masyarakat di Malaysia juga dapat mempelajari teknologi baru dan dapat mencapai wawasan 2020 iaitu melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan bermatlamat menerusi rangkaian telekomunikasi yang moden dan sofisikated. Dengan adanyanya masyarakat yang berpendidikan, ianya mampu meyumbang dan
menghasilkan
teknologi-teknologi
yang
membangun
serta
dapat
membantu
meningkatkan ekonomi Negara melalui pertumbuhan dan peningkatan sektor perindustrian. Kehidupan masyarakat juga berubah dengan adanya infrastruktur yang moden melalui dasar telekomunikasi ini. Dasar ini juga dilihat mencipta peluang-peluang pekerjaan dimana pengaplikasikan telekomunikasi didalam urusan pentadbiran atau pengeluran dan wujudlah peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat. Kesan peluang pekerjaan ini dapat meningkatkatkan produktiviti buruh serta pertumbuhan ekonomi Negara apabila taraf hidup masyarakat meningkat.
Selain itu, dasar telekomunikasi Negara ini memberi impak yang positif terhadap pembelajaran dan pendidikan masyarakat di Malaysia, sebagaimana yang kita tahu, ,melalui telekomunikasi yang canggih dan baru pembelajaran dan pendidikan dapat dinaiktarafkan melalui kualiti pembelajaran dan pendidikan itu sendiri. Masyarakat di Malaysia dapat mengakses maklumat dan informasi melalui internet tanpa sempadan. Masyarakat juga dapat berkomunikasi dengan masyarakat luar dan ini meningkatkan kualiti pendidikan mereka dengan cara berkongsi ilmu pengetahuan dengan masyarakat luar. Kualiti pendidikan dan pembelajaran dapat diaplikasi sepanjang hayat. Melalui dasar telekemunikasi juga, masyarakat dapat merapatkan jurang digital dengan wujudnya sekolah bestari, program program teknologi dan juga pusat telecentre dimana pusat ini dibuka untuk mempelajari 2
DASAR TELEKOMUNIKASI NEGARA ( SCCA 2083)
teknologi dan ICT. Dasar ini juga telah mengubah cara pendidikan dan pembelajaran di Malaysia. Kini, pembelajaran atas talian sangat berguna dan dilihat memberi kesan positif dimana perbincangan dan perkongsian ilmu boleh diadaptasi hanya melalui jaringan internet dan teknologi komunikasi.
Selain itu juga, dasar ini juga memberi kesan positif terhadap kesihatan masyarakat. Dapat dilihat, melalui dasar telekomunikasi, masyarakat juga dapat menerima kemudahankemudahan kesihatan dan dapat meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat itu sendiri. melalui teknologi kesihatan. Dengan menggunakan alatan canggih seperti computer tomography, teknologi llizarov dan MRI dimana teknologi sebegini dapat merawat masyarakat dan memberi peluang untuk meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat di Malaysia. Melalui dasar ini, kemudahan yang dapat dilihat memberi kesan yang baik ialah teleperubatan dimana teleperubatan ini dapat merawat pesakit dari jarak jauh dan kemudahan ini dapat disediakan dan memberi faedah kepada masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman. Teleperubatan ini juga merupakan satu daripada aplikasi multimedia MSC. Walaupun kos teleperubatan ini sangat tinggi, namun kesannya mampu memberi impak positif terutamanya kepada masyarakat di Malaysia. Rakyat Malaysia juga mampu menikmati faedah ini secara bersama dan mampu menjadikan rakyat Malaysia sihat dan mempunyai kehidupan yang berkualiti.
Implikasi negatif Dasar Telekomunikasi Negara kepada masyarakat.
Walaupun implikasi ini dilihat memberi kesan positif, kita tidak boleh menafikan bahawa ianya juGa mempunyai kesan negatif. Antara kesan negatif yang dapat dilihat ialah ancaman kesihatan kepada masyarakat. Kini, masyarakat dan telefon bimbit sangat sinonim dan telefon bimbit dilhat sebagai keperluan dalam masyarakat dan ianya penting dalam perhubungan dan komunikasi. Namun, penggunaan telefon bimbit yang semakin berleluasa dan kerap boleh menjejaskan kesihatan masyarakat dimana satu kajian dari institute perubatan di Sweden 2007 yang mendapati risiko mengidap tumor adalah empat kali ganda jika penggunaan telefon bimbit digunakan pada lebih sepuluh tahun. Tambahan lagi, kesan ancaman kepada kesihatan boleh dilihat melalui radiasi kepada kesihatan masyarakat melalui pembinaan menara telekomunikasi yang dilihat merbahayakan walaupun pembinaan menara
3
DASAR TELEKOMUNIKASI NEGARA ( SCCA 2083)
ini dikatakan mempunyai frekuensi yang rendah dan tidak mempunyai radioaktif, tetapi kesan jangka panjang juga harus dilihat dalam aspek kesihatan dan keselamatan kepada masyarakat. Selain itu, dasar yang dibina ini telah memberi kesan negatif melalui perhubungan komunikasi internet. Dapat dilihat pada masa kini terdapat kesan telekomunikasi iaitu berlakunya jenyah computer ataupun jenyah siber. Jenayah ini dapat dilihat melalui penyalahgunaan internet dimana berlakunya pencerobohan maklumat ataupun dikenali sebagai „HACKERS & PENGGODAM‟. Arus telekomunikasi yang canggih ini dapat menyebabkan penjenayah menceroboh masuk ke sesebuah akaun individu seperti laman social, e- banking, dan yang lebih membimbangkan adalah pencerobohan ke atas maklumat sulit Negara. Penggodam dan penjenayah siber ini menyebabkan maklumat-maklumat sulit peribadi terdedah dan boleh mengancam nyawa dan juga maklumat individu itu sendiri. Adakalanya penggodam ini menggunakan gambar mangsa dilaman sosial dan melakukan pengubahsuaian dan kesan ini yang
sering dikaitkan pada era masa kini. Keadaan ini
menyebabkan berlakunya maklumat yang tidak benar, fitnah, penipuan dan aib seseorang individu yang menjadi magsa.
Implikasi positif dalam sektor awam dan swasta
Dasar telekomunikasi negara merupakan hubungan komunikasi atau interaksi di antara kaum yang terdapat di negara Malaysia. Contoh hubungan etnik yang terdapat di negara ini ialah kaum melayu, cina, india, peribumi Sabah dan Serawak serta kaum-kaum yang lain. Dasar telekomunikais ini ingin merealisasikan wawasan 2020, ia berdasarkan penyertaan perhidmatan telekomunikasi yang moden dan pasaran telekomunikasi dan juga perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat Malaysia. Oleh itu, terdapat implikasi terhadap sector awam dan swasta. Berdasarkan dasar telekomunikasi di dalam sektor awam, terdapat kesan yang amat baik sekali di dalam sektor ekonomi, industry dan hubungan komunikasi di antara kaum di negara ini. Dasar telekomunikasi memberi sesuatu yang penting terhadap pertumbuhan negara untuk menjadi sebuah negara yang maju.
Sektor awam telah mengeluarkan banyak pelaburan di dalam dasar telekomunikasi negara, sektor awam telah mengeluarkan lesen perniagaan
kepada pengusaha rangkaian
perkhidmatan telekomunikasi yang terdapat di dalam negara. Tambahan lagi, sector awam telah membuka beberapa pasaran dalam telekomunikasi, hal ini dapat membant rakyat supaya 4
DASAR TELEKOMUNIKASI NEGARA ( SCCA 2083)
lebih mudah berhubung dengan orang lain. Contoh pasaran telekomunikasi seperti telefon bimbit dan perkhidmatan tambah nilai.
Sektor awam telah memberi banyak kelebihan kepada rakyat Malaysia, rakyat Malaysia dapat memperolehi banyak faedah daripada perkhidmatan telekomunikasi berdasarkan pada dasar telekomunikasi. Masyarakat Malaysia mengalami perubahan yang bagus di dalam komunikasi. Rakyat dapat berhubung dengan lebih mudah dan cepat jika sector awam memberi pembaharuan yang bagus kepada rakyat. Oleh itu, dasar telekomunikasi memberi implikasi positif terhadao system komunikasi di negara ini. Di dalam sektor awam, dasar telekomunikasi telah mengalami suatu perkembangan yang dapat melahirkan teknologi baru dan moden yang dapat digunakan di dalam sector awam. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun , sector awam haruslah mempunyai teknologi moden dan terkini. Ia dapat menjadi selaras dengan negara-negara maju yang lain.
Sektor awam juga dapat menikmati kemudahan dan perkhidmatan perhubungan melalui system telekomunikasi yang moden yang terdapat di dalam dasar telekomunikasi. Implikasi terhadap sector swasta ialah dapat menyumbangkan kemajuan dan permodenan di dalam bidang swasta di negara ini. Dengan adanya sector swasta di dalam dasar telekomunikasi, ia sedikit sebanyak menjadikan system telekomunikasi yang moden dan setaraf dengan negara maju yang lain.Tambahan lagi, melalui sektor swasta ini dapat meningkatkan mutu di dalam perkhidmatan di dalam telekomunikasi. Justeru, ia dapat memberikan kesan positif dan hasil kerja yang lebih berkualiti kepada pengguna telekomunikasi di Malaysia. Walaupun terdapat isu berkaitan sistem telekomunikasi, ia tetap dapat menangani dengan lebih baik dan berkesan.
Sehubungan dengan itu, sektor swasta mempunyai kualiti perkhidmatan yang cemerlang, ia dapat menarik pelaburan asing untuk melabur di dalam negara ini. Oleh itu, ia dapat meningkatkan keuntungan di dalam ekonomi negara. Di dalam dasar telekomunikasi, sector swasta harus nmenyediakan pelbagai teknologi yang menarik dan moden serta harga yang berpatutan kepada pengguna. Oleh itu, pengguna tidak akan berasa beban untuk menggunakan teknologi telekomunikasi.
5
DASAR TELEKOMUNIKASI NEGARA ( SCCA 2083)
Implikasi negatif dalam sektor awam dan swasta
Implikasi negatif di dalam sektor awam ialah kurang kepakaran teknologi seperti negara-negara maju, contohnya Jepun dan Korea. Tambahan lagi, perkhidmatan yang kurang berkualiti seperti peralatan lama, teknologi kurang moden dan system penyenggaraan yang tidak sempurna adalah satu permasalahan besar yang terdapat dalam negara ini. Pengguna masih sering mengalami masalah berkaitan telefon bimbit. Justeru itu, pengguna akan menjadi sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Oleh itu, sector swasta haruslah meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan di dalam telekomunikasi.
Implikasi negatif terhadap sektor swasta ialah sector swasta banyak menumpukan perhatian terhadap penduduk di Bandar berbanding kawasan luar Bandar. Sector swasta lebih mementingkan keuntungan daripada keperluan social di luar Bandar. Jadi ini akan menyukarkan penduduk luar Bandar untuk berkomunikasi serta akan menyebabkan kurang pengetahuan mengenai
teknologi. Oleh itu, sector
swasta
haruslah meningkatkan
perkhidmatan telekomunikasi di kawasan luar Bandar.
Untuk meningkatkan hasil pendapatan ekonomi di negara Malaysia, sector awam dan sector swasta haruslah tidak mengetepikan penduduk di luar Bandar. Hal ini dapat meningkatkan ekonomi serta tanggungjawab social yang harus diberikan kepada penduduk luar bandar. Secara kesimpulannya, dasar telekomunikasi negara dapat dibangunkan dengan lebih lancar, berkualiti, cepat dan bermutu. Dasar telekomunikasi negara juga mewudkan persaingan yang sihat dan teratur serta dapat meningkatkan kualiti yang lebih baik di dalam perkhidmatan sector telekomunikasi, ia juga dapat menjadi setaraf seperti negara maju yang lain.
6
DASAR TELEKOMUNIKASI NEGARA ( SCCA 2083)
Implikasi positif dan negatif terhadap dasar Telekomunikasi ke atas pengamal media dan komunikasi.
Terdapat beberapa implikasi positif terhadap dasar telekomunikasi ke atas pengamal media dan komunikasi antaranya ialah peningkatan teknologi dan ICT. Dasar telekomunikasi yang ditubuhkan menggalakkan lagi peningkatan teknologi yang ada Di Malaysia. Contohnya teknologi dalam media sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan sebagainya. Medium media memudahkan lagi mereka untuk mendapat dan berkongsi maklumat. Oleh itu, banyak maklumat yang disebarkan melalui media komunikasi berlaku dengan agak bebas dan terbuka.
Implikasi positif yang kedua ialah mudah berikteraksi antara satu sama lain. Wujudnya teknologi telekomunikasi menyebabkan masyarakat dapat berhubung atau berikteraksi dengan mudah tanpa mengira sempadan. Contohnya dengan menggunakan telefon mudah ahli, internet dan sebagainya. Semuanya dihujung jari. Selain itu juga, kita boleh berikteraksi di alam maya dengan mudah dan cepat.Implikasi yang positif yang seterusnya ialah dapat menyumbangkan dalam bidang pendidikan. Para pelajar boleh menggunakan banyak media untuk mendapat maklumat dalam proses pembelajaran mereka. Pelajar dapat mengakses maklumat dan belajar secara online contohnya dengan menggunakan youtube, Begitu juga dengan guru menggunakan media dan komunikasi dalam proses pengajaran mereka, oleh itu pelajar tidak berasa bosan kerana guru menggunakan power point, LCD dan video dalam kelas.
Implikasi negatif terhadap dasar telekomunikasi keatas pengamal media dan komunikasi pula ialah pertamanya penyebaran perkara-perkara yang lucah atau berunsur luncah. Dasar ini juga memberi implikasi negatif terhadap masyarakat berikutan penyebaran maklumat secara bebas tanpa kawalan. Internet dapat diakses dimana-mana contohnya dengan meggunakan telefon mudah alih handphone. Kanak-kanak yang berumur 9-12 tahun telah pandai menyaksikan video pornografi, yang diakses dari internet. Implikasi negatif yang kedua pula ialah dalam pendidikan. Ia turut memberi impak negatif terhadap pelajar kerana mengakses maklumat untuk mendapatkan jawapan melalui internet. Hal ini akan menyebabkan pelajar tidak aktif dan berfikiran tidak kreatif kerana pelajar pandai meniru karya atau maklumat orang lain atau dalam erti kata lain copy and paste. 7
DASAR TELEKOMUNIKASI NEGARA ( SCCA 2083)
Implikasi yang seterusya ialah berlakunya jenayah siber. Peningkatan teknologi dan ICT menyebabkan banyak kes jenayah berlaku berikutan ramai masyarakat celik IT. Mereka mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah siber yang berbentuk Hacking, cracking, pornografi dalam internet. Masyarakat menjadi mangsa kepada orang yang tidak bertanggajawab. Orang yang melakukan jenayah ini sangat pandai dan licik dalam IT, oleh itu untuk melindungi masyarakat daripada terus menjadi mangsa Akta jenayah komputer 1997 ditubuhkan.
Implikasi positif Dasar Telekomunikasi terhadap (NGO)
Antara implikasi positif yang terdapat dalam dasar telekomunikasi ialah dari segi sumbangan infrastruktur telekomunikasi terhadap pertumbuhan ekonomi negara dapat dilihat dari pelbagai aspek antaranya sebagai alat penyampaian maklumat yang cekap, merendahkan kos urus niaga, mewujudkan eksternaliti jaringan, meninggikan kecekapan, produktiviti dan taraf hidup serta mencipta peluang pekerjaan. Infrastruktur telekomunikasi dapat mengurangkan kos urus niaga maklumat dan membolehkan lebih banyak maklumat diketahui, diperoleh serta disampaikan dengan cepat dan pantas (Leff, 1984;Norton, 1992).
Terdapat dua kesan yang dinyatakan oleh Leff (1984) mengenai kos urus niaga yang rendah hasil daripada infrastruktur
telekomunikasi moden. Pertama, organisasi dapat
meningkatkan aktiviti perlaksanaan dan pentadbiran dengan lebih cepat dan berkesan. Ini kerana maklumat yang disampaikan dalam masa yang pantas dapat mengelakkan masalah ketakpastian maklumat dan membantu organisasi membuat keputusan dengan lebih tepat dan secara langsung meningkatkan produktiviti organisasi. Kesan kedua, di mana Leff (1984) menekankan kepentingan infrastruktur telekomunikasi moden di kawasan luar bandar.
Pembangunan
infrastruktur
telekomunikasi
di
kawasan
luar
Bandar
dapat
merendahkan kos urus niaga serta meningkatkan kecekapan pasaran dan pertumbuhan sektor pertanian. Ini kerana barangan pertanian dapat dipasarkan ke luar dari kawasan luar bandar dan pasaran barangan pertanian menjadi lebih luas. Pengeluar dan pengguna, tanpa dihalangi jarak dan perbezaan kawasan geografi, dapat berinteraksi melalui alat telekomunikasi moden, seperti telefon, komputer dan internet, serta proses tawar-menawar harga dan penentuan kuantiti barangan dapat dilakukan dengan pantas dan cekap. Selain daripada mengurangkan 8
DASAR TELEKOMUNIKASI NEGARA ( SCCA 2083)
kos urus niaga dalam menyampaikan maklumat dengan pantas dan cekap, infrastruktur telekomunikasi moden juga dapat menggantikan fungsi input pengeluaran seperti buruh dalam proses pengeluaran (Cronin et al., 1995).
Perkembangan teknologi infrastruktur telekomunikasi yang pesat turut merubah kehidupan sejagat, terutamanya selepas kewujudan telefon mudah alih yang mengambil alih fungsi talian tetap. Seorang peniaga boleh beroperasi dengan hanya bermodalkan sebuah telefon bimbit tanpa bergantung kepada talian tetap, pejabat, atau sokongan pentadbiran lain. Antara sebab-sebab yang mempengaruhi implikasi positif yang terdapat dalam dasar telekomunikasi ini sememangnya mengambil peranan dalam infrastruktur telekomunikasi perlu diambil kira dalam kajian empirik berkaitan penentu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Pelaburan infrastruktur telekomunikasi mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara sama seperti pelaburan infrastruktur lain.
Walau bagaimanapun, kesan infrastruktur telekomunikasi ke atas pertumbuhan ekonomi lebih besar berbanding dengan pelaburan infrastruktur lain. Ini kerana faedah yang diperoleh daripada pelaburan ke atas infrastruktur telekomunikasi adalah jauh lebih tinggi sekiranya mutu perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi ditingkatkan akibat daripada perkembangan era pengetahuan dan teknologi maklumat. Sumbangan pelaburan infrastruktur telekomunikasi terhadap pertumbuhan ekonomi negara dapat dilihat daripada pelbagai aspek, antaranya sebagai alat penyampaian maklumat yang cekap, memberikan eksternaliti jaringan, merendahkan kos urus niaga, meninggikan kecekapan, produktiviti, taraf hidup dan mencipta peluang pekerjaan.
Oleh itu untuk mengenal pasti sama ada infrastruktur telekomunikasi memberikan sumbangan terhadap pertumbuhan ekonomi negara, kajian ini menganalisis secara empiric perhubungan jangka panjang antara infrastruktur telekomunikasi dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia antara tahun 1985-2003 dengan menggunakan model seperti yang diperkenalkan Datta dan Agarwal (2004).
Di samping infrastruktur telekomunikasi, pemboleh ubah lain iaitu pertumbuhan penduduk, pelaburan modal manusia, pelaburan tetap awam dan swasta, pelaburan langsung asing dan perbelanjaan kerajaan turut dimasukkan dalam model. Dapatan kajian 9
DASAR TELEKOMUNIKASI NEGARA ( SCCA 2083) menunjukkan bahawa faktor penting yang menentukan pertumbuhan ekonomi Malaysia ialah pertumbuhan penduduk, pendidikan, infrastruktur telekomunikasi serta pelaburan teta p awam dan swasta.Diantara faktor-faktor tersebut, pendidikan dan pertumbuhan penduduk didapati secara konsisten memberikan sumbangan positif terhadap pertumbuhan ekonomi.
Implikasi Negatif Dasar Telekomunikasi terhadap (NGO)
Manakala infrastruktur telekomunikasi secara konsisten memberikan sumbangan negatif. Sumbangan negatif ini mungkin disebabkan infrastruktur telekomunikasi di Malaysia secara keseluruhannya masih belum berkembang sepenuhnya iaitu belum mencapai tahap “critical mass” iaitu 40.0% kadar penembusan seperti yang disarankan Roller dan Waverman (2001). Meskipun memberikan sumbangan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi, namun infrastruktur telekomunikasi Malaysia mengalami pulangan bertambahan mengikut skel.
Keadaan ini memberikan implikasi iaitu kesan negatif infrastruktur telekomunikasi terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia akan semakin berkurangan, ataupun mula memberikan kesan positif, apabila semakin berkembang infrastruktur telekomunikasi di Malaysia iaitu apabila kadar penembusan mencapai 40%. Ini bermakna pulangan terhadap pelaburan dalam infrastruktur telekomunikasi meningkat dengan pesat terutamanya di negara-negara yang masih berada di peringkat memajukan lagi pembangunan infrastruktur telekomunikasi seperti Malaysia.
Memandangkan pelbagai langkah yang telah diambil kerajaan untuk memajukan infrastruktur telekomunikasi, sumbangannya kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangkakan terus meningkat. Pengenalan Dasar Telekomunikasi Negara pada tahun 1994 bertujuan memastikan kepesatan pertumbuhan industri telekomunikasi dan menggalakkan penggunaan teknologi baru dalam industri ini dalam jangka masa 26 tahun iaitu dari tahun 1994 hingga tahun 2020.
Rangka Tindakan Terperinci Perkhidmatan Maklumat, Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang disiapkan pada tahun 2005 pula menyediakan garis panduan untuk mengembangkan lagi pembangunan infrastruktur telekomunikasi dalam bidang pertumbuhan baru termasuklah pembangunan kandungan, telefon VOIP (Voice over Internet Protocol), 10
DASAR TELEKOMUNIKASI NEGARA ( SCCA 2083) komponen bercip dan peranti elektronik. Langkah merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dengan luar bandar melalui program Pemberian Perkhidmatan Sejagat dan liberalisasi pasaran
industry
telekomunikasi
dijangkakan
dapat
memperluaskan
infrastruktur
telekomunikasi dan meningkatkan kadar penembusan.
Kesimpulan.
Secara kesimpulannya, dasar telekomunikasi Negara dapat memberi impak yang positif kepada setiap sektor dan masyarakat, namun terdapat juga kesan negatif berhubung dengan penggubalan dasar ini. Kesan-kesan yang baik harus ditingkatkan kualiti dan dinaik taraf supaya dapat diterima pakai oleh semua lapisan masyarakat kerana telekomunikasi ini sangat penting dan sedang berkembang megikut peredaran masa sejak wujudnya telefon, telefon bimbit, dan internet yang membolehkan kita berhubung menerusinya keseluruh dunia tanpa sempadan.
Namun, dalam melaksanakan pembangunan ICT dan teknologi ini, pelbagai masalah akan wujud. Oleh itu, kerajaan telah menyediakan undang-undang yang berkaitan dengan teknologi dan undang-undang ini dikenali sebagai undang-undang siber dimana ada beberapa akta yang dilaksanakan berkaitan dengan teknologi dan komunikasi. Antara undang-undang yang telah digubal dan diluluskan ialah Akta Tandatangan Digital 1997Akta Jenayah Komupter 1997, Akta Teleperubatan 1997, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998.
Dengan adanya dasar ini, masyarakat dapat berkembang dan mengalami perubahan melalui produk baru dan teknolgi telekomunikasi dan memberi faedah yang sangat baik kepada seluruh masyarkat di Malaysia.
Dasar yang dibina ini akan menjadikan Negara
Malaysia Negara yang membangun dan bergerak seiring dengan peredaran teknologi dunia.
11
DASAR TELEKOMUNIKASI NEGARA ( SCCA 2083)
Rujukan/ Bibiografi
AAR [Adot] S, A. R. N. E. (1994). The impact of ergonomic intervention on individual health
and
corporate
prosperity
in
a
telecommunications
environment. Ergonomics, 37 (10), 1679-1696.
Azmi, A., & Said, F. (2007). Sumbangan infrastruktur telekomunikasi terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. International Journal of Management Studies (IJMS), 14(1), 143
166.
Carley, K. M. (1996). Communicating new ideas: The potential impact of information and telecommunication technology. Technology in society, 18(2), 219-230.
Datta*, A., & Agarwal, S. (2004). Telecommunications and economic growth: a panel data approach. Applied Economics, 36 (15), 1649-1654.
Economides, N. (1999). The Telecommunications Act of 1996 and its impact. Japan and the World Economy, 11(4), 455-483.
Hafner, Katie (1998). Where Wizard Stay Up Late : The Origins of The Internet.
Jussawalla, M. (1999). The impact of ICT convergence on development in the Asian region. Telecommunications Policy, 23(3), 217-234.
Goggin, Gerald, Global Mobile Media. ( 2011), New York Rouledge Graham, S., & Marvin, S. (2002). Telecommunications and the city: Electronic spaces, urban places. Routledge.
Kalathil, S., & Boas, T. C. (2010). Open networks, closed regimes: The impact of the Internet on authoritarian rule. Carnegie Endowment.
Mohd
Ali,
B.
(1998).
Telecommunications
in
Malaysia:
diversity
in
adversity.Communications Magazine, IEEE , 36 (11), 83-87. 12
DASAR TELEKOMUNIKASI NEGARA ( SCCA 2083) Ling, R. (2004). The mobile connection: The cell phone's impact on society . Morgan Kaufmann.
Scott, N., Garforth, C., Jain, R., Mascarenhas, O., & McKemey, K. (2005). The economic impact of telecommunications on rural livelihoods and poverty reduction: a study of rural communities in India (Gujarat), Mozambique and Tanzania.
Wheen, Andrew. (2011), How Modern Telecommunications Envolved from the Telegraph to the Internet
Rujukan Internet.
http://spmbahasamelayu.blogspot.com/ http://www.sinarharian.com.my/ http://www.kosmo.com.my/ http://www.pmo.gov.my/ http://www.scribd.com/ http://corescholar.libraries.wright.edu/ http://www.utusan.com.my/ http://www.hmetro.com.my/ http://www.jpnin.gov.my/
13