Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan Malaysia Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan Malaysia telah dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menterri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran pada 26 Oktober 2010.
Pernyataan Dasar:
·
ICT untuk semua murid
·
ICT dalam pendidikan menjadi tanggungjawab bersama sektor awam, swasta dan komuniti
·
ICT sebagai pengupaya dalam pendidikan ke arah pembangunan modal insan berteraskan kemahiran abad ke-21
·
ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan dan pentadbiran pendidikan
ICT Dalam Pendidikan October 31, 2015 ditulis oleh: FADZLIATON ZAINUDIN Pengenalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ialah pelbagai jenis peralatan teknologi dan sumber yang digunakan untuk mewujud, menyebar, menyimpan, mengumpul, dan mengurus maklumat dan berkomunikasi. Teknologi yang dimaksudkan merangkumi komputer, Internet, teknologi penyiaran dan transmisi. ICT Dalam Pendidikan ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pembelajaran sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam PdP membolehkan aktiviti PdP dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan murid. Definisi ICT dalam Pendidikan Dalam konteks pendidikan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk menyelesaikan masalah PdP dan pengurusan dan pentadbiran (PdT) sekolah dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan peralatan dan bahan teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet (e-mel, forum, portal, laman wab), video telesidang atau instruksi berasaskan komputer. Literasi ICT seperti kebolehan mengakses, mencari, memilih, menilai, menstruktur, membina dan menyusun maklumat untuk tujuan PdP merupakan kemahiran yang perlu ada pada semua guru dalam Zaman Maklumat ini. (Yusup Hashim & Razmah Man, 2006). Perkembangan ICT Dalam Pendidikan Penggunaan komputer dalam pendidikan bermula pada tahun 1987 apabila Lembaga Peperiksaan (LP) menggunakan teknologi komputer dalam urusan pemprosesan data peperiksaan. Menyedari bahawa pendedahan awal kepada ICT akan menyediakan generasi muda dengan nilai tambah kemahiran yang diperlukan dalam menghadapi ledakan maklumat serta mengharungi arus globalisasi, ICT dijadikan mata pelajaran di sekolah pada tahun 1990an.
Dasar Wawasan 2020 telah memacu penggunaan ICT dengan meluas dalam pendidikan negara melalui pelancaran projek Koridor Raya Multimedia pada tahun 1997 melalui Projek Sekolah Bestari. Pelbagai usaha membudayakan ICT juga telah diperkenalkan di sekolah bagi merapatkan jurang digital yang dihadapi oleh negara berbanding negara maju. Projek Makmal Komputer yang dilengkapi dengan komputer terkini beserta kemudahan LAN dan Internet mula dilaksanakan pada tahun 1999. KPM telah melancarkan program pembestarian sekolah bagi tujuan melengkapkan murid dengan Kemahiran Abad Ke-21 yang menekankan penggunaan ICT sebagai pemangkin. Sejajar dengan program pembestarian ini, penyediaan capaian Internet jalur lebar melalui Projek SchoolNet dilaksanakan untuk semua sekolah di seluruh negara. Bagi membudayakan ICT di sekolah dan meningkatkan penggunaan komputer oleh murid, Projek Pusat Akses Sekolah (PuAS) diperkenalkan pada tahun 2006. KPM juga telah menambahbaik kaedah penyampaian program TV Pendidikan dengan pelaksanaan WebTV KPM atau lebih dikenali sebagai eduWebTV pada tahun 2008. Ia merupakan sumber pendidikan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan bahan-bahan PdP dalam bentuk audio-visual kepada murid dan guru terutamanya di kawasan pedalaman. Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) digubal untuk memastikan kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan generasi berilmu yang berupaya menyumbang ke arah pembangunan negara. Aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang terkandung dalam DPK menyatakan ICT sebagai faktor penting untuk membantu pencapaian pembangunan pendidikan dan seharusnya diintegrasikan dalam P&P serta pengurusan pendidikan. Pernyataan dasar ini meliputi perkara berikut:
ICT untuk semua murid
ICT sebagai alat P&P, sebagai komponen mata pelajaran dan sebagai mata pelajaran
ICT digunakan untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan
Pembangunan ICT Dalam Pendidikan di Malaysia bermatlamat untuk:
meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT
memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT
memperluas kurikulum berasaskan ICT
meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT
menekankan pengintegrasian ICT dalalm PdP
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan murid, tenaga pengajar, dan personel KPM
meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan
meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT
meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT
meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membantu memperkembangkan ICT Dalam Pendidikan
Kemahiran ICT Kemahiran ICT yang diperlukan oleh guru / setiap individu adalah berbeza. Ini bergantung kepada keperluan tugas, organisasi, minat dan kecenderungan individu. Dalam alam pendidikan, kemahiran mengguna aplikasi pemprosesan perkataan seperti Words, aplikasi paparan seperti Excel, aplikasi penyampaian seperti Powerpoint, kemahiran mencari maklumat, dan kemahiran mengolah data yang diperoleh menjadi satu kemahiran asas untuk semua. Pengkhususan selanjutnya bergantung kepada keperluan tugas individu. Contohnya:
Guru perlu tahu bagaimana berkomunikasi melalui e-mel, serta mengintegrasikan ICT sebagai satu bentuk sumber pendidikan dalam PdP.
Guru Pendidikan Seni boleh mencuba perisian melukis dan diikuti dengan perisian untuk animasi.
Pentadbir sekolah perlu tahu bagaimana menggunakan ICT untuk memudahkan kerja pentadbiran, meiningkatkan keberkesanan kerja dan mewujudkan saluran komunikasi dengan guru dan agensi luar dengan menggunakan e-mel.
Guru Penyelaras Bestari / ICT perlu tahu menyenggara komputer, memasang dan mengurus rangkaian setempat dan lain-lain.
Guru Perpustakaan dan Media perlu meneroka aplikasi atau perisian terkini yang boleh dicadangkan kepada guru untuk disesuai dan diintegrasikan dalam PdP.
Kaedah Meningkatkan Kemahiran ICT Terdapat pelbagai kaedah dan saluran untuk meningkatkan kemahiran ICT, antaranya:
Menghadiri kursus atau latihan yang dianjurkan oleh KPM atau pihak luar
Menghadiri latihan dalaman sekolah
Meneroka sendiri melalui web atau e-pembelajaran
Belajar sambil bekerja (On-the-job training)
Melalui rakan sejawat
Mengajar
Peningkatan kemahiran bermula dengan minat, kesedaran, keperluan dan motivasi untuk belajar yang akan menyumbang kepada keberkesanan pembelajaran individu. Selepas mengikuti latihan kemahiran, individu mesti menggunakan kemahiran yang diperoleh dalam menjalankan tugas harian. Secara tidak langsung, seseorang itu akan memperoleh lebih banyak kemahiran. Kemahiran ini juga boleh dipindah ke penggunaan program yang baharu. Latihan secara tidak formal seperti on-the-job training dan aplikasi perisian dalam kerja memainkan peranan yang penting dalam peningkatan kemahiran ICT individu. Perkongsian pengalaman dan mengajar orang lain pula merupakan cara terbaik untuk mendalami kefahaman berkaitan kemahiran yang diperoleh.
Category Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan May 20 2016
Aplikasi Kahoot!!!
Kahoot merupakan suatu aplikasi kuiz secara online yang dibina oleh guru untuk merangsang minat murid semasa proses P&P melalui suasana pembelajaran secara interaktif. Aplikasi ini dapat digunakan melalui pelbagai peranti antaranya ialah komputer, tablet dan telefon pintar. Guru dapat membina pelbagai kuiz berkaitan topik yang ingin diuji dengan berkongsi nombor pin kuiz tersebut untuk dijawab oleh murid. Skrin dihadapan kelas akan menjadi paparan utama yang akan memaparkan soalan manakala murid pula akan menggunakan peranti masing-masing untuk menjawab soalan berdasarkan beberapa pilihan jawapan yang diberi. Secara tidak langsung, perkara ini akan menjadikan murid fokus dalam menjawab soalan
kerana aplikasi ini memerlukan murid mengutamakan soalan yang hanya terdapat pada paparan skrin utama di hadapan kelas. Di samping itu, murid juga dapat melihat kepantasan mereka dalam menjawab soalan melalui kedudukan dan masa yang dipaparkan pada skrin utama di hadapan kelas. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan suasana persaingan yang sihat dalam kalangan murid melalui permaian secara interaktif. Bukan itu sahaja, Kahoot juga mampu mewujudkan suasana P&P yang menyeronokkan dan mendisiplinkan murid dari segi memperuntukkan masa menjawab sesuatu soalan. Penggunaan Kahoot dalam P&P juga turut menerapkan unsur didik hibur dan dilihat sangat sesuai dilaksanakan dalam pembelajaran abad ke 21. Tutorial Kahoot!! Pengenalan Teknologi Pendidikan Definisi Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne” yang bermakna kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatan teknologi terletak terutamanya pada proses dan
idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Kata Heinich, Molenda dan Rusell (1969) “Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi prosesdan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakalakejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan “pemangkin” ke arah mencapai kejayaan.” Naim Hj. Ahmad (1990) mendefinisikan teknologi pendidikan sebagai satu perkaedahan atau pendekatan yang memadukan secara harmonis, fungsi-fungsi pengurusan (organisasi dan personel), pengembangan (penyelidikan, teori reka bentuk, penerbitan, penilaian, pemilihan, logistik, penggunaan dan penyebaran dan sumber ( mesej, manusia, bahan, alat, teknik dan cara penyediaan secara sistematik untuk penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi
dalam pengajaran dan pembelajaran manusia. Yusuf Hashim (1997), teknologi pendidikan ialah satu proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik dengan tujuan meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan pelajar juga ditekankan sebagai sebahagian daripada teknologi pendidikan kerana hal ini boleh mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Persatuan Komunikasi dan Teknologi Pendidikan (AECT) berpendapat bahawa teknologi pendidikan ialah satu bidang yang terlibat dalam kemudahan menyediakan pembelajaran untuk manusia menerusi pengenalpastian, penyusunan, penggunaan dan pengurusan sumber yang sedia wujud, pengurusan proses dan manusia yang terlibat melakukannya. “Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan”(Crowell (1971):Encyclopedia of education) “Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran”(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology) Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran. Peranan Teknologi Dalam Pendidikan Peranan Teknologi Dalam Pendidikan Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah. Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan daripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah
merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT. Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami. Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian.
Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini. Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya di dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid. Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang diajar menggunakan ICT.