Analyse Learners ( Analisis Pelajar)
Kelas : 6 Bijak Bilangan : 34 Orang ( 18 orang perempuan, 16 orang lelaki ) Umur : 12 tahun Pengetahuan sedia ada: Telah tahu tentang haiwan peliharaan dan haiwan yang bearda dirumah serta pernah berkunjung ke zoo. Sikap: Aktif dan suka bergerak
State Objective 1. Kognitif ( Nyatakan objektif / -Murid dapat menyatakan sesetengan haiwan hidup secara Hasil berkumpulan dan hidup menyendiri. pembelajaran) - Murid dapat menamakan menamakan 5 haiwan haiwan hidup hidup berkumpulan berkumpulan dan dan 5 haiwan hidup menyendiri. - Murid dapat mengelaskan mengelaskan haiwan berdasarkan cara hidup haiwan tersebut. 2. Afektif - Murid kelihatan seronok dengan mengangkat tangan dan berdiri untuk memberi jawapan semasa sesi soal jawab.
Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber)
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang digunakan - Kaedah perbincangan - Kaedah penyoalan - kaedah berpusat - kaedah berpusatkan bahan. Media yang digunakan -Komputer riba -Tayangan video -Tayangan slaid Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan Komputer riba Tayangan video Tayangan slaid Bahan 2D (gambar haiwan dan lembaran kerja ) Bahan 3D( model haiwan)
Utilize media and materials (Gunakan media dan bahan sumber)
Bahan 2 D iaitu Gambar haiwan digunakan dalam set induksi bagi menarik minat murid. Tayangan video semasa langkah 1 membantu murid memahami gambaran cara hidup haiwan iaitu hidup secara berkumpulan dan menyendiri.
Tayangan slaid pula digunakan bagi menambah pemahaman murid. Lembaran kerja pula digunakan bagi tujuan pengukuhan.
Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)
Murid terlibat secara aktif Set induksi : Pemusatan bahan dan murid Langkah 1 : Pemusatan bahan dan murid Langkah 2 : Pemusatan murid dan guru Langkah 3 : Pemusatan bahan dan murid Langkah 4 : Pemusatan murid dan bahan Penutup : Pemusatan guru dan murid, bahan
Evaluate and Revise ( Nilai dan semak semula)
Membuat kesimpulan dan rumusan daripada keseluruhan pembelajaran pada hari ini. Murid membuat kesimpulan dengan melengkapkan peta minda pada slaid.
Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan
sistematik.
Seseorang
guru
perlu
mengetahui
perkara
yang
hendak
dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE. Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik. Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunaan media. Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah. Model ASSURE bermaksud mempastikan pembelajaran berlaku. Dalam model ini terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1: •
A - Analyse learners (Analisis pelajar).
•
S - State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran).
•
S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan ).
•
U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan).
•
R - Require learner participation ( Penglibatan pelajar dalam pembelajaran ).
•
E – Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).
Langkah 1 : Analisis pelajar Model ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah
deskripsi
tentang
umur
pelajar,
tingkatan,
latarbelakang
dan
sebagainya. Maklumat yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam
pemilihan media. Maklumat tersebut boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara langsung dan pengajar akan dapat mengetahui harapan, sikap dan latar belakang pelajar. Peringkat pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat diperolehi daripada ujian kemasukan dan
juga interaksi bersama mereka. Pelajar pernah mendapat
maklumat daripada buku rujukan dan mendapat pendedahan melalui majalah dan TV. Media yang digunakan perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran. Untuk menganalisis ciri pelajar, terdapat 3 perkara penting yang perlu dilihat iaitu: penggunaan sesuatu media dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar supaya penggunaannya berkesan dan bermakna kepada pelajar itu sendiri. Perkara-perkara berikut harus dijadikan pertimbangan guru iaitu perkembangan tahap kognitif dan fizikal pelajar yang akan diajar. Dengan itu bahan media yang digunakan dapat disesuaikan dengan tahap kognitif pelajar, di mana hasil pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan. Selain itu, perbezaan budaya dan bahasa setiap pelajar harus diberi pertimbangan. Pelajar tingkatan 5b terdiri daripada kaum Melayu, Cina, dan India.
Langkah 2: Nyatakan objektif Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Objektif topik ini ialah pelajar dapat: 1.
Memahami pengelasan mikroorganisma.
2.
Mengetahui pelbagai jenis mikroorganisma daripada segi rupa bentuk dan
saiz.
Langkah 3: Pilih kaedah, media dan bahan Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini: i. memilih kaedah Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik perhatian pelajar dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah perbincangan, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang baru. ii. memilih media Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna. Media yang dipilih ialah slaid, video, tayangan komputer multimedia. Format media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan pelajar. iii. Memilih bahan Bahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Bahan yang dipilih ialah buku teks Sains tingkatan 5, nota, dan buku latihan.
Langkah 4: Gunakan media dan bahan Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini
menjadi
penentuan
kepada
keberkesanan
proses
pengajaran
dan
pembelajaran. Guru boleh menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk nota dan latihan. Buku teks Sains tingkatan 5 juga digunakan. Media dan bahan yang telah dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman pelajar, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para pelajar.
Langkah 5: Penglibatan pelajar dalam pembelajaran Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi
dan sebagainya. Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas pelajar yang betul. Dalam topik pengajaran ini, pelajar dibahagikan kepada kumpulan untuk mencari rupa bentuk mikroorganisma melalui internet. Selepas itu latihan struktur juga diberikan kepada pelajar.
Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap sesebuah program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan pengajaran, dan pencapaian murid mengikut keperluan. Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk
mendapatkan
kesan
penggunaan
media
yang
maksimum
dalam
pengajaran. Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga, iaitu i. Prestasi pelajar berdasarkan rujukan criteria (penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan) ii. Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran. iii.Sikap. Pelajar akan dinilai dengan soalan betul/salah untuk melihat pemahaman mereka. Selain itu pelajar juga menjawab soalan struktur.
Kesimpulan: Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Inkuiri Murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, menganalisis data, menyemak hipotesis dan membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul.
Ekspositori Murid tidak digalakkan memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari. Mereka hanya mempelajari apa yang patut dipelajari sahaja.
Pengajaran Langsung Kaedah ini agak sesuai untuk mengajar bacaan dan metematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.
Pembelajaran Masteri Dalam kaedah ini isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid-murid agar murid dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masingmasing.
Pembelajaran Koperatif Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan antara ahli kumpulan dan pembelajaran ini juga mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid.
Main Peranan & Simulasi Main peranan amat berguna dalam P&P sains sosial di mana murid-murid kita dapat memahami keprihatinan,nilai dan perspektif orang lain. Simulasi membantu murid-murid untuk melihat perwakilan objek yang sebenar.
Synectics Murid-murid akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk mengaplikasi prosedurprosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.
3.0 PENDEKATAN PENGAJARAN Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dengan mengambil kira kebolehan pelajar yang pelbagai, beberapa pendekatan yang sesuai telah dipilih.
3.1 Kaedah Penyoalan Antaranya ialah kaedah penyoalan. Kaedah penyoalan adalah sesuai untuk menggalakkan pemikiran dan pembelajaran murid. Penyoalan boleh dibahagikan kepada enam tahap berdasarkan Taksonomi Bloom. Bagi peringkat awal, muridmurid akan diajukan dengan soalan dari kategori pengetahuan. Soalan sebegini berperanan untuk memastikan murid-murid boleh mengenal pasti dan mengingati kembali sesuatu maklumat. Contohnya, dalam rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, pengajaran dimulakan dengan guru menyoal fungsi anggota badan seekor haiwan. Dengan ini murid-murid akan mengingati kembali fungsi anggota badan haiwan yang diketahui. Selain itu soalan ini juga dapat memberi gambaran awal tentang tahap kebolehan seseorang pelajar. Selain dari soalan mengenai pengetahuan, soalan aplikasi juga sesuai diberi kepada murid-murid. Soalan ini sesuai diajukan setelah berlaku proses pengajaran dimana pada peringkat ini murid akan diminta mengaplikasikan maklumat yang telah diperolehi. Murid-murid juga akan menggunakan peraturan atau proses untuk menyelesaikan masalah. Ia juga sesuai untuk meningkatkan tahap pemikiran murid. Berdasarkan rancangan pengajaran harian, guru meminta murid memadankan kad gambar dengan kad perkataan yang sesuai. Ini dapat membantu murid untuk menggunakan isi pelajaran yang telah dipelajari untuk memadankan kad imbasan tersebut. 3.2 Pengajaran Secara Kelas Kaedah seterusnya ialah pengajaran secara kelas. Pengajaran secara kelas bermaksud penyampaian pengajaran guru kepada seluruh kelas, Mok Soon Sang (1991). Seperti kaedah penyoalan, kaedah ini juga sesuai kerana isi pelajaran, latihan dan kerja dapat diberikan sama kepada semua pelajar. Guru pula dapat mengenal pasti murid yang lemah bagi memudahkan langkah pemulihan dibuat. Terdapat beberapa kelebihan menggunakan kaedah pengajaran secara kelas. Antaranya guru dapat menjimatkan masa dan tenaga. Guru dapat menjelaskan konsep dan kemahiran kepada semua murid dalam satu masa sahaja. Selain itu kebanyakkan murid suka belajar beramai-ramai. Oleh yang demikian, ia adalah amat
sesuai terutamanya bagi murid-murid tahap satu. Menerusi kaedah ini juga minat murid dapat diransang kerana mereka lebih cenderung dan gemar belajar bersamasama. Pada masa yang sama semua murid dapat berkerjasama dalam aktiviti-akti viti pembelajaran dan yang akhir sekali murid-murid dapat bertanding antara satu sama lain disamping dapat melatih murid-murid yang sederhana dan lemah mencontohi rakan-rakan mereka yang cerdas. Seperti dalam rancangan pengajaran harian yang disediakan, pengajaran secara kelas dibuat apabila guru memaparkan persembahan power point yang mengandungi gambar haiwan yang telah dilabelkan bahagianbahagian anggota badannya serta guru mengajar murid-murid menyebut nama anggota badan haiwan secara beramai-ramai di dalam kelas.
3.3 Kaedah Kumpulan Oleh kerana kelas terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan, kaedah kumpulan adalah salah satu kaedah yang sesuai kerana murid-murid tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan dalam setiap kumpulan. Contohnya dalam satu-satu kumpulan terdiri daripada murid cerdas, sederhana dan lambat. Pengajaran secara berkumpulan baik kerana ia membolehkan murid-murid belajar mengikut kebolehan masing-masing. Melalui kaedah berkumpulan juga murid-murid cerdas akan terus maju melalui aktiviti pengayaan manakala murid-murid lambat dapat m enguasai kemahiran asas melalui aktiviti pemulihan. Pengajaran berkumpulan juga membolehkan guru merancang aktiviti pembelajaran mengikut kebolehan kebolehan dan memudahkan guru dalam memberi bimbingan kepada murid-murid. Bukan itu sahaja, murid-murid juga mendapat peluang untuk mengembangkan potensi masing-masing selain dari dapat membina semangat kerjasama, bertanggungjawab dan bertoleransi. Aktiviti berkumpulan yang dibuat dalam rancangan pengajaran harian ialah guru membahagikan murid-murid kepada tujuh kumpulan dimana setiap kumpulan mengandungi lima orang murid yang terdiri pelbagai kebolehan dan seterusnya guru mengedarkan lukisan seekor haiwan yang tidak lengkap dan meminta mereka melengkapkan gambar tersebut dengan melukis bahagian anggota badan yang tiada.
3.4 Perbincangan Kaedah terakhir yang digunakan ialah perbincangan. Perbincangan merupakan satu
kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan murid-murid dalam kelas, atau suatu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukartukar fikiran atau idea atau berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara melalui perbualan di bawah penyeliaan seorang guru, Mok Soon Sang (1991). Antara tujuan perbincangan dilaksanakan ialah untuk menggalakkan perkembangan mental murid supaya dapat menyumbangkan idea. Pada masa yang sama murid juga dilatih berfikir dengan teliti dan berkomunikasi dengan berkesan. Seterusnya ia juga mampu memupuk semangat kerjasama antara murid. Antara rancangan yang meliputi aktiviti perbincangan di dalam kelad ialah guru membuat penyoalan secara terbuka dan dijawab oleh murid. Di samping itu, guru akan memberi penerangan sekiranya terdapat murid tidak faham.
4.0 MEDIA PENGAJARAN Media ialah sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan, Reiser dan Gagne (1983). Selain itu media juga diberi takrifan sebagai alat atau perkakasan yang biasa digunakan untuk menyampaikan maklumat dikalangan manusia, Muhamad Hassan Abdul Rahman (2000). Manakala media pengajaran pula ialah media yang membawa mesej tentang pengajaran, Heinich (2002). Media pengajaran juga dikatakan sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran. Namun begitu, media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat meransang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar sehingga dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran, Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Dr. Ramlah Hamzah dan Dr. Rosini Abu (2005). Oleh kerana murid-murid tediri dari pelbagai kebolehan, maka pemilihan media yang sesuai adalah penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan. Media pengajaran yang baik dapat memperjelaskan mesej terutamanya mesej yang disampaikan secara simbol verbal. Selain itu, media juga sepatutnya dapat mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera, dapat menimbulkan minat, kefahaman dengan penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi serta dapat menyediakan pengalaman dan persepsi yang sama kepada semua murid. Kepelbagaian kebolehan murid menyebabkan saya memilih media yang mengandungi unsur-unsur seperti audio dan visual.
4.1 Boneka Untuk melaksanakan set induksi, saya telah memilih model tiga dimensi iaitu boneka sebagai media pengajaran. Boneka dipilih kerana ia mempunyai bentuk sebenar sesuatu objek. Oleh itu rujukan yang lebih konkrit dapat disediakan berbanding dengan simbol verbal kerana ia boleh dipegang dan dirasa. Berdasarkan isi pengajaran yang hendak diajar, boneka seekor binatang seperti ikan digunakan untuk menunjukkan bahagian-bahagian anggota badannya.
4.2 Persembahan Power Point Selain boneka, saya juga menggunakan media tayang kaku iaitu persembahan power point. Power point digunakan untuk menunjukkan objek sebenar. Ini adalah sesuai kerana ia dapat mengukuhkan lagi kefahaman murid dimana ia merupakan gambaran objek sebenar dan ia juga merupakan satu pendedahan kepada keadaan sebenar. Menerusi media jenis ini, saya akan menghasilkan satu persembahan power point yang mengandungi gambar beberapa ekor binatang yang sudah dilabel. Untuk menambahkan keberkesanan persembahan ini, label-label yang digunakan boleh dimasukkan kesan khas seperti gerakan dan warna supaya lebih menarik dan seterusnya dapat meransang minat murid-murid. 4.3 Kad Imbasan Media pengajaran terakhir yang digunakan ialah media pengajaran dari jenis gambar kaku iaitu kad imbasan. Kad imbasan adalah sesuai untuk penilaian. Ini kerana murid-murid akan diminta untuk memadankan kad gambar dengan kad perkataan. Kad imbasan amat sesuai untuk penilaian kerana kad imbasan merupakan media pengajaran yang menyediakan rujukan simbolik. Maka, murid-murid akan belajar untuk menyesuaikan pembelajarannya dengan pelbagai keadaan.
5.0 PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM BILIK DARJAH Pengurusan tingkah laku murid dalam bilik darjah adalah amat penting untuk menyediakan murid yang berminat untuk mengikuti proses pengjaran dan pembelajaran yang dijalankan.
5.1 Faktor Masalah Tingkah Laku Dalam Bilik Darjah Terdapat beberapa faktor yang mencetuskan masalah tingkah laku dalam bilik
darjah. Antaranya ialah suasana persekitaran rumah yang kurang selesa. Selain itu suasana persekitaran sekolah yang tidak kondusif, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang membosankan. Keadaan fizikal sekolah yang kurang kondusif serta pengurusan sekolah yang bercorak autokratik juga boleh menimbulkan masalah tingkah laku dalam bilik darjah. Masalah tingkah laku dalam bilik darjah juga disebabkan oleh pendapat dan pandangan murid tidak mendapat perhatian dari pihak sekolah serta penilaian negatif yang mewujudkan permusuhan nyata dengan membalas dendam. Oleh yang demikian pengurusan tingkah laku dalam bilik darjah sangat penting dan salah satu cara untuk menguruskannya ialah dengan memantau perlakuan murid.
5.2 Pemantauan Tingkah Laku Dalam Bilik Darjah Dua kategori perlakuan yang penting dalam bilik darjah ialah penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran seperti perhatian semasa pengajaran, perbincangan dan lain-lain tugasan dan yang kedua ialah pematuhan murid kepada peraturan bilik darjah, Emmer dan rakan-rakan (1989). Pemantauan tingkah laku boleh dibuat sekiranya guru boleh melihat semua murid dalam bilik darjah. Antara cara-caranya ialah guru bergerak antara barisan murid dan memberi fokus kepada beberapa murid sahaja. Selain itu pemantauan juga boleh dibuat dengan bergerak dari satu murid kepada murid yang lain untuk mengatahui kemajuan dan memberi maklum balas. Pada masa yang sama guru juga perlu bangun dan berjalan untuk menyelia dan memastikan murid mengikuti arahan. Namun begitu tedapat beberapa perkara yang perlu dielakkan oleh guru. Antaranya ialah bercakap dengan papan tulis, menyelia murid yang memerlukan bantuan atau yang mengangkat tangan sahaja, mengambil masa yang lama pada satu tempat atau murid. Untuk memantau murid pada peringkat awal membuat tugasan individu, pastikan semua mulakan aktiviti serta meletakkan semua bahan yang diperlukan di atas meja. Murid j uga hanya akan memulakan latihan atau menjawab soalan setelah guru memberikan arahan dan lakukan perbincangan untuk menyemak jawapan supaya guru dapat mengetahui sama ada murid memahami apa yang dipelajari.
5.3 Ketekalan Untuk menguruskan tingkah laku dalam bilik darjah guru juga perlu tekal. Ketekalan bermakna mengekalkan harapan perlakuan yang sesuai dan tidak sesuai dalam
aktiviti tertentu, ianya juga bermakna bahawa harapan ini adalah untuk semua murid dalam semua keadaan, Emmer dan rakan-rakan (1989). Tedapat faktor-faktor yang mempengaruhi ketidaktekalan, iaitu peraturan yang tidak sesuai, guru gagal memantau murid dan tidak dapat mengesan tingkah laku yang tidak sesuai. Guru yang merasakan bahawa penguatkuasaan peraturan adalah penting juga menyebabkan berlakunya ketidaktekalan. Sekiranya murid didapati tidak tekal guru bolehlah mengambil beberapa langkah, salah satunya ialah menjelaskan semula peraturan. Bukan itu sahaja guru juga boleh mengubahsuai peraturan dan memperkenalkan semula kepada murid. Namun begitu sekiranya peraturan sedia ada adalah tidak sesuai, ia boleh dibatalkan dan diganti dengan peraturan yang baru.
5.4 Pengurusan Segera Kepada Tingkah Laku Negatif Cara terakhir dalam menguruskan tingkah laku dalam bilik darjah ialah pengurusan segera kepada tingkah laku negatif. Ini adalah penting supaya tingkah laku negatif tidak terus merebak. Contoh-contoh tingkah laku negatif ialah kurang penglibatan dalam aktiviti pembelajaran, mengambil masa yang lama untuk membuat tugasan, tidak memberi perhatian penuh dan sentiasa mengelak dari tugasan yang diarahkan. Oleh sebab itu guru perlu mengambil langkah segera untuk membanteras tingkah laku tersebut dengan mengarah semula perhatian murid kepada tugasan sekiranya mereka tidak menyiapkan tugasan. Selepas itu guru perlu menyemak kemajuan mereka selepas beberapa minit. Guru juga perlu bergerak ke arah murid berkenaan, guna isyarat badan untuk membetulkan tingkah lakunya sehinggalah dia akur. Seandainya murid masih bertingkah laku negatif, ingatkan dia tentang peraturan kemudian tanya atau beritahu murid supaya berhenti bertingkah laku sedemikian.
6.0 JENIS-JENIS SOALAN Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tahap pemahaman murid boleh diuji dengan soalan-soalan yang sesuai. Berdasarkan Domain Kognitif Bloom, terdapat beberapa jenis soalan yang boleh digunakan untuk menguji kefahaman murid.
6.1 Pengetahuan Pengetahuan merupakan peringkat yang paling rendah dalam hierarki Bloom. Pengetahuan di tahap ini ialah pengetahuan yang telah dipelajari. Oleh sebab itu,
aras ini menguji kebolehan murid mengingati kembali fakta, erti, istilah, prinsip, hukum dan definisi. Contoh-contoh soalan yang digunakan ialah manakah, apakah, siapakah dan bilakah. Antara soalan yang diajukan berdasarkan aras pengetahuan ialah ‘burung makan dengan apa?, ayam berjalan dengan apa?’. Soalan-soalan yang diberikan ini ditujukan untuk semua murid supaya mereka dapat mengingat kembali pengetahuan sedia ada mereka untuk menghubungkaitkan dengan isi pengajaran yang akan diajar.
6.2 Kefahaman Aras yang seterusnya ialah kefahaman. Oleh kerana ia merupakan peringkat yang menunjukkan kebolehan memberi interpretasi, menterjemah dan menerangkan dengan perkataan sendiri, maka soalan-soalan yang digunakan pada peringkat ini biasanya berkaitan dengan mengulas, mentafsir, merumus dan merancang.
6.3 Aplikasi Selain itu murid juga boleh diuji mengenai kebolehan menggunakan maklumat seperti prinsip, teori dan konsep kepada situasi baru dan dalam situasi yang berlainan melalui aras aplikasi. Antara keadaan-keadaan yang sesuai untuk mengemukakan soalan-soalan berkaitan aplikasi ialah dalam pengiraan, menterjemah, mengilustrasi, menyusun, mempraktik dan menjangka. Oleh yang demikian, soalan-soalan yang biasa digunakan ialah t unjukkan, kirakan, selesaikan, demonstrasikan, susunkan, uruskan, gunakan. Selepas murid-murid mengikuti pengajaran, mereka diberi penilaian yang berbentuk penyoalan berdasarkan aras aplikasi di mana mereka diminta memadankan kad gambar dengan kad perkataan berkaitan tajuk yang dipelajari. Jenis penyoalan ini adalah ditujukan kepada semua murid dengan harapan agar murid pandai, lemah dan sederhana dapat mengapilikasikannya dan juga meningkatkan lagi kefahaman murid lemah.
6.4 Analisis Untuk peringkat yang lebih tinggi, soalan berkaitan analisis amat sesuai digunakan. Analisis ialah kebolehan memecahkan perkara yang telah dipelajari kepada bahagian-bahagian tertentu sehingga kefahaman hubungan struktur organisasi diperolehi, Dr. Wan Abdul Kader W an Ahmad, Dr. Ramlah Hamzah dan Dr. Rosini Abu, (2005). Pada aras ini murid diuji membanding dan menghuraikan faktor-faktor
kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain dan soalansoalannya seperti bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan dan bahagikan. Untuk soalan dari aras analisis murid-murid diberi tugasan untuk membezakan anggota badan yang dimiliki oleh haiwan yang berlainan. Soalan ini diberikan kepada semua murid dengan harapan agar murid yang lemah dapat menggunakan isi pengajaran yang dipelajari pada tahap yang lebih khusus.
6.5 Sintesis Untuk menguji kebolehan murid dalam mengintegrasikan bahagian-bahagian kecil kepada satu bahagian besar yang baru soalan dari aras sintesis sesuai digunakan. Bentuk-bentuk soalan dari aras ini biasanya gabungkan, bentukkan, kumpulkan, gubahkan dan susunkan. Soalan dari aras sintesis telah diberikan pada semua pelajar dengan harapan dapat menguji kefahaman murid lemah dan seterusnya dapat meningkatkan tahap kefahaman murid pintar. Contoh soalan yang dikemukakan ialah murid-murid disuruh melengkapkan gambar seekor haiwan dengan melukis bahagian anggota badan yang tiada. Dengan adanya soalan ini diharap agar murid lemah dapat mengenal pasti setiap anggota badan haiwan dengan tepat.
6.6 Penilaian Penilaian merupakan aras yang paling tinggi dalam hierarki Bloom. Aras ini menguji kebolehan murid membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritik, merumuskan atau memberi pendapat sesuatu penyataan, karya, prinsip, teori dan sebagainya. Oleh yang demikian soalan-soalan yang digunakan ialah nilaikan, rumuskan, tafsirkan dan buktikan.
7.0 KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, dapat dirumuskan bahawa penyediaan persediaan mengajar merupakan satu langkah penting dalam pengajaran. Persediaan mengajar yang meliputi pemilihan reka bentuk pengajaran, pendekatan yang sesuai, perancangan media yang baik dan bentuk soalan yang sesuai, dapat menyediakan guru yang lebih berkeyakinan dan seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran.
Bidang teknologi berkait rapat dengan bidang pendidikan. Perkaitan ini telah menimbulkan model-model yang boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Diantaranya ialah model ANSSURE . Dalam tugasan kali saya telah ditugaskan membuat satu rancangan harian berasas model ANSSURE . Berdasarkan tugasan ini saya dapat mendalami pengetahuan mengenai teknologi pendidikan dan pengajaran. Melalui tugasan ini saya juga dapati t eknologi pendidikan adalah kaedah sistematik dengan menggabungkan pelbagai media komunikasi yang inovatif. Tujuan utama teknologi pengajaran digunakan adalah untuk mempengaruhi pembelajaran supaya pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada pengajaran guru tetapi kepada media dan bahan. Dengan menggunakan teknologi kita dapat memotivasikan pelajar untuk belajar.Teknologi juga dapat membantu dalam proses kognitif, motivasi dan membantu keperluan sosial pelajar. Selain itu, keunuikan pengajaran boleh memudahkan suasana pembelajaran menjadi lebih hebat dan berkesan. Ia juga dapat menghubungkan pelajar dengan sumber maklumat dan alat pembelajaran. Tidak dinafikan dengan penggunaan teknologi dapat mengurangkan kerja guru dan mejimatkan masa dalam penyimpanan rekod dan data. Sudah semestinya guru akan lebih produktif sekiranya mereka dilatih dan didedahkan dalam kaedah berasaskan teknologi dan mampu mengakses dengan pantas maklumat bagi keperluan mereka. Seperti yang telah diketahui keperluan ict pada zaman globalisasi ini amatlah penting dan ia perlu dikuasai oleh pelajar bagi menyediakan mereka untuk menjadi pelajar bermaklumat. Sebagai kesimpulan, dapat dirumuskan bahawa penyediaan persediaan mengajar merupakan satu langkah penting dalam pengajaran. Persediaan mengajar yang meliputi pemilihan reka bentuk pengajaran, pendekatan yang sesuai, perancangan media yang baik dan bentuk soalan yang sesuai, dapat menyediakan
guru yang lebih berkeyakinan dan seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran.
DISEDIAKAN OLEH NORZAIBASIMA BADARUDIN KUMPULAN SAINS 2 SEMESTER 4.