CIRI-CIRI KAUNSELOR YANG BERKESAN
Seorang kaunselor yang berkesan ialah dia mampu membantu kliennya untuk mengenali dirinya sendiri seterusnya membantu meningkatkan dirinya untuk menjadi lebih baik serta memberi manfaat kapada dirinya dan orang lain.Seorang kaunselor yang berkesan boleh dikenali melalui ciri-ciri tersebut :
(1) PENDENGAR YANG BAIK Seorang kaunselor yang berkesan seharusnya mempunyai ketrampilan dalam melayan klien. Hal ini hanya akan terlaksana jika seseorang itu mempunyai, merumus luahan pelajar, kemahiran mendengar yan baik, ini akan membantu kaunselor untuk mentafsir dan seterusnya memberi manklumat dalam mencari penyelesaian terhadap isu atau masalah pelajar tersebut.
(2) MEMILIKI KEYAKINAN DIRI YANG TINGGI Keyakinan
merupakan asas untuk melakukan sesuatu tidakan yang tepat dan bersesuaian dengan sesuatu situasi. Kaunselor yang berkeyakinan tinggi akan bertindak dengan tenang dan matang.Walaupun begitu,keyakinan diri itu bersandar pada keupayaan dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran atau dipanggil kredibiliti, ini akan melancarkan proses membantu seterusnya menyebabkan beliau dipercayai pelajar.Hal ini akan menjadi penarik kepada pelajar untuk mendapatkan khidmat selanjutnya.
(3) BERSIFAT TERBUKA Guru
kaunselor hendaklah mempunyai pandangan yang luas, tidak tertumpu kepada sesuatu aspek yang sempit. Sesuatu isu atau masalah pelajar seharusnya dilihat secara holistik atau menyeluruh.dengan ini jalan penyelesaian sesuatu isu akan terbuka luas dan ia memberi ruang kepada pelajar dalam memilih tindakan.
(4) AMANAH, JUJUR, DAN IKHLAS Amanah
membolehkan seseorang bertindak mengikut garis panduan tugas yang ditetapkan untuk menjadi kaunselor. Kejujuran (trustworthiness) akan mengawal tindakan supaya hanya tertumpu untuk membantu pelajar.Manakala keikhlasan akan mengawal segala aspek termasuk kognitif, efektif,dan tindakan bertujuan membantu pelajar tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan.
(5) TIDAK MENGHUKUM
Seorang kaunselor yang berkesan tidak boleh menghukum kerana hukuman meninggalkan kesan negatif yang menyakitkan sama ada dari segi fizikal seperti mencederakan anggota badan mahupun emosi seperti menimbulkan rasa marah, dendam, takut, dan rendah diri terhadap seseorang.Sebaliknya melatih atau membimbing merupakan cara terbaik untuk mendidik seseorang kerana ia meninggalkan kesan positif yang berpanjangan.
(6) EMPATI Empati
ialah kaunselor merasai apa yang dirasai oleh orang lain dengan mengenepikan sikap prasangka serta mengawal persepsi yang sedia ada.Perasaan ini berlaku kerana adanya penghayatan.Perasaan empati ini perlu diperlihatkan kepada pelajar yang dibantu kerana ia akan membantu proses menyelesaikan masalah yang lebih mudah dan cepat seterusnya melahirkan perasaan sayang serta hormat pelajar kepada kaunselor.
(7) MENYIMPAN RAHSIA KLIEN DENGAN BAIK Setiap maklumat yang dikongsi di dalam sesi kaunseling mestilah dirahsiakan, kecuali dengan merahsiakan maklumat tersebut, ia boleh menimbulkan kemudharatan.Hubungan yang dibina atas dasar saling hormat menghormati dan percaya mempercayai boleh dihancurkan oleh sikap tidak menjaga rahsia.
(8) MEMILIKI SIFAT-SIFAT TERPUJI ( MAHMUDAH ) Biasanya
kaunselor yang berkesan mempunyai akhlak yang baik seperti jujur,amanah,bijaksana,adil,pemurah, mnghormati orang lain,prihatin,kuat pegangan agama,ikhlas, dan sebagainya.Oleh itu, mereka akan disanjung dan dihormati oleh klien, masyarakat,dan menjadikan dia sebagai sumber rujukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
(9) MEMPUNYAI ILMU DAN KEPAKARAN DALAM BIDANG KAUNSELING Pelajar mempunyai masalah yang berlainan dan pelbagai, untuk membantu pelajar dengan berkesan kaunselor memerlukan ilmu dalam bidang psikologi kaunseling agar kaunselor dapat menyelesaikan masalah pelajar dengan mahir dan baik.
(10) PENERIMAAN TANPA SYARAT ATAU MUDAH DIHAMPIRI Guru
kaunselor hendaklah memberi perhatian kepada seseorang pelajar tanpa batasan penilaian terhadap aspek pemikiran, perasaan, dan tingkah laku pelajar itu baik atau buruk. Pelajar perlu dilayan dengan mesra dan baik tanpa menunjukkan perasaan pilih kasih.
CIRI-CIRI KAUNSELOR BERKESAN MENGIKUT PENDAPAT TOKOH
HACKNEY DAN CARMIER (1996)
Kesedaran
kendiri dan memahami Kesihatan psikologi yang baik Sensitif Berfikiran terbuka Bersifat objektif Cekap Boleh dipercayai Mempunyai tarikan interpersonal
FOSTER ( 1996 ) DAN GUY ( 1998 ) DALAM GLADDING,ST ( 2004 )
Berminat
secara semula jadi kepada manusia. Sentiasa ingin tahu dan mengambil berat terhadap orang lain. Berkebolehan untuk mendengar dan minat mendengar apa yang dikatakan oleh orang lain. Selesa berkomunikasi dengan orang lain. Berkebolehan melihat ke dalam diri.
Berkeupayaan
mengenepikan kehendak peribadi untuk mendengar dan mengambil berat terhadap orang lain terlebih dahulu. Berkebolehan mengekalkan kerapatan emosi dengan orang lain. Menerima kuasa dan boleh melepaskannya. Berkebolehan untuk ketawa bersama orang lain.