SCCA 2083 UNDANG-UNDANG UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI
PLK/UUM
1.0 PENGENALAN
Hak asasi manusia wujud dalam masyarakat yang mendokong nilai-nilai demokratik seperti kebebasan untuk bercakap, kebebasan untuk berekspresi dan kebebasan untuk mengutarakan pemikiran. Demi menjamin setiap individu memiliki hak ini tanpa diskriminasi, semua orang harus dilayan secara sama rata tidak mengira agama, bangsa dan keturunan. Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, Malaysia memiliki perspektifnya yang tersendiri terhadap kebebasan asasi. Kewujudan pelbagai fahaman politik, a gama, etnik dan keturunan keturunan menyebabkan kebebasan asasi di Malaysia lebih bersifat kebebasan yang dikawal dan terbatas. Hal ini adalah untuk menjamin ketenteraman dan keharmonian masyarakat. Hak asasi manusia di Malaysia ini dijamin melalui peruntukan dalam Bahagian Kedua, Kebebasan Asasi, Perlembagaan Persekutuan. Terdapat sembilan peruntukan hak asasi manusia iaitu Perkara 5. Kebebasan diri, Perkara 6. Keabdian dan kerja paksa dilarang, Perkara 7. Perlindungan daripada undang-undang jenayah dan perbicaraan berulang, Perkara 8. Sama rata, Perkara 9. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak, Perkara 10. Kebebasan bercakap berhimpun dan berpersatuan, Perkara 11. Kebebasan beragama, Perkara 12. Hak terhadap pendidikan dan Perkara 13. Hak terhadap harta. Kebebasan asasi ini bukan satu konsep kebebasan yang mutlak tetapi ia mempunyai batasan batasan untuk mengelakkan kebebasan daripada membawa kepada ketidakstabilan. Pelbagai peruntukan lain membataskan kebebasan asasi ini selain kewujudan undang-undang sekatan. Penulisan ini bertujuan untuk menilai hak asasi manusia daripada segi teori dan praktiknya dalam politik di Malaysia.
2.0 HAK ASASI ± PENGERTIAN DAN SIGNIFIKANNYA
Hak asasi atau yang lebih dikenali dengan hak asasi manusia boleh didefinisikan sebagai sekumpulan hak -hak yang dianggap asas dan penting, yang tidak boleh dinafikan. Ia dianggap sebagai sesuatu yang mendasar. Tanpa hak -hak ini manusia mungkin tidak dapat mengembangkan potensi kemanusiaannya. Hak - hak asasi merangkumi segenap aspek; baik jasmani mahupun rohani2. Perlu ditegaskan bahawa oleh kerana hak -hak ini dianggap sebagai wujud atau timbul bersama -sama dengan kewujudan manusia, khususnya bagi sesiapa yang mempunyai agama, adalah sesuatu yang dianugerahkan oleh Penciptanya. Dengan kata lain hak -hak tersebut bukanlah ihsan pemerintah atau penguasa awam. Hakikat AZHAR BIN IBRAHIM (192216), NORHASLIZAWATI NORHASLIZAWATI BT. TAIB (192028) 1
PLK/UUM
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI
ini perlu ditegaskan kerana nantinya ia dapat membantu kita menilai samada sekatan -sekatan atau penafian-penafian yang dikenakan terhadap hak -hak asasi itu wajar atau sebaliknya. Walauapa pun tafsiran atau definisi hak -hak asasi manusia, perlu dinyatakan di sini bahawa penterjemahan sebenar prinsip- prinsip umum hak asasi itu boleh berubah mengikut masa, tempat dan juga agama. Dengan itu sesuatu yang tidak dianggap asasi pada suatu masa mungkin menjadi asasi dan penting pada masa dan tempat yang lain. Ini dijelaskan oleh apa yang hari ini disebut sebagai hak untuk hidup dalam persekitaran yang bebas daripada pencemaran alam yang lima puluh tahun dahulu tidak dianggap penting. Bagaimanapun dalam tempoh sedekad yang lalu suasana kehidupan yang bebas daripada pencemaran itu kian dianggap penting. Mengikut kepada kenyataan ini mungkin boleh dikatakan bahawa apa yang disifatkan sebagai asasi itu mungkin juga perlu mengambilkira samada ia a dalah sesuatu yang boleh diterima oleh keseluruhan masyarakat. Di peringkat antarabangsa hak - hak ini terkanun dalam dokumen yang dipanggil Perisytiharan Sejagat mengenai Hak -hak Asasi Manusia 1948. Perisytiharan ini penting kerana ia dianggap mendasari falsafah Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuhkan pada 1945. Ia masih dianggap penting sehingga ke hari ini dan sering menjadi rujukan dan piawai buat perlembagaan- perlembagaan
kebanyakan
negara
di
dunia.
Meskipun
di
peringkat
antarabangsa, Eropah dan dunia Islam beberapa dokumen penting mengenai hak -hak asasi manusia telah diisytiharkan selepas 1948 Perisytiharan Sejagat mengenai Hak -hak Asasi Manusia 1948 masih dianggap sebagai rujukan utama. Salah satu sebab mengapa ia masih dianggap penting ialah sifatnya yang tidak mengikat ke atas negara -negara anggota PBB. Ini dibuktikan dengan sikap berkecuali Arab Saudi terhadap peruntukan yang mengizinkan kebebasan menukar agama. Dengan kata lain perisytiharan berkenaan, meskipun mengambil nada yang tegas berhubung dengan hak -hak asasi, menghormati kelainan budaya, agama dan fahaman politik; yakni faktor -faktor yang boleh membezakan penekanan dan perterjemahan prinsip- prinsip hak -hak asasi manusia di peringkat nasional. Sebab itu suara-suara yang mendesak kajian semula kandungan perisytiharan berkenaan tidak menghasilkan apa-apa susulan. Apatah lagi apabila retorik -retorik berkenaan dijeritkan oleh pemimpin- pemimpin dunia ketiga yang rekod hak - hak asasi mereka tidak begitu baik. Umumnya laungan-laungan tersebut di suarakan oleh pemimpin- pemimpin negara-negara membangun yang merasakan bahawa prinsip- prinsip dalam perisytiharan berkenaan boleh AZHAR BIN IBRAHIM (192216), NORHASLIZAWATI BT. TAIB (192028) 2
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI
PLK/UUM
menggugat kedudukan mereka. Perbincangan mengenai hak - hak asasi perlu dilakukan dalam konteks keberperlembagaan dan konsep -konsep lain yang lahir daripadanya, terutamanya kedaulatan undang-undang. Kedaulatan undang -undang tidak harus difahami secara harfiah kerana ia sebenarnya sarat dengan nilai. Sebab itu orang sering membezakan antara kedaulatan undang-undang atau rule of law dengan kawalan oleh undang-undang. Kedaulatan undang -undang mengungkapkan undang -undang yang adil dan saksama sedangkan kawalan undang -undang atau rule by law lebih bertumpukan kepada undang-undang yang bersifat positif, yang tidak semestinya adil dan saksama. Ini dapat diterangkan dengan merujuk kepada undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen tetapi zalim dan tidak adil. Unsur -unsur keadilan dalam kedaulatan undang-undang dibayangkan oleh tuntutan-tuntutan konsep tersebut. Menurut A.V. Dicey kedaulatan undang -undang menuntut : (a) bahawa semua tindakan pihak berkuasa awam perlu disokong oleh undang- undang dan semua pegawai awam adalah bertanggungjawab kepada mahkamah atas tindakan-tindakan yang menyalahi undang-undang, (b) bahawa tidak boleh wujud budi bicara yang terlalu luas pada tangan pegawai - pegawai awam. (c) bahawa semua warganegara berhak mendapat perbicaranaan yang adil di mahkamah yang bebas dan (d) bahawa semua warganegara berhak mendapat layanan yang sama di sisi undang -undang.
3.0
KEBEBASAN ASASI DI BAWAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ± DASAR DASAR DAN MASALAHNYA
Apa yang disebut sebagai hak -hak asasi manusia terkandung dalam Bahagian 2, di bawah tajuk Kebebasan Asasi. Agak malang apabila bahagian sepenting ini tidak di iringi oleh sebarang falsafah atau landasan. Suruhanjaya Reid, yang menyediakan laporan dan perakuan bagi perlembagaan, kelihatannya, tidak berasa perlu untuk berbuat demikian. Ini kerana suruhanjaya tersebut kelihatan begitu yakin bahawa hak -hak berkenaan telah berakar dengan kuat di Tanah Melayu. Suruhanjaya berpendapat bahawa tidak perlu diberikan kedudukan seperti yang diminta oleh beberapa kalangan yang berasa bimbang terhadap kedudukan dan masa depan hak -hak berkenaan. Melihat kepada apa yang berlaku setelah lebih 40 tahun negara merdeka, ternyata AZHAR BIN IBRAHIM (192216), NORHASLIZAWATI BT. TAIB (192028) 3
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI
PLK/UUM
jangkaan Suruhanjaya Reid meleset. Apa yang dikatakan kebebasan asasi tidak bersifat asasi lagi pada praktiknya. Begitu juga dengan kedudukan hak -hak tersebut yang dikatakan istimewa dan terjamin.15 Parlimen dan eksekutif ternyata, bukan sahaja berupaya mengurangkan signifikan hak -hak di bawah Bahagian 2 dengan begitu mudah sekali, tetapi juga tidak menampakkan komitmen yang wajar terhadap pemeliharaan hak -hak tersebut. Apa yang berlaku setakat ini ialah meskipun peruntukkan - peruntukkan berkenaan kekal, pada praktiknya apa yang dipanggil kebebasan asasi itu tidak banyak bermakna kerana pelbagai akta telah diluluskan untuk membataskan kandungan dan implikasi peruntukan - peruntukan tersebut. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa hak -hak itu kini hanya bersifat akademik; yakni wujud sebagai tontotan sedangkan pada perlaksanaannya tidak banyak faedah yang boleh dinikmati oleh rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah. Ini menyebabkan orang berfikir, apakah yang dikatakan kebebasan asasi itu benar - benar asasi pada praktiknya? Kedudukan dalam Perlembagaan Malaysia amat berbeza dengan kedudukan di Amerika, di mana pindaan yang mempunyai kesan pengurangkan hak -hak asasi tidak diizinkan langsung.
4.0
AKTA HASUTAN 19 48
Ada lima kecenderungan menghasut di bawah Akta Hasutan 1948 apabila ia diperkenalkan kembali dalam tahun 1948. Lima kecenderungan itu ialah: 1. Mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak suka terhadap mana-mana raja atau kerajaan s3(1)(a). 2. Membangkitkan rakyat mana-mana raja supaya cuba diubah dengan apa cara lain daripada cara sah s3(1)(b). 3. Mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap pentadbiran keadilan dala m Malaysia atau mana-mana negeri (s3(1)(c). 4. Menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak suka di kalangan rakyat Yang di Pertuan Agong atau rakyat raja mana-mana negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana negeri s3(1)(d). 5. Mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia s3(1)(e)..
AZHAR BIN IBRAHIM (192216), NORHASLIZAWATI BT. TAIB (192028) 4
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI 4.1
PLK/UUM
Pindaan yang dibuat sejak 19 48 hingga sekarang.
Selepas kejadian 13 Mei 1969, satu lagi kecenderungan dimasukkan menjadikan enam kecenderungan semuanya. Kecenderungan yang keenam ialah tidak boleh menyoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan-peruntukan Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan, atau Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan s3(1)(f). Bahagian 3 ialah mengenai Kerakyataan. Ini bermakna tidak sesiapa boleh mempertikai kerakyatan mana-mana rakyat negara ini. Perkara 152 ialah mengenai Bahasa Kebangsaan, Perkara 153 ialah mengenai keistimewaan orang Melayu dan bumiputera lain, dan Perkara 181 ialah mengenai imuniti raja-raja Melayu. Beberapa orang telah diambil tindakan mahkamah kerana melanggar undang-undang. Antara mereka yang diambil tindakan ialah Dr Ooi Kee Saik, Fan Yew Teng, Param Cumaraswamy, Melan Abdullah, Mark Koding, Oh Keng Seng. Dari satu segi kedua-dua undang-undang ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kebebasan bersuara dan kebebasan bersuara adalah sesuatu yang penting dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Bagaimanapun, sekatan yang dikenakan melalui kedua-dua undang-undang ini adalah tertumpu kepada beberapa perkara khusus. Ia tidak menyekat kebebasan bersuara secara keseluruhannya. Dari satu aspek yang lain bolehlah dikatakan tanpa sekatan yang diperuntukkan dalam kedua-dua undang-undang ini mungkin tidak wujud ketidakstabilan dan memusnahkan demokrasi itu sendiri.
5.0 KEPENTINGAN AKTA HASUTAN 19 48 DI MALAYSIA
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usahausaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya. Hakikatnya, kelonggaran yang wujud menyebabkan ada segelintir individu yang mengambil kesempatan untuk terus berpolitik dan mempolitikkan apa sahaja isu untuk kepentingan diri AZHAR BIN IBRAHIM (192216), NORHASLIZAWATI BT. TAIB (192028) 5
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI
PLK/UUM
dan bukan keseluruhan anggota masyarakat. Ia boleh mempengaruhi dan menjejaskan demografi kependudukan negara ini jika tidak ditangani dengan segera. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, siapakah yang bertanggungjawab ke atas soal penghayatan perpaduan dan keharmonian dan apakah pendekatan yang secara rasional boleh diterima pakai membelakangi nilai emosional. Mengapa sejak kebelakangan ini, ramai mula memberi tumpuan ke atas isu ini walhal Malaysia sering dijadikan sebagai negara contoh oleh dunia global. Apakah darjah toleransi dan penerimaan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik sudah jauh merosot atau ia dianggap sebagai isyarat pemulihan supaya tidak mengganggu perjalanan kehidupan harian kita. Isyarat ini perlu diambil serius kerana pencapaian negara selama ini bergantung kepada kematangan pemimpin dan rakyat menangani apa sahaja isu di belakang tabir dengan rasional berasaskan kepada pengalaman yang pernah dilalui dan didikan generasi lepas. Sedar atau tidak, nilai pengorbanan dan kompromi telah mendasari proses kemuafakatan anggota masyarakat negara ini sebagaimana yang telah ditinggalkan oleh para pejuang kemerdekaan yang mahu generasi berikutnya kekal dengan nilai kemasyarakatan yang tinggi disulami dengan unsur toleransi, hormat-menghormati dan saling faham-memahami antara satu sama lain. Ketinggian sifat ini jelas dalam Kontrak Sosial yang membawa kepada kemerdekaan dan jika perlakuan yang wujud dalam kontrak sosial diiktiraf dan dihormati, ahli masyarakat tidak perlu gusar mengenai perpaduan di negara ini. Ini merupakan nilai yang memerlukan kejujuran dalam kalangan ahli masyarakat dan melalui amalan nilai tersebut, tanah air kita berjaya mengisi kemerdekaan atau kebebasan dengan proses pemodenan, pembangunan dan industrialisasi yang sekaligus membawa manfaat kepada ra kyat. Segalanya berkemungkinan di negara ini kerana warisan kepimpinan mahu memastikan bahawa kesejahteraan rakyat terpelihara dan para pemimpin sedar ia hanya dapat dilakukan dalam persekitaran yang kondusif, bebas daripada konflik dan ancaman terutamanya hubungan antara kaum. Keharmonian, perpaduan dan kesediaan untuk hidup rukun memacu kecemerlangan pencapaian negara sela ma ini. Tanggungjawab ke atas perpaduan termeterai dalam Perlembagaan yang memperincikan butiran ketinggian perilaku dan tanggungjawab pemimpin lalu yang wajar dihalusi kerana dokumen ini sebenarnya memberi petunjuk kepada kesemua ahli masyarakat tanpa mengira batasan agama, keturunan, kepercayaan dan gender bagaimana pejuang kemerdekaan sedar polemik yang boleh berlaku dalam jangka panjang di negara ini. AZHAR BIN IBRAHIM (192216), NORHASLIZAWATI BT. TAIB (192028) 6
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI
PLK/UUM
Pemahaman ke atas Perlembagaan boleh membawa keinsafan mengapa kita harus bersama dalam berhadapan dengan krisis lain sebagai warga Malaysia dan bukan bertelagah sesama kita kerana garis ideologi politik. Perpaduan merupakan tanggungjawab bersama. Rakyat termasuk kesemua lapisan masyarakat terutamanya generasi muda perlu akur bahawa apa yang mereka nikmati hari ini adalah pengorbanan dan kompromi nenek-moyang mereka. Polemik politik juga wajar dihentikan sebagaimana yang disarankan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah. Keharmonian mesti diperkukuhkan. Itu adalah tanggungjawab pemimpin dan parti politik supaya pemimpin tidak disalahkan sebagai punca pertembungan sesama ahli masyarakat. Permusuhan politik boleh menjejaskan nilai ikatan keharmonian masyarakat negara ini. Pada waktu yang sama, media dan agensi kerajaan juga boleh memainkan peranan mereka agar menjadi penyalur utama kepada proses memartabatkan kedudukan bangsa. Penghayatan ke atas nilai perpaduan dan kewarganegaraan boleh dilakukan bersama kerana itu adalah tanggungjawab kita. Adalah menjadi tanggungjawab kita membelakangkan perbezaan dan melihat persamaan berpaksikan nilai kemanusiaan kerana sentiasa ada ancaman luaran yang cemburu dengan kejayaan kepimpinan mengurus hubungan antara kaum di negara ini. Ia akan menjadi lebih buruk jika lahir musuh dalam selimut yang mahu melihat perpaduan di negara ini berkecai. Kekuatan sebenar tanah air ini adalah pada kepelbagaian dan jadikan ia sebagai pedoman 2009 untuk terus hidup rukun, sejahtera dan makmur demi masa depan generasi akan datang. Perkongsian kuasa yang diamalkan oleh Malaysia sukar untuk diamalkan oleh negara-negara dunia ketiga sama ada negara tersebut terdiri dari negara Islam atau bukan Islam. Peristiwa peperangan saudara dan pembunuhan sesama kaum merupakan fenomena yang lumrah dalam kebanyakan negara di dunia masa kini. Keamanan dan perpaduan kaum merupakan asas penting kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Perpaduan kaum perlu dipertingkatkan supaya setiap individu yang lahir dalam negara ini dapat memahami bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang memberi hak dan kedudukan kepada pelbagai kaum setanding dengan umat Islam tanpa mengorbankan kedaulatan dan hak warisan yang diwartakan untuk umat Islam yang dipersetujui oleh kesemua para pemimpin kaum semasa Tanah Melayu diserahkan oleh British kepada kepimpinan tempatan. Perkara seperti ini perlu disemat dalam dada setiap generasi baru yang lahir dalam negara ini supaya mereka mengenali sejarah dan keturunan mereka. Kejahilan dalam perkara ini menyebabkan masyarakat pelbagai kaum tidak menyedari sejauh manakah mereka perlu AZHAR BIN IBRAHIM (192216), NORHASLIZAWATI BT. TAIB (192028) 7
PLK/UUM
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI
bersuara dan bertindak demi memenuhi hasrat dan bisikan hati mereka. Malaysia ialah sebuah negara yang bebas di mana masyarakat bukan Islam bebas untuk mengamalkan tradisi budaya dan amalan keagamaan mereka. Perpaduan dan keamanan yang wujud dalam negara ini hasil daripada sikap toleransi dan memahami di antara satu sama lain (mutual understanding ) perlu diperkukuhkan, bukan diperkotak katikkan demi kepentingan diri dan perjuangan politik berunsurkan perjuangan perkauman atau bercirikan konsep komunisme yang membelakangkan tradisi masyarakat beragama. Perjuangan berunsurkan perkauman tidak mungkin dapat membentuk satu masyarakat majmuk yang boleh menegakkan keadilan dan keamanan. Kegagalan dunia Arab menyatu padukan bangsa yang menganut agama yang sama adalah hasildaripada perjuangan ideologi yang bercirikan kepada kabilah, ideologi atau mazhab. Oleh itu, masyarakat perlu meneliti dalam pemilihan pemimpin mereka supaya keamanan dan perpaduan kaum dalam negara ini diperkukuhkan lagi.
6.0
PENGGUNAAN AKTA HASUTAN DI MALAYSIA
Baru-baru ini, kita digemparkan dengan penangkapan dan penahanan seorang kartunis tanahair, Zunar di bawah Akta Hasutan 1948. Umumnya, perkataan hasutan membawa sebuah konotasi berbentuk negatif, di mana perkataan hasutan merujuk kepada perbuatan mengajak atau mempengaruhi seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan yang salah dan berniat jahat. Seorang kartunis adalah seorang pelukis yang menggunakan seni lukisan kartun yang dihasilkan bagi tujuan menyampaikan sesuatu mesej kepada masyarakat. Hasil karya seni seorang
kartunis
ini
dikenali
sebagai
"satira".
Satira
mengikut
definisi
Kamus Oxford bermaksud "penggunaan janaka, ironi, atau sindiran yang bertujuan untuk mengkritik sesuatu kebodohan atau kejahatan terutamanya dalam konteks politik dan isu-isu semasa." Satira telah menjadi medium penyampaian sesuatu mesej berbentuk politik dalam proses mengetengahkan sesuatu maklumat yang berkait rapat dengan konflik poltik yang melanda sesebuah masayarakat.
Seni satira merupaka n salah satu bentuk manifestasi prinsip
kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat sepertimana yang telah diperuntukkan dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 19 Pengisytiharan Hak Asasi Sejagat. AZHAR BIN IBRAHIM (192216), NORHASLIZAWATI BT. TAIB (192028) 8
PLK/UUM
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI
6.1
Satira politik
Satira politik secara khususnya dihasilkan bertujuan untuk menimbulkan isu-isu penting berkenaan kepincangan sistem politik yang seringkali cuba ditenggelamkan pihak pemerintah dalam usaha menyembunyikan hakikat sebenar sesuatu isu atau sesuatu fakta yang menjurus kepada kebenaran yang terselindung di sebalik pembohongan. Satira politik seringkali memaparkan episod-episod hangat sesuatu isu politik yang dicemari penyalahgunaan kuasa, pencabulan hak asasi dan pembohongan secara terang-terangan yang bisa dirujuk dengan fakta yang tidak pernah berdusta. Satira politik yang dihasilkan seseorang kartunis untuk paparan masyarakat bukan sahaja bertujuan untuk meraikan prinsip kebebasan bersuara seseorang individu, tetapi ia juga dipaparkan kepada masyarakat untuk mencuit nurani dan daya pemikiran masyarakat untuk memikirkan secara mendalam kepincangan politik yang menular dalam pemerintahan negara, dan bagaimana ia mampu memberi kesan buruk kepada negara dan kehidupan masyarakat sekiranya ia dibiarkan bermaharajalela. Proses yang berakar umbi daripada prinsip kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat ini amat penting dalam melahirkan masyarakat yang peduli dan tidak hanya mementingkan diri sendiri. Melalui proses ini, nilai-nilai keadilan, kebebasan dan kebaikan diberikan tempat yang tertinggi dalam senarai tanggungjawab yang wajib diperjuangkan oleh setiap rakyat yang cintakan keadilan dan kebenaran. Perjuangan dalam memartabatkan kemuliaan manusia dan perjuangan untuk membina masyarakat madani adalah berlandaskan prinsip menegakkan kebenaran dalam apa cara jua sekalipun di mana kebenaran tidak boleh dibiarkan berkubur tanpa pembelaan. Dengan kesedaran yang dizahirkan melalui penggunapakaian prinsip kebebasan bersuara, kebenaran dapat ditegakkan di mana ia tidak mampu lagi untuk disembunyikan di mana rakyat
akan
menjadi
hakim
yang
mengadili
pembohongan
dan
cubaan
untuk
menyembunyikan sesuatu kebenaran oleh pihak pemerintah. Oleh yang demikian, cubaan-cubaan untuk mengekang kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat dengan menggunakan undang-undang yang tidak berlandaskan prinsip kebebasan dan hak asasi seperti Akta Hasutan oleh pihak pemerintah adalah satu tindakan bacul dan primitif yang jelas bertentangan dengan norma-norma masyarakat yang mendukung prinsip demokrasi dan hak asasi sejagat. AZHAR BIN IBRAHIM (192216), NORHASLIZAWATI BT. TAIB (192028) 9
PLK/UUM
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI
6.2
Penangkapan Zunar
Penangkapan dan penahanan Zunar, seorang kartunis yang lantang mengkritk kepincangan sistem politik pemerintah dan sistem kehakiman negara menunjukkan betapa terdesaknya kerajaan Malaysia dala m cubaan menutup penyalahgunaan kuasa dan kebatilan pemerintahan mereka yang jelas lagi nyata. Tindakan tidak bertamadun pihak kerajaan ini jelas dilakukan dengan tujuan untuk membisukan suara-suara keramat rakyat yang berani bangun untuk menyatakan kebenaran yang cuba diselindungi pembohongan demi pembohongan. Isu-isu yang dipaparkan melalui kartun-kartun Zunar bukanlah suatu imaginasi kosong atau cerita rekaan semata-mata yang sengaja diada-adakan tanpa sebarang basis, tetapi kartunkartun tersebut sarat dengan fakta-fakta dan persoalan-persoalan sah berikutan episod-episod pelik tapi benar ceritera politik Malaysia. Ugutan, penangkapan dan penahanan oleh pihak berkuasa tidak akan bisa menghentikan pencarian dan penyebaran fakta-fakta yang tidak pernah bisu dalam usaha menegakkan kebenaran dan menghapuskan pembohongan. Realitinya, tindakan berterusan pihak kerajaan mengugut, menangkap dan menahan rakyat yang berpegang kepada prisip kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat di bawah Akta Hasutan jelas membuktikan bahawa Akta Hasutan ini dijadikan a lat kepentingan politik pihak kerajaan dalam usaha menutup kebenaran yang bisa memakan diri pihak pemerintah jika tidak dikekang. Dengan menggunakan undang-undang yang tidak berlandaskan prinsip kebebasan dan hak asasi untuk menghalang usaha-usaha rakyat untuk menyampaikan sesuatu fakta dan kebenaran, ia jelas menunjukkan bahawa pada pandangan kerajaan, usaha menyampaikan kebenaran ini adalah sesuatu yang berbentuk hasutan dan berniat jahat. Betapa ironinya realiti ini dari kacamata pemeritah? Sedangkan ahli-ahli falsafah dunia sejak sekian lama telah berjuang dalam penulisan dan lakaran sejarah agar kebenaran dan keadilan dijadikan matlamat tertinggi yang wajib didukung sesebuah masyarakat dalam usaha memartabatkan ketamadunan manusia.
6.3
Kepahitan kebenaran
Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit. Kepahitan yang jelas tergambar dalam sistem pemerintahan
yang
korup,
sistem
kehakiman
yang
tidak
berpaksikan
keadilan,
penyalahgunaan kuasa, penindasan dan kezaliman terhadap rakyat kebanyakan, bukanlah isuisu yang asing bagi kita. Isu-isu ini jika dibiarkan tanpa diketengahkan oleh rakyat yang AZHAR BIN IBRAHIM (192216), NORHASLIZAWATI BT. TAIB (192028) 10
PLK/UUM
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI
peduli soal keadilan akan menular dan lama-kelamaan akan menghakis nilai-nilai keadilan dan kebenaran yang sekian lama dica bar dan dicabuli pihak berkuasa. Oleh yang demkian, masa depan kemuliaan tamadun manusia bergantung kepada kita, rakyat yang tidak jemu untuk menegakkan keadilan dan menumbangkan penindasan dengan mempertahankan prinsip kebebasan bersuara tanpa intimidasi dan ugutan. Usaha-usaha untuk mengekang kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat ini wajib ditentang sekeraskerasnya kerana tindakan ini jelas mencabul proses pencarian sebuah kebenaran. Ini dapat dilihat daripada reaksi penagkapan dan penahanan Zunar, seorang kartunis politik yang kritikal dalam menyampaikan isu-isu politik semasa tanah air kepada masyarakat umum, di mana masyarakat sivil dari segenap pelusuk dunia bangun menentang tindakan primitif kerajaan ini. Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa sepertiC ommittee to Protect Journalists (CPJ), Pakistan Press Foundation(PPF) dan Reporter without Borders(ParisRSF) mengecam tindakan kerajaan yang menangkap dan menahan Zunar di bawah Akta Hasutan. Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa ini menegaskan bahawa tindakan kerajaan ini bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara dan tindakan ini jelas digunakan untuk mengekang kritikan terhadap kepincangan sistem poltik yang sekian mencengkam rakyat dan negara Malaysia. Ugutan yang sering digunakan di bawah topeng Akta Hasutan ini perlu diberhentikan di mana Akta Hasutan yang bertindak sebagai alat politik pihak pemerintah ini perlu dimansuhkan agar hasrat sebenar Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan bersuara dapat direalisasikan. Usaha ini penting dalam membentuk masyarakat yang lebih demokratik dan lebih matang dalam menilai suasana politik semasa dalam usaha memperbetulkan
kepincangan
yang
membelenggu
negara
Malaysia
yang
dicintai
berlandaskan prinsip keadilan dan kebenaran.
7.0
PERANAN PARLIMEN, EKSEKUTIF DAN MAHKAMAH DAN KESANNYA
Bahagian ini cuba melihat dan menganalisis bagaimana cabang-cabang pemerintahan di atas telah memainkan peranan mereka dalam perlaksanaan peruntukan- peruntukan mengenai hak -hak asasi di Malaysia. Ini dapat menerangkan apakah kenyataan yang ada hari ini berpunca daripada kelemahan peruntukan perlembagaan atau cara Parlimen, Eksekutif dan Mahkamah memainkan peranan mereka selama ini. Mungkin berfaedah untuk dijelaskan bahawa dalam demokrasi berparlimen seperti Malaysia doktrin perasingan kuasa ( doctrine of AZHAR BIN IBRAHIM (192216), NORHASLIZAWATI BT. TAIB (192028) 11
PLK/UUM
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI
separation of powers ) tidak dilaksanakan secara seratus peratus. Parlimen dan eksekutif tidak dipisahkan kerana ahli jemaah- jemaah menteri (kabinet) mesti dilantik daripada kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Mengenai mahkamah pula meskipun ia diasingkan daripada kedua -dua cabang tadi, hakim-hakim pada hakikatnya dilantik oleh pihak ekseklutif. Hubungan - hubungan ini perlu disedari kerana ia penting bagi kita memahami bagaimana suatu cabang pemerintahan itu boleh terpengaruh atau dipengaruhi oleh badan yang lain. Cara Parlimen membataskan ruang -lingkup peruntukan - peruntukan yang disebut di atas secara langsung memberi kesan kepada hak - hak asasi di Malaysia. Wujudnya undang -undang seperti Akta Hasutan 1948, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984, Akta Pertubuhan 1972, Akta Polis 1967, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan seumpamanya telah menyebabkan hak - hak yang disebut tadi tidak begitu bermakna pada praktiknya. Akta-akta berkenaan menyebabkan hak -hak yang sepatutnya asasi itu menjadi sesuatu yang seolah-olah µhadiah¶ atau µkurniaan¶ dari pihak pemerintah. Secara umum tidak salah jika dikatakan bahawa kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang yang tertinggi tidak begitu kelihatan dalam sebuah persekitaran yang dipenuhi oleh statut-statut sedemikian. Contohnya, hak menubuhkan persatuan atau berhimpun secara aman perlu diberi izin terlebih dahulu oleh pemerintah. Disinilah terletaknya kepentingan peranan, kefahaman serta komitmen Parlimen dan Eksekutif dalam soal hak -hak asasi. Mengenai kehakiman pula cara hakim- hakim mentafsirkan undang-undang turut memberi kesan kepada ruanglingkup kepada peruntukan - peruntukan dalam perlembagaan dan undang -undang. Latarbelakang dan cara berfikir hakim- hakim cukup penting di sini. Faktor -faktor ini harus diambilkira kerana peruntukan - peruntukan tadi perlu ditafsir dan fungsi ini bukan sesuatu yang mekanikal. Apa yang dianggap sebagai menghasut dan sensitif ketika negara masih dibelenggu oleh ancaman subversive komunis tidak harus kekal sekarang: tafsiran perlembagaan harus beruabh sesuai dengan masa dan tidak harus dikekang oleh doktrin duluan sebagaimana undang- undang lain seperti kontrak, keluarga dan seumpamanya. Agak jelas bahawa selain daripada wujudnya status -status tadi tafsiran-tafsiran mahkamah setakat
ini
tidak
membayangkan
sikap
yang
liberal
dan
progresif.
Akibatnya
peruntukanperuntukan mengenai kebebasan diri dan kebebasan bersuara, umpamanya, tidak lagi begitu bermakna. Setakat ini mahkamah belum bersedia untuk mengambil peranan aktif AZHAR BIN IBRAHIM (192216), NORHASLIZAWATI BT. TAIB (192028) 12
PLK/UUM
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI
dalam memberikan tafsiran yang lebih adil dan mendekati falsafah umum kebebasan asasi itu sendiri. Perlu disebut bahawa selain daripada cara dan tanggapan institusi -institusi tadi memainkan peranan mereka, hak -hak asasi manusia di Malaysia sentiasa berdepan dengan kuasa-kuasa darurat
di bawah Perkara 150 yang pada hakikatnya boleh menggantung
sebahagian besar peruntukan - peruntukan perlembagaan.
Begitu juga dengan Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Perkara 149.53. Dua halangan besar ini sentiasa menghantui pelaksanaan hak - hak asasi di Malaysia. Halangan-halangan ini menyebabkan hak - hak yang dikanunkan di bawah Bahagian Dua itu pada hakikatnya kurang bersifat asasi dalam ertikata yang sebenarnya. Di bawah Perkara 150 pihak Eksekutif jelas boleh melakukan, kecuali dalam beberapa perkara tertentu54, apa sahaja yang tidak boleh dilakukan melalui parlimen. Parlimen pula, kecuali dalam segelintir isu-isu tertentu55, boleh melanggar peruntukan - peruntukan hak - hak asasi sekiranya mereka menganggap bahawa keselamatan negara akan atau sedang diancam.
8.0
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) ± ANALISIS PERMULAAN TERHADAP SUMBANGAN DAN PERANANNYA
Meskipun Suruhanjaya Hak Asasi Manusia baru sahaja ditubuhkan suatu analisis perlu dilakukan. Penubuhannya boleh disifatkan sebagai suatu respons terhadap pelbagai tuntutan dan seruan bagi memperbaiki dan memperkukuh hak -hak yang dianggap asasi di bawah perlembagaan. Walau apapun memandangkan bahawa suruhanjaya ditubuhkan ketika scenario politik negara mengalami kegawatan, ia boleh disifatkan sebagai suatu gerak yang mempunyai cirri gimik politik. Dengan itu terpulanglah kepada pihak berkuasa dan jgua tenaga penggerak SUHAKAM sendiri untuk membuktikan bahawa dakwaan -dakwaan yang sinikal itu salah dengan cara mengizinkan suruhanjaya menjalankan tugas danperanannya selaras dengan tuntutan Bahagian Dua. Meskipun SUHAKAM tidak semestinya tidak efektif
contohnya ia
mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan atas inisiatifnya sendiri, ini perlu dibuktikan dengan tindakan. Setakat ini belum kelihatan tindakan -tindakan yang bermakna selain daripada dialog dengan anggota polis yang buat masa ini menjadi sasaran kritikan atas tindak tanduk mereka dalam soal hak asasi yang bagaimanapun belum menghasilkan sebarang langkah dan cadangan yang konkrit dari pihak SUHAKAM. Begitu juga dengan prosedur untuk membuat aduan yang dikeluarkan oleh suruhanjaya berkenaan. AZHAR BIN IBRAHIM (192216), NORHASLIZAWATI BT. TAIB (192028) 13
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI
PLK/UUM
Selain daripada ketika dan suasana SUHAKAM ditubuhkan ada lagi hal-hal yang boleh dikira menyulitkan SUHAKAM memainkan peranannya. Ini termasuklah tempoh jawatan62 bagi ahli-ahli suruhanjaya yang, jika dibandingkan dengan negara-negara lain, pendek dan mungkin menyebabkan peranannya kurang berkesan. Yang paling serius ialah perlunya -ahli suruhanjaya mendapat persetujuan kerajaan. Begitu juga dengan perlantikan ahli
penamatan perkhidmatan anggota -anggota suruhanjaya yang diletakkan di tangan kerajaan.64 Sukar difahami mengapa peruntukan seperti ini boleh dimasukkan ke dalam akta berkenaan di tengah-tengah kontroversi penafian hak - hak asasi dan kerajaan sendiri menjadi pihak yang paling banyak dipersalahkan. Memandangkan fungsi suruhanjaya sukar untuk menerima mengapa ia tidak diberikan kuasa untuk menetapkan peraturan dalam menjalankan tugas-tugasnya di bawah akta berkenaan; sesuatu yang diberikan kepada kerajaan.65 Dalam pada itu semacam agak sulit bagi suruhanjaya menjalankan tugas mereka dengan bebas apabila ia masih terpaksa bergantung kepada ihsan pihak kerajaan dalam mengendalikan aduan-aduan pencabulan hak-hak asasi. Sepatutnya SUHAKAM diberi kemudahan dan peruntukan sendiri. Berdasarkan maklumat mutakhir SUHAKAM masih belum mempunyai pentadbiran dan kakitangan sendiri; sesuatu yang sangat perlu jika peranan yang dikanunkan untuknya hendak benar - benar dijalankan dengan berkesan. Bagaimanapun fenomena ini semacam sesuatu yang lumrah di Malaysia, sesuatu yang juga dialami oleh suruhanjaya -suruhanjaya dan agensi-agensi lain yang mempunyai peranan penting di sisi perlembagaan seperti Suruhanjaya Pilihanraya: mereka diletakkan di bawah ihsan pentadbiran kerajaan yang secara lumrahnya menyebabkan mereka sukar hendak mengambil sikap yang bebas sebagaimana yang dikehendaki oleh semangat keperlembagaan.
9.0 KESIMPULAN
Esei ini telah membincangkan hak asasi manusia dengan memberi pengkhususan kepada peruntukan-peruntukan penting hak asasi manusia dalam Perlembagaan Persekutuan dan menilai sejauh mana hak asasi manusia telah dipertahankan dalam praktik politik di Malaysia. Dalam bahagian pengenalan, penerangan diberikan mengenai isi-isi penting esei. Seterusnya perbincangan tentang erti dan konsep hak asasi manusia mengikut tafsiran Deklarasi Hak Asasi Manusia dan Kebebasan Asasi. Perlembagaan Persekutuan, kesejagatan persoalan hak asasi manusia, faktor-faktor kemunculan hak asasi menurut Hobbes, Locke dan AZHAR BIN IBRAHIM (192216), NORHASLIZAWATI BT. TAIB (192028) 14
PLK/UUM
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI
Rousseau iaitu kezaliman pemerintah, persaingan ekonomi dan aliran rasionalisme serta penghuraian jaminan hak asasi manusia melalui Deklarasi Hak Asasi Manusia dan Perlembagaan Persekutuan. Esei juga menghuraikan empat peruntukan penting hak asasi manusia dalam Perlemabagaan Persekutuan terdiri daripada Perkara Perkara 5. Kebebasan diri, Perkara 8. Sama rata, Perkara 9. Larangan-buangan negeri, dan kebebasan bergerak, Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan. Seterusnya penerangan mengenai sejarah, objektif dan bidang kuasa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang ditubuhkan untuk mengembalikan dan menyuburkan amalan hak asasi manusia di Malaysia. Oleh itu, parti pemerintah seharusnya tidak menggunakan undang-undang sekatan sebagai
alat
pengekalan
kepada
ahli-ahli
politik
pembangkang
kerana
ia
tidak
menggambarkan prinsip-prinsip kebebasan dalam sebuah negara demokrasi. Parti-parti pembangkang pula tidak seharusnya menjadikan kebebasan asasi sebagai alasan untuk melobi rakyat sehingga menyentuh perkara-perkara sensitif berkaitan keistimewaan bumiputera dan sebagainya. Kewujudan masyarakat sivil di Malaysia diharapkan dapat menyuburkan amalan hak asasi manusia di Malaysia dengan bersikap tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam memperjuangkan kebebasan asasi. Akhirnya, kita mestilah mewujudkan kebebasan asasi yang terkawal agar keharmonian dan ketenteraman masyarakat menghasilkanmenghasilkan sebuah negara yang aman dan selamat untuk didiami bersama.
AZHAR BIN IBRAHIM (192216), NORHASLIZAWATI BT. TAIB (192028) 15
PLK/UUM
SCCA 2083 UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI
RUJUKAN
1. Marzura Ibrahim, Azahar Kasim, Adibah Ismail 2009.
U ndang- U ndang
dalam
Komunikasi. Universiti Utara Malaysia. Sintok. 2. Mohd Safar Hasim. 2002.
M engenali U ndang-undang M edia
dan Siber . Kuala
Lumpur. Utusan Publications and Distributors. 3. Mohd Safar Hasim. 1996. M alaysia
4.
Akhbar
dan Kuasa: Perke mbangan Siste m
Akhbar
di
Sejak 1806 . Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.
Gayathry,
V 2003. M alaysia Hak A sasi Dipertikaikan: U ndang-undang engongkong Kebebasan di Sebuah Negara De mokrasi Berparli men. London: Amnesty international. 5. Norraihan Zakaria, 2007. Konsep Hak A sasi M anusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
AZHAR BIN IBRAHIM (192216), NORHASLIZAWATI BT. TAIB (192028) 16