[ANEMIA SEMASA MENGANDUNG] PENGENALAN
Anemia semasa hamil adalah satu keadaan dimana paras haemoglobin (protein pengangkut oksigen) < 11g% pada setiap peringkat kehamilan. Anemia adalah merupakan masalah hematologi yang sering ditemui dikalangan ibu hamil. Oleh itu semua wanita hamil perlu mendapatkan penilaian tahap Hb semasa menjalani pemeriksaan antenatal.Terdapat dua jenis anemia yang sering dihidapi semasa hamil yang pertama adalah Iron deficiency anemia (kekurangan zat besi). Anemia jenis ini berlaku apabila badan tidak mempunyai zat besi yang cukup untuk menghasilkan hemoglobin iaitu satu protein didalam sel darah merah yang bertanggungjawab untuk membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan. Kekurangan zat besi adalah punca yang biasa anemia semasa hamil. Kedua, Folate deficiency anemia. Folat juga dikenali sebagai asid folik adalah sejenis vitamin B. Badan memerlukan folat untuk menghasilkan sel-sel baru termasuk sel darah merah. Semasa hamil, wanita memerlukan lebih folat. Kadang kala mereka tidak dapat zat tersebut secara sempurna melalui pemakanan harian mereka. Apabila hal ini berlaku, badan tidak dapat membuat sel darah merah yang mencukupi untuk mengangkut oksigen ke tisu-tisu seluruh badan. Kekurangan folat boleh menyumbang kepada beberapa kecacatan semasa kelahiran bayi seperti keabnormalan saraf tiub (spina bifida) dan bayi kurang berat badan.
KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
1
[ANEMIA SEMASA MENGANDUNG] PENYATAAN MASALAH
Seorang wanita hamil berusia 32 tahun telah datang ke Klinik Kesihatan Ulu Tiram (Unit MCH) untuk membuat pemeriksaan mingguan dan beliau mengadu rasa sakit kepala dan pening kepala serta keletihan. Hasil daripada pemeriksaan fizikal yang dilakukan, pesakit mengalami anemia kerana pesakit kelihatan pucat terutama sekali pada selaput mukosa mata. Pesakit juga mengalami sesak nafas serta bengkak (oedema) terutama bahagian kaki. Hasil ujian makmal pula iaitu ujian Full Blood Count (FBC) mendapati tahap Hb pesakit tersebut dibawah paras normal iaitu 10.2gm%.
PENCARIAN LITERATUR
Anemia adalah keadaan di mana bilangan sel-sel darah merah atau keupayaan membawa oksigen tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan fisiologi yang berbezabeza mengikut umur, jantina, ketinggian, merokok, dan status kehamilan. Kekurangan zat besi adalah dianggap sebagai punca anemia yang paling biasa di peringkat global, walaupun melibatkan elemen lain, seperti folat, kekurangan vitamin B12 dan vitamin A, keradangan yang kronik, jangkitan parasit, dan faktor keturunan juga boleh menyebabkan anemia. Dalam keadaan yang teruk, ia dikaitkan dengan keletihan, lemah, pening dan mengantuk terutamanya wanita hamil dan kanak-kanak. (World Health Organization,WHO.2003) Sel darah merah membawa hemoglobin dan melekat kepada oksigen dalam paruparu dan membawa kepada tisu di seluruh badan. Anemia berlaku apabila pesakit tidak mempunyai sel darah merah atau apabila sel-sel darah merah tidak berfungsi dengan betul. Ia disahkan apabila ujian darah menunjukkan nilai hemoglobin kurang daripada 13.5 gm / dl dalam seorang lelaki atau kurang daripada 12.0 gm / dl dalam wanita. Nilainilai biasa untuk kanak-kanak berbeza-beza dengan usia. (Jack Wilson,2001)
KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
2
[ANEMIA SEMASA MENGANDUNG] Institut Kebangsaan Kesihatan dan Kecemerlangan Klinikal (NICE) menyatakan bahawa wanita harus membuat saringan untuk anemia pada minggu ke-28 kehamilan.Anaemia ditakrifkan sebagai tahap Hb <11.0 g/dL. Dalam trimester kedua dan ketiga peringkat diagnostik untuk anemia adalah tahap Hb daripada <10.5 g / dL. Selepas bersalin tahap diagnostik ialah 10.0 g / dL.Kekurangan ion 85% daripada semua kes-kes anemia yang dikenal pasti dan dicirikan oleh rendah jumlah sel min (MCV). Ia biasanya disebabkan oleh kekurangan pemakanan atau kehilangan darah yang banyak semasa haid. (Zegwar smith,UK.2006)
PENEMUAN Salah satu punca utama kematian ibu hamil di Malaysia pada tahun 1996 adalah Pendarahan Postpartum (PPH) iaitu lebih kurang 20% daripada kesemua kematian ibu hamil. Ini jelas menunjukkan bahawa anemia semasa hamil adalah golongan yang berisiko tinggi kerana wanita yang mempunyai paras Hb yang rendah tidak akan mampu menampung kehilangan darah yang banyak berbanding dengan wanita yang menpunyai paras Hb yang normal. Adalah normal bagi ibu hamil mengidapi anemia ringan ketika mengandung. Tetapi sesetengah orang mungkin mengalami anemia yang lebih serius akibat dari rendahnya kadar zat besi atau vitamin. Anemia akan menyebabkan ibu merasa sesak nafas dan lemah. Jika anemia terjadi secara serius dan tidak diubati, ia dapat meningkatkan risiko berlakunya komplikasi serius, seperti kelahiran bayi pra-matang. Semua wanita hamil berisiko untuk menghidapi anemia, kerana mereka memerlukan lebih banyak asid folik dan zat besi. Tetapi risiko akan lebih tinggi dalam keadaan seperti kehamilan berkembar, dua kehamilan berdekatan,muntah yang banyak (morning sickness),kehamilan diusia remaja,tidak mengambil makanan yang kaya zat besi. Tanda dan gejala pesakit yang mengalami anemia akan berada dalam keletihan. Muka juga kelihatan pucat, mukosa mata juga pucat (konjungtiva),lemah anggota badan KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
3
[ANEMIA SEMASA MENGANDUNG] dan kadang kala pengsan secara tiba-tiba ini kerana bekalan oksigen dalam darah tidak mencukupi untuk sampai kepada otak. Kadang kala ibu mengalami kesukaran untuk bernafas atau sesak nafas. Perkara ini disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam darah iaitu keadaan hipoksia. Anemia yang amat teruk memerlukan tindakbalas pengimbal di mana output jantung meningkat dengan jelas serta membawa kepada palpitasi dan berpeluh. Proses ini boleh mengakibatkan kegagalan jantung. Selain itu juga menjadi mudah lupa kerana otak kurang menerima darah beroksigen daripada tubuh badan.
PERBINCANGAN DAN HUJAH
Keperluan zat besi semasa hamil akan meningkat dengan ketara. Zat besi adalah penting untuk membina hemoglobin iaitu sejenis protein dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke sel-sel lain . Semasa hamil, jumlah darah dalam badan akan meningkatkan sehingga hampir 50 peratus lebih daripada biasa,dan pesakit memerlukan lebih banyak zat besi untuk membina lebih banyak hemoglobin untuk di tampung ke seluruh badan. Pesakit juga memerlukan zat besi tambahan untuk bayi dan plasenta. Tetapi kebanyakan wanita apabila mula mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi dan tidak mampu untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, terutamanya di trimester kedua dan ketiga. Jika paras hemoglobin masih lagi rendah di bawah paras normal dan tidak mampu di tingkatkan jumlahnya pesakit akan mengalami keadaan anemia. Risiko adalah lebih tinggi jika pesakit mempunyai demam pagi yang teruk menyebabkan muntah yang kerap, jarak kehamilan yang rapat, mengandung anak kembar, pemakanan yang kurang zat besi, atau jika aliran haid prakehamilan yang terlalu banyak. Oleh itu setiap wanita mengandung perlu mengambil makanan tambahan zat besi 18 hingga 27 miligram (mg ) bagi setiap hari kerana sukar untuk mendapatkan zat besi yang cukup melalui diet sahaja.Kekurangan zat besi adalah punca yang paling biasa mengakibatkan anemia semasa kehamilan, tetapi ia bukan satu-satunya sebab. Pesakit KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
4
[ANEMIA SEMASA MENGANDUNG] juga boleh menghidapi anemia akibat kekurangan asid folik atau vitamin B12, yang mengakibatkan kehilangan darah yang banyak, atau penyakit gangguan darah yang diwarisi seperti thalassemia atau G6PD (glucose 6 phosphate deficiency) Semasa ibu hamil yang menghidapi anemia datang untuk pemeriksaan antenatal, tanda-tanda keterukan anemia boleh dilihat seperti pesakit dalam keadaan letih dan tidak berdaya, susah bernafas ketika membuat sesuatu aktiviti, rasa pening dan sakit kepala, orthopnea (keadaan pesakit susah bernafas dalam keadaan terlentang), nadi pantas dan rasa gemuruh (palpitation), denyutan jantung lebih dari 100/minit, bengkak atau sembab (oedema) terutama bahagian kaki dan juga pernafasan cepat > 20/minit. Hasil pemeriksaan fizikal pula mendapati pesakit kelihatan pucat terutama sekali selaput mukosa mata dan dibahagian tapak tangan. Periksa tanda-tanda lain seperti, jaundice, angular stomatitis, lidah licin dan pucat (smooth tounge) dan koilonychia (kuku berbentuk seperti sudu dan berkilat). Periksa sistem kardiovaskular untuk memastikan pesakit tiada tanda-tanda kegagalan jantung( cardiac failure) terutama kes anemia yang teruk. Tanda-tanda dan gejala kegagalan ‘left ventricle’:
Sesak nafas Basal crepitation 3rd/4th heart sound Takikardia, HR > 100/minit Denyutan jantung yang tak menentu Orthopnea
Penyiasatan bagi anemia antaranya adalah dengan melakukan ujian Full blood count (FBC) untuk mengukur kadar Hb dalam darah. Seterusnya ujian air kencing (UFEME) untuk mengesan jangkitan salur air kencing. Boleh juga dilakukan ujian terhadap najis untuk mengesan infestasi cacing. Keadaan anemia ini akan mengakibatkan pelbagai komplikasi jika tidak dirawat dengan sempurna. Komplikasinya boleh terbahagi kepada dua iaitu secara lansung dan KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
5
[ANEMIA SEMASA MENGANDUNG] tidak lansung. Antara komplikasi secara lansung adalah keguguran, premature labour, intrauterine growth retardation, kematian bayi dalam kandungan, jangkitan dan laktasi tidak mencukupi. Manakala komplikasi tidak lansung adalah pendarahan postpartum, septicaemia, septic shock, congestive cardiac failure,acute pulmonary oedema dan akhir sekali pulmonary embolism.
PENYELESAIAN Pesakit hendaklah disiasat dan diberikan kaunseling berkenaan diet rawatan. Bagi meningkatkan paras Hb dalam darah, pesakit perlu mengambil tablet zat besi seperti ferus Fumarate 400mg sehari, serta Folic asid 5mg sehari, Vitamin Bco 1 biji sehari dan Vitamin C 100mg sehari. Sekiranya pesakit tidak boleh ambil oral terapi, mulakan rawatan Iron dextran yang diberikan selama 10 hari berturut-turut jika Hb gagal di tingkatkan Rawatan iron dextran: Formula untuk mengira jumlah iron dextran: i)
Iron yang diperlukan dalam mg [14.8-Hb pesakit g%] x berat badan (kg) x3 =____________mg elemental *satu ampul iron dextran (2cc) mengandungi 50mg elemental iron setiap 1cc (100mg) Inferon yang diperlukan dalam mls
ii)
13 x berat (kg) x kekurangan Hb% + 10 1000
Seterusanya meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi. Galakkan ibu mengambil makanan punca haiwan (jadual 1). Makanan laut (jadual 2) atau telur (jadual 3) sekurang-kurangnya 4 kali dalam seminggu. Makanan Hati ayam
Kandungan Zat besi (mg) 10.2 KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
6
[ANEMIA SEMASA MENGANDUNG] Hati lembu Paru-paru lembu Jantung ayam Daging lembu tanpa lemak Hempedal ayam Peha ayam Dada ayam
9.0 8.3 2.8 2.2 1.8 1.0 0.9 Jadual 1
Makanan kerang lala kupang Sardin dalam tin ketam Ikan keli
Kandungan zat besi (mg) 13.2 6.7 3.8 2.7 1.0 1.6 Jadual 2
makanan Telur masin Kuning telur ayam Telur puyuh Telur ayam
Kandungan zat besi (mg) 8.7 7.9 3.1 2.4 Jadual 3
Meningkatkan penyerapan zat besi dari makanan dengan mengalakkan pesakit mengambil buah-buahan yang kaya dengan vitamin C sebagai pembasuh mulut atau dessert. Galakkan pesakit memerah perahan air limau ke atas makanan.Untuk mengurangkan penghalang penyerapan zat besi dari makanan serta pesakit diminta mengelakkan meminum teh dan kopi bersama hidangan makanan
RUMUSAN
KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
7
[ANEMIA SEMASA MENGANDUNG] Kesimpulannya, anemia boleh terjadi pada setiap kehamilan. Oleh itu, langkah berjaga-jaga haruslah diambil. Anemia yang terjadi semasa trimester pertama boleh menyebabkan keguguran. Kemudian, anemia yang terjadi pada trimester kedua menyebabkan kelahiran pramatang, gangguan pertumbuhan janin dan jika teruk boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, setiap ibu mengandung haruslah datang ke klinik kesihatan secara berkala untuk memantau tahap Hb dalam darah serta mengawasi dan mengesan tanda-tanda anemia dengan lebih awal untuk mengelakkan sebarang komplikasi. Amat penting juga untuk pihak klinik mahupun hospital untuk mengenal pasti punca anemia yang berlaku dan memberikan rawatan yang berkaitan.Pesakit juga sendiri haruslah memakan tablet zat besi mengikut arahan yang telah ditetapkan serta mengambil diet yang sempurna dan penuh dengan zat besi bagi mengelakkan keadaan anemia tersebut terjadi dengan lebih teruk dan seterusnya membawa kepada komplikasi yang tidak di ingini.
SENARAI RUJUKAN
1. Defination of anemia (KKM) 2. Dr A.Baskaran, N Sivalingam; Guidebooks in obstetric and gynaecology for medical officer; Anemia in pregnancy; Pg 52-57 3. Protocol from seremban hospital ; Management of anemia in pregnancy. KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
8
[ANEMIA SEMASA MENGANDUNG] 4. Van Meter KW (2005). "A systematic review of the application of hyperbaric oxygen in the treatment of severe anemia: an evidence-based approach (pendekatan berdasarkan pembuktian)" 5. Vincent JL, Baron JF, Reinhart K, et al (2002). "Anemia and blood transfusion in critically ill patients
KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
9