Diabetes semasa hamil
Apakah Diabetes Melitus? Diabetes Mellitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, k ek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran alir an darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawalatur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Tanpa insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus. Apakah yang dimaksudkan Diabetes Mellitus semasa kehamilan? Diabetes Mellitus ( GDM) semasa kehamilan merupakan keadaan di mana k andungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh s esetengah esetengah wanita. wanit a. Apakah bezanya antara diabetes semasa kehamilan dengan diabetes yang lain? Di luar kehamilan, diabetes dikelaskan sama ada jenis 1 (Diabetes Mellitus bersandarkan insulin, IDDM) atau jenis 2 (diabetes melitus tidak bersandarkan insulin, NIDDM). Sebanyak 10% pesakit Diabetes menghidap Diabetes jenis IDDM. Bagi kes IDDM, insulin yang dihasilkan oleh sel b-islet di dalam pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung. Manakala bagi NIDDM, reseptor insulin yang tidak sensitif dianggap menjadi penyebab utama masalah ini dan pesakit NIDDM b iasanya gemuk. Semasa kehamilan, k esan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, k ortisol dan "human placental lact ogen" akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. W alau bagaimanapun pesakit pesakit menghadapi risiko yang lebih t inggi untuk menghidap Diabetes kemudian nanti. Adakah GDM kerap berlaku? Ia berlaku sebanyak 3-12% daripada semua kehamilan. Siapakah
yang berisiko mengalami GDM?
Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Pesakit yang sememangnya menghidapi diabetes melitus berisiko tinggi menghidap GDM. Namun, wanita boleh menghidap GDM tanpa sebarang penyakit diabetes sebelumnya. Faktor-faktor yang berkaitan dengan kemungkinan berlakunya GDM termasuklah:
-
Sejarah keluarga menghidapi diabetes. Wanita berumur (>35 tahun). Wanita gemuk dengan indeks jisim badan >30. Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran. Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar sebelumnya, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat. Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit.
Bagaimana Lazimnya
penyakit ini dikesan?
wanita tidak menunjukkan sebar ang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita merasa teramat dahaga, kerap buang air k ecil dan kelesuan. Ramai wanita y ang menghidap GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko. Sesetengah pusat rawatan menyediakan ujian saringan antara 24-28 minggu kehamilan. Namun dicadangkan anda menjalani ujian saringan glukosa (ujian kerintangan glukosa oral yang diubahsuai, MOGTT) jika terdapat faktor risiko.
Apakah ujian Tolerans Glukosa secara oral? U jian
akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). U jian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya Intepretasi
hasil ujian Aras
glukosa dalam plasma vena (mm ol/l)
Puasa
2 jam selepas glukosa diambil
_ Normal _ Tolerans glukosa yang terganggu
<6 6-8
<8 8-11
_ Diabetes
>8
>11
Bagaimana
diabetes memberi kesan ke atas kehamilan?
Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri anda sendiri. Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan, komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah. Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi uri. Janin akan bertindak balas dengan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada lemak dan bayi ini akan menjadi terlalu besar (makrosomia). Bayi yang terlalu besar akan menimbulkan kesukaran ketika pelahiran dan kelahiran dan meningkatkan risik o untuk menjalani pembedahan Caesarean. Sebagai tambahan kepada makrosomia, GDM akan meningkatkan risiko hipoglisemia (paras gula yang rendah di dalam darah) semasa bayi baru dilahirkan. Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah. Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis, ketidakimbangan bahan kimia di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi. Adalah dipercayai bahawa bayi yang bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa akan dat ang. Semasa dewasa, mereka juga akan cenderung untuk menghidapi diabetes jenis 2 (diabetes yang tidak bersandarkan insulin). Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi s aiz janin dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan janin. Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, Diabetik Ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. Mereka juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar. Adakah GDM menjejaskan proses pelahiran dan kelahiran? GDM itu sendiri bukanlah merupakan penunjuk bagi pembedahan Caesarean. Namun jika bayi terlalu besar untuk menjalani kelahiran normal melalui faraj, atau jika bayi dalam tidak dapat dilahirkan secara normal, maka kelahiran secara Caesarean sangat diperlukan. Jika bayi sangat besar, ia kemungkinan akan mengalami trauma semasa kelahiran, terutamanya kecederaan tulang dan saraf di sekitar bahu. Jika terapi insulin diperlukan semasa kehamilan, anda akan diberi suntikan insulin pada waktu pagi semasa pelahiran bermula atau diberi melalui intravena sepanjang proses pelahiran. Selepas bayi dilahirkan paras gula di dalam darah biasanya akan kembali ke paras normal dan insulin tidak diperlukan lagi. Bagaimana
rawatan terhadap GDM?
Langkah
pertama ialah mengawal paras glukosa di dalam darah dengan pengubahsuaian diet. Senaman sederhana secara tekal juga berguna untuk memperbaiki tolerans glukosa. Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, terapi insulin diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan. Jika anda memang menghidap diabetes dan bercadang untuk hamil, anda perlu berusaha untuk mengawal diabetes pada tahap optima beberapa bulan sebelum mengandung kerana paras gluk osa yang tinggi semasa trimester pertama akan meningkatkan risiko kelahiran bayi cacat. Mengapa diet yang khusus disyorkan? Diet seimbang yang berkhasiat amat perlu untuk mengekalkan kesihatan ibu yang s ihat dan kehamilan yang berjaya. Bagi wanita yang mengalami GDM, diet yang sempurna dapat memastikan paras gula dalam darah adalah normal dan secara amnya ia adalah langkah pertama yang dilakukan sebelum menggunakan terapi
insulin. Tumpukan sepenuh perhatian terhadap pengambilan kalori setiap hari dan pemilihan makanan yang betul untuk mengekalkan paras gula di dalam darah. Keperluan kalori setiap hari meningkat sebanyak 300 kalori semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan. Jika pengambilan kalori semasa tidak hamil adalah 1800 kcal sehari dan berat badan kekal, pengambilan kalori sebanyak 2100 kalori setiap hari adalah biasa dari tempoh 14 minggu kehamilan hingga proses kelahiran. Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk m engekalkan paras gula yang normal di dalam darah:
-
Elakkan gula dan makanan yang tinggi k andungan gulanya (kek, aiskrim, Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji). Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lainlain). Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lainlain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit. Elakkan makanan yang bergoreng.
Perlukah melakukan senaman?
Program senaman setiap hari dapat m embantu anda merasa selesa, mengurangkan ketegangan mahu pun mengelakkan sakit belakang, mengekalkan tona otot, kekuatan dan ketahanan. Bagi wanita yang menghidapi GDM, ia sangat penting. Selalu bersenam dapat m eningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini dapat memastikan paras normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras norm al. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula y ang tinggi di dalam darah. W alau bagaimanapun, penjagaan yang khusus perlu diambil untuk mengelakkan sukan atau senaman yang mungkin menyebabkan anda jatuh, atau yang melibatkan s entakan. Aktiviti berbasikal dan berjoging sebelum hamil merupakan contoh senaman yang baik untuk diteruskan semasa kehamilan. Berjalan-jalan adalah baik untuk wanita yang sebelum ini tidak aktif dan ingin mula bersenam semasa hamil. Senaman secara tekal selama 4-5 hari setiap minggu adalah perlu untuk merendahkan paras gula dalam darah. Berhenti bersenam jika anda merasa sakit, pening, sesak nafas, pitam, debaran jantung, sakit belakang atau sakit di bahagian pelvis, atau pernah mengalami pendarahan faraj. The American College of Obstetricians & Gynecologists ( ACOG) mencadangkan meminum cecair sebelum dan selepas senaman dan jika perlu, semasa sedang bersenam untuk mengelakkan dehidrasi. Terlalu k uat bersenam mungkin menyebabkan rahim dan janin t idak mendapat bekalan darah yang cukup. ACOG mengesyorkan wanita hamil mengukur k adar degupan j antung semasa melakukan aktiviti. Kadar degupan jantung ibu yang mengandung sepatutnya tidak melebihi 1 40 denyutan seminit. Apakah yang berlaku jika amalan diet d an senaman gagal mengawal paras gula dalam darah? Jika paras gula di dalam darah cenderung untuk melebihi julat normal, anda perlu mengambil suntikan insulin. Insulin tidak boleh diberi secara oral kerana ia akan dihadamkan seperti protein di dalam makanan dan menyebabkan kesan terapeutiknya hilang. Ia diberi secara suntikan di bawah kulit dengan menggunakan jarum yang sangat halus, oleh itu anda akan merasa tidak selesa sedikit ketika suntikan diberi. Ia selalu dilakukan oleh anda sendiri dan anda akan diajar oleh doktor bagaimana untuk melakukannya. Jumlah insulin yang diperlukan untuk memastikan paras gula adalah dalam julat normal akan meningkat mengikut perkembangan kehamilan. Ini tidak bermakna GDM semakin teruk. Uri yang membesar seiring dengan berlanjutnya kehamilan akan menghasilkan paras horm on kontra-insulin yang lebih ti nggi. Akhirnya anda memerlukan lebih insulin untuk mengatasi kesannya. Adakah anda perlu mengambil insulin? Ya. Ini kerana walaupun diet dijaga dengan baik, paras gula dalam darah sesetengah wanita masih tidak berada dalam julat yang boleh diterima. Wanita hamil yang bebas dari GDM jarang mempunyai paras glukosa dalam darah yang melebihi 6 mmol/l sebelum sarapan di waktu pagi atau 2 jam selepas bersarapan. Sasaran optima bagi pesakit GDM ialah mempunyai paras gula dalam darah yang sama dengan wanita yang tidak mengalami diabetes. Jika paras gula ketika berpuasa melebihi 6 mmol/l atau jika 2 jam selepas makan, paras gula masih melebihi 8 mmol/l pada dua masa yang berasingan, terapi insulin amnya diperlukan. Keupayaan untuk melakukan sendiri pengawasan glukosa di dalam darah membolehkan terapi insulin dimulakan sebaik sahaja tanda awal paras gula yang tinggi dikes an. Dengan itu janin dapat dicegah dari t erdedah kepada paras glukosa yang tinggi dalam darah ibu.
Bagaimana
mengendalikan suntikan insulin?
Doktor atau jururawat terlatih akan mengajar anda teknik suntikan insulin apabila rawatan diperlukan. Ia merupakan suntikan yang biasanya dilakukan di bawah kulit di bahagian t isu subkutaneus. Kawasan suntikan yang biasa ialah bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau di bahagian anterior peha atas. Suntikan di bahagian abdomen patut dielakkan. Penjagaan
ubat-ubatan dan jarum
Insulin mesti disimpan di bahagian kering dalam peti sejuk, seperti di tempat menyimpan hasil tenusu. Jarum boleh digunakan berulang kali dengan syarat ia dibersihkan selepas digunakan dan dibuang apabila susah untuk disuntik atau apabila suntik an menyebabkan rasa sakit. Apakah yang berlaku jika paras gula di dalam darah menjadi lebih rendah? Paras gula yang rendah di dalam darah (hipoglisemia) merupakan komplikasi yang mungkin berlaku jika seseorang telah mengambil terapi insulin untuk GDM. Ini mungkin berlaku jika anda lambat mengambil sarapan atau bersenam lebih dari yang biasa. Ia merupakan kes kecemasan dan perlu dirawat dengan teliti. Jika terdapat gejala hipoglisemia (kekeliruan, pening, penglihatan kabur, berpeluh, terketar-ketar, tersangat lapar) anda perlu mengambil sebar ang bentuk gula dengan segera. anda menggunakan insulin, anda perlul ah membawa gula atau makanan/minuman manis (kandi yang manis, minuman berglukosa) s ebagai langkah berjaga-jaga. Doktor perlu diberitahu mengenai s ebarang reaksi hipoglisemia yang berlaku. Ia mungkin menyebabkan pengubahsuaian terapi insulin yang anda jalani.
Apabila
Apakah yang perlu dilakukan unt uk mengurangkan masalah yang berkaitan dengan GDM? Diet pesakit yang mengalami GDM mestilah mencukupi untuk membekalkan pemakanan yang dapat memenuhi keperluan ibu dan bayi yang s edang berkembang. Pada masa yang sama diet yang diambil b oleh mengekalkan paras normal glukosa di dalam darah. Ibu yang menghidapi GDM boleh diajar caracara mengukur paras glukosa di dalam darah di rumah untuk memastikan ia berada di paras yang dibenarkan. Keupayaan pesakit untuk menentukan paras gula dalam darah melalui penggunaan peralatan merupakan satu lagi kejayaan penting dalam pengurusan penyakit diabetes. Teknik ini dikenali sebagai pemantauan sendiri glukosa di dalam darah dan ia membenarkan anda memeriksa sendiri paras gula darah sama ada di rumah atau di tempat kerja tanpa melibatkan kos dan menjimatkan masa untuk berjumpa doktor. Apakah yang dimaksudkan pemantauan sendiri glukosa di dalam darah? Apabila
anda telah didiagnos m enghidap GDM, adalah penting bagi anda mengetahui paras gula di dalam darah dari sehari ke sehari. Anda juga harus mengetahui bagaimana corak pemakanan dan cara senaman mempengaruhi paras gula di dalam darah anda. Semakin lanjut kehamilan, uri akan membebaskan lebih banyak hormon yang akan bertindak ke atas insulin. Menguji paras gula di dalam darah pada waktu tertentu dalam sehari dapat mengetahui jik a diet yang sempurna dan peningkatan berat badan dapat mengekalkan paras normal gula di dalam darah atau jika insulin yang lebih diperlukan untuk melindungi janin. Pemantauan sendiri glukosa di dalam darah boleh dilakukan dengan mencucuk jari untuk mendapatkan titis darah dan disukat dengan menggunakan alat khas untuk mendapat bacaannya. Doktor boleh menasihatkan anda bagaimana untuk m endapatkan alat ini. Anda mungkin perlu menguji darah anda beberapa kali dalam sehari. Secara amnya, ia dilakukan sebelum makan. Setiap pesakit boleh mempunyai jadual sendiri untuk tujuan pengukuran Apakah ujian-ujian lain yang perlu diketahui? Selain daripada ujian darah, anda juga dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan air kencing untuk mengesan kehadiran keton. Keton adalah hasil sampingan d ari penguraian lemak. Ia boleh dij umpai di dalam darah dan air kencing akibat insulin yang tak mencukupi atau kalori yang tidak mencukupi dalam diet anda. Walaupun tidak diketahui jumlah k eton yang boleh mengancam janin, keton yang banyak akan dis ertai dengan asidosis, iaitu satu keadaan yang boleh mengancam janin. Sebagai langkah keselamatan, anda perlu mengawasi kehadirannya dalam air kencing dan melaporkan sebarang keputusan yang positif k epada doktor. Untuk menguji kehadiran keton di dalam air kencing, anda boleh menggunakan jalur ujian khusus yang tel ah dirawat dengan bahan kimia. U jian dapat dilakukan dengan mendedahkan sehelai jalur pakai buang pada aliran air kencing atau mencelup jalur ke dalam bekas yang mengandungi air kencing. Jalur akan berubah warna bergantung kepada jumlah keton yang hadir di da lam air kencing. W arna jalur bolehlah dibandingkan pada carta untuk m enunjukkan paras keton. Penasihat kesihatan boleh menasihatkan anda masa yang sesuai untuk melakukan ujian dan berapa kerap anda perlu melakukannya.
Adakah anda perlu mempunyai jadual pemeriksaan lanjutan ante natal? Apabila
anda disahkan menghidap GDM, anda dicadangkan untuk menjalani pemeriksaan antenatal setiap 2 minggu sehingga kehamilan anda berusia 32 minggu dan selepas itu lakukan pemeriksaan setiap minggu sehinggalah melahirkan bayi. Semasa pemeriksaan, imbasan ultrasound akan dilakukan untuk mengesan sebarang keabnormalan dan komplikasi di samping mengawasi tumbesaran janin. Profil gula di dalam darah akan diperiksa sekurang-kurangnya setiap 2 minggu untuk menilai keberk esanan pengawalan diabetes anda.
MENGANDUNG adalah pengalaman paling dinanti-nantikan bagi setiap wanita yang mendirikan rumah tangga terutama pada usia lewat. Namun begitu, dalam keghairahan menimang cahaya mata, ada banyak komplikasi yang perlu dihadapi. Ramai wanita tidak menyedari mereka boleh menghidap penyakit kencing manis atau diabetes ketika hamil (gestational diabetes) walaupun pada zahirnya (sebelum mengandung) tahap kesihatan amat memuaskan dan tidak pernah berhadapan dengan masalah itu. Gestational diabetes adalah penyakit yang hanya diperolehi ketika hamil, terjadi akibat penghasilan hormon estrogen dan progesteron yang terlalu ti nggi. Menurut Pakar Pemakanan, Hasreena Hashim, wanita yang mengalami masalah berat badan berlebihan mempunyai risiko mendapat kencing manis ketika hamil. Katanya, kedua-dua hormon berkenaan memberi kesan terhadap me tabolisme gula dalam badan seseorang dan peningkatannya menjadikan kandungan gula dalam darah turut meningkat. Sekiranya sistem perimbangan hormon tidak berjalan lancar terutama jika hormon insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi untuk menurunkan paras gula dalam darah, maka masalah diabetes akan timbul. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan insulin, kadar glukosa dalam badan juga turut meningkat yang secara tidak langsung mencetuskan masalah hiperglisemia (berlebihan glukosa dalam darah). "Ini adalah masalah biasa di kalangan wanita yang terlalu gemuk dan ketika bayi dia dikategorikan sebagai 'besar'. Malah, risiko ini juga dihadapi mereka yang pernah menghidap penyakit kencing manis sebelum mengandung atau pernah melahirkan bayi yang besar," katanya. Beliau berkata demikian ketika memberikan ceramah kesihatan pemakanan sihat untuk ibu hamil dan gestational diabetes anjuran New Zealand Milk (M) Sdn Bhd di Kolej Kejururawatan, Kota Bharu Kelantan, baru-baru ini. Selain itu, antara kumpulan berisiko termasuklah wanita yang pernah mengalami masalah kehamilan seperi darah tinggi ketika hamil, mengandung pada usia melebihi 25 tahun dan pesakit darah tinggi. Kata Hasreena, wanita yang mempunyai ibu, bapa atau adik beradik pesakit kencing manis yang memerlukan suntikan insulin juga perlu berhati-hati. Faktor kaum juga sedikit sebanyak menyumbang kepada bilangan pesakit gestational diabetes terutama bangsa yang ramai menghidap kencing manis seperti Hispanic-Amerika, Asia-Amerika, Afrika-Amerika dan penduduk kepulauan Pasifik. Kandungan gula Kencing manis ketika hamil biasanya berlaku pada bulan kelima atau keenam kehamilan tetapi pada sesetengah wanita, kandungan gula dalam darah akan meningkat secara mendadak pada minggu ke-32 (lapan bulan kehamilan). Ia terjadi kerana perubahan paras puncak hormon dan adalah di luar kawalan setiap individu. Ketika mengandung, wanita perlu menjalani rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah supaya ia tidak memberi kesan kepada kandungan. Biasanya selepas melahirkan anak, 90 hingga 95 peratus tahap kesihatan wanita akan kembali normal. Hanya sebahagian kecil saja (lima hingga 10 peratus) didapati menghidap diabetes bebas insulin (je nis kedua).
Seperkara yang harus diingat, wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20 hingga 50 peratus mendapat diabetes dalam tempoh lima hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal. Diabetes tidak terkawal boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada ibu dan kandungan. Ibu boleh mengalami diabetic ketoacidosis, hiperglisemia, jangkitan, darah tinggi, komplikasi ketika bersalin dan sekiranya bayi terlalu besar, ibu mungkin perlu menjalani pembedahan. Komplikasi kepada kandungan pula termasuklah kecacatan ketika lahir seperti sumbing dan kegagalan jantung, kelahiran pramatang, kematian bayi, macrosomia (bayi terlalu besar melebihi empat kilogram), hipoglisemia (kurang gula dalam darah), demam kuning dan risiko mendapat obesiti atau mengidap diabetes jenis II pada masa depan. Kawalan makanan khususnya yang mengandungi kanji seperti nasi, roti dan mi sangat penting sepanjang kehamilan kerana dikhuatiri akan menyebabkan kencing manis dan darah tinggi. Lebihkan sumber protein, vitamin dan zat besi seperti daging, ayam, sayur-sayuran dan kekacang. "Makan tiga hidangan kecil setiap hari dengan dua atau tiga kali snek di antara waktu makan. Kurangkan makanan berkanji seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng pada sarapan pagi. "Hampir 50 peratus daripada jumlah tenaga yang diperlukan sepatutnya disumbangkan dari karbohidrat dan sebahagian besar dalam bentuk karbohidrat kompleks seperti barli, oat dan bran," katanya. Selain itu wanita hamil juga disaran mengurangkan pengambilan makanan yang banyak gula seperti kek, biskut, aiskrim, minuman berkarbonat dan sajian bercampur madu. Sebaliknya lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang lebih mudah dihadam dan ditukar kepada glukosa. "Secara keseluruhannya, gestational diabetes tidak membahayakan ibu tetapi boleh mengancam kandungan jika tidak dikawal. Kawalan pemakanan yang rendah dalam gula dan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang dapat mengurangkan risiko terjadinya diabetes ketika hamil. "Jangan sekali-kali cuba untuk berdiet ketika hamil. Apa yang boleh dilakukan adalah mengubah cara pemakanan dan gaya hidup kita demi kesihatan diri sendiri dan kandungan," katanya.
Panduan Pemakanan Ibu Mengandung November 28th, 2007 admin Posted in Mengandung | 157 Comments » 112,713 views
Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembent ukan dan perkembangan bayi. Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan: y
Berat bayi : 2.5 ± 3 kg
y
Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 ± 3 kg
y
Penambahan darah : 1.5 ± 2 kg
y
Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 ± 2kg
y
Pembesaran payudara : 0.75 ± 1 kg
y
Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 ± 1 kg
y
Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 ± 1 kg
y
Plasenta (uri) : 0.5 ± 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar. Makanan semasa mengandung Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol. Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat. Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah: y
Buah-buahan dan sayur-sayuran ± target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
y
M akanan
y
M akanan
y
M akanan
y
M akanan
berkanji ± roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
berprotein tinggi ± Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. berkalsium tinggi ± Susu, yoghurt, cheese. berserat tinggi ± Jadikan sayur, buah, bijiri n dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Piramid Makanan Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes melli tus) Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob¶s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain. Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan: y
HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
y
Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda. Bagaimana
anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbezabeza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 ± 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 ± 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.