EVOLUSI PEMIKIRAN & FALSAFAH
Tajuk esei:
Aliran Liberalisme
Nama Pensyarah:
Pn Zubaidah bt V.P Hamzah
Nama Ahli Kumpulan:
1. Arif Anwar bin Lokmanol Hakim A152409
2. Mohamad Aznor Kamaruddin bin
Mohd Azman A155544
3. Mohammad Zuhairi bin Azmi A152509
1.0 PENGERTIAN & PENGENALAN LIBERALISME
Salah satu abad daripada sejarah ini, iaitu zaman moden mempunyai perbezaan
dengan abad pertengahan, yang menjadi tanda sejarah moden adalah runtuhnya
autoriti gereja dan bermulanya autoriti sains. Kekuasaan gereja pada masa
lalu mula digantikan oleh negara sebagai autoriti politik yang mengawal
kebudayaan. Namun, pengaruh negara terhadap pemikiran-pemikiran para ahli
falsafah lebih kecil jika dibandingkan pengaruh gereja pada Abad
Pertengahan. Penolakan terhadap autoriti gereja, yang merupakan ciri
negatif daripada abad moden, muncul lebih awal daripada ciri positifnya,
yakni penerimaan terhadap autoriti sains.
Autoriti sains yang kebanyakan ahli falsafah dipandang sebagai epik
moden dan sangat berbeda dengan autoriti gereja kerana autoriti sains
bersifat intelektual, bukan politik. Ada perbezaan lain antara autoriti
sains dan gereja bahawa yang terakhir ini menyatakan ketentuan-ketentuannya
sebagai kepastian mutlak dan tidak boleh diubah selamanya, sedangkan
pernyataan-pernyataan sains dibuat secara tentatifnya berdasarkan
kemungkinan dan dianggap boleh dimodifikasi. Ciri sains ini melahirkan cara
berfikir yang sangat berbeza dengan dogma Abad Pertengahan. Sehingga dapat
disimpulkan bahwa zaman moden merombak semua pemikiran yang terjadi di abad
pertengahan yang selalu dikontrol oleh gereja. Zaman moden membuahkan
aturan pemikiran baru yang berlandaskan kepada logik dan sains. Pembebasan
daripada autoriti gereja mendorong tumbuhnya individualisme, bahkan sampai
pada batasan anarki. Disiplin, intelektual, moral dan politik oleh fikiran-
fikiran manusia. Renansiance disekutukan dengan ahli falsafah skolastik dan
kekuasaan gereja. Namun demikian, ahli falsafah moden kebanyakan tetap
mempertahankan kecenderungan individualistik dan subjektifnya. Pada tulisan
ini akan dibahas mengenai perkembangan sebuah fahaman yang sudah dikenali
di dunia, iaitu liberalisme (Fredrik 2011).
2.0 PERKEMBANGAN & SEJARAH LIBERALISME
Liberalisme adalah aliran atau kefahaman ketatanegaraan dan ekonomi yang
dalam ketatanegaraan demokrasi dan ekonomi menganjurkan kebebasan berusaha
serta pihak kerajaan tidak boleh turut campur tangan. Sedangkan penganutnya
disebut sebagai kaum liberal. Darpadai pengertian tersebut dalam kita
fahami bahwa liberalisme menekankan kepada kebebasan, baik dalam
pemerintahan maupun dalam bidang ekonomi. Kebebasan yang dimaksudkan sini
ialah kebebasan individu, di mana individu bebas melakukan apa yang ingin
dia lakukan tanpa campur tangan daripada pihak lain.
Perkembangan liberalisme mulai muncul sejak akhir abad ke-17.
Liberalisme awal adalah produk daripada Inggeris dan Belanda, serta
mempunyai suatu karakteristik yang menonjol. Liberalisme membela toleransi
beragama dan Protestan, tetapi lebih bersifat bebas daripada fanatik;
liberalisme menganggap perang agama sebagai kebodohan. Liberalisme
menghargai perdagangan dan industri, serta lebih mendukung kebangkitan
kelas menengah daripada monarki dan aristokrasi; liberalisme menjunjung
tinggi hak-hak kepemilikan, khususnya ketika terkumpul oleh buruh yang
dimiliki secara individua. Prinsip keturunan meskipun tidak ditolak, namun
lebih dibatasi had daripada sebelumnya; secara khusus, hak suci raja-raja
ditolak demi berlakunya pandangan bahawa setiap komuniti pada dasarnya,
mempunyai hak untuk memilih bentuk pemerintahannya sendiri. Sehingga
kecenderungan liberalisme awal mengarah ke demokrasi yang dikuatkan dengan
hak-hak kepemilikan.
Liberalisme awal bercirikan optimis, bertenaga, dan falsafah kerana
mewakili kekuatan-kekuatan yang sedang tumbuh dan nampaknya akan meraih
kemenangan tanpa kesulitan yang bererti dan dengan kemenangan ini akan
membawa keuntungan besar bagi umat manusia. Liberalisme menentang segala
sesuatu yang berada abad Pertengahan, baik dalam falsafah mahupun politik
kerana teori-teori Abad Pertengahan telah digunakan untuk mendukung
kekuasaan gereja dan raja, menjustifikasi penganiayaan dan menghalangi
bangkitnya persaingan tetapi liberalisme kemudian juga menentang fanatisme
para Calvinis dan Anababtis. Di samping itu, liberalisme ingin mengakhiri
perselisihan politik dan teologi demi mengerahkan tenaga manusia untuk
kegiatan-kegiatan perdagangan dan sains. Di seluruh dunia Barat, sikap
keras dalam memegang pendirian memberi tempat bagi pencerahan, kerisauan
akan kekuatan Sepanyol telah berakhir, semua kelas semakin makmur, dan
harapan-harapan yang menjulang tinggi nampaknya dijamin oleh keadaan yang
sangat tenang.
Sehingga pada akhirnya berhasil mencetuskan Revolusi Perancis yang
langsung melahirkan Napoleon dan kemudian Aliansi Suci. Setelah itu
liberalisme menatal gelombang kedua-duanya sebelum optimistik abad ke-19
boleh diperbaharui. Ada pola umum gerakan-gerakan liberalisme dari abad ke-
17 sampai 19. Pola ini mula-mula sederhana tetapi secara bertahap menjadi
semakin kompleks. Ciri yang jelas terlihat dalam gerakan ini dalam
pengertian luas adalah individualisme; namun individualisme merupakan
istilah yang samar sebelum didefinisikan lebih lanjut. Ahli falsafah Yunani
bukanlah para individualistik. Mereka memandang manusia pada dasarnya
sebagai anggota komuniti. Liberalisme awal bercirikan individualistik dalam
perkara-perkara intelektual, juga dalam bidang ekonomi tetapi tidak
mementingkan diri sendiri secara emosional. Bentuk ini mendominasi Inggeris
pada abad ke-18, para pembuat parlimen Amerika Syarikat.
Sepanjang Revolusi Perancis, liberalisme diwakili oleh parti-parti yang
lebih moderat. Di Inggeris, setelah beberapa kali berlangsungnya perang
Napoleon, liberalisme kembali berpengaruh dengan bangkitnya Benthamites dan
Mazhab Manchester. Keberhasilan terbesar liberalisme terjadi di Amerika
Syarikat, hingga menjadi dominan sejak tahun 1776 sampai sekarang. Namun
ada sebuah gerakan baru yang berkembang secara bertahap menjadi antitesis
daripada liberalisme, ini dimulakan dengan Rousseau dan mengukuhkan
kekuatannya sejak gerakan romantik dan munculnya prinsip kebangsaan.
Dalam gerakan ini, individualisme melebar daripada wilayah intelektual
ke wilayah hasrat manusia dan aspek-aspek anarki daripada individualisme
dibuat jelas. Pada saat itu ada rasa tidak suka pada industrialisme awal,
kebencian pada keburukan yang diciptakannya dan pemberontakan terhadap
kekejaman-kekejamannya. Ada falsafah lain yang merupakan cabang daripada
liberalisme, yakni falsafah Karl Marx. Huraian falsafah liberal pertama
yang lengkap dapat ditemukan dalam diri John Locke. Di Inggeris, pandangan-
pandangannya adalah sepenuhnya harmoni dengan pandangan-pandangan para
tokoh paling cerdik sehingga sukar untuk melacak pengaruh mereka kecuali
dalam falsafah teoretikal (Fredrik 2011).
3.0 DASAR & JENIS LIBERALISME
Liberalisme memperjuangkan pelbagai kebebasan yang dijamin dalam dasar
undang-undang, antaranya kebebasan agama, kebebasan berkumpul dan
menyatakan pendapat. Kebebasan yang diperjuangkan itu hanya terjamin dalam
negara undang-undang yang mengindahkan teras politik. Fahaman ini telah
mencetuskan Revolusi Industri di Inggeris (1688), Revolusi Amerika (1776),
dan Revolusi Perancis (1789) secara total akhirnya memisahkan gereja
daripada masyarakat, negara, dan politik.
Menurut (Sukarna 1981) ada tiga hal yang mendasari daripada ideologi
l,iberalisme yakni kehidupan, kebebasan dan hak milik (Life, Liberty and
Property). Di bawah ini, merupakan nilai-nilai pokok yang bersumber
daripada tiga nilai dasar Liberalisme tadi:
a. Kesempatan yang sama. (Hold the Basic Equality of All Human Being).
Manusia mempunyai kesempatan yang sama dalam segala bidang kehidupan baik
politik, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Namun oleh kerana manusia yang
berbeza-beza, sehingga dalam menggunakan persamaan, kesempatan itu akan
berlainan bergantung kepada kemampuannya masing-masing. Terlepas daripada
itu semua, hal ini (persamaan kesempatan) adalah suatu nilai yang mutlak
daripada demokrasi.
b. Treat the Others Reason Equally (Perlakuan yang sama)
Dengan adanya pengakuan terhadap persamaan manusia, di mana setiap orang
mempunyai hak yang sama untuk mengemukakan pendapatnya, maka dalam setiap
penyelesaian masalah-masalah yang dihadapi baik dalam kehidupan politik,
sosial, ekonomi, kebudayaan dan kenegaraan dilakukan secara diskusi dan
dilaksanakan dengan persetujuan – di mana hal ini sangat penting untuk
menghilangkan egoisme individu.
c. Government by the Consent of The People or The Governed (pemerintahan
dengan persetujuan daripada yang diperintah)
Pemerintah harus mendapat persetujuan dari yang diperintah. Pemerintah
tidak boleh bertindak menurut kehendaknya sendiri, tetapi harus bertindak
menurut kehendak rakyat.
d. Berjalannya hukum (The Rule of Law).
Fungsi negara adalah untuk membela dan mengabdi pada rakyat terhadap hal
asasi manusia yang merupakan undang-undang abadi di mana seluruh peraturan
atau hukum dibuat oleh pemerintah adalah untuk melindungi dan
mempertahankannya. Maka untuk menciptakan rule of law, harus ada patuhan
terhadap undang-undang tertinggi, persamaan di muka umum dan persamaan
sosial.
e. Yang menjadi pemusatan kepentingan adalah individu (The Emphasis of
Individual).
Negara itu sebagai suatu mekanisme yang digunakan untuk tujuan-tujuan yang
lebih besar dibandingkan negara itu sendiri. Di dalam ajaran Liberal
Klasik, ditekankan bahwa masyarakat pada dasarnya dianggap dapat memenuhi
dirinya sendiri dan negara hanyalah merupakan suatu langkah sahaja ketika
usaha secara sukarela masyarakat telah mengalami kegagalan.
Ada dua jenis liberalisme, yakni Liberalisme Klasik dan Liberallisme
Moden. Liberalisme Klasik timbul pada awal abad ke 16. Sedangkan,
Liberalisme Moden merupakan perkembangan daripada Liberalisme Klasik yang
mulai muncul sejak abad ke-20. Namun, bukan bermaksud setelah ada
Liberalisme Moden, Liberalisme Klasik akan hilang begitu saja atau
digantikan oleh Liberalisme Moden kerana hingga kini, nilai-nilai dari
Liberalisme Klasik itu masih ada. Liberalisme Moden tidak mengubah hal-hal
yang mendasar, hanya mengubah hal-hal lainnya atau dengan kata lain, nilai
intinya (core values) tidak berubah hanya ada tambahan-tanbahan saja dalam
versi yang baru. Jadi sesungguhnya, masa Liberalisme Klasik itu tidak
pernah berakhir (Sukarna 1981).
Dalam Liberalisme Klasik, keberadaan individu dan kebebasannya sangatlah
diagungkan. Setiap individu memiliki kebebasan berfikir masing-masing yang
akan menghasilkan fahaman baru. Ada dua kefahaman, yakni demokrasi
(politik) dan kapitalisme (ekonomi). Meskipun begitu, bukan bererti
kebebasan yang dimiliki individu itu adalah kebebasan yang mutlak kerana
kebebasan itu adalah kebebasan yang harus dipertanggungjawabkan (Sukarna
1981). Jadi, tetap ada keteraturan di dalam ideologi ini, atau dengan kata
lain, bukan bebas yang sebebas-bebasnya (Euis Sundani 2012).
4.0 TOKOH-TOKOH LIBERALISME
4.1 JOHN STUART MILL (1806-1873)
Pemikiran Mill adalah secara utilitarian murni, di mana Mill melakukan
kritikan terhadap utilitarianisme Bentham, Mill menganggap bahawa
utilitarianisme juga mengandungi unsur keadilan, di mana kebahagiaan tidak
diertikan semata-mata milik peribadi, namun untuk semua orang, maka dari
sana munculnya konsep moral bahawa utilitarianisme merupakan universalisme
etika, bukan egoisme etika nikmat rohani yang menurutnya lebih mulia
daripada nikmat jasmani dan lain-lain. "Lebih baik menjadi manusia yang
tidak puas daripada babi yang puas; lebih baik menjadi Sokrates yang tidak
puas daripada seorang bodoh yang puas" (Mikael dua 2008). Di sana, Mill
sedang mengajak seluruh masyarakat bahawa untuk mencapai suatu kebahagiaan
tidaklah cukup daripada terkumpulnya kebahagiaan majoriti masyarakat,
melainkan unsur kebahagiaan individu berada pada mereka. Selain itu, ia
munculnya suatu keadaan kepedulian antara sesama dengan dihidupkannya
dengan suara hati seseorang.
Dalam hal pemikirannya mengenai ekonomi, Mill dipengaruhi oleh Thomas
Robert Malthus, di mana pertumbuhan ekonomi selalu diliputi dengan tekanan
jumlah penduduk dengan sumber yang tetap. Mill seorang utilitarian yang
mencuba untuk memahami kebahagiaan secara sudut lain, di mana menurutnya
kebahagiaan, bukanlah semata-mata bersifat fizikal, melainkan lebih luas
daripada itu dan Mill pun memperkenalkan sebuah konsep kebahagiaan
individu, yang sebelumnya, para falsafah utilitarian kurang menyentuh hal
tersebut. Menurut Mill tentunya berbeza berkait kebahagiaan individu dengan
kebahagiaan umum. Suara hati menjadi dasar moraliti kaum utilitarian
sehingga akan menimbulkan implikasi dalam kehidupan sehari-hari berkait
hubungannya dengan orang lain dan di sanalah wujudnya sebagai makhluk
sosial menjadi nyata.
Perasaan sosial yang timbul menuntut adanya suatu perhatian terhadap
kepentingan umum diatas kepentingan peribadi. Maka, di kemudian harinya
akan munculnya konsep kebebasan dan keadilan. Keadilan akan diawali dengan
pengakuan atas kewujudan hak-hak orang lain dan keadilan juga tidak
terpisah dengan unsur kebebasan manusia. Masyarakat menurut Mill mestilah
melindungi kebebasan individu kerana hal tersebut merupakan bahagian
daripada kebahagiaan umum. Universalime beretika merupakan konsep
utilitariannya yang lebih mengedepankan kepada kebahagiaan orang lain, di
mana di sanalah moraliti utilitarian dibangunkan oleh Mill. Prinsip
tersebut memang cukup relevan dalam hal kegiatan ekonomi, di samping Mill
menerima pasaran bebas Adam Smith, namun usaha untuk memperhatikan
kebahagiaan orang lain dalam hal persaingan ekonomi pasar, menjadi agenda
Mill.
Keadaan pasaran bebas yang cenderung bersikap egoisme sentrik yang
ditekankan oleh Mill dengan perlakuan nilai moraliti bersama, di mana
prinsip kebahagiaan harus dirasakan oleh setiap pemain pasar, pelaku usaha,
pengeluar, pengedaran hingga tatapan pelanggan. Pasaran bebas memang
cenderung melahirkan keadaan win-lose, namun antara kedua-dua belah pihak
diharapkan harus tetap mampu menjalin hubungan yang kelak melahirkan
kebahagiaan bersama, yang merupakan akibat atas universalisme etika ala
John Stuart Mill. Ekonomi sebagai sebuah ilmu yang bersifat empirik,
menjadi sebahagian daripada pemikiran Mill ke hadapan. Menurutnya wang
adalah kekuasaan dan dalam kerangka memenuhi keperluannya, manusia
memerlukan kekuasaan (Maya 2015).
4.2 JEAN JACQUES ROUSSEAU (1712-1778)
Jean Jacques Rousseau adalah seorang tokoh falsafah besar, penulis and
pencipta pada abad pencerahan. Pemikiran falsafahnya mempengaruhi revolusi
Perancis, perkembangan politik moden dan dasar pemikiran pendidikan.
1. State of nature manusia dalam pandangan Rousseau
Rousseau berpendapat bahawa manusia mempunyai keadaan alamiah atau keadaan
azali dalam dirinya sebagai suatu individu yang bebas atau merdeka tanpa
adanya suatu intervensi atau paksaan dari manapun . meskipun mempunyai
kebebasan yang mutlak, manusia tidak ingin atau memiliki keinginan untuk
menaklukan sesamanya karena manusia alamiah bersifat tidak baik maupun
tidak buruk. Mereka hanya mencintai dirinya sendiri secara spontan dan
berusaha untuk menjaga keselamatan dirinya dan memuaskan keinginan
manusiawinya.
Menurut Rousseau, manusia abad pencerahan sudah mengubah dirinya menjadi
manusia rasional. Manusia rasional hanya mementingkan faktor material untuk
memenuhi keperluan dirinya. Faktor-faktor bukan material berupa perasaan
dan emosi mengalami pengikisan yang mengakibatkan manusia seolah-olah hanya
bergerak menurut rasionalnya sahaja. Abad Pencerahan menurut Rousseau
adalah abad pesismistik. Pemikir-pemikir pencerahan, perkembangan teknologi
dan sains menyebabkan kemunduran moral dan budaya. Akibatnya, manusia
menjadi rakus dan tamak sehingga terjadi kerosakan dan penghancuran besar-
besaran bagi keberlangsungan manusia, baik alam mahupun manusia itu
sendiri. Oleh sebab itu, Rousseau berfikir bahwa manusia seharusnya kembali
pada kehidupannya yang alamiah yang memiliki emosi dan perasaan untuk
mencegah dan terhindar daripada kehancuran keseluruhan. Pemikiran ini
menjadi cekal daripada aliran Romantisme yang berkembang di Eropah
(Budiardjo, Miriam 1982).
2. Kontrak Sosial dan Kekuasaan
Seperti yang dikemukakan Rousseau bahwa manusia memiliki kebebasan penuh
dan bergerak menurut emosinya. Keadaan tersebut sangat menimbulkan konflik
dan pertikaian. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, manusia mengadakan
perjanjian bersama yang disebut kontrak sosial.
Rousseau berpendapat bahawa negara merupakan bentuk nyata daripada
kontrak sosial. Individu-individu di dalamnya sepakat untuk menyerahkan
sebahagian daripada hak-haknya untuk kepentingan bersama melalui pemberian
kekuasaan kepada pihak-pihak tertentu antara mereka. Kekuasaan tersebut
digunakan untuk mengatur, dan menjaga keamanan mahupun harta benda mereka.
Hal inilah yang kemudian disebut sebagai kedaulatan rakyat.
Perbezaan teori kontrak sosial dalam pandangan Hobbes dan Rousseau
adalah Hobbes menyatakan bahawa setelah negara terbentuk sebagai suatu
kontrak sosial, negara tidak terikat lagi dengan individu tetapi
individulah yang terikat dengan negara dengan kata lain, negara dapat
berbuat apa saja terhadap individu. Berbeza dengan Hobbes, Rousseau
berpendapat bahawa negara adalah berasal daripada kontrak sosial antara
individu dalam sesebuah negara merupakan perwakilan kepentingan individu-
individu di dalamnya, negara harus berusaha mewujudkan kehendak umum
apabila kehendak itu diabaikan oleh negara, rakyat dapat menarik mandatnya
terhadap kerajaan.
Rousseau mendambakan suatu sistem pemerintahan yang bersifat demokrasi
langsung di mana rakyat menentukan kerajaan atau pemimpin mereka, membuat
tata negara dan peraturan secara langsung. Demokrasi langsung hanya dapat
dilaksanakan pada wilayah yang tidak terlalu luas.
3. Bentuk-bentuk Pemerintahan
Menurut Roussesau, keaneka ragaman pemerintahan di dunia adalah baik kerana
biasanya mengakomodasikan kepentingan beraneka ragam bentuk, tradisi dan
adat istiadat masyarakat yang berbeza-beza. Klasifikasi pemerintahan dan
kriteria menjadi titik ukur negara menurut Rousseau dapat dilihat
berdasarkan jumlah mereka yang berkuasa.
Apabila kekuasaan dipegang oleh seluruh atau sebahagian besar
warganegara (citizen magistrates lebih banyak daripada ordinary private
citizen), maka bentuk negara tersebut adalah demokrasi tetapi apabila
kekuasaan dipegang oleh beberapa pemerintah (ordinary private citizen lebih
banyak daripada citizen magistrates) maka negara tersebut berbentuk
aristokrasi. Apabila negara tersebut hanya berpusat pada satu orang
pemerintah, maka negara tersebut berbentuk monarki. Rousseau juga
berpendapat bahawa mungkin terdapat bentuk negara campuran yang memadukan
sistem dan bentuk negara demokrasi, aristokrasi dan monarki (Noer, Deliar
1982).
5.0 CIRI-CIRI ALIRAN LIBERALISME
Antara ciri-ciri ideologi liberalisme ialah sistem demokrasi merupakan
bentuk pemerintahan yang lebih baik, anggota masyarakat memiliki kebebasan
intelektual penuh, termasuk kebebasan berbicara dan kebebasan beragama,
pemerintah hanya mengatur kehidupan masyarakat secara terbatas dan
keputusan yang dibuat hanya sedikit untuk rakyat sehingga rakyat dapat
belajar membuat keputusan diri sendiri, kekuasaan dari seseorang terhadap
orang lain merupakan hal yang buruk, semua masyarakat dikatakan berbahagia
apabila setiap individu atau sebagian terbesar individu berbahagia, dan hak-
hak tertentu yang tidak dapat dipindahkan dan tidak dapat dilanggar oleh
kekuasaan mana pun.
Ciri yang pertama iaitu sistem demokrasi merupakan bentuk pemerintahan
yang lebih baik daripada lain-lain sistem pemerintahan. Hal ini bermaksud
demokrasi adalah suatu sistem kerajaan yang mewujudkan penglibatan rakyat
sama ada secara keseluruhan atau sebahagian dalam pembentukan sesebuah
kerajaan. Demokrasi terbahagi kepada dua iaitu demokrasi secara langsung
dan demokrasi secara tidak langsung. Demokrasi langsung bermaksud
penglibatan seluruh ahli masyarakat iaitu rakyat dalam membuat suatu dasar
atau undang-undang dalam sesebuah kerajaan. Demokrasi langsung biasanya
dijalankan untuk negara yang mempunyai bilangan penduduk yang sedikit dan
mempunyai wilayah yang kecil. Manakala, demokrasi tidak langsung ialah
penglibatan sebahagian rakyat atau ahli masyarakat mewakili keseluruhan
masyarakat dalam pembuatan dasar atau undang-undang dan biasanya dijalankan
untuk negara yang mempunyai bilangan rakyat yang ramai.
Selain itu, demokrasi juga adalah suatu sistem yang menghadkan
penggunaan kuasa pemerintah. Hal ini kerana di dalam sistem demokrasi,
rakyat merupakan kuasa politik yang utama manakala pemerintah dan kerajaan
adalah sebagai institusi untuk melaksanakan segala peraturan dan perintah
yang telah dipersetujui oleh rakyat. Sistem ini memperlihatkan bahawa
pemusatan kuasa itu tidak berlaku kerana rakyat adalah sebagai pembuat
dasar kepada kerajaan. Di samping itu, sistem demokrasi juga mengamalkan
pembahagian kuasa kepada tiga komponen yang utama dalam sesebuah
pentadbiran iaitu badan eksikutif iaitu yang menjalankan undang-undang,
legislatif iaitu yang membentuk undang-undang dan judikatif iaitu yang
menjalankan keadilan atau penghakiman (Deliar 1982). Kesannya, pembuatan
undang-undang serta perlaksanaannya akan dapat dilaksanakan dengan lebih
efektif dan berkesan tanpa melibatkan apa-apa bentuk kezaliman atau
penindasan kepada rakyat sekiranya ketiga-tiga badan ini saling "check and
balance" antara satu dengan yang lain bagi menelakkan berlaku sebarang
penyalahgunaan kuasa terhadap rakyat.
Sebagai mana menurut pendokong idea liberalisme iaitu Montesquieu
apabila badan legislatif dan eksikutif disatukan pada orang yang sama tidak
mungkin akan ada kemerdekaan (kebebasan) serta tidak akan ada kemerdekaan
selagi badan judikatif tidak dipisahkan dari badan eksikutif dan
legislative. Hal ini kerana kuasa mengadili (judikatif) apabila digabungkan
dengan badan eksikutif dan legislatif akan menyebabkan penguasa akan
bertindak dengan sesuka hati (Deliar 1982: 100). Seterusnya, sistem
demokrasi juga mementingkan hak-hak rakyat kerana setiap undang-undang yang
digubal perlu membawa kepada kepentingan dan menjaga kebajikan rakyat. Hal
ini menurut Locke, kerajaan hendaklah bertanggungjawab kepada semua rakyat
dan bukannya berkuasa ke atas rakyat semata-mata (Kamlin 1986).
Ciri yang seterusnya ialah anggota masyarakat memiliki kebebasan
intelektual penuh termasuk kebebasan berbicara dan kebebasan beragama. Hal
ini membuktikan bahawa ideologi fahaman liberalsime ini merupakan pendokong
kepada hak dan kebebasan setiap individu. Kebebasan individu mencakupi
hubungan mereka dalam melakukan apa jua perkara yang dirasakan baik bagi
mereka. Agama merupakan suatu anutan bukan perintah yang mengongkong
individu dalam melakukan sesuatu perkara. Hal ini kerana liberalsime lahir
semasa zaman pencerahan dan Revolusi Perancis pada akhir abad ke-18 di mana
pada ketika itu masyarakat cuba untuk keluar daripada pengaruh gereja yang
dilihat semakin melampau dalam mengongkong dan mengatur hidup manusia serta
peranan pemerintahan monarki di Perancis yang dilihat menindas rakyatnya
(Rodee 1988).
Oleh kerana itu idea liberalisme ini menunjukkan bahawa perlunya
keselarasan sosial yang dihasilkan oleh setiap individu dalam mengejar
kepentingan tertentu. Semua individu seharusnya mempunyai kesempatan atau
hak yang sama untuk menunjukkan kemampuan masing-masing. Hal ini kerana
individu adalah unit utama dalam menilai fahaman liberal iaitu keluasan
kebebasan yang diberikan kepada setiap individu untuk menunjukkan
kemampuannya adalah menjadi penilaian kepada sejauh mana seseorang individu
itu mendapat haknya (Rodee 1988). Hal ini disebabkan pada era zaman
kegelapan Eropah manusia dikongkong oleh gereja baik dari segi jasmaninya
mahu pun rohani (Kamlin 1986). Kedudukan gereja yang mutlak mengakibatkan
masyarakat menjadi tidak berkembang. Oleh kerana itu, fahaman liberalisme
ini lahir bagi menunjukkan manusia itu mempunyai hak dan kebebasan dalam
menentukan kehidupannya. Menutut Locke, kebebasan yang dimaksudkan dalam
konteks liberalisme ini adalah bukan kebebasan yang mutlak namun kebebasan
ini diselaraskan dan disamaratakan dengan tanggungjawab mematuhi hukum
alamiah dan menghormati hak-hak semulajadi orang lain (Kamlin 1986).
Justeru itu manusia yang mendokong fahaman liberalisme ini mempunyai
suatu kebebasan tertentu dalam menentukan perjalanan hidup mereka sendiri
tanpa dipengaruhi oleh mana-mana unsur yang boleh memaksa mereka untuk
tunduk pada kehendak orang lain. Oleh kerana itu kebebasan sosial yang
mencakupi kehendak sosial seperti pendidikan dan keagamaan setiap individu
adalah bersifat bebas. Namun demikian menurut Locke masyarakat juga perlu
kepada suatu keadaan sivil yang membantu mengatur kehidupan manusia agar
tidak membawa kepada kekacauan dan pemerkosaan hak antara individu. Oleh
sebab itu Locke telah mewujudkan masyarakat sivil iaitu suatu perjanjian
antara setiap ahli masyarakat untuk menyerahkan sebahagian hak mereka
kepada kerajaan bagi memelihara kebajikan mereka bersama. Hal ini kerana
masyarakat sivil menurut Locke ditubuhkan melalui prinsip keuntungan umum
yang dapat memelihara kepentingan masyarakat bersama (Kamlin 1986).
"Tujuan pokok dan utama daripada manusia untuk bersatu dan membentuk negara
dan menempatkan diri mereka di bawah satu pemerintahan, adalah untuk
melindungi milik mereka"
(Deliar 1982).
Ciri yang ketiga ialah pemerintah hanya mengatur kehidupan masyarakat
secara terbatas dan keputusan yang dibuat hanya sedikit untuk rakyat
sehingga rakyat dapat belajar membuat keputusan diri sendiri. Sebagai mana
menurut Locke, kerajaan adalah sebagai alat atau institusi yang
bertanggungjawab menjaga dan memelihara hak setiap individu. Selain itu
Locke juga berpendapat bahawa peranan yang tepat dan penting bagi
pemerintah adalah bertanggungjawab menjamin hak setiap individu untuk
memiliki kekayaan peribadi. Di samping itu, pemerintah menurut Adam Smith
ialah pemerintah yang baik adalah pemerintah yang kekuasaannya terbatas,
sedang pemerintah yang terbaik adalah pemerintah yang tidak begitu berkuasa
(Rodee 1988). Justeru itu, melihat kepada definisi setiap ahli idea
liberalsime ini menunjukkan bahawa peranan pemerintah ini adalah sebagai
institusi yang membantu individu dalam mengecapi impian dan kehendak masing-
masing. Seterusnya, pemerintah mestilah tidak mempunyai kuasa yang banyak
supaya setiap keinginan individu itu tidak dibatasi oleh kekuasaan
pemerintah.
Ciri yang keempat ialah kekuasaan dari seseorang terhadap orang lain
merupakan hal yang buruk. Hal ini merupakan suatu penentangan oleh mereka
yang berpegang kepada fahaman liberalisme ini. Ini kerana penguasaan
seseorang terhadap orang lain adalah merupakan suatu perlanggaran terhadap
hak individu. Liberalisme berpendapat kebebasan merupakan nilai utama dalam
sesebuah kehidupan. Oleh kerana itu mereka menentang pemerintahan secara
raja berkuasa mutlak dan pemerintahan yang bersifat monarki. Hal ini keran
sisitem pemerintahan bersifat multak dan monarki akan memperlihatkan kuasa
raja tidak dapat dibendung dengan baik sekiranya raja atau pemerintah
bersifat zalim terhadap rakyatnya. Hal ini merupakan cerminan kepada
pemerintahan di England pada zaman pemerintahan Stuart (Kamlin 1986). Di
mana kuasa raja tidak dapat dihadkan dengan baik apabila raja bersifat
mutlak terhadap rakyat sehinggakan membawa kepada pemberontakkan dalaam
kalangan rakyatnya. Hal ini menunjukkan bahawa penindasan atau konkongan
pemerintah terhadap rakyat akan membawa kepada sesuatu kekacauan sosial dan
penentangan terhadap pemerintah. Oleh kerana itu John Stuart Mill
berpendapat bahawa penguasa merupakan pencerminan daripada masyarakat agar
kepentingan penguasa dan kemahuannya seiring dengan kemahuan masyarakat
(Deliar 1982).
Ciri yang kelima ialah semua masyarakat dikatakan berbahagia apabila
setiap individu atau sebagian terbesar individu berbahagia. Hal ini
merupakan bentuk pembahagian dalam ideologi fahaman liberal iaitu
utilitarianisme yang membawa maksud kebahagian terbesar bagi orang yang
banyak. Utilitarianisme ini mementingkan suatu perbuatan atau perkara yang
dianggap baik dilakukan untuk memberi impak yang positif kepada ramai
orang. Hal ini supaya kebahagiaan yang ingin dikecapi itu dapat dinikmati
oleh sekalian masyarakat (Rodee 1988). Jeremy Bentham yang merupakan
pendokong kepada utilitarianisme menyatakan bahawa kepentingan bersama
adalah melahirkan perasaan sakit senang yang mengenai banyak orang. Menurut
beliau teori ini adalah betujuan supaya penguasa dapat memperkembangkan
kesenangan dan memperkecilakan keburukkan. Hal ini kerana teori ini
berkaitan dengan mewujudkan kebahagian yang terbanyak bagi kepentingan
masyarakat (Deliar 1982).
Ciri yang terakhir ialah hak-hak tertentu yang tidak dapat dipindahkan
dan tidak dapat dilanggar oleh kekuasaan mana pun. Sebagai mana yang
dinyatakan oleh Locke, menurutnya masyarakat sivil adalah masyarakat yang
menyerahkan sebahagian hak mereka kepada suatu institusi kerajaan bagi
membentuk kepentingan bersama (Kamlin 1986). Namun demikian, terdapat
sebahagian hak yang lain tidak dapat diganggu dengan sewenang-wenangnya
oleh pihak pemerintah. Sebagai contoh hak pemilikan harta tidak dapat
dicerobohi melainkan melalui urusan jual beli. Hal ini kerana aliran
pemikiran ini menjaga hak dan kepentingan setiap individu daripada dizalimi
dan dicerobohi sesuka hati. Di samping itu, setiap urusan kerajaan dan
dasar yang dipinda perlulah mendapat persetujuan majoriti rakyat
menunjukkan betapa pentingnya pemeliharaan hak rakyat dalam sesebuah bentuk
pemerintahan. Oleh hal yang demikian, pemikirian ini menyokong ekonomi
pasaran bebas bagi mengelakkan diskriminasi pemerintah terhadap rakyatnya.
Ini bermaksud kerajaan adalah tidak boleh dengan sewenang-wenangnya
mengganggu urusan perniagaan yang dijalanakan oleh rakyatnya dengan
mengenakan cukai dengan sesuka hati (Kamlin 1986). Hal ini bertujuan supaya
dapat merangsang pertumbuhan ekonomi dan menjana pendapatan negara (Rodee
1988).
Secara kesimpulan dapat dinyatakan bahawa setiap ciri bagi ideologi
liberalisme ini mengagungkan kebebasan dan memelihara hak dan kepentingan
setiap individu daripada menjadi mangsa kepada penindasan kerajaan atau
pihak pemerintah. Hal ini demikian kerana setiap dasar dan undang-undang
yang dipinda oleh pihak pemerintah adalah bertujuan untuk memelihara dan
membangunkan kebajikan masyarakatnya. Oleh hal yang demikian, corak
pemerintahan secara monarki dan beraja adalah tidak diterima oleh pendokong
ideologi ini.
6.0 IMPAK FALSAFAH LIBERALISME
Di akhir abad yang ke-19, terdapat satu golongan liberal yang besar yang
berpendapat bahawa untuk menjadi bebas, seseorang itu perlukan beberapa
pengisian termasuk pendidikan dan perlindungan dari eksploitasi. Pihak
liberal percaya setiap manusia sepatutnya menikmati kebebasan seberapa
maksimum yang boleh dan selari dengan kebebasan untuk semua. Bagaimanapun,
setiap manusia yang dilahirkan mempunyai kesamarataan dari segi nilai
persamaan moral dan menikmati peluang sama rata dan kesamarataan bergantung
kepada pelbagai tahap yang berbeza antara satu sama lain dari sudut bakat
dan kesediaan untuk bekerja. Dengan itu, liberalisme mempercayai prinsip
meritokrasi (Holmes 1993).
Masyarakat liberal mempunyai ciri-ciri seperti kepelbagaian dan
pluralisme serta diuruskan secara politik oleh nilai berkembar iaitu
persetujuan. Kedua-duanya digabungkan dan membentuk struktur apa yang
dilabel demokrasi liberal. Pendirian yang ada dalam liberalism ini sedikit
sebanyak bertentangan dengan ajaran Islam yang merupakan satu agama yang
Haq, diwahyukan oleh ALLAH S.W.T kepada nabi Muhammad S.A.W merupakan agama
yang utuh, mempunyai akar, dimensi, sumber dan asas-asas ajarannya sendiri.
Manakala liberal bermaksud bebas, tidak terikat dengan apa-apa. Liberalisme
pula adalah suatu fahaman falsafah yang tercetus dan berkembang di Barat,
memiliki tanggapan, teori dan pandangan hidup yang berasaskan kebebasan.
6.1 IMPAK TERHADAP POLITIK
Isu liberalisasi banyak dikaitkan dengan ekonomi, padahal liberalisasme
mempengaruhi banyak aspek lain seperti aspek politik, sosial, dan undang-
undang, malah semakin menular dalam masyarakat kini, cuma lebih dikenali
dengan istilah keterbukaan (Web 2006). Barat juga sengaja melontarkan
bermacam-macam istilah dan pemikiran dengan trend politik mahupun ideologi.
Semua itu dimaksudkan untuk meragukan keyakinan umat Islam terhadap
pemikiran Islam serta melakukan permainan istilah yang berbahaya, semata-
mata kerana ketakutan melihat revivalisme (kebangkitan) umat melalui
ideologi Islam. Mereka memunculkan pemikiran nasionalisme, demokrasi,
pluralisme politik, hak asasi manusia, kebebasan, globalisasi, dan
sebagainya, termasuk dalam hal ini adalah apa yang dikenal dengan istilah
yang sangat asing (Ackerman 1992).
Terdapat empat prinsip asas yang membentuk teras politik liberalisme
iaitu persetujuan individu, perwakilan dan kerajaan yang diwakili,
perlembagaan dan kedaulatan popular. Teori-teori bersifat kontrak telah
menjadi asas kepada kuasa politik. Lelaki dan wanita dengan mudah bersetuju
untuk mengikat diri mereka di dalam sistem politik dan menerima keputusan-
keputusannya. Pemikir seperti John Locke menegaskan bahawa sukar untuk
memelihara hak-hak semulajadi seperti nyawa, kebebasan dan harta tanpa
kuasa bersama yang komited kepada melindungi mereka.
Dengan itu, mereka bersetuju menubuhkan masyarakat politik yang
mengandungi perundangan bersama, kehakiman dan kuasa eksekutif.
Terbentuknya negara dan tujuan utama adalah mengekalkan hak-hak semulajadi
tersebut iaitu nyawa, kebebasan dan pemilikan harta. Manakala bagi
perwakilan pula adalah bertujuan menjawab siapakah yang membuat keputusan
di dalam sistem liberalisme. Mengikut Locke juga, legislatur dilantik oleh
orang ramai dan ia perlu menerima batasan-batasan tertentu. Ia tidak boleh
menekan individu dari segi hak-hak semulajadi, menghapus kebebasan dan
tidak boleh merampas nyawa atau harta mereka. Kerajaan yang dilantik
mengandungi idea bahawa pihak berkuasa politik datangnya daripada rakyat
(Rothbard 1979).
6.2 IMPAK TERHADAP EKONOMI
Dalam fasa terawal liberalisme, Individualisme dirangka dari segi hak-hak
semulajadi, kebebasan dan kesamarataan. Fasa kedua pula berdasarkan kepada
teori psikologi yang mana merealisasi kepentingan adalah kuasa utama yang
menggerakkan individu dan dalam fasa ketiga ia menjadi liberalisme ekonomi
yang umumnya dirujuk sebagai kapitalisme (Hallowell 1943). Ia juga dirujuk
sebagai sistem dagangan bebas, kapitalisme dan mengemukakan hak kepada
individu untuk mengeluar dan membeli serta urusan jual beli bagi memenuhi
kehendak mereka. Ia menolak pengawalan kerajaan dan membiarkan pasaran
bebas membuat keputusan.
Malah, liberalisme adalah ideologi kelas pertengahan yang muncul untuk
menggantikan aristokrat lama. Tujuan utama adalah memperjuangkan aktiviti
ekonomi individu, mengukuh dan meluaskan kawasan perdagangan yang
membabitkan negara bangsa atau dunia amnya. Ia juga bertujuan menghapuskan
halangan kepada pengangkutan serta perdagangan barangan. Menjadi matlamat
utama ideologi ini bagi menguruskan semula ekonomi, memperkenalkan kaedah
dagangan atau pasaran baru dan menanam modal bagi kilang-kilang dan jentera-
jentera. Kebebasan ekonomi mengutamakan hak untuk pemilikan harta, hak
untuk mewarisi, hak untuk mengumpul modal dan kekayaan, kebebasan untuk
mengeluar, menjual dan membeli menjadi bahagian penting dalam order baru
social (Bobbio 1990).
6.3 IMPAK TERHADAP SOSIAL
Ia dipengaruhi oleh Utilitarianisme yang diasaskan oleh Jeremy Bentham dan
John Stuart Mill. Mengikut fahaman ini, semua individu perlu diberi
perkhidmatan asas yang memuaskan seperti pelajaran, peluang ekonomi dan
pelindungan daripada kejadian makro yang tidak ditentukan oleh mereka,
tetapi adalah hak individu itu sendiri. Secara amnya, Liberalisme
mengutamakan hak-hak peribadi. Falsafah ini ingin membentuk satu masyarakat
yang mempertahankan pemikiran yang bebas untuk setiap orang, batasan kepada
kuasa khususnya kuasa kerajaaan dan agama, kedaulatan undang-undang,
pendidikan awam yang percuma, kebebasan bertukar fikiran, ekonomi pasaran
yang memberikan kebabasan menjalankan perusahaan peribadi dan sistem
kerajaan yang terbuka yang melindungi hak-hak semua rakyat secara adil dan
saksama.
Di dalam masyarakat moden, mereka yang liberal menggemari sistem
pengundian yang adil dan terbuka di dalam sistem demokrasi liberal di mana
semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang dan
peluang yang saksama untuk berjaya. Justeru, liberalisme dalam konteks
social lebih menekankan hak-hak peribadi yang berkaitan dengan cara hidup
dan perasaan hati termasuk kebebasan seksual, kebebasan beragama, kebebasan
pemahaman dan perlindungan dari campur tangan kerajaan di dalam kehidupan
peribadi, malah secara umumnya menentang keras campur tangan pemerintah dan
fahaman agama yang mengatur sastera, seni, akademik, perjudian, seks,
pelacuran, pengguguran, peancangan keluarga, alkohol, ganja dan barang-
barang lainnya (Hayek 1978).
7.0 RUJUKAN
Ackerman, Bruce. 1992. The Future of Liberal Revolution. New Haven: Yale
University Press.
Bobbio, Norberto. 1990. Liberalism and Democracy. trans. Martin Ryle and
Kate Soper. London.
Budiardjo, Miriam. 1982. Dasar-Dasar Ilmu Politik. Jakarta: Gramedia.
Carlton Clymer Rodee. 1988. Pengantar Ilmu Politik. Jakarta: Penerbit CV
Rajawali.
Deliar Noer. 1982. Pemikiran Politik Di Negeri Barat. Jakarta: Penerbit CV
Rajawali.
Euis Sundani 2014. Paham Liberalisme.
http://euissundani.blogspot.my/2014/12/paham-liberalisme.html. [17 Mei
2016].
Fredrick 2011. Liberalisme Bagian Dari Filsafat Modern.
https://theodorusfredrik03.wordpress.com/2011/03/08/liberalisme-bagian-dari-
filsafat-modern/. [17 Mei 2016].
Hallowell, John H. 1943. The Decline of Liberalism as an Ideology with
Particular Reference to German Politico-legal Thought. Berkeley: University
of California Press.
Holmes, Stephen. 1993. The Anatomy of Antiliberalism. Cambridge, Mass:
Harvard University Press.
Hayek, Friedrich A. 1978, 1960. The Constitution of Liberty. Chicago:
University of Chicago Press.
Maya 2015. John Stuart Mill. http://mayatarigann.blogspot.my/2015/09/john-
stuart-mill.html. [17 Mei 2016].
Mikhael Dua 2008. Filsafat Ekonomi. Kanisius: Jogjakarta.
Muhammad Kamlin. 1986. Pengantar Pemikiran Politik Barat. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noer, Deliar. 1982. Pemikiran Politik di Negeri Barat. Jakarta: C.V.
Rajawali.
Rothbard, Murray N. 1979, 1965. Left and Right: The Prospects for Liberty.
San Francisco: Cato Institute.
Sukarna. 1974. Ideologi Suatu Studi Ilmu Politik. Penerbit Alumni; Bandung.
Webb, Adam K. 2006. Beyond the Global Culture War. New York: Routledge.