SGDI5013
1.0
LIBERALISME
Pendahuluan
“Pada zaman sekarang kita dapati ada orang yang meragui tentang pengharaman khamar (arak) atau riba, atau tentang bolehnya talak dan berpoligami dengan syarat-syaratnya. Ada juga yang meragui keabsahan Sunnah nabi SAW sebagai sumber hukum. Bahkan ada yang mengajak kita untuk membuang seluruh ilmu-ilmu Al-Quran (Ulum Al-Quran) dan seluruh warisan ilmu pengetahuan Al-Quran ke tong sampah, untuk kemudian memulai membaca Al-Quran dari nol dengan bacaan kontemporer, tanpa terikat oleh suatu ikatan apa pun, tidak berpegang pada ilmu pengetahuan sebelumnya. Juga tidak dengan kaedah dan aturan yang ditetapkan oleh ulama‟ umat Islam semenjak berabad-abad.” berabad-abad.” (Yusuf Qaradhawi) Dewasa ini, terdapat terdapat banyak perkara yang menggugat keharmonian dan kesucian agama Islam dan penganutnya sendiri. Pelbagai pertubuhan atau aliran yang bernaung atas nama Islam muncul dengan membawa ideologi atau pemikiran yang berbeza-beza. Antara golongan yang menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sedang rancak menyebarkan misi dakwah songsang mereka kepada masyarakat Islam Malaysia adalah golongan yang memperjuangkan liberalisme. Persoalan fahaman yang cuba dikaitkan dengan Islam seperti liberalisme ini sebenarnya merupakan salah satu dari apa yang disebut sebagai serangan pemikiran dan kebudayaan ( gazwah gazwah al-fikri wa al-thaqafi). al-thaqafi). Bentuk-bentuk serangan yang secara tidak langsung dilakukan bagi meruntuhkan pegangan agama masyarakat Islam yang boleh memberi kesan kepada keruntuhan Islam itu sendiri (Mohd Roslan, 2011). Dalam membentengi akidah, umat Islam perlu mempunyai pengetahuan yang cukup dalam memahami aliran pemikiran-pemikiran baru terutama yang berwajahkan Islam. Jika umat Islam dihadapkan dengan fahaman seperti
1
SGDI5013
LIBERALISME
sekularisme, komunisme dan kapitalisme, secara langsung mereka dapat mengasingkan diri daripada terpengaruh dengan fahaman-fahaman ini kerana ia merupakan fahaman yang secara jelas bertentangan dengan akidah Islam. Tetapi serangan pemikiran yang berjenamakan Islam seperti Islam Liberal ini amat payah untuk dikenalpasti. Ini kerana aliran pemikiran ini juga menggunakan hujah yang disandarkan kepada ayat-ayat Al-Quran, Hadith, Hadith, ulama‟ Islam, penggunaan istilah-istilah Islam, dipelopori oleh tokoh-tokoh yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam dan muncul di negara-negara Islam. Maka umat Islam yang tidak mempunyai asas pengetahuan tentangnya, dibimbangi mudah terjebak dan terpengaruh dengan pemikiran liberalisme. 2.0
Definisi Liberalisme
Perkataan Perkataan liberalisme berasal dari dua patah perkataan iaitu „liberal‟ dan „isme‟. Perkataan liberal berasal daripada perkataan Latin liber yang bermaksud bebas atau bukan hamba. Perkataan liberal banyak dikaitkan dengan perkataan Inggeris liberty liberty dan konsep kebebasan. Oxford English Dictionary Dictionary menerangkan yang perkataan liberal telah lama berada di dalam bahasa Inggeris dengan makna "sesuai untuk orang bebas, besar, murah hati" di dalam seni liberal. Ia juga bermaksud "bebas dari sekatan bersuara atau perlakuan", seperti bebas dengan harta, atau lidah bebas, selalunya dengan sikap tidak malu. Walau bagaimanapun, bermula sejak 1776-88, perkataan liberal mula diberi maksud yang baik yang bermaksud "bebas dari prejudis, toleransi" oleh Edward Gibbon dan lain-lain. Liberal menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat mempunyai dua penakrifan. Pertamanya ditakrifkan ditakrifkan sebagai (bersifat) condong kepad kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misi menentang hak-hak istimewa kaum bangsawan), (fahaman) bebas. Manakala
2
SGDI5013
LIBERALISME
penakrifan yang kedua pula ialah bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran. Isme menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat ialah akhiran asing kepercayaan, gerakan politik, atau keagamaan, dan juga sikap serta perlakuan. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa liberalisme membawa maksud sebuah ideologi, pandangan falsafah, dan tradisi politik yang didasarkan kepada kebebasan. Secara umum liberalisme menginginkan kepada sebuah masyarakat yang bebas, bercirikan kebebasan berfikir bagi para individu. Fahaman liberal menolak adanya pembatasan, khususnya dari pemerintah dan agama (Indah Maisuri). 3.0
Sejarah Kemunculan Liberalisme
Aliran liberalisme lahir di Barat adalah lanjutan daripada zaman Renaissance (kebangkitan) yang berlaku di Eropah. Ia adalah hasil daripada tindak balas kaum intelek Eropah terhadap penindasan gereja terhadap ilmu/sains dan juga teori-teori palsu ciptaan cendekiawan Yahudi untuk memusnahkan agama Kristian. Aliran pemikiran ini bertujuan untuk meningkatkan kebebasan yang diberi kepada individu. Sifat-sifat fahaman liberalisme ialah; 1. Kebebasan kepada individu tanpa sekatan atau dengan sekatan paling sedikit. 2. Ia mempunyai gagasan-gagasan pemikiran seperti berikut; a. Individu lebih penting dari masyarakat. b. Masyarakat wujud untuk individu. c. Individu bebas dari ikatan agama.
3
SGDI5013
LIBERALISME
Gerakan liberalisme dari sudut agama dipelopori oleh Martin Luther (1483-1546M) seorang tokoh Protestan disebabkan oleh penindasan dan keganasan gereja Katholik sebelum zaman Renaissance. Gerakan ini membebaskan penganut agama Kristian daripada kuasa gereja dari segi rohaniah ke atas individu dan membentuk mazhab baru bernama Protestan pada abad ke 16M. Antara prinsip penting bagi mazhab Protestan ialah; “Menjadi hak individu Kristian untuk membaca kitab suci dan mentafsirnya sendiri tanpa terikat dengan tafsiran paderi- paderi” (Sulaiman Nordin, 1995). Pada abad ke 18M, Liberalisme Barat itu berkembang pula dalam bentuk aliran syak atau scepticism dan mewujudkan suasana yang kontroversi yang lebih hebat dengan agama-agama khususnya pada abad ke 19M. Seterusnya aliran yang menolak agama terus mengembangkan ideanya di German khususnya pada kurun ke 19M, melalui tulisan-tulisan seperti Feuerbach, Marx dan Nietzsche. Dari sinilah bermulanya satu fahaman yang terkenal iaitu ideologi Komunis. Idea Liberalisme ini terus berkembang di Barat bersama dengan kemajuan sains dan pemodenan dalam pembangunan industri. Manusia bukan sahaja disogok dengan idea “keraguan” tentang Tuhan dan ajaran-ajaran agama tetapi juga menjadikan mereka bersikap materialistik dengan menjadikannya sebagai matlamat dari segala kehidupan. Sebagai contohnya David Hume (17111776) seorang ahli falsafah Scotish dalam tulisannya banyak sekali menghentam agamanya sendiri (Kristian). Ini terbukti dalam tulisan-tulisan beliau seperti “Dialogues Concerning Natural Religion” dan “Essay on Miracles”. Berasaskan kepada idea pemikiran beliau yang menggunakan pendekatan “ragu” (scepticism) melalui teori ilmu yang didasarkan kepada persepsi akal dan indera maka sudah tentu ia mengatakan tuhan itu tidak ada.
4
SGDI5013
LIBERALISME
Secara langsung atau tidak langsung idea seumpama ini telah mempengaruhi pemikiran generasi baru di Barat khususnya dan di Timur amnya. Fahaman ini berkeyakinan bahawa manusia dan akal fikirannya boleh menyelesaikan berbagai aspek yang berkaitan dengan kemanusiaan tanpa perlu merujuk kepada agama atau tuhan. Kalau manusia itu dalam kes-kes tertentu perlu kepada agama maka ia hanya bersifat keperluan individu semata-mata terutama dalam keadaan manusia yang tidak menentu emosi dan pemikiran serta perasaannya kerana ditimpa kemalangan, bencana alam dan sebagainya. Maka peranan agama dalam konteks ini tidak lebih dari sekadar menstabilkan emosi yang tidak tenteram (Zulkarnain Yusuf, 1996). 4.0
Konsep Liberalisme Agama
Liberalisme adalah suatu struktur pemikiran yang mencakupi hampir seluruh aspek kehidupan manusia, terutamanya sosial, budaya, politik, pendidikan, ekonomi dan agama. Dalam sejarah, pemikiran ini lahir dalam pengalaman zaman Pencerahan Barat. Teras kepada idea liberalisme ialah keprihatinan dalam melindungi dan menggalakkan kebebasan dan autonomi individu, dalam konteks penentangan terhadap pihak lain sama ada negara, masyarakat atau individu lain yang mengganggu kebebasan dan autonomi dalam segala aspek ini. Berikutan itu, liberalisme agama boleh dirumuskan sebagai pemikiran yang ingin melonggarkan kepercayaan keagamaan, dengan maksud hubungan antara alam, termasuk manusia, dengan Tuhan perlu dibebaskan daripada kongkongan wahyu. Untuk tujuan itu, puak liberal dalam agama menerima perubahan, malah penghapusan, ajaran-ajaran agama agar hubungan Tuhan dengan manusia dan alam dapat ditafsirkan semula dalam bentuk yang lebih terbuka (Wan Adli Wan Ramli, 2012).
5
SGDI5013
LIBERALISME
Sebilangan Muslim menerima pendekatan liberal dalam memahami Islam. Contohnya, Asaf Ali Ashgar Fyzee, yang dikatakan oleh Charles Kurzman sebagai Muslim pertama yang mencadangkan nama “liberal
Islam”, berpendapat bahawa wahyu perlu ditafsirkan semula
dalam kerangka pelbagai teori yang baru ditemui, seperti dalam disiplin sejarah dan sains. Ini bermaksud, menurutnya, Islam perlu difahami semula,bukan sekadar dalam kerangka ilmu yang sah diterima oleh Islam, malah dalam kerangka semua bidang ilmu yang ada di dunia sekarang, sama ada ilmu tersebut diterima atau tidak berdasarkan prinsip akidah, syariah dan akhlak Islam. Selain itu, perkembangan fahaman liberal dalam Islam juga turut dikatakan mempunyai kesinambungan dengan gerakan modenisasi Islam yang digerakkan oleh beberapa orang cendekiawan Islam pada abad ke-20 seperti Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh yang bertujuan menjadikan umat Islam maju dalam bidang sains dan teknologi yang berasaskan filsafat barat (Shaharom TM Sulaiman, 2002). Ada juga yang berpendapat bahawa ia juga mempunyai kesinambungan dengan aliran sekularisme, orientalisme serta falsafah relativisme, rasionalisme dan nihilisme. Tokoh pemikir Islam yang sering dikaitkan dengan perkembangan Islam Liberal ialah Ahmad Khan, Fazlur Rahman, Ali Syaryati, Abdullah Ahmad Naim, Hasan Hanafi, Muhammad Abed al-Jabiri, Muhammad Arkoun, Abdul Karim Soroush, Fatima Mernisi, Aminah Wadud, Nawal Sa‟adawi, Rifa‟at Hassan, „Ali, „Abd al-Raziq (Ahmad Zaki, 2005), Farid Esack (Nur Farhana, 2010), Nurcholis Madjid, Harun Nasution, Ahmad Wahib, Lutfi As-Syaukanie, Ulil Abshar, Djohan Efendi dan ramai lagi. Selanjutnya, pengaruh Islam Liberal ini dikatakan turut dikembangkan di Malaysia. Antara tokoh-tokoh yang dikatakan cuba mengembangkan fahaman ini dalam negara Malaysia ialah
6
SGDI5013
LIBERALISME
Kasim Ahmad, Farish Noor, Syed Akbar Ali, Zainah Anwar, Reza Shah-Kazemi, Astora Jabat dan Zainudin. Sementara dalam bentuk pertubuhan pula Musawah, Jemaah al-Quran Malaysia, Sisters In Islam (SIS), Suruhanjaya Antara Agama atau Inter Faith Commision (IFC), Pertubuhan Pertolongan Wanita atau Women‟s Aid Organisation (WAO) All Women‟s Action Society (AWAM) dan The Joint Action Group for Gende r Equality (JAG) (Mazlan Ibrahim et.al, 2013) 5.0
Idea-Idea Utama Liberalisme
Golongan liberal ini dikatakan mempunyai pelbagai fahaman dan pemikiran yang menjadi dasar kepada perjuangan mereka antaranya ialah: i.
Pluralisme Agama Aliran Islam Liberal berpendapat agama Islam adalah agama yang benar. Namun pada waktu yang sama aliran Islam Liberal juga berpendapat semua agama selain Islam adalah benar juga. Apabila setiap penganut agama mendakwa hanya Tuhannya dan ajarannya sahaja yang betul, itu hanyalah dakwaan yang relatif dalam konteks dia dan agamanya sahaja. Jika dilihat daripada konteks keseluruhan agama, maka semua agama yang memiliki konsep ketuhanan yang mengajar kepada kebaikan adalah semuanya benar (Abdullah, 2007). Manhaj seperti ini dipegang oleh Islam Liberal dengan tujuan supaya manusia yang menganut agama Islam dapat menggunakan sepenuhnya masa dan tenaganya untuk mencapai kemajuan tanpa dibazirkan kepada usaha membenarkan agamanya sahaja. Manhaj kesamaan antara agama merupakan manhaj utama aliran Islam Liberal. Bahkan ia adalah satu manhaj tersendiri yang memandangkan agama-agama lain di dunia adalah sama. Keganjilan dalam manhaj utama Islam Liberal ini bukanlah menunjukkan keistimewaan mereka tetapi sebaliknya menunjukkan keterdesakan mereka
7
SGDI5013
LIBERALISME
mengorbankan segala sesuatu demi mencapai kehendak akal dan nafsu mereka. Mereka berhujah dengan ayat surah al-Baqarah, 2:21
Maksudnya: “Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orangorang yang sebelummu, agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah : 21)
Mereka berpendapat sesiapa sahaja yang menyembah Tuhan dan menjadi orang yang benar-benar ikut agama mereka maka sebenarnya adalah orang beragama, sebab itulah perintah Allah dalam ayat ini. Sedangkan dalam al-Quran sendiri telah menyatakan bahawa agama yang diterima disisi Allah hanyalah Islam.
Maksudnya: “ Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia diakhirat termasuk orangorang yang rugi.” (Ali-Imran : 85)
Sekalipun Islam mengakui kehadiran beberapa agama lain, ia tidak bererti Islam mengiktiraf dan menganggapnya benar. Di sisi Islam, ukuran benar atau tidak sesuatu agama tidak terletak kepada kebaikan-kebaikan yang diseru oleh agama tersebut tetapi bagaimana ia mengajar penganutnya untuk mentauhidkan Allah. Inilah asas dan pembeza terpenting antara agama Islam dan agama- agama selain Islam.
8
SGDI5013
ii.
LIBERALISME
Penolakan Terhadap Syariah Penolakan terhadap syariah lahir dalam pemikiran Islam liberal apabila mereka secara berani melontarkan idea yang sangat jijik dengan menimbulkan persoalan “Kalau Allah itu Maha Adil atau kalau Islam itu adil, mengapakah ada undang-undang dan polisi-polisi yang dibuat atas nama Islam tetapi mencetuskan ketidak adilan?”(JabatanAgama Islam Selangor, 2011). Mereka merasakan ada kepincangan yang berlaku dalam Islam lalu mula mencari penyelesaian seolah-olah mahu membela Islam tetapi akhirnya mencemar kesucian Islam itu sendiri. Sehingga amalan terhadap sunnah-sunnah Rasulullah SAW, mula mereka pertikaikan. Tanpa rasa bersalah aliran pemikiran Islam Liberal berpendapat ia hanya releven untuk masyarakat arab zaman baginda, ketinggalan untuk dipraktikkan pada zamankini. Justeru aliran pemikiran Islam Liberal memandang orang yang berjanggut, bersiwak, memakai serban, jubah dan sebagainya sebagai orang yang ketinggalan zaman, malah inilah punca tertutup mindanya. Apabila minda mereka tertutup, sudah tentu tertutup juga pintu-pintu kejayaan sehingga bila-bila (Mohd Nasir Masroom &Wan Ismail Wan Dagang). Tanpa disedari oleh mereka bahawa pandangan dan pemikiran sebegini natijahnya menjauhkan lagi mereka dari agama Islam bahkan secara terang-terangan sebenarnya telah menolak syariah itu sendiri.
iii.
Penolakan Terhadap Autoriti Keagamaan Aliran Pemikiran Islam Liberal membahagikan wahyu kepada dua ketagori iaitu wahyu bertulis dan wahyu tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah Al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks Al-Quran berdasarkan tujuan, konteks dan suasana zaman. Maka dengan itu Al-Quran adalah sesuatu yang hanya bersifat menerangkan tujuan-tujuan
9
SGDI5013
LIBERALISME
agama manakala akal manusialah yang menyesuaikannya selari dengan konteks zaman (Mohd Nasir Masroom &Wan Ismail Wan Dagang).Justeru itu pada mereka ini, ilmuilmu Islam seperti usul tafsir, usul fiqh, usul hadis,al-Jarh wa al-Ta‟dil dan sebagainya yang selama ini merupakan sesuatu yang beku di dalam disiplin ilmu-ilmu Islam. Mereka melontarkan pandangan bahawa para mujtahid tidak sunyi daripada pelbagai kecacatan dan kesalahan. Oleh itu aliran Islam Liberal tidak menghormati ilmu-ilmu di atas, jauh sekali daripada menggunakannya dalam tafsiran mereka untuk “membuka dan membebaskan” Islam. Atas dasar ini juga aliran Islam Liberal membuka semula perbincangan, tafsiran dan ijtihad terhadap perkara-perkara yang sudah muktamad (qat‟ie) kedudukannya di dalam agama. Mereka mendakwa apa yang selama ini dianggap qat‟ie hanya relatif kepada pendapat manusia. Bagi aliran pemikiran Islam Liberal, perkara-perkara yang dianggap qat‟ie tersebut masih terbuka dan bebas kepada pelbagai kemungkinan dan maksud. Atas kepelbagaian ini mana-mana pihak tidak boleh mendakwa pendapatny asahaja yang benar, bahkan semua pendapat adalah boleh diterima. Bahkan mereka mengelarkan diri meraka sebagai mujtahid yang sebenar selari dengan perkembangan zaman. iv.
Kebebasan Menafsir Teks Al-Quran Golongan Islam Liberal mengelarkan diri mereka sebagai mujtahid alaf baru. Maka sewenang-wenangnya mereka menafsirkan teks al-Quran berdasarkan pemikiran liberal mereka. Sebagai contoh, terhadap firman Allah SWT:
Maksudnya: “ Dan lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangankeduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dansebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al-Maidah: 38)
10
SGDI5013
LIBERALISME
Mereka memberi penafsiran bahawa tujuan yang sebenarnya dituntut oleh al-Quran adalah menjatuhkan hukuman kepada pencuri. Bentuk hukuman boleh berubah-ubah selari dengan peradaban manusia. Di zaman Rasulullah SAW, bentuk hukuman adalah memotong tangan. Namun pada zaman kini bentuk hukuman boleh berubah kepada hukuman penjara selari dengan peradaban manusia. Demikian manhaj „membuka dan membebaskan‟ tafsiran al-Qur‟an yang dipegang oleh aliran Islam Liberal atas alasan untuk memajukan umat Islam. Manhaj ini juga mereka guna pakai terhadap semua hukum-hukum Al-Quran termasuk perkara ibadah, sehingga apa yang dipraktikkan pada zaman Rasulullah SAW tidak semestinya dipraktikkan dalam bentuk yang sama pada zaman kini. Bahkan kepada umat Islam yang berpegang kepada dasar ayat bahawa pencuri yang sabit kesalahan dipotong tanganya, aliran Islam Liberal menyindir mereka sebagai “para penyembah teks” semata-mata (Mohd Nasir Masroom &Wan Ismail Wan Dagang). Inilah parahnya aliran pemikiran Islam Liberal sehingga sampai ke tahap sangat biadap terhadap ayat Allah semata-mata mahu selari dengan kehendak zaman atas alasan sesuai dengan peradaban manusia kononnya serta tidak mengikut disiplin yang sepatutnya dalam menafsirkan ayat-ayat Allah. v.
Menolak Dan Mempertikai Hadith Nabi SAW Dengan Mendakwa Ia Bercanggah Dengan Al-Quran Harun Nasution tokoh Islam Liberal Indonesia pernah menyebutkan; “Bagiku, rukun iman itu tinggal lima, seperti disebut dalam al-Quran. Di dalam al-Quran tak disebutkan rukun iman ke enam iaitu Qada‟ dan Qadar…”. (Kenyataan Harun Nasution ini boleh dilihat dalam buku bertajuk Refleksi Pembaharuan Pemikiran Islam 70 Tahun Nasution, tahun 1989. Buku telah diharamkan oleh JAKIM. Lihat; Jurnal Penyelidikan Islam
11
SGDI5013
LIBERALISME
JAKIM, Bil. 11, tahun 1998, halaman 113). Kenyataannya tersebut menunjukkan bahawa Harun Nasution menolak hadith kerana rukun Iman keenam (yakni Qadha‟ dan Qadar) sabit melalui hadith soheh yang diterima oleh sekelian ulamak muktabar. Di Malaysia kritikan terhadap hadith dilakukan dengan hebat oleh kumpulan anti hadith yang jika diselidiki merupakan nadi utama di belakang golongan Islam Liberal di negara ini. Dalam dakwaan mereka, hadith banyak yang bertentangan dengan al-Quran, oleh demikian ia perlu ditolak. A. Ghani Ismail (teman Kasim Ahmad dalam kumpulan antihadith) pernah menulis; “Kenyataan percanggahan di antara hadith dan Al-Quran bukannya faktor yang diciptakan oleh musuh-musuh Islam melainkan ia akan ditemui sesiapa sahaja yang meneliti Al-Quran dan membaca hadith-hadith yang kini dapat diperoleh terjemahan-terjemahannya dengan mudah. Al-Quran menetapkan hukum sebat untuk zina, hadith menetapkan hukum rejam yang menjadi hukum yang dipusakai Arab Jahiliyah. Al-Quran menyuruh manusia menimbangkan ayat-ayatnya dengan fikiran sendiri, hadith melarang perbuatan itu dan menjadikannya kewajipan ulama semata-mata. Al-Quran menegaskan tiada siapa dapat memberi syafaat pada hari kiamat, hadith mengatakan ulamak dan syuhada boleh (memberi syafaat)” (Dr. Mahmood Zuhdi, 1994). Kassim
Ahmad
dalam
bukunya
“Hadith;
Jawapan
Kepada
Pengkritik”
telah
menyenaraikan lebih dari sepuluh perkara yang menurut beliau hadith memberi kenyataan yang bercanggah dengan al-Quran; a. Menurut beliau; Al-Quran menegaskan bahawa rujukan kaum muslimin hanya satu sahaja ialah Kitab Al-Quran. Namun hadith menegaskan ada dua iaitu alQuran dan as-Sunnah (atau al-Hadith).
12
SGDI5013
LIBERALISME
b. Al-Quran menyebutkan lima sahaja rukun iman, sedangkan hadith menyebut enam iaitu dengan menambah Qadha dan Qadar. c. Al-Quran mengajar syahadah hanya Lailaha-Illallah, tetapi hadith menambah Muhammadur-Rasulullah. Tambahan tersebut menurut Kassim bercanggah dengan ayat yang memerintahkan agar jangan menyekutukan Allah dengan sesiapa pun. d. Al-Quran melarang mendewa-dewakan manusia. Namun hadith memerintahkan agar mendewakan Rasulullah (Nabi Muhammad) iaitu dengan berselawat kepadanya ketika membuka dan menutup doa dan juga apabila mendengar namanya disebut. e. Al-Quran menerangkan bahawa Nabi Muhammad atau mana-mana Nabi tidak memiliki kuasa syafaat, namun hadith menjelaskan bahawa Nabi Muhammad mempunyai kuasa syafaat. f.
Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi Muhammad tidak diberi mukjizat melainkan Al-Quran. Namun hadith menceritakan bermacam-macam mukjizat Nabi Muhammad selain Al-Quran itu.
g. Menurut al-Quran, Nabi Isa telah wafat. Namun hadith menjelaskan bahawa beliau tidak mati dan akan turun di akhir zaman untuk membunuh Dajjal. h. Al-Quran tidak menetapkan sebarang hukuman bagi orang murtad. Namun hadith menetapkan bahawa orang yang murtad hendaklah dibunuh. i.
Al-Quran menetapkan hukuman ke atas orang berzina hanya sebatan sahaja, namun hadith menambah satu lagi hukuman iaitu rejam.
13
SGDI5013
j.
LIBERALISME
Al-Quran memerintahkan manusia menggunakan akal dan fikiran. Namun hadith pula melarangnya di mana Rasulullah SAW pernah berkata; “Sesiapa mentafsir Al-Quran mengikut fikirannya, biarlah ia menghuni neraka”.
k.
Al-Quran mengajar kebebasan beragama di mana terdapat ayat menyebutkan “Tiada paksaan di dalam agama”. Namun hadith menetapkan orang yang murtad dihukum bunuh. Hukum ini menurut Kassim berasal dari Taurat.
Astora Jabat dalam tulisannya pernah membuat kenyataan yang menolak adanya azab dan nikmat kubur walaupun berita tentangnya sabit dalam banyak hadith sahih. Begitu juga, beliau menolak pemakaian tudung oleh wanita Islam walaupun terang-terang terdapat hadith sahih yang menjelaskan kewajipan wanita bertudung. vi.
Aurat Wanita Islam Aliran Pemikiran Islam Liberal melihat bagi memerdekakan wanita Islam dari belenggu kejumudan, salah satunya melalui pemahaman aurat yang universal. Mereka melihat persoalan tudung, jubah dan menutup aurat itu sebagai suatu yang merimaskan wanita dan wanita Islam perlu dibebaskan dari pakaian yang menutup aurat tersebut (Mohd Roslan, 2011). Bahkan apabila ditanya kepada seorang aktivis Islam Liberal: “Kenapakah anda tidak memakai tudung?” Jawapan yang diberikan adalah: “Pakaian yang dituntut dalam Islam adalah taqwa” yang merujuk kepada ayat ini;
Maksudnya: “Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkankepadamu Pakaian untuk menutup auratmu dan Pakaian indah untuk perhiasan dan Pakaian takwa itulah yang paling baik yang demikian ituadalah sebahagian dari tandatanda kekuasaan Allah, Mudah-mudahan mereka selalu ingat .” (Al-A‟raaf :26)
14
SGDI5013
LIBERALISME
Kefahaman seperti ini memang merupakan asas perjuangan kepada aliran IslamLiberal dalam bab berpakaian. Lebih memilukan apabila umat Islam Malaysia pernah dikejutkan oleh sebuah artikel berjudul „Memahami Aurat Wanita‟ yang dimuatkan dalam majalah Al-Islam edisi Februari dan akhbar Mingguan Malaysia (15 Feb 2004). Artikel tersebut dikeluarkan oleh Astora Jabat dan beliau mendakwa ia asalnya ditulis oleh seorang yang bernama Zainudin Idris. Antara yang didakwa ialah aurat yang wajib ditutup oleh kaum wanita mengikut syari„at Islam hanyalah kemaluan depan dan belakangnya. Bahkan beliau menulis: “Jika terbuka buah dada dan belakang sekalipun dikirakan sembahyang mereka sah, apakah lagi diluar sembahyang.” vii.
Persamaan Hak dan Isu Feminisme Satu lagi isu yang menjadi dasar kepada Islam Liberal yang menjadi tarikan kepada para pendokong pemikiran ini ialah persamaan hak dan keadilan sosial. Pejuang- pejuang wanita sering menjadikan isu persamaan hak ini sebagai satu isu yang digunakan untuk mendapat perhatian masyarakat. Ada di antara mereka yang menganggap bahawa undang-undang kekeluargaan Islam yang sedia ada seolah-olah tidak memberikan keadilan kepada wanita, menindas dan mengongkong wanita dari melakukan aktiviti kemasyarakatan (Mohd Roslan, 2011). Di Malaysia, gerakan liberal tidak mempunyai kumpulan khas yang menggunakan nama Islam Liberal, tetapi dilakukan oleh individu-individu yang memperjuangkan demokrasi, fahaman persamaan semua agama, fahaman persamaan hak antara wanita dan lelaki (feminisme). Jika di Indonesia Gerakan Liberal dilakukan oleh Jaringan Islam Liberal (JIL), maka di Malaysia gerakan Islam Liberal difokuskan kepada persamaan hak antara wanita dan lelaki (feminisme).
15
SGDI5013
LIBERALISME
Sister In Islam adalah kumpulan yang menyarankan persamaan hak antara wanita dan lelaki, di samping mempromosikan demokrasi, dan kebebasan (Mohammad Ariffin). Pemikiran sebegini telah menyerap masuk ke alam Nusantara terutamanya di Indonesia. Seorang tokoh iaitu Prof Dr Mudah Mulia telah mendapat anugerah pengiktirafan dari Amerika Syarikat atas usaha yang dilakukannya untuk menyebarkan fahaman ini di sana. Selain mempersoalkan hukum hakam yang berkaitan dengan kekeluargaan Islam, tokoh ini turut memperjuangkan hak hubungan antara kaum sejenis dengan alasan ia adalah sesuatu yang sunnahtullah. Oleh itu golongan ini perlu diiktiraf, dilayan secara adil dan tanpa diskriminasi (Mohd Roslan,2011). Maka tidak hairanlah jika fahaman Islam Liberal ini mendapat sokongan dan dokongan dari segelintir ahli masyarakat yang merasakan bahawa fahaman ini mendokong persamaan hak dan keadilan sosial untuk kaum wanita dan golongan minoriti. Cabaran kepada isu-isu ini mengakibatkan umat Islam menjadi keliru di antara tuntutan Al-Quran yang mengatakan hanya Islam agama yang diterima di sisi Allah (Ali Imran, 3:19) dengan persoalan sejauh manakah umat Islam dibenarkan bertoleransi dengan agama lain? Persoalan ini perlu dijelaskan dari sudut batasan-batasan, bidang-bidang dan kaedah yang dibenarkan oleh Islam dalam hubungannya dengan agama lain. Sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama, penjelasan-penjelasan harus diberikan kepada umat Islam dan masyarakat bukan Islam mengenai perkara ini. Menjadi tanggungjawab untuk kita sentiasa menjaga kesucian akidah sebagai seorang Muslim, namun kita juga dituntut untuk menjaga hubungan baik dan perpaduan dalam masyarakat majmuk ini.
16
SGDI5013
viii.
LIBERALISME
Mempertahankan Hak-hak Asasi (LGBT) Para pemikir aliran Islam Liberal berpendapat, bahawa tidak ada alasan untuk menolak homoseksual. Bahkan penolakan dan kritikan terhadap homoseksual atau homoseksualiti oleh kalangan umat Islam hari ini berdasarkan penafsiran sempit terhadap ajaran Islam. Tuhan telah menjadikan semua manusia, baik lelaki ataupun wanita adalah sedarjat, tanpa mengira etnik, kekayaan, kedudukan sosial ataupun orientasi seksual (Mohammad Ariffin bin Ismail). Bahkan pemikiran Islam Liberal ini mengiktiraf hak-hak bagi golongan lesbian dan gay. Mereka menganjurkan usaha-usaha untuk membela dan mempertahankan hak-hak sivil golongan
lesbian,gay,
biseksual,
transgender
dan
individu
yang
mengamalkan
interseksual. Agenda mereka menyokong sebarang usaha atau ketetapan yang memberikan hak-hak yang sama rata untuk semua golongan manusia dalam sebuah masyarakat Islam tanpa mengira jenis, fahaman agama, budaya dan gaya hidup seseorang (Jabatan AgamaIslam Selangor, 2011). Di Malaysia, umat Islam dikejutkan dengan isu kedatangan Irshad Manji bagi melancarkan bukunya „Allah, Liberty & Love‟ bagi memberikan sokongan kepada penyokong LGBT. Justeru isu ini dilihat, betapa di Malaysia sudah ada pendokong kepada budaya songsang ini sehinggalah Irshad Manji bersedia untuk hadir ke sini bagi menunjukkan sokongan secara terbuka. Namun pihak berkuasa atas kapasiti yang ada padanya telah berjaya menghalang program ini dari terus dilaksanakan. Tiada cara mudah untuk kita menangani aliran Islam Liberal melainkan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu-ilmu agama daripada para tokoh yang ikhlas, jujur dan mendapat petunjuk Allah SWT. Dengan ilmu-ilmu tersebut kita dapat
17
SGDI5013
LIBERALISME
membezakan antara yang hak dan batil, sekali gus menerangkan apa yang hak dan menjawab apa yang batil. 6.0
Bahaya Liberalisme Kepada Islam Dan Muslim
Ada yang mendakwa liberalisme ini adalah juga pemodenan dalam Islam. Ini amatlah salah. Pemodenan fikiran Islam yang digerakkan oleh Muhd Abduh, Rashid Rida, Iqbal dan lainlainnya bukan mahu menyoal keautoritian Al-Quran, Rasulullah SAW, Rukun Islam dan Rukun Iman. Mereka mahu aplikasi Islam dalam tuntutan dunia semasa supaya umat Islam maju tetapi bertolak dari gagasan Islam. Demikian juga mazhab Islam dahulu seperti Jabariah, Khawarij dan sebagainya, mereka mentafsirkan
ayat-ayat Al-Quran dan hadith tetapi tidak bertindak
mengkritik autoriti Al-Quran atau kerasulan Nabi Muhammad SAW, hukum-hakam faraid dan sebagainya. Kumpulan Liberalisme ini sangat radikal. Mereka mahu menolak Al-Quran, Syariah, menyamakan akidah Islam dengan lain-lain agama, menentang superiority lelaki ke atas wanita, menolak ketentuan faraid dalam Al-Quran dan lain-lain lagi. Gerakan kumpulan ini wajib dihapuskan. Konsep dan falsafah hidup manusia yang benar ditukar. Eksistensialisme etheis Barat yang dipopularkan oleh Jean-Paul-Sartre (1905-1980) menobatkan manusia begitu tinggi. Menurut J.P.S tujuan dan objektif hidup manusia ditentukan oleh manusia
sendiri bukan kitab-kitab
agama. Tuhan tiada apa-apa peranan dalam kehidupan manusia. Manusia mempunyai kebebasan penuh untuk berbuat apa sahaja atas dunia ini. Kebenaran itu subjektif dan relatif. Baik buruk sesuatu itu manusia yang tentukan. Keputusan-keputusan yang baik adalah keputusan yang dibuat tanpa tekanan agama dan budaya. Maka tidak hairanlah kepada masyarakat Barat kini
18
SGDI5013
LIBERALISME
budaya seks bebas, pornografi, homoseksual, bersekedudukan tanpa ikatan perkahwinan dan lain-lain dianggap sah dan boleh diamalkan. Liberalisme dianggap sebagai satu ancaman yang merbahaya kepada Islam dan umatnya antaranya disebabkan oleh (Idris bin Zakaria, 2006). : i.
Penghinaan Terhadap Al-Quran Al-Quran bukan lagi koleksi wahyu yang perlu diterima. Ia sudah jatuh tarafnya menjadi seperti buku-buku sastera yang boleh dikritik, diterima atau ditolak. Ia juga boleh dipijak dan diperlakukan sesuka hati seperti buku-buku teks sekolah.
ii.
Liberalisme mahu membuang syariah. Mereka berpendapat syariat Islam banyak bertentangan dengan piagam Hak Asasi Manusia dan tuntutan zaman moden. Oleh sebab ia tidak sesuai, maka ia perlu dirombak. Hukuman bagi penzina, pencuri dan lain tidak jelas dalam al-Quran. Fuqaha‟ juga membuat peraturan. Maka ia perlu ditukar. Tetapi sebenarnya, Islam membuka pintu Ijtihad. Empat mazhab yang ada jelas unsur progresif yang diamalkan. Fiqh tidak jumud. Tetapi mereka mahu ijtihad cara mereka bukan cara yang telah diinstitusikan dalam sejarah Islam.
iii.
Aliran pemikiran Islam liberal adalah bertentangan dengan prinsip aqidah Islam. Pemikiran Islam liberal boleh menjadikan seorang Muslim menjadi murtad, kufur, syirik dan fasiq. Pokoknya ia berlawanan dengan doktrin Ahli Sunnah Wa al-Jamaah. Adalah jelas bahawa gerakan pemikiran Islam liberal telah mulai berhasil menimbulkan keraguan akidah dan seterusnya memecah-belahkan umat Islam seperti yang kini sedang berlaku di Indonesia sehingga Majlis Ulama Islam (MUI) di Indonesia telah mengeluarkan fatwa bahawa pemikiran Islam liberal itu adalah HARAM pada Julai 2005 yang lalu.
19
SGDI5013
iv.
LIBERALISME
Kehadiran Muslimin liberalis yang kini menjadi “selebriti” di dunia telah memberi peluang dan ruang untuk musuh-musuh Islam seperti Zionis, Buddha, Bahai, Sikh dan lain-lain menyusup masuk secara langsung dan tidak langsung bagi merialisasikan citacita jahat mereka untuk melemahkan status agama Islam dan masyarakatnya supaya terus terpinggir dari arus perdana masyarakat.
v.
Mutakhir ini masyarakat bukan Muslim di Malaysia dan di lain-lain tempat semakin berani melontarkan fikiran mereka mengenai agama Islam termasuklah mempersoalkan kewibawaan Majlis Fatwa Kebangsaan dan autoriti ulama. Gagasan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) adalah satu usaha nekad pimpinan bukan Islam untuk mencari jalan melemahkan status Islam dan umat di Malaysia ketika umat Islam kuat mengukuhkan diri mereka dengan identiti Islam bagi menghadapi cabaran dalaman dan luaran yang semakin menyemarak.
7.0
Kesimpulan
Terhadap golongan ini, Dr. Yusuf al-Qaradhawi memperingatkan kita dalam tulisannya; “Di antara masalah paling penting yang sering saya peringatkan dalam beberapa buku yang saya tulis adalah berkenaan usaha musuh-musuh pemikiran Islam yang menciptakan keraguan terhadap ajaran-ajaran agama Islam yang sudah dapat diyakini kebenarannya tanpa ragu (musallamat), dan berusaha mengubah perkara-perkara yang diyakini kebenarannya dan pasti (yaqiniyat) menjadi perkara-perkara yang tidak pasti dan mengandung pelbagai kemungkinan (muhtamalat), yang dapat diambil atau ditolak, ditarik atau dilepas dan dapat mengikuti pendapat kanan atau kiri”. (Majalah I, keluaran Ogos 2006).
20
SGDI5013
LIBERALISME
Pemikiran Liberal adalah pemikiran yang berbahaya bagi akidah umat Islam, dan menyalahi prinsip-prinsip Islam baik dalam bidang akidah, mahupun dalam bidang syariah dan akhlak. Pemikiran Islam Liberal adalah merupakan bentuk bidaah yang besar dalam agama yang boleh menjejaskan akidah umat Islam hari ini dan generasi akan datang. Bidaah bukan hanya berlaku dalam amalan, tetapi juga dalam akidah dan pemikiran. Malah bidaah dalam akidah dan pemikiran lebih berbahaya daripada bidaah dalam amalan kerana ia boleh merosakkan iman dan mengeluarkan seseorang daripada keyakinan agamanya. Jika pada zaman dahulu pelopor kepada bidaah akidah dan pemikiran ialah golongan Muktazilah, Jabariyah, Murji‟ah dan sebagainya, maka pada zaman hari ini bidaah pemikiran dipelopori oleh golongan Islam liberal yang membawa masuk pelbagai ideologi asing dalam masyarakat muslim seperti pemikiran dan ideologi sekular,rasionalisme, demokrasi, pluralisme, hermeneutika, dan sebagainya yang bertentangan dengan akidah Islam. Akhirnya, umat Islam harus selalu waspada terhadap segala bentuk pemikiran yang akan merosak keyakinan. Tidak kira sama ada pemikiran tersebut mempunyai nama-nama yang telah berganti seperti Islam Moden,Islam Liberal, Islam Rasional, Islam Post-Moden dan sebagainya. Jalan Islam hanya satu, iaitu Islam yang sesuai dengan nas-nas kitab suci al-Quran, dan sesuai dengan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dalam hadis-hadis yang mutawatir. Setiap muslim harus meyakini bahawa hanya agama Islam satu-satunya agama yang benar sebagaimana firman Allah:
Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran : 19)
21
SGDI5013
8.0
LIBERALISME
Rujukan
______________________ (2011). Jabatan Agama Islam Selangor.Sister In Islam: Wajah Gerakan Liberalisme Di Malaysia? Jabatan Agama Islam Selangor , 51 – 79. Ahmad Zaki Zakaria Anshary (2005). Konsep Negara Sekular Jaringan Islam Liberal Di Indonesia Analisis Dari Perspektif Dakwah Islamiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Dr. Mahmood Zuhdi (1994). Beberapa Pemikiran Tentang Tajdid, Islah dan Tajdid . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Idris bin Zakaria (2006). Kertas Kerja: Ancaman Akidah Liberalisma / Pluralisma. Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Majalah I, keluaran Ogos 2006, Shah Alam : Karangkraf Sdn Bhd.hlm. 19 Mazlan Ibrahim Et. Al (2013). Pengajian Islam Di IPT Malaysia Dalam Menangani Islam Liberal , Dalam. Jurnal Hadhari 5 (1) (2013) 37 – 53. JAKIM. Mohammad Ariffin Ismail. (t.t). Cabaran Akidah: Pemikiran Islam Liberal . Kuala Lumpur: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Mohd Nasir Masroom &Wan Ismail Wan Dagang. Kertas kerja: Cabaran Islam Liberal Kepada Umat Islam. UTM Mohd Roslan Mohd Nor. (2011). Menangani Cabaran Umat Islam Era Moden. Jurnal AlTamadun, 6 ,107-121 Nur Farhana Abdul Rahman (2010). Konsep Pluralisme Agama Dalam Aliran Liberal Islam, Tesis Sarjana, Jabatan Usuluddin Dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Shaharom TM Sulaiman. Wacana Islam Liberal Di Timur Tengah, Dalam. Massa, 3 – 9 Ogos 2002, hlm. 64. Sulaiman Nordin Islam (1995), Al-Quran dan Ideologi Masa Kini. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Wan Adli Wan Ramli (2012), Bahaya Liberalisme Dan Pluralisme Agama. Majlis Agama Islam Negeri Johor : Johor Bahru. Zulkarnain Yusoff (1996), Gugatan Pemikiran Islam, Shah Alam : Institut Teknologi Mara. Indah Maisuri. Liberalisme Dan Demokrasi http://www.academia.edu/4728320/ Islam Liberal: Ancaman Kepada Aqidah Dan Jati-Diri Ummah. http://sekadarfikrah.blogspot.com/2012/11/ Pencerahan, Modernisme, Sekularisme, Demokrasi, Liberalisme, Pluralisme: Protes Yang Bertukar Menjadi Agama. http://ustazhazizi.wordpress.com/2012/08/30/
22