SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 1 (NEGERI JOHOR – SET 1) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sumbangan industri pelancongan kepada negara negara dan peranan masyarakat dalam merancakkan industri ini. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Industri pelancongan telah memberikan sumbangan yang ketara kepada ekonomi negara sejak pengenalan Program Transformasi Negara pada tahun 2010. Sektor pelancongan negara menjadi penyumbang keenam terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2014. Pada tahun tersebut, industri pelancongan kita masih mampu menarik seramai 27.44 juta pelancong dengan pendapatan berjumlah RM72 bilion. Sejak pengenalan Program Transformasi Negara tersebut, industri pelancongan telah dapat memainkan peranan dalam membuka peluang baharu bagi memperkenalkan Malaysia ke peringkat antarabangsa. Oleh itu, sewajarnya kita mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia atas kempen kempen promosi yang agresif di luar negara. negara. Hasil daripada kempen promosi tersebut, negara tidak lagi dikenali sebagai 'negara antara Singapura dan Thailand. Malahan, industri ini telah berjaya berjaya menampilkan menampilkan keunikan, keunikan, keharmonian keharmonian dan kepelbagaian budaya di di negara kita. Selain itu, Sambutan Hari Hari Pelancongan Sedunia 2015 pada 27 September dengan tema '1 Bilion Pelancong, 1 Bilion Peluang' telah berupaya memberikan semangat kepada hala tuju Malaysia Malaysia ke arah arah pencapaian Wawasan Wawasan 2020. Sektor pelancongan secara langsung memanfaatkan rakyat Malaysia pada tahun lepas dengan industri itu mampu menarik pelaburan sebanyak RM19.4 bilion dan mampu mewujudkan sejumlah 1.77 juta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Dalam merealisasikan potensi yang dimiliki Malaysia daripada keindahan pulau-pulau di Borneo sehingga ke hutan tropika dan syurga beli belah, kerajaan akan menjadikan industri pelancongan sebagai sumber pendapatan baharu dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Pengumuman langkah-langkah proaktif ekonomi baru-baru ini telah menyaksikan peruntukan tambahan RM80 juta untuk memperhebat aktiviti promosi pelancongan dalam pasaran terpilih termasuk di negara-negara ASEAN, China dan India. Langkah ini melibatkan program yang dapat membangunkan produk ikonik termasuklah memberi nafas baharu kepada Muzium Negara, Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana yang seterusnya, menjadikan tempat tersebut sebagai satu destinasi yang lebih menarik dan mudah dikunjungi oleh pelawat. Visi Program Transformasi Nasional adalah untuk mewujudkan sebuah sistem yang mapan bagi membangunkan negara demi kepentingan rakyat Malaysia. Program tersebut telah membolehkan aspirasi kerajaan untuk tahun 2020 dicapai menerusi kaedah rasionalistik dan terdapat keperluan keperluan untuk untuk mempelbagaikan mempelbagaikan ekonomi negara. Oleh itu, itu, industri industri pelancongan pelancongan memainkan peranan penting bagi memperkukuh kepelbagaian ekonomi Malaysia yang telah memanfaatkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sektor pelancongan beri sumbangan ketara kepada ekonomi negara’ Berita Harian, Oktober 2015)
MUKA SURAT 1
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017
SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2
KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan anda sendiri.
(i)
1,
jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
Apakah maksud rangkai merealisasikan potensi ? [2 markah]
(ii)
Pengarang menyatakan bahawa beberapa usaha kerajaan untuk memajukan industri pelancongan. Nyatakan usaha-usaha tersebut? [3 markah]
(iii)
Masih terdapat kekangan-kekangan yang dihadapi oleh kerajaan dalam memajukan industri pelancongan di Malaysia. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? Berikan tiga sebab. [4 markah ]
MUKA SURAT 3
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017
SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2
KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan anda sendiri.
(i)
1,
jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
Apakah maksud rangkai merealisasikan potensi ? [2 markah]
(ii)
Pengarang menyatakan bahawa beberapa usaha kerajaan untuk memajukan industri pelancongan. Nyatakan usaha-usaha tersebut? [3 markah]
(iii)
Masih terdapat kekangan-kekangan yang dihadapi oleh kerajaan dalam memajukan industri pelancongan di Malaysia. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? Berikan tiga sebab. [4 markah ]
MUKA SURAT 3
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 2 (NEGERI JOHOR – SET 2) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menggalakkan perkembangan industri pelancongan dan manfaat industri pelancongan kepada negara. negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pada era pascamerdeka ini, negara kita semakin disanjung tinggi oleh negara-negara lain. Hal ini demikian kerana negara kita berjaya mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek. Malahan Malaysia berjaya mengukir nama di persada dunia kerana ekonominya yang mantap. Dalam hal ini, Malaysia telah memanfaatkan industri pelancongan bagi merealisasikan impian impian negara menjadi destinasi pelancongan dunia. Antara keunikan yang terdapat di Malaysia ialah rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan hidup bersatu padu. Hal ini mampu menarik pelancong luar untuk bertandang ke negara kita. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia. Dalam konteks ini, terdapat beberapa faktor mendorong kemasukan pelancong luar ke negara kita termasuklah kemudahan pengangkutan yang semakin maju. Antara kemudahan pengangkutan yang terdapat di negara kita termasuklah Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, kereta api elektrik, teksi, bas dan lain-lain lagi. Pada masa yang sama, kemudahan membeli-belah yang disediakan juga menggalakkan pelancong pelancong berkunjung ke Malaysia. Malaysia. Mereka dapat berbelanja berbelanja atau mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara mereka. Barang-barang yang terdapat di situ juga dijual pada harga yang berpatutan. Keadaan iklim semula jadi yang panas sepanjang tahun mempengaruhi perkembangan industri pelancongan di negara kita. Iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong dari negara-negara Barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat. Kepelbagaian bentuk muka bumi yang menarik seperti kawasan rekreasi di tanah tinggi dan hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun menjadi tumpuan para pengkaji tempatan dan luar negara. Di samping itu, pantai-pantai dan pulau-pulau yang masih belum tercemar merupakan aset penting dalam industri pelancongan. Kemajuan industri pelancongan tanah air turut dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita kerana Malaysia merupakan sebuah sebuah negara yang memiliki memiliki masyarakat majmuk. Dalam hal ini, gabungan gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelancongan juga turut memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai contohnya, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah mengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan dan destinasi pelancongan ke seluruh dunia sebagai usaha mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing. Sesungguhnya, sektor pelancongan merupakan sektor yang berpotensi untuk menyumbang kepada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diteroka kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Malaysia Tumpuan Pelancong’ oleh Sofea Suhaimi, Dewan Siswa, Oktober 2015)
MUKA SURAT 5
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017
SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2
KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan anda sendiri.
(i)
1,
jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
Berikan maksud rangkai kata destinasi paling digemari ? [2 markah]
(ii)
Pengarang menyatakan beberapa manfaat yang dinikmati oleh negara dan rakyat Malaysia sekiranya industri pelancongan semakin maju. Nyatakan manfaat-manfaat tersebut? [3 markah]
(iii)
Anda melancong ke sebuah pulau dan mendapati keadaan di pulau tersebut tersebut telah tercemar. Sebagai seorang yang prihatin, jelaskan tindakan-tindakan yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah tersebut. [4 markah ]
MUKA SURAT 7
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 3 (NEGERI JOHOR – SET 3) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentangusaha-usaha tentang usaha-usaha memajukan industri pelancongan dan kekangan yang y ang dihadapi dalam d alam usaha memajukan industri pelancongan. pelancongan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. perkataan. Industri pelancongan telah memberi sumbangan ketara kepada ekonomi negara sejak pengenalan Program Transformasi Negara Negara pada tahun 2010. Sektor pelancongan negara kini menjadi penyumbang keenam terbesar kepada ekonomi negara dengan sumbangan sejumlah RM161 bilion atau 14.9 peratus Keluaran Dalam Dalam Negara Kasar Kasar pada tahun 2014. Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baharu negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengambil langkah yang drastik dengan mempromosikan kepelbagaian aset pelancongan yang terdapat di negara kita seperti keindahan pulau-pulau dan syurga beli belah. Hasil daripada promosi tersebut, negara tidak lagi dikenali sebagai 'negara antara Singapura dengan Thailand. Industri pelancongan secara langsung telah memberikan manfaat yang besar kepada negara dan rakyat. Pada tahun 2014 sahaja, industri tersebut telah menarik pelaburan sebanyak RM19.4 bilion dan mewujudkan sejumlah 1.77 juta peluang pekerjaan di samping bandar-bandar pelancongan di Malaysia dimajukan. Bagi memudahkan pelancong menginap berdasarkan kemampuan mereka, pihak kerajaan telah menyediakan hotel yang bertaraf lima bintang dan chalet yang sewanya rendah. Pada tahun 2018, Malaysia dijangka akan memiliki resort destinasi pelancongan bersepadu paling menarik iaitu Desaru Coast Destination. Resort ini menawarkan pelancongan mewah dan aktiviti santai, lapangan golf, perkampungan beli belah, taman tema air dan sebuah pusat persidangan. Selain itu, kerajaan telah menaik taraf sistem perhubungan dan pengangkutan seperti jaringan jalan raya, landasan kereta api, lapangan terbang dan pelabuhan. Kerajaan turut memberikan pengurangan cukai kepada pengusaha industri pelancongan di samping menambahkan lesen agensi pelancongan kepada usahawan yang ingin memulakan perniagaan dalam industri pelancongan. Negara kita juga kaya dengan destinasi pelancongan lain seperti Kompleks Mahsuri di Langkawi, Tokong Kek Lo Si di Pulau Pinang, Kesultanan Melayu dan Warisan Peranakan di Melaka. Malaysia turut memiliki tapak warisan dunia seperti Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak dan Taman Kinabalu di Sabah. Begitu juga, kerajaan memanfaatkan kawasan hutan simpan dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti rentas hutan dan mendaki gunung yang semakin diminati. Malaysia juga sering menjadi tuan rumah bagi acara-acara berprestij di peringkat antarabangsa seperti perlumbaan Grand Prix F1, F1, perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) Langkawi (LTdL) dan acara terjunan bebas, KL Tower Base Jump. Jump. Kerajaan turut mewujudkan kedai bebas cukai yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke negara kita. Menurut laporan dalam Ekspo Milano di Itali, Malaysia berada tempat ketiga dari segi destinasi paling digemari oleh pelancong. Hal ini, menunjukkan petanda yang kukuh dan positif bagi industri pelancongan Malaysia. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sektor Pelancongan Beri Sumbangan Ketara kepada Ekonomi Negara, Berita Harian, 15 Oktober Oktober 2015)
MUKA SURAT 9
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017
SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2
KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan anda sendiri.
(i)
1,
jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
Apakah maksud rangkai kata merealisasikan impian ? [2 markah]
(ii)
Pengarang menyatakan terdapat beberapa faktor yang menjadikan Malaysia semakin disanjung tinggi di peringkat antarabangsa? Nyatakan faktor-faktor tersebut? [3 markah]
(iii)
Industri pelancongan di Malaysia tidak terlepas daripada cabaran-cabaran yang dihadapi daripada pelbagai aspek. Huraikan pendapat anda tentang cabaran-cabaran yang dihadapi dalam memajukan sektor pelancongan negara kita. [4 markah ]
MUKA SURAT 11
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 4 (NEGERI PULAU PINANG – SET 1) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan pelaburan kepada masyarakat serta usaha-usaha menggalakkan masyarakat membuat pelaburan . Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Malaysia merupakan salah sebuah pasaran baharu yang menawarkan kelebihan bagi pelaburan langsung asing. Demi menggamit para pelabur cenderung untuk menanam modal di negara kita, kerajaan mengorak langkah dengan menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan terutama prasarana yang lengkap. Oleh itu, kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan kemudahan elektrik dan air, di samping sistem pengangkutan yang baik demi menarik dan menjayakan projek-projek pelaburan asing. Melalui aktiviti pelaburan ini, secara tidak langsung, rakyat dapat menikmati kemudahan-kemudahan atau infrastruktur yang selesa yang telah disediakan oleh pihak kerajaan tersebut terutamanya bagi masyarakat yang tinggal di kawasan bandar-bandar utama. Aktiviti pelaburan dapat menyediakan simpanan untuk masa depan atau pada usia tua bagi masyarakat hari ini. Hal ini demikian kerana, apabila usia kita telah meningkat, kemampuan untuk bekerja semakin berkurang. Tambahan pula, orang yang berada di sekeliling kita sekarang belum tentu dapat menyara kita pada usia tua kelak. Dengan adanya aktiviti pelaburan, banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan. Hal ini bermakna aktiviti pelaburan mampu mewujudkan peluang pekerjaan baharu terutama dalam sektor perindustrian, perhotelan dan sebagainya. Keadaan ini juga sekali gus dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat. Kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan masyarakat dapat mencetuskan pelbagai gejala sosial serta peningkatan kadar jenayah. Hal ini sekali gus dapat menjejaskan imej negara di mata dunia. Selain itu, pelaburan penting untuk pendidikan anak-anak pada hari ini. Kos untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma dan ijazah semakin mahal. Sekurang-kurangnya, melalui pelaburan, ibu bapa hari ini mampu mengurangkan bebanan kewangan dalam menampung kos perbelanjaan pendidikan anak-anak Pelaburan juga dapat mengatasi kenaikan harga barang sekali gus dapat mengurangkan bebanan kewangan rakyat. Hal ini demikian kerana, kenaikan harga barang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat. Aktiviti pelaburan juga memberi keuntungan kepada negara. Melabur seperti rumah, hartanah, saham dan sebagainya dapat memberi keuntungan lumayan. Pelaburan dapat meningkatkan pembangunan infrastruktur negara kerana teknologi dari luar negara serta kepakaran tenaga kerja dibawa masuk ke negara kita. Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan pendedahan teknologi maklumat dan komunikasi terkini kepada masyarakat yang merupakan nadi utama untuk mempergiat pembangunan negara. Pelaburan merupakan pemangkin pembangunan ekonomi negara. Pelaburan dapat mengatasi kemelesetan ekonomi serta dapat meningkatkan taraf hidup rakyat. Kesimpulannya, pelaburan amat penting bagi memenuhi tujuan dan aspirasi negara. Pelaburan awal akan memberi keuntungan untuk masa depan kita. Oleh itu, amalan melabur wajar diterapkan dalam kalangan masyarakat hari ini agar masa depan lebih terjamin. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Manfaat pelaburan kepada masyarakat’ Oleh Nazmy Shah Sannusi, Dewan Masyarakat Januari 2013)
MUKA SURAT 13
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017
SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2
KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan anda sendiri.
(i)
1,
jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
Berikan maksud rangkai kata
menimbulkan keresahan ?
[2 markah] (ii)
Pengarang menyatakan bahawa kadar pengangguran yang tinggi boleh mengundang pelbagai kesan negatif. Kemukakan kesan-kesan negatif tersebut. [3 markah]
(iii)
Aktiviti pelaburan dapat memberikan keuntungan yang besar kepada masyarakat dan negara. Jelaskan pendapat anda tentang peranan pihak kerajaan dalam menggalakkan generasi muda hari ini melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan. [4 markah]
MUKA SURAT 15
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 5 (NEGERI PULAU PINANG – SET 2) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah meningkatkan minat terhadap pelaburan saham amanah kepada masyarakat dan manfaatmanfaatnya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) telah membawa faedah yang amat besar kepada orang ramai dalam memberi kesedaran kepada mereka mengenai kepentingan industri saham amanah dan kepentingannya kepada negara. Selepas kegawatan ekonomi yang menyaksikan saham-saham amanah oleh beberapa buah negara mengalami kemalapan ketara, keyakinan pelabur terutamanya kaum bumiputera turut luntur sehingga hari ini. Semangat ini perlu dibangkit kembali oleh pengurus-pengurus dana dengan menyuntik keyakinan baru kepada orang ramai. Dengan adanya keyakinan , masyarakat akan terus melabur walaupun menghadapi masalah kewangan. Masyarakat perlu tahu akan konsep risiko dan pulangan daripada pelaburan yang dibuat. Oleh itu, mereka perlu diberi pendidikan sepenuhnya tentang kegiatan saham amanah. Para pelabur amanah saham negeri dan yang ditaja oleh beberapa pertubuhan telah membuat aduan mengenai nasib mereka ‘yang tidak terbela’ setelah membuat pelaburan dalam amanah saham berkenaan. Hal ini termasuklah penerangan yang tidak lengkap sewaktu, bimbingan yang tidak menyeluruh dan pendedahan cara menangani sesuatu risiko. Para pengurus dana terutamanya agen-agen mereka perlu bersikap ikhlas dalam memberi penerangan. Lebih penting lagi, program susulan dengan para pelabur perlu ditingkatkan agar mereka tidak keseorangan dalam menangani sebarang masalah yang dihadapi. Para pengurus dana tidak seharusnya hanya mengejar keuntungan dan komisen semata-mata. Semasa berkempen pelbagai kata manis diucapkan tetapi selepas melabur dan saham itu pula jatuh tiada apa-apa berita yang diterima. Sebenarnya kaum bumiputera masih lagi lemah dalam urusan pelaburan. Sejak produk-produk pelaburan dilancarkan, penyertaan kaum bumiputera terlalu sedikit bilangannya. Oleh itu, pengurus dana digesa agar memberi penekanan kepada usaha meningkatkan ilmu dan kemahiran pelaburan supaya masyarakat lebih bijak merancang kewangan dan pelaburan mereka. Sesungguhnya industri saham amanah memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi negara, berpotensi untuk lebih maju dan perlu diperluas lagi. Kita mahu MSAM 2016 yang bertemakan ‘merakyatkan pelaburan’ diperluas ke peringkat negeri dan daerah supaya kesedaran itu lebih meluas. Bagi memantapkan pemahaman generasi muda tentang saham amanah, murid-murid sekolah harus didedahkan dengan pengetahuan pelaburan. Walaupun usia amanah saham di negara ini sudah dikatakan matang, pengetahuan masyarakat masih belum masak sepenuhnya. Dalam keghairahan pengurus dana menjalankan kempen menarik pelabur, kempen kesedaran juga harus seiring dan dipertingkatkan. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tingkatkan kesedaran pelaburan generasi muda’ Oleh Zunaidah Zainon,Utusan 30 September 2016)
MUKA SURAT 17
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017
SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2
KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata kemalapan ketara? [2 markah]
(ii)
Pengarang mengemukakan beberapa rungutan oleh orang ramai dalam membuat pelaburan. Apakah rungutan-rungutan tersebut? [3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, mengapakah pelaburan saham amanah masih kurang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat tempatan? Berikan tiga sebab. [4 markah ]
MUKA SURAT 19
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 6 (NEGERI PULAU PINANG – SET 3) Petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan-kepentingan pelaburan dalam saham amanah kepada masyarakat dan langkah menggalakkan masyarakat membuat pelaburan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Melabur dalam unit amanah merupakan salah satu kaedah pelaburan mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin menikmati kesenangan dalam jangka panjang. Kelebihan melabur dalam unit amanah antaranya ialah modal permulaan yang tidak terlalu besar dan risiko pelaburan yang rendah. Antara unit amanah berisiko rendah dan paling mudah disertai ialah unit amanah harga tetap seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), ASB3, Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) dan Amanah Saham Didik (ASD) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Semua dana yang diwujudkan ini merupakan satu dana pelaburan yang baik untuk melatih rakyat menyimpan sambil melabur. Pelaburan dalam saham amanah merupakan satu-satunya institusi kewangan yang menawarkan kemudahan kecairan paling pantas berbanding pengurusan dana lain. Sebagai contoh, para pelabur yang memerlukan wang boleh menjual semula unit saham mereka kepada pengurus dana pada hari perniagaan dan akan dibayar pada hari yang sama. Selain itu, masyarakat bumiputera boleh melabur secara tunai dalam semua unit amanah berkenaan demi membina tabungan yang kukuh tanpa sebarang masalah malahan mereka boleh melabur pada bila-bila masa mengikut kemampuan. Pelaburan melalui amanah saham merupakan satu langkah bijak untuk masa hadapan kerana pelaburan saham ini dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Oleh yang demikian, para pelabur tidak perlu risau terhadap masalah berkaitan salah laku pengurusan, kehilangan dana, keadaan ekonomi serta berbagai-bagai lagi faktor lain yang boleh menggugat pelaburan. Kini, pelaburan melalui saham amanah telah berkembang dengan pesat. Nilai pegangan ekuiti saham amanah terus meningkat dan terus berkembang. Secara tidak langsung, saham amanah mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara. Pelaburan dalam unit amanah disifatkan paling mudah sehingga ada dalam kalangan masyarakat sering membuat kesilapan dalam pelaburan .Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah terdapat sesetengah golongan yang menunggu terlalu lama untuk melabur sehingga akhirnya mereka tidak membuat pelaburan. Seterusnya, mereka tidak mempunyai matlamat pelaburan yang khusus dan hanya melabur kerana tertarik kepada pengisytiharan dividen sahaja. Mungkin juga ada yang membuat pelaburan kerana terpaksa. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pilihan Bijak dalam Pelaburan Unit Amanah’ Oleh Muhammad Ridzuan Amin dan Lina Ahmad Siri Bijak Urus Wang) .
MUKA SURAT 21
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017
SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2
KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata menikmati kesenangan. [2 markah]
(ii)
Pengarang mengemukakan beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh orang ramai dalam membuat pelaburan. Apakah kesilapan-kesilapan tersebut? [3 markah]
(iii)
Statistik menunjukkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia tidak berminat membuat pelaburan. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat Malaysia kurang berminat membuat pelaburan? [4 markah ]
MUKA SURAT 23
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 7 (NEGERI PERAK) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan-kepentingan menabung bagi golongan remaja dan cara-cara untuk menarik minat golongan remaja menabung. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi120 patah perkataan. Kebanyakan ibu bapa pada zaman ini mempunyai masa yang amat terhad dengan keluarga terutamanya dengan anak-anak. Oleh sebab itu, tidak hairanlah rata-rata ibu bapa pada hari ini memanjakan anak-anak remaja mereka dengan wang ringgit. Mereka menganggap bahawa cara itu sebagai tanda kasih sayang mereka terhadap anak-anak. Walau bagaimanapun, tindakan ini lamakelamaan akan menyebabkan golongan remaja ini lupa diri . Walaupun ibu bapanya mempunyai harta yang banyak dan dapat digunakan pada bila-bila masa tanpa had, perkara itu bukan alasan bagi remaja untuk bersikap boros dan tidak mengendahkan amalan menabung yang dapat dijadikan sebagai simpanan masa depan. Amalan menabung ini juga dapat mendidik golongan remaja agar berjimat cermat tatkala tangan mereka memegang wang dengan banyak. Selain itu, amalan ini juga dapat mendidik golongan remaja untuk merancang perbelanjaan dengan bijak. Sikap beringat-ingat semasa senang mampu mengelakkan golongan remaja daripada menghadapi masalah kewangan. Hal ini dikatakan demikian kerana duit simpanan amat penting terutamanya untuk digunakan pada masa-masa kecemasan, misalnya untuk menggantikan barang-barang keperluan yang rosak atau hilang terutamanya bagi remaja yang menuntut di kolej atau tinggal di asrama yang jauh daripada keluarga. Remaja yang gemar menabung dapat meringankan beban ibu bapa kerana duit simpanan mereka dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran. Dengan cara ini, remaja dapat berdikari dan tidak terlalu bergantung pada ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana kos belajar di institusi pengajian tinggi agak mahal. Walaupun kerajaan menyediakan bantuan pinjaman atau biasiswa, remaja tetap perlu menyediakan sejumlah wang yang mencecah beberapa ribu ringgit semasa pendaftaran dan sepanjang tempoh pengajian. Sekiranya seseorang itu mempunyai wang tabungan, mereka dapat mengurangkan beban hutang pendidikan yang terpaksa ditanggung selepas mereka menamatkan pengajian kelak. Amalan menabung dalam kalangan remaja dapat membentuk golongan remaja yang berdisiplin dan bermaruah. Mereka dapat menilai keperluan hidup dengan bijak supaya tidak melepasi batas keperluan sehingga berlaku pembaziran. Remaja yang terdidik dengan sikap berjimat cermat dan suka menabung pula akan memperoleh pulangan yang lumayan sekiranya mereka memilih untuk menabung dengan institusi perbankan konvensional yang mengamalkan kadar faedah tetap ataupun sistem perbankan Islam berdasarkan kaedah perkongsian untung dan beberapa syarat lain mengikut syariat Islam. Mereka juga boleh melabur wang dalam saham amanah yang banyak terdapat di negara kita. Pengurusan kredit secara berhemah ini membantu golongan remaja mencapai ketenangan minda. (Dipetik dan diubahsuai daripada‘Budaya Menabung Masih Rendah’ , oleh Mohd. Khairul Mohd. Ali, Utusan Malaysia, 22 April 2015)
MUKA SURAT 25
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017
SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2
KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata lupa diri. [2 markah]
(ii)
Pengarang menyatakan beberapa kaedah menabung yang menguntungkan remaja. Nyatakan dua kaedah tersebut. [3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, selain memberikan alasan bergaji kecil, apakah alasan-alasan lain yang biasanya dinyatakan oleh seseorang yang tidak mahu menabung? [4 markah ]
MUKA SURAT 27
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 8 (NEGERI KEDAH – SET 1) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan disiplin dalam kalangan murid dan cabaran untuk mendisiplinkan murid. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Disiplin ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan baik dalam keagamaan, etika sosial mahupun dalam sesebuah organisasi. Seseorang yang berdisiplin apabila melakukan pelanggaran terhadap disiplin, walaupun sedikit, tetapi dia tetap akan berasa bersalah kerana mengkhianati diri sendiri yang menjatuhkan maruah dirinya. Pelanggaran terhadap disiplin juga boleh menjejaskan hubungan antara individu berkenaan dengan orang-orang di sekelilingnya. Dalam konteks sekolah, disiplin adalah satu peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk memastikan murid bertingkah laku baik. Perlakuan murid yang baik mencerminkan tahap disiplin sesebuah sekolah. Sekolah yang terkawal disiplinnya menjadi pilihan ibu bapa untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Selain itu, murid dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Penerapan nilai murni dalam diri murid akan memberi persepsi positif dalam kalangan ibu bapa terhadap tingkah laku anak-anak mereka. Malah murid yang berdisiplin kelihatan berkeperibadian tinggi dan berketerampilan. Seorang murid yang mempunyai personaliti yang baik lazimnya bersedia untuk belajar. Disiplin yang dikenakan juga dapat mengawal murid daripada melakukan perkara-perkara negatif. Murid akan dikawal daripada merosakkan harta benda sekolah dan terlibat dalam pergaduhan di kawasan sekolah. Seandainya seseorang murid berdisiplin, maka murid boleh mengawal diri di dalam kelas semasa proses pembelajaran dan pengajaran sedang berlangsung. Murid dapat belajar dengan tenang dan selesa kerana tiada gangguan semasa guru sedang mengajar. Lantaran itu, murid dapat memahami kandungan pembelajaran dengan mudah dan berkesan. Pada masa yang sama, murid tidak mudah terjebak dalam sebarang masalah disiplin di sekolah seperti ponteng kelas atau lewat masuk ke kelas. Hal ini akan memudahkan pihak sekolah melaksanakan semua program sekolah dengan lancar. Faktor disiplin juga memainkan peranan utama menentukan kejayaan seseorang murid dalam pelajaran Hal ini terbukti apabila keputusan peperiksaan SPM diumumkan, murid yang mempunyai tahap disiplin tinggi dapat menempa kejayaan cemerlang. Murid haruslah mengetepikan permasalahan peribadi agar mudah memperoleh ilmu yang disampaikan oleh guru. Murid yang berdisiplin dapat menjamin keberkesanan dalam pembelajaran. Oleh itu, hubungan yang baik dan harmonis antara guru dengan murid sangat penting dalam mewujudkan suasana kondusif di sekolah. Tanpa disiplin, murid tidak akan ke mana-mana dan sukar untuk beroleh kejayaan. (Dipetik dan diubahsuai daripada Disiplin Perisai Kawalan Diri , oleh Izani Hj. Daud Wadah Siswa, Januari 2013) ‘
MUKA SURAT 29
’
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017
SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2
KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata persepsi positif berdasarkan petikan . [2 markah]
(ii)
Pengarang menyatakan beberapa kesan jika para murid tidak berdisiplin. Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]
(iii)
Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk disiplin anak-anak agar menjadi insan yang berakhlak mulia dan bersahsiah baik. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mendisiplinkan anak-anak? [4 markah]
MUKA SURAT 31
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 9 (NEGERI KELANTAN) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca kemerosotan kualiti alam sekitar dan langkah-langkah menanganinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Isu kemerosotan kualiti alam sekitar telah hangat dibicarakan sejak beberapa dekad yang lalu. Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya penurunan kualiti alam sekitar di negara kita. Penurunan ini berkait rapat dengan pencemaran alam yang disebabkan oleh aktiviti manusia yang dilihat semakin rakus. Punca pencemaran udara yang utama di negara kita ialah pelepasan asap kenderaan dan asap daripada sektor perkilangan. Dari setahun ke setahun, bilangan kenderaan bermotor di negara kita terus meningkat sama ada kenderaan bermotor untuk kegunaan individu ataupun komersial. Pertambahan ini menyebabkan semakin banyak asap dilepaskan ke udara. Pelepasan asap daripada sektor perkilangan turut menyebabkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat menyebabkan kualiti alam sekitar semakin tenat. Selain itu, pembakaran terbuka tanpa kawalan juga menjadi punca pencemaran udara di negara kita. Kejadian jerebu yang melanda negara pada tahun 2014 dan 2015 kerana pembakaran hutan di negara jiran menyebabkan keseluruhan ruang udara mencatatkan IPU yang tidak sihat, malah mencapai paras kritikal . Fenomena ini menyebabkan gangguan kepada aktiviti seharian rakyat Malaysia khususnya golongan pelajar. Masalah pembuangan sisa toksik ke dalam sistem saliran seperti sungai dan parit menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini ditenatkan lagi oleh sikap pemilik kapal dagang dan bot nelayan yang membuang minyak kotor ke dalam laut. Pencemaran laut yang keterlaluan akan menyebabkan hidupan semula jadi di dalam dan pinggir laut musnah secara perlahan-lahan. Lebih menyedihkan terdapat segelintir pengusaha sektor perladangan membuang baja kimia dan racun sampai ke dalam sungai. Pencemaran alam sekitar juga dikaitkan dengan sikap individu yang membuang sampah sarap dan bahan buangan ke dalam sungai atau sistem saliran. Kajian mendapati bahawa 9 peratus atau 43 batang sungai di negara ini telah tercemar. Kebanyakan sungai yang tercemar terlekat di kawasan bandar. Pembinaan taman perumahan yang semakin pesat turut menjadi penyebab kualiti alam sekitar semakin merosot. Kawasan bukit yang dahulunya subur menghijau ditarah dan diratakan untuk digantikan dengan bangunan konkrit. Pembangunan dan proses pembandaran yang tidak terancang ini menyebabkan kejadian banjir kilat dan tanah runtuh semakin kerap berlaku. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab dan berpendidikan serta terdedah kepada penyebaran maklumat melalui pelbagai media, kita seharusnya sedar bahawa kita sama-sama menggalas obligasi untuk menjaga kelestarian alam ini. Alam ini perlu diwariskan kepada generasi akan datang untuk memastikan mereka dapat menikmati keindahan dan kelebihan yang dianugerahkan Maha Pencipta. (Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Kemerosotan Kualiti Alam Sekitar’ , oleh Nizar Parman, Dewan Siswa, Julai 2016.)
MUKA SURAT 33
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017
SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2
KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata paras kritikal . [2 markah]
(ii)
Pengarang mengemukakan beberapa kesan yang timbul disebabkan oleh kemerosotan kualiti alam sekitar. Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]
(iii)
Masyarakat terus melakukan pencemaran alam sekitar walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan. Pada pendapat anda, mengapakah berlakunya kegagalan kempen-kempen tersebut? [4 markah ]
MUKA SURAT 35
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 10 (NEGERI SARAWAK – PPD LIMBANG) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca kemerosotan nilai kejiranan dan cara-cara mengatasi kemerosotan nilai kejiranan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan. Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita sama ada di kanan, di kiri, di depan atau di belakang, di tingkat atas atau di tingkat bawah hingga 40 buah rumah dari setiap penjuru sesebuah kawasan kediaman termasuklah di taman perumahan, kampung, dan pangsapuri. Orang tua-tua pernah berkata, jiran tetangga yang baik umpama adik-beradik yang dapat bekerjasama dalam kalangan masyarakat serta membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh. Jiran yang baik juga dapat membentuk semangat kekitaan bagi melahirkan semangat bersatu padu serta membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain sehingga tercetusnya slogan “Jiran Sepakat Membawa Sepakat”. Keadaan ini bukanlah sesuatu yang asing kerana jiran ialah orang yang paling hampir dengan kita dan menjadi orang yang pertama datang untuk menghulurkan bantuan sebelum ketibaan adik-beradik dan saudara-mara kerana jarang-jarang kedapatan adik-beradik duduk berjiran terutamanya di bandar. Namun begitu, kini keakraban terhakis dek perubahan dalam kehidupan masyarakat akibat tuntutan hidup yang semakin mencabar dari semasa ke semasa. Kesibukan bekerja memaksa masyarakat keluar pada awal-awal pagi dan balik pada lewat malam menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama-sama jiran. Hujung minggu pula dipenuhi dengan aktiviti bersama-sama keluarga atau masa untuk berehat dan bersantai di rumah selepas seminggu memerah keringat dan minda untuk menyelesaikan pekerjaan. Jurang status sosioekonomi masyarakat juga menjadi penghalang untuk mengeratkan semangat kejiranan apabila ada dalam kalangan mereka yang terlalu bersifat merendah diri dan berasa tidak selesa untuk bergaul dengan jiran yang berpangkat besar. Sebaliknya, memang ada golongan berstatus yang tidak mahu bergaul dengan golongan yang berpangkat rendah kerana menganggapnya tidak layak bergaul dengan mereka disebabkan latar belakang sosioekonomi yang berbeza. Kemerosotan nilai kejiranan juga berlaku kerana sikap mengutamakan perkauman. Sikap saling tidak mengenali antara jiran yang berlainan kaum dan agama selalu wujud malah sesama bangsa dan agama juga berlaku sikap tidak mempedulikan antara satu sama lain kerana masingmasing sibuk dengan hal sendiri. Keadaan akan menjadi semakin teruk apabila ditambah dengan sikap dengki atau benci-membenci dalam kalangan penduduk setempat. Selain faktor yang wujud dalam kalangan masyarakat , perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan masyarakat semakin kurang berkomunikasi secara langsung. Dengan pelbagai gajet dan aplikasi yang terkini, masyarakat lebih taasub untuk berkomunikasi secara dalam talian. Tambahan pula, struktur reka bentuk perumahan moden yang berhalangan dengan pagar, tembok, dan pengawal keselamatan menambahkan sikap individualistik yang sememangnya sudah tersemai dalam diri. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Kemerosotan Nilai Kejiranan oleh Samat Buang, Dewan Siswa, Mac 2017)
MUKA SURAT 37
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017
SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2
KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata
keakraban terhakis.
[2 markah] (ii)
Pengarang menyatakan beberapa kepentingan mengamalkan semangat kejiranan dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Apakah kepentingan-kepentingan tersebut? [3 markah]
(iii)
Jiran sepakat membawa berkat, jiran keparat membawa mudarat. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan sikap tidak menghormati jiran? [4 markah]
MUKA SURAT 39
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 11 (NEGERI PAHANG) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha melestarikan permainan tradisional dan kekangan-kekangan untuk memajukannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan. Permainan tradisional merupakan permainan yang dicipta oleh masyarakat tradisional, iaitu merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainan tradisional ini juga sebagai pelengkap alam kanak-kanak pada masa silam untuk berkongsi keriangan dan kegembiraan. Mereka cuma perlu berkawan, namun bukan lagi resam kepada kanak-kanak masa ini yang begitu terdedah kepada peralatan telekomunikasi yang amat mengasyikkan dan menenggelamkan beberapa jenis permainan tradisional yang tersohor pada suatu ketika dahulu. Ekoran daripada itu, permainan tradisional semakin dilupakan, namun masih terdapat prakarsa untuk te rus melestarikan sekali gus mengembalikan nostalgia warisan budaya ini. Permainan tradisional ini bukanlah semata-mata mengisi masa lapang, tetapi juga meningkatkan daya kreativiti, memupuk semangat berpasukan dan melatih kekuatan mental dan fizikal. Secara tegasnya, permainan tradisional memang wajar diketengahkan pada peringkat negara dan serantau. Minat yang mendalam terhadap permainan tradisional seperti wau, layang-layang, sepak raga dan gasing tidak cukup sekiranya tiada kemudahan untuk permainan ini. Bagi menangani isu ini, kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak tempat atau gelanggang permainan tradisional. Berkaitan dengan pembinaan gelanggang, kerajaan boleh memajukan permainan ini dengan menyediakan jurulatih di setiap gelanggang yang telah disediakan. Pada masa yang sama, masyarakat tempatan juga boleh berganding bahu mewujudkan tapak permainan tradisional di kawasan perumahan atau kampung mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian penduduk sekitar untuk beriadah bagi mengeratkan silaturahim sesama mereka. Di samping itu, hotel tempatan dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita juga patut menyediakan ruang dan tapak serta alat permainan tradisional kepada pelancong asing. Sempena Tahun Melawat Malaysia, setiap negeri perlu mengetengahkan permainan tradisional dalam acara yang disusun bagi menyerlahkan warisan seni budaya yang penuh nilai estetika bagi menggamit pelancong. Sebagai contoh, kerajaan Kedah merancang menganjurkan program sukan, Eagle Cup Sepak Takraw bersempena Tahun Melawat Kedah 2016. Selain itu, Festival layang-layang Sedunia Pasir Gudang yang dianjurkan setiap tahun perlu diteruskan untuk menarik lebih banyak pengunjung dari dalam dan luar negara. Usaha menghidupkan kembali permainan tradisional boleh dilakukan oleh pihak sekolah dengan menganjurkan Kelab Permainan Tradisional dalam aktiviti kokurikulum. Permainan ini amat penting untuk kehidupan generasi muda kerana dapat membantu perkembangan diri. Melalui permainan tradisional mereka mempelajari cara mematuhi peraturan, menyesuaikan diri dan menyelesaikan masalah. Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memperuntukkan seni, warisan dan budaya dalam aktiviti kokurikulum. Seni, warisan dan budaya bangsa Malaysia yang dimaksudkan termasuklah tarian, muzik, kraf, tulisan jawi syair, permainan tradisional dan seni pertahanan diri.. Penyebaran maklumat tentang permainan tradisional kepada masyarakat melalui media massa juga tidak harus dipandang remeh. Hal ini kerana media merupakan saluran utama dalam pencarian maklumat terutama dalam kalangan remaja. Jabatan Warisan Negara atau kerajaan negeri perlulah lebih kerap menganjurkan festival, pertandingan dan kempen bagi mengetengahkan permainan tradisional kepada masyarakat agar dapat menanamkan rasa cinta terhadap warisan negara kepada generasi muda. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Melestarikan Permainan Tradisional Warisan Negara’ Oleh Samat Buang, Dewan Siswa, Jun 2015)
MUKA SURAT 41
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata mengembalikan nostalgia. [2 markah]
(ii)
Permainan tradisional mampu merapatkan hubungan silaturahim antara anggota masyarakat. Apakah kepentingan-kepentingan lain permainan tradisional dalam kehidupan? [3 markah]
(iii)
Permainan tradisional mampu merangsang perkembangan minda kanak-kanak. Nyatakan peranan ibu bapa bagi menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam permainan tersebut. [4 markah ]
MUKA SURAT 43
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 12 (NEGERI TERENGGANU) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang manfaat-manfaat ekonomi digital dan kekangan-kekangannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan. Kebelakangan ini, kerajaan amat menekankan satu lagi cabang ekonomi yang sedang pesat merangsang pertumbuhan ekonomi seluruh dunia yang dikenali sebagai ekonomi digital. Ekonomi bentuk baharu ini yang diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri disifatkan sebagai enjin pertumbuhan baharu ekonomi Malaysia. Pada hari ini, kebanyakan usahawan telah beralih menjalankan perniagaan daripada berbentuk konvensional dengan menjual produk-produk mereka di premis-premis perniagaan kepada premis perniagaan alam maya. Premis perniagaan alam maya sama ada melalui laman sesawang, blog mahupun laman sosial yang lain telah menjadi trend baharu perniagaan yang dapat menjanakan pendapatan tambahan kepada mana-mana pihak termasuklah suri rumah. Ledakan teknologi Internet sejak pertengahan tahun 1990-an telah mengubah tingkah laku manusia termasuklah dalam urusan jual beli. Melalui pendekatan ekonomi digital, urusan jual beli bukan sahaja menjadi amat mudah malah turut dapat menjimatkan masa para pembeli. Hal ini dikatakan demikian kerana sesiapa sahaja boleh berurusan jual beli tanpa perlu pergi premis-premis perniagaan untuk membeli produk yang dikehendaki. Pengenalan konsep e-dagang turut memudahkan urusan perniagaan pada skala yang lebih besar, iaitu melibatkan import dan eksport barangan dan produk di seluruh dunia. Oleh sebab kerajaan menyedari kepentingan ekonomi digital ini, kerajaan telah melancarkan inisiatif ekonomi digital melalui Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pada 22 Mac 2017. Kombinasi antara alam maya dengan alam nyata mampu mencetuskan ledakan ekonomi yang akhirnya memberikan keuntungan besar kepada negara dan rakyat Malaysia. Kecekapan perniagaan mampu ditingkatkan lagi, dan pada masa yang sama para pengguna atau pembeli akan menikmati manfaatnya melalui pembelian barangan dari mana-mana negara di dunia tanpa perlu berada di negara tersebut. Oleh itu, pendekatan baharu seperti ekonomi digital menyerlahkan lagi gaya baharu dalam kehidupan generasi muda pada masa ini yang lebih cenderung untuk menjalankan sebarang urusan termasuklah jual beli secara maya. Melalui ekonomi digital juga, dijangkakan sebanyak 60 000 peluang pekerjaan baharu diwujudkan buat rakyat Malaysia yang melibatkan pertubuhan eksport barangan sebanyak RM112 bilion menjelang tahun 2025. Sebelum ini, pelbagai masalah telah menyebabkan produk-produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sukar memasuki gerbang perniagaan global. Antara masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha PKS ialah masalah pemasaran, produktiviti dan teknologi yang rendah, kekurangan modal dan pembiayaan, serta masalah lokasi. Hal ini menjadikan hanya 37 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara disumbangkan oleh PKS. Namun begitu, dengan adanya konsep ekonomi digital, KDNK Malaysia melalui PKS pada masa hadapan boleh ditingkatkan kepada 80 peratus. Hal ini berlaku demikian kerana PKS juga boleh memasuki pintu gerbang perniagaan global sehingga dapat merancakkan lagi sektor berkenaan. Keadaan ini seterusnya telah membuktikan bahawa ekonomi digital berjaya menjadi pemangkin perniagaan bagi usahawan luar bandar. Kemajuan dalam industri PKS sedikit sebanyak dapat menangani migrasi penduduk luar bandar ke bandar apabila mereka turut mampu menjalankan perniagaan di desa dan kampung tanpa perlu berhijrah ke bandar-bandar besar. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Ekonomi Digital Pacu Ekonomi Masa Hadapan Oleh Rohami Shafie Dewan Masyarakat, Bil.7 2017) ‘
MUKA SURAT 45
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
’
SKOR A+ 2017 2017
SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2
KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata menangani migrasi. [2 markah]
(ii)
Pengarang ada mengemukakan beberapa masalah yang dihadapi oleh pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Nyatakan masalah-masalah tersebut. [3 markah]
(iii)
Golongan remaja merupakan golongan yang paling ramai melakukan pembelian atas talian. Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum anda membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan melalui kemudahan ini? [4 markah ]
MUKA SURAT 47
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 13 (NEGERI MELAKA) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca kurang suburnya perasaan kesetianegaraan dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Rakyat negara ini sentiasa mengalu-alukan setiap langkah yang diambil kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Namun begitu, kita harus berwaspada kerana kemewahan pun boleh melalaikan kita daripada mengentalkan perasaan patriotik. Sekalipun banyak tafsiran tentang patriotisme, namun kesetianegaraan itu tidak dapat lari daripada maksud kecintaan atau rasa tanggungjawab dan kesediaan berkorban untuk negara dan bangsa. Jika dihuraikan dengan lebih spesifik, kesetiaan negara itu merupakan suatu ungkapan simbolik yang menyatakan bahawa setiap rakyat perlu memiliki rasa bangga terhadap negara tempat tumpah darahnya. Sebagai warganegara, seseorang itu wajib menjunjung tinggi nama baik negaranya. Perkara yang mendorong berlaku hal sebaliknya daripada perbincangan di atas berpunca daripada sikap kita yang tidak menyanjung tinggi bahasa kebangsaan baik dalam majlis rasmi atau ketika menggunakannya dalam urusan awam. Kini, sudah banyak rungutan bahawa anggota masyarakat kurang memberikan tumpuan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan secara meluas. Kecuaian itu memperlihatkan kita sendiri kurang bersikap patriotik terhadap bahasa kebangsaan. Jika kita mengambil mudah tentang perkara ini, maka sukarlah kita hendak mengharapkan orang asing menghormati bahasa kita. Satu persoalan lain yang hangat diperkatakan ialah masalah rasuah yang didakwa berlaku di negara kita. Gejala ini merebak jika tidak dibendung kerana perasuah tidak takut melakukannya. Mereka ini tidak ubah seperti barah yang harus dibanteras agar tidak melumpuhkan keseluruhan sistem kenegaraan yang kita sanjung selama ini. Berlakunya penularan rasuah ini berpunca daripada semangat patriotik membenci rasuah yang tidak menonjol dalam kalangan rakyat kita. Sebagai sebuah negara yang bergerak ke arah mencapai status negara maju, kita sukar membendung kemewahan yang kian menular dalam masyarakat. Di samping itu, budaya kepenggunaan yang tinggi dan materialisme yang mencengkam hidup rakyat turut menyebabkan masyarakat alpa akan kesetianegaraan. Walaupun sebahagian anggota masyarakat kita prihatin akan kesetianegaraan dan berharap agar ada langkah yang diambil untuk menyuburkannya, namun harapan itu kurang berkesan kerana tidak ada kesungguhan untuk menggerakkannya. Kesetianegaraan mempunyai ciri ritualnya yang ditanamkan ke dalam sanubari rakyat khususnya golongan muda. Pada masa ini, agensi kerajaan dan rakyat kurang menggembleng tenaga untuk menghidupkan norma kesetianegaraan itu semula. Tambahan pula, generasi pascamerdeka tidak begitu menghayati semangat hari kebangsaan. Ramai daripada mereka tidak memahami pengertian hari kebangsaan. Perkara ini akan menghakis rasa kesetianegaraan dalam kalangan golongan pewaris ini. Kita harus ingat bahawa rasa kesetianegaraan sebagai salah satu jati diri bangsa kita yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, dan kebudayaan. Jika rasa kesetianegaraan dapat disebatikan dalam jiwa setiap rakyat, sudah tentu perpaduan rakyat menjadi lebih kukuh dan utuh. (Dipetik dan diubah suai daripada rencana Suburkan Perasaan Kesetianegaraan oleh Abdul Samad, Utusan Malaysia)
MUKA SURAT 49
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata mengentalkan perasaan patriotik. [2 markah]
(ii)
Mengapakah perasuah dianggap sebagai musuh negara? [3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan bagi memupuk semangat kesetianegaraan dalam kalangan generasi muda? [4 markah ]
MUKA SURAT 51
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 14 (SBP) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri remaja dan cara-cara remaja mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah kata. Zaman remaja sering kali dikaitkan dengan alam yang penuh pancaroba kerana inilah alam yang perlu dilalui oleh setiap insan sebelum menginjak ke alam dewasa. Ahli psikologi memberikan takrifan usia bagi remaja adalah dalam lingkungan 13 hingga 21 tahun. Usia remaja merupakan usia perubahan atau transisi kanak-kanak kepada remaja sebelum mereka menjadi dewasa. Fasa transisi merupakan cabaran yang amat getir buat remaja. Sekiranya mereka gagal mengawal minda atau membuat pertimbangan yang sewajarnya, hal yang negatif amat mudah terjadi. Remaja akan mudah terkesan dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Sifat memberontak wujud dalam diri remaja sekiranya keinginan mereka tidak dipenuhi. Ahli keluarga seharusnya berperanan mendekati para remaja dengan penuh hikmah sewaktu mereka melalui fasa transisi ini. Kebanyakan remaja mudah terdorong dengan perkara yang berkaitan dengan seksual. Selain itu, pada waktu tertentu, emosi remaja mudah menjadi tidak stabil. Malahan, ketika ini juga mereka mula berkonflik dengan diri sendiri, keluarga atau rakan sebaya. Ada kalanya, semua yang berlaku serba tidak kena dengan jiwa mereka. Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini, remaja dilihat sebagai kelompok usia yang paling berisiko terhadap ancaman sosial yang negatif. Mereka memiliki sifat ingin tahu yang menebal dan mahu mencuba pelbagai perkara yang dianggap sebagai tindak balas semula jadi yang wujud dalam diri remaja. Kadang kala, fikiran remaja menjadi keliru dan bercelaru disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuklah keluarga, rakan sebaya dan persekitaran yang kurang memberangsangkan. Lumrahnya, remaja juga tidak suka dikongkong oleh orang yang lebih tua daripadanya. Seharusnya para ibu bapa perlu menjadi sahabat terhadap anak remaja mereka. Namun, situasi inilah yang jarang sekali berlaku dalam kalangan masyarakat. Sikap sudah terhantuk baru tengadah perlu dihindari atau dijauhi oleh setiap ahli masyarakat kerana bimbang akan membawa impak yang lebih buruk . Potensi atau masa depan remaja pasti akan terjejas sekiranya terlibat dengan gejala yang negatif. Bukanlah sesuatu yang mudah jika remaja itu ingin kembali ke pangkal jalan, melainkan mereka mempunyai semangat yang cukup kuat. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Sokongan dan dorongan daripada orang yang lebih dewasa seharusnya hadir pada saat-saat mereka memerlukannya. Sesungguhnya remaja hari ini memerlukan perhatian dan bukannya kritikan semata-mata. Hal ini demikian kerana remaja merupakan modal insan yang bakal memacu kecemerlangan negara pada masa akan datang. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Cabaran dan Halangan Semasa Transisi Remaja’ oleh Md Nizar Parman Dewan Siswa, Disember 2016)
MUKA SURAT 53
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017
SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2
KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata impak yang lebih buruk. [2 markah]
(ii)
Pengarang menyatakan beberapa peranan pelbagai pihak amat diperlukan sewaktu para remaja melalui fasa transisi dalam kehidupan mereka. Nyatakan peranan-peranan tersebut. [3 markah]
(iii)
Remaja yang hebat merupakan aset bernilai yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan. Pada pendapat anda, apakah peranan pihak kerajaan dalam melahirkan remaja yang hebat di negara kita? [4 markah]
MUKA SURAT 55
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 15 (MRSM) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan pengurusan kewangan kepada remaja dan halangan untuk melaksanakannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah kata. Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyebut bahawa sebanyak 1157 kes kebankrapan yang melibatkan golongan di bawah umur 25 tahun telah direkodkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Faktor utama golongan muda di negara kita muflis ialah ketidakcekapan menguruskan kewangan sendiri akibat didorong oleh kegagalan perancangan kewangan yang baik dan kurangnya pendidikan mengenai kaedah berbelanja secara berhemat. Keadaan ini disebabkan oleh golongan muda memiliki tahap pendidikan kewangan yang rendah sedangkan pengurusan kewangan yang bijak membolehkan remaja merancang masa depan dengan lebih strategik. Pengurusan kewangan yang baik sebenarnya dapat memastikan remaja mampu membayar balik wang pinjaman pendidikan setelah tamat belajar. Di samping itu, remaja boleh menggunakan wang simpanan yang dikumpulkan untuk memulakan perniagaan bagi meneruskan kelangsungan hidup terutamanya apabila tidak mendapat sebarang pekerjaan selepas tamat pengajian. Selain itu, remaja juga dapat memastikan mereka mempunyai simpanan wang yang cukup sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu. Amalan menyimpan dapat membantu mereka untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi setelah tamat persekolahan peringkat menengah. Walaupun secara dasarnya kebanyakan remaja mempunyai aliran masuk wang daripada sumber yang terhad seperti ibu bapa dan biasiswa atau pinjaman pendidikan, remaja yang cekap menguruskan kewangannya dapat mengelakkan mereka terbelenggu dengan masalah kekurangan wang saku sepanjang tempoh pengajian. Namun, ada juga sebahagian remaja yang sudah terjerat dengan masalah hutang sejak usia muda. Oleh itu, amat penting untuk remaja menguruskan kewangan dengan sistematik kerana hal ini dapat membantu remaja khususnya yang belajar di universiti menampung perbelanjaan tertentu sepanjang bergelar mahasiswa. Remaja sebenarnya boleh menampung perbelanjaan harian sebagai pelajar dengan menjalankan kegiatan yang dapat menjanakan pendapatan sampingan seperti melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan bekerja sambilan ketika cuti semester. Hasil pendapatan tersebut, mereka mampu membeli dan memiliki hartanah yang boleh menjamin masa depan untuk membeli rumah, rumah kedai atau aset-aset yang lain. Kebijaksanaan menguruskan kewangan sedikit sebanyak akan turut membolehkan remaja menggunakan wang untuk tujuan pelaburan seperti pembelian saham amanah atau disimpan di institusi kewangan tertentu. Kesimpulannya, remaja disarankan untuk mendalami ilmu pengurusan kewangan agar pengurusan kewangan yang cekap dapat diaplikasikan. (Dipetik dan diubah suai daripada Pengurusan Kewangan Remaja oleh Norazizah Mohd Amin Dewan Siswa, Bil 3 2017) ‘
MUKA SURAT 57
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
’
SKOR A+ 2017 2017
SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2
KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata sumber yang terhad. [2 markah]
(ii)
Pengarang ada menyatakan beberapa punca golongan muda diisytiharkan muflis. Nyatakan punca-punca tersebut. [3 markah]
(iii)
Golongan remaja dikatakan mudah terjebak dengan pelbagai skim pelaburan cepat kaya yang akhirnya merugikan mereka. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengelakkan remaja terjebak dengan skim-skim pelaburan seperti ini? [4 markah]
MUKA SURAT 59
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 16 (YIK) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan alam sekitar dan masalahmasalah yang dihadapi untuk menjaganya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah kata. Alam sekitar yang bersih memainkan peranan penting dalam kehidupan harian manusia di dunia. Alam sekitar yang bersih akan menghasilkan suasana yang selesa dan menyamankan untuk kehidupan. Aktiviti-aktiviti pembangunan negara akan terjejas sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik. Amalan menjaga kebersihan alam sekitar merupakan tuntutan semua pihak. Persekitaran yang bersih sangat penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dari segi mutu kesihatan. Alam sekitar sangat penting kepada manusia dalam sistem pernafasan untuk menyedut udara yang segar. Udara yang segar amat penting untuk kesihatan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuhan-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar membolehkan manusia menikmati keadaan cuaca dan suhu yang nyaman setiap hari. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman itu akan memberi peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti riadah secara selamat. Alam sekitar sangat penting kerana dapat menjamin keseimbangan ekosistem dalam kehidupan sejagat. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Sebagai contoh, hutan dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Alam sekitar terutama sumber hutan yang tebal akan dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan domestik. Selain itu, hutan akan membantu manusia menakung air dalam empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih untuk menghasilkan kuasa hidroelektrik. Pemulihan terhadap alam sekitar amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna di dunia ini. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadi dan setiap satunya mempunyai rantaian yang mengikat antara satu sama lain. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula jadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Keadaan ini akan menjejaskan pertumbuhan flora manakala fauna pula akan kehilangan habitatnya. Alam sekitar yang dijaga secara terancang akan dapat mengurangkan pemanasan global yang serius. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan sekiranya kawasan tumbuhan hijau dapat dikawal. Beberapa buah negara di dunia termasuk negara kita dijangka akan mengalami pemanasan global yang serius dalam tempoh 20 tahun akan datang jika penebangan hutan dilakukan secara tidak terancang. Keindahan alam sekitar juga dapat meningkatkan ekonomi dalam sektor pelancongan. Hal ini demikian kerana kawasan yang indah akan dapat memberi peluang kepada pelancong untuk mengunjungi tempat-tempat menarik terutama di kawasan hutan rekreasi, air terjun, jeram, tasik, pinggir pantai dan taman negara. Dalam aktiviti pelancongan, kita akan mendapatkan hasil daripada pendapatan luar negara untuk menambah sumber kewangan negara. Ini akan dapat meningkatkan pertukaran wang asing. Dalam jangka panjang, pertumbuhan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu, peluang pekerjaan untuk orang tempatan juga akan meningkat dan secara tidak langsung akan dapat mengurangkan pengangguran di sesebuah negara. Kita mestilah sedar akan kepentingan memelihara alam semula jadi yang masih ada pada hari ini. Usahausaha memupuk kesedaran masyarakat akan kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran dan penerbitan bahan bercetak. Semuanya adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar menjadi tanggungjawab bersama setiap generasi agar pembangunan lestari dapat dikekalkan. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Menjaga alam sekitar’ oleh Dr. Hazwan bin Harun, Berita Harian, Mac, 2016)
MUKA SURAT 61
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata dijaga secara terancang. [2 markah]
(ii)
Penulis menyatakan bahawa hutan mempunyai banyak fungsi kepada manusia. Apakah fungsi hutan tersebut? [3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, apakah impak negatif pemanasan global kepada kehidupan di dunia? [4 markah ]
MUKA SURAT 63
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 17 (NEGERI SABAH – PPD KOTA BELUD) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara menguruskan kewangan dan peranan pelbagai pihak mendidik masyarakat supaya berbelanja secara berhemat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Umumnya, hanya sebilangan kecil generasi di negara kita yang bijak menguruskan kewangan. Kebanyakan daripada mereka gagal menguruskan kewangan atas pelbagai faktor. Antaranya, mereka lebih mementingkan gaya hidup tanpa memikirkan kesannya terhadap kemampuan kewangan mereka. Amalan suka memiliki telefon pintar atau alat berteknologi tercanggih di pasaran dan bertukar-tukar model terbaharu menjadi trend generasi kini. Hal ini menunjukkan generasi muda perlu mempunyai ilmu tentang pengurusan kewangan lebih-lebih lagi semasa berlakunya kegawatan ekonomi. Sewajarnyalah, generasi muda dinasihati supaya tidak membazir ketika berbelanja. Hal ini dikatakan demikian kerana sebilangan daripada mereka gemar membeli barangan berjenama yang mahal harganya yang menyebabkan mereka menghadapi masalah dalam menguruskan kewangan. Mereka sepatutnya menyediakan senarai perbelanjaan untuk memastikan kewangan sentiasa terurus. Kebanyakan generasi muda yang baru memasuki alam pekerjaan perlu membayar balik wang pinjaman pembiayaan pelajaran. Dalam hal ini, mereka sepatutnya memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan bulanan untuk membayar balik wang pinjaman tersebut. Perkara ini sangat penting bagi memastikan mereka dapat menguruskan kewangan masing-masing. Dalam hal perkahwinan pula generasi muda gemar memilih pakej perkahwinan yang terdapat di pasaran. Mereka seharusnya memilih pakej perkahwinan mengikut kemampuan masing-masing. Pada masa yang sama, kos yang tinggi diperlukan untuk memulakan penghidupan baru dalam berkeluarga. Oleh hal yang demikian, pasangan yang baru berkahwin disarankan supaya tinggal bersama-sama ibu bapa sebagai langkah penjimatan. Dalam tempoh berkenaan, pasangan tersebut dapat menabung untuk dijadikan wang pendahuluan bagi membeli rumah. Sebenarnya,pembelian rumah pada usia muda adalah lebih baik untuk mendapatkan tempoh pembiayaan yang lebih anjal. Bagi pasangan yang menyewa rumah, mereka perlulah memastikan kadar sewaan rumah tidak melebihi 30 peratus pendapatan bulanan isi rumah. Pengurusan kewangan juga perlu diberi perhatian sebelum sesebuah keluarga merancang untuk melancong. Kebanyakan keluarga di Malaysia akan melancong sekurang-kurangnya sekali dalam setahun kerana pelancongan merupakan aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Sehubungan dengan itu, perancangan awal untuk menguruskan kewangan bagi tujuan melancong perlu dilakukan. Kita juga janganlah mengikut nafsu ketika berbelanja terutamanya apabila kita mempunyai wang yang lebih. Sebagai contoh, apabila mendapat bonus, pelbagai keinginan akan terlintas dalam fikiran seperti kereta baharu, perabot baharu dan percutian. Pengurusan kewangan menjadi semakin mencabar apabila kad kredit mudah dimiliki. Penggunaan kad kredit secara sewenang-wenangnya menyebabkan penggunanya menanggung beban hutang. Oleh itu, perbelanjaan dengan menggunakan kad kredit perlu dikawal. Sesungguhnya kejayaan dalam pengurusan kewangan seseorang bergantung pada usaha masing-masing. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Gen Y Suka Membazir’ oleh Alzahrin Alias,
Berita Harian, 15 Mac 2014)
MUKA SURAT 65
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017
SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2
KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata mengeratkan hubungan. [2 markah]
(ii)
Pengarang menyatakan bahawa generasi muda gagal menguruskan kewangan atas pelbagai faktor. Nyatakan faktor-faktor tersebut. [3 markah]
(iii)
Aktiviti melancong bersama-sama keluarga memerlukan kos yang agak tinggi. Jelaskan pendapat anda tentang cara-cara untuk memastikan aktiviti melancong bersama-sama keluarga tidak membebankan kewangan. [4 markah ]
MUKA SURAT 67
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 18 (NEGERI SELANGOR – SET 2) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cabaran-cabaran mengembangkan produk kraf dan langkah-langkah mempopularkan produk kraf . Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dan kesenian masyarakat. Sebagai tamsilnya, masyarakat Melayu sangat sinonim dengan seni ukiran kayu dan tenunan. Masyarakat Cina popular dengan seni tembikar dan kaligrafi. Kolam pula sering disebut-sebut sebagai seni masyarakat India dan kelompok peribumi pula sangat berkait rapat dengan seni anyaman. Umum mengetahui bahawa seni kraf sangat popular dalam kalangan penduduk luar bandar dan pedalaman. Situasi ini berlaku kerana pengusaha lebih mudah mencari bahan utama bagi pembuatan produk kraf. Walaupun begitu, pelbagai cabaran yang perlu diatasi dengan sebaik-baik mungkin. Cabaran utama yang mengganggu perkembangan produk kraf di kawasan bandar ialah lambakan produk berteknologi moden dalam pasaran. Kuantiti produk berteknologi moden yang dihasilkan pada satu masa juga sangat tinggi jika dibandingkan dengan produk buah tangan. Produk buatan tangan pula menawarkan harga yang agak tinggi sedikit kerana produk kraf menggunakan bahan semula jadi. Kemunculan bahan kimia dan sintetik juga merancakkan pengeluaran produk yang berasaskan plastik. Pada zaman yang serba maju ini, sangat sukar untuk mencari bahan utama pembuatan produk kraf. Sungguhpun begitu, pembangunan yang pesat mampu menjejaskan habitat semula jadi flora, iaitu kawasan rimba. Sememangnya produk kraf tangan pada hari ini sukar untuk diketengahkan. Hal ini demikian kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendidikan dan tidak mengikuti perkembangan semasa tetapi produk yang dihasilkan mempunyai kualiti yang tinggi. Di samping itu, ketiadaan pewaris dalam kalangan generasi muda juga menyukarkan perkembangan dan kemajuan produk kraf. Sebetulnya, golongan muda perlu lebih menonjol dan memainkan peranan bagi mempopularkan produk kraf. Kekurangan promosi atau pameran sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa juga menjadi punca pengamal seni kraf sukar untuk menonjolkan bakat mereka. Cabaran lain ialah kekurangan penawaran program latihan yang berteraskan seni di pusat pengajian tinggi. Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir pihak yang kurang memikirkan kepentingan dan nilai sesuatu karya seni. Tidak kurang juga, pengamal seni kraf pada hari ini tidak mempunyai modal yang cukup untuk memajukan perusahaan mereka. Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan cabang perniagaan yang terpenting pada hari ini. Walau bagaimanapun, pengusaha kraf yang tinggal di kawasan pedalaman terutamanya masih kurang arif mengenai penggunaan teknologi. Sewajarnya, usaha mengembangkan produk kraf tidak boleh dipandang sebelah mata kerana seni ini warisan turun-temurun dan mempunyai nilai estetik yang amat tinggi. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kekangan dalam industri kraf’ oleh Aliff Ishak,Dewan Budaya, Julai 2016)
MUKA SURAT 69
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017
SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2
KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata pengeluaran produk dalam petikan. [2 markah]
(ii)
Pengarang ada menyatakan beberapa faktor produk kraf amat sesuai dikembangkan oleh pengusaha kraf tangan. Nyatakan tiga faktor tersebut. [3 markah]
(iii)
Pengarang ada menyebut bahawa golongan muda kurang berminat dalam kemahiran menghasilkan kraf sehinggan ketiadaan pewaris. Huraikan punca-punca golongan muda kurang berminat untuk mewarisi kemahiran tersebut. [4 markah ]
MUKA SURAT 71
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 19 (NEGERI KEDAH – SET 2) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan guru di sekolah dan langkah-langkah kerajaan untuk meningkatkan kualiti guru. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Sentuhan keramat guru telah melahirkan banyak cendekiawan, golongan profesional, usahawan dan seluruh warga pekerja yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negara. Guru juga merupakan penggerak proses transformasi pendidikan yang menjadi penentu kepada kejayaan transformasi negara kita. Di pundak guru-guru letaknya harapan semua pihak untuk melihat kualiti pendidikan negara melonjak ke tahap yang terbaik. Bahkan ibu bapa juga berharap guru dapat membimbing dan mendidik anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Di sekolah, didikan guru kepada para murid dapat melahirkan modal insan berkualiti yang akan menjadi aset pembangunan negara pada masa hadapan. Hal ini selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi negara maju mengikut acuan sendiri. Semasa mengajar, guru harus memberikan penekanan kemahiran berfikir dalam kalangan murid agar mereka mampu menggunakan ilmu yang dipelajari. Murid perlu diajar berfikir di luar kotak fikiran mereka untuk memperoleh idea yang lebih relevan dan bernas. Murid dapat mengaplikasikan ilmu tersebut untuk memajukan diri sendiri dan keluarga. Guru juga perlu merangsang murid untuk memiliki pemikiran kreatif dan kritis. Hal ini sesuai dengan perkembangan pesat dunia globalisasi yang memerlukan modal insan yang berani menghadapi cabaran, mampu menyelesaikan masalah dan boleh berfikir secara kritis. Malahan guru harus memberi fokus kepada matlamat pendidikan untuk melahirkan murid yang berilmu pengetahuan. Transformasi kurikulum yang dilaksanakan dapat membuka lembaran baharu kepada guru meneroka strategi pengajaran yang lebih berkesan bagi mengasah bakat serta daya kreativiti murid. Kepelbagaian strategi pengajaran dapat menarik minat murid untuk mengikuti proses pembelajaran. Golongan guru sendiri harus meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Usahlah jemu berusaha untuk menambah baik amalan pengajaran di dalam kelas. Penambahbaikan ini perlu agar selari dengan hasrat kerajaan meningkatkan pendidikan ke arah berprestasi tinggi dan berkualiti. Selain itu, guru perlu berfikiran terbuka mendengar pendapat murid. Murid akan berasa dihargai apabila idea mereka diterima dan dapat meningkatkan motivasi mereka untuk mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Secara tuntas, walaupun telah banyak pencapaian yang terhasil dalam bidang pendidikan, namun masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan proses pemantapan kualiti pendidikan negara berlaku secara berterusan. Berkat komitmen warga guru, kita telah berjaya mencipta pelbagai kejayaan dalam bidang pendidikan. Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk menggembleng tenaga dan idea bagi mengangkat pendidikan negara ke arah kecemerlangan. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Guru Inovatif Lonjak Transformasi Pendidikan Negara’ oleh Samad bin Buang, Wadah Siswa, Januari 2013) SKEMA RUMUSAN 19 (NEGERI KEDAH – SET 2)
MUKA SURAT 73
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata meneroka strategi berdasarkan petikan. [2 markah]
(ii)
Penulis ada menyatakan ciri-ciri modal insan yang diperlukan oleh negara pada masa hadapan. Nyatakan ciri-ciri tersebut. [3 markah]
(iii)
Guru telah banyak melakukan pengorbanan kepada murid. Sebagai murid yang bertanggungjawab, jelaskan cara-cara anda membalas segala pengorbanan guru anda. [4 markah]
MUKA SURAT 75
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 20 (MODUL JPN NEGERI – SELANGOR SET 1) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor kegagalan pengukuhan nilai jati diri dalam kalangan remaja dan kesan-kesan kegagalan pengukuhan nilai jati diri . Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Asas pembentukan sesebuah negara bergantung pada kekuatan jati diri rakyatnya. Jati diri merujuk kepada sifat dalaman seseorang yang berpengaruh menentukan hubungannya dengan orang lain. Jati diri berkaitan dengan nilai yang ada dalam diri seseorang yang merangkumi aspek bahasa, budaya, ekonomi, politik dan sosial masyarakat. Remaja merupakan kumpulan besar dalam masyarakat dan terarah kepada nilai yang didukung oleh mereka. Nilai yang baik membentuk jati diri yang hebat dan meyakinkan jika nilai ini dimiliki oleh golongan remaja tetapi nilai yang kurang baik juga akan menerima cemuhan masyarakat. Masalah sosial yang sering berlaku dalam kalangan remaja sememangnya berkaitan dengan pelanggaran sistem nilai yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Mereka melakukan perkara yang tidak sesuai dan salah dalam masyarakat seperti bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan serta bersekedudukan. Remaja juga merupakan generasi yang berisiko tinggi untuk melakukan perkara yang menyeronokkan walaupun perkara tersebut merupakan satu kesalahan. Remaja senang dipengaruhi oleh keadaan persekitaran di empat mereka membesar. Remaja yang berada di kawasan yang sering berlaku jenayah serta masalah sosial yang lain terdedah kepada aktiviti yang sama. Di kawasan sempadan sesebuah negara seperti kawasan sempadan Malaysia dengan Thailand sering berlaku masalah sosial. Perkara ini berlaku kerana perubahan sosiobudaya antara kedua-dua buah negara di kawasan sempadan tersebut. Transisi antara satu budaya dengan budaya yang baharu seperti isu pergaduhan antara kumpulan samseng yang sering berlaku di negara jiran mempengaruhi remaja di Malaysia. Selain itu, terdapat aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti penyeludupan dadah dan pelacuran. Isu pemerdagangan manusia yang melanggar hak asasi manusia juga berleluasa. Keadaan ini mengganggu pembentukan nilai yang baik dalam kalangan remaja yang berada di sekitar sempadan. Kawasan sempadan juga merupakan tempat pertembungan pelbagai budaya. Pertembungan antara budaya tempatan yang sedia ada dan budaya asing akan meresap masuk bersama-sama kemasukan pendatang dari luar negara. Sekiranya budaya tempatan tidak kukuh terpelihara sehingga menjadi jati diri masyarakat, budaya tempatan akan lebih mudah dipengaruhi oleh pelbagai budaya lain. Keadaan ini secara tidak langsung akan menggugat jati diri golongan remaja kerana golongan ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh. Selain itu, remaja juga keliru antara sistem nilai yang telah ditetapkan oleh lima syarikat dengan sistem nilai yang dilarang. Kekeliruan ini menjadikan mereka tidak dapat membezakan nilai baik atau sebaliknya. Remaja juga sering dilabelkan sebagai peringkat usia yang sukar dikawal. Mereka menjadi sasaran utama pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menggunakan mereka sebagai perantaraan untuk melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang. Selain itu, didikan dan perhatian yang kurang daripada ibu bapa menyebabkan asas pengukuhan jati diri dalam kalangan remaja gagal untuk direalisasikan. Pokok pangkalnya, jati diri remaja perlu sentiasa teguh dan sentiasa bersemangat untuk lebih berdaya saing. Penerapan nilai ini perlu dipupuk dalam diri remaja pada peringkat awal lagi dan diteruskan dengan proses pengukuhan oleh semua pihak. (Dipetik dan diubahsuai daripada “ Pengukuhan Nilai Jati Diri Elak Masalah Sosial” oleh Noor Azam Abdul Rahman, Dewan Siswa Jilid 37 Bil. 04 2015.)
MUKA SURAT 77
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a)- Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1 , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata meresap masuk [2 markah ]
(ii)
Pengarang menyatakan beberapa isu yang sering berlaku di sempadan Malaysia dengan Thailand. Nyatakan isu-isu tersebut. [3 markah]
(iii)
Jelaskan pendapat anda tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan untuk merealisasikan pengukuhan nilai jati diri dalam kalangan masyarakat di Malaysia. [4 markah]
MUKA SURAT 79
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 21 (NEGERI PERLIS) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan pengambilan minuman berfungsi kepada masyarakat dan halangan untuk mengambil minuman berfungsi. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pada masa ini, bahan semula jadi lebih cenderung digunakan berbanding dengan bahan kimia. Oleh sebab itu, produk pelengkap atau alternatif dicari untuk membaiki kesihatan dan penampilan diri. Satu daripada produk yang dicari ialah minuman berfungsi. Minuman berfungsi ialah minuman yang diperkaya dengan bahan tambahan untuk memberikan manfaat kesihatan tertentu, Ada pelbagai bentuk minuman berfungsi dalam pasaran. Sebagi contoh, minuman berasaskan susu, jus, minuman isoton, minuman bertenaga dan minuman herba. Pelbagai bahan tambahan digunakan dalam minuman berfungsi seperti oligosakarida, kacang soya dalam minuman ringan, bifidobacteriun breve yakult ke dalam susu fermentasi, serabut diet seperti psilium husks dalam minuman serbuk dan isoflavon soya dalam minuman teh. Minuman berfungsi berupaya menenangkan dan membantu menghalang atau merawat penyakit jantung. Bagi golongan dewasa pula, minuman tersebut mampu menurunkan masalah berat badan, kawalan kolesterol, pengurangan tekanan dan peningkatan metabolisme. Manakala bagi golongan muda pula, minuman ini dapat meningkatkan kecergasan mental dan mereka mampu memberi tumpuan ketika belajar. Ada juga minuman yang dihasilkan khusus untuk wanita mengandung atau wanita lepas menopaus untuk keseimbangan dalaman. Di Eropah dan Asia, masalah obesiti makin meningkat disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak sihat. Jus buah yang diperkaya dengan vitamin dan mineral, serta pebiotik dan probiotik minuman coklat ringan dihasilkan untuk membantu golongan remaja dan kanak-kanak bagi mengatasi masalah obesiti. Selain itu, tumpuan juga diberikan kepada golongan bayi dan kanak-kanak kecil. Minuman berfungsi dalam bentuk makanan cecair gantian yang diperkaya, minuman serbuk dan jus buah dihasilkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecerdasan mental dan prestasi serta menambah baik penghidratan semula kanak-kanak kecil. Sehubungan dengan itu, minuman berfungsi menjadi segmen paling pesat berkembang disebabkan oleh beberapa faktor seperti mesra pengguna dan memenuhi permintaan pengguna dari segi kandungan, saiz, bentuk dan rupa. Seterusnya, minuman berfungsi juga mudah diedarkan dan disimpan oleh pengguna. Kini, trend baharu timbul dengan pelbagai ubat herba didapati dalam bentuk minuman. Minuman yang mengandungi vitamin, mineral dan ekstrak botani dan herba ,seperti ginko dan echinacea menjadi sangat popular dalam kalangan pengguna. Di Malaysia, minuman berfungsi yang makin mendapat tempat di hati pengguna ialah minuman herba. Minuman berherba ini mampu mencantikkan wajah dan mengelakkan penuaan. Di samping itu, kebaikan minuman berherba dapat merawat pelbagai penyakit seperti diabetes, kolesterol dan tekanan darah tinggi. Minuman herba ini boleh didapati di kedai herba, kedai ubat tradisional dan kebanyakan farmasi atau secara dalam talian. Kesimpulannya, pengambilan minuman berfungsi sangat penting dalam kehidupan masyarakat. Namun demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati pengguna agar sentiasa menyemak status produk bagi memastikan keselamatan produk minuman yang diambil. (Dipetik dan diubah suai daripada “Minuman Berfungsi Peningkat Kecergasan” Oleh Nurraihana Hamzah Dewan Kasmik, Januari 2016)
MUKA SURAT 81
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017
SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2
KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata pesat berkembang. [ 2 markah]
(ii)
Pengarang mengatakan beberapa faktor yang menyebabkan minuman berfungsi paling pesat berkembang di pasaran. Apakah faktor-faktor tersebut? [3 markah]
(iii)
Kesedaran masyarakat terhadap pengambilan minuman berfungsi semakin tinggi. Pada pendapat anda, apakah peranan media massa dalam menggalakkan masyarakat mengambil minuman berfungsi? [4 markah]
MUKA SURAT 83
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 22 (MODUL NEGERI SELANGOR – SET 2) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan langkah-langkah memahamkan rakyat tentang GST. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara ini mula ditimbulkan sejak tahun 2005 yang bertujuan untuk menggantikan sistem pencukaian sedia ada yang diamalkan sejak tahun 1972. GST pernah berada pada tahap pembentangan rang undang-undang di Parlimen, tetapi ditarik balik pada tahun 2009 hinggalah dalam pembentangan Belanjawan 2014 lalu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan GST bermula April 2015. Jika dianalisis secara terperinci, pelaksanaan GST memberikan justifikasi yang begitu meyakinkan terhadap pengukuhan ekonomi dalam usaha negara menghadapi cabaran pada masa hadapan. Pelaksanaannya dijangka dapat memberikan pelbagai manfaat terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Secara asasnya, GST menggantikan cukai jualan (10 peratus) dan cukai perkhidmatan (6 peratus) yang diperkenalkan kerajaan sejak tahun 1972 dan 1975. Kadar cukai sesetengah barangan menjadi lebih rendah kerana penurunan kadar empat peratus dikira daripada kadar cukai jualan sebanyak 10 peratus ketika ini. Pada masa ini, pertumbuhan ekonomi Malaysia sentiasa dibebani peningkatan kadar hutang negara. Sehubungan dengan itu, strategi pelaksanaan GST menjadi alternatif terbaik untuk mengawal paras defisit semasa fiskal negara. Hal ini penting sejajar dengan aspirasi kerajaan yang memberikan keutamaan terhadap polisi pengukuhan fiskal yang betul. Pelan pelaksanaan GST berusaha untuk mengurangkan defisit negara daripada 3.5 peratus pada tahun 2014 kepada tiga peratus menjelang tahun 2015. Pengenalan GST merupakan langkah positif negara dalam jangka masa panjang. Keadaan ini disusuli oleh pengurangan cukai korporat dan cukai pendapatan individu selaras dengan pengenalan GST akan meningkatkan pembangunan Malaysia sebagai pusat kewangan kompetitif, sekali gus merealisasikan matlamat sebagai hab kewangan Islam utama dunia. Sejajar dengan itu, pelaksanaan GST membolehkan negara ini kekal berada pada tahap kompetitif dalam usaha menarik aliran masuk modal dari pasaran global. Hasil daripada pelaksanaan GST, Kerajaan berupaya untuk meningkatkan hasil perolehannya melalui cukai sekitar 20 peratus hingga 25 peratus berbanding dengan sistem jualan sekarang. Negara ini banyak bergantung pada Petronas untuk membiayai 44 peratus daripada belanjawannya. Pelaksanaan strategi pembiayaan negara yang selama ini tertumpu pada syarikat utama negara ini perlulah dipelbagaikan. Oleh itu, GST berkeupayaan untuk meningkatkan serta mempelbagaikan pendapatan negara berbanding dengan kebergantungan terhadap sumber minyak serta dalam masa yang sama menstabilkan akaun semasa. Selain itu, pelaksanaan GST diyakini lebih telus dan cekap memandangkan pengguna mengetahui jumlah sebenar yang perlu dibayar oleh mereka bagi setiap barangan dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya, GST memberikan impak neutral kepada sektor eksport serta menyediakan persekitaran yang baik terhadap sektor perniagaan dan mengekang aktiviti 'pasaran gelap' dalam negara. Aktiviti haram ini berada pada kadar yang agak tinggi berbanding dengan negara maju yang mengamalkan GST. (Dipetik dan diubahsuai daripada “Kepentingan GST terhadap Malaysia” Oleh Fadillah Mansor, Dewan Masyarakat , 10/2014)
MUKA SURAT 85
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1 , jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii)
(iii)
Berikan maksud rangkai kata mengekang aktiviti . [2 markah ] Pengarang mengemukakan sejarah pengenalan GST yang akan dilaksanakan Di Malaysia kelak. Nyatakan sejarah pengenalan-pengenalan tersebut. [3 markah ] Pada pendapat anda, sebagai seorang murid yang prihatin, apakah langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk meningkatkan ekonomi negara? [4 markah ]
MUKA SURAT 87
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 23 (PERCUBAAN NEGERI SELANGOR – SET 1) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca kemusnahan ekosistem hutan dan langkah-langkah untuk mengawal kemusnahan ekosistem hutan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kejadian banjir besar yang melanda beberapa negeri di Pantai Timur pada penghujung 2014 masih segar dalam ingatan. Namun, malangnya bencana yang telah meragut banyak nyawa dan memusnahkan harta benda itu seolah-olah tidak mampu memberi pengajaran dan menyedarkan segelintir daripada kita tentang kepentingan menjaga kelangsungan ekosistem. Antara khazanah alam yang sering menjadi mangsa pencabulan ekoran sikap tamak haloba manusia adalah ekosistem hutan. Ekosistem ini bukan sahaja diteroka secara berterusan untuk mendapatkan sumber bahan mentah bagi memenuhi keperluan industri, bahkan turut digondolkan untuk tujuan pembangunan kawasan perumahan dan pertanian. Keadaan ini sekali gus mengakibatkan kawasan hutan sedia ada semakin mengecil dan terhakis dari sehari ke sehari. Lebih membimbangkan apabila tuntutan pembangunan yang kian pesat pada hari ini telah mengakibatkan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab tergamak melakukan penerokaan ke atas kawasan hutan simpan. Malah, pencerobohan ke atas kawasan hutan simpan di segenap pelosok negeri semakin berleluasa. Kayu-kayan merupakan hasil penting yang dihasilkan oleh hutan. Kayu mempunyai pelbagai kegunaan seperti bahan api, perabot, kegunaan kertas dan pembinaan rumah. Hal ini menjadi tumpuan pembalak haram untuk membalak di kawasan ini yang turut menyumbang kepada berlakunya kemusnahan ekosistem hutan. Di Kuching, kegiatan pembalakan haram di Kawasan Matang Lot terus berleluasa sehingga menyumbang kepada kepupusan spesies kayu berkualiti tinggi. Sama ada kita sedar atau tidak, penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnahkan atau mengecilkan habitat haiwan seperti harimau dan gajah. Selain itu, pembakaran hutan secara terbuka juga turut memusnahkan ekosistem hutan yakni spesies haiwan di hutan selama-lamanya. Industri pelancongan merupakan sebahagian punca kemusnahan hutan. Hal ini disebabkan oleh pembukaan tempat pelancongan yang baru memerlukan aktiviti penebangan hutan bagi pembukaan kawasan yang baru. Pembinaan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan lebih rakyat turut memusnahkan ekosistem hutan. Pembangunan yang terlalu mendadak di kawasan pelancongan akan memusnahkan ekosistem hutan tanpa kita sedari. Hal ini disebabkan kekurangan pelaksanaan yang terancang dan pemantauan yang berterusan daripada pihak yang berkenaan sebelum mereka melakukan penerokaan atau penebangan hutan. Perlu kita sedari bahawa hutan merupakan satu komuniti untuk hidupan liar iaitu untuk pokok-pokok besar serta haiwan liar. Hutan berperanan penting kepada manusia kerana hutan membekalkan sumber bahan mentah dan penyumbang kepada sosioekonomi serta kestabilan ekologi kepelbagaian hayat sesebuah negara. Pendek kata hutan merupakan khazanah berharga dan perlu dijaga secara sistematik demi kestabilan ekosistem negara kita. (Dipetik dan diubah suai daripada “Sains dan Teknologi dalam kehidupan manusia” Oleh Shasidan Abdullah Dewan Siswa, September 2015.)
MUKA SURAT 89
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017
SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2
KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata
habitat haiwan.
[ 2 markah] (ii)
Hutan bukan sahaja merupakan satu komuniti untuk hidupan liar iaitu untuk pokok-pokok besar serta haiwan liar tetapi juga berperanan penting kepada manusia. Nyatakan kepentingan-kepentingan hutan kepada manusia. [3 markah]
(iii)
Hutan sebagai khazanah alam yang perlu dipelihara. Pada pendapat anda, apakah kesan kemusnahan hutan kepada manusia? [4 markah]
MUKA SURAT 91
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017
SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2
KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 24 (NEGERI SEMBILAN) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tanggungjawab pelbagai pihak dalam mempertahankan kedaulatan negara dan halangan-halangan dalam melaksanakannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Apabila mengimbau sejarah lampau, kita tahu betapa peritnya pejuang kemerdekaan mahu memerdekakan negara ini daripada penjajahan dan sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara yang berdaulat. Namun begitu, sejauh manakah kita sebagai generasi masa ini dapat bertanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara? Setiap warganegara perlu mengukuhkan jati diri yang disulami semangat patriotik dan nasionalisme dalam diri masing-masing. Jati diri perlu disertakan dengan ketinggian akhlak, nilai kesetiaan yang tidak berbelah bahagi, nilai rasionalisme dan disalutkan dengan kekuatan mental dan spiritual. Sebagai negara yang berbilang kaum, bahasa, agama dan budaya, perpaduan antara kaum perlu terus dikekalkan. Sikap etnosentrisme, iaitu menganggap bahawa cara hidup dan budaya etnik sendiri lebih unggul berbanding dengan cara hidup dan budaya warisan etnik lain dalam diri setiap warganegara harus ditolak. Kita tahu bahawa generasi muda sekarang sangat terdedah kepada globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Keluasan dan kecepatan dunia Internet dan pendedahan kepada media sosial seperti facebook, twitter dan instagram, mendedahkan generasi muda kepada penjajahan bentuk baharu, iaitu penjajahan pemikiran. Tiada lagi peluru atau mortar dan serangan berdarah untuk menjajah generasi muda. Oleh itu, mereka perlu cakna dengan serangan bentuk penjajahan fikiran dan pemahaman ideologi. Atas sebab itulah generasi muda perlu memainkan peranan penting sebagai perwira negara untuk menangkis segala serangan penceroboh kedaulatan negara. Gerakan penjajahan pemikiran dan penanaman ideologi yang berbahaya memerlukan setiap warganegara mempunyai benteng diri, terutamanya dalam pemahaman agama yang betul. Pemimpin negara perlu memastikan perlembagaan negara tidak dicabuli dan kedaulatan negara terjamin. Dalam hal ini, kerajaan dan pembangkang seharusnya berganding bahu demi memastikan Malaysia terus maju dan dihormati di mata dunia. Peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 menyedarkan kita bahawa kerajaan juga perlu memastikan sistem pertahanan dan keselamatan negara diperkukuh. Kita seharusnya berusaha untuk menjadi negara pengeluar atau negara pembuat bahan dan bukannya hanya beraksi sebagai negara pengguna. Peristiwa kemelesetan ekonomi pada tahu 1997 menunjukkan kedaulatan negara boleh terancam. Tindakan spekulator yang rakus merampas ekonomi dan kewangan negara mampu menggugat kestabilan ekonomi dan politik negara. Dalam hal ini Malaysia perlu mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara luar, merangkumi bidang ekonomi, politik, sosial dan budaya. Apalah gunanya ada negara untuk kita diami sekiranya negara tersebut tidak mempunyai kedaulatan dan senang dihenyak-henyak oleh musuh.
(Dipetik dan diubah suai daripada Tanggungjawab Mempertahankan Kedaulatan Negara Oleh Mohd Khairul Riza Tuan Mohd Yusop, Dewan Siswa, Ogos 2016.)
“
MUKA SURAT 93
”
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017
SOALAN 1 (RUMUSAN)
KERTAS 2
KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata budaya warisan etnik. [ 2 markah]
(ii)
Pengarang menyatakan beberapa bentuk ancaman terhadap kedaulatan negara. Apakah ancaman-ancaman tersebut? [3 markah]
(iii)
Ada pendapat mengatakan bahawa generasi muda kurang semangat patriotik dalam diri mereka. Berikan pendapat anda. [4 markah]
MUKA SURAT 95
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ 2017 2017 KERTAS 2
SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
LATIHAN RUMUSAN 25 (SMK SEGAMBUT – PPD SENTUL, WILAYAH PERSEKUTUAN KL) Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca peningkatan kemurungan dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Masyarakat sering didedahkan dengan masalah kemurungan yang melibatkan orang dewasa. Jarang-jarang kita terbaca atau diberitakan tentang masalah kemurungan yang melibatkan remaja terutamanya dalam kalangan murid sekolah. Kebanyakan remaja yang mengalami masalah emosi ini tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami masalah kemurungan. Situasi ini menjadi punca utama kepada peningkatan bilangan pesakit. Individu yang mengalami gangguan emosi ini kebiasaannya bertindak memendam masalah mereka secara bersendirian sehingga menyebabkan keadaan menjadi lebih parah. Remaja mengalami kemurungan? Persoalan ini agak sukar untuk diterima bahawa pada usia muda seseorang itu boleh mengalami masalah kemurungan. Sebagai remaja, umumnya kelihatan sebagai tempoh usia yang menyeronokkan serta berpotensi untuk membina kerjaya dan kehidupan yang hebat pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, realitinya tidak seperti yang dibayangkan. Remaja juga terdedah dengan masalah kemurungan yang serius. Antara punca yang menyebabkan remaja mengalami masalah kemurungan termasuklah faktor persekitaran remaja itu sendiri. Masalah emosi seseorang itu berkait rapat dengan emosi individu yang berada di sekeliling mereka. Remaja pasti menghadapi masalah jika mereka membesar dalam kalangan orang dewasa yang bermasalah. Masalah lain yang sering dialami oleh remaja turut berkaitan dengan kegagalan menepati sasaran yang ditetapkan oleh ibu bapa dan guru dalam pelajaran. Apabila ibu bapa menetapkan sasaran pencapaian akademik yang melangkaui kemampuan anak, emosi remaja berkenaan pasti terganggu sehingga berpotensi untuk mengalami kemurungan. Kajian menunjukkan bahawa murid yang gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan utama di Malaysia seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) berpotensi untuk mengalami tekanan emosi yang tinggi. Terdapat juga kes kemurungan yang berpunca daripada masalah percintaan dalam kalangan remaja. Pada usia yang masih muda remaja mempunyai emosi yang sukar dikawal. Selain itu, terdapat kemurungan yang berpunca daripada kemalangan yang membawa kepada kecacatan kekal terhadap fizikal seseorang. Kemurungan dikatakan berlaku apabila mereka gagal melanjutkan pelajaran dan tidak dapat memenuhi sesuatu impian yang dicita-citakan. Keadaan ini menyebabkan remaja mengalami trauma pada mulanya sehingga membawa kepada kemurungan yang serius. Semua pihak seharusnya memainkan peranan masing-masing dalam usaha mewujudkan suasana yang merangsang emosi positif bagi setiap ahli komuniti, masyarakat, dan negara. Dipetik dan diubah suai daripada “Atasi Kemurungan Remaja” Oleh Noor Azam Abdul Rahman Dewan Masyarakat, September 2015.
MUKA SURAT 97
(DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)