BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA KOD 1103/2 KERTAS 2 SOALAN 1: Rumusan (30 ma!a"#
STRATE$I MERUMUS KARAN$AN PETIKAN 1 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang %a&'a" %a&'a" ")'u* +&,)an dan -aa-aa m&mu*u! s&man.a !&,)anan Panjang rumusan hendaklah )'a! m&&+)") 120 *aa" *&!aaan
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semngat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlbih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan petolongan pada saat kita ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbea latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan man!aat yangbbesar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. "i samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng. Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. #ejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiati! melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, $sediakan payung sebelum hujan%. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. &ahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan perse!ahaman
ONTOH PETIKAN RUMUSAN YAN$ LEN$KAP
Petikan membincangkan kebaikan hidup berjiran dalan sesebuah masyarakat. 'ntara !aedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, serta dapat membendung gejala sosial dan melahirkan perpaduan sesama jiran. Hidup berjiran juga dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. 'ntara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotongroyong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya iarahmeniarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan. Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan. ( )** patah perkataan+