ADAT ISTIADAT ISTIADAT PERKAHWIN PERKAHWINAN AN SUKU SUKU KAUM DUSUN. DUSUN. Apabila seseorang teruna ingin berkahwin maka berdasarkan pilihannya itu ia perlu dipersetujui oleh kedua-kedua ibu bapa pihak lelaki kerana merekalah yang akan mengatur segala persediaan bagi perkahwinan anak mereka. Pertunangan:
Di peringkat mengikat tali pertunangan biasanya seorang tua ditugaskan sebagai orang tengah disebut "SUSURUAN" bagi pihak lelaki datang ke rumah perempuan biasanya pada hari Selasa, Khamis atau Sabtu. Pihak perempuan diberi masa untuk berunding dan ketika "SUSURUAN" kembali ditentukan sama ada pinangan pihak lelaki diterima atau tidak. Jika pinangan diterima maka "SUSURUAN" dijemput minum dan makan oleh keluarga pihak perempuan. Jika pinangan pula ditolak maka makan dan minum tidak lagi dilayan. M e n en en t u k a n t a r i k h p e r t u n a n g a n :
Tarikh pertunangan ditetapkan mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak. Lazimnya mereka memilih hari yang baik untuk majlis bertunang seperti hari-hari yang bukan bilangan ganjil dan juga dalam bulan yang dianggap baik sebagaiman a menjadi kepercayaan masyarakat ini. Perbelanjaan bertunang bergantung kepada kedudukan keturunan atau latar belakang keluarga pihak perempuan jika dia anak perempuan sulung daripada kalangan orang yang berkemampuan maka pertunangan dilangsungkan dengan upacara penuh isitiadat. Jika ibu perempuan ada permintaan kerbau ketika bertunang maka anaknya mesti menuntut sama. Sebagaimana kebiasaannya permintaan pertunangan membabitkan perkara-perkara seperti; Seekor kerbau atau babi (bagi bukan beragama Islam) Sepasang kain Sebentuk cincin emas Gelang emas Wang belanja dapur (kadar mengikut berapa yang wajar) Wang talak sebanyak RM500.00 (lima ratus ringgit) juga perlu dibayar Perbelanjaan pertunangan ditanggung oleh pihak lelaki, setelah pasangan bertunang mereka tidak boleh membuat hubungan sebelum berkahwin. Siperempuan tidak boleh sesuka hati pergi kemana-mana kecuali mendapat keizinan tunangnya. Sekiranya pihak perempuan mengingkari syarat pertunangan mereka, maka dia akan didenda dengan mengembalikan semua perbelanjaan ketika bertunang, jika pihak lelaki pula mengikarinya, kos perbelanjaan pertunangan dikira hangus atau tidak perlu dibayar balik. Kotoliban/Sepangadak:
Sekiranya sesebuah keluarga mempunyai ramai anak perempuan dan yang muda berkahwin dahulu daripada kakaknya, maka kakak itu diberi "KOTOLIBAN" atau melangkah bendul dan benda seperti berikut adalah wajib dipenuhi; Dundung/sigar Sira/baju Gonob/sarung
Sebentuk cincin emas Perbelanjaan kahw in:
Perbelanjaan perkahwinan diputuskan ketika majlis merundingkan permintaan ketika bertunang dan segala perbelanjaan mengikut persetujuan sama ada majlis perkahwinan dilangsung secara penuh istiadat atau secara sederhana. Jika pihak perempuan daripada kalangan golongan orang berkemampuan maka keluarganya akan menyediakan seekor kerbau bagi menambah kerbau pemberian (berian). Pemberian itu dipanggil "BALUN" dan perbelanjaan perkahwinan tersebut antara lainnya melibatkan; Seekor kerbau besar "RINAMPUNG" Satu pikul babi Gelang emas atau rantai emas Inapung RM500.00 (lima ratus ringgit) Wang belanja dapur atau wang hangus mengikut keadaan upacara perkahwinan
Masyarakat Tatana biasanya bekerjasama melakukan kerja-kerja mem bun gku s kolup is apabila t e r d ap a t k e p e r l u an u n t u k m e n y e m p u r n a k a n s e s u a t u u p a c a r a.
Perkahwinan dengan penuh istiadat bagi orang Kadazandusun Tatana yang beragama Katolik dan pagan adalah berbeza daripada adat "MOGINUM KAHWIN". "MOGINUM KAHWIN" dinamakan "BEMASAK" mereka menyediakan KOLUPIS" dan berbagai macam jenis makanan termasuk menyembelih kerbau bagi tujuan penyediaan "RINAMPUNG" serta memasak sebahagian dari daging kerbau itu untuk dihidang pada malam upacara moginum.
MANGADAA-ADAA
Sehari sebelum majlis perkahwinan satu majlis yang dipanggil mangadaa-adaa akan diadakan dan pihak lelaki akan mengadakan majlis bagi pengantin lelaki tetapi pihak perempuan juga tidak boleh diam kerana apabila rumah pengantin lelaki memukul gong,rumah Pengantin perempuan juga kena memukul gong bagi mengelakkan cuaca yang tak diingini berlaku. Suku kaum Dusun Subpan ada dua kategori majlis perkahwinan iaitu (pengantin) satu majlis yang penuh adat-istiadat dan banyak pantang larang,persandingan diadakan waktu siang dan seterusnya majlis keramaian. Tetapi pada masa dahulu apabila kedua belah pihak tidak mendapat persetujuan maka acara persandingan akan tertunda sehingga ada yang menjelang subuh baru acara persandingan dapat dilakukan,kerana kebiasaannya apabila ada ahli keluarga pengantin pernah berselisih faham maka ungkit-mengungkit akan berlaku dan kena diselesaikan oleh ketua kampung terlebih dahulu,sekiranya sudah selesai barulah acara perkahwinan dapat di jalankan. Dan sepanjang malam semasa menunggu acara persandingan pasangan yang akan berkahwin tersebut tetidak boleh tidur kerana menurut kepercayaan sesiapa diantara mereka berdua yang tidur,bermakna dia akan meninggal duluan. Kahwin (musilom atau mutarang) seperti satu majlis yang digemari oleh orang pada masa ini kerana ianya tidak banyak pantang larang dan persandingan diadakan pada waktu malam dan seterusnya majlis keramaian. Tetapi ada juga seperti kahwin pengantin iaitu apabila kedua belah pihak tidak
mendapat persetujuan maka acara persandingan akan tertunda sehingga ada yang menjelang subuh baru acara persandingan dapat dilakukan, kerana kebiasaannya apabila ada ahli keluarga pengantin pernah berselisih faham maka ungkit-mengungkit akan berlaku dan kena diselesaikan oleh ketua kampung terlebih dahulu. Tetapi pada masa sekarang ramai yang mengadakan majlis persandingan seperti ini di waktu siang kerana pada malam mangadaa-adaa pihak rombongan lelaki kecuali pengantin lelaki akan datang untuk menyelesaikan semua urusan mengenai adat-istiadat Dan sebelah malam selepas persandingan,majlis keramaian dengan mengenakan gaun dan kot serta pemotongan kek perkahwinan. MAJLIS MANANDOH
Pada hari ke tiga (3) perkahwinan, satu lagi majlis akan diadakan iaitu majlis manandoh dan diadakan juga majlis (manukab batol) dimana acara minum di tapai tajau dengan ddahului oleh pasangan pengantin dengan pukulan canang di samping nya dan disertai dengan pukulan (basal) muzik tradisi kemudian diikuti oleh keluarga kedua belah pihak pengantin dan para tetamu dan seterusnya acara mangalai dan gabiluk diadakan. Acara mangalai adalah acara yang membuat majlis menjadi riuh-rendah kerana setiap orang akan kena menari apabila sapu tangan yang digunakan terutama (dalundung) tudung kahwin akan di lepaskan di atas bahu seseorang tanpa mengetahuinya (seperti permainan passing puzzle) dan disitu lah pada (rara'a) gadis akan berlarian kerana takut terkena giliran menari. Pada keesokan harinya pasangan pengantin hendaklah membuka ladang (kecil sahaja sebagai simbol bermulanya kehidupan suami isteri mencari rezeki bersama)
ALAT-ALAT TRADISIONAL TERMASUK PAKAIAN YANG DIGUNAKAN SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN ALAT MUZIK (Basal)
Gong,(agung ayo,titingkoh) kulintangan dan canang (babandil sarok-sarok,taringkok,lambat-lambat), Bungkau(diperbuat daripada batang polod yang sudah tua), karuk (seruling yang diperbuat daripada bambu yang nipis dipanggil widu), Gabang (diperbuat dari potongan kayu dan ada yang dari tong deram besi) Untuk majlis perkahwinan muzik tradisional akan dimainkan mengikut turutan iaitu : 1.Ketibaan rombongan pengantin lelaki tiba 2.apabila pengantin menuju ke pelamin (pangaturan) 3.sesudah pengantin lelaki duduk di pelamin (pangaturan) Irama muzik tersebut diantaranya diberi nama :Titik Pengantin,Titik Rapat-rapat,Titik Tantasuran,Titik Bila bila dan banyak lagi. PELAMIN DAN HIASAN
Tilam ,bantal (lunan) ,(bunga pengantin) bunga manggar,gadur,(sarapah)Tempat menyimpan siri pinang,(sampiran)Kain Pelamin yang diperbuat dari potongan potongan kain bermacam warna,(lantaka) Meriam kecil ,(langitlangit) kain yang di pasang diatas pelamin kalau kahwin adat pengantin seluruh siling rumah mesti ditutupi oleh kain berukir
tersebut, (kalambu) kain yang menutupi kawasan pelamin dan pengantin lelaki tidak dibenarkan masuk selagi belum membayar adat buka kelambu dan ada kelambu sampai beberapa lapis,(Lansoi) kain yang menutup bahagian depan pelamin (Bandira) pihak pengantin lelaki dan perempuan mesti ada bendera yang di buat khas kalau dahulu pengantin lelaki akan di bawa dengan rakit yang berhias)dan lain-lain lagi. PAKAIAN PERKAHWINAN DAN AKSESORI LELAKI
(Sigar) Tanjak,(dalundung)Tudung perkahwinan yang berwarna merah dijahit dengan sulaman dan labuci,(piakawan)baju dari kain berwarna hitam dijahit sulam dan labuci ,(saduwor raragu) seluar,(kandit) kain yang di ikat di pinggang berwarna hijau dan merah di sambung di tengah-tengah,(Parantina) Kepala tali pinggang, (sabung lalom) baju dalam khas warna putih dan saputangan sebagai alas mencium tangan bakal mentua. PAKAIAN PERKAHWINAN DAN AKSESORI PEREMPUAN
(Miglap) baju perempuan di perbuat dari kain yang berwarna merah,hitam,hijau,biru,kuning ) tapi warna hitam yang menjadi keutamaan ia di jahit (talambu) sulam dan (antilas)labuci ,(tapih) kain seperti kain songket yang ada campuran berbagai warna dan kebiasaanya orang suka pakai warna merah,(dalundung)di pakaikan di kepala pengantin dan pengapit ,(Rampih) sanggul rambut ,(Bubu'uk) biasanya orang-orang tua suka menyimpan rambut panjang kemudian dipotong dan di ikat dihujungnya dan rambut ini akan di sambung di rambut pengantin yang pendek untuk di jadikan sanggul. Dahi
perempuan akan di sapu dengan sejenis bahan campuran yang dibuat khas dari bahan semula jadi yang berwarna hitam (ayok),(sudai mas )sejenis perhiasan di kepala pengantin begitu juga dengan (Titimpok )cucuk sanggul, anting-anting (ba’ang)seperti bentuk kon bulat dan ada yang mempunyai permata,bentuk gong ada yang sampai 3 biji bersambung,(lilingkongyang berbentuk seperti spring) ,(Tambuku) Butang emas atau kerongsang berbentuk syiling bulat,hati dan kupu-kupu dan sebagainya,rantai (pokol) (bunga rampai) jenis bersambung-sambung ke bawah dan membentuk tiga segi dengan corak bulan dan bintang dan bertahtakan batu permata,manik dan rantai berloket syiling bulat dan gelang (golong) perak yang lebar berukir,kawat besi kuning dan emas, dan (pandulung) cincin. .