for kursus Gerko Kokurikulum-PersatuanFull description
origen de los indios urus
skrip MCFull description
KEBERKESANAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.docx
DASARICT
Full description
for kursus Gerko Kokurikulum-Persatuan
soalan latihan
Full description
Borang maklumat linus
ESEI LP P1
TADBIR URUS BAIK
SMK KANOWIT
1. Teknologi Maklumat dan Komunikasi menjadi suatu keperluan dalam tadbir urus negara bagi memastikan perkhidmatan awam berkualiti dan berdaya saing. Jelaskan.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) di seluruh dunia telah mempengaruhi pelbagai aspek terutama dalam tadbir urus negara (Isu Semasa). Bagi memastikan perkhidmatan awam berkualiti dan berdaya saing adalah penting untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam tadbir urus negara (Fokus soalan). TMK penting kerana dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam (H.I.U). TMK dapat melahirkan sumber manusia yang celik dalam menggunakan aplikasi teknologi dalam pekerjaan (H.1-Mengapa). Semua urusan dengan pelanggan ternyata lebih mudah dan cepat berbanding dahulu menurut kebanyakkan penjawat awam yang hanya perlu mengakses komputer untuk mencari maklumat berbanding dahulunya mereka perlu merujuk fail yang tebal (H.2-Mengapa). Pengurusan maklumat dan data diurus menggunakan aplikasi elektronik yang ternyata lebih tersusun dan sistematik (H.3-Mengapa). Gerak kerja yang cepat dan pengurusan yang cekap akan menyakinkan orang ramai terhadap sektor awam (H.4-Mengapa). TMK juga dapat meningkatkan produktiviti sektor awam (H.I.U). Pengurusan secara “online” melonjak prestasi dan meningkatkan produktiviti sektor awam berikutan setiap urusan dapat dilakukan dengan pantas dan teratur (H.1-Mengapa). Urusan pembayaran cukai dan semua transaksi boleh dibuat secara “online” dengan menggunakan perbankan digital seperti “Maybank2u” dan
“ RHBNow”
(H.2-Mengapa). Orang ramai boleh akses sistem kerajaan (e-gov) untuk pelbagai urusan seperti mencari pekerjaan dan memohon untuk melanjutkan pelajaran ke universiti (H.3-Mengapa). Setiap urusan dapat dibuat dengan lebih telus tanpa melalui banyak proses tapisan yang mempunyai karenah birokrasi (H.4-Mengapa). Penggunaan TMK mampu mengurangkan kos pengurusan awam (H.I.U). Semua maklumat berkaitan tadbir urus dapat disimpan dan dikumpul di dalam pengkalan data yang secara tidak langsung dapat menjimatkan kos kertas dan fail kerana tidak disimpan secara manual (H.1-Mengapa). Semua jabatan dapat akses maklumat dengan mudah dan cepat tanpa perlu mengupah orang untuk menghantar maklumat yang diperlukan ke jabatan lain (H.2-Mengapa). Melibatkan semua peringkat kementerian jabatan dan pejabat seperti Lembaga Hasil, PDRM dan Kastam yang mempunyai akses berkaitan tanpa perlu berulang kali menyuruh pelanggan mengisi borang (H.3-Mengapa). Semua urusan lebih mudah dan
ESEI LP P1
TADBIR URUS BAIK
SMK KANOWIT
cepat secara tidak langsung dapat mengurangkan kos awam seperti bekalan tenaga elektrik dan pekerja tambahan (H.4-Mengapa). TMK juga dapat mengatasi masalah simpanan maklumat dan data (H.I.U). Maklumat dan data dapat disepadukan melalui sistem “online” (H.1-Mengapa).Misalnya, semua maklumat untuk pendidikan diseragamkan di bawah satu laman web SPS1 bagi memudahkan semua guru dan jabatan pendidikan negeri mengakses maklumat yang diperlukan tanpa perlu memasukan kata laluan yang berbeza (H.2-Mengapa). TMK juga mempunyai keupayaan menyimpan data dalam tempoh yang lama (H.3-Mengapa). Maklumat dan data boleh diubahsuai dan ditambah dalam masa yang singkat seperti laman web E-Operasi dan E-Penyata yang digunakan kakitangan awam dalam bidang pendidikan (H.4Mengapa). Penggunaan TMK juga dapat membina imej amalan baik dalam sesebuah kerajaan (H.I.U). Orang ramai mampu berurusan dengan kerajaan dengan lebih mudah dan tepat (H.1-Mengapa). Misalnya, orang ramai boleh bersoal jawab dengan pihak kerajaan di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengenai kekosongan dan tanggungjawab sesuatu pekerjaan yang dipohon (H.2-Mengapa). Negara dapat membina hubungan baik dengan negara lain melalui sistem dan rangkaian elektronik (H.3-Mengapa). Misalnya, pihak kerajaan boleh menggunakan “facebook” dan “twiter” untuk menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain tanpa terlalu bergantung kepada pehubungan sesama pejabat kedutaan (H.4-Mengapa). Sistem penyampaian perkhidmatan awam telah berubah dan lebih berdaya saing apabila mengaplikasikan teknologi maklumat dalam tadbir urus (Isu semasa). Perubahan ini pasti memberi manfaat kepada kerajaan untuk memacu pembangunan negara ( Fokus Soalan).