PENSYARAH ENCIK MOHD ZAINAL BIN ABDULLAH
SUBJEK JENAYAH DAN KEADILAN JENAYAH-APEA2319
TUGASAN TEORI-TEORI PERLAKUAN JENAYAH
NAMA PELAJAR MUHAMAT HAMZAH BIN EKSAN-AEP120007
SESI AKADEMIK 2013/2014-SEMESTER DUA
Soalan: Berdasarkan teori-teori jenayah yang anda pelajari, bincangkan fenomena jenayah yang berlaku di Malaysia pada hari ini. Adakah sistem keadilan jenayah di Malaysia mampu membendung perlakuan jenayah secara keseluruhannya?
1.0 PENDAHULUAN Sebagai salah sebuah negara yang sedang membangun ke arah negara maju, Malaysia sememangnya terdedah kepada pelbagai cabaran dan antara yang paling membimbangkan masyarakat ialah kejadian jenayah.Perkembangan sector ekonomi yang semakin pesat, kejadian jenayah pada hari ini semakin kompleks dan ianya ditambah lagi dengan kelicikan serta modus operandi penjenayah yang pelbagai menyebabkan tugas pihak penguatkuasa semakin mencabar.Secara umumnya, jenayah ditakrifkan sebagai kesalahan yang dilakukan oleh individu dengan niat untuk melakukan kesalahan itu dan atas sebab kesalahan itu, individu yang bertanggungjawab boleh dihukum dengan balasan yang setimpal atas sebab melakukan kesalahan di sisi undang-undang. (Gan kong Meng,2007). Dalam proses membincangkan isu jenayah yang berlaku ini, para ahli kriminalogi ada mengutarakan beberapa teori yang berhubung dengan punca berlakunya sesuatu jenayah dalam kalangan masyarakat. Selain itu, ahli kriminalogi juga ada mengutarakan beberapa teori yang berkait dengan keadaan mangsa jenayah itu sendiri. Kesemua teori ini secara umumnya mempunyai kaitan yang kukuh dengan perilaku jenayah yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Jadi,penulisan ini bertujuan untuk meilhat jenayah dari beberapa perspektif teori yang dikemukakan oleh ahli kriminalogi. Selain itu, penulisan ini juga akan melihat sejauh mana sistem keadilan jenayah di Malaysia mampu membendung masalah jenayah dalam kalangan masyarakat.
2
2.0 TEORI-TEORI JENAYAH DARI PERSPEKTIF AHLI KRIMINOLOGI 2.1 RATIONAL CHOICE THEORY: CESARE BECCARIA Teori Rational Choice ini diperkenalkan oleh Cesare Beccaria. Premis utama teori ini dalam teori ini percaya bahawa manusia sememangnya secara semula jadinya mempunyai sifat egoistic dan mementingkan diri sendiri dan oleh hal demikian, individu itu perlulah ditakutkan dengan hukuman yang membolehkan individu itu patuh kepada undangundang(Francis Edward,1982). Selain itu, teori juga berpendapat bahawa untuk menghalang individu terlibat dengan jenayah,hukuman yang diperuntukkan mestilah berkadaran dengan kesalahan yang dilakukan(Siegel,2006). Sebagai contoh, jika jenayah membunuh,merompak dan merogol dikenakan hukuman yang sama iaitu hukuman mati, maka penjenayah akan berfikir dua kali untuk melakukan jenayah tersebut terhadap mereka. Mengikut
pendekatan
teori
ini, perlanggaran undang-undang berlaku apabila
pelaku
jenayah(offender) membuat keputusan untuk mengambil risiko setelah mengambil kira faktor
peribadi(keperluan
wang,dendam,ancaman
dan
juga
kepuasan)
dan
faktor
situasi(sejauh mana sasaran itu dilindungi dan keberkesanan kawalan pihak berkuasa). Selain itu, penjenayah juga akan mengambil kira pelbagai faktor sebelum melakukan jenayah(Renggert dan Wasilchick,1985). Misalnya, penjenayah akan menimbang hukuman yang bakal diterima sekiranya perbuatan itu dihidu oleh penguatkuasa,manfaat ataupun nilai hasil jenayah yang dilakukan dan keperluan untuk melakukan jenayah itu pada pada akan datang. Bagi pendekatan rational choice ini, ahli kriminologi bukan sahaja menghuraikan kejadian jenayah dari perspektif penjenayah(offender) namun turut menganalisis dari perspektif 3
kesalahan(offense) yang dilakukan dan kedua-dua konsep ini dinamakan sebagai offensespecific crime dan offenders-specific crime. Bagi offense-specific crime, penjenayah akan memilih bentuk kesalahan berdasarkan kepada ciri-ciri yang telah diterangkan di atas iaitu sekiranya penjenayah memilih untuk melakukan jenayah, maka penjeyanah itu akan menilai tahap kawalan keselamatan, ruang dan peluang yang wujud , nilai barangan sasaran serta risiko hukuman yang bakal diterima sekiranya mereka ditangkap polis(Phillips dan Votey,1987). Dalam konteks offenders-specific crime, seseorang itu tidak terdorong untuk melakukan jenayah secara sendirinya tanpa ada apa-apa sebab. Sebelum penjenayah memilih untuk melakukan jenayah, mereka juga akan memikirkan sama ada mereka benar-benar yakin dengan tahap kebolehan mereka melakukan jenayah, tujuan untuk melakukan, keperluan dan tahap keselamatan dirinya.Dalam hal ini, undang jenayah pastinya mampu menyebabkan perasaan gentar kepada para penjenayah dan secara tidak langsung penjenayah akan membatalkan niat mereka. Dalam konteks teori rational choice ini, ahli kriminologi mendapati bahawa terdapat beberapa aspek yang menyebabkan berlakunya jenayah. Antara aspek yang dibincangkan ialah peluang dari aspek ekonomi, pengalaman lampau dan pengetahuan berkenaan teknik melakukan jenayah(Siegel,2006) Dari segi ekonomi, jenayah dilihat dari sudut pulangan yang diperolehi daripada perbuatan melakukan jenayah itu sendiri. Siegel(2006) menyatakan bahawa suatu bentuk perbuatan jenayah akan bertambah “menarik” sekiranya ia membolehkan penjenayah memerolehi keuntungan yang berlibat kali ganda dalam sekelip mata.Walau bagaimanapun, penjenayah akan mula untuk tidak melakukan jenayah yang sama pada masa hadapan sekiranya mereka mendapati bahawa keuntungan yang diperolehi daripada jenayah itu semakin 4
menurun(Pezzin,1995). Jadi secara ringkasnya teori rational choice
melihat bahawa
peluang dari sudt ekonomi ini juga merupakan antara penyumbang kepada berlakunya masalah jenayah.Sebagai contohnya, di Malaysia sahaja jumlah kerugian akibat perlakuan jenayah komersial setakat tahun 2012 untuk tujuh bulan pertama sahaja sudah mencecah RM1.047 bilion(Utusan Malaysia,2013). Hal ini menunjukkan bahawa pengaruh keuntungan menyebabkan penjenayah mudah untuk melakukan jenayah. Selain itu, pendekatan rational choice juga menyatakan bahawa faktor kemahiran dan pengetahuan tentang jenayah juga memainkan peranan penting dalam proses mempengaruhi seseorang itu melakukan jenayah. Siegel(2006) menyatakan
bahawa kemahiran
dan
pengetahuan ini penting untuk memastikan bahawa perbuatan mereka tidak dapat dihidu oleh pihak berkuasa. Faktor ini berkaitan dengan perancangan dan strategi penjenayah untuk melakukan jenayah.Misalnya, dalam kes pecah rumah,penjenayah biasanya akan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam hal-hal membuka kunci dan menyelinap melalui ruangan yang terhad ataupun sempit. Selain itu, penjenayah pecah rumah juga akan ada kemahiran untuk memilih mangsa yang bakal dijadikan sasaran. Semua kemahiran ini datangnya daripada pengalaman lampau para penjenayah dan juga pembelajaran melalui orang-orang sekeliling mereka. Dalam kes pecah rumah ini, penjenayah biasanya akan mengambil kira kedudukan rumah mangsa,tahap sekuriti, laluan untuk melarikan diri dan tahap aksesibliti orang berhampiran terhadap rumah mangsa(White,1990).Kesemua perkara ini merupakan kemahiran yang ada pada seorang penjenayah pecah rumah. Dalam perbincangan mengenai teori rational choice ini, ahli kriminologi menyatakan bahawa penjenayah bukan sahaja menimbang hal berkaitan keuntungan, kemahiran tetapi
5
mereka juga mengambil kira faktor siapa mangsa mereka, dimana dan bila jenayah boleh dilakukan serta siapa sasaran mereka. Setiap penjenayah pastinya akan menumpukan golongan tertentu untuk dijadikan sasaran untuk melakukan jenayah. Misalnya, golongan wanita dan warga emas pada kebiasaanya akan dijadikan mangsa jenayah kerana kemampuan melawan mereka amat terhad di samping golongan ini juga merupakan golongan dilabel sebagi lemah.Selain itu, terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa penjenayah lebih gemar menjadikan individu yang kurang bersosial ataupun anti-sosial sebagai mangsa jenayah. Hal ini kerana para penjenayah merasakan bahawa golongan individu yang anti-sosial ini akan mendiamkan diri dan tidak melaporkan kejadian jenayah kepada pihak polis.(Sampson dan Cohen,1988) Penjenayah juga akan memastikan tempat dan masa yang sesuai bagi memastikan jenayah mereka tidak dapat dikesan oleh pihak polis dan mangsa mereka.Pada kebiasaanya untuk jenayah ragut ataupun peras ugut, kawasan yang gelap dan sunyi pastinya menjadi lokasi kegemaran bagi penjenayah untuk melakukan perbuatannya. Hal ini kerana kawasan seperti ini memudahkan mereka melarikan diri seterusnya mengurangkan risiko mereka daripada ditangkap oleh pihak polis. Selain itu, kebanyakkan penjenayah juga hanya akan beroperasi di kawasan yang telah biasa dengan persekitarannya dan mereka hanya akan beralih ke lokasi lain apabila aktiviti jenayah mereka telah dihidu atau dapat dibaca oleh penduduk setempat dan pihak polis.(Deutsch dan Esptein,1998) Secara ringkasnya, teori rational choice ini mengutarakan mengenai faktor-faktor yang menyebabkan penjenayah mengambil keputusan untuk melakukan jenayah. Pelbagai faktor akan diambil kira oleh penjenayah sebelum mereka melaksanakan aktiviti jenayah. Jika
6
penjenayah telah memikirkan keseronokan,kenikmatan dan kepuasan maka mereka telah mengenepikan risiko hukuman yang bakal dihadapi sekiranya perbuatan mereka dihidu oleh pihak berkuasa. 2.2 TEORI TRAIT Selain dari teori rational choice, terdapat teori yang dinamakan sebagai trait theory yang dikemukakan oleh Cessare Lambroso yang melihat ciri-ciri fizikal penjenayah sebagai salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah.Teori yang diperkenalkan pada tahun 1876 ini terbit melalui pemerhatian Lambrosso terhadap ciri-ciri fizikal banduanbanduan dan membandingkannya dengan ciri fizikal tentera-tentera Itali pada masa itu.Pada akhir pemerhatiannya, Lambroso mendapati bahawa terdapat beberapa ciri fizikal yang berbeza yang dapat diperhatikan antara banduan dan juga tentera dan hal ini menyebabkan Lambroso
menyimpulkan bahawa faktor biologi sebagai punca perlakuan
jenayah. Dalam teori ini, Lambrosso percaya bahawa melalui pengecaman dan ciri-ciri fizikal yang terdapat pada banduan itu membuktikan bahawa wujudnya individu yang dilahirkan sebagai penjenayah atau “born criminal”. Penjenayah secara semula jadi ini dikatakan lahir sememangnya dengan naluri penjenayah dan apabila ia masuk ke dalam masyarakat maka mereka akan melakukan perkara yang melanggar undang-undang. Bagi Lambrosso, penjenayah semulajadi ialah “atavism” iaitu keberangkalian mewarisi sesuatu dari melalui keturunan dan oleh sebab itu, pada awal perkembangan manusia, individu yang digelar sebagai “born criminal” ini mempunyai ciri fizikal, kebolehan mental dan naluri yang agak primitif. Berdasarkan pandangan itu, Lambrosso menegaskan bahawa individu yang
7
dikenal pasti sebagai “born criminal” tidak sesuai tinggal dalam masyarakat dalam masyarakat yang bertamadun melainkan jika mereka diletakkan dalam kawalan-kawalan tertentu. Daripada konsep tersebut, Labrosso mengutarakan beberapa ciri fizikal tubuh badan yang boleh mengklasifikasikan seseorang itu sebagai seorang penjenayah. Antaranya ialah bentuk muka atau kepala yang luar biasa, telinga yang lebar,bibir yang agak tebal,dagu yang lebar,lengan yang panjang,kulit yang berkedut dan jari-jemari yang panjangnya
luar
biasa. Jika
individu
lelaki
mempunyai
lebih
lima
ciri-ciri
yang
disenaraikan seperti di atas maka ia akan dilabel sebagai penjenayah manakala bagi wanita pula hanya dengan mempunyai tiga ciri-ciri fizikal yang di atas maka ia akan dilabel sebagai penjenayah. Dalam perspektif yang lain, Lambroso membahagikan “criminal bond” ini kepada dua jenis, yang pertama ia dikenali sebagai “insane criminal” dan yang kedua ialah “criminaloid”. Insane Criminal ini dikaitkan dengan individu yang mempunyai masalah jiwa seperti epileptic,psikotik dan beberapa masalah mental yang lain. Bagi Criminaloid pula, ia biasanya terdiri daripada individu yang didorong oleh keinginan-keinginan dan naluri tertentu yang akhirnya menyebabkan mereka terdorong melakukan jenayah. Dalam penelitian yang lebih lanjut, Labrosso akhirnya menambah beberapa ciri yang lain yang berhubung kait dengan pembentukkan identity penjenayah bagi mengukuhkan lagi teori fizikal yang diperkenalkan,antaranya ialah pengaruh sosial,ekonomi dan keadaan politik. Selain itu, terdapat juga beberapa pengkaji yang mempunyai pandangan yang sama seperti Labrosso berkenaan dengan ciri-ciri fizikal penjenayah.Antaranya ialah Willian Sheldon yang membahagikan ciri-ciri penjenayah kepada beberapa bahagian: mesomorph merupakan ciri-ciri fizikal yang tegap dan berotot seperti seorang atlet. Individu ini dikaitkan dengan 8
ciri-ciri
yang
aggresif, perilaku
ganas
dan
berkecenderungan
untuk
melakukan
jenayah.Seterusnya, ciri badan endomorph pula merupakan tubuh badan yang gempal dan berisi. Kebiasaanya, penjenayah yang mempunyai tubuh badan seperti ini tidak melakukan jenayah yang berbentuk ganas ataupunn jenayah yang memerlukan pergerakan yang pantas. Dengan keadaan yang berisi, penjenayah seperti ini lebih gemar jenayah seperti menyeluk saku dan mencuri barangan secara sembunyi. Bagi ciri ectomorph pula, ia merupakan individu yang berbadan kecil dan kurus yang kurang bersosial namun mempunyai “intelektual” yang lebih tinggi berbanding dua ciri yang lain. Walau bagaimanapun, kesemua ciri yang diterangkan oleh kedua tokoh ini merupakan pemerhatian
secara
fizikal
sahaja
tanpa
adanya
penggunaan
kaedah
saintifik
dan
pemerhatian yang dijalankan oleh mereka hanya merangkumi banduan yang berada dalam penjara sahaja. Oleh hal demikian, ia tidak boleh digeneralisasikan secara umum tanpa adanya kajian yang mendalam. Siegel(2006) menyatakan bahawa ciri tersebut perlulah diteliti dan dipadankan dengan beberapa faktor sampingan yang lain agar klasifikasi penjenayah itu lebih kukuh. 2.3 TEORI LABELING Teori Labeling ialah satu bentuk penjelasan fenomena jenayah dan kelakuan devian yang berkembangan daripada teori simbolik interaksi dalam bidang sosiologi. Perlakuan Deviance (Jerry Jacobs, 1983) boleh difahami sebagai satu perlakuan yang melanggar norma-norma masyarakat yang telah ditetapkan oleh masyarakat sekitarnya.Perlakuan Deviance oleh Jerry Jacobs dimulai dengan andaian bahawa seseorang individu atau anggota masyarakat mempunyai pilihan sama ada berbuat baik atau jahat. Pada masa yang sama telah wujud satu set undang-
9
undang yang diwujudkan untuk diikuti oleh masyarakat.Selama mana seseorang individu itu dapat mengikuti undang-undang norma yang diwujudkan oleh masyarakat sekitarnya maka ia akan dapat mengelakkan cemuhan atau kemarahan dan pemulauan masyarakat sekitarnya serta hukuman yang dikenakan terhadap dirinya. Walaubagaimanpun, jika seseorang anggota masyarakat itu melanggar undang-undang tersebut maka pihak yang mempunyai autoriti (Institusi Kawalan Sosial) akan mengambil tindakan dan jika didapati bersalah maka dia akan dihukum. Hukuman yang dikenakan walaupun untuk tempoh yang singkat akan terus mempengaruhi pesalah devian itu tadi seumur hidupnya. Mereka yang dihukum biarpun selepas berakhirnya tempoh hukuman dan pemulihan sosial akan terus disisihkan oleh masyarakat. Ini kerana masyarakat berpandangan bahawa individu tersebut masih lagi “tercemar”. Dalam hal ini,mereka yang terlibat dengan perilaku devian ini dianggap masih “Berhutang Dengan Masyarakat” biarpun mereka telah selesai menjalani tempoh hukuman dan kawalan sosial kesan daripada perlakuan devian yang mereka lakukan. Di bawah teori Labelling juga terdapat beberapa pecahan atau sub-elemen yang terangkum di dalam teori Labelling ini iaitu stigmatisasi dan stereotaip. Frank Tannenbaum (1971) telah membincangkan peranan yang dimainkan pada peringkat awal proses stigmatisasi mengambil tempat yang akhirnya membawa kepada perlakuan jenayah atau devian seseorang individu.Beliau menegaskan proses menjadikan seseorang itu penjenayah atau devian bermula dengan proses melabel, menstigma, mensegregasi (pengasingan) dan mengenal pasti sesuatu perlakuan yang dianggap negatif oleh masyarakat kepada individu tersebut.Ia akhirnya menjadi salah satu cara yang menstimulasikan/membangkitkan ciri devian ataupun jenayah dalam diri seseorang individu yang disasarkan. Individu tersebut akhirnya menjadi seperti yang telah dilabel
10
atau distigmakan oleh masyarakat sekitar kepadanya. Stereotaip pula merupakan antara konsep sejak sekian lama menjadi elemen penting dalam elemen Psikologi Sosial. Namun begitu, konsep Stereotaip agak jarang-jarang dibincangkan dalam isu perlakuan devian sebaliknya ia selalu digunakan dalam membincangkan sesuatu isu seperti isu perkauman,etnik dan gender. Namun begitu, stereotaip merupakan salah satu komponen utama dalam mencipta perilaku devian serta secara tidak langsung membawa kepada “pengelasan sosial” atau “Social Categorization”. J.L. Simmons (1969) menyatakan stereotaip sama ada positif atau negatif adalah berbeza dan tidak sama bagi semua ahli masyarakat. Ia sebenarnya bergantung kepada mentaliti dan sejauh mana masyarakat boleh menerima sesuatu perlakuan itu. Stereotaip yang diberikan sama ada positif atau negatif menggambarkan kedua-dua ciri tersebut. Kebanyakkan stereotaip yang dikenakan terhadap bekas banduan ialah stereotaip yang negative yang menyebabkan tekanan emosi dalam diri mereka. Stereotaip ini menyebabkan bekas banduan itu tadi mula merasakan bahawa masyarakat menolak kehadiran mereka dan hal ini mengakibatkan bekas banduan tadi mula terjerumus ke dalam kancah jenayah semula. Diana (2013) dalam kajiannya terhadap teori Labeling menyatakan bahawa perlakuan devian itu dimulakan dengan pelabelan oleh agen kawalan sosial terhadap sebilangan kecil individu yang terlibat dengan perbuatan deivian. Proses melabel ini menyebabkan individu tersebut lamakelamaan menerima pelabelan tersebut dan individu itu mula melakukan devian. Fakta ini disokong oleh Becker(1993) dan Lerman (1996) yang menyatakan bahawa agensi rasmi kawalan sosial seperti mahkamah, polis, pusat rawatan mental, dan penjara merupakan menyebabkan terma-terma Labeling seperti “orang gila, “orang jahat” , dan “banduan” wujud dalam kalangan masyarakat.Terma dan label ini menyebabkan individu yang dikenakan dengan panggilan tersebut mempunyai rekod buruk di mata masyarakat, rekod ini mengakibatkan golongan 11
yang
dikatakan
jahat
dan
kotor
ini
terasing
dari
masyarakat, pengasingan
ini
mengakibatkan mereka terdorong untuk kembali semula ke dunia jenayah mereka. Chambliss (1973) pula mendapati pelaku devian yang berasal daripada keluarga yang kaya ataupun status sosial yang tinggi jarang akan dilabel negatif oleh masyarakat. Proses melabel hanya akan berlaku dengan ekstrem jika pelaku devian itu berasal daripada keluarga yang bertaraf rendah sahaja. Penyataan ini selaras dengan kajian oleh
Becker (1973) yang
menyatakan bahawa sekatan sosial dan hukuman berdasarkan perundangan dikenakan berbeza mengikut kelas sosial individu yang terlibat. Sebagai contoh, jika seorang individu terlibat dengan penagihan dadah dan dia berasal daripada kelas sosial yang rendah, masyarakat akan melabelkan individu itu sebagai penagih dadah dan pesalah tersebut akan dimasukkan ke dalam penjara untuk satu tempoh tertentu. Walaubagaimanapun, jika pesalah dadah itu berasal daripada golongan kelas atasan, pesalah tersebut akan diklasifikasikan sebagai orang sakit dan mereka memerlukan rawatan serta mereka akan dihantar ke pusat pemulihan dadah sahaja. Hal ini menjelaskan pendapat tokoh yang mengkaji teori labeling ini mengenai proses melabel pelaku devian. Secara ringkasnya, teori labeling ini menjelaskan bagaimana reaksi masyarakat terhadap satu-satu bekas penjenayah itu mampu membuatkan bekas penjenayah itu kembali semula ke dunia hitamnya. Andainya labeling ini tidak mampu dibendung, maka semakin ramai bekas banduan yang dibebaskan dari penjara akan kembali melakukan jenayah mereka akibat tekanan daripada masyarakat. 2.4 TEORI PSIKODINAMIK: SIGMUND FREUD
12
Teori ini telah diperkenalkan oleh Sigmund Freud yang merupakan ahli psikologi yang berasal dari Austria. Selain dari psikodinamik, teori ini juga dikenali sebagai teori psikoanalisis. Teori ini pada dasarnya menganalisis struktur minda manusia menerusi beberapa aspek yang salah satunya melibatkan tahap kesedaran minda manusia dan juga pembahagian struktur minda manusia. Daripada hasil analisis yang dijalankan, tingkah laku manusia secara umumnya dapat dirungkai dan dijelaskan. Dalam teori ini, Freud menyatakan bahawa wujudnya satu daya semula jadi (innate force) yang membekalkan tenaga kepada sistem psikik. Freud menyatakan bahawa daya tersebut ialah naluri(instinct) dan beliau telah membahagikan naluri tadi kepada dua bentuk iaitu naluri hidup(life instinct) dan juga naluri kematian(death instinct). Nye(1992) menyatakan bahawa naluri kehidupan meliputi rasa lapar,dahaga dan dorongan seks dan ia berhubung kait
dengan
tujuan
untuk
meneruskan
dan
memastikan
kelangsungan
hidup
manusia.Tenaga yang dikaitkan dengan naluri kehidupan dinamakan sebagai libido. Bagi naluri
kematian
pula,
ia
dikaitkan
dengan
kecenderungan
untuk
menghancurkan,membinasakan dan memusnahkan kehidupan sendiri atau orang lain. Tenaga yang dikaitkan dengan naluri kematian ini ialah tenaga thanatos. Freud membayangkan minda manusia ini sebagai sebuah bongkah ais yang sedang terapung di tengah lautan dan membahagikannya kepada tiga bahagian iaitu sedar (conscious), prasedar(preconscious) dan tidak sedar (unconscious). Dalam gambaran minda oleh Freud, beliau menyatakan bahawa minda sedar manusia hanya sebahagian kecil sahaja daripada keseluruhan minda manusia dan secara analoginya bahagian bongkah ais yang timbul dipermukaan air melambangkan minda sedar manakala selebihnya yang tenggelam itu ialah minda prasedar dan tidak sedar. 13
Minda sedar manusia ini terdiri daripada semua perkara yang berada dalam alam nyata dan mampu dirasai oleh kesemua pancaindera kita. Minda sedar ini meliputi persepsi dan perasaan yang kita rasai dalam kehidupan seharian serta ia juga melibatkan apa yang kita terima dan apa yang kita fikirkan.Minda ini juga yang sentiasa berinteraksi dengan dunia sekeliling manusia dan ia mampu memberi tindak balas dan serta reaksi secara spontan kepada apa yang berlaku disekeliling kita. Minda separa sedar manusia pula merujuk kepada sesuatu yang tidak berada dalam keadaan sedar namun mampu diperolehi dengan mudah. Bahagian ini mengandungi memori namun ia wujud dalam keadaan tidak sedar dan ia mudah untuk dialihkan ke alam sedar. Dalam erti kata yang lain, minda separa sedar ini dikenali sebagai tempat simpanan memori yang mudah diakses. Sebagai contoh,kita tidak perlu menghafal nama diri sendiri, tidak perlu mengingati menu makanan tengah hari namun apabila kita ditanya berkenaan dengan perkara tersebut, kita akan membawa ingatan berkenaan perkara itu dengan mudah ke alam sedar dengan pantas. Hal ini yang dinamakan sebagai alam yang prasedar. Bahagian yang terakhir dalam minda manusia ialah minda tidak sedar yang juga merangkumi sebahagian besar daripada minda manusia. Bahagian ini mengandungi segala aspek yang melibatkan personality yang tidak kita sedari dan ia sangat luas serta sangat tersembunyi kedudukannya. Minda tidak sedar secara umumnya lampau, pengetahuan, kepercayaan, perasaan ataupun naluri
mengandungi memori
yang tidak disedari oleh
manusia. Akhir sekali, pada kebiasaannya minda tidak sedar ini menjadi tempat menyimpan memori yang tidak menyenangkan,menakutkan atau menyedihkan dan minda tidak sedar juga merupakan pendorong kepada tingkah laku manusia. 14
Kesimpulannya, setiap bahagian minda manusia ini mempunyai peranan yang tersendiri dan setiap manusia perlu bijak untuk mengawal setiap bahagian mindanya. Hal ini kerana kegagalan mengawal minda akan mengakibatkan tingkah laku yang tidak rasional.Sebagai contoh, minda tidak sedar manusia sememangnya wujud dengan naluri negative seperti ganas dan kejam dan sekiranya ianya tidak dikawal dan dibiarkan menguasai minda sedar manusia, ia akan menyebabkan manusia mula bertindak melulu dan kejam seperti membunuh, memukul dan sebagainya. Hal ini kerana segala bentuk tindakan seperti itu berpusat di dalam minda tidak sedar. Melalui buku yang diterbitkan oleh Freud pada tahun 1923 yang bertajuk The Ego and The Id, beliau telah membentuk satu lagi penerangan berkaitan dengan personality manusia yang diambil daripada model structural dan ia mengandungi tiga bahagian iaitu Id,Ego dan Superego. Id merupakan bahagian personality manusia yang paling awal ataupun primitive dan ia wujud sewaktu peringkat bayi yang baru dilahirkan. Id langsung tidak mengetahui atau mampu membezakan perkara yang baik ataupun salah dan ia juga tidak mempunyai langsung prinsip kawalan diri serta tidak mempunyai prinsip mustahil dalam proses memenuhi kemahuannya. Selain itu, Id ini beroperasi atas prinsip kelazatan ataupun keseronokoan(pleasure principle) yang bermaksud keinginannnya perlu dipenuhi dengan kadar segera dan tidak boleh ditunda demi kepuasan naluri atau nafsunya.Oleh kerana id beroperasi atas prinsip kelazatan atau keseronokan, ia tidak tahu untuk menuruti prinsip moral, tidak mahukan alasan dan tidak akur kepada pemikiran logik serta mempunyai tahap kesabaran yang sangat minimum. Sebagai contoh, bayi yang baru dilahirkan sangat didominasi oleh id dan hal ini menyebabkan kemahuan bayi perlu segera dipenuhi. 15
Sekiranya kemahuannya seperti inginkan makanan ataupun minuman tidak dipenuhi, maka bayi tersebut akan terus menangis tanpa henti dan cuba memberontak kepada penjaganya. Selain itu, id juga merupakan proses pemikiran premier ataupun yang paling awal. Prinsip ini menjadikan corak pemikiran manusia luar dari jangkauan realiti. Antara contoh yang sesuai untuk proses pemikiran premier ini ialah fantasi dan juga mimpi. Id ialah elemen berasaskan nafsu dan naluri semata-mata. Oleh hal demikian, sekiranya keinginan yang diingini berbentuk objek atau manusia tidak dapat dipenuhi, id akan membentuk imej mental atau fantasi untuk memuaskan kehendak.Proses ini dikenali sebagai pemenuhan hasrat (wish fulfillment)
yang
merujuk
kepada
pemuasan
nafsu
sementara
dengan
menggunakan imej mental.Sebagai contoh, sekiranya seseorang sedang mengalami perasaan marah terhadap orang lain namun orang tersebut lebih berkuasa dari dirinya, individu itu akan membayangkan seolah-olah dia sedang membalas dendam atas perbuatan yang telah dilakukan untuk beri kepuasan sementara kepada dirinya. Ego diumpamanakan sebagai eksekutif kepada personality dan bertindak sebagai pusat kawalan bagi personality manusia. Hal ini kerana ego merupakan sebahagian minda yang membawa id kepada realiti dengan erti kata lain, ego ini mengurangkan ketegangan yang dihadapi oleh id.Ego pada dasarnya berkembang sebaik sahaja selepas kelahiran iaitu sewaktu bayi mula berinteraksi dengan alam sekitarnya dan ia beroperasi berasaskan prinsip realiti(reality principle). Ego memahami bahawa nafsu ataupun naluri ego kerap mengalami konflik sosial dan realiti. Hal ini kerana kemahuan id yang perlu segera dipenuhi tanpa ambik kira soal persekitaran dan keselamatan bakal membawa banyak masalah. Oleh itu, ego bertindak melengah-lengahkan, menghalang atau menunda proses pemenuhan kehendak id sehingga satu masa yang sesuai. Sebagai contoh,seorang kanak16
kanak tidak boleh sewenang-wenangnya merampas makanan yang diingini daripada orang lain kerana ia akan membawa mudarat. Pada peringkat inilah, ego bertindak untuk melengah-lengahkan id untuk memenuhi kemahuannya. Ego juga merupakan proses pemikiran sekunder ataupun peringkat yang kedua.Pada peringkat ini,ego membangunkan strategi
untuk menyelesaikan masalah dan mencapai kepuasan yang diingini. Hal ini
melibatkan penggunaan prinsip realiti dalam proses untuk memenuhi kehendak. Sebagai contoh, kanak-kanak yang inginkan makanan tadi melakukan usikan terhadap makanan yang dimiliki oleh orang lain dan hal ini lebih minimum kesannya berbanding dengan merampas atau mencuri makanan tersebut.Oleh hal demikian, dapatlah dikatakan bahawa ego ini pada sebenarnya masih lagi mengetepikan pegangan moral dalam proses memenuhi kehendakknya. Bahagian
terakhir
dalam
struktur
personality
manusia
ialah
superego
yang
lebih
menggambarkan aspek moral dan kemanusiaan. Hal ini berlaku dengan adanya proses pembelajaran yang diterapkan oleh ibu bapa atau orang sekeliling kepada kanak-kanak tersebut.Komponen
superego
ini
mempunyai
dua
bahagian. Pertama
ialah
hati
nurani(conscience) dan yang kedua ialah keunggulan ego(ego ideal). Menurut Freud, superego melambangkan nilai-nilai dan standard-standard ibu bapa yang digabungkan ke dalam personality individu. Oleh kerana superego ini berhubung kait dengan nilai, ia akan menyebabkan diri manusia mempunyai rasa bersalah,malu apabila melakukan kesalahan dan merasa bangga apabila berjaya melakukan suatu yang betul.Dengan adannya superego ini, manusia dapat
membezakan antara mana
yang baik
dan
mana
yang buruk.
Pengukuhkan perbezaan antara baik dan buruk ini akan membawa kepada sistem pengadilan dalaman yang dikenali sebagai hati nurani yang merupakan hakim dalaman 17
yang tegas dan tidak boleh berkompromi dengan fikiran,niat dan juga aksi kita. Tahap penerapan nilai dan moral amat memberi impak kepada individu hal ini kerana sekiranya individu itu dibesarkan dengan standard moral yang rendah, apabila ia dewasa kelak, ia tidak akan mudah berasa bersalah sekiranya menyakiti orang lain. Berbeza dengan individu yang dibesarkan dengan standard moral yang tinggi, mereka akan sentiasa dibayangi rasa bersalah jika melakuka kesalahan dalam hidup dan mereka sebolehnya cuba untuk memenimakan risiko untuk berasa malu akibat kesalahan yang dilakukan. Kesemua bahagian minda manusia( id, ego, superego) sentiada berinteraksi antara satu sama lain. Setiap daripada komponen minda ini mempunyai matlamat yang tersendiri. Setiap daripada bahagian mahukan perkara yang berbeza dan ia saling berlawanan antara satu sama lain.Kerasionalan tindakan seseorang dalam satu-satu situasi akan bergantung kepada
pengaruh
ketiga-tiga
elemen
minda
ini.Sebagai
contoh,sebelum
penjenayah
bertindak merogol mangsa yang berada di hadapannya,pastinya secara spontan, akan berlaku konflik antara id, ego dan superego. Id akan mengarahkan penjenayah untuk merogol mangsa kerana ia dapat memuaskan nafsu dan naluri dirinya manakala jika menurut ego,ia akan melihat keadaan keselamatan sekeliling sama ada benar-benar selamat atau sebaliknya dan cuba mengalihkan dan meredakan sedikit kemahuan id. Dalam situasi ini, superego akan menyatakan bahawa perbuatan merogol ialah satu kesalahan dan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri penjenayah. Sekiranya, pengaruh nilai dan moral dalam superego sangat tinggi maka kita akan bertindak secara rasional sewaktu menghadapi situasi yang demikian dan menghalang individu dari melakukan suatu yang diluar kewarasan akal.
18
3.0 FENOMENA JENAYAH DI MALAYSIA Secara umumnya, jenayah yang berlaku di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu jenayah kekerasan dan juga jenayah harta benda . Bagi jenayah kekerasan, ia meliputi perbuatan membunuh,rogol samun dengan senjata api ataupun tanpa sejata api dan mencerakan manusia manakala jenayah harta benda pula meliputi kes pecah rumah dan curi,kecurian kenderaan,ragut dan lain-lain hal kecurian. Berdasarkan perangkaan terkini, statistic bagi kes jenayah kekerasan yang dilaporkan kepada polis pada tahun 2012 berjumlah 29 950 kes yang melibatkan 602 kes bunuh, 2964 kes rogol, 127 kes samun bersenjata api, 20 013 kes samun tanpa senjata api dan 6244 kes mencederakan manusia.Bagi kes jenayah harta benda pula, jumlah kes yang dilaporkan ialah 123 719 kes yang sebahagian besarnya melibatkan kes kecurian kenderaan manakala bagi kes lain 24 939 kes pecah rumah dan curi, 2500 kes ragut dan 24 299 kes lain-lain kecurian. Daripada statistic berkenaan, trend jenayah di Malaysia memperlihatkan cenderung kepada jenayah harta benda kerana jumlah kes yang dilaporkan lebih tinggi berbanding dengan kes jenayah kekerasan. Walau bagaimanapun, kesemua kes yang dipaparkan hanya melibatkan kes yang dilaporkan kepada pihak polis sahaja dan tidak mengambil kira perangkaan gelap kes jenayah yang berada di Malaysia. Bagi jumlah banduan yang berada dalam tahanan pula,perangkaan tahun 2012 menunjukkan bahawa jumlah banduan yang ditahan atas pelbagai kesalahan di kesemua penjara di Malaysia ialah 68 443 kes dan daripada jumlah tersebut, 61 451 orang ialah banduan lelaki manakala 6992 orang ialah banduan wanita. Dari jumlah yang dinyatakan, 37 762 orang ialah banduan bewarganegara Malaysia manakala banduan bukan warganegara Malaysia pula
berjumlah 30 681 orang. Jumlah
pesalah juvana yang direkodkan oleh Jabatan Penjara Malaysia ialah 5316 orang dimana 19
4939 orang daripadanya ditahan atas kesalahan pertama manakala selebihnya ialah kesalahan berulang. 4.0 SISTEM PENGADILAN JENAYAH DI MALAYSIA:SATU PEMERHATIAN Sistem pengadilan jenayah merupakan agensi-agensi kerajaan
yang berhak ke atas
pelaksanaan undang-undang,penghakiman ke atas penjenayah dan proses pemulihan ke atas pesalah-peasalah jenayah(Siegel,2006). Sistem pengadilan jenayah ini juga merupakan salah satu komponen kepada sistem kawalan sosial yang mana menjaga dan mengawal tingkah laku atau perbuatan-perbuatan yang mendatangkan bahaya dan kemusnahan kepada persekitaran masyarakat. Secara umumnya, sistem pengadilan jenayah ini mempunyai tiga komponen yang mempunyai peranan yang tersendiri iaitu pihak polis, pihak mahkamah dan institusi koreksional. Pihak polis merupakan agensi penguatkuasa yang ditugaskan untuk mengawal keadaan agar sentiasa terkawal dan membantu pihak mahkamah dalam proses pendakwaan terhadap kes-kes jenayah. Bagi pihak mahkamah pula,ia lebih kepada proses perbicaraan kes-kes jenayah dan mahkamah juga dikenali sebagai badan yang melaksanakan keadilan bagi pihak mangsa jenayah dan juga tertuduh.Bagi institusi koreksional pula ia terdiri daripada institusi penjara,pusat pemulihan,sekolah akhlak yang menjalankan pemulihan kepada pesalah-pesalah yang disabitkan dengan kesalahan jenayah. Persoalan yang timbul dalam membincangkan isu sistem keadilan jenayah ini ialah keberkesannya dalam membanterasa jenayah. Berdasarkan pemerhatian dan analisis yang dilakukan sistem keadilan jenayah yang dilaksanakan di Malaysia sememangnya mampu membanterasa jenayah walaupun terdapat beberapa kelemahan yang agak ketara. Hujah 20
yang mengatakan bahawa sistem keadilan jenayah di Malaysia mampu membanterasa jenayah
jenayah
di sandarkan
pada
penggubalan
undang-undang
jenayah
yang
menyeluruh.Kanun keseksaan merupakan undang-udang jenayah yang digunakan untuk menyabitkan
kesalahan
kepada
penjenayah
yang
melakukan
kesalahan
dan
ianya
mengandungi himpunan pelbagai kesalahan beserta hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah. Undang-undang jenayah yang dilaksanakan di Malaysia pada waktu ini mampu mendatangkan gerun kepada masyarakat umum khasnya undang-undang berkaitan dengan kes rogol ataupun liwat,kes bunuh dan juga kes-kes yang melibatkan pengedaran dadah di mana hukuman kepada pesalah kes ini melibatkan penjara, sebatan dan juga hukuman gantung sampai mati.Situasi ini jika diamati akan menyebabkan masyarakat merasa takut untuk melakukan jenayah berat dan secara tidak langsung akan menyebabkan kadar jenayah berat di Malaysia semakin menurun.Jadi, secara ringkasnya, kewujudan undang-undang jenayah seperti kanun keseksaan ini secara tidak langsung mampu memberikan impak yang besar terhadap proses memerangi jenayah di Malaysia. Dalam perspektif yang berbeza, sistem keadilan jenayah di Malaysia secara umumnya memperlihatkan beberapa kelemahan yang agak ketara sehingga menjejaskan proses memerangi jenayah di Malaysia. Pertama sekali berkaitan dengan kuasa budi bicara pendakwa raya dan juga budi bicara pihak polis dalam menjalankan siasatan terhadap kes jenayah yang dilaporkan.Aziz Bari(2004) menyatakan bahawa budi bicara bermaksud kuasa untuk bertindak atau membuat keputusan yang mengizinkan pemegangnya sejumlah ruang yang tertentu, yang dengan sendirinya bermakna bahawa ia bebas mengambil tindakan tersebut.Jelas beliau
lagi, kuasa budi bicara turut mengizinkan pemegangnya membuat
pilihan antara 21
beberapa alternatif yang ada di hadapannya. Budi bicara berbeza dengan apa yang dipanggil tugas atau kewajipan di sisi undangundang kerana ini tidak memberikan pilihan tentang apa yang hendak dilakukannya, walaupun mungkin cara
atau prosedur pelaksanaan tugas itu
mungkin tidak ditetapkan. Perlembagaan melalui perkara 145 memberikan kuasa budi bicara kepada Peguam Negara dalam soal memula dan memberhentikan pendakwaan di mahkamahmahkamah sivil. Ia memperuntukkan bahawa "Peguam Negara adalah mempunyai kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi bicaranya, bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa
perbicaraan mengenai sesuatu kesalahan.Selain
itu, polis
juga
merupakan pihak yang mempunyai budi bicara dalam menjalankan tugas sepertimana yang telah diperuntukkan dalam akta polis. Walau bagaimanapun, budi bicara ini perlulah dipantau sebaik mungkin bagi mengelakkan penyalahgunaan oleh pihak tertentu atas kepentingan peribadi dan niat yang tertentu.Penggunaan budibicara yang sememangnya suatu yang baik dari satu sudut kerana ia mampu memberi keutamaan kepada kes-kes yang penting dan berisiko terlebih dahulu namun jika terlalu banyak menggunakan budibicara ia akan menyebabkan pengadu berkemungkinan hilang kepecayaan kepada pelaksana sistem keadilan jenayah. Dari sudut yang lain, sistem keadilan jenayah di Malaysia khususnya dalam konteks mahkamah sedang mengalami masalah lambakan kes yang sedang dibicarakan. Kajian Salim(2013) mendapati bahawa terdapat sekurang-kurangnya 11 000 kes yang masih tertangguh dan kira-kira 6000 kes lagi yang masih menunggu rayuan. Lambakan ini disebabkan oleh beberapa perkara yang antaranya ialah masalah oleh pihak peguam dan anak guamnya yang kerapkali menagguhkan kes atas pelbagai alasan. Selain itu,sistem pengurusan kes oleh pihak mahkamah yang kurang sistematik juga dikatakan sebagai 22
punca berlakunya lambakan kes di mahkamah. Lambakan kes ini akan menyebabkan pihak yang menjadi mangsa jenayah tertunggu-tunggu keputusan mahkamah dan hal ini sedikit sebanyak akan menyebabkan orang ramai mula hilang keperayaan kepada sistem pengadilan jenayah di Malaysia. Secara
ringkasnya, dtegaskan
sekali
lagi
bahawa
sistem
pengadilan
di
Malaysia
sememangnya mampu membendung masalah jenayah namun ianya tidaklah sempurna kerana masih terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki 5.0 KESIMPULAN Jenayah merupakan suatu perkara yang tidak dikehendaki oleh sesiapa pun dan ianya haruslah dicegah dan banteras habis-habisan. Teori-teori yang dikemukana oleh ahli kriminologi
perlulah
diberi perhatian
sebaiknya
agar
langkah
pencegahan
dapat
dilaksanakan mengikut kaedah yang betul dan sempurna.Andainya masalah jenayah dapat di atasi, pastinya masyarakat umum akan mula merasa tenang dan tenteram seterusnya dapat ia juga dapat meningkatkan kesejahteraan sosial masyarakat di Malaysia. 6.0 RUJUKAN Abdul Aziz Bari. (2004). Kuasa-Kuasa Budi Bicara Teori dan Pemakaiannya dalam UndangUndang Perlembagaan da Undang-Undang Pentadbiran. Jurnal Undang-udang dan Masyarakat, 8, 39-57. D.Nye, Robert. (1992). Tiga Pemikiran Psikologi: Perspektif dari Freud, Skinner dan Rogers (Mahmood Nazar Mohamed, Trans.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Elizabeth Ehrhardt Mustaine.Richard Tewksbury. (1998). Predicting Risks of Larceny Theft Victimization:A Routine Activity Analysis Using Refined Lifestyle Measures. Criminalogy, 36(829-858). F.E Devine. (1982). Cesare Beccaria and the Theoritical Foundation of Modern Penal Jurisprudence. New England Journal on Prison Law, 7, 8-12. 23
Geogre Rengert , Wasilchick. (1985). Suburban Burglary. In C. C.Thomas (Ed.), A Time and Place for Everything. IL: Springfield. J.Macionis, John. (2010). Social Problem(4th Ed). United States of America: Pearson Education. Jacobs, Jerry. (1983). Social Problem Through Social Theory. Houston: Cap and Gown Press. John Hagan. (1973). Labelling and Deviance: A Case Study in the "Sociology of the Interesting". Social Problem, 20(4), 447-458. Joseph Deutsch, Gil Epstein. (1998). Changing a Decision Taken Under Uncertainty.The Case of Criminals Choice. Urban Studies, 35(1335-1344). Kendall, Diana. (2013). Sociology in Our Time. Wadworth: Cengage Learning. Liliana Pezzin. (1995). Earning Prospects,Matching Effect,and the Decision to Terminate a Criminal Career. Journal of Quantative Criminology, 11, 29-50. Lloyd Phillips, Harold Votey. (1987). The Influence of Police Intervention and Altenatif Income Source on the Dynamic Process of Choosing Crime as a Career. Journal of Quantative Criminology, 3, 251-274. Meng, Gan Kong. (2007). Kajian Kes Rogol di Penjara Negeri Kedah dan Perak. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Plotnik, Rod. (2005). Introduction to Psychology (7th ed.). San Diego: Wadsworth Thomson Learning. Farrar, Salim Ali. (2013). Crime and Criminal Justice in Malaysia. In J. Liu et al (Ed.), Handbook of Asian Criminology. New York: Springer Science+Business Media. S.Feldman, Robert. (2011). Understanding Psychology. New York: McGraw-Hill. Schur, Edwin M. . Labeling deviant behavior; its sociological implications. United States of America: Harper & Row. Siegel L.J. (2006). Criminology (9 ed.). Belmont: Thomsom Wadsworth.
24