KOLEKSI SOALAN 3 (b), 3(c) dan 3(d) SPM ULANGAN (JUN) SOALAN 3(b)- Sintaksis
SOALAN SPM JUN 2011 Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah. (i)
Masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang pelbagai kaum.
(ii)
Semua murid diminta supaya berkumpul di dewan sekolah selepas waktu rehat.
(iii)
Apakah rancangan awak selepas tamat persekolahan nanti?
(iv)
Janganlah merokok kerana amalan ini membahayakan kesihatan.
(v)
Wah, segaknya awak apabila berpakaian seragam pengakap ini!
(vi)
Semangat patriotik anak-anak perlu dipupuk sejak mereka kecil lagi.
SOALAN SPM JUN 2012 Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tanpa mengubah maksud asalnya. Seseorang itu mestilah menilai dirinya dan cuba membaiki sebarang kelemahan. Walaupun perubahan itu sukar dilaksanakan namun tidak mustahil untuk dicapai. Perubahan itu bukan sahaja bermanfaat kepada dirinya tetapi juga kepada orang lain.
SOALAN SPM JUN 2013 Tulis ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) (ii) (iii) (iv) (v)
Penyambut tetamu itu mempersilakan beliau duduk di hadapan. Kita perlu mengenal pasti potensi diri jika ingin mencapai kejayaan. Aktiviti kokurikulum memperkukuh perpaduan murid berbilang kaum di negara ini. Pasukan Kadet polis sekolah itu akan menjalani latihan menembak pada minggu hadapan. Baginda mengurniakan darjah kebesaran kepada atlet yang telah
Soalan Tatabahasa SPM Jun
1
(vi)
mengharumkan nama negara kita. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menggesa pengusaha kantin sekolah supaya menyediakan makanan berkhasiat.
SOALAN SPM JUN 2014 Tukar dialog di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki supaya mengekalkan susunan isi dalam dialog tersebut. Sarina
Apa yang kamu beli itu?
Fairus
Jambu batu. Buah ini sangat berkhasiat.
Sarina
Apa khasiatnya?
Fairus
Jambu batu mengandungi vitamin dan kalium yang berfungsi sebagai agen nyahtoksik yang dapat memelihara kesihatan dan kecantikan kulit.
Sarina
Kalau begitu, saya akan selalu makan jambu batu.
Fairus
Baguslah. Nah, ambillah dua biji!
SOALAN SPM JUN 2015 Tukar ayat pasif yang berikut kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. (i)
Tarikh luput sesuatu barangan hendaklah kamu teliti sebelum membelinya.
(ii)
Majalah yang mempunyai maklumat tentang flora dan fauna telah saya baca.
(iii)
Orang ramai dinasihati oleh doktor supaya minum air yang banyak ketika musim panas.
SOALAN SPM JUN 2016 Tukar cakap ajuk asalnya.
di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud
(i) “Bagaimana rancangan kamu yang ingin melancong ke luar negara bersamasama keluarga kamu pada cuti persekolahan bulan Mac nanti?” tanya Salleh kepada Osman. (ii) “Semua pengetua dan guru besar mesti memastikan sekolah masing-masing bersiap-sedia untuk memulakan sesi persekolahan pada awal tahun depan,” kata Soalan Tatabahasa SPM Jun
2
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. (iii) “Syabas, kamu telah memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran yang kamu ambil!” ucap Ahmad kepada murid cemerlang sekolah itu.
SOALAN 3(c)- Kesalahan Ejaan dan Imbuhan SOALAN SPM JUN 2011 Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaa dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)
Senarai kemasukkan murid ke sekolah berasrama penuh lazimnya akan diketahui pada bulan Febuari.
(ii)
Seseorang yang mempunyai kadar kolesterol yang melebihi, berisiko tinggi mengidapi penyakit jantung.
(iii)
Dalam persidangan tersebut, semua ketua deligasi telah bersetuju untuk penubuhan sebuah sekretariat bagi menangani isu-isu hak asasi manusia.
SOALAN SPM JUN 2012 Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaa dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)
Sektor pelancongan di Malaysia yang mengalami penumbuhan pesat telah melipat gandakan pendapatan negara menerusi pengaliran masuk wang asing.
(ii)
Pembakaran petrolium banyak membebaskan gas ke udara lalu dibentuk gas rumah hijau yang mengakibatkan pemanasan global.
(iii)
Walaupun negara kita telah lama mencapai merdeka namun kita perlulah sentiasa berwaspada untuk menghadapi ancaman neokolonialisma.
Soalan Tatabahasa SPM Jun
3
SOALAN SPM JUN 2013 Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaa dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)
Mesin membuat mi segera yang dipamerkan di Ekspo Usahawan Muda Kebangsaan itu ialah hasil rekacipta seorang pelajar Institut Kemahiran Mara.
(ii)
Setiap anggota polis mestilah mempunyai pesonaliti yang baik bagi menunjuk kewibawaan mereka semasa menjalankan tugas.
(iii)
Perubahan iklim telah menyebabkan gangguan eko-sistem, kehilangan kawasan pesisir pantai dan memupuskan terumbu karang.
SOALAN SPM JUN 2014 Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaa dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)
Encik Iskandar yang efisyen dalam menjalankan tugas telah dipilih sebagai penerima penganugerahan pekerja cemerlang.
(ii)
Sekolah di kawasan pedalaman itu menjadi mahsyur kerana kejayaannya melahirkan ramai murid yang berjaya lanjutkan pelajaran ke universiti.
(iii)
Walaupun terdapat banyak istilah sainstifik, namun tajuk yang sukar itu dapat memahamkan murid-murid kerana penerangan yang diberikan oleh guru itu sangat jelas.
SOALAN SPM JUN 2015 Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi Soalan Tatabahasa SPM Jun
4
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaa dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Bahan buangan domistik dan industri merupakan faktor utama yang menyebabkan mencemari sungai. (ii)
Masyarakat moden yang berdapatan tinggi lebih cenderung mengunjungi pasaraya ternama untuk mendapatkan barangan berjenama.
(iii)
Atlet paralimpik Malaysia telah ditempa kejayaan yang memberansangkan dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa.
SOALAN SPM JUN 2016 Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaa dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. Kecekapan pihak polis dalam membenteras kegiatan jenayah di Malaysia seharusnya terpuji. Kesungguhan pasokan polis ini dapat dilihat apabila kadar jenayah berjaya berkurang pada setiap tahun. Sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menguat kuasakan undang-undang di negara ini, pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh mereka demi kesejahteraan menyeluruh rakyat Malaysia. SOALAN 3(d)- Kesalahan Istilah dan Tatabahasa SOALAN SPM JUN 2011 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)
Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit demam denggi.
(ii)
Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya.
Soalan Tatabahasa SPM Jun
5
(iii)
Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum.
SOALAN SPM JUN 2012 Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. Bumi umpama sebagai rumah besar bagi segala benda yang merangkumi manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Walau bagaimanapun, hanya manusia yang dianugerahi akal dan kebijaksanaan untuk menguruskan bumi ini. Namun begitu, akal dan kebijaksanaan itu sering disalahertikan termasuklah tindakan manusia melupuskan alam dan melakukan pembaziran dengan sewenangnya. Perkara ini jelas menunjukkan yang tindakan tersebut dilakukan tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya. SOALAN SPM JUN 2013 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)
Kempen menggalakkan orang ramai memberi darah perlu dipergiat kerana darah amat diperlukan supaya menyelamatkan nyawa.
(ii)
Pemilik kedai emas itu telah memberi bonus kepada penjaga keselamatan di kedainya kerana berjaya menghalang perompak dari merompak kedai tersebut.
(iii)
Makanan berlemak dan terlalu manis bukan baik untuk kesihatan kerana boleh menyebabkan kita terbuka kepada risiko pelbagai penyakit.
SOALAN SPM JUN 2014 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)
Pembentukan siasah yang tinggi perlu dipupuk dari masa ke semasa agar
Soalan Tatabahasa SPM Jun
6
sesuatu yang dihasratkan dapat dicapai dengan jayanya. (ii)
Kajian mendapati yang pencemaran sungai berpunca daripada barang buangan industri dan kediaman serta kerja-kerja penerokaan tanah.
(iii)
Hutan mempunyai berbagai-bagai fungsi yang bermanfaat kepada masyarakat sejagat selain daripada berperanan sebagai kawasan tadahan hujan. SOALAN SPM JUN 2015 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)
Hidangan rebus ubi yang empuk itu amat enak dirasai pada waktu petang.
(ii)
Pengetua telah mengurniakan sijil pencapaian cemerlang kepada semua murid-murid yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
(iii)
Filem yang dilihat oleh mereka itu berkisah terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar. SOALAN SPM JUN 2016 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Novel yang baru dibaca sebentar tadi telah mempamerkan tema tentang masalah sosial yang sering remaja lakukan terutamanya di bandarbandar. (ii) Dalam perhimpunan sekolah, pengetua telah menyapa perlakuan muridmuridnya yang agak kurang sopan bila bercakap dengan orang yang lebih tua. (iii) Kertas-kertas nampak berserabut di tepi pantai kerana kebanyakan pengunjung gemar duduk beralaskan dengan kertas surat khabar dan kemudian membiarkannya.
Soalan Tatabahasa SPM Jun
7
Soalan Tatabahasa SPM Jun
8
SOALAN SPM SEBENAR (JUN) TAHUN 2015 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (iv)
Hidangan rebus ubi yang empuk itu amat enak dirasai pada waktu petang.
(v)
Pengetua telah mengurniakan sijil pencapaian cemerlang kepada semua murid-murid yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
(vi)
Filem yang dilihat oleh mereka itu berkisah terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar. [6 markah]
SOALAN SPM SEBENAR (JUN) TAHUN 2016 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Soalan Tatabahasa SPM Jun
9
(i) Novel yang baru dibaca sebentar tadi telah Hidangan rebus ubi yang empuk itu amat enak dirasai pada waktu petang. (vii)
Pengetua telah mengurniakan sijil pencapaian cemerlang kepada semua murid-murid yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
(viii)
Filem yang dilihat oleh mereka itu berkisah terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar. [6 markah]
Soalan Tatabahasa SPM Jun
10