CIKGU.PJJ Sistem Ejaan Bahasa Melayu 1. Pengenalan Sejarah perkembangan Bahasa Melayu amatlah membanggakan kita. Perubahan ejaan kerap berlaku sejak dari tahun 1701 , iaitu Ejaan Rumi Thomas Bowrey, Ejaan Rumi J.Horison (1800), Ejaan Rumi William Marsden (1812), Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (1878), Ejaan Rumi Swetthenham (1881), Ejaan Rumi Maxwell (1882), Ejaan Wilkinson (1904), dan Sistem Ejaan Rumi Za’aba (1927). Sistem Ejaan Rumi Za’aba telah digunakan dengan meluas di sekolah-sekolah . Sistem ini menjadi begitu popular dikalangan guru dan murid sekolah sehingga ia terkenal juga sebagai ejaan sekolah. Sistem ini digunakan sehinggalah berlaku perubahan sistem ejaan baharu bahasa Melayu. Sistem ejaan baru telah dirasmikan pada 16 Ogos 1972. Ini bermakna sudah hampir 25 tahun ejaan baru dilaksana dan digunakan. Sistem Ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 itu adalah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia, bagi pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah Indonesia. Badan yang ditugaskan menyelaraskan ejaan tersebut ialah Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia yang dilantik oleh Menteri Pelajaran, dan Jawatankuasa ini diletakkan di bawah Dewan Bahasa Dan Pustaka. Perubahan dan penyusunan semula ini telah dapat membantu pengguna Bahasa Melayu mengeja atau menulis kata-kata dengan ejaan yang betul dan tepat. Apa yang jelas ialah pelaksaanaan sistem ejaan baru itu telah banyak membantu mempertingkatkan lagi martabat bahasa Melayu itu sendiri,. Satu perkara yang menarik dalam sistem ejaan baru bahasa Melayu ini ialah perubahan dari Sistem Ejaan Rumi Za’aba, atau ejaan lama kepada bentuk ejaan baru (1972). Walaupun begitu perubahan sistem ejaan ini tidaklah banyak atau jauh berbeza, kecuali beberapa perubahan dan penyelarasan yang akan dijelaskan berikutnya. 2. SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 2.1 Abjad dan Huruf Ada terdapat 26 huruf dalam abjad tulisan Rumi Bahasa Melayu, iaitu: Huruf Sebutan A a e (spt dlm kata elak, ekor dll)
B b bi C c si D d di Eei F f ef G g ji H h ec I i ai J j je K k ke L l el M m em N n en Ooo P p pi Q q kiu R r ar S s es T t ti U u yu V v vi W w dabliu X x eks
Y y wai Z z zek 2.2 Huruf Vokal 2.2.1 Di dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard, dan huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, dan u. Contoh pemakaian : Huruf fonem di depan di tengah di belakang a /a / api padi lusa e pepet (i) / / emas kena sosialisme taling (ii) /e / enak petak tauge i / i / itu tikam kati o /o / oleh bola pidato u /u / ular bukit ibu 2.2.2 Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem, iaitu (I) fonem e pepet yang ditulis secara fonetik / /, dan (ii) fonem e taling yang ditulis secara fonetik / e / 2.2.3 Huruf e pepet dikenal sebagai huruf e bertanda di atas, iaitu e, di dalam ejaan lama atau ejaan Za’ba. Tanda di atas e pepet (e) tidak dipakai di dalam ejaan Rumi Baharu. Contoh: Ejaan lama Ejaan Baharu emak jadi emak keledek " keledek menteri " menteri
tempoh " tempuh
2.3 Huruf Diftong Di dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong dilambangkan oleh tiga pasang huruf vokal. Contoh pemakaian : Fonem Huruf di depan di tengah di belakang /ai / ai aising ghairah pandai trailer /au / au aurat saudara harimau auditorium /oi / oi oidium boikot amboi
2.4 Huruf Konsonan 2.4.1 Fonem Konsonan Bahasa Melayu Di dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf konsonan.
Contoh pemakaian : Fonem Huruf di depan di tengah di belakang /b/ b batu sebut adab /c/ c cakap kaca Mac /d/ d dua ada abad /f/ f fakir tafsir maaf
/g/ g guna tiga beg /g/ gh ghaib maghrib mubaligh /h/ h hari saham buah /j/ j jalan manja kolej /k/ k kami paksa katak /x/ kh khusus akhir tarikh /l/ l lekas alas kesal /m/ m maka kamio diam /n/ n nasi anak daun /n/ ng ngilu angin pening /n/ ny nyata hanya /p/ p pipi apa siap /q/ q Quran wuquf buraq /r/ r raih bara puatar /s/ s sampai asli kemas /s/ sy syarat isytihar Quraisy /t/ t tangga mata rapat /v/ v vitamin universiti /w/ w wanita hawa /y/ y yang payung /z/ (i) z zaman lazat lafaz (ii) x xenon - -
2.4.2 Huruf Gabungan Daripada 26 huruf konsonan itu terdapat lima huruf gabungan, iaitu gh, kh, ng, ny, dan sy. Kelima-lima huruf gabungan ini masih digunakan dalam sistem ejaan Rumi sekarang ini. Contoh pemakaiannya : gh ghairah ghaib kh khusus khas ng ngilu angin ny nyamuk hanya sy syarat isyarat Huruf gabungan yang digunakan dalam sistem ejaan Rumi Za’ba, iaitu ch, dh, dz, sh, dan th telah diubah menjadi "c, d, z, sy, dan s". Contoh: Ejaan Lama Ejaan Baharu chari cari dharab darab dzalim zalim sharat syarat mithal misal
2.4.3 Pengguguran Tanda Koma Di atas Selain itu, penggunaan lambang huruf konsonan di dalam ejaan lama, iaitu tanda koma di atas (‘) dan (’) , digugurkan atau digantikan dengan huruf konsonan Rumi Baharu, seperti berikut : i). Tanda koma di atas (‘), iaitu yang sepadan dengan huruf jawi ain ( )
dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya :
Ejaan Lama Ejaan Baharu ‘alam alam rai‘i rai ma‘af maaf ii). Tanda koma di atas (‘) digantikan dengan huruf konsonan k jika menutup suku kata. Contohnya :
Ejaan Lama Ejaan Baharu ma‘na makna ra‘yat rakyat tama‘ tamak iii). Tanda koma di atas (’) ,iaitu yang sepadan dengan huruf Jawi hamzah ( ), dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya : Ejaan Lama Ejaan Baharu masa’alah masalah so’al soal
2.4.4 Konsonan Tetap Daripada 26 huruf konosnan itu terdapat tiga huruf yang diperkenalkan supaya digunakan secara tetap, iaitu q, v, dan x. i). Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf Jawi qaf ( ) untuk mengeja kata istilah agama atau kata yang mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab. Contohnya:
qadak dan qadar Quran qunut wuquf
ii). Huruf v digunakan untuk mengeja kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing yang lain, di pangkal kata atau di pangkal suku kata. Contohnya: versi revolusi viytamin subversif vokasional universiti Huruf -ve yang hadir di akhir kata ditukar menjadi huruf f.Contohnya: active jadi aktif negative jadi negatif octave jadi oktaf passive jadi pasif iv). Huruf x hanya digunakan pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar menjadi z . Contohnya: xanthate jadi xantat xenon jadi xenon xeromorph jadi xeromorf 2.5 Keselarasan Huruf Vokal Dalam Sistem Ejaan Za’ba, cara mengeja perkataan tidak didasarkan pada keselarasan vokal. Vokal yang hadir pada suku kata pertama tidak diselaraskan dengan vokal yang hadir pada suku kata kedua. Misalnya ejaan bagi "burong" (bu + rong), "untok" (un + tok) dan "bilek" (bi + lek) tidak diselaraskan vokal dalam suku kata pertama dengan suku
kata kedua tertutup menjadi "burung" (bu + rung) seperti yang dilakukan dalam Sistem Ejaan Baharu. Contoh: Ejaan Lama Ejaan Baharu sayor sayur jalor jalur salor salur bubor bubur balek balik kueh kuih Dalam Sistem Ejaaan Baharu, perkatan yang terdiri daripada tiga perkataan atau lebih, keselarasan vokal juga digunakan. Dua suku kata akhir pada perkataan yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih itu diselaraskan dengan vokalnya. Vokal yang hadir dalam suku kata terbuka, diselaraskan dengan vokal yang hadir dalam suku kata tertutup, dan vokal yang hadir dalam suku kata tertutup juga diselaraskan dengan vokal yang hadir dalam suku kata tertutup. Contohnya: Ejaan Lama Ejaan Baharu pereksa periksa sembeleh sembelih perengkat peringkat 2.5.1 Prinsip Keselarasan Huruf Vokal Ringkasnya keselarasan vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat berikut: i. Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar. ii. Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup. iii. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang
terakhir sahaja.
2.5.2 Pola Keselarasan Huruf Vokal Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal. Pola Keselarasan Suku kata Suku kata Contoh Praakhir Akhir Tertutup Pemakaian 1. a - a asah, balak, panas 2. a - i alih, balik, habis 3. a - u asuh, basuh, larut 4. e pepet - a emak, telan, tembelang 5. e pepet - i benih, lebih, sembelih 6. e taling - u telur, benih, temenggung 7. e taling - a enak, dewan, belerang 8. e taling - e taling gelek, heret, selekeh 9. e taling - o elok, esok, selekoh 10. i - a ingat, bilang, selinap 11. i - i intip, pilih , belimbing 12. i - u cium, riuh, tiup 13. o - a olah, otak, sekolah 14. o - e taling boleh, korek, celoteh 15. o - o botol, kotor, kelompok 16. u - a ulat, ubat, ketupat
17. u - i usik, pulih, tulis 18. u - u ukur, tujuh, tengkujuh 2.5.3 Pola Keselerasan Yang Mengalami Perubahan Daripada 18 pola itu, terdapat lapan pola yang berupa pola-pola yang berubah daripada sistem ejaan Lama (Za’ba). Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya dipakai huruf vokal i dan u pada suku kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir memakai huruf vokal a, e pepet, i atau u. Ejaan Lama Ejaan Baharu Pola Contoh Pola Contoh 1. a --- e taling aleh a --- i alih 2. a ---- o batok a --- u batuk 3. e pepet -- e taling lebeh e --- i lebih 4. e pepet -- o tempoh e --- u tempuh 5. i --- e taling pileh i --- i pilih 6. i --- o tidor i --- u tidur 7. u --- e taling usek u --- i usik 8. u --- o untong u --- u untung Kata-kata yang terlibat biasanya mengandungi huruf konsonan akhir h,k,ng atau r. 2.5.4 Pola Keselarasan Yang Tidak Mengalami Perubahan Pola-pola yang tidak berubah daripada ejaan lama, dasar keselarasan huruf vokal menetapkan supaya dipakai huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir memakai huruf vokal e taling atau o juga. Pola Contoh 1. e taling - e taling leceh, gelek, teleng, keledek, selekeh
2. e taling - o tempoh, belok, telor, selekoh, kerekot 3. o --- e taling oleh, boleh, ponteng, celoteh, celoreng 4. o -- o obor, pokok, borong, kelompok, seloroh 2.5.5 Peranan Sistem Keselarasan Vokal Sistem keselerasan huruf vokal memberi erti atau memainkan peranan, antara lain seperti berikut : i). Huruf vokal e taling atau o pada kata ekasuku tidak berubah apabila kata tersebut menerima imbuhan awalan yang mengandungi huruf vokal e pepet. Contohnya: syor : mengesyorkan bukan mengesyurkan ii). Huruf vokal e taling atau o pada mana-mana suku kata terbuka tidak berubah sekiranya sukukata sebelumnya memakai huruf vokal a, e pepet, i atau u. Contohnya: belerang anggota daerah gelora kecewa kelopak
iii). Huruf vokal a pada suku kata akhir tidak mengubah atau mempengaruhi huruf vokal e taling atau o pada suku kata sebelumnya. Contohnya: e - a beta cetak gelenggang meja dewan selempang o - a goda borang berontak kota hormat gelombang
iv). Huruf vokal e taling dan o yang membentuk pasangan keselarasan e - e, e - o, o - e dan o - o tidak berubah kerana tidak dapat dipengaruhi oleh huruf vokal a, e pepet , i, atau u pada suku kata sebelumnya. Contohnya: e - e : cerewet, kelengkeng, tempeleng e - o : kerekot, pelecok o - e : celoreng, kerobek, temponek o - o : ceroboh, kelompok, pelopor
2.5.6 Kekecualian Keselarasan Vokal Dalam Sistem Ejaan Baharu terdapat beberapa perkataan yang dikecualikan daripada pola keselarasan vokal. Perkataan-perkataan yang termasuk ke dalam kekecualian ini adalah perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris seperti yang berikut: Daripada Daripada Pola Vokal Bahasa di Nusantara Bahasa Inggeris 1. a - e awet, pamer, kaset panel, kabaret 2. a - o lakon, lapor atom, operator 3. e pepet -e taling gembeleng 4. e pepet - o jempol gabenor, interkom 5. i - e taling imlek parlimen, simen, tiket 6. i - o ijon, pilon transistor, diftong 7. u - e taling tulen, ulet subjek, dokumen 8. u - o bunglon, lelucon kupon, konduktor 9. a - e pepet pakem teater 10. e taling - i - potesis, objektif 11. e taling - u tulen petroleum
12. e pepet – e pepet demdem, pepet 13. i - e pepet iseng filem, artikel, 14. o - i - hipokrit, fosil 15. o - u - forum, bonus 16. u - e pepet lumer skuter
2.6 Ejaan Bagi Kata Pinjaman 2.6.1 Penyesuaian Ejaan Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa Eropah yang lain dieja mengikut peraturan penyesuaian huruf yang terdapat dalam perkataan-perkataan bahasa berkenaan dan disesuaikan dengan huruf mengikut ejaan Bahasa Melayu. Peraturan penyesuaian huruf dapat dilihat seperti daftar contoh di bawah : Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Pemakaian 1. a a abstract : abstrak 2. ae ae aerial : aerial 3. ae e aesthetics: estetika 4. ai ai aileron : aileron 5. au au automatic: automatik 6. b, bb b barbecue: barbeku 7. c s cent : sen 8. c, cc k carbon : karbon 9. cc ks accent : aksen 10. ch s machine : mesin 11. ch, cch k cholera : kolera
12. d, dd d dividend : dividen 13. e e effecitve : erfektif 14. ea ea bearing : bearing 15. ea i beaker : bikar 16. ee i beer : bir 17. ei i atheist : ateis 18. eo eo geometry : geometri 19. eu eu petroleum: petroleum 20. f, ff f factor : faktor 21. g, gg g geology : geologi 22. h h harmony : harmoni 23. i i identity : identiti 24. ia ia dialect : dialek 25. ie i calorie : kalori 26. ie ai pie : pai 27. ie ie diesel : diesel 28. io io iodine : iodin 29. iu iu premium : premium 30. j, jj j journal ; jurnal 31. k, kk k kilo : kilo 32. kh kh khaki : khaki 33. l, ll l pill : pil 34. m, mm m mammal : mamalia 35. n, nn n tennis : tenis 36. ng ng congress : kongres 37 o o operator : operator 38. oa o coat ; kot
39. oe e foetus : fetus 40. oi oi alkaloid : alkaloid 41. oo oo zoo : zoo 42. oo u cartoon : kartun 43. ou au pound : paun 44. ou u coupon : kupon 45. p, pp p apple : epal 46. ph f graph : graf 47. q k quality : kualiti 48. r, rr r lorry : lori 49. rh r rhetoric : retorik 50. s, ss s express : ekspres 51. sc s science : sains 52. sc sk scooter : skuter 53. sch sk scheme : skim 54. t, tt t battery : bateri 55. th t theory : teori 56. u u unit : unit 57. ua ua aquarium : akuarium 58. ue u dissue : tisu 59. ue digugurkan cataloque : katalog 60. ue ue duet : duet 61 ui ui annuiti : anuiti 62. uo uo quorum : kuorum
63. uu u vacuum : vakum 64. v v novel : novel 65. w w wire : wayar 66. wh w whisky : wiski 67. x ks express : ekspres 68. x x xenon : xenon 69. y i diynasty : dinasti 70. y y royalty : royalti 71. z, zz z jazz : jaz
2.6. 2 Penyesuaian Ejaan Mengikut Dasar Penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain ke dalam bahasa Melayu dilakukan dengan mengutamakan dasar-dasar berikut: i). Ejaan berdasarkan bentuk ejaan atau bentuk visualnya. Oleh itu perubahan fonem asing ke dalam bahasa Melayu hanya dilakukan bila diperlukan sahaja. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu carbon jadi karbon bukan karban cartoon jadi kartun bukan katun dialogue jadi dialog bukan dailog ii). Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain adalah dikecualikan daripada peraturan sistem keselerasan huruf vokal menurut Sistem Ejaan Baru. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
atom tetap atom bukan atum bonus tetap bonus bukan bonos pistol tetap pistol bukan pistul
iii). Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris tetap dikekalkan bentuknya dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu block jadi blok bukan belok clinic jadi klinik bukan kelinik drama jadi drama bukan derama
iv). Unsur asing (selain daripada gugus konsonan) yang sudah serasi atau diserap ke dalam bahasa Melayu dan lazim dieja secara Melayu, tidak lagi diubah ejaannya. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu bureau jadi biro bukan bureau pension jadi pencen bukan pension station jadi stesen bukan stasion v). Semua huruf g yang diucapkan /j/ dalam kata istilah Inggeris tetap diterima sebagai huruf g juga dalam bahasa Melayu. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu agenda tetap agenda bukan ajenda technology jadi teknologi bukan teknoloji tragedy jadi tragedi bukan trajedi
Sebagai kekecualian, huruf g yang diucapkan /j/ menurut sebutan dalam bahasa Inggeris yang disesuaikan jadi huruf j dalam bahasa Melayu terdapat pada kata-kata berikut. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu agent jadi ejen college jadi kolej engine jadi enjin
2.6.3 Penyesuaian Penyebutan Atau Lafaz Penyebutan atau lafaz bagi kata atau istilah pinjaman hendaklah disesuaikan dengan sistem bunyi bahasa Melayu -iaitu memberikan nilai bunyi bagi setiap huruf, sesuai dengan fonem yang dilambangkannya. Contohnya : Bahasa Melayu Sebutan April /ap-ril/ bukan /ep-ral/ radio /ra-di-yo/ bukan /re-di-yo/ teknologi /tek-no-lo-gi/ bukan /tek-no-lo-ji/ nasional /na-si-yo-nal/ bukan /ne-sye-nal/
2.7 Ejaan Bagi Kata Dasar Dan Kata Terbitan
2.7.1 Kata Dasar Kata yang berupa kata dasar ditulis sebagai satu perkataan yang berasingan. Contohnya : Ayah percaya kamu tahu. Kedai kasut penuh sesak. Saya ada basikal baru. Datuk beli baju kemeja.
2.7.2 Kata Terbitan a. Kata terbitan atau kata turunan ialah i) kata dasar yang memakai imbuhan (awalan,sisipan,akhiran) ii) kata yang memakai bentuk terikat seperti maha- dan tataiii) kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk atau bentukbentuk kata yang lain. b. Semua imbuhan (awalan,sisipan,akhiran) ditulis serangkai atau bersambung dengan kata dasarnya. i) Imbuhan awalan yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah beR-, di-, ke-, meN-, peN-, se-, dan teR-. ii) Imbuhan akhiran yang sering digunakan ialah –an, -I, dan -kan. iii) Imbuhan awalan-akhiran yang sering digunakan ialah beR-an di-i, di-kan, ke-an, meN-i, meN-kan, dan peN-an. c. Peraturan penulisan imbuhan yang berubah daripada ejaan lama dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut : i) Tanda sempang (-) pada awalan di- dalam ejaan lama digugurkan. Contohnya : Ejaan Lama Ejaan Baharu di-makan dimakan di-pandang dipandang di-selideki diselidiki Fungsi di- sebagai kata depan atau sendi nama (Rujuk 2.10). ii) Awalan sa- dalam ejaan lama diubah menjadi se dan ditulis
serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya. Tanda sempang (-) digugurkan. Contohnya : Ejaan Lama Ejaan Baharu sa-bagaimana sebagaimana sa-belas sebelas sa-saorang seseorang sa-umpama seumpama d. Disamping imbuhan awalan dan akhiran yang digunakan, bahasa Melayu juga memiliki bentuk-bentuk terikat yang lain yang ditulis serangkai dengan kata dasar. Kebanyakan bentuk terikat ini adalah unsur pinjaman daripada bahasa asing.Contohnya : abnormal kolonialisme antikerajaan mahasiswa antitoksin mikrofilem autobiografi pancaindera biadab prasangka biduanita reaksi dasawarsa semiprofesional dwibahasa seniman ekabahasa swadaya ekafungsi telefoto hidrometer ultralembayung infrastruktur ultrasonik
2.8 Ejaan Bagi Kata Majmuk
Kata majmuk ialah kata yang terbentuk daripada dua kata dasar atau lebih yang membawa satu makna. Hubungan makna antara kata-kata dasar yang membentuk kata majmuk itu sangat erat bentuknya hinggakan tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Pengejaan kata majmuk dilakukan melalui dua cara iaitu cara terpisah dan cara bercantum. 2.8.1 Ejaan Cara Terpisah i) Kata majmuk yang dieja secara terpisah terdiri daripada kata majmuk yang terbentuk daripada dua bentuk kata bebas seperti berikut: air batu empat puluh lima peti besi air terjun gempa bumi periuk nasi baju kemeja guru besar ratu cantik duta besar imam besar topi keledar ii) Kata majmuk yang terdiri daripada kata-kata istilah khusus dieja secara terpisah. Contohnya : batu kapur kanta tangan kaedah bayar balik kultur mutiara min jangka masa susu pekat manis tanah gambut tempoh pinjaman telefon dail terus
i.
Kata majmuk yang terbentuk daripada kata yang digunakan sebagai gelaran juga dieja secara terpisah. Contohnya : Duta Besar Menteri Besar Naib Presiden
Ketua Menteri Pegawai Daerah Profesor Madya Ketua Setiausaha Negara Raja Muda Perdana Menteri 2.8.2 Ejaan Cara Bercantum Dalam bahasa Melayu terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Antara kata majmuk yang
dieja secara bercantum adalah seperti berikut : setiausaha sukarela barangkali bumiputera tandatangan matahari dinihari peribahasa apabila antarabangsa tandatangan sukacita pesuruhjaya warganegara suruhanjaya 2.8.3 Ejaan Penggandaan Kata Majmuk Penggandaan kata majmuk melibatkan unsur pertama kata majmuk itu sahaja dan ejaannya ditulis dengan meletakkan tanda sempang (-) pada kata yang digandakan. Contohnya : alat-alat tulis balai-balai raya kereta-kereta lumba Guru-Guru Besar Menteri-Menteri Besar Timbalan-Timbalan Perdana Menteri 2.9 Ejaan Bagi Kata Ulang 2.9.1 Pengguguran Angka 2 Penggunaan angka 2 bagi menandakan kata itu diulang atau diganda dalam ejaan Za’ba tidak lagi digunakan dalam ejaan Rumi baharu, dan diganti dengan tanda sempang (-). Contohnya: Ejaan Lama Ejaan Baharu budak2 budak-budak buah2an buah-buahan berlapis2 berlapis-lapis
2.9.2 Ada tiga jenis kata ulang dalam bahasa Melayu yang semuanya ditulis dengan menggunakan tanda sempang. Tanda sempang dibubuh pada bahagian kata yang diulang. i) Kata ulang penuh atau ulangan penuh dapat terdiri daripada kata ulang semu atau kata ulang jamak. Contohnya:
anai-anai anak-anak biri-biri botol-botol hati-hati jawatan-jawatan ii) Bagi kata terbitan yang kata dasarnya diulang, tanda sempang dibubuh antara bahagian-bahagian kata yang diulang itu. Contohnya: anak-anakan akhir-akhirnya berjalan-jalan bersiri-siri karang-mengarang menulis-nulis iii) Kata ulang yang dalam pengulangannya mengalami perubahan bunyi atau fonem, tanda sempang dibubuh antara kata dasar dan kata yang diulang. Contohnya: bolak-balik gerak-geri gunung-ganang huru-hara kucar-kacir -pauk Apabila kata ulang ini dijadikan bentuk dasar yang sekaligus mendapat awalan dan akhiran, tanda sempang sebagai tanda ulangan tetap dipakai. Contohnya: dikucar-kacirkan disia-siakan keramah-tamahan menggembar-gemburkan memporak-perandakan kebudak-budakan
2.10 Ejaan Bagi Kata Depan di Dan ke a. Kata depan di dan ke ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya.Dalam hal ini terdapat empat jenis kata yang lazim mengikuti kata depan di dan ke , iaitu :
i. kata nama yang menunjukkan atau mengenai arah atau menunjukkan kedudukan sesuatu kata nama, seperti tepi : di tepi, ke tepi. ii. kata nama umum, seperti sekolah : ke sekolah, di sekolah. iii. kata bilangan atau kata yang menunjukkan jumlah sebagai kata bantu tempat dan kata nama umum seperti beberapa: di beberapa tempat, ke beberapa tempat. iv. kata nama tempat atau nama khas yang lain, seperti Alor Setar dan Universiti Putra Malaysia : di Alor Setar, ke Universiti Putra Malaysia. b. Peraturan penulisan kata depan yang berubah daripada ejaan Za’ba (lama) dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut : i. Kata depan di dalam ejaan Za’ba ditulis di-, dengan menggunakan tanda sempang (-), iatu sama bentuknya dengan awalan di-. Apabila tanda sempang digugurkan dalam Ejaan Rumi Baharu, kata depan di ditulis sebagai satu kata yang berasingan. Contohnya: Ejaan Lama Ejaan Baharu di-dalam di dalam di-selatan di selatan di-Hotel Merlin di Hotel Merlin di-jalan raya di jalan raya ii. Kata depan ka- dalam ejaan Za’ba diubah menjadi ke dan ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Tanda sempang (-) dihapuskan. Contohnya: Ejaan Lama Ejaan Baharu
ka-dalam ke dalam ka-jalan raya ke jalan raya ka-Kedah ke Kedah ka-pejabat ke pejabat iii. Kata kapada dalam ejaan Za’ba diubah menjadi kepada. Kata depan dari, daripada, kepada, pada dan sebagainya, ditulis sebagai kata yang berasingan.
2.11 Ejaan Bagi Kata Ganti Singkat a. Terdapat empat jenis kata ganti singkat dalam bahasa Melayu , iaitu kau, ku, mu, dan nya. b. Kata ganti singkat kau dan ku sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya. Contohnya : Ejaan Lama Ejaan Baharu kau-dengar kau dengar kau-ambil kauambil ku-lihat kulihat ku-terima kuterima c. Kata ganti singkat ku, mu, dan nya sebagai akhiran ditulis serangkai atau dicantumkan dengan kata yang mendahuluinya. Contohnya: Ejaan Lama Ejaan Baharu kasih-mu kasihmu cinta-ku cintaku
hati-mu hatimu letak-nya letaknya d. Kata ganti bagi mu dan nya bagi nama Tuhan menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang (-). Contohnya: Ejaan Lama Ejaan Baharu hamba Mu hamba-Mu petunjuk Nya petunjuk-Nya rahmat Mu rahmat-Mu 2.12 Ejaan Bagi Kata Berakhiran Kan Ejaan lama bagi kata yang memakai akhiran kan dieja dengan menggunakan sempang(-). Dalam Sistem Ejaan Baharu, tanda sempang itu tidak digunakan lagi. Ejaannya dicantumkan atau dirapatkan akhiran itu dengan kata dasar. Contohnya: Ejaan Lama Ejaan Baharu menjalankan-kan menjalankan mencantik-kan mencantikkan menghina-kan menghinakan 2.13 Ejaan Bagi Partikel Ada empat partikel dalam bahasa Melayu , iaitu lah, kah, tah dan pun. a). Partikel -lah, -kah, dan -tah yang menggunakan tanda sempang dalam ejaan lama Za’ba ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya, tanpa tanda sempang, dalam Ejaan Rumi Baharu. Contohnya: Ejaan Lama Ejaan Baharu ada-lah adalah tolong-lah tolonglah apa-kah apakah benar-kah benarkah
b). Terdapat dua cara menulis partikel pun. i. Partikel pun yang bereti "juga" ditulis terpisah daripada kata yang mendahuluinya.Contohnya: Apa pun yang dimakannya, ia tetap kurus. Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke sini. Jika ayah pergi, adik pun ingin pergi. ii. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, iaitu: adapun ataupun andaipun bagaimanapun biarpun kalaupun kendatipun lagipun mahupun meskipun sekalipun sungguhpun walaupun
2.14 Penggunaan Tanda Sempang Tanda sempang (-) di dalam bahasa Melayu digunakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut : a). Tanda sempang digunakan untuk menulis kata ulang.(Rujuk 7.2) b). Tanda sempang digunakan untuk menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris. Contohnya: .......menangguhkan penyeleng-
garaan projek. c). Tanda sempang digunakan untuk memperjelaskan ungkapan. Contohnya: ber-evolusi dengan ber-revolusi d). Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama. Contohnya: anti-Rusia hamba-Mu pan-Afrikanisme pro-Malaysia kepada-Nya kurnia-Nya e). Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan awalan ke dengan angka. Contohnya : ke-12 (kedua belas) ke-215 (kedua ratus lima belas) ke-1000 000 (kesejuta) ke-101 (keseratus satu) f). Tanda sempang digunakan apabila awalan se- diikuti oleh kata nama khas yang huruf awalnya huruf besar. Contohnya : se-Nusantara se-Malaysia se-Tanah Melayu g). Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an. Contohnya: tahun 50-an (tahun lima puluhan) tahun 70-an (tahun tujuh puluhan) tahun 80-an (tahun lapan puluhan) h). Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan di antara katakata pada rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah. Contohnya: alat pandang-dengar duti-anti-lambak (anti-dumping duty)
semi-berdaulat (semi-sovereign) suai-iklim (acclimation) larutan-Krebs-Ringer (Kerbs-Ringer solution)
15. Penulisan Bagi Gabungan Kata Gabungan kata dalam bahasa Melayu dapat ditulis sebagai rangkai kata atau ditulis serangkai. Kata-kata yang membentuk rangkai kata ditulis terpisah antara satu sama lain. Kata-kata yang ditulis serangkai biasanya disebut kata majmuk. a. Terdapat tiga cara gabungan kata yang unsur-unsurnya ditulis terpisah. i.
Kata-kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, termasuk rangkai kata istilah khusus, ditulis terpisah antara satu sama lain. Contohnya : air hujan duta besar balai raya enam puluh dua bom tangan luar biasa gempa bumi latihan jasmani guru besar model linear jalan raya nuzul Quran jam tangan rukun tetangga kapal terbang susu pekat manis kereta kebal telefon dail terus
ii.
Gabungan kata yang dihasilkan daripada hubungan praktis, atau yang disebut rangkaikata setara, ditulis secara terpisah. Contohnya : hidup mati bijak pandai adik kakak cantik molek
ibu bapa kampung halaman makan minum rupa paras tua muda tunjuk ajar sana sini miskin kaya iii.
Gabungan kata yang merupakan simpulan bahasa hendaklah ditulis secara terpisah. Contohnya : buah hati anak emas
duit kopi kaki bangku bulan madu cakar ayam makan angin makan hati pilih kasih putih mata
b. Ada beberapa kaedah untuk menentukan penulisan gabungan kata yang serangkai. i.
Rangkai kata umum yang ditulis terpisah, termasuk istilah khusus, rangkai kata setara atau simpulan bahasa yang sekaligus mendapat awalan dan akhiran hendaklah ditulis serangkai. Contohnya : ambil alih jadi pengambilalihan ijab kabul jadi diijabkabulkan sama rata jadi menyamaratakan tidak adil jadi ketidakadilan Namun begitu apabila awalan dan akhiran tersebut digugurkan, bentuk dasarnya hendaklah ditulis secara terpisah.
ii.
Gabungan kata yang telah dianggap sebagai suku kata hendaklah ditulis serangkai. Contohnya : beritahu warganegara
sukacita aturcara kemaskini isipadu citarasa hakcipta lalulintas kemaskini
3.0 PENUTUP Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah kepada kita bahawa perubahan yang nyata dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu ini ialah perubahan 8 pola keselarasan vokal daripada 18 pola semuanya. Walupun begitu perubahan dalam aspek-aspek lain dalam ejaan baru ini amat perlu difahami sebaik mungkin bagi menyediakan diri ke arah penulisan (ejaan) bahasa Melayu yang tepat dan betul. Seandainya kita memberikan perhatian yang serius terhadap perubahan ejaan Rumi bahasa Melayu ini, maka tidak timbul apa-apa masalah untuk menguasainya. Ringkasnya, kalau hendak dikatakan ejaan Rumi Bahasa Melayu terlalu rumit, tentulah tidak benar sama sekali . Ejaan Bahasa Melayu adalah antara yang termudah di dunia kerana hampir seratus peratus bersifat fonemik.