SENARAI KANDUNGAN Bil
Tajuk
Halaman
1.0
Pernyataan Masalah
2
2.0
Penentuan Tema, Konsep, Subjek dan Kandungan
3-6
3.0
Penentuan Pendekatan Aspek Formal dan Gaya Penghasilan
7-9
4.0
Pernyataan Kepentingan Projek dan Keaslian
5.0
Sumber dan Rujukan
10 - 11 12
1
1.0 PERNYATAAN MASALAH 1.1 Definisi Bangkit
Permasalahan tema yang saya kaji adalah Bangkit. Menurut laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Bangkit pada manusia didefinisikan sebagai jaga daripada tidur dan berdiri daripada kerusi. Selain itu, Bangkit pada negara didefinisikan sebagai membina memajukan negara. Pada perasaan pula, bermaksud minat atau hasrat untuk berdikari. Manakala, dari segi patriotik pula bermaksud kebangkitan, keinsafan dan kesedaran. Bangkit pada benda bermaksud minyak yang beku dipanaskan supaya ban gkit atau cair. Seterusnya, Bangkit dari segi tenaga pula bermaksud alat yang membangkitkan kuasa elektrik atau janakuasa. Manakala, Bangkit pada sukan bermaksud bangun daripada kekalahan. Akhir sekali, Bangkit dari segi budaya tempatan bermaksud Kuih Bangkit iaitu kuih tradisional orang Melayu. 1.2 Pernyataan masalah
Permasalahan tema yang saya kaji adalah Bangkit. Bangkit adalah merujuk perbuatan keinsafan, kesedaran, kecekalan, kelahiran dan sebagainya. Tema yang saya pilih adalah berunsurkan peribahasa iaitu “Seperti Katak di bawah Tempurung”. 1.3 Peribahasa “Seperti Katak di bawah Tempurung”
Peribahasa merupakan susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar, bijak perkataannya dan senang difahami. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, Katak bermaksud seekor binatang yang bergerak dan melompat dan hidup sama ada di air atau di darat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Tempurung bermaksud kulit yang keras pada beberapa jenis buah terutamanya kulit buah kelapa. Peribahasa “Seperti Katak di bawah Tempurung” bermaksud orang yang terhad ilmu pengetahuannya dan tidak tahu hal yang berlaku di sekelilingnya. Selain itu, peribahasa tersebut juga bermaksud seseorang yang tidak mahu menerima pembaharuan atau perubahan dan ilmu yang baharu.
2
2.0 PENENTUAN TEMA, KONSEP, SUBJEK DAN KANDUNGAN 2.1 Tema
Tema merupakan idea asal atau persoalan pokok di dalam sesebuah karya. Tema yang saya pilih ialah peribahasa “Seperti Katak di bawah Tempurung”. Saya memilih tajuk ini kerana saya ingin menggambarkan seseorang yang telah lama menyembunyikan diri di suatu tempat dan akhirnya dia ingin bangkit keluar dari tempat persembunyiannya. Selain itu, saya juga ingin menggambarkan seseorang yang tidak peka ak an perkara yang berlaku disekelilingnya dan tidak mahu menerima sesuatu perubahan dan pembaharuan dalam kehidupannya. 2.2 Konsep
Konsep merupakan hal umum yang menjelaskan sesuatu peristiwa, idea, atau pemikiran. Konsep juga didefinisikan sebagai pengetahuan yang dibina berdasarkan pemahaman kepada apa yang ingin disampaikan. Sebagai contohnya, dari segi patriotik, kesukanan, perasaan, kebudayaan, benda, tenaga, negara dan manusia. Konsep yang saya gunakan di dalam karya saya ialah konsep bebas iaitu saya telah menggunakan unsur positif seperti tempurung kelapa, seekor katak dan beberapa buah bangunan. Saya memilih konsep ini kerana saya dapat menyampaikan mesej dengan mudah kepada audiens yang melihat karya saya. Konsep ini juga mampu menarik perhatian dan menyentuh perasaan audiens ketika melihatnya.
3
KOLEKSI GAMBAR DAN KERATAN AKHBAR BERKAITAN
4
2.3 Subjek
Subjek didefinisikan sebagai hal benda atau imej yang digunakan dlm penghasilan sesebuah karya. Subjek terbahagi kepada dua iaitu subjek utama dan subjek sokongan. Subjek utama merujuk kepada objek atau sesuatu benda yang menonjol di dalam sesebuah karya tersebut. Manakala, subjek sokongan pula merujuk kepada imej yang memberi kekuatan kepada mesej yang ingin disampaikan. Subjek utama yang saya gunakan dalam karya saya ialah seekor katak yang berada di bawah tempurung dan terdapat beberapa buah bangunan di latar belakang lukisan tersebut.
Gambar 1: Seekor Katak Gambar 2: Tempurung Kelapa
Gambar 3: Tempurung Kelapa
Gambar 3: Bangunan bangunan
5
2.4 Kandungan
Kandungan ialah mesej tertentu yang menjadi dasar kepada kajian tema yang memaparkan nilai estetik, penampilan subjek yang menerangkan tema, makna tersirat dan tersurat yang terdapat dalam sesebuah karya. Kandungan yang terdapat dalam karya saya adalah untuk menyampaikan mesej mengenai seseorang yang ingin keluar dari tempat persembunyiannya. Saya memilih tema peribahasa “Seperti Katak dibawah Tempurung” kerana tema tersebut sangat memberi kesan kepada diri saya dan setiap golongan masyarakat. Saya akan menghasilkan karya yang mempunyai makna yang tersurat dan makna tersirat agar audiens dapat memahami mesej yang ingin disampaikan oleh saya. Sa ya berharap agar audiens dan pentaksir menghayati karya saya. Makna yang tersurat yang terdapat dalam karya saya ialah objek seekor katak yang berada di bawah tempurung dan sedang cuba untuk keluar dari bawah tempurung tersebut. Di belakangnya terdapat beberapa buah bangunan yang terdapat di bandar. Makna yang tersirat yang ingin disampaikan oleh saya ialah mengenai seseorang yang tinggal di kawasan pedalaman dan dia ingin keluar untuk mendalami kehidupan di bandar setelah sekian lama tinggal di kawasan pedalaman.Di samping itu, saya juga ingin menggambarkan seseorang yang tidak peka akan perkara yang berlaku disekelilingnya dan tidak mahu menerima sesuatu perubahan dan pembaharuan dalam kehidupannya.
6
3.0 PENENTUAN PENDEKATAN ASPEK FORMAL DAN GAYA PENGHASILAN 3.1 Pendekatan Aspek Formal
Pendekatan aspek formal merupakan pengunaan asas seni dalam sesuatu hasil seni. Ia meliputi aspek unsur seni dan prinsip rekaan.
Pendekatan aspek formal yang saya pilih dalam menghasilkan karya saya ialah unsur seni dan prinsip rekaan. Unsur seni yang saya pilih untuk menhasilkan karya saya ialah garisan, warna, rupa, dan jalinan. Prinsip rekaan yan g saya pilih untuk menghasilkan karya saya ialah harmoni, keseimbangan dan kepelbagaian.
3.2 Gaya Penghasilan
Gaya penghasilan yang saya pilih ialah gaya penghasilan realistik kerana imej yang dipersembahkan ialah gambaran imej sebenar. Objek yang dilukis sama seperti objek asal. Saya menggunakan kaedah imitasi untuk menghasilkan karya ini. Imitasi bermaksud peniruan alam semulajadi, imej buatan manusia, gambaran masyarakat dan fenomena alam ke atas kanvas atau permukaan kertas secara realistik.
Teori penghasilan karya saya ialah mengenai pembentukan idea yang membabitkan perancangan atau hasrat, niat atau tujuan dan cita-cita atau aspirasi. Sumber idea yang digunakan oleh saya ialah berdasarkan media massa, persekitaran dan pemerhatian saya tentang peribahasa “Seperti Katak di bawah Tempurung”.
Media yang digunakan oleh saya ialah media cat minyak. Saya menggabungkan beberapa teknik catan cat minyak iaitu teknik impasto, glazing dan scumbling. Saya menggunakan teknik impasto dengan menggunakan warna pekat terus daripada tiub warna dengan berus atau pisau palet ke atas kanvas untuk menimbulkan kesan jalinan yang lebih kasar dan tebal. Manakala, teknik glazing pula saya menggunakannya untuk menimbulkan kesan lembut, licin, lutsinar dan berkilau. Teknik scumbling pula menggunakan lapisan nipis warna legap di atas warna latar untuk men imbulkan kesan lutsinar atau kesan kusam.
7
Tokoh tempatan yang dipilih oleh saya ialah Abdul Latif Mohidin. Beliau dilahirkan pada 20 Ogos 1941 di Seremban, Negeri Sembilan. Saya memilih beliau kerana karya beliau berkait rapat dengan gaya penghasilan karya saya iaitu beliau memilih gaya penghasilan separa abstrak yang terdapat pada karya beliau yang berjudul “Pago-Pago”. Media yang digunakan ialah media cat minyak di atas kanvas.
Tajuk: Pago-pago Tahun: 1964 Media: Cat Minyak atas kanvas 8
Tokoh antarabangsa yang dipilih oleh saya ialah Leonid Afremov. Beliau dilahirkan pada 12 July 1955 di Vitebsk, Belarus. Saya memilih beliau kerana karya beliau berkaitan dengan karya saya iaitu beliau menggunakan media cat minyak dan beliau banyak menghasilkan lukisan yang berunsurkan bandar-bandar, figura manusia dan haiwan..Karya beliau yang dipilih oleh saya sebagai rujukan ialah karya yang berjudul "The Cat and The Guitar" kerana beliau menggunakan media cat minyak atas kanvas.
Tajuk: The Cat and The Guitar Media: Cat Minyak atas kanvas 9
4.0 PERNYATAAN KEPENTINGAN PROJEK DAN KEASLIAN
Kepentingan projek karya pengkaryaan, iaitu catan cat minyak dengan bertemakan peribahasa “Seperti Katak di bawah Tempurung” adalah untuk untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa kita hendaklah memberanikan diri untuk keluar dari masalah yang kita hadapi dan sentiasa peka terhadap perkara yang berlaku di sekeliling kita.
Selain itu, kepentingan projek ini juga adalah untuk membuktikan bahawa seseorang yang dahulunya tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi juga mampu bangkit untuk berjaya walaupun tanpa pendidikan yang sempurna seperti masyarakat di bandar.
Kemudian, kepentingan projek ini juga adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap seseorang yang mementingkan diri sendiri yang tidak mahu menerima pembaharuan yang berlalu disekelilingnya.Bagi membina masyarakat yang hidup dalam keadaan aman damai kita haruslah menerima dan bersyukur dengan seesuatu yang telah diberikan kepada kita dan jangan sesekali merungut.
Keaslian hasil karya saya ialah saya tidak meniru mana-mana karya yang telah dihasilkan sebelum ini. Keaslian karya saya dapat dilihat melalui idea-idea asal yang saya fikirkan sendiri dan saya tidak meniru daripada mana-mana karya yang telah dihasilkan sebelum ini dan walaupun saya merujuk beberapa buah k arya serta gambar yang lain tetapi imej yang ditampilkan oleh saya ialah asli, mengikut tema, proses kajian dan kehendak soalan. Selain itu, keaslian karya saya juga dapat dilihat melalui proses penghasilan iaitu saya mengunakan usaha dan idea saya sendiri untuk menyiapkan projek ini dengan melakar, melukis dan mewarna karya saya tanpa menggunakan tenaga serta idea orang lain.
Kesimpulannya, tujuan projek ini ialah untuk memenuhi permintaan penganjur pameran tentang “Bangkit”. Selain itu, tujuan projek ini juga ialah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya masa depan kita. Oleh itu, terdapat beberapa langkah untuk meningkatkan keyakinan diri kita supaya maju terus ke hadapan 10
dalam mencapai impian yang kita inginkan. Berdasarkan tajuk kajian saya iaitu Bangkit “Seperti Katak di bawah Tempurung”, saya akan mengadaptasikan idea saya dalam b entuk pengkaryaan iaitu catan. Catan yang akan dihasilkan oleh saya ialah catan berbentuk 2 dimensi. Saya akan menggunakan media cat minyak dan teknik yang akan digunakan oleh saya ialah teknik scumbling, glazing dan impasto. Gaya penghasilan karya saya pula akan dipersembahkan dalam bentuk separa abstrak. Oleh itu, saya berharap langkah-langkah yang telah digunakan oleh saya ini mampu memberi kesedaran kepada masyarakat dan saya juga berharap agar karya yang akan dihasilkan o leh saya ini berjaya dilaksanakan dan disiapkan dalam masa yang diberikan. Akhir sekali, saya berharap agar kita semua mampu untuk bangkit walaupun kita menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan seharian kita.
11
5.0 SUMBER DAN RUJUKAN
Google Search. Dicapai pada Jun 14, 2017 daripada http://www.google.com Kamus Dewan Edisi Keempat , 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Pelajar Edisi Keempat , 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Leonid
Afremov
Biograpy,
2015,
dicapai
pada
Jun
17
2017
daripada
https://afremov.com/Leonid-Afremov-bio.html Murid Luar Bandar Kuasai Dunia Robotik , 2014. Akhbar Berita Harian. Nor Amalina
Alias. Dicapai pada Jun 20, 2017 Norazi bin Hasyim, 2016. Teks STPM Pengajian Am. Cetakan pertama 2016. Selangor: Local Publications. Pago-Pago by Abdul Latiff Mohidin, 2013, dicapai pada Jun 19 2017 daripada http://artist-
calvin.blogspot.my/2013/12/pago-pago-abdul-latiff-mohidin.html Prof Najri, 2017. Apresiasi Karya Catan Tempatan dan Barat . Dicapai pada Jun 18, 2017 daripada https://www.academia.edu/28967266/APRESIASI_KARYA_CATAN_TEMPATAN_D AN_BARAT Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2015, Carian PRPM@DBP Malaysia Pusat Rujukan
Persuratan Melayu dicapai pada Jun 16 2017 daripada http://prpm.dbp.gov.my/ The
Cat
and
The
Guitar ,
2016,
dicapai
pada
Jun
22
2017
daripada
https://fineartamerica.com/featured/the-cat-and-the-guitar-leonid-afremov.html
12