BAB 1
PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian
Kajian ini dijalankan di Syarikat Adabi yang terletak di di lot 136 , Rawang Intergrated Industrial Park,Persiaran Rawang 1 , Taman Industri Integrasi Rawang,48000 Rawang , Selangor. Perniagaan Adabi Consumer Industries Sdn Bhd merupakan syarikat induk dan merupakan salah satu peneraju utama di kumpulan Adabi. Syarikat ini bertanggungjawab mencipta, menghasil dan memasarkan produk dibawah penjenamaan Adabi. Dato'Syed Manshor Bin Syed Mahmood merupakan pengasas dan pemilik bagi syarikat Adabi Consumer Industries Sdn Bhd yang ditubuhkan pada Mac 1984.
Pada tahun 1984, kumpulan pertama bagi produk-produk Adabi dihasilkan di sebuah kilang kecil yang terletak di Kawasan Perindustrian Ringan Batu Caves. Kesan daripada pelbagai usaha yang dilakukan menyebabkan berlakunya perkembangan yang pesat. Pada tahun 1986, Adabi telah berpindah ke kilang-kilang yang lebih besar iaitu di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Kepong dan kilang pemprosesan tambahan juga telah dibina di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Ehsan pada tahun 1990 dan 1992. Syarikat ini telah berpindah ke premis kilang dan pejabat milik persendirian yang terletak di Taman Perindustrian Bersepadu Rawang pada November 1996 bagi menampung keperluan pasaran dan juga pelanggan.
Perniagaan ini juga mengamalkan strategi campuran pemasaran yang merupakan gabungan 4 elemen-elemen pemasaran iaitu produk, penetapan harga, pengedaran dan promosi. Campuran pemasaran ini boleh dikawal oleh pemasar untuk digunakan sebagai alat dalam aktiviti pemasaran. Produk ialah kombinasi barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan kepada pengguna di sasaran pasaran yang telah ditetapkan. Penetapan harga pula ialah nilai yang ditetapkan bagi sesuatu produk dan harus dibayar oleh pengguna dengan wang sekiranya pengguna memilih untuk membeli produk tersebut manakala pengedaran ialah proses pemindahan produk dari pusat pengeluaran kepada pengguna pada masa dan tempat yang dikehendaki. Promosi ialah cara yang akan digunakan oleh pemasar untuk memberitahu, memberi penerangan, memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu produk.
Adabi telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan di atas komitmen yang telah diberikan dalam memastikan kualiti produk keluaran mereka setanding dengan kehendak pasaran. Malahan Adabi juga merupakan antara perniagaan yang pertama menerima Sijil Halal dari Jabatan Hal Islam.Selain itu, anugerah lain yang dimenangi adalah Superbrand Status (Reader's Digest Malaysia), International Makanan & Minuman Award (New Millenium Award-Paris) dan Anugerah Kecemerlangan Industri (MITI) serta Anugerah Produk Terpuji (Institut Teknologi Pangan Malaysia).
1.2 Pernyataan Masalah
Perniagaan menggunakan campuran pemasaran untuk memperkenalkan dan melariskan produk-produk keluaran mereka. Campuran pemasaran berupaya untuk meningkatkan lagi jualan produk bagi sesebuah syarikat. Elemen-elemen yang terdapat dalam campuran pemasaran berupaya membantu pengurus untuk terus meningkatkan prestasi syarikat mereka.
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk :
1.3.1 Menganalisis strategi campuran pemasaran Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn Bhd
1.3.2 Menganalisis ciri-ciri produk Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn Bhd
1.3.3 Menganalisis strategi penetapan harga Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn Bhd
1.3.4 Menganalisis kaedah pengedaran yang dilakukan Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn Bhd
1.3.5 Menganalisis bentuk promosi yang dijalankan oleh Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn Bhd
1.4 Soalan Kajian
Berikut merupakan antara soalan-soalan kajian yang dicadangkan :
1.4.1 Apakah strategi campuran pemasaran Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn Bhd ?
1.4.2 Apakah ciri-ciri produk Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn Bhd ?
1.4.3 Apakah strategi penetapan harga Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn Bhd ?
1.4.4 Apakah kaedah pengedaran yang dilakukan Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn Bhd ?
1.4.5 Apakah bentuk promosi yang dijalankan oleh Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn Bhd ?
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 KONSEP-KONSEP PENTING BERKAITAN KAJIAN
Berikut antara definisi-definisi penting berkaitan dengan kajian :
2.1.1 CAMPURAN PEMASARAN
Menurut Philip Kotler (2009) campuran pemasaran merupakan alat pemasaran yang digunakan oleh sesuatu perusahaan untuk terus menerus mencapai tujuan pemasarannya di dalam pasaran.
Pengertian campuran pemasaran menurut William J. Stanston(1978)ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kombinasi empat input yang merupakan inti dari sistem pemasaran organisasi. Keempat elemen ini ialah penawaran produk, penetapan harga, aktiviti promosi, dan sistem pengedaran .
Dari definisi-definisi diatas maka dapat disimpulkan bahawa campuran pemasaran merupakan kombinasi daripada empat elemen yang menjadi inti yang digunakan dalam sesuatu sistem pemasaran bagi sesebuah organisasi untuk meningkatkan lagi keuntungan bagi perniagaan mereka.
Pembentukan campuran pemasaran yang berkesan boleh membantu pengurus untuk meningkatkan permintaan produk dan seterusnya menjana keuntungan. Sekiranya pengurus mengambil kira elemen-elemen asas pemasaran tersebut, matlamat organisasi akan lebih mudah untuk dicapai. Campuran pemasaran mengandungi 4 elemen iaitu produk, penetapan harga, pengedaran, dan promosi. Elemen-elemen ini dikenali sebagai 4P. Setiap satu daripada elemen tersebut merupakan bidang pembuatan keputusan dan berkait rapat antara satu sama lain.
2.1.2 PRODUK
Menurut Fandy Tjiptono(2002), produk bermaksud sesuatu barangan yang dapat ditawarkan kepada pengguna untuk dicari, dibeli, digunakan serta dikeluarkan ke pasaran sebagai usaha untuk memenuhi keperluan dan keinginan pasaran yang berkaitan.
Definisi produk menurut Philip Kotler(2005) pula adalah sesuatu barangan yang boleh ditawarkan ke pasaran untuk mendapatkan perhatian, pembelian, pemakaian, atau penggunaan yang dapat memenuhi keinginan atau keperluan pengguna.
Berdasarkan definisi-definisi diatas dapat disimpulkan bahawa produk merupakan sesuatu ciptaan yang dikeluarkan bersesuaian dengan kehendak dan keperluan pengguna.
Sesebuah perniagaan akan mengeluarkan sesuatu produk bagi memenuhi keperluan pasaran. Pengurus perlu mengambil kira minat pengguna terhadap klasifikasi sesuatu produk yang mereka inginkan. Pengurus perlu memberi tumpuan terhadap penghasilan produk yang bermutu tinggi dan penekanan kepada pembangunan produk secara berterusan dengan melakukan inovasi ke atas produk.
Produk dapat dilihat daripada 3 tahap iaitu produk teras, produk ketara, dan produk sampingan. Produk bukan sahaja merujuk kepada produk fizikal namun juga merangkumi produk perkhidmatan. Produk juga dapat dikategorikan kepada 2 iaitu produk pengguna seperti barangan mudah beli, barangan istimewa, barangan tidak dicari dan produk perindustrian seperti bahan mentah, perkakas aksesori dan bahan pemasangan. Produk juga merangkumi atribut produk, penjenamaan, pelabelan, pembungkusan dan khidmat sokongan. Produk yang dihasilkan juga akan dapat dilihat dengan lebih jelas jika dikemukakan dalam bentuk lini produk iaitu kelebaran dan kedalaman produk. Sesuatu produk juga mempunyai kitaran hayatnya yang tersendiri.
2.1.3 PENETAPAN HARGA
Definisi harga menurut Philip Kotler(2005) adalah sejumlah wang yang digunakan untuk sesuatu produk. Secara lebih luas, harga adalah keseluruhan nilai yang ditukarkan oleh pelanggan untuk mendapatkan keuntungan daripada pengusaha terhadap sesuatu produk.
Menurut Sumarni dan Soeprihanto(2010),harga adalah sejumlah wang yang diperlukan untuk mendapatkan kombinasi dari sesuatu barang beserta layanannya.
Menurut pendapat daripada 3 orang tokoh,harga dapat disimpulkan sebagai nilai wang yang diletakkan pada sesuatu produk bagi memperolehi keuntungan yang maksimum.
Penjual menganggap harga sebagai satu sumber pendapatan yang dihasilkan melalui jualan. Pelbagai istilah telah digunakan bagi menunjukkan harga seperti sewa, yuran tuisyen, cukai pendapatan dan sebagainya. Penetapan harga ini dapat membantu pembeli untuk membuat keputusan agar mereka memperolehi manfaat daripada setiap belian. Penetapan harga yang tinggi juga menggunakan bahawa imej produk tersebut adalah berkualiti tinggi. Faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan harga dapat dibahagikan kepada 2 iaitu faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman seperti kos pengeluaran dan objektif pemasaran. Faktor luaran ialah pasaran permintaan, persaingan dan persekitaran.
Penetapan harga secara umum dapat dibuat berdasarkan kos, nilai dan pesaing. Pengeluar boleh menggunakan 2 kaedah bagi menetapkan harga produk baru seperti kaedah harga penarahan dan kaedah harga penembusan pasaran. Kepentingan penetapan harga terhadap sesuatu perniagaan adalah untuk mencapai matlamat organisasi dengan memaksimumkan keuntungan serta meningkatkan hasil jualan dan syer pasaran. Sekiranya harga yang ditetapkan tidak sesuai, ia akan menyebabkan kerugian yang besar terhadap perniagaan tersebut.
2.1.4 PENGEDARAN
Menurut En.Zainimat(2013) saluran pengedaran merupakan satu set organisasi yang saling bergantungan dan terlibat di dalam proses pembuatan produk untuk kegunaan pengguna akhir atau pengguna perniagaan.
Menurut Zainal Abidin Mohd Said(1992) saluran pengedaran ditakrifkan sebagai satu proses perpindahan hak milik barang-barang dagangan daripada pengeluar kepada pengguna.
Daripada definisi-definisi yang dikemukakan diatas dapat disimpulkan bahawa dengan wujudnya saluran pengedaran ini akan dapat memastikan produk yang diperlukan berada tepat pada masa dan tempat yang diperlukan, juga dalam kuantiti yang diharapkan.
Pengurus perlu memastikan saluran pengedaran bagi keluaran produk mereka berjalan dengan lancar. Pengedaran penting supaya penghasilan sesuatu produk dapat ditawarkan kepada pengguna akhir. Pengeluar akan mengedar atau mengagihkan produk yang dihasilkan kepada pengguna akhir melalui saluran agihan. Pengeluar juga boleh menggunakan orang tengah seperti ejen untuk memasarkan produknya. Orang tengah juga mempunyai hubungan yang rapat dengan pelanggan. Melalui orang tengah, pengeluar dapat mengenal pasti ciri-ciri produk yang dikehendaki pengguna. Jenis saluran agihan dapat dibahagikan kepada 4 saluran. Pengurus perlu menganalisis keperluan pengguna, membentuk objektif dan kekangan saluran pengedaran, serta mengenal pasti dan menilai alternatif saluran agihan terlebih dahulu sebelum mengedar produknya ke dalam pasaran.
2.1.5 PROMOSI
Menurut Zimmerer(2002),promosi ditakrifkan sebagai pelbagai bentuk komunikasi pujukan yang dirancang untuk memberi maklumat kepada pelanggan tentang produk untuk mempengaruhi mereka agar membeli barang tersebut.
Menurut Swastha (2000), promosi dipandang sebagai aliran maklumat yang di buat untuk mempengaruhi seseorang atau organisasi kepada tindakan yang menciptakan pertukaran dalam pemasaran.
Berdasarkan pada definisi-definisi diatas dapat disimpulkan bahawa promosi adalah suatu aktiviti yang dilakukan oleh sesuatu perniagaan untuk menarik minat pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang mereka sediakan.
Promosi juga dikenali sebagai komunikasi pemasaran yang menjadi satu alat bagi pengeluar dan peniaga untuk berkomunikasi dengan pengguna tentang barang yang ditawarkan di pasaran. Bentuk promosi juga penting untuk meningkatkan dan meluaskan pasaran, mempengaruhi pembeli, memantapkan imej produk dan sebagainya. Antara elemen yang terdapat dalam campuran promosi ialah pengiklanan, perhubungan awam, pemasaran langsung, jualan peribadi dan promosi jualan. Pengurus perlu melakukan program-program promosi yang berkesan agar dapat menarik perhatian pengguna terhadap keluaran produk mereka. Program promosi yang berkesan ini akan dapat meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan serta perniagaan tersebut akan bertahan lebih lama dalam pasaran.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah primer dan kaedah sekunder. Sumber primer melibatkan sesi temubual iaitu mendapat maklumat terus daripada wakil perniagaan tersebut yang berkaitan dengan campuran pemasaran. Sumber sekunder pula termasuk capaian seperti laman sesawang dan bahan bertulis yang berkait rapat dengan kajian yang dijalankan. Sumber sekunder digunakan untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan perniagaan tersebut. Maklumat-maklumat yang didapati akan dikumpul dan dianalisis.
3.2 INSTRUMEN KAJIAN
Definisi instrumen kajian ialah apa-apa alat atau cara atau kaedah yang digunakan untuk memperolehi dan mengumpul data kajian. Saya telah membina instrumen khusus untuk kajian ini. Set Soalan Temubual telah dijana berdasarkan objektif dan soalan-soalan kajian. Set soalan ini dijana untuk mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan objektif kajian sebelum sesi temubual bersama wakil perniagaan tersebut dijalankan (Rujuk Lampiran 'Set Soalan Temubual'). Pada peringkat awal, saya telah menyediakan draf soalan-soalan temubual dan kemudian diserahkan kepada guru subjek Bahasa Melayu bertujuan untuk semakan tatabahasa. Setelah saya memperoleh kembali draf daripada guru Bahasa Melayu, saya dapati terdapat banyak kesalahan dari segi penggunaan bahasa. Saya membuat pembetulan dan menghantar semula kepada guru Bahasa Melayu saya untuk kali ke-2. Setelah draf saya dipulangkan semula kepada saya, didapati tidak terdapat sebarang kesalahan lagi.
Kemudian saya menghantar draf tersebut kepada Penyelia Kajian saya untuk semak soalan-soalan yang dirangka sama ada sesuai dengan objektif kajian ataupun tidak. Beberapa hari kemudian, Penyelia Kajian saya menyerahkan semula draf itu dengan beberapa cadangan pembetulan. Saya membuat pembetulan berdasarkan cadangan yang dikemukakan oleh Penyelia Kajian saya dan menyerahkan semula buat kali ke-2. Saya mendapat kembali draf Set Soalan Temubual saya dan instrumen tersebut diluluskan. Draf yang diluluskan itu digunakan untuk sesi temubual.
Bagi sumber sekunder, saya telah mengenalpasti beberapa sumber untuk memperolehi maklumat tambahan yang dapat melengkapkan himpunan maklumat yang diperlukan. Contohnya, sumber daripada laman web syarikat, majalah dan keratan akhbar yang berkaitan maklumat tentang perniagaan tersebut.
3.3 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian saya bertumpu kepada campuran pemasaran yang digunakan di Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn Bhd Rawang,Selangor. Campuran pemasaran meliputi elemen produk, penetapan harga, pengedaran dan promosi. Saya telah mengkaji bagaimana strategi campuran pemasaran ini membantu kejayaan sesebuah organisasi untuk mereka terus kekal di dalam pasaran.
3.4 PROSEDUR KAJIAN
Pada peringkat awal, saya memuat turun soalan kajian dari laman web MPM. Saya telah memahami kehendak tugasan kajian. Penyelia Kajian juga memberi taklimat tentang perlaksanaannya. Taklimat tersebut telah membolehkan saya memahami dengan lebih jelas lagi. Pada peringkat awal, saya menyediakan Kertas Cadangan Kajian. Kertas Cadangan ini bertujuan untuk memberi justifikasi keperluan kajian yang akan dijalankan. Draf Kertas Cadangan Kajian yang telah saya siapkan, dihantar kepada Penyelia Kajian untuk membuat semakan pada 20 Jun 2017 buat kali pertama. Setelah dikembalikan semula, didapati terdapat beberapa kesalahan seperti penggunaan bahasa Indonesia, tatabahasa yang salah dan kesilapan berkaitan format. Setelah pembetulan dilakukan, saya menghantar semula kepada Penyelia Kajian saya buat kali yang ke-2 pada 3 Julai 2017. Draf ke 2 saya akhirnya diluluskan oleh Penyelia Kajian saya.
Saya pun merancang perlaksanaan kajian saya. Saya menghubungi perniagaan yang saya pilih dengan melalui email untuk memohon kebenaran bagi menjalankan kajian. Email tersebut telah dihantar pada 6 Jun 2017. Setelah menunggu selama beberapa hari, tiada sebarang maklum balas yang diterima daripada perniagaan tersebut. Kemudian, saya mengambil keputusan untuk membuat panggilan ke perniagaan tersebut bagi mendapatkan maklum balas secara terus. Setelah menyatakan matlamat kajian yang saya ingin jalankan kepada perniagaan tersebut, Pengurus perniagaan tersebut pun bersetuju untuk membenarkan saya menjalankan kajian di perniagaannya. Pengurus tersebut turut bersedia untuk memberi kerjasama sepanjang kajian saya ini berjalan. Saya pun mencadangkan beberapa tarikh untuk mengendalikan sesi temubual. Sebelum sesi temubual dijalankan, saya menyediakan instrumen Set Soalan Temubual.
Set Soalan Temubual disediakan dengan menyediakan draf soalan-soalan temubual dan kemudian diserahkan kepada guru subjek Bahasa Melayu bertujuan untuk mengenalpasti kesalahan tatabahasa. Setelah saya memperoleh kembali draf daripada guru Bahasa Melayu, saya dapati bahawa beberapa kesilapan dari segi penggunaan bahasa. Saya membuat pembetulan dan menghantar semula kepada guru Bahasa Melayu saya untuk kali ke-2. Setelah draf saya dipulangkan semula kepada saya, didapati tidak terdapat sebarang kesilapan lagi.
Kemudian saya menghantar draf tersebut kepada Penyelia Kajian saya untuk melihat soalan-soalan yang dirangka sama ada sesuai dengan objektif kajian ataupun tidak. Beberapa hari kemudian, Penyelia Kajian saya menyerahkan semula dengan beberapa cadangan pembetulan. Saya membuat pembetulan berdasarkan cadangan yang dikemukakan oleh Penyelia Kajian saya dan menyerahkan semula buat kali ke-2. Saya mendapat kembali draf Set Soalan Temubual saya dan instrumen tersebut diluluskan. Akhirnya Set Soalan Temubual saya siap. Pada tarikh yang telah dijanjikan, saya melawat premis perniagaan tersebut. Pada hari tersebut, sesi temubual berlangsung selama 2 jam. Soalan-soalan yang saya kemukakan merujuk kepada Set Soalan Temubual. Saya mencatat segala jawapan-jawapan yang dinyatakan disamping itu saya juga ada membuat rakaman agar tidak terlepas sebarang maklumat yang dinyatakan oleh Pengurus Perniagaan tersebut. Segala maklumat dikumpulkan
Keesokan harinya, saya pun mula menyusun maklumat-maklumat yang diperolehi mengikut soalan-soalan kajian. Selain itu, saya juga mendapatkan maklumat tambahan daripada sumber sekunder seperti laman web, majalah dan surat khabar. Setelah itu, saya mula penulisan Bab 1 iaitu Pengenalan pada 17 Julai dan Bab 2 iaitu Kajian Literatur pada 27 Julai dan menghantarnya kepada Penyelia Kajian saya. Pada 7 Julai, saya mula menghantar penulisan bagi Bab 3 iaitu Metodologi Kajian.
Kemudian saya menganalisis maklumat-maklumat yang saya terima setelah maklumat tersebut dikumpulkan. Saya mengenalpasti dapatan kajian, saya pun mula penulisan Bab 4 ini disusuli dengan penulisan Bab 5 serta pada masa yang sama saya menyempurnakan penulisan Bab 3. Di peringkat penghujung, saya juga menyediakan lain-lain bahagian kajian saya untuk melengkapkan kajian mengikut format yang ditetapkan. Draf akhir dihantar kepada Penyelia Kajian saya untuk semakan, saya dipanggil oleh Penyelia Kajian dan dimaklumkan beberapa perubahan yang perlu dilakukan termasuk beberapa kesilapan. Saya pun membuat pembetulan dan menghantar laporan yang penuh kepada Penyelia Kajian saya. Setelah itu, saya terus menyediakan persiapan pembentangan untuk tempoh selama 10 minit pada hari yang telah ditetapkan. Saya pun membentangkan hasil daripada laporan kajian saya.
BAB 4
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Dapatan Kajian
Bahagian ini akan mempersembahkan maklumat yang diperolehi berkaitan strategi campuran pemasaran bagi Perniagaan Adabi Consumer Industries Sdn Bhd berdasarkan pada soalan-soalan kajian.
4.1.1 Soalan Kajian No.1
Adakah perniagaan tuan mengamalkan campuran pemasaran yang mengandungi elemen-elemen seperti produk, promosi, penetapan harga dan pengedaran ?
Bagaimanakah syarikat tuan mengguna pakai strategi campuran pemasaran ke dalam operasi perniagaan bagi syarikat tuan ?
Adakah strategi campuran pemasaran ini penting bagi sesebuah perniagaan ?
Sejak bilakah tuan menggunakan strategi campuran pemasaran ke dalam perniagaan ?
Adakah elemen-elemen yang terdapat dalam campuran pemasaran dapat membantu lagi perniagaan tuan agar segala operasi perniagaan berjalan dengan lancar ?
4.1.2 Soalan Kajian No.2
Apakah produk-produk yang dikeluarkan oleh Perniagaan Adabi ini ?
Adakah produk-produk yang dikeluarkan meliputi produk fizikal dan produk perkhidmatan ?
Apakah ciri-ciri khusus yang terdapat pada produk-produk keluaran bagi Perniagaan Adabi ?
Bagaimanakah tuan melakukan klasifikasi ke atas produk-produk yang dikeluarkan oleh perniagaan tuan ?
Bagaimanakah tuan mengetahui kitaran hayat bagi produk-produk yang dikeluarkan oleh perniagaan tuan ?
Bagaimanakah tuan membahagikan produk-produk keluaran Adabi berdasarkan kedalaman dan kelebaran lini produk ?
Apakah perbezaan antara penjenamaan, pembungkusan, pelabelan dan atribut produk Adabi berbanding produk yang dikeluarkan oleh pesaing ?
4.1.3 Soalan Kajian No.3
Apakah strategi yang digunakan pada Perniagaan Adabi dalam menetapkan harga bagi sesuatu produk yang ingin dipasarkan ?
Adakah faktor-faktor yang mampu mempengaruhi strategi penetapan harga ? Jika Ada, apakah faktor-faktornya ?
Apakah pendekatan yang tuan gunakan dalam menetapkan harga sama ada berasaskan kos atau nilai ?
Bagaimanakah tuan menetapkan harga agar bersesuaian dengan harga
pasaran ?
4.1.4 Soalan Kajian No.4
Apakah kepentingan menggunakan orang tengah dalam pengedaran sesuatu barangan ?
Apakah saluran agihan yang digunakan dalam Perniagaan Adabi ketika ingin memasarkan produk di pasaran ?
Apakah jenis reka bentuk saluran agihan yang diguna dalam Perniagaan Adabi ?
Apakah risiko yang bakal diterima oleh perniagaan tuan sekiranya menggunakan orang tengah dalam operasi perniagaan ?
Adakah perniagaan tuan pernah mengalami masalah dengan pengedar ?
Apakah perantaraan dalam saluran agihan produk yang dipilih oleh Perniagaan Adabi ?
Apakah kepentingan menggunakan saluran agihan dalam Perniagaan Adabi ?
4.1.5 Soalan Kajian No.5
Apakah bentuk promosi yang dijalankan oleh Perniagaan Adabi ?
Bagaimanakah promosi-promosi yang dijalankan mampu untuk menarik minat pengguna ?
Apakah pilihan tuan sewaktu memilih elemen-elemen yang terdapat dalam campuran promosi untuk digunakan ke dalam perniagaan tuan ?
Apakah promosi-promosi yang telah pun dijalankan oleh Perniagaan Adabi ?
RUJUKAN
1.Dicapai pada 30 Jun,menerusi laman sesawang
https://emis.com/php/company-profile/MY/Adabi_Ns_Trading_Sdn_Bhd4208208.html
2. Dicapai pada 30 Jun,menerusi laman sesawang
https://produkadabi.blogspot.my/2011/12/adabi-popular-produk.html
3.Laman sesawang ustazkenali.wordpress.com.Dicapai pada 30 Jun
https://ustazkenali.wordpress.com
4. Kotler, Philip. (2009). Manajemen Pemasaran. Jakarta : Erlangga
5. Murti Sumarni, John Soeprihanto .(2010). Pengantar Bisnis (Dasar-Dasar Ekonomi Perusahaan) (Edisi 5)
6. Stanton, William J. (1978) . Fundamentals of marketing . Tokyo : McGraw-Hill
7. Basu Swastha DH., (2000), Asas-asas Marketing, Edisi III, Yogyakarta : Liberty.
8. Zimmerer, Thomas, (2002) , Essentials of entrepreneurship and small business management , New Jersey, 3rd ed
9.Dicapai pada 1 Julai, menerusi laman sesawang
http://pengurusanmatrik.blogspot.my/
10.Fandy Tjiptono . (2002) . Strategi pemasaran .Yogjakarta : penerbit andi
11.Kotler . Philip . (2005) Manajemen Pemasaran edisi ke 11 jilid 2 . Jakarta . PT Indeks Kelompok Gramedia