FAKULTI PENDIDIKAN DAN PENGAJIAN BAHASA PENGAJIAN SOSIAL UNTUK KANAK-KANAK PRA SEKOLAH ETD 1123 Projek individu TINJAUAN DAN PEMERHATIAN PRA SEKOLAH NAMA: MUHAMMAD SHAHIR BIN ABDUL WAHAB NO. MATRIK: 3091010972 NO. KAD PENGENALAN: 910906-07-5731 NAMA PENSYARAH; DR. RAMLI BIN SAADON
TINJAUAN DAN PEMERHATIAN PRA SEKOL AH
Pada zaman teknologi ini, kerajaan menambah lebih banyak pra sekolah. Hal ini adalah disebabkan wujud lebih ramai kanak-kanak. Kita sedia maklum setiap pra sekolah di negara kita ini mempunyai masalah. Tapi yang membezakannya ialah sikit atau banyak. Contoh masalah yang biasa terjadi pada pra sekolah ialah kekurangan infrastruktur, bahan bantu mengajar, guru kurang pengalaman dan sebagainya. Hal ini harus dipantau dari masa ke semasa. Jika masalah ini dibiarkan, ia akan mendatangkan pelbagai jenis masalah lain dari segi pengajaran atau pembelajaran. Ia juga akan mengganggu prestasi murid -murid. Oleh itu, kami telah mengkaji sebuah tadika yang berdekatan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui masalah-masalah atau kekurangan yang masih terdapat di tabika tersebut. Dalam kerja berkumpulan, kami telah bersetuju untuk membuat pemerhatian di Tabika Bestari Ria, Kg. Berjuntai Bistari , Batang Berjuntai. Kawasan tabika itu berdekatan dengan kawasan rumah dan masjid. Tetapi apa yang saya lihat pada hari tersebut keadaan kawasan tabika itu juga tidak terurus. Kawasan yang agak kotor dan membahayakan murid-murid. Antara
masalah
yang
terdapat
pada
tabika
tersebut
ialah
masalah
infrastruktur. Antaranya ialah tabika ini tidak menyediakan taman permainan untuk kanak-kanak. Murid-murid tidak dapat bermain seperti murid-murid di tabika yang lain. Padang yang disediakan juga kelihatan tidak sesuai untuk kanak -kanak bermain. Hal ini akan menyebabkan ke mahiran kognitif murid-murid
tidak akan
berkembang. Murid-murid hanya bermain di kawasan tabika. Kawasan tersebut sangat sempit dan tidak selesa untuk murid bermain. Padang yang disediakan tidak sesuai untuk aktiviti luar kerana kawasannya tidak begitu sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti. Tambahanpula, padang tersebut berdekatan dengan semak dan hutan. Kawasan pagar itu tidak dipagari. Semasa kami ke sekolah tersebut, terdapat beberapa ekor anjing sedang berkeliaran di kawasan tabika itu. Ini akan membahayakan keselamatan murid-murid ketika bermain di kawasan tabika. Di sini sudah dapat lihat bahawa pengurusan tabika tersebut masih berada di di tahap yang rendah.
Selain itu, tabika tersebut tidak menyediakan kerusi dan meja untuk muridmurid. Ini akan menyusahkan murid-murid untuk belajar dan membuat kerja kerana ruang yang disediakan agak sempit. Mereka hanya duduk di atas lantai. Selain itu, tempat untuk meletak beg murid tidak disediakan. Beg murid dibiarkan merata -rata. Ini
akan
membahayakan
murid.
Paling
menyedihkan
tabika
tersebut
tidak
menyediakan dapur. Murid-murid terpaksa membawa bekalan sendiri dari rumah. Masalah ini tidak sepatutnya terjadi di tabika tersebut. Ini akan menyusahkan murid murid. Walaupun yuran dikenakan setiap bulan, tabik a tersebut masih tidak mampu untuk menyediakan dapur. Dari
segi
pembelajaran,
tabika
tersebut
tidak
menyediakan
portfolio.
Sepatutnya guru harus menyimpan hasil kerja murid agar dapat dikaji semula kebolehan murid. Selain itu, hasil kerja itu juga boleh dilihat oleh ibu bapa murid tersebut. Buku-buku yang digunakan murid hanya dibeli di kedai buku. Buku tersebut debeli hasil dari yuran tersebut. Alat bantu mengajar juga tidak disediakan di tabika tersebut. Murid tidak diajar menggunakan ICT di tabika ters ebut. Dari segi kebersihan pula, kawasan tabika tersebut agak mengecewakan. Papan-papan yang tidak digunakan dibiarkan di tepi tabika tersebut. Ini akan membahayakan keselamatan murid ketika bermain. Selain itu, tabika tersebut tidak menyediakan peti kecemasan. Sepatutnya guru harus menyediakan peti kecemasan untuk mengelak terjadi sesuatu yang tidak diingini. Keselamatan murid di tabika ini tidak dijaga dengan betul dan sempurna. Selain itu, terdapat beberapa kekuatan yang terdapat pada tabika tersebut. Walaupun terdapat pelbagai masalah, murid -murid di tabika tersebut berpotensi. Ketika kami membuat tinjauan, saya telah mengkaji beberapa orang murid dari segi penulisan dan bacaan. Mereka dapat menjalani 3M dengan sempurna. Murid di tabika tersebut dapat membaca dengan lancar. Mereka semua berpotensi untuk berkembang. Oleh sebab itu, murid tersebut haruslah dipertingkatkan agar menjadi lebih berpotensi dan dapat membantu murid -murid yang kain. Setiap kekuatan akan ada kelemahannya. Guru yang mengajar di tabika tersebut tidak mempunyai pengalaman yang tidak begitu mendalam. Selain itu, tabika tersebut tidak berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini akan menyusahkan pengurusan di tabika tersebut. Masalah lain akan timbul dan akan
mengganggu
proses
pengajaran
dan
pembelajaran
di
tabika
tersebut.
Perkembangan murid di tabika tersebut akan terganggu. Lama -kelamaan, tabika tersebut akan ditutup dan akan menyusahkan ibu bapa muri d untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.Tabika tersebut di bawah NGO Pertubuhan Perkumpulan Perempuan. Guru tabika tersebut menjadi pengerusi NGO tersebut. Walaupun tabika tersebut di bawah nau ngan swasta, tetapi terdapat pelbagai masalah yang timbul. Hal ini tidak sepatutnya terjadi di tabika tersebut. Sewaktu membuat kajian, kami sempat meninjau sikap guru dan pembantu di tabika tersebut. Sewaktu kami membuat tinjauan, ada sekumpulan pelajar dari kohort lain juga membuat kajian dari segi permainan ata u kemahiran kognitif murid-murid di tabika tersebut. Saya mendapati guru di tabika tersebut tidak memberi komitmen yang sewajarnya. Guru tersebut seharusnya memberi kerjasama dengan kumpulan yang datang tersebut kerana mereka ingin membuat kajian di sekolahnya. Pada mulanya hanya pembantu tabika yang melayan kami kerana guru tersebut menghadiri satu majlis. Selepas beberapa minit,guru tabika itu pun balik. Tidak banyak tugas yang dilakukan oleh pembantu tabika itu. Sepatutnya pembantu itu menyediakan makanan untuk murid -murid, tetapi memandangkan tabika tersebut tidak mempunyai dapur, tugas pembantu itu menjadi kurang. Sewaktu membuat tinjauan di sekolah tersebut, terdapat seorang murid yang tida k mengikuti permainan yang dianjurkan oleh kumpulan terbabit. Dia hanya duduk sendirian di tepi dinding dan tidak bergaul dengan murid yang lain. Guru tersebut haruslah memberi perhatian kepada murid tersebut. Murid tersebut haruslah dipujuk agar dia bergaul dengan murid yang lain. Jika tidak, murid tersebut akan ketinggalan dalam pelajaran dan sekaligus membantutkan perkembangan dan kemahirannya. Harapan saya ialah tabika ini haruslah dipantau oleh pihak yang berkenaan agar masalah yang dihadapi oleh tabika ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin. Jika tidak, ia akan menyusahkan banyak pihak seperti ibu bapa dan penjaga murid yang menghantar anak-anak mereka di tabika tersebut. Pengurusan di tabika tersebut juga haruslah dipantau dan dipinda semula agar ia menjadi lebih tersusun dari sebelunya. NGO terbabit haruslah sentiasa memantau keadaan tabika tersebut.
Tabika
tersebut
haruslah
dilengkapi
dengan
kemudahan
dengan
secepatnya agar murid dapat belajar dengan selesa. Saya juga berharap agar
penduduk di kampung tersebut turun padang untuk bergotong -royong membersihkan kawasan tabika tersebut. Selain itu, ibu bapa murid juga haruslah memberi komitmen yang sewajarnya agar tugas guru dapat dilaksanakan dengan berkesan. Saya juga berharap agar tabika yang berada di bawah naungan NGO lain tidak mempunyai masalah sebegini. Ia akan merumitkan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru jug haruslah menyediakan portfolio untuk menyimpan hasil kerja murid. Itu adalah sangat penting kerana ia dapat mengenalpasti presta si murid dan sekaligus dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada murid tersebut. Akhir sekali, saya sangat-sangat berharap agar prestasi tabika ini dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak yang berada di kawasan luar bandar ini.