PENDIDIKAN MAYA: MANFAAT DAN KEKANGAN PENDIDIKAN MAYA: MANFAAT DAN KEKANGAN Oleh: Cikgu Natni
Pendidikan maya merupakan satu alternatif untuk menggantikan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional yang mempunyai sempadan-sempadan sempadan-sempadan tertentu. Selaras dengan hasrat negara untuk untuk menjadi negara maju
yang
indikator utamanya ialah kemajuan dalam bidang pendidikan , maka pendidikan maya telah
diperkenalkan. Pusat Rujukan Persuratan Melayu mentakrifkan maya sebagai bayangan, ilusi, fatamorgana, atau khayalan. Oleh hal yang demikian, frasa frasa pendidikan pendidikan maya dapat disimpulkan disimpulkan
sebagai sistem sistem pengajaran dan
pembelajaran yang tidak berlaku secara langsung langsung sebaliknya melepasi sempadan bilik kuliah atau kelas kelas di sekolah. Pendidikan maya merupakan satu bentuk pendidikan masa depan yang akan memaksimumkan penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan ini telah
diperluas dengan pengenalan konsep pembelajaran Sekolah Bestari, E-learning, Universiti Terbuka dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan yang terkini ialah Frog VLE. Sesungguhnya, pendidikan maya mempunyai kebaikan dan kelemahannya yang tersendiri.
Sebagai menyahut ledakan teknologi maklumat, sewajarnyalah kita meraikan pendidikan maya sebagai salah wahana untuk menyampaikan menyampaikan ilmu pengetahuan dengan dengan cepat dan mudah.
Pada zaman ledakan ledakan teknologi
maklumat dan komunikasi, setiap setiap individu bersaing untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan kerjaya masing-masing. masing-masing. Nabi Muhammad s.a.w bersabda “tuntutlah ilmu walau di negara China sekalipun”. Walau sukar sekalipun, seseorang itu digalakkan mencari ilmu. Ilmu mampu meningkatkan martabat seseorang. Pada masa kini, ilmu mudah diperoleh melalui ruang siber. Ilmu yang merentasi dunia tanpa sempadan memberi banyak kelebihan kepada kita. Hanya dengan mengetik papan kekunci berbantukan perkhidmatan jalur lebar, seseorang itu boleh menjelajah ilmu pengetahuan ke seluruh pelosok negara melalui pendidikan maya atau virtual dengan cepat dan mudah.
Selain itu, konsep Pembelajaran Sepanjang hayat akan terlaksana. Mereka yang sudah bekerja dapat meningkatkan kualiti diri mereka dengan melanjutkan pelajaran secara virtual . Pendidikan maya tidak mengikat pekerja untuk menghadiri kelas secara formal. Mereka boleh mencapai maklumat pada bila-bila masa tanpa terikat dengan waktu kerja. Hassan Jantan (2005) juga mengatakan bahawa salah satu cara meningkatkan meningkatkan kecemerlangan kecemerlangan pekerja adalah dengan memberikan pemahaman dan penghayatan kepada mereka tentang konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Pembelajaran Sepanjang Sepanjang Hayat merujuk kepada proses pendemokrasian pendemokrasian pendidikan pendidikan yang
merangkumi program untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi secara formal atau tidak formal di tempat kerja. Pendidikan maya memberi banyak kelebihan kepada mereka. Pembelajaran di tempat kerja menjadi lebih bermakna jika pekerja mengetahui masalah dan menetapkan menetapkan objektif kerja sendiri.
Seterusnya, pendidikan secara maya juga dapat menjimatkan pelbagai kos kehidupan seperti penginapan dan pembelanjaan. Hal ini kerana pendidikan maya boleh dilakukan di rumah. Hal ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos perbelanjaan dan penginapan para pelajar.
Selanjutnya, para pelajar dapat menggunakan e-buku ataupun buku elektronik yang merupakan komputer riba berukuran buku nota seberat satu kilogram. E-buku ini dapat memuatkan 300 naskhah buku . Perisiannya membolehkan pelajar melayari Internet. E-Buku mempunyai pelbagai aplikasi. Antaranya termasuklah pemprosesan kata, hamparan data, senarai kandungan, kalendar dan sebagainya. Dengan e-buku itu, para pelajar tidak perlu membawa buku yang banyak. Penggunaan buku elektronik ini dijangka dapat mengurangkan kos bagi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah pada jangka masa yang panjang. Penggunaan e-buku mampu menangani kepelbagaian masalah pelajar dalam bidang akademik di dalam sesebuah kelas. E-buku menjadi suatu wahana pendekatan interpersonal antara guru dengan pelajar juga boleh dijadikan sebagai medium rujukan. Malahan, Internet juga dianggap sebagai kutubkhanah maya yang menyimpan khazanah ilmu pengetahuan. Tuntasnya, melalui pendidikan maya, maklumat dapat diperoleh dengan lebih cepat, mudah dan dapat menjimatkan masa.
Selanjutnya, pendidikan maya membolehkan guru-guru menentukan tahap pencapaian akademik pelajar. Dalam erti kata yang lain, guru-guru mampu mengenal pasti sama ada pelajar pintar atau lembam dalam sesebuah kelas. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan maya menjadi suatu wahana pendekatan interpersonal antara guru dengan pelajar. Sebagai contoh, Persekitaran Pembelajaran Maya Frog atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE. menerusi sistem pendidikan maya, para pelajar dapat menggunakan E-buku yang boleh dimuat turun secara langsung dari alam maya. E-Buku mempunyai pelbagai aplikasi. Antaranya termasuklah pemprosesan kata, hamparan data, senarai kandungan, kalendar dan sebagainya. Dengan e-buku itu, para pelajar tidak perlu membawa buku yang banyak. Penggunaan buku elektronik ini dijangka dapat mengurangkan kos bagi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah dalam jangka masa yang panjang. Penggunaan e-buku mampu menangani kepelbagaian masalah pelajar dalam bidang akademik di dalam sesebuah kelas. E-buku menjadi suatu wahana dengan pendekatan interpersonal antara guru dengan pelajar. Sebagai seorang pelajar, internet juga boleh dijadikan sebagai medium rujukan. Malahan, internet juga dianggap sebagai perpustakaan maya yang menyimpan khazanah ilmu pengetahuan. Maklumat yang diperoleh lebih cepat, mudah dan dapat menjimatkan masa.
Seterusnya, pendidikan secara maya juga dapat menjimatkan pelbagai kos kehidupan seperti penginapan dan pembelanjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan maya boleh dilakukan di rumah. Secara tidak langsung, kos perbelanjaan dan penginapan para pelajar dapat dijimatkan. Para pelajar terutama di peringkat pengajian tinggi tidak perlu lagi bersemuka dengan pensyarah. Sebagai contoh, para pensyarah boleh menggunakan kemudahan telesidang yang menggabungkan audio, video dan grafik dapat dilakukan di lokasi yang berbeza dengan peralatan canggih dan didengari ramai tanpa melibatkan kos yang tinggi untuk para pelajar Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Malahan, konsep universiti terbuka seperti Universiti Tun Abdul Razak dapat dirancakkan lagi kewujudannya tanpa pelajar perlu bersua muka dengan pensyarah seperti masa ini. Oleh hal yang demikian, golongan seperti suri rumah dan pesara dapat terus melanjutkan pelajaran tanpa perlu menghadirkan diri di institusi pendidikan. Hal ini secara tidak langsung dapat memanifestasikan slogan pendidikan sepanjang hayat yang amat digalakkan oleh kerajaan.
Tidak wajar sekiranya kita hanya membincangkan kebaikan pendidikan maya sahaja.
Walaupun banyak
kelebihan, kelemahan pendidikan maya tidak dapat kita nafikan.Kemudahan teknologi yang tidak mencukupi menjadi kekangan dalam pendidikan maya. Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan
dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasian ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah- sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian TMK dalam pembelajaran dan pengajaran.
Akhirul kalam, sememangnya pendidikan maya memberikan pelbagai kelebihan kepada seluruh lapisan masyarakat. Umum mengetahui bahawa bentuk pengajaran dan pembelajaran yang baharu membolehkan rakyat meningkatkan kemahiran dan kelayakan akademik. Pelaksanaan sistem pendidikan maya di negara kita dapat meluaskan lagi minda para pelajar. Para pelajar akan lebih terdedah dengan dunia globalisasi sekiranya pendidikan maya dilaksanakan secara menyeluruh. Walaupun usia telah meningkat ilmu pengetahuan tetap dapat dikuasai. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menerusi pendidikan sedemikian patut dimanfaatkan oleh semua bertunjangkan pepatah ‘ sebab mutiara sebiji, lautan dalam diselami orang’. Selain itu, pelbagai pihak tidak kira pihak swasta mahupun badan bukan kerajaaan (NGO) perlulah bahu membahu bagai aur dengan tebing bersamasama dengan kerajaan untuk membangunkan lagi sistem pendidikan di negara kita agar ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan negara-negara maju yang lain.