Pemerintahan Keluarga Brooke di Sarawak
Penghargaan Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa saya kerana telah memberi sokongan dari segi kewanagan dan moral, begitu juga guru Sejarah saya, En. Baning yang telah member bimbingan, nasihat dan tujuk ajar yang berguna. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menolong saya.
Objektif Kajian Saya menjalankan Kerja Khusus Sejarah dengan tujuan untuk memenuhi objektif berikut:
Megetahui asal usul dan pemerintahan negeri Sarawak
Memupuk
perasaan cinta akan negara
Menguasai
kemahiran mencari, mengumpul
merekod dan menganalisis maklumat tentang negeri Sarawak
Asal Usul James Brooke
\ James Brooke ialah seorang bekas tentera SHTI yang pernah terlibat dalam peperangan di Burma. Selepas bersara, beliau melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan. Beliau belayar dengan kapalnya ‘Royalist’ dan berusaha mencari kawasan perdagangan di Tanah Melayu dan Sarawak.
James Brooke dilantik sebagai Gabenor Sarawak yang Sah Pada tahun 1840, Pangeran Muda Hashim telah meminta bantuan James Brooke, pedagang British untuk menyelesaikan masalah peberontakan. Pangeran Muda Hashim berjanji melantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak jika pemberontakan dapat ditamatkan. Tawaran itu diterima oleh James Brooke. James Brooke berjaya menamatkan pemberontakan namun Pangeran Muda Hashim melawat-lewatkan pemberian perlantikan Gabenor.Tindakannya menyebabkan James Brooke marah lalu membedil Bandar Kuching. Keadaan ini memaksa Pangeran Raja Muda Hashim melantik James Brooke menjadi Gabenor dan Raja Putih Sarawak yang pertama pada tahun 1841.
Perjanjian antara Pangeran Raja Muda Hashim Denagn James Brooke pada tahun 1841 Antara syarat perjanjian ialah; 1. James Brooke memerintah negeri Sarawak dan menguasai segala hasilnya 2. James Brooke harus menghormati dan memelihara undang-undang dan adat istiadat orang Melayu
Pada tahun 1842, James Brooke bersama tentera lautnya berlayar ke Brunei. Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin telah mengesahkan kedudukan James Brooke sebagai Gabenor dan Raja Putih Sarawak.
Garis Masa Penyerahan Sarawak Kepada James Brooke
Sultan Omar Ali Saifuddin mengiktiraf
1846
James Brooke sebagai Raja Putih Sarawak yang merdeka
Sultan Omar ali Saifuddin mengiktiraf
1842
Perjanjian antara Pangeran Muda Hashim dengan James Brooke.
Pangeran Raja Muda Hashim melantik
1841
James Brooke sebagai Gabenor dan Ra a Sarawak.
Pangeran Raja Muda Hashim meminta
1840
bantuan James Brooke untuk menamatkan penentangan di Sarawak.
Kebangkitan menentang pemerintahan
1836
wakil Kesultanan Brunei di Sarawak.
Keluarga Brooke Meluaskan Kuasa Antara tahun 1853 hingga tahun 1905, James Brooke dan Charles Brooke telah memperluas kawasan pemerintahan mereka dengan bantuan angkatan laut British. Tahun 1853 Penentangan di Saribas dan Batang Lupar. Sultan Abdul Mu’mien tidak dapat mengawal kebangkitan dan menyerahkan tanah antara Sungai Samarahan dengan Sungai Rajang dengan bayaran sebanyak 1500 dolar setahun.
Tahun 1861
Masalah kekacauan di sepanjang Sungai Rajang. Sultan Mu’mien menyerahkan Sungai Rajang dan menerima bayaran sejumlah 4500 dolar setahun
Tahun 1883
Pembunuhan beberapa orang peniaga Sarawak oleh orang Murut di lembangan Sungai Trusan. Peristiwa ini menyebabkan kawasan itu diserahkan oleh sultan dengan bayaran tahunan sebanyak 4500 dolar.
Tahun 1905 Charles Brooke membeli Lawas daripada Sultan Hashim Jalal ( 1885-1906 ).
Keluarga Brooke Memantapkan Pentadbiran James Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan beraja di Sarawak dan mengisytirafkan dirinya sebagai Raja Sarawak. Beliau melibatkan pemimpin-pemimpin tempatan dalam pentadbiran untuk mendapatkan sokongan tempatan. Pembesar Melayu yang berpengaruh dan berpengalaman dilantik untuk membantu James Brooke mentadbir Sarawak. Antaranya ialah Datuk Patinggi, Datuk Bandar dan Datu Temenggung. Sarawak juga dibahagikan kepada lima bahagian dan setiap bahagian ditadbir oleh Majlis Bahagian.
Penglibatan Pemimpin Tempatan dalam Pentadbiran Brooke Perkara Majlis Tertinggi
Anggota
Majlis Negeri
Residen Bahagian Pertama Empat orang Datu Melayu Semua ketua kaum bumiputera
Tujuan
Majlis Bahagian
Residen Panolong Residen Penolong Pegawai Daerah Pegawai Anak Negeri Ketua Kampung
Menasihati James Brooke Membuat dasar-dasar kerajaan Meluluskan undang-undang dan peraturan tentang pentadbiran Sarawak. Memberi peluang kepada para bumiputera bersidang tiga tahun sekali. Membolehkan mereka menyuarakan pandangan dan bertukar-tukar fikiran. Memberi nasihat kepada Residen Mengutip cukai Memelihara keamanan Mengetuai operasi ketenteraan
Beberapa jabatan telah ditubuhkan untuk melicinkan pentadbiran, iaitu Jabatan Kehakiman, Jabatan Polis, Jabatan Kastam dan Cukai dan Jabatan Pos. Mahkamah keadilan ditubuhkan untuk mengadili kes-kes sivil dan jenayah. a) Kes sivil di kalangan orang Melayu, orang Dayak, dan orang Cina diadili oleh ketua masing-masing. b) Raja Sarawak, Residen atau Timbalan Residen mengadili kes jenayah dan segala kes yang melibatkan lebih daripada satu suku kaum.
Pada tahun 1888, British menandatangani Perjanjian dengan Charles Brooke untuk mengukuhkan pengaruh British di Sarawak.
Perjanjian antara British denan Charles Brooke Tahun 1888
British melindungi Sarawak daripada serangan musuh Keluarga Brooke memerintah Sarawak dengan bebas Hal ehwal luar negeri Sarawak adalah di bawah kawalan British
Pada 24 September 1841, Charles Vyner Brooke telah mengisytiharkan perlembagaan Sarawak sempena perayaan 100 tahun pentadbiran Keluarga Brooke di Sarawak. Perlembagaan Sarawak merupakan perlembagaan bertulis pertama di Sarawak yang menggariskan pemberian kuasa pemerintahan kepada rakyat Sarawak. Perlembagaan itu tidak dapat dilaksanakan kerana berlakunya Perang Dunia Kedua dan Sarawak ditawan oleh tentnra Jepun.
Perlembagaan Sarawak ( 1941 ) Antara kandungan pentingnya:
Charles Vyner Brooke menyerahkan kuasa mutlaknya kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri. Raja Sarawak memerintah dengan nasihat Majlis Tertinggi. Majlis Negeri diberi kuasa meluluskan undangundang dan menguruskan hal kewanagan Raja Brooke Berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Negeri. Kebanyakan ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri akan dilantik oleh Raja Brooke.
Perubahan Ekonomi di Bawah Pentadbiran Keluarga Brooke Semasa pemerintahan Keluarga Brooke di Sarawak, tanaman tradisional seperti lada hitam, gambir, sagu, dan kelapa diusahakan dengan lebih giat. Pada masa yang sama, beberapa jenis tanaman baru seperti getah dan tembakau. Keluarga Brooke telah meneroka kekayaan hasil hutan Sarawak seperti getah jelutung, rotan, dan sarang burung. Sarawak juga kaya dengan sumber galian seperti emas, antimoni, arang batu, raksa, dan minyak. Brooke tidak menggalak kemasukan pelabur asimg secara besar-besaran kerana hendak menjaga kepentingan ekonomi mereka di Sarawak. Ekonomi Sarawak dikuasai oleh Keluarga Brooke. Walau bagaimanapun, orang Cina diberi peluang untuk menceburkan diri dalam bidang perlombongan dan perdagangan. Oleh kerana kebanyakan kegiatan tertumpu di Bahagian pertama dan Bahagian kedua Sarawak, pembangunan ekonomi dan sosial di Sarawak adalah todak seimbang.
Hasil Hutan Mengukuhkan Keuntungan Sarawak kaya dengan hasil hutan seperti sarang burung, kapur barus, rotan, damar, getah jelutung, dan kayu balak. Kebanyakan hasil hutan yang dikutip dieksport ke negera lain.
Hasil Hutan Sarang Burung
Penerapan
Rotan
Getah Jelutung
Kayu Balak
Sarang burung dikutip di gua batu kapur seperti Gua Niah. Sarang burung mempunyai khasiat yang tinggi dan harganya tinggi di pasaran. Sarang burung yang dikutip dieksport ke negeri China. Kerja-kerja mengumpul rotan di hutan dilakukan oleh penduduk tempatan Hasil rotan dieksport ke Eropah Getah jelutung diperoleh daripada pokok jelutung Hasil getah jelutung dieksport ke Amerika Syarikat. Kegiatan pembalakan diusahakan oleh Syarikat Borneo dan orang Cina Kegiatan ini dijalankan di sekitar Sungai Rajang. Hasil dieksport ke Hong Kong, Australia, dan Amerika S yarikat
Kemajuan Prertanian Menguntungkan Keluarga Brooke Semasa pemerintahan keluarga Brooke, tanaman tradisional seperti gambir, lada hitam, kepala, dan sagu diusahakan secara meluas untuk dieksport. Tanaman baru seperti getah dan tembakau diperkenalkan oleh Brooke untuk meningkatkan eksport. Pada akhir abad k-19, tanaman getah diperkenalkan dan kebanyakannya diusahakan oleh pekebun kecil. Pada kurun ke-20, getah merupakan eksport kedua Sarawak selepas minyak. Menjelang tahun 1885, eksport gambir berjumlah 1370 tan.
Tanaman Kelapa Lada hitam
Penerangan
Sagu
Tembakau
Ditaman oleh orang Melayu di Bahagiam Pertama dan Bahagian Kedua Ditaman oleh orang Cina di sekitar Bahagian Pertama dan Bahagian Ketiga Menjadi eksport terpenting Sarawak pada kurun ke-19 Ditanam di sepanjang tebing Sungai Igan, Oya, Mukah, dan Bintulu. Diusahakan oleh kaum Melanau Kilang memproses sagu didirikan di Kuching dan diusahakan oleh pedagang Cina. Pada kurun ke-19, separuh daripada pengeluaran hasil sagu dunia dikeluarkan oleh Sarawak. Ditanam di Lundu Diusahakan oleh orang Cina dan Indonisia Dieksport ke London.
Perlombongan Memantapkan Kekayaan Keluarga Brooke Pada zaman pemerintahan keluarga Brooke, aktiviti perlombongan mula dipergiatkan. Emas dilombong di Bau oleh pelombong Cina. Pada tahun 1857, pelombong Cina memberontak kerana tidak puas hati dengan cukai yang dikenakan oleh kerajaan Brooke. Brooke berjaya mematahkan pemberontakan itu dan pelombong Cina tersebut melarikan diri ke Saribas. Pelombangan emas kemudiannya diusahakan oleh Syarikat Borneo. Pada awal kurun ke-20, emas merupakan antara bahan eksport penting Sarawak. Antimoni merupakan logam yang berharga di Sarawak. Syrikat Borneo mendapat hak monopoli daripada brooke untuk melombong antimoni di Sarawak. Kegiatan perlombongan antimoni dijalankan oleh Syarikat Borneo di Bau dan Kuching. Antara tahun 1870 hingga 1916, antimoni yang dieksport oleh Sarawak bernilai hampir dua juta dolar. Pada akhir kurun ke-20, antimoni tidak lagi menjadi bahan eksport yang penting kerana galian ini semakin berkurangan.
Apabila pengeluaran antimoni, emas, arang batu dan raksa berkurangan pada tahun 1882, usaha cari gali minyak mula berkembang. Pada tahun 1909, The Anglo-Saxon Oil Company diberi konsesi untuk menjalankan kegiatan perlombongan petroleum di Sarawak. Pada tahun 1882, telaga petroleum yang pertama digali di Miri. Kilang menapis minyak dibina di Lutong pada tahun 1917.
Pentadbiran Keluarga Brooke Keluarga Brooke telah melaksanakan dasar pecah dan perintah dalam usaha mengukuhkan kuasanya di Sarawak..Melalui dasar ini, setiap kaum dipisahkan dengan kegiatan ekonomi dan petempatan yang berbeza.
Bangsa Orang Melayu Orang Iban Orang Cina Orang India Orang Sikh
Bidang Pentadbiran Ketenteraan Kegiatan pertanian, perlombongan,perdagangan Perniagaan kain Polis
Kaum
Tempat Tinggal
Orang Cina Tinggal di Bandar-bandar seperti Miri Bintulu Sibu
Kaum Kawasan pandalaman Bumiputera
Perlombongan, ekonomi, dan pertambahan penduduk membawa kepada pembangunan bandar-bandar seperti: a) Kuching – ibu negeri dan pusat pentadbiran Sarawak. b) Miri – berkembang pesat setelah kegiatan melombong petroleum dijalankan pada tahun 1910 c) Sibu – pusat perdagangan Kemudahan asas hanya disediakan di bandar-bandar yang merupakan kawasan pentadbiran dan pusat kegiatan ekonomi. Brooke kurang memberi perhatian terhadap kemudahan asas di kawasan pelaburan. Kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air, dan elektrik disediakan di bandar
Pengangkutan Darat Jalan raya dibina di bandar-bandar besar seperti Kuching dan Miri. Landasan kereta api dibina pada tahun 1917 untuk menghubungkan Kuching dan Bau. Perkidmatan kereta api dihentikan pada tahun 1932 akibat kemelesetan ekonomi.
Pengangkutan Air Pengangkutan air menjadi sistem pengangkutan utama di Sarawak. Syarikat perkapalan seperti Singapore and Sarawak Steamboat Company memberi perkhidmatan di bandar Kuching. Pada tahun 1924, perkhidmatan kapal terbang air yang menghubungkan bandar Kuching dan Singapore telah dimulakan. Kapal terbang adalah kapal terbang pertama yang mendarat di Sungai Sarawak pada tahun 1924.
Alat Kominikasi Untuk melicinkan urusan pentadbiran dan kegiatan ekonomi di Sarawak, perkhidmatan pos, telegraf dan telefon diperkenalkan. Pada tahun 1897, perkhidmatan telegraf antara Kuching dengan Singapore diwujudkan.
Kemudahan Kesihatan Mubaligh kristian membina hospital dan klinik di bandar-bandar besar seperti di Kuching dan Sibu. Kemudahan kesihatan kurang di kawasan pandalaman.
Pendidikan Perkembangan pendidikan moden di Sarawak kurang diberi perhatian kerana pentadbiran keluarga Brooke menggangu sistem pendidikan Barat tidak sesuai untuk penduduk tempatan.Clarles Brooke telah membina sekolah untuk orang Melayu dan Cina.Beliau tidak menggalakkan pembinaan sekolah Dayak kerana pentadbiran Brooke ingin mengekalkan cara hidup tradisi mereka.Pada tahun 1924, pentadbiran brooke telah mewujudkan Jabatan Pelajaran yang diketuai dengan seorang pengarah.Funginya mengawal perkembangan pendidikan di Sarawak.Semua sekolah perlu berdaftar dengan Jabatan Pelajaran.Pada peringkat awal, guru-guru sekolah kerajaan mendapat latihan di maktab penguruan Sultan Jalris Tanjung.Maktab penguruan Kerit telah dibina pada tahun 1940 untuk melatih guru-guru sekolah di Sarawak.
Jenis Sekolah Sekolah Anglikan Sekolah Katolik Sekolah Melayu Sekolah Cina Sekolah Dayak
Bilangan Sekolah 1930
1938
13 15 24 91 1
11 27 33 144 1
ELEMEN 1 Mengumpul Fakta Sejarah
ELEMEN 2 Merekod Fakta Sejarah
ELEMEN 3 Penerapan Unsur Patriotisme