SEJARAH PEMBUDAYAAN PERAUK TAMBANG MASYARAKAT MELAYU DI KUCHING SEMASA REJIM BROOKE (1841-1941)
COSMAS ANAK TABOH BA11110065
SEKOLAH SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2014
PENGHARGAAN Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia dan izinnya saya dapat menyiapkan penulisan latihan ilmiah saya ini. Saya juga banyak terhutang budi kepada semua pihak yang telah membantu saya dan telah memberikan sokongan kepada saya sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Dengan sokongan mereka, saya mampu melepasi segala cabaran dan rintangan sepanjang saya menyiapkan latihan ilmiah saya ini. Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr. Ismail Ali atas segala bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya. Segala tunjuk ajar, komen dan idea yang diberikan sangat mempengaruhi semangat saya dalam menjayakan penulisan ilmiah saya ini. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau atas segala jasa beliau selama ini yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah Program Sejarah Sekolah Sains Sosial atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya selama ini. Buat teman-teman seperjuangan, segala bantuan serta nasihat yang berterusan daripada kalian sangat saya hargai sepanjang saya menyiapkan latihan ilmiah saya ini. Tidak dilupai juga, ucapan jutaan terima kasih kepada pihak Muzium Sarawak, Arkib Negeri Sarawak dan Tun Jugah Foundation dan juga responden-responden yang terlibat atas kerjasama dan kesudian membantu serta memberikan maklumat yang saya perlukan semasa menjalankan kajian. Teristimewa sekali buat ibu saya iaitu Demi Anak Junit dan ayah saya iaitu Taboh Anak Gindau serta ahli keluarga saya yang lain yang tidak pernah jemu memberikan yang terbaik kepada saya sepanjang saya menyiapkan latihan ilmiah saya ini. Jasa kamu semua tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Buat insan teristimewa yang bernama Helen Anak Alo, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kerana tidak pernah jemu dalam memberikan sokongan yang berterusan, cukup memahami dan sentiasa memberikan nasihat kepada saya dari awal sehinggalah latihan ilmiah ini siap. Akhir sekali, ucapan jutaan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kajian ini. Segala kebaikan yang terdapat dalam penulisan ini adalah datang daripada Tuhan, dan sekiranya terdapat kelemahan yang ada, sesungguhnya merupakan kelemahan daripada saya sendiri. Sekian, terima kasih Cosmas Anak Taboh, Rumah Changgai, Nanga Tengangai, 96850 Song, Sarawak.
iv
ABSTRAK Latihan ilmiah ini dibuat adalah bagi tujuan untuk mengkaji sejarah pengangkutan air di Kuching pada zaman pentadbiran rejim Brooke. Pengangkutan air yang dimaksudkan ialah perauk tambang yang diusahakan oleh Masyarakat Melayu yang tinggal di Kuching. Dalam kajian ini, ia memfokuskan tentang pembudayaan perauk tambang tradisi sebagai pengangkutan air yang utama sejak zaman dahulu. Metod kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah menggunakan sumber primer dan sumber sekunder. Metod kajian yang turut digunakan oleh pengkaji ialah kajian sejarah lisan melalui langkah temubual. Secara khususnya, kajian ini adalah memfokuskan perubahan perkembangan pengangkutan air di Kuching iaitu perauk tambang semasa zaman Brooke. Selain itu, latihan ilmiah ini juga turut memberikan contoh-contoh perauk tambang yang telah muncul di Kuching pada masa kini. Kata Kunci: Melayu, Kuching, Perahu, Perauk Tambang,
Sarawak
v
ABSTRACT The main purpose of this research is to study the history of water transport in Kuching at the time of Brooke regime administration. The water transport is defined as "perauk tambang" initiated by the Malay community that are living in Kuching. In this study, it focuses on the acculturation of "perauk tambang" as the primary water transportation since the ancient times. The methodology used for this research are primary sources and secondary sources. Otherwise, the methodology of this study were used for this research is the study of oral history through interviews step. In particular, this study focuses on the changes in water transportion development in Kuching which the Malays people in Sarawak define it as "perauk tambang" during the Brooke administration. In addition, this research will also provide a few examples of "perauk tambang" which has been appeared in Kuching today. Keywords:
Malays, Kuching, Boat, "perauk tambang", Sarawak
vi
KANDUNGAN Halaman TAJUK
i
PENGESAHAN
ii
PENGAKUAN
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
ix
SENARAI FOTO
x
SENARAI LAMPIRAN
xi
SENARAI SINGKATAN
xii
BAB 1: PENDAHULUAN 1.1
Pengenalan
1
1.2
Permasalahan Kajian
2
1.3
Objektif Kajian
2
1.4
Skop dan Batasan Kajian
3
1.5
Kepentingan Kajian
3
1.6
Metodologi Kajian
4
1.7
Sorotan Literatur
5
1.8
Pembahagian Bab
12
1.9
Kesimpulan
13
BAB2: LATAR BELAKANG KUCHING DAN MASYARAKAT MELAYU SARAWAK 2.1
Pengenalan
14
2.2
Asal Usul Kuching
16
2.3
Asal Usul Masyarakat Melayu Sarawak
18
2.4
Sosioekonomi Masyarakat Melayu
25
vii
2.5
Kesimpulan
30
BAB 3: PEMBUDAYAAN PERAUK TAMBANG SEMASA REJIM BROOKE 3.1
Pengenalan
31
3.2
Pembudayaan Perauk Tambang Semasa Pentadbiran James Brooke (1841-1868)
32
3.3
Pembudayaan Perauk Tambang Semasa Pentadbiran Charles Brooke (1868-1917)
38
3.4
Pembudayaan Perauk Tambang Semasa Pentadbiran Charles Vyner Brooke (1917-1941)
43
3.5
Kesimpulan
45
BAB 4: TRADISI PEMBUATAN DAN PEMBUDAYAAN PERAUK TAMBANG PADA MASA KINI 4.1
Pengenalan
47
4.2
Jenis-Jenis Perahu Tambang
47
4.3
Tradisi Pembuatan Perahu Tambang
51
4.4
Pembudayaan Perahu Tambang
56
4.5
Kesimpulan
59
BAB 5: PENUTUP
61
BIBLIOGRAFI
65
LAMPIRAN Lampiran A
67
viii
SENARAI JADUAL Jadual
Halaman
2.1
Penduduk Sarawak Mengikut Banci 1980
15
3.1
Pendaftaran Pelajar Sekolah Melayu 1883-1921
40
ix
SENARAI FOTO
Foto
Halaman
2.1
Pemandangan di Kuching pada Tahun 1839
17
2.2
Perahu Barong
27
2.3
Perahu Heng Hua Kotak
28
3.1
Pengangkutan di Sungai Sarawak pada Tahun 1800
33
3.2
Ketibaan James Brooke dengan Menggunakan Kapal H. M. S Dido
34
3.3
Permandangan Astana pada Tahun 1880
42
3.4
Suasana di Sungai Sarawak semasa Pemerintahan Charles Vyner Brooke
44
4.1
Perauk Tambang Melayu
48
4.2
Perauk Tambang Orang Ulu Boat
49
4.3
Perauk Tambang Iban Long Boat
50
4.4
Proses Pemuliharaan Perauk Tambang Warisan
52
4.5
Pemilihan Papan Dinding Perauk Tambang
52
4.6
Proses Pembuatan bahagian Haluan Perauk Tambang
53
4.7
Penggunaan Teknik Pasak dalam Perauk Tambang
53
4.8
Proses Pembuatan bahagian dalam Perauk Tambang
54
4.9
Penggunaan Gergaji dalam Proses Pembuatan Dinding Perauk Tambang
54
4.10
Proses Pemeliharaan dan Pemuliharaan Perauk Tambang Warisan yang telap Siap di Waterfront Kuching
55
4.11
Perkembangan Waterfront di Kuching pada Masa Kini
57
4.12
Warisan Perauk Tambang Tradisional di Muzium Sarawak
58
4.13
Pengkalan Perauk Tambang di Pengkalan Panjang
59
x
SENARAI LAMPIRAN Lampiran A
Halaman
Foto A1: Bahagian Bahagian Hadapan Perauk Tambang
68
Foto A2: Bahagian Bahagian Belakang Perauk Tambang
68
Foto A3: Suasana Sungai Sarawak pada Waktu Pagi
69
Foto A4: Suasana Sungai Sarawak pada Waktu Senja
69
Foto A5: Replika Perauk Tambang
70
Foto A6: Perauk Tambang Menjadi Lambang Sungai Sarawak
70
Foto A7: Pengkaji Bersama Perauk Tambang Tradisional
71
Foto A8: Gebenor Terakhir Sarawak Menaiki Perauk Tambang
71
xi
SENARAI SINGKATAN Bil.
Bilangan
hlm.
Halaman
Ibid.
In the work cites
No.
Nombor
op. cit.
opere citato
Vol.
Volume
xii
PENGHARGAAN Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia dan izinnya saya dapat menyiapkan penulisan latihan ilmiah saya ini. Saya juga banyak terhutang budi kepada semua pihak yang telah membantu saya dan telah memberikan sokongan kepada saya sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Dengan sokongan mereka, saya mampu melepasi segala cabaran dan rintangan sepanjang saya menyiapkan latihan ilmiah saya ini. Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr. Ismail Ali atas segala bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya. Segala tunjuk ajar, komen dan idea yang diberikan sangat mempengaruhi semangat saya dalam menjayakan penulisan ilmiah saya ini. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau atas segala jasa beliau selama ini yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah Program Sejarah Sekolah Sains Sosial atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya selama ini. Buat teman-teman seperjuangan, segala bantuan serta nasihat yang berterusan daripada kalian sangat saya hargai sepanjang saya menyiapkan latihan ilmiah saya ini. Tidak dilupai juga, ucapan jutaan terima kasih kepada pihak Muzium Sarawak, Arkib Negeri Sarawak dan Tun Jugah Foundation dan juga responden-responden yang terlibat atas kerjasama dan kesudian membantu serta memberikan maklumat yang saya perlukan semasa menjalankan kajian. Teristimewa sekali buat ibu saya iaitu Demi Anak Junit dan ayah saya iaitu Taboh Anak Gindau serta ahli keluarga saya yang lain yang tidak pernah jemu memberikan yang terbaik kepada saya sepanjang saya menyiapkan latihan ilmiah saya ini. Jasa kamu semua tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Buat insan teristimewa yang bernama Helen Anak Alo, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kerana tidak pernah jemu dalam memberikan sokongan yang berterusan, cukup memahami dan sentiasa memberikan nasihat kepada saya dari awal sehinggalah latihan ilmiah ini siap. Akhir sekali, ucapan jutaan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kajian ini. Segala kebaikan yang terdapat dalam penulisan ini adalah datang daripada Tuhan, dan sekiranya terdapat kelemahan yang ada, sesungguhnya merupakan kelemahan daripada saya sendiri. Sekian, terima kasih Cosmas Anak Taboh, Rumah Changgai, Nanga Tengangai, 96850 Song, Sarawak.
iv
ABSTRAK Latihan ilmiah ini dibuat adalah bagi tujuan untuk mengkaji sejarah pengangkutan air di Kuching pada zaman pentadbiran rejim Brooke. Pengangkutan air yang dimaksudkan ialah perauk tambang yang diusahakan oleh Masyarakat Melayu yang tinggal di Kuching. Dalam kajian ini, ia memfokuskan tentang pembudayaan perauk tambang tradisi sebagai pengangkutan air yang utama sejak zaman dahulu. Metod kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah menggunakan sumber primer dan sumber sekunder. Metod kajian yang turut digunakan oleh pengkaji ialah kajian sejarah lisan melalui langkah temubual. Secara khususnya, kajian ini adalah memfokuskan perubahan perkembangan pengangkutan air di Kuching iaitu perauk tambang semasa zaman Brooke. Selain itu, latihan ilmiah ini juga turut memberikan contoh-contoh perauk tambang yang telah muncul di Kuching pada masa kini. Kata Kunci: Melayu, Kuching, Perahu, Perauk Tambang,
Sarawak
v
ABSTRACT The main purpose of this research is to study the history of water transport in Kuching at the time of Brooke regime administration. The water transport is defined as "perauk tambang" initiated by the Malay community that are living in Kuching. In this study, it focuses on the acculturation of "perauk tambang" as the primary water transportation since the ancient times. The methodology used for this research are primary sources and secondary sources. Otherwise, the methodology of this study were used for this research is the study of oral history through interviews step. In particular, this study focuses on the changes in water transportion development in Kuching which the Malays people in Sarawak define it as "perauk tambang" during the Brooke administration. In addition, this research will also provide a few examples of "perauk tambang" which has been appeared in Kuching today. Keywords:
Malays, Kuching, Boat, "perauk tambang", Sarawak
vi
KANDUNGAN Halaman TAJUK
i
PENGESAHAN
ii
PENGAKUAN
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
ix
SENARAI FOTO
x
SENARAI LAMPIRAN
xi
SENARAI SINGKATAN
xii
BAB 1: PENDAHULUAN 1.1
Pengenalan
1
1.2
Permasalahan Kajian
2
1.3
Objektif Kajian
2
1.4
Skop dan Batasan Kajian
3
1.5
Kepentingan Kajian
3
1.6
Metodologi Kajian
4
1.7
Sorotan Literatur
5
1.8
Pembahagian Bab
12
1.9
Kesimpulan
13
BAB2: LATAR BELAKANG KUCHING DAN MASYARAKAT MELAYU SARAWAK 2.1
Pengenalan
14
2.2
Asal Usul Kuching
16
2.3
Asal Usul Masyarakat Melayu Sarawak
18
2.4
Sosioekonomi Masyarakat Melayu
25
vii
2.5
Kesimpulan
30
BAB 3: PEMBUDAYAAN PERAUK TAMBANG SEMASA REJIM BROOKE 3.1
Pengenalan
31
3.2
Pembudayaan Perauk Tambang Semasa Pentadbiran James Brooke (1841-1868)
32
3.3
Pembudayaan Perauk Tambang Semasa Pentadbiran Charles Brooke (1868-1917)
38
3.4
Pembudayaan Perauk Tambang Semasa Pentadbiran Charles Vyner Brooke (1917-1941)
43
3.5
Kesimpulan
45
BAB 4: TRADISI PEMBUATAN DAN PEMBUDAYAAN PERAUK TAMBANG PADA MASA KINI 4.1
Pengenalan
47
4.2
Jenis-Jenis Perahu Tambang
47
4.3
Tradisi Pembuatan Perahu Tambang
51
4.4
Pembudayaan Perahu Tambang
56
4.5
Kesimpulan
59
BAB 5: PENUTUP
61
BIBLIOGRAFI
65
LAMPIRAN Lampiran A
67
viii
SENARAI JADUAL Jadual
Halaman
2.1
Penduduk Sarawak Mengikut Banci 1980
15
3.1
Pendaftaran Pelajar Sekolah Melayu 1883-1921
40
ix
SENARAI FOTO
Foto
Halaman
2.1
Pemandangan di Kuching pada Tahun 1839
17
2.2
Perahu Barong
27
2.3
Perahu Heng Hua Kotak
28
3.1
Pengangkutan di Sungai Sarawak pada Tahun 1800
33
3.2
Ketibaan James Brooke dengan Menggunakan Kapal H. M. S Dido
34
3.3
Permandangan Astana pada Tahun 1880
42
3.4
Suasana di Sungai Sarawak semasa Pemerintahan Charles Vyner Brooke
44
4.1
Perauk Tambang Melayu
48
4.2
Perauk Tambang Orang Ulu Boat
49
4.3
Perauk Tambang Iban Long Boat
50
4.4
Proses Pemuliharaan Perauk Tambang Warisan
52
4.5
Pemilihan Papan Dinding Perauk Tambang
52
4.6
Proses Pembuatan bahagian Haluan Perauk Tambang
53
4.7
Penggunaan Teknik Pasak dalam Perauk Tambang
53
4.8
Proses Pembuatan bahagian dalam Perauk Tambang
54
4.9
Penggunaan Gergaji dalam Proses Pembuatan Dinding Perauk Tambang
54
4.10
Proses Pemeliharaan dan Pemuliharaan Perauk Tambang Warisan yang telap Siap di Waterfront Kuching
55
4.11
Perkembangan Waterfront di Kuching pada Masa Kini
57
4.12
Warisan Perauk Tambang Tradisional di Muzium Sarawak
58
4.13
Pengkalan Perauk Tambang di Pengkalan Panjang
59
x
SENARAI LAMPIRAN Lampiran A
Halaman
Foto A1: Bahagian Bahagian Hadapan Perauk Tambang
68
Foto A2: Bahagian Bahagian Belakang Perauk Tambang
68
Foto A3: Suasana Sungai Sarawak pada Waktu Pagi
69
Foto A4: Suasana Sungai Sarawak pada Waktu Senja
69
Foto A5: Replika Perauk Tambang
70
Foto A6: Perauk Tambang Menjadi Lambang Sungai Sarawak
70
Foto A7: Pengkaji Bersama Perauk Tambang Tradisional
71
Foto A8: Gebenor Terakhir Sarawak Menaiki Perauk Tambang
71
xi
SENARAI SINGKATAN Bil.
Bilangan
hlm.
Halaman
Ibid.
In the work cites
No.
Nombor
op. cit.
opere citato
Vol.
Volume
xii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Sarawak terletak di bahagian barat laut Kepulauan Borneo. Sarawak berada di kedudukan kira-kira di antara 00 50' hingga ke 50 0' di utara garisan lintang dan di antara 1,000 5' hingga 1,1150 50' pada garisan bujur. Sarawak adalah bersempadanan dengan Kalimantan, iaitu Selatan Indonesia, sementara di sebelah utara bersempadanan dengan negara Brunei dan negeri Sabah. Berdasarkan kepada Madzlan Abdullah, Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia dengan keluasan iaitu kira-kira 123, 985 kilometer persegi iaitu hampir menyamai keluasan keseluruhan negeri di Semenanjung Malaysia. Sarawak mempunyai penduduk seramai 977, 013 orang dengan kepadatannya kira-kira 20 orang satu batu persegi.1 Sarawak juga mempunyai sebelas bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Betong, Mukah, Limbang, Sibu, Bintulu, Kapit dan Miri yang mana ibu negeri Sarawak adalah berada di Kuching. Masyarakat di Sarawak adalah cenderung untuk menggunakan sungai sebagai sumber harian dan sebagai laluan perhubungan. Antara sungai yang terdapat di Sarawak ialah seperti Sungai Sarawak, Sungai Rejang, Sungai Batang Lupar. Batang Rajang atau Sungai Rajang yang terdapat di Sarawak merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia dengan panjangnya 563 Kilometer yang bermula dari Banjaran Iran di tengah Pulau Borneo hingga ke Laut China Selatan di Barat. Hal ini telah menyebabkan kewujudan pembudayaan pembuatan perahu sebagai alat pengangkutan air yang utama di Sarawak sejak zaman dahulu lagi.
1
Madzlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1978, hlm. 8.
1.2
Permasalahan Kajian
Pengangkutan air iaitu perahu tambang atau lebih disebut sebagai perauk tambang dalam masyarakat Melayu di Sarawak adalah sangat penting di Kuching pada masa dahulu iaitu semasa pemerintahan rejim Brooke. Namun, kebanyakan kajian berkaitan pengangkutan air di sarawak pada masa kini adalah lebih memfokuskan tentang pengangkutan masa kini dan mengetepikan kepentingan pengangkutan perauk tambang yang banyak memiliki nilai sejarahnya yang tersendiri. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan peranan perauk tambang sebagai pengangkutan air yang utama di Kuching pada suatu ketika dahulu semakin dilupakan oleh masyarakat masa kini. Oleh hal yang demikian, hal ini telah mendorong pengkaji untuk mengkaji dengan lebih teliti berkaitan dengan sejarah pembudayaan perauk tambang di Kuching pada zaman Brooke. Permasalah kajian yang cuba dirungkai oleh pengkaji ialah mengapakah pada zaman rejim Brooke pembuatan dan pembudayaan perauk tambang di Kuching berkembang pesat berbanding dengan zaman sebelum rejim Brooke. Justeru, pengkaji akan meneliti konsep dan perubahan-perubahan berkaitan dengan pembudayaan perauk tambang dalam kehidupan masyarakat Melayu yang tinggal di Kuching pada masa dahulu. Selain itu, apakah pula sebenarnya perauk tambang dengan mengkaji kaedah pembuatan perahu tambang dalam kalangan masyarakat Melayu Sarawak yang berperanan sebagai pembuat perahu tambang tersebut.
1.3
Objektif Kajian
Kajian ini adalah mengkaji perkara pokok yang ingin difahami secara mendalam oleh pengkaji iaitu berkaitan dengan pembudayaan perauk tambang di Kuching pada zaman rejim Brooke. Antara objektif kajian yang terkandung dalam kajian ini ialah bagi mengkaji faktor yang menyebabkan perkembangan perauk tambang pada zaman rejim Brooke. Dalam hal ini, pengkaji juaga akan mengkaji siapakah yang membawa kepada pembudayaan perauk tambang tersebut. Selain itu, objektif 2
kajian yang seterusnya adalah bagi mengkaji apakah sebenarnya perauk tambang dengan mengkaji kepada reka bentuk dan cara pembuatan perauk tambang di samping untuk mengkaji apakah modus operandi yang telah dijalankan bagi mengekalkan warisan perauk tambang sebagai pengangkutan air tradisional di Kuching.
1.4
Skop dan Batasan Kajian
Skop kajian ini adalah hanya memfokuskan perauk tambang yang merupakan salah satu pengangkutan air yang sangat penting semasa Kuching berada di bawah pemerintahan rejim Brooke. Dalam hal yang demikian, batasan tempat kajian ini pula ialah tertumpu di kawasan Kuching sahaja yang merupakan bahagian pentadbiran Sarawak yang utama sejak zaman Brooke. Selain itu, batasan masa kajian ialah semasa Kuching berada di bawah pemerintahan rejim Brooke iaitu dari skop tahun 1841 dan tamat pada tahun 1941. Justeru, kajian ini akan menyentuh peranan yang dimainkan oleh ketiga-tiga Rajah Brooke ketika itu iaitu bermula dari zaman pemerintahan James Brooke, Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke. Di samping itu, latar masyarakat yang akan dikaji ialah masyarakat Melayu yang tinggal di Kuching yang berperanan dalam membudayakan perauk tambang semasa zaman pemerintahan rejim Brooke dan masih menjalankan aktiviti pengangkutan perauk tambang di sekitar Kuching Kuching sehingga kini.
1.5
Kepentingan Kajian
Dalam penulisan ini, kepentingan kajian adalah amat dititikberatkan kerana ianya adalah perkara utama yang mendorong pengkaji untuk membuat kajian berkaitan perkembangan pengangkutan air pada masa dahulu. Penulisan latihan ilmiah ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang sejarah pembudayaan perauk tambang atau perauk tambang yang merupakan salah sebuah pengangkutan air yang terpenting di Kuching pada masa dahulu yang mana kajian ini adalah lebih melihat kepada sejarah pembudayaan perauk tambang pada masa pemerintahan rejim 3
Brooke. Kajian ini adalah penting bagi menambahkan sumber penulisan disebabkan peranan perauk tambang sebagai sebuah pengangkutan sungai yang utama di Kuching kurang diberikan penekanan oleh sesetengah penulis sebelum ini. Selain itu, kajian ini juga penting menjelaskan kepada masyarakat pembaca pada masa kini untuk memahami sejarah pengangkutan perauk tambang di Kuching pada masa zaman pemerintahan rejim Brooke. Hal ini demikian kerana penulisan latihan ilmiah ini memberikan penekanan kepada sejarah pembudayaan
perauk tambang dan hasil penulisan ini diharapkan dapat memberikan ilmu yang sangat berguna kepada masyarakat khususnya kepada masyarakat yang tinggal di Sarawak secara amnya bagi mengenali sejarah pembudayaan perauk tambang di Kuching pada zaman pemerintahan rejim Brooke. Seterusnya,
kajian
ini
juga
bertujuan
untuk
mengisi
kekosongan,
menambahkan fakta dan membuat kajian baharu yang sebelum ini jarang disentuh oleh para pengkaji. Oleh itu, dengan terhasilnya penulisan latihan ilmiah, adalah amat diharapkan agar ia dapat membantu pengkaji daripada generasi baharu untuk membuat kajian dan juga untuk membuat rujukan dan panduan daripada hasil penulisan ini.
1.6
Metodologi kajian
Dalam menjalankan kajian yang bertajuk "Sejarah Pembudayaan Perauk Tambang Masyarakat Melayu di Kuching Semasa Rejim Brooke (1841-1941)," pengkaji akan menggunakan disiplin sejarah dalam melakukan kajian ini. Dalam hal ini, pengkaji menggunakan kaedah pendekatan sejarah dari bawah dengan melihat kepada peranan yang dimainkan oleh masyarakat Melayu di Kuching dalam membudayakan
perauk tambang sebagai pengangkutan air yang utama pada masa pemerintahan rejim Brooke. Selain itu, kaedah kajian yang digunakan dalam melakukan kutipan data kajian ini ialah dengan menggunakan kaedah kajian arkib untuk mendapatkan sumber primer yang berkaitan dengan kajian ini yang mana kajian arkib ini akan 4
dijalankan di arkib dan Muzium Negeri Sarawak yang terdapat di Kuching, Sarawak. Di samping itu, pengkaji juga akan menggunakan kaedah kajian perpusatakaan
(library research) bagi mendapatkan sumber bertulis yang lain khususnya iaitu sumber sekunder yang akan diperolehi daripada perpustakaan Tun Jugah Foundation, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Yayasan Sabah dan Perpustakaan Kota Kinabalu sama ada dalam bentuk dokumen, laporan, tesis, majalah, jurnal, akhbar, buku dan juga sumber daripada internet. Selain itu, kajian ini juga turut akan menggunakan kaedah temubual atau kaedah lisan. Ini adalah bertujuan untuk memperolehi maklumat yang tidak ada ditulis di dalam buku mahupun dalam dokumen bercetak yang tidak diterbitkan. Justeru, hal ini dipercayai dapat membantu pengkaji untuk memperolehi maklumat yang lebih tepat kerana kesemua sumber untuk memperolehi maklumat digunakan dalam penyelidikan ini sama ada sumber primer, sumber sekunder dan sumber lisan. Individu yang akan ditemubual adalah terdiri daripada masyarakat Melayu Sarawak yang menjalankan aktiviti pengangkutan perauk tambang sebagai kehidupan seharian mereka dan juga mereka yang turut mengetahui sejarah pembudayaan
perahu
tambang
di
Kuching,
Sarawak
pada
masa
dahulu
terutamanya semasa era pemerintahan rejim Brooke.
1.7
Sorotan Literatur
Penulisan latihan ini adalah berkaitan dengan sejarah pembudayaan perauk tambang di Kuching, Sarawak pada zaman pemerintahan rejim Brooke di Sarawak (1841-1941) yang mana pengangkutan perauk tambang telah dijalankan oleh masyarakat Melayu Sarawak pada masa tersebut. Dalam melakukan sorotan literatur ini, pengkaji telah menyedari bahawa hasil penulisan berkaitan sejarah pembudayaan perahu tradisional seperti perauk tambang adalah kurang disentuh oleh para penulis yang lain. Dalam hal ini terdapat beberapa buku yang telah disorot oleh pengkaji bagi menambahkan fakta dan maklumat dalam penulisan ini.
5
Dalam hal ini, antara hasil penulisan yang disorot dalam melakukan kajian sejarah pembudayaan perauk tambang di Kuching, Sarawak ialah buku yang ditulis oleh Ahmad Jelani Halimi.2 Penulis telah menyatakan bahawa terdapat beberapa jenis perahu yang terdapat di Nusantara yang ada dalam kalangan masyarakat Melayu pada masa dahulu iaitu seperti perahu, sampan dan balang. Namun, penulis tidak menyatakan jenis perahu yang lain seperti perauk tambang disebabkan penulisannya adalah lebih memfokuskan tentang kehidupan masyarakat Melayu feudal pada zaman Kesultanan Melayu Melaka sahaja. Dalam hal ini juga, penulis juga telah memberikan maklumat secara terperinci berkenaan peranan perahu di alam Melayu yang banyak digunakan oleh para pelayar Melayu pada sekitar abad ke-18. Di samping itu, penulis juga turut menyatakan bahawa peranan perahu pada masa itu adalah lebih kepada untuk tujuan perdagangan dan ini dilihat lebih menyerupai peranan perauk tambang yang ada di Kuching, Sarawak pada masa dahulu. Selain itu, hasil penulisan lain yang telah disorot oleh pengkaji ialah buku yang dihasilkan oleh Semuel Kurni.3 Dalam penulisan tersebut, penulis telah menjelaskan dengan lebih terperinci berkaitan dengan peranan perahu dalam masyarakat Rayori yang mendiami kepulauan Indonesia. Menurut penulis, masyarakat Rayori adalah merupakan antara pembuat perahu tradisional yang terdapat di Indonesia yang mana mereka mempunyai corak dan teknik pembuatan yang tersendiri dalam proses pembuatan perahu. Kelebihan yang terdapat dalam penulisan ini ialah penulis ada menyebut tentang proses pembuatan perahu dalam kalangan masyarakat Rayori dengan menjelaskan tentang konsep perahu dan cara pembuatan serta kayu yang digunakan dalam proses pembuatan perahu tradisional tersebut dan ini telah memberikan gambaran awal kepada pengkaji untuk mengkaji corak pembudayaan perahu tradisional yang lain seperti perauk tambang yang terdapat di Kuching, Sarawak.
2
Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka Abad Ke-15 Hingga Ke18, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006.
3
Semuel Kurni, Teknik Pembuatan Perahu Tradisional oleh Masyarakat Kampung Rayori Distrik Kepulauan Aruri Kabupaten Supiori Provinsi Papua, Manokwari: Universitas Negeri Papua, 2013.
6
Di samping itu, buku yang ditulis oleh Ismail Ali dan Mohammad Raduan Mohd Ariff juga turut menjelaskan tentang pembudayaan perahu awal di kepulauan Nusantara pada masa dahulu iaitu sebelum zaman kedatangan dan pendudukan kuasa kolonial Eropah.4 Dalam buku ini, para penulis telah menjelaskan bahawa perahu tradisional yang telah banyak memberikan corak pembudayaan masyarakat pelayar alam Melayu ialah perahu bercadik (outrigger). Penulisan kedua-dua penulis ini adalah sangat penting bagi mengkaji perahu yang digunakan oleh masyarakat di Nusantara dahulu yang digunakan untuk tujuan pelayaran jarak dekad dan pelayaran jarak jauh di samping untuk tujuan perdagangan. Para penulis juga turut mengkaji sejarah kedatangan perahu bercadik ke Nusantara sama ada perahu tersebu adalah berasal dari dalam kepulauan Nusantara sendiri ataupun dibawa pelayar luar berdasarkan beberapa teori seperti teori J. Hornell, Sean MacGrail dan juga bukti-bukti arkeologi. Dalam penulisan ini, para penulis juga turut mengkaji pembudayaan perahu awal di Nusantara cuma berlainan konteksnya sahaja jika dibandingkan dengan penulisan yang cuba dilakukan oleh pengkaji yang lebih melihat kepada corak pembudayaan perauk tambang di Kuching, Sarawak. Oleh hal yang demikian, buku yang dihasilkan oleh Ismail Ali dan Mohammad Raduan Mohd Ariff ini adalah sangat penting dalam mengkaji peranan perahu tradisional dalam mencorakkan pembudayaan pelayaran dan perdagangan di Nusantara pada masa dahulu seperti zaman keagungan empayar Srivijaya (Buddha) dan Empayar Majapahit (Hindu). Di samping itu, hasil penulisan yang dihasilkan oleh Elymart Jastro juga telah menceritakan secara terperinci tentang pembudayaan perahu awal di Nusantara seperti hasil penulisan Ismail Ali dan Mohammad Raduan Mohd Ariff yang bertajuk Pembudayaan Perahu Bercadik (outrigger) di Nusantara. Menurut Elymart Jastro, terdapat banyak perahu tradisional yang terdapat di Nusantara seperti yang dinyatakan oleh Ismail Ali dan Mohammad Raduan Mohd Ariff dan memberikan istilah-istilah yang tertentu oleh masyarakat yang tinggal di Indonesia
4
Ismail Ali dan Mohammad Raduan Mohd Ariff, Pembudayaan Perahu Bercadik (Outrigger) di Nusantara, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2009.
7
pada masa dahulu.5 Hal ini sama juga dengan istilah perahu yang terdapat di Sarawak yang mempunyai nama-nama yang tertentu seperti perauk tambang yang disebut sebagai perauk tambang dalam kalangan masyarakat Melayu di Sarawak. Selain itu, hasil penulisan lain yang turut disorot ialah buku yang ditulis oleh S. Baring Gould dan C.A. Bampfylde.6 Di sini, para penulis telah menceritakan tentang peranan perahu yang digunakan di Sarawak semasa zaman pemerintahan rejim Brooke. Namun, perahu-perahu yang dimaksudkan ialah hanya untuk tujuan peperangan dan juga ekspedisi perluasan kuasa yang telah dilakukan oleh James Brooke semasa memerintah Sarawak. Dalam hal ini juga, penulis tidak menceritakan peranan dan pembudayaan perauk tambang walaupun pembudayaan
perauk tambang turut mengalami kemajuan semasa era pemerintahan James Brooke tersebut. Hal ini kerana James Brooke dilihat lebih memfokuskan peranan perahu dalam usaha memerangi lanun di muara Sungai Sarawak di awal pemerintahannya. Oleh hal yang demikian, buku ini dilihat tidak menjelaskan secara terperinci tentang keseluruhan pembudayaan perahu pada masa masa pemerintahan rejim Brooke seperti peranan perauk tambang sebagai alat pengangkutan tradisional yang sangat penting bagi perhubungan di Kuching pada masa tersebut. Menurut Jesinja Bin Ambasing, pembudayaan dan pembuatan perahu dalam kalangan sesebuah masyarakat adalah bergantung kepada faktor penempatan masyarakat
di
sesuatu
tempat.7
Hal
ini
menjadikan
sesetengah
corak
pembudayaan perahu adalah berbeza mengikut sesuatu tempat yang berlainan. Selain itu, penulis juga menyatakan bahawa faktor keagamaan juga penting kepada budaya pembuatan perahu itu sendiri. Dalam penulisannya, beliau banyak menyentuh peranan dan warisan perahu kayu dalam komuniti pesisir pantai dan pulau-pulau yang terdapat di Sandakan. Penulisan beliau ini penting dalam sebagai 5
Elymart Jastro, Kajian Perahu Tradisional Nusantara Di Muzium Bahari, Jakarta Utara. Jakarta: Universitas Indonesia, 2010.
6
S. Baring Gould dan C.A. Bampfylde, A History of Sarawak: Under its Two White Rajahs 1839-1908, London: Sotheran & Co. Bhd, 2007.
7
Jesinja Bin Ambasing, Warisan Perahu Kayu Komuniti Pesisir Pantai dan Pulau di Sandakan Sabah, Latihan Ilmiah, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2009.
8
gambaran awal tentang bagaimana sesebuah masyarakat itu membudayakan sesebuah perahu dalam kehidupan seharian mereka seperti yang terdapat di sekitarnya seperti pembudayaan perauk tambang dalam komuniti masyarakat Melayu Sarawak yang tinggal di lembah Sungai Sarawak, Kuching. Menurut P. Sivarajan dan S. Malar Arasi pula, perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Sarawak pada zaman pemerintahan Rejim Brooke adalah berada pada tahap yang rendah. Hal ini demikian hanya terdapat terdapat beberapa sahaja jalan raya yang pendek dan tidak berturap di Kuching dan Miri dan kawasan yang berhampirannya. Penulis menyatakan bahawa terdapat kesukaran untuk membina jalan raya sekaligus telah menyebabkan Sarawak mengambil masa yang panjang dalam proses pembinaan jalan raya. Selepas pembentukan Malaysia, barulah pembinaan jalan raya telah berkembang pesat di Sarawak. Selain itu, para penulis turut menyatakan bahawa perkembangan bandar di Sarawak adalah tertumpu di kawasan yang mempunyai aktiviti ekonomi yang dapat menarik ramai penduduk. Bandar Kuching telah dijadikan sebagai ibu negeri Sarawak pada tahun 1841 oleh James Brooke dan kebanyakan penduduk pada ketika itu adalah terdiri daripada orang Melayu Borneo dan sebilangan kecil pedagang Cina. Namun penulisan ini kurang memberikan maklumat secara terperinci tentang perkembangan pengangkutan darat dan juga tidak memberikan maklumat tentang perkembangan pengangkutan air di Sarawak.8 Selain daripada menyorot buku yang berkaitan dengan pembudayaan perahu, pengkaji juga turut menyorot penulisan yang berkaitan dengan masyarakat Melayu Sarawak dari sudut sosioekonomi mereka yang akhirnya mewujudkan pembudayaan perahu tambang pada zaman pemerintahan rejim Brooke. Menurut L. W Jones dalam penulisannya yang bertajuk The Population of Borneo: A study of
the people of Sarawak, Sabah and Brunei, beliau berpendapat bahawa selepas Perang Dunia Kedua, ketiga-tiga buah kawasan ini iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei
8
P. Sivarajan dan S. Malar Arasi, Sejarah Sosioekonomi Malaysia sehingga Tahun 1970, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, 2012.
9
mengalami peningkatan yang cepat dari segi ekonomi dan perkhidmatan sosial.9 Di samping itu, pertambahan penduduk juga meningkat dengan mendadak pada ketika itu. Namun, buku ini tidak menyatakan secara terperinci tentang perkembangan sosioekonomi masyarakat Melayu di Sarawak pada masa itu menyebabkan peranan mereka dalam bidang tertentu seperti bidang pengangkutan
perauk tambang adalah menjadi kabur. Hasil penulisan lain yang turut disorot ialah penulisan Amarjit Kaur.10 Menurutnya, kaum Melayu Sarawak yang datang telah mendiami kawasan pantai dan mengambil alih kawasan pendalaman untuk membangunkan tanaman padi sawah di sepanjang tebing sungai.
Di samping itu juga, semasa pemerintahan
Brunei di Sarawak, kaum Melayu telah berevolusi dalam konteks aristokrasi yang mana kekurangan kuasa dalam menjalankan perdagangan dengan pedagang China. Pada tahun 1850, ekonomi masyarakat Melayu telah berkembang dimana mereka telah menjalankan perdagangan sagu antara masyarakat Melayu Kuching dengan masyarakat Melayu di Mukah dan Oya.
Sagu yang telah diproses itu
kemudiannya telah dihantar ke Kilang yang hanya terdapat di bahagian Kuching sahaja. Hal ini memperlihatkan masyarakat Melayu telah mengalami perkembangan dari segi ekonomi dimana pada mulanya mereka mengamalkan ekonomi sara diri dan kemudiannya telah diambil bekerja oleh pemerintah Brooke untuk menjadi orang tengah dalam perniagaan. Penulisan beliau ini telah memberikan maklumat yang penting dalam mengkaji perkembangan sosioekonomi masyarakat di Kuching terutamanya semasa pemerintahan rejim Brooke yang kemudiannya telah mencorakkan
perkembangan
pembudayaan
perauk tambang dalam aspek
perhubungan dan perdagangan di Kuching.
9
. L. W Jones, The Population of Borneo: A Study of the Peoples of Sarawak, Sabah and Brunei, Journal The Australian Quaterly. Vol. 39, 1967.
10
Amarjit Kaur, The Babbling Brookes: Economic Change in Sarawak 1841-1941, Journal Modern Asian Studies. Vol. 29, No. 1, 1995.
10
Menurut Wan Kamal Mujani dan Noranizah Yusuf, mereka telah menjelaskan tentang perubahan keadaan kehidupan orang Melayu setelah memerintah Sarawak dan mula campur tangan dalam urusan adat resam orang Melayu.11 Sebagai contohnya, beliau telah menubuhkan Probate and Divorce Court bagi menguruskan hal-hal perkahwinan, perceraian dan kematian di kalangan masyarakat Islam Sarawak. Hal ini memperlihatkan Brooke telah mula melibatkan diri dalam adat masyarakat Melayu. Selain itu juga, Charles Brooke juga telah menggubal satu undang-undang, iaitu Ordinan Wasiat Islam pada tahun 1896, yang mana dilihat untuk mengawal segala urusan wasiat yang dibuat oleh orang Islam. Menurut Wan Kamal juga, beliau menyatakan perubahan dalam cara berpakaian orang Melayu yang mana telah memakai kot dan sebagainya. Perubahan ini berlaku adalah disebabkan pembaharuan yang dibawa oleh keluarga Brooke ke Sarawak dilihat bertentangan dengan adat resam masyarakat Melayu yang sebenarnya. Fenomena ini menyebabkan golongan ulama tempatan bertindak balas dengan mewujudkan sistem pendidikan Islam di Sarawak yang lebih formal kepada masyarakat Islam. Penulisan ini penting bagi menjelaskan tentang perubahan kehidupan orang-orang Melayu di Sarawak semasa pemerintahan rejim Brooke. Namun, perubahan dan perkembangan pengangkutan perauk tambang dalam kalangan masyarakat Melayu pada ketika itu tidak dijelaskan oleh penulis. Menurut Ooi Keat Gin pula, perkembangan taraf hidup orang Melayu khususnya dalam aspek pendidikan Melayu Sarawak pada zaman pemerintahan Brooke masih berada pada tahap mundur dan tidak menunjukkan perubahan.12 Lagipun, kepentingan pendidikan pada masa itu adalah belum jelas dan dilihat tidak diambil berat oleh masyarakat bawahan. Menurutnya lagi, masyarakat Melayu bawahan yang merupakan majoriti di Sarawak bekerja sebagai petani, ada juga nelayan, buruh dan sebagainya. Golongan tersebut tinggal di kawasan pendalaman Sarawak, khususnya di luar bahagian Kuching. Berbanding di bahagian Kuching, golongan ini memerlukan anak-anak mereka, khususnya golongan bawahan untuk 11
Wan Kamal Mujani & Noranizah Yusuf, Islam dan Missionari di Sarawak: Kesan terhadap Pendidikan pada Zaman Crown Colony, 1841-1941, Jurnal Sosiohumanika, Vol. 3, No. 2, 2010.
12
Ooi Keat Gin, Sarawak Malay Attitudes Towards Education during the Period of Brooke Rule, 18411946, Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 21, No. 2, 1990.
11
membantu mereka untuk menjadi buruh ketika musim menuai. Sekiranya mereka pergi ke sekolah, perkara ini akan menyebabkan ibu bapa kekurangan buruh untuk membantu mereka. Hal ini menyebabkan mereka berpendapat disebabkan oleh kekurangan pendidikan peringkat rendah yang tidak membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa balik ke kampung dan menjalankan pekerjaan tradisional mereka dan hal ini berbeza dengan kepentingan pendidikan dalam masyarakat Melayu yang tinggal di bandar Kuching pada masa itu.
1.8
Pembahagian Bab
Kajian dan penulisan latihan ilmiah yang bertajuk Sejarah Pembudayaan Perauk
Tambang Masyarakat Melayu di Kuching Semasa Rejim Brooke (1841-1941) adalah terbahagi kepada lima bab kesemuanya. Bab pertama akan memberikan gambaran awal kepada pengkaji tentang kajian yang ingin dijalankan iaitu berkaitan dengan sejarah pembudayaan perauk tambang di Kuching pada zaman pemerintahan rejim Brooke. Dalam bab ini, ia mengenai kerangka kajian iaitu seperti pengenalan, permasalahan kajian, objektif kajian, skop kajian, kepentingan dan kaedah kajian yang akan digunakan semasa penyelidikan dilaksanakan serta sorotan literatur. Bab dua adalah bertajuk Latar Belakang Kuching dan Masyarakat Melayu
Sarawak. Bab ini akan membincangkan latar belakang secara umum keadaan geografi negeri Sarawak dan turut menyentuh asal usul Kuching. Selain itu, bab ini juga akan menjelaskan asal usul masyarakat Melayu di Kuching dengan mengkaji corak migrasi masyarakat tersebut ke Kuching. Bab ini juga turut menceritakan tentang keadaan taraf hidup dan perkembangan sosioekonomi masyarakat Melayu sebelum dan semasa pemerintahan rejim Brooke di Sarawak serta menyentuh sedikit perkembangan sosioekonomi masyarakat Melayu selepas era kemerdekaan. Bab tiga pula adalah bertajuk Pembudayaan Perauk Tambang pada Zaman
Rejim Brooke. Dalam bab ini, pengkaji akan mengkaji secara menyeluruh tentang perkembangan pembudayaan perahu tambang dari tahun 1841-1941 iaitu semasa pemerintahan
rejim
Brooke
di
Sarawak. 12
Dalam
hal
ini,
pengkaji
akan
membincangkan secara kronologi perkembangan pembudayaan perauk tambang iaitu bermula dari zaman pemerintahan James Brooke, Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke. Bab empat adalah bertajukl Tradisi Pembuatan dan Pembudayaan Perauk
Tambang pada Masa Kini. Bab ini akan menjelaskan jenis-jenis perauk tambang yang terdapat di Kuching yang menjadi warisan di Kuching pada masa kini serta proses pembuatan perauk tambang tersebut. Selain itu, bab ini juga akan menjelaskan tentang pembudayaan perauk tambang dalam kalangan masyarakat Melayu yang tinggal di Kuching yang mana penulis akan mengkaji bentuk pembudayaan perauk tambang yang masih kekal dalam kalangan masyarakat tersebut. Bab lima pula merupakan bab yang terakhir yang menjadi penutup dan rumusan kepada keseluruhan bab yang ada dalam kajian ini.
1.9
Kesimpulan
Kesimpulannya, kajian yang akan dilakukan adalah penting bagi mengkaji sejarah pembudayaan perahu tambang atau perauk tambang yang ada di Kuching, Sarawak pada masa pemerintahan rejim Brooke. Oleh hal yang demikian, cadangan penyelidikan ini adalah sangat penting bagi memberikan gambaran terlebih dahulu dan berperanan sebagai asas kepada penyelidikan yang dilakukan. Melalui hasil kajian ini nanti, semoga dapat membantu memberikan maklumat yang berguna kepada khalayak pembaca dalam usaha mengkaji sejarah dan pembudayaan pengangkutan air di Sarawak secara umumnya dan di Kuching secara khususnya.
13
BAB 2 ASAL USUL KUCHING DAN MASYARAKAT MELAYU SARAWAK
2.1
Pengenalan
Negeri Sarawak atau lebih dikenali sebagai gelaran Sarawak Bumi Kenyalang merupakan sebuah negeri yang terbesar di Malaysia jika dibandingkan dengan semua negeri di Malaysia dengan keluasan kira-kira 123 985 kilometer persegi. Ia terletak di antara 0' 50' di garisan lintang dan 109' 5' di garisan bujur bumi.
1
Sarawak adalah terpisah dengan bahagian Semenanjung Malaysia dan terletak di Borneo bersempadanan dengan Kalimantan, Brunei dan Sabah. Sarawak adalah berada di bawah satu pemerintahan Rejim Brooke hampir 100 tahun sebelum Sarawak menyertai Sabah dan Semananjung Malaysia bagi sama-sama membentuk Malaysia pada tahun 1963. Sarawak merupakan sebuah negeri yang sangat unik kerana memiliki masyarakat berbilang kaum yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Iban, Melayu Sarawak, Kayan, Kenyah, Kelabit, Melanau dan sebagainya yang mana suku-suku etnik tersebut dibahagikan kepada Dayak Darat dan Dayak Laut yang memiliki budaya yang berbeza. Jadual 2.1 akan menerangkan struktur demografi masyarakat di Sarawak pada tahun 1980 berdasarkan kepada kumpulan etnik-etnik yang tertentu. Antaranya ialah kumpulan etnik Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Cina, India dan etnik-etnik yang lain. Ia adalah berdasarkan kepada jumlah dan peratusan bilangan penduduk yang merangkumi semua bahagian yang terdapat di Sarawak.
1
Syed Idrus Syed Ahmad dan R. Santhriam, Perkembangan Pendidikan di Sarawak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 1.
Jadual 2.1: Penduduk Sarawak Mengikut Banci 1980 Kumpulan Etnik
Jumlah (ribu)
Peratus
Melayu
257.8
19.7
Melanau
75.1
5.7
Iban
396.3
30.3
Bidayuh
107.5
8.2
Cina
385.2
29.5
India
3.3
0.2
Suku-suku kaum lain
69.1
5.3
Lain-lain
13.3
1.0
Jumlah
1307.6
100.0
Sumber: Syed Idrus Syed Ahmad dan R. Santhriam, Perkembangan Pendidikan di Sarawak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm 2.
Berdasarkan kepada jadual 2.1, masyarakat yang majoriti di Sarawak ialah kaum Iban, Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau, dan diikuti oleh etnik-etnik yang lain. Kumpulan etnik Iban terdiri daripada 30% iaitu sebanyak 396, 300 bilangan penduduk dan diikuti oleh kaum Cina (385, 200), kaum Melayu (257, 000), dan etnik-etnik yang lain berdasarkan kepada semua bahagian yang terdapat di Sarawak pada masa tersebut. Dari segi sejarah, Sarawak juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri seperti mana tempat-tempat lain yang ada di Malaysia. Boleh dikatakan bahawa sejarah Sarawak adalah terbahagi kepada tiga zaman yang berbeza iaitu era Kesultanan Brunei, era pentadbiran rejim Brooke dan juga semasa Sarawak berada dalam penjajahan Jepun. Sebelum kedatangan kedatangan kuasa Barat iaitu James Brooke, nama Sarawak adalah kurang jelas dan Sarawak lebih dikenali sebagai Borneo sahaja pada masa itu. Nama Sarawak hanya diketahui ramai setelah penyerahan Sarawak oleh Sultan Brunei kepada James Brooke yang mana Sarawak pada masa itu hanyalah merujuk kepada kawasan dari Tanjung Datu hingga ke Sungai Sadong termasuk Lundu, Sungai Sarawak dan Samarahan sehinggalah 15
James Brooke meluaskan lagi kawasan Sarawak menerusi beberapa edisi perluasan kuasa. Kejayaan-kejayaan dasar perluasan kawasan jajahan Brooke dapat dilihat setelah berjaya mendapatkan Miri dan bahagian-bahagian yang lain seperti Mukah, Sibu dan Bintulu daripada Kesultanan Brunei.
2.2
Asal Usul Kuching
Kuching merupakan bahagian Pertama di Sarawak yang mana ia merupakan bahagian pentadbiran Sarawak yang utama. Seperti tempat-tempat lain, Kuching juga mempunyai asal usulnya yang tersendiri sepertimana berdasarkan pendapatpendapat tertentu. Versi pertama asal usul nama Kuching ialah ia berasal daripada nama haiwan iaitu Kucing. Semasa James Brooke mula mengembara di Sungai Sarawak pada tahun 1841, beliau telah ditemani oleh seorang pemuda yang berbangsa Melayu. Mereka tiba-tiba ternampak seekor haiwan yang sedang melompat-lompat di tebing Sungai Sarawak dan James Brooke telah bertanya kepada pemuda tersebut akan apakah nama haiwan tersebut. Pemuda tersebut telah memberitahu kepada James Brooke bahawa haiwan tersebut adalah Kucing yang kemudiannya memberikan nama kawasan tersebut sebagai Kuching. namun, terdapat sedikit kekeliruan kerana masyarakat Melayu adalah lebih biasa menyebut kucing sebagai pusa.2 Versi yang kedua pula ialah James Brooke merujuk Kuching sebagai sebuah pelabuhan "Cochin" yang terdapat di Indo china dan berpusat di India. Manakala versi asal usul nama Kuching yang seterusnya ialah Kuching berasal daripada nama sebuah sungai kecil yang mengalir di hadapan Kuil Pek Kong di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Padungan. Versi yang seterusnya ialah Kuching diberi nama berdasarkan kepada sejenis buah-buahan iaitu buah mata kucing iaitu Nephelium Malarense dalam nama saintifiknya.3 Namun, kesemua versi yang menerangkan 2
Chang Pat Foh, Heroes of the Land and Hornbill, Kuching: Lee Ming Press Co, 1997, hlm. 54.
3
Ibid., hlm. 55.
16
asal usul nama Kuching tersebut adalah masih kabur kerana masing-masing mempunyai tafsiran yang berbeza. Foto 2.1: Pemandangan di Kuching pada Tahun 1839
Sumber: Pejabat Daerah Kuching
17
2.3
Asal Usul Masyarakat Melayu Sarawak
Banyak pendapat yang menyatakan bahawa masyarakat Melayu Sarawak yang tinggal di Kuching adalah bukan masyarakat asal di Kuching dan bukan berasal dari Sarawak itu sendiri yang mana ia adalah berdasarkan kepada beberapa teori migrasi yang mengatakan bahawa masyarakat tersebut adalah bermigrasi daripada beberapa tempat yang berada di sekitarnya.4 Hal ini disebabkan telah berlakunya proses migrasi ataupun penghijrahan secara beramai-ramai masyarakat Melayu Sarawak yang telah berlaku pada era Sarawak berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Mengikut catatan sejarah, masyarakat Melayu Sarawak pada asalnya adalah berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei yang mana ia adalah merupakan Kesultanan yang terkuat di Kalimantan pada masa itu sebelum Sarawak diserahkan kepada James Brooke.5 Menurut Sulaiman Husaini pula, masyarakat Melayu Sarawak adalah sebenarnya berasal daripada Kesultanan Brunei.6 Mereka telah bergerak ke arah selatan Borneo dan mula menetap di kawasan yang memiliki bentuk muka bumi yang sesuai untuk menjalankan kehidupan mereka. Berdasarkan kepada teori yang diutarakan oleh penulis tersebut, ianya adalah kelihatan benar-benar berlaku memandangkan terdapatnya beberapa bukti-bukti yang tertentu bagi menyokong kepada hujah beliau tersebut melalui penemuan makam Pengiran Kesuma Yuda di Kuching yang merupakan yang merupakan bapa Pengiran Indera Mahkota yang pernah berkuasa di Kuching pada abad ke-19. 7
4
Masyarakat Melayu Sarawak adalah merujuk kepada masyarakat Melayu yang tinggal di Sarawak. Selain daripada masyarakat Melayu, terdapat juga banyak etnik lain yang mendiami Sarawak iaitu seperti Iban, Kayan, Penan, Kelabit, dan sebagainya.
5
Zainal Kling, Kebudayaan Melayu Sarawak, The Sarawak Museum Journal, vol. XL, No.661,1989, hlm 6.
6
Sulaiman Husaini, Latar Belakang Samarahan dalam SAMARAHAN: Dari Kampung Terpencil ke Desa Ilmu, Pejabat Residen Bahagian Samarahan, Sarawak Press Sdn Bhd, 2008, hlm. 7.
7
Ibid.
18
Selain itu, terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa terdapat migrasi masyarakat Melayu Sarawak dari Kepulauan Sumatera iaitu berasal dari Minangkabau. Selain itu, ada juga pendapat yang mengatakan bahawa masyarakat Melayu Sarawak juga adalah berasal dari Jawa dan Johor. Pada masa yang sama, terdapat juga teori yang mengatakan bahawa masyarakat Melayu Sarawak adalah berasal dari Yunan yang terletak di China. Setelah tiba di Nusantara, mereka mula menyebar di merata-rata tempat yang berada di sekitarnya8 Selain itu, J.H Walker turut menyatakan bahawa penggunaan Melayu telah dibawa oleh James Brooke ke Sarawak daripada Singapura.9 Masyarakat Melayu di Brunei juga dipercayai muncul daripada sub kumpulan Malaynie yang termasuk dalam kumpulan etnik yang lain seperti Bajau, Suluk dan Brunei. Namun, Zainal King
telah
menyatakan
bahawa
kewujudan
masyarakat
Melayu
Sarawak
sebenarnya berasal daripada kawasan Sarawak sendiri melalui konsep Islamisasi.10 Menurutnya, sesiapa yang telah menukar agamanya kepada agama Islam, maka seseorang itu adalah secara automatik telah "masuk" Melayu dan sekaligus menyebabkan mereka dikenali sebagai masyarakat Melayu.11 Semasa
penghijrahan
masyarakat
Melayu
Sarawak
ke
Kuching,
sememangnya terdapat berlaku pertembungan di antara masyarakat Melayu dengan masyarat asalnya seperti masyarat Iban tetapi pertembungan yang lebih bercorak positif. Hal ini disebabkan masyarakat Iban pada masa itu lebih giat untuk mencari kawasan baru untuk dijadikan tempat tinggal dan sentiasa berhijrah dari satu wilayah ke wilayah yang lain sehingga menyebar ke kawasan pedalaman iaitu ke kawasan Kapit. Perkara yang paling unik sekali ialah kedua-dua kumpulan etnik 8
Foh Hon Kah, Native in Rejang Basin dalam A History of the Development of Rajang Basin in Sarawak, Sibu: The Cultural Heritage Committee, 1996, hlm. 95.
9
J.H Walker, Notes on the use of “Malay” and “Abang” in Sarawak, The Sarawak Museum Journal, vol. XLVIII, No. 69, Dec 1995, hlm 83.
10
Ibid.
11
Ibid., hlm 84.
19
ini mampu bekerjasama antara satu sama lain demi untuk menjamin kesejahteraan hidup masing-masing terutamanya dalam menuntut hak keadilan. Sebagai contohnya, ketika berlaku pemberontakan di Kuching yang diketuai oleh Datu Patinggi Abdul Gapor pada tahun 1841.12 Dalam pemberontakan tersebut, keduadua kumpulan masyarakat ini telah bekerjasama antara satu sama lain untuk melancarkan pemberontakan disebabkan oleh tekanan daripada pembesar Brunei terhadap kehidupan kedua-dua masyarakat tersebut. Sebelum kedatangan keluarga Brooke sebagai pemerintah Rajah Putih di Sarawak, telahpun terdapat dua jenis sistem pemerintahan di Sarawak dengan berlandaskan sistem pembesar dan juga sistem pemerintahan Kesultananan Brunei.13 Dalam sistem pemerintahan Brunei, Sarawak telah dijadikan kawasan "milik tulen" Kesultanan Brunei dengan dibantu oleh pembesar dalam menguruskan hal ehwal di kawasan "milik tulen" tersebut. Semasa pemerintahan James Brooke di Sarawak pada tahun 1841, barulah "milik tulen" Kesultanan Brunei yang meliputi kawasan Tanjung Datu sehingga ke Samarahan telah dilepaskan oleh Sultan Brunei sebagai hadiah kepada James Brooke. Tetapi, pada masa sebelum itu, Kawasankawasan tersebut atau lebih dikenali sebagai Kuching adalah berada dalam pengaruh Kesultanan Brunei.14 Pada masa tersebut, seluruh tempat di bahagian Kuching adalah diperintah oleh pembesar dan merupakan kawasan milik tulen mereka dan termasuklah kawasan Skrang, Suai, Niah, Sibuti, Miri dan Baram. Pembesar yang menguasai kawasan ini mempunyai hak dan kuasa sepenuhnya untuk mengutip cukai dan hasil daripada penduduk sebagai hasil pendapatannya. Cukai-cukai yang dipungut oleh para pembesar tersebut akan diserahkan kepada Sultan Brunei yang mana hanya sedikit sahaja yang dimiliki oleh pembesar. Antara bentuk cukai yang dibayar ialah hasil-hasil perikanan dan juga hasil pertanian 12
James C Jackson, Population and Settlement dalam Sarawak a Geographical Survey of Developing State, London: University of London Press, 1968, hlm. 47.
13
Zainal Kling, op. cit., hlm. 47.
14
Ibid.
20
seperti tanaman padi dan sebagainya. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa di Kuching pada masa sebelum pemeritahan rejim Brooke adalah merupakan kawasan "milik tulen" Sultan Brunei.15 Selain itu, melalui kewujudan sistem Pembesar Berempat, Kuching telah diperintah oleh empat pembesar yang utama yang diketuai oleh Datu Patinggi, Datu Bandar, Datu Temenggung dan seterusnya ialah Laksamana.16 Konsep ini adalah merujuk kepada sistem pembesar yang sememangnya sedia ada di Kuching pada masa itu dan bebas daripada campur tangan daripada wakil Sultan Brunei terutamanya dalam hak dan kuasa pungutan cukai di Kuching. namun, larangan dan syarat-syarat pungutan cukai oleh pembesar-pembesar tempatan seringkali dilanggar oleh wakil Kesultanan Brunei seperti di Sungai Sarawak berikutan penemuan lombong antimoni yang penting kepada Kesultanan Brunei.17 Menurut Nicholas Tarling, perkembangan perdagangan sekitar abad ke 19 telah memberi peluang kepada kerajaan Kesultanan Brunei untuk memonopoli hasil mineral seperti antimoni dieksport ke pelabuhan entrepot di Singapura.18 Hal ini telah memberikan tekanan dari sudut kerahan tenaga buruh dan juga cukai yang terlalu tinggi oleh wakil Kesultanan Brunei pada masa itu. Penduduk Melayu Sarawak yang tinggal di kawasan Kuching berasa sangat tertekan dengan tindakan daripada Pengiran Mahkota.19 Selain itu, kawasan di sekitar Kuching iaitu Samarahan juga turut merasai keadaan yang sama. Hal ini kerana jarak di antara Kuching dan Samarahan tidak begitu jauh iaitu sekitar 36 km. Tekanan tersebut akhirnya telah menyebabkan segolongan besar penduduk Kuching bangkit untuk 15
Ibid.
16
Sulaiman Husaini, op. cit.
17
James C Jackson, op. cit., hlm. 47.
18
Nicholas Tarling, Sir James Brooke and Brunei. The Sarawak Museum Journal, vol. XI, No. 21-22 (New Series), 1963, hlm. 1-11.
19
James C Jackson, op. cit.
21
melakukan pemberontakan yang mana pemberontakan tersebut telah diketuai oleh pembesar tempatan Kuching, iaitu Datu Patinggi Abdul Gapor di Lidah Tanah.20 Hal ini menyebabkan Sultan Omar Ali Shaifuddin telah menghantar bapa saudaranya, iaitu Pengiran Muda Hashim untuk mematahkan pemberontakan yang berlaku di Kuching namun gagal. Pemberontakan tersebut akhirnya dapat dipatahkan hanya setelah kedatangan Brooke ke Kuching pada bulan Ogos 1941.21 Kemenangan Brooke dalam menangani pemberontakan pada tahun 1841 tersebut menyebabkan bermulanya penjajahan kuasa Eropah ke Sarawak dan telah menjadi Rajah Putih yang pertama yang mengusai Sarawak. Kedatangan dan pemerintahan rejim Brooke pada tahun 1841 telah mengubah sejarah Sarawak kepada satu bentuk pentadbiran yang baru setelah penyerahan bahagian Kuching kepada James Brooke. Kehadiran James Brooke ke Sarawak pada mulanya adalah untuk menghantar hadiah yang diberikan oleh Gabenor di Singapura diatas bantuan yang diberikan oleh Pengiran Muda Hasyim. Menurut Nicholas Tarling, misi utama Brooke datang ke Sarawak bukanlah hanya untuk menghapuskan kegiatan perlanunan yang berleluasa di Sarawak tetapi juga untuk menyelesaikan masalah perdagangan bersifat tradisional dan amalan percukaian.22 Di samping itu, James Brooke sendiri, dalam tulisan beliau mengakui keperibadian Pengiran Mahkota merupakan seorang kerabat raja yang bijak dan terdidik.23 Hal ini terbukti apabila James Brooke dan Pengiran Indera Mahkota mempunyai sepasang lawan yang sama kuat dan sama bijak dalam menewaskan musuh. Perkara ini dapat dilihat melalui tekanan yang diberikan oleh Brooke kepada kegiatan perlanunan, malahan memaksa pembesar untuk mengundurkan diri dalam pemungutan hasil cukai. Hal ini kerana Brooke mahu memperkenalkan
20
Ibid., hlm. 48.
21
Ibid.
22
Nicholas Tarling, op. cit.
23
Ibid.
22
sistem baru dalam memungut cukai yang berasaskan kepada sistem dari Eropah. Pembaharuan dalam sistem tersebut telah dimulakan oleh Brooke semasa ketika beliau menjadi Gabenor Sarawak pada tahun 1842, yang mana meliputi kawasan dari Tanjung Datu ke Sungai Samarahan di yang terkandung dalam Bahagian Kuching pada masa itu.24 Semasa pemerintahan James Brooke, tidak banyak pembangunan yang dijalankan oleh beliau kerana lebih menumpukan kepada menghapuskan kegiatan perlanunan. Kegiatan perlanunan yang berlaku adalah perkara biasa bagi masyarakat di Sarawak. Hal ini kerana kegiatan perlanunan ini biasanya diketuai oleh golongan pembesar Melayu. Perkara ini bagi menambahkan hasil pendapatan mereka selain daripada mengutip cukai dan memungut hasil tempatan. Hal ini sudah pasti membimbangkan James Brooke pada ketika itu kerana kegiatan perlanunan ini pasti menggugat keamanan di kawasan yang dikuasai oleh beliau iaitu dari Tanjung Datu sehingga ke Sungai Samarahan yang termasuk dalam pentadbirannya ketika itu. Selain itu, James Brooke juga lebih menumpukan kepada ekspedisi peperangan bagi meluaskan lagi kawasan tanah jajahannya di Sarawak seperti "Kadang Expedition" bagi menguasai kawasan Sungai Lemanak dan Sungai Skrang.25 Dalam aspek keharmonian kehidupan masyarakat yang tinggal di Sarawak pada masa itu, sebenarnya masyarakat Melayu Sarawak boleh menyesuaikan diri dengan keadaan status etnik-etnik lain menyebabkan mereka boleh hidup bersama walaupun mempunyai budaya hidup yang berbeza. Contohnya, jika dibandingkan dengan etnik yang lain khususnya kaum Iban, corak hidup masyarakat Melayu Sarawak adalah lebih harmoni kerana tiada konsep "mengayau" seperti yang ada dalam masyarakat Iban.26 Bagi masyarakat Iban, mereka memburu kepala 24
Ibid.
25
Sarawak Gazette, Kadang Expedition, vol. XVI, No. 240, 1886, hlm. 55.
26
Mengayau adalah tradisi pemburuan kepada dalam kalangan masyarakat Iban yang tinggal di Sarawak. Tradisi ini dilakukan bagi menunjukkan kegagahan lelaki kaum Iban.
23
disebabkan untuk menunjukan kegagahan mereka sebagai seorang pahlawan dan juga syarat untuk menjadi seorang lelaki. Selain itu, pemburuan kepala ini adalah untuk dijadikan hantaran perkahwinan kaum lelaki kepada kaum wanita di rumah panjang. James Brooke juga bimbang kegiatan ini akan menyebabkan Sarawak menjadi tempat yang merbahaya bagi pelabur luar. Namun jika dilihat dari pandangan masyarakat Iban, mereka hanya menjalankan kegiatan memburu kepala atau mengayau sebagai tujuan untuk mencari kawasan petempatan baharu di kawasan pedalaman Sarawak dan untuk membalas dendam. Masyarakat ini tidak menyasarkan masyarakat Melayu dan golongan pemerintah. Hal ini kerana mereka melihat masyarakat Melayu tinggal di kawasan pinggir pantai dan sungai tidak menganggu kegiatan mereka. Dapat dilihat bahawa, pertembungan masyarakat Melayu dan Iban di Sarawak adalah agak kurang disebabkan perbezaan tempat tinggal. Di samping itu, masyarakat Iban yang suka berpindah randah juga menjadi faktor mengapa tidak berlaku pemburuan kepala terhadap masyarakat Melayu. Sungguhpun begitu, kedua-dua masyarakat ini juga dilihat dapat berkerjasama antara satu sama lain. Sebagai contohnya, ketika berlaku pemberontakan di Kuching yang diketuai oleh Datu Patinggi Abdul Gapor pada tahun 1841.27 Dalam pemberontakan tersebut, kedua-dua masyarakat ini telah bekerjasama untuk melancarkan pemberontakan disebabkan oleh tekanan daripada Pengiran Indera Mahkota terhadap mereka melalui kenaikan cukai dan rampasan hasil tempatan. Semasa pemerintahan Brooke di Sarawak, hak keistimewaan telah diberikan kepada golongan masyarakat Melayu dengan memberikan jawatan-jawatan yang penting dalam bidang kerajaan. Hal ini dapat dilihat melalui tulisan Harriette McDougall, beliau ada menyatakan bahawa masyarakat Melayu dan Dayak bergabung dibawah satu pemerintahan, iaitu pemerintahan James Brooke.28 Dalam 27
Nicholas Tarling., op. cit.
28
Harriette McDougall, Introductory dalam Sketches of Our Life in Sarawak, 2007, hlm. 4.
24
hal ini, dapat dilihat bahawa masyarakat Melayu Sarawak terpaksa menyokong pemerintahan James Brooke. Sungguhpun masyarakat Melayu dan Dayak terpaksa mengakui keberadaan Brooke sebagai Rajah Sarawak, namun mereka telah diberikan beberapa keistimewaan. Hal ini dapat dilihat melalui pengekalan jawatan mereka dalam perkhidmatan awam seperti Ketua Kampung, Datu Bandar, Datu Patinggi dan sebagainya.29 Rajah Brooke berpendapat sekiranya jawatan tersebut dikekalkan, perkara ini sudah pasti akan meningkatkan sokongan masyarakat tempatan, khususnya masyarakat Melayu terhadap beliau. Situasi ini sudah pastilah akan mengurangkan lagi pengaruh Kesultanan Brunei terhadap Sarawak pada ketika itu.
2.4
Sosioekonomi Masyarakat Melayu Sarawak
Melalui sejarah penjajahan kuasa Eropah di Sarawak, ia sebenarnya telah bermula setelah penglibatan Keluarga Brooke dalam membantu Kesultanan Brunei menyelesaikan pemberontakan di Kuching pada Ogos 1841 sekaligus menjadi Rajah Putih yang pertama. Namun, kegiatan ekonomi masyarakat Melayu yang mendiami Kuching semasa pemerintahan Rejim Brooke adalah berada pada tahap yang sangat mundur dan tidak banyak yang berubah ke arah kemajuan. Hal ini dapat dilihat melalui penulisan Margaret Brooke dalam bukunya The Three White Rajahs menyatakan bahawa James Brooke melihat masyarakat Melayu amat berbeza dengan kaum lain yang terdapat di Sarawak.30 Menurut Margaret Broke, masyarakat Melayu pada ketika itu amat daif dan tiada cita-cita yang tetap. Tidak banyak penjelasan dan catatan mengenai kegiatan ekonomi masyarakat Melayu Sarawak semasa era James Brooke. Di samping itu, James Brooke hanya memperakui seorang yang dilihat oleh beliau mempunyai
29
Ibid.
30
Margaret Brooke, The Renee Of Sarawak, Chapter One: James Brooke dalam The Three White Rajahs, Kota Kinabalu:Natural History Publications, 2004, hlm. 36.
25
peningkatan yang lebih ke hadapan hanyalah adik kepada Pangiran Muda Hashim, iaitu Badaruddin.31 Namun, James Brooke masih tidak berpuas hati dengan segala kemewahan yang dimilikinya di Sarawak pada ketika itu dan hal ini telah menyebabkan masyarakat Melayu di Kuching telah mulai memberontak akibat tekanan yang menimpa mereka, khususnya daripada aspek ekonomi.32 Selain itu, James Brooke lebih menumpukan perhatiannya kepada perluasan tanah jajahan daripada melihat kegiatan ekonomi masyarakat Melayu pada ketika itu. Pada masa yang sama, James Brooke telah mencuba untuk mendapatkan pengiktirafan
daripada
kerajaan
British
tentang
kedaulatan
Sarawak
dan
pembentukan syarikat yang boleh memberikan bekalan untuk sumber kewangan beliau sendiri.33 Misalnya, menurut Henry Wise pada September 1841,34
“For the country, what shall I say? I could not wish a richer; Its soil its fine, and admirably calculated for the culture of rice, coffee, nutmegs, or cotton.” Hal ini telah menunjukkan kehidupan dan status quo masyarakat Melayu di Kuching pada masa pemerintahan James Brooke adalah berada pada tahap yang sangat rendah. Hal ini berlaku sebaliknya dengan masyarakat Cina kerana James Brooke lebih berminat untuk memajukan kehidupan orang Cina menyebabkan peranan orang Cina telah mengatasi kepentingan orang Melayu pada ketika itu. Sistem buruh digunakan oleh James Brooke bertujuan untuk mengekploitasikan sumber yang ada di Sarawak dengan sebanyak mungkin. Sumber tersebut kemudiannya akan di eksport ke British dan negara Eropah yang lain. Sebagai
31
Ibid.
32
Ibid.
33
34
R. H. W. Reece, Chapter Two: Economic Development Under Brooke dalam Development in Sarawak, Victoria: Morphet Press Pty Ltd, 1988, hlm. 22.
Ibid.
26
contoh, migrasi beramai-ramai buruh China ke Sarawak untuk memonopoli hasil emas di Bau pada tahun 1880an.35 Oleh yang demikian, kegiatan ekonomi masyarakat Melayu sekitar tahun 1841 hingga kematian James Brooke pada tahun 1868, masih lagi mengamalkan ekonomi sara diri. Sebaliknya, corak ekonomi masyarakat Cina adalah jauh lebih maju daripada corak ekonomi masyarakat Melayu pada ketika itu terutamanya dalam bidang perikanan. Hal ini disebabkan oleh faktor kemudahan untuk menjalankan aktiviti perikanan dalam masyarakat Cina adalah lebih maju seperti penggunaan perahu Barong dan Heng Hua Kotak. Pada tahun 1924, terdapat 240 buah perahu Heng Hua yang berdartar di Sarawak. Pada masa yang sama, para pemilik perahu tersebut juga telah bertindak untuk menyewakannya dan menjadi orang tengah kepada masyarakat Melayu dalam pasaran ikan di Kuching.36 Foto 2.2: Perahu Barong
Sumber: G.R Elliston, The Marine Fishing Industry of Sarawak, Hull: University of Hull, 1967, hlm. 17. 35
Ibid., hlm. 24.
36
G.R Elliston, The Marine Fishing Industry of Sarawak, Hull: University of Hull, 1967, hlm. 2.
27
Foto 2.3: Perahu Heng Hua Kotak
Sumber: G.R Elliston, The Marine Fishing Industry of Sarawak, Hull: University of Hull, 1967, hlm. 18.
Semasa pemerintahan Rajah Brooke yang seterusnya iaitu Charles Brooke dan Charles Vnyer Brooke, barulah kehidupan orang Melayu di Sarawak telah berubah sedikit-demi sedikit ke arah kemajuan. Hal ini adalah kerana zaman pemerintahan Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke telah menyaksikan perkembangan bidang pendidikan dan pengangkutan dalam kalangan masyarakat Melayu yang tinggal di Kuching Sarawak.37 Namun, keadaan sosioekonomi masyarakat Melayu adalah tergugat semasa pendudukan Jepun di Kuching pada tahun 1941. Dalam bidang pendidikan misalnya, selama pendudukan Jepun di Sarawak bermula Disember 1941 hingga September 1945, perkembangan bidang pendidikan adalah terhenti. Sebanyak 17 buah sekolah telah musnah sama sekali, manakala 35 buah lagi telah mengalami
37
Syed Idrus Syed Ahmad & R. Santhiram, op. cit., hlm. 46.
28
kerosakan yang amat teruk di samping beberapa buah lagi yang telah mengalami kecurian perabot dan sebagainya.38 Selepas Jepun meninggalkan Sarawak dan sehingga dan selepas merdeka, kegiatan sosioekonomi masyarakat Melayu di Kuching telah kembali pulih seperti biasa dan telah menunjukkan kemajuan dan keadaan sedemikian terus berlaku sehingga kini. Selepas tahun 1963, peluang masyarakat Melayu dalam bidang pendidikan
dilihat
semakin
pendidikan yang lebih maju. 2.5
cerah
dengan
bantuan
kemudahan-kemudahan
39
Kesimpulan
Kesimpulannya, bab ini telah membincangkan berkenaan dengan asal usul Kuching dan latar belakang masyarakat Melayu Sarawak. Berdasarkan kepada aliran migrasi masyarakat Melayu ke Sarawak, mereka bermigrasi daripada beberapa kawasan yang berada di sekitarnya seperti Brunei, Kalimantan, Minangkabau dan juga dari Jawa serta Yunan dan akhirnya menetap di beberapa tempat di Sarawak seperti Kuching. Pada zaman rejim Brooke, tahap perkembangan sosioekonomi masyarakat Melayu adalah bercorak sederhana kerana tiada penumpuan terhadap aspek pembangunan orang Melayu terutamanya semasa pemerintahan James Brooke. Beliau lebih menumpukan akan usaha penghapusan lanun dan perluasan tanah jajahannya di Sarawak. Kebanyakan masyarakat Melayu mengamalkan aktiviti ekonomi sara diri seperti menjalankan aktiviti perikanan sebagai aktiviti yang utama. Namun,
perkembangan
tahap
sosioekonomi
masyarakat
Cina
telah
menyebabkan tahap keseimbangan pembangunan antara semua kumpulan etnik di Sarawak adalah tidak menjadi tidak seimbang. Selepas pengambilalihan pucuk 38
Sarawak Annual Report 1948, Kuching: Government Printers, hlm. 32.
39
Syed Idrus Syed Ahmad & R. Santhiram, op. cit., hlm. 213.
29
pemerintahan Sarawak oleh Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke, barulah masyarakat Melayu di Kuching telah mula memperlihatkan kemajuan mereka dalam aspek sosioekonomi mereka. Bab ini juga turut membincangkan serba sedikit tentang keadaan sosioekonomi masyarakat Melayu semasa Sarawak berada di bawah pemerintahan Jepun dan selepas penyertaan Sarawak dalam sama-sama membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
30
BAB 3 PEMBUDAYAAN PERAUK TAMBANG SEMASA REJIM BROOKE 3.1
Pengenalan
Kepentingan dan kebergantungan kepada sungai adalah amat ketara di Sarawak sejak zaman dahulu lagi yang mana kebanyakan masyarakat di negeri ini adalah menggunakan sungai sama ada untuk tujuan pengangkutan mahupun untuk keperluan harian. Sejarah pengangkutan sebenarnya telah lama bermula iaitu kirakira 1, 200 tahun dahulu yang mana bukti telah diperolehi melalui penemuan arkeologi yang menemui lukisan-lukisan dinding gua yang terkenal di Gua Niah, Sarawak. Lukisan-lukisan tersebut telah menggambarkan bahawa pengangkutan air adalah merupakan kepentingan yang utama dan telahpun digunakan sejak beberapa ratus tahun lamanya. Sejak pemerintahan Rajah Brooke yang terawal, perahu telahpun digunakan untuk
tujuan
pengangkutan
terutamanya bagi
tujuan
pengangkutan
bala
tenteranya dalam ekspedisi menumpaskan lanun yang pada masa itu adalah merujuk kepada orang Iban. Pada masa yang sama, keistimewaan Sarawak adalah melalui fungsi utama sungai di Sarawak digunakan sekaligus mewujudkan pembudayaan pengangkutan oleh masyarakat di negeri ini. Di Kuching, perahu tambang atau lebih dikenali sebagai perauk tambang dalam bahasa Melayu Sarawak adalah sejenis pengangkutan sungai yang sangat penting bagi masyarakat yang tinggal di Kuching pada masa dahulu dan ia diusahakan oleh masyarakat Melayu Sarawak sendiri.
3.2
Pembudayaan Perauk Tambang Semasa Pentadbiran James Brooke (1841-1868)
Perahu tambang atau lebih dikenali sebagai perauk tambang dalam bahasa Melayu Sarawak adalah sejenis pengangkutan sungai yang sangat penting bagi masyarakat yang tinggal di Kuching pada masa. Pada masa dahulu, sebelum kedatangan James Brooke, Kuching telah mempunyai hubungan perdagangan awal dengan kerajaan China melalui jumpaan duit syiling China yang bertarikh 600 S.M, 112M dan 588M yang mana kebanyakannya telah dijumpai di sekitar muara Sungai Sarawak iaitu di Santubong, Kuching.
Nama Santubong sendiri juga adalah berkaitan dengan
bahasa Cina seperti dalam dialek Kheh "Santubong" yang bermaksud "Raja Bukit". Dalam dialek Hokkien pula, Santubong pula bermaksud "Babi Hutan Belantara".1 Namun, hubungan perdagangan awal tersebut adalah sering mengalami gangguan disebabkan terdapat faktor dalaman di negara China sendiri iaitu faktor kestabilan politik, dasar kerajaan China dan sifat-sifat masyarakat Cina yang tertutup dan kesukaran pelayaran pada ketika itu. Lagipun, keadaan di Sarawak yang terkenal dengan amalan perburuan kepala pada masa itu telah menjadi halangan kepada proses hubungan perdagangan tersebut yang mana hanya golongan pedagang Cina yang berani sahaja yang akan berlayar ke Laut China Selatan terutamanya ke Sarawak.Selain itu, dalam buku Pigafett, The First Voyage
Round the World by Magellan ada menyatakan bahawa kehadiran orang Cina ke Sarawak melalui jumpaan kain sutera, duit syiling Perak dan lain-lain barangan China. Tetapi sebelum abad ke-19, kebanyakan orang Cina adalah belum bersedia sepenuhnya untuk menetap di Sarawak kerana tujuan asal mereka datang ke Sarawak adalah untuk memonopoli perdagangan di Sarawak dan setelah selesai, mereka akan kembali semula ke negara asal mereka.2
1
S. Baring-Gould and C.A. Bampfylde, A History of Sarawak under Its Two White Rajah:1839-1908, Singapore:Oxford University Press, 1989, hlm. 37.
2
Tian Nong, “Pembentukan Persatuan Masyarakat China di Sarawak” dalam Majalah Khas Ulang Tahun ke-108 Kuching, Kuching: Hainan Association, 1993, hlm. 148.
32
Mengikut catatan yang ditulis oleh James Brooke, semasa pertama kali sampai di Kuching, Kuching pada masa itu hanyalah merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kecil dan tidak begitu maju. Penduduk pada masa tersebut hanyalah terdiri daripada kira-kira sekitar 600 hingga 800 orang sahaja dan mereka yang berkuasa di situ adalah orang-orang besar dari Brunei yang diketuai oleh Pangiran Muda Hashim dan juga Pengiran Mahkota. Gambar 3.1 menunjukkan bahawa perahu adalah sebuah pengangkutan air yang terpenting di Kuching pada masa dahulu sebelum kedatangan James Brooke lagi. Foto 3.1: Pengangkutan di Sungai Sarawak pada Tahun 1800
Sumber: Muzium Sarawak
33
Foto 3.2: Ketibaan James Brooke Menggunakan Kapal H. M. S Dido
Sumber: Muzium Sarawak
Foto 3.2 menunjukkan keadaan di Sungai Sarawak semasa James Brooke berlabuh di Kuching dengan menggunakan Kapal H. M. S Dido. Sehubungan dengan itu, semasa pentadbiran Rajah Putih Sarawak yang pertama iaitu James Brooke, barulah Kuching telah mengalami kemajuan melalui peranan yang dilakukan oleh orang-orang Cina seperti munculnya bazar atau pasar yang menjadi tumpuan masyarakat di Kuching pada masa itu. Pada masa ini, kemunculan perauk tambang telah menjadi salah satu pengangkutan air yang terpenting yang mana ia adalah berfungsi sebagai alat pengangkutan yang penting yang menghubungkan masyarakat kampung dengan pasar ataupun lebih dikenali sebagai bazar pada
34
masa pemerintahan James Brooke.3 Penduduk Cina yang tinggal di luar bazar adalah bekerja sebagai buruh, penanam atau pekebun manakala penduduk bazar adalah terdiri daripada ahli perniagaan. Mereka adalah saling bergantungan di antara satu sama lain dari segi aspek ekonomi. Kawasan pedalaman bergantung kepada kawasan bazar untuk pengagihan barangan import manakala kawasan bazar bergantung kepada kawasan pedalaman untuk kerja pengumpulan hasil pertanian. Selain itu, kerajaan Booke telah menggalakkan kemasukan imigran Cina ke Bandar Kuching dan tempat-tempat lain di Sarawak telah memperbaiki ekonomi di bandar Kuching. Melalui hubungan baik ini secara tidak langsung telah menjadikan Kuching sebagai sebuah bandar yang pesat membangun kerana hasil pertanian dan juga emas dieksport ke Kuching seterusnya menyebabkan Kuching telah berkembang sebagai pusat perdagangan dan
pentadbiran.
Tetapi
pada
masa
tersebut
belum
mempunyai
sistem
perhubungan yang lengkap kerana belum wujudnya jaringan jalanraya yang menghubungkan kawasan kampung-kampung dengan pasar Kuching. Pada masa ini, peranan perauk tambang adalah sebagai alat perhubungan bagi penduduk tempatan dengan pasar yang terdapat di seberang Sungai Sarawak iaitu bandar Kuching pada masa kini.4 Selain itu, pembudayaan perauk tambang juga kelihatan sedikit berubah pada masa pemerintahan James Brooke semasa tercetusnya pemberontakan buruh-buruh Cina di Bau pada masa itu. Hal ini adalah telah menunjukkan bahawa peranan perahu tambang di Sungai Sarawak telah mengahadapi ancaman yang hebat daripada peristiwa itu. Pemberontakan tersebut adalah disebabkan oleh perasaan tidak puas hati dalam kalangan buruh-buruh Cina terhadap corak pemerintahan dan layanan yang diberikan oleh James Brooke kepada mereka. Walaupun terdapat hubungan erat yang terjalin di antara James Brooke dan juga para imigran Cina, namun hubungan baik antara James Brooke dan migran Cina 3
Jabatan Muzium Sarawak.
4
Ibid.
35
tidak kekal lama kerana selepas enam belas tahun pemerintahan James Brooke di Kuching iaitu pada 18 Februari 1857, telah berlaku peristiwa pemberontakan orangorang Cina yang mana sebanyak enam ratus orang anggota kongsi Cina dari Bau telah menyerang Kuching dengan bertujuan untuk membunuh James Brooke dan mengambil semua senjata yang ada dalam gudang senjata.5 Pemberontakan ini juga turut bertujuan untuk membunuh orang-orang Inggeris yang bekerja dengan James Brooke tetapi mereka tidak menyerang orangorang Melayu ataupun orang-orang Cina yang ada di Kuching pada masa itu. Namun, James Brooke telah berjaya melarikan diri daripada peristiwa penyerangan tersebut. Setelah itu, kumpulan pemberontak tersebut memutuskan untuk kembali semula ke Bau tetapi mereka telah bertembung dengan orang-orang Melayu di pertengahan jalan dari Kuching ke Bau yang berusaha untuk menyerang mereka sekaligus menyebabkan mereka bertindak untuk membalas serangan yang dilakukan oleh orang-orang Melayu tersebut. Para pemberontak Cina telah kembali semula ke Kuching dan sasaran serangan mereka pada kali ini adalah untuk membunuh orang-orang Melayu.6 Dalam peristiwa ini, banyak harta benda orang-orang Melayu telah dimusnahkan dan antaranya ialah mereka telah bertindak untuk membakar rumah dan
membunuh
orang-orang
Melayu.7
Dalam
peristiwa
ini,
kumpulan
pemberontakan Cina yang datang dari Bau tersebut telah berjaya menduduki Kota Kuching selama empat hari menyebabkan urusan pengangkutan perahu tambang tergendala. Namun, kekacauan tersebut tidak dapat bertahan lama setelah James Brooke berjaya mendapatkan semula Kota Kuching melalui bantuan tentera Iban. Lebih kurang 3500 orang yang terdiri daripada orang-orang Cina yang ada di Bau
5
Kongsi merupakan suatu bentuk pemerintahan sendiri dan bertujuan melindungi kepentingan ekonomi dan sosial anggotanya. Kata kongsi berasal daripada dialek Hokkein dan dalam dialek Hakka, kongsi disebut sebagai kung-sze.
6
Ibid.
7
Steven Runciman, The White Rajahs: A History of Sarawak from 1841-1941, 1960, hlm. 127.
36
telah berjaya dibunuh oleh orang Iban dan sebahagiannya telah melarikan diri ke Sambas sekaligus kejatuhan Wilayah Bau ke tangan James Brooke. Setelah keadaan kembali aman, barulah masyarakat Melayu boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa dan membaiki harta benda seperti rumah dan perauk tambang yang telah dimusnahkan dan dibakar oleh kumpulan orang-orang Cina pada masa pemberontakan berlaku.8 Lagipun pada masa pemberontakan tersebut, keadaan di Sungai Sarawak adalah sangat terancam kerana kumpulan pemberontak turut menyasarkan kediaman James Brooke yang terdapat di seberang Sungai Sarawak menyebabkan segala urusan pengangkutan perauk tambang adalah tergendala sehinggalah tamatnya pemberontakan tersebut. Dalam pentadbiran di Sarawak, James Brooke dilihat tidak banyak menumpukan kepada usaha untuk membangunkan taraf sosial kehidupan masyarakat terutamanya masyarakat Melayu yang tinggal di Kuching. Hal ini disebabkan kegiatan pelanunan yang rancak berlaku di sekitar Sungai Sarawak telah menyebabkan James Brooke tidak dapat menumpukan sepenuhnya berkaitan usaha untuk membangunkan Kuching. James Brooke lebih menumpukan kepada usaha penghapusan lanun yang pada masa itu bergiat secara aktif di beberapa tempat di sekitar Sungai Sarawak dan beberapa tempat yang lain iaitu di Tanjung Datu dan Sungai Samarahan dan sekaligus menjejaskan sumber ekonomi masyarakat yang berlandaskan kepada aktiviti pengangkutan perauk tambang. Justeru, fungsi perauk tambang sebagai sumber ekonomi masyarakat Melayu Sarawak turut jelas setelah pengenalan sistem mata wang pada zaman Brooke. Sebelum kedatangan Brooke, sebenarnya peranan perahu tambang sebagai sumber ekonomi kecil-kecilan telah wujud dalam kalangan masyarakat Melayu Sarawak sehinggalah oleh Sultan
Bahagian Pertama iaitu Kuching telah diserahkan
Brunei kepada James Brooke. Namun, James Brooke tidak begitu
berminat untuk membangunkan sosioekonomi masyarakat di Kuching pada masa itu terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu. Hal ini dapat dilihat melalui 8
Ibid.
37
penulisan The Renee Of Sarawak dalam bukunya The Three White Rajahs menyatakan bahawa James Brooke melihat masyarakat Melayu amat berbeza dengan kaum lain yang terdapat di Sarawak.9 Pada zaman pemerintahan James Brooke, tidak banyak perubahan yang ketera berlaku dari sudut pembangunan ekonomi dan masyarakat Melayu yang tinggal di Kuching. Oleh yang demikian, kegiatan ekonomi masyarakat Melayu sekitar tahun 1841 dan sehinggalah kepada kematian James Brooke pada tahun 1868, mereka masih lagi mengamalkan bercorak ekonomi sara diri dan bersifat tradisional dan hal ini telah menjadikan perauk tambang sebagai alat untuk menjana sumber ekonomi secara kecil-kecilan dalam masyarakat Melayu.
3.2
Pembudayaan Perauk Tambang Semasa Pentadbiran Charles Brooke (1868-1917)
Setelah James Brooke meninggal dunia pada 1868, pucuk pimpinan dan pentadbiran Sarawak kemudiannya diambil alih oleh Rajah Putih yang kedua iaitu Charles Brooke. Perkembangan sistem pendidikan di Kuching pada zaman pemerintahan Charles Brooke telah memberi gambaran yang jelas mengenai peranan perauk tambang yang semakin penting sebagai alat pengangkutan yang menghubungkan kampung-kampung Melayu yang terdapat di sekitar lembah sungai Sarawak dengan sekolah-sekolah Melayu yang berdekatan. Sebelum pemerintahan rejim Brooke di Sarawak, sebenarnya masyarakat Melayu pada ketika itu adalah sudah memiliki pendidikan namun corak pendidikan pada masa itu adalah lebih kepada pendidikan tradisional. Ia juga lebih bercorak keagamaan yang meliputi kaedah penulisan jawi dan pembacaan al-Quran yang mana pengajian ilmu agama tersebut adalah dijalankan di rumah-rumah Tok Guru, surau dan masjid yang terdapat di sekitar kampung-kampung Melayu pada ketika itu.
9
Margaret Brooke, op. cit., hlm. 36.
38
Bagi masyarakat Melayu tradisional, pengajian al-Quran adalah merupakan pelajaran yang sangat penting. Hal ini turut disokong oleh Hugh Low dalam tulisan berkaitan dengan kewujudan sekolah-sekolah (madrasah) pada ketika itu yang menitikberatkan pembelajaran hal-ehwal agama Islam. Pada peringkat kanakkanak, mereka telah diajarkan cara membaca al-Quran. Menurut Hugh Low;
"The children are not supposed to understand a single word of the book, nor could their teachers translate it; and as it cannot be translated into any language and remain pure, according to the instruction of the prophet, the form of the religion and preserved by the oral precepts of the hadjis who has visited the holy city. The children in the schools are only tought to give it in a proper intonation, and to repeat it precepts in the singing, chanting method supposed to be practised in the temple of Mecca. The great use of their learning to read the Koran at all is, that by using a chapter of it they pretend to be able to drive away the spirit which is supposed to possess an insane person, or one in a fit."10 Perkembangan pendidikan Melayu ini turut didorong oleh perkembangan pendidikan Inggeris oleh para pendakwah kristian telah mendorong golongan tertentu untuk mewujudkan institusi pendidikan untuk masyarakat Melayu dan pada masa yang sama, jumlah penduduk Melayu semakin bertambah di Kuching dan telah menyebabkan usaha untuk menubuhkan sebuah lagi sekolah formal yang diberi nama Sekolah Abang Kasim telah didirikan oleh masyarakat Islam di Kuching yang mana tenaga pengajar yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar di sekolah tersebut ialah Encik Sawal yang berasal dari Minangkabau dan menetap di Sarawak.11 Sehubungan dengan itu, mata pelajaran bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai mata pelajaran tambahan yang mana ia telah diajar sebanyak tiga kali
10
Low H, Sarawak: Notes During a Residence in that Country with H.H. The Rajah Brooke, Singapore: Oxford University Press, 1988, hlm. 138 & 139.
11
Syed Idrus Syed Ahmad & R. Santhiram, op. cit., hlm. 46.
39
seminggu oleh seorang guru yang bernama John Lewis iaitu guru dari sekolah "Society for the Propagation of Gospel".12 Jadual 3.1: Pendaftaran Pelajar Sekolah Melayu 1883-1921 Tahun 1883 1889 1894 1906 1908 1910 1915 1921
Sek. Kg. Jawa 70 117 112 80 67 43 103 61
Sek. Kg. Gersik 56 31 57 52 60 32
Government Lay School 60 51 50 63 64
Jumlah 70 117 168 171 175 145 226 157
Sumber: Dipetik daripada Sabihah Osman, Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak, 1841-1941, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 57.
Sehubungan dengan itu, peranan perauk tambang telah memudahkan urusan menghantar dan mengambil anak dari sekolah menjadi lebih mudah terutamanya bagi masyarakat Melayu yang tinggal di seberang dan kawasan hulu Sungai Sarawak. Jarak perhubungan dari sekolah ke kawasan kampung-kampung yang berada jauh tidak menjadi masalah yang utama kepada masyarakat Melayu pada ketika itu kerana perauk tambang dilengkapi dengan bumbung dan dinding perahu yang tinggi
bagi tujuan menampan ombak sungai. Adalakanya mereka
terpaksa bermalam di dalam perahu tambang sehingga sampai ke destinasi yang ingin dituju. Peranan Pak Tambang sangat penting dalam menjaga kebajikan dan keselamatan anak perahunya supaya selamat sampai ke destinasi.13
12
Sabihah Osman, Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak 1841-1941, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 48.
13
Gelaran Pak Tambang telah diberikan kepada pengemudi perahu tambang oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu.
40
Namun, terdapat beberapa halangan bagi masyarakat Melayu pada ketika itu dalam menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Melayu pada ketika zaman pemerintahan Charles Brooke. Hal ini kerana ibu bapa berasa curiga akan pendidikan sekular yang diajarkan di sekolah-sekolah teresebut. Antara faktor utama yang menjadi batu penghalang ialah mereka bimbang akan keselamatan dan berpendapat bahawa anak-anak mereka pasti akan kembali bekerja di kampung sebagai petani dan nelayan.14 Dalam Blue Report 1935, Ketua Setiausaha Kerajaan telah menganggap orang Melayu sebagai "…kurang berminat…dalam sekolah kerajaan".15
Manakala
Syed
Idrus
dan
R.
Santhiram
berpendapat,
ketidakseimbangan bilangan pelajar luar bandar dengan bandar Kuching kerana "sekolah-sekolah di Kuching memainkan peranan yang penting dalam menyediakan orang-orang Melayu untuk memegang jawatan dalam perkhidmatan kerajaan." Dalam masyarakat Melayu pada ketika itu, seseorang yang memegang jawatan dalam kerajaan seolah-olah berada pada lapisan lain dalam kalangan masyarakat.16 Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu yang tiada pendidikan pada masa itu
cenderung
untuk
meneruskan
kehidupan
tradisional
mereka
seperti
menjalankan perkhidmatan sebagai Pak Tambang, menangkap ikan dan bercucuk tanam. Rajah Putih yang kedua Charles Brooke, beliau telah membina Astana yang mana peranan Astana sebagai kediaman James Brooke telah menggalakkan penggunaan perauk tambang bagi membolehkan masyarakat menyeberangi Sungai Sarawak untuk menemui Charles Brooke bagi membincangkan segala masalah mereka dan juga urusan yang lain disebabkan fungsi Astana adalah berperanan sebagai pusat pentadbiran bagi membincangkan segala masalah dan hal ehwal masyarakat yang tinggal di Kuching. Pada awal pembinaan Astana, ia juga turut 14
Sabihah Osman, op. cit., hlm. 48.
15
Clark & C.D. Le Gros, Sarawak: 1935 Blue Report, Kuching, Sarawak Museum, 1935, hlm. 9. Petikan ini juga ada dalam Ooi Keat Gin, Dunia di Seberang Sungai, hlm. 51.
16
Syed Idrus Syed Ahmad & R. Santhiram, op. cit., hlm. 9.
41
digunakan oleh isterinya untuk mengajarkan pelajar-pelajar perempuan Melayu Sarawak yang tinggal berhampiran iaitu di seberang Sungai Sarawak. Mereka boleh menemui isterinya iaitu Margaret Brooke dengan menggunakan kemudahan pengangkutan perauk tambang yang satu-satunya pengangkutan yang ada pada masa tersebut untuk menyeberangi sungai Sarawak.17 Foto 3.3: Pemandangan Astana pada Tahun 1880
Sumber: Malaysia, A Pictorial History 1400-2004
17
Keterangan lanjut mengenai perkara ini, sila sujuk buku Margaret Brooke, My Life in Sarawak, Selangor: Oxford University Press, 1913, hlm. 157-158.
42
3.3
Pembudayaan Perauk Tambang Semasa Pentadbiran Charles Vyner Brooke (1917-1941)
Semasa Sarawak berada di bawah pemerintahan Charles Vyner Brooke, Kuching semakin berkembang maju terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengangkutan air. Melalui perkembangan dan peningkatan populasi penduduk di Kuching pada dekad 1920-an, aktiviti pengangkutan perahu tambang bukan lagi tertumpu sepenuhnya dalam kalangan masyarakat Melayu Sarawak sahaja malah ia turut digunakan oleh semua lapisan masyarakat di Kuching. Malah, ia menjadi sumber ekonomi yang sangat penting kepada keluarga Melayu Sarawak yang menjadikan pekerjaan sebagai pengemudi perauk tambang secara turun temurun dari zaman James Brooke lagi. Menurut seorang pengusaha perahu tambang, iaitu Rahman bin Abong yang berasal dari Kampung Nuip Samarahan, mereka menjalankan aktiviti pengangkutan
perauk tambang dalam tujuh kali dalam sebulan. Pada setiap pagi, hampir 15 buah perauk tambang akan menunggu penumpang daripada kedua-dua belah Sungai Sarawak yang mana kadar tambang adalah berbeza mengikut destinasi yang dituju. Sebelum Jambatan Satok dibina pada tahun 1926, penduduk di sekitar Petra Jaya dan warga sekolah adalah sangat bergantung kepada pengangkutan perauk tambang bagi menyeberangi Sungai Sarawak yang mana pada masa tersebut tambang adalah sekitar 20 sen seorang.18 Pada masa yang sama, perauk tambang turut menjadi alat pengangkutan sungai yang penting bagi menghubungkan masyarakat yang ingin pergi membeli belah di Market Kuching dan Gambier Street. Pada sekitar tahun 1920-an, perauk tambang adalah sangat popular digunakan oleh masyarakat di Kuching bagi melawat Astana terutamanya menjelang Hari Raya Puasa yang menjadi lambang Sejarah Kuching. Di samping itu, masyarakat juga menggunakan perauk tambang untuk melawat Kubu Mergherita yang dibina pada tahun 1879 bagi tujuan
18
Ibid., hlm. 17.
43
keselamatan menghadapi ancaman lanun pada masa tersebut dan juga turut dijadikan kawasan tahanan atau penjara.19
Foto 3.4: Suasana di Sungai Sarawak semasa Pemerintahan Charles Vyner Brooke
Sumber: Muzium Sarawak
Perkembangan jaringan jalan raya juga turut membolehkan migrasi penduduk luar bandar ke bandar dengan lebih mudah pada era Charles Vyner Brooke. hal ini dapat dilihat dengan kemunculan bandar Kuching pada awal era James Brooke yang mana penduduk di Kuching pada masa itu adalah terdiri daripada orang Melayu dan sebilangan kecil pedagang Cina sahaja.20 Pada pertengahan kedua kurun ke-19, ramai orang Cina dan India telah berpindah ke 19
R.K Bhattacharyya, River Crossing by Sampan dalam Sarawak: Beautiful and Captivating, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlm. 17.
20
P. Sivarajan & S. Malar Arasi, op. cit., hlm. 35.
44
Kuching. Bandar Kuching yang kemudiannya telah mengalami kemodenan melalui pembinaan jalan raya dan juga pembinaan bangunan-bangunan kerajaan. Hal ini sekaligus telah menyebabkan berlakunya peningkatan populasi penduduk Kuching secara mendadak iaitu seramai 34, 500 orang pada tahun 1939 iaitu hampir tiba di akhir pemerintahan rejim Brooke di Sarawak.21 Namun, perkembangan jalan raya di Kuching adalah sangat perlahan yang mana hanya terdapat jalan raya yang pendek dan tidak berturap sahaja yang ada dibina pada masa itu. Kesukaran untuk membina jalan raya menyebabkan Sarawak telah mengambil masa yang panjang dalam proses pembinaan jalan raya. Selepas pembentukan Malaysia, barulah pembinaan jalan raya telah mulai berkembang pesat di Sarawak.22 Hal ini sekaligus telah menyebabkan peranan perauk tambang menjadi semakin penting kepada masyarakat Melayu yang mendiami kawasan Kuching.
3.4
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, bab ini telah membincangkan berkenaan dengan sejarah pembudayaan perahu atau perauk tambang dalam kalangan masyarakat Melayu pada zaman Brooke mengikut kronologi pemerintahan rejim Brooke dari tahun 1841 sehingga 1941. Pada zaman James Brooke, telah menyaksikan bahawa peranan perauk tambang adalah masih bersifat tradisional dan diusahakan oleh masyarakat
Melayu
pada
ketika
itu.
James
Brooke
tidak
mementingkan
pembangunan sosioekonomi masyarakat Melayu kerana lebih mementingkan akan usaha untuk menghapuskan pemberontakan dan juga lanun serta menumpukan kepada ekspedisi meluaskan tanah jajahannya. Setelah tampuk pemerintahan telah diambil oleh oleh Charles Vyner Brooke, barulah pembudayaan perauk tambang
21
Ibid.
22
Ibid., hlm. 33.
45
sebagai pengangkutan air mula dilihat sangat penting berikutan perkembangan bidang pendidikan masyarakat Melayu yang tinggal di Kuching pada masa itu. Pembinaan Astana turut menggiatkan pembudayaan perauk tambang bagi membolehkan wanita-wanita Melayu untuk menemui Margaret Brooke bagi urusan pembelajaran pendidikan Melayu. Pada masa pemerintahan Charles Vyner Brooke, masyarakat pelancong pada masa itu telah menggunakan perkhidmatan perauk tambang
untuk
menyeberangi
Sungai
Sarawak
untuk
melawat
bangunan
bersejarah seperti Astana dan Kubu Margaretta di Kuching. Di sini, peranan perauk tambang mulai menjadi sangat penting berikutan kemajuan dan peningkatan populasi penduduk di Kuching pada akhir dekad 1930-an yang mana ia mulai digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat yang muncul di Kuching pada masa itu seperti Cina dan India. Walaupun terdapat perkembangan jalan raya, namun masyarakat yang tinggal di Kuching masih mengekalkan tradisi pembudayaan
perauk tambang sebagai pengangkutan air yang utama.
46
BAB 4 TRADISI PEMBUATAN DAN PEMBUDAYAAN PERAUK TAMBANG PADA MASA KINI 4.1
Pengenalan
Perauk tambang adalah sebuah alat pengangkutan sungai yang sangat penting pada masa
dahulu dan masih kekal hingga kini di Kuching. Walaupun
perkembangan pengangkutan air pada masa kini seperti bot ekspress bagi menghubungkan perjalanan jarak jauh seperti menghubungkan kawasan Kuching dengan bahagian yang lain di Sarawak seperti Mukah dan Sibu, namun fungsi
perauk tambang dalam konsep perhubungan jarak dekat melalui sungai dalam konteks Kuching adalah masih relevan sehinggalah ke hari ini. Justeru, corak pembuatan perauk tambang turut berubah dengan perkembangan pengangkutan seperti pengenalan enjin sangkut dan ini telah memudahkan lagi masyarakat Melayu Sarawak pada masa kini untuk mengemudikan perauk tambang masingmasing sehingga sampai ke destinasi. Jika dibandingkan dengan konteks pengangkutan perauk tambang pada zaman Brooke, ia adalah bertujuan untuk menghubungkan masyarakat Melayu Sarawak dengan pasar ataupun bazar yang terdapat di seberang Sungai Kuching yang dikenali sebagai bandar Kuching pada masa kini. Pada masa kini, peranan
perauk tambang sebagai pengangkutan air yang utama di Sarawak adalah masih relevan dalam kalangan masyarakat yang tinggal di Kuching. 4.2
Jenis-Jenis Perauk Tambang
Pada masa kini, banyak perauk tambang yang muncul daripada pembudayaan
perauk tambang masyarakat Melayu yang tinggal di Kuching pada masa dahulu berkenaan dengan fungsinya sebagai pengangkutan air yang utama bagi menyeberangi Sungai Sarawak. Di Kuching, antara jenis perahu tambang yang popular pada masa kini ialah Perauk Tambang Melayu, Perauk Tambang Iban Long
Boat, dan Perauk Tambang Orang Ulu.
Foto 4.1: Perauk Tambang Melayu
Sumber: Sarawak Tradisional Boat Cruise, diakses daripada laman web http://ssoonz.com/iban-longboat/ pada 22 Januari 2014.
Perahu tambang Melayu atau digelar perauk tambang dalam bahasa Melayu Sarawak
adalah
warisan
masyarakat
Melayu
pada
zaman
dahulu
untuk
menyeberangi Sungai Sarawak. Ia adalah bagi menghubungkan masyarakat Melayu dari perkampungan Melayu di seberang Sungai Sarawak dengan pasar Kuching pada ketika itu sebelum ia berkembang menjadi bandar Kuching semasa pemerintahan rejim Brooke.1 Selain itu, terdapat juga jenis perauk tambang yang telah dibudayakan oleh masyarakat Orang Ulu yang tinggal di Kuching pada masa kini. Pengangkutan perauk tambang tersebut ialah perauk tambang Orang Ulu Boat seperti yang boleh dilihat dalam foto 4.2.
1
Jabatan Muzium Kuching
48
Foto 4.2: Perauk Tambang Orang Ulu Boat
Sumber: Kajian Lapangan
Berdasarkan kepada corak dan reka bentuk perahu orang ulu boat, bahagian haluan perahu tersebut adalah dihiasi dengan lambang kepala burung kenyalang yang dicat dengan warna kuning, merah, hitam dan putih, manakala bahagian keseluruhan perahu yang lain adalah dicat dengan warna asal bagi mengekalkan corak dan identiti asal perahu tersebut sebagai perahu tradisional. Dari segi keselamatan penumpang, perahu orang ulu boat adalah dilengkapi dengan
kemudahan
keselamatan
iaitu
jaket
keselamatan
bagi
menjamin
keselamatan para penumpang yang menggunakan perahu tambang sebagai pengangkutan yang utama. Ia juga dilengkapi dengan lampu keselamatan bagi isyarat keselamatan dan juga untuk menerangi suasana perjalanan di Sungai Sarawak pada waktu senja dan waktu malam. Selain itu, terdapat juga perauk tambang yang berdasarkan kepada konsep pembuatan perauk tambang Iban di Kuching. Ia adalah digunakan oleh masyarakat Iban pada ketika dahulu untuk memudiki Sungai Sarawak untuk sampai ke
49
Kuching. Dari segi konsep pembuatannya, ia adalah hampir sama dengan corak pembuatan perahu orang ulu boat, cuma yang membezakannya adalah reka bentuk di bahagian haluan perahu itu sahaja. Hal ini adalah bahagian haluan perauk tambang orang Iban atau Iban long boat adalah rata dan tidak mempunyai lambang burung kenyalang. Menurut Ayob, pada masa kini, ia dicat dengan warna perang bagi mengekalkan identiti perahu tersebut pada masa dahulu. 2 Namun, fungsi perauk tambang Iban long boat juga adalah sama dengan peranan yang dimainkan oleh peranan perahu tambang Melayu iaitu untuk menghubungkan masyarakat yang tinggal di Kuching dan di bahagian luar dengan dengan kawasan Kuching.
Foto 4.3: Perauk Tambang Iban Long Boat
Sumber: Sarawak Tradisional Boat Cruise, diakses daripada laman web http://ssoonz.com/iban-longboat/ pada 22 Januari 2014.
2
Temubual bersama Ayob, 48 tahun, berkaitan "Fungsi Perahu Tambang Iban" pada 28 Januari 2014.
50
4.3
Tradisi Pembuatan Perauk Tambang
Secara umumnya, terdapat banyak perubahan yang ada dalam konteks pembuatan
perauk tambang pada zaman Brooke dengan konteks pembuatan perauk tambang pada masa kini. Hal ini dapat kita lihat dalam reka bentuk perauk tambang di Sungai Sarawak. Pada zaman Brooke, perauk tambang adalah tidak menggunakan paku sehinggalah pengenalan perahu yang berkonsepkan paku pada zaman moden. Pada zaman Brooke, perauk tambang adalah banyak menggunakan sistem pasak menggunakan kayu. Tetapi pada masa kini, perahu tambang adalah telah berubah dan telah menggunakan paku bagi mengukuhkan dan menyenangkan lagi urusan pembuatan perauk tambang. Pada hal yang sama, perahu di seluruh sarawak secara amnya telah berubah dengan menggunakan paku dalam konsep pembuatan bagi mengukuhkan cantuman-cantuman struktur lain yang terdapat pada perahu.3 Dari segi nilai estetika perauk tambang, ia adalah lebih mengutamakan kepada fungsi khusus perauk tambang sebagai pengangkutan air di Sungai Sarawak pada masa pemerintahan rejim Brooke. Selepas merdeka dan sehingga kini, perauk tambang mulai berubah dari segi warna berdasarkan kepada keinginan para pemilik perauk tambang tersebut. Pada masa sekarang, pengenalan konsep warna dalam perahu tambang adalah bagi menarik perhatian para penumpang. Namun, konsep pembudayaan perauk tambang sebagai pengangkutan air yang utama di Sungai Sarawak adalah tidak berubah walaupun Kuching telah berkembang dari sudut pengangkutan air dan juga pengangkutan darat yang lain. Hal ini telah menunjukkan peranannya sebagai pengangkutan air adalah masih relevan. Dari sudut pelancongan, perauk tambang adalah menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan juga luar negara untuk datang ke Sarawak untuk merasai keadaan dan suasana di dalam perauk tambang. Dalam hal ini, langkah pemuliharaan dan pemeliharaan perauk tambang telah dibuat bagi mengekalkan identiti perauk tambang di Kuching pada masa kini.
3
Temubual bersama Harun Abdul Ghani, 54 tahun, berkaitan "Idea dan Konsep Pembuatan Perahu Tambang" pada 30 Januari 2014.
51
Foto 4.4: Proses Pemuliharaan Perauk Tambang Warisan
Sumber: Foto diambil daripada Mohd Ridzuan
Foto 4.5: Pemilihan Papan Dinding Perauk Tambang
Sumber: Foto diambil daripada Mohd Ridzuan
52
Foto 4.6: Proses Pembuatan Bahagian Haluan Perauk Tambang
Sumber: Foto diambil daripada Mohd Ridzuan
Foto 4.7: Penggunaan Teknik pasak dalam Perauk Tambang
Sumber: Foto diambil daripada Mohd Ridzuan
53
Foto 4.8: Proses Pembuatan Bahagian dalam Perauk Tambang
Sumber: Foto diambil daripada Mohd Ridzuan
Foto 4.9: Penggunaan Gergaji dalam Proses Pembuatan Dinding Perauk Tambang
Sumber: Foto diambil daripada Mohd Ridzuan
54
Dalam foto 4.4 hingga foto 4.9 adalah keterangan yang melibatkan pelbagai proses dalam pembinaan perauk tambang. Perauk tambang tersebut adalah salah satu daripada warisan perauk tambang lama yang masih wujud dan dipelihara sepenuhnya bagi mengekalkan tradisi pembudayaan perauk tambang dan juga untuk menarik perhatian pelancong yang berkunjung ke Kuching pada masa kini. Dalam proses pemilihan papan, ia adalah penting bagi pengukuhan struktur yang ada dalam perauk tambang. Selain itu, penggunaan gergaji juga penting dalam alatan yang digunakan untuk membuat perauk tambang bagi memotong papan yang melibatkan bahagian-bahagian nipis iaitu bahagian dinding perauk tambang. Dalam hal ini juga, teknik pasak dalam melekatkan dinding perauk tambang menunjukkan bahawa teknik tersebut adalah masih lagi relevan digunakan dalam proses pembuatan perauk tambang pada masa kini. Dalam masa yang sama, proses pembuatan perauk tambang adalah melibatkan amalan gotong-royong daripada beberapa pihak memandangkan proses pembuatannya yang kelihatan agak rumit. Foto 4.10: Proses Pemeliharaan dan Pemuliharaan Perauk Tambang Warisan yang telah Siap di Waterfront Kuching
Sumber: Kajian Lapangan
55
4.4
Pembudayaan Perauk Tambang
Pada masa kini, peranan perauk tambang sebagai pengangkutan yang penting di Kuching adalah masih lagi relevan sehingga kini yang mana perauk tambang hanyalah dijadikan pengangkutan perahu tradisonal pada masa pemerintahan rejim Brooke. Lagipun, peranan pemerintah terutamanya James Brooke pada masa itu kurang mementingkan terhadap kemajuan pengangkutan dan kelihatan lebih berminat dengan sistem pengangkutan perauk tambang tanpa mementingkan kemajuan sistem pengangkutan yang lain seperti pengangkutan darat dan pengangkutan udara. Di Kuching, peranan perauk tambang adalah sangat penting terutamanya dalam sistem perhubungan masyarakat di Kuching. Hal ini semakin jelas dengan kewujudan waterfront Kuching yang telah memudahkan urusan pengangkutan perauk tambang. Dengan kewujudan Waterfront Kuching, ia telah menyediakan pelabuhanpelabuhan kecil kepada perauk tambang yang mana kesibukan para pengemudi
perauk tambang dalam mengemudikan beberapa perauk tambang sama ada dengan menghantar penumpang menyeberangi Sungai Sarawak ataupun mereka yang tinggal di kawasan lembah-lembah sungai yang berada di kawasan hulu sungai. Hal ini menunjukkan perkembangan perauk tambang pada masa selepas pemerintahan Rejim Brooke yang bersifat tradisional pada masa itu telah mengalami kemajuan sekaligus semakin menjadi daya tarikan seluruh masyarakat Kuching yang masih bergantung kepada sungai dalam kehidupan seharian mereka. Tambahan pula, peningkatan bilangan penduduk di kawasan bandar Kuching juga menjadi salah satu sebab perkhidmatan perauk tambang telah menjadi semakin popular. Malah, perkhidmatan penghantaran menggunakan
perauk tambang telah berlarutan sehingga ke senja dan ini menjadi salah satu bentuk pendapatan yang lumayan kepada para pemilik perauk tambang. Pada masa kini, tambang perauk tambang adalah sebagai sumber ekonomi yang penting kepada pengusaha perauk tambang pada masa kini. Menurut seorang pengusaha
perauk tambang iaitu Morshidi, beliau dapat mengumpul RM15 hingga RM45 sehari iaitu bekerja dari seawal pukul 3 pagi hingga ke malam. Selepas bekerja lebih kurang seminggu di Sungai Sarawak, dia akan kembali ke kampung halamannya
56
melalui jalan sungai dengan perauk tambangnya sendiri. Menurutnya, pada tahun 2008, terdapat lebih 100 buah perauk tambang yang berkhidmat di sepanjang Sungai Sarawak.4
Foto 4.11: Perkembangan Waterfront di Kuching pada Masa Kini
Sumber: kajian Lapangan
Foto 4.11 menggambarkan pengangkutan perauk tambang di Waterfront Kuching yang mana pada masa kini pengangkutan perauk tambang masih lagi relevan sebagai salah satu pengangkutan air yang penting dalam menghubungkan masyarakat di Kuching.
4
Ikon Negeri Sarawak dalam Berita Harian, 10 Julai 2008.
57
Foto 4.12: Warisan Perauk Tambang Tradisional di Muzium Sarawak
Sumber: Muzium Sarawak
Selain itu juga, kemudahan pengangkutan perauk tambang juga turut mengalami kemajuan pada masa kini yang mana banyak pengkalan perauk tambang telah dibuat bagi memudahkan urusan pengangkutan perauk tambang di Kuching khususnya di beberapa tempat di pesisir Sungai Sarawak. Hal ini memudahkan para penumpang untuk menunggu perauk tambang yang sampai dan balik ke destinasi masing-masing. Di Kuching, antara contoh pengkalan perauk tambang yang dapat dilihat pada masa kini ialah seperti Pengkalan Panjang. Menurut Yunus Abdullah, disebabkan oleh bilangan populasi masyarakat di Kuching yang semakin meningkat, maka telah menyebabkan kepadatan dan kesesakan jalan darat dan hal ini telah menyebabkan masyarakat di Kuching lebih berminat untuk menggunakan perkhidmatan perauk tambang bagi menyeberangi Sungai Sarawak.5 Misalnya, pertambahan sekolah di Kuching pada era selepas merdeka telah menggiatkan lagi usaha pengangkutan perauk tambang di Kuching.
5
Temubual bersama Yunus Abdullah, 60 tahun, berkaitan "Kepentingan Perahu Tambang di Kuching" pada 28 Januari 2014.
58
Foto 4.13: Pengkalan Perauk Tambang di Pengkalan Panjang
Sumber: Kajian Lapangan
4.5
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, pembudayaan perauk tambang yang wujud semasa era pemerintahan rejim Brooke telah mencorak kepada pembinaan kepelbagaian corak dan reka bentuk yang ada pada perauk tambang tradisi yang telah wujud di Kuching pada masa kini. Misalnya, telah muncul beberapa perauk tambang yang lain hasil daripada warisan perauk tambang pada masa dahulu iaitu seperti perauk tambang Iban long boat dan juga perauk tambang Orang Ulu boat yang berkonsepkan masyarakat Orang Ulu. Di samping itu, langkah pemeliharaan dan pemuliharaan perauk tambang tradisi telah dilaksanakan bagi mengekalkan lambang dan tradisi pembudayaan
perauk tambang pada zaman Brooke. Dalam bab ini juga pengkaji telah membandingkan konsep pembuatan perauk tambang pada zaman Brooke yang mana pengekalan konsep pasak sebagai penguat struktur dinding perauk
59
tradisional yang utama masih lagi relevan dalam kalangan pembuat perauk tambang di Kuching. Selain itu, pengkaji turut menyedari bahawa tradisi pembudayaan perauk tambang sebagai alat pengangkutan yang utama di Sungai Sarawak, Kuching pada era masa kini adalah masih sama dengan peranan perauk tambang yang wujud semasa rejim Brooke. Walaupun pengangkutan pada era moden telah berubah, namun peranan perauk tambang masih lagi relevan pada masa kini malah perauk tambang telah dijadikan lambang dan identiti Sungai Sarawak sehingga kini.
60
BAB 5 PENUTUP
Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa masyarakat Melayu yang tinggal di tebingan Sungai Sarawak pada masa dahulu dan semasa era pemerintahan Brooke adalah sangat memerlukan perauk tambang sebagai pengangkutan sungai yang utama. Dalam hal ini, pengkaji telah mengimbas kembali semasa Sarawak berada di tangan Kesultanan Brunei yang mana pada masa tersebut perahu adalah sangat penting dalam menghubungkan masyarakat yang tinggal di Sarawak. Dalam penulisan ilmiah ini, penulis telah cuba sedaya untuk membincangkan tentang pembudayaan perauk tambang di Kuching pada masa era pemerintahan rejim Brooke setelah penyerahan wilayah Kuching oleh Kesultanan Brunei. Pembudayaan perauk tambang pada zaman Brooke adalah bermula dari pemerintahan James Brooke pada tahun 1841 sehinggalah kepada pemerintahan Rajah Brooke yang terakhir iaitu Charles Vyner Brooke pada tahun 1941 iaitu genap 100 tahun pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak. Dalam penulisan ilmiah ini, penulis telah cuba sedaya upaya untuk menjawab kepada permasalah kajian yang ada berkaitan dengan pembudayaan
perauk tambang di Kuching pada masa pemerintahan Brooke iaitu mencari jawapan kepada sebab-sebab mengapa pembuatan dan pembudayaan perauk tambang pada zaman pemerintahan rejim Brooke telah berkembang pesat berbanding dengan zaman sebelum Brooke. Di samping itu, pengkaji juga telah sedaya upaya untuk mengkaji siapakah yang membudayakan perauk tambang pada zaman rejim Brooke tersebut dengan mengkaji kepada sejarah dan latar belakang masyarakat Melayu yang tinggal di Kuching. Penulis telah menyedari hakikat bahawa masyarakat Melayu atau lebih dikenali sebagai masyarakat Melayu Sarawak yang tinggal di Kuching pada masa kini adalah bukan berasal daripada Sarawak itu sendiri dengan melihat kepada pendapat-pendapat
penulis-penulis
terdahulu.
Mereka
menyatakan
bahawa
masyarakat tersebut adalah berasal daripada Kesultanan Brunei dan juga kawasankawasan yang ada di sekitarnya iaitu Kepulauan Sumatera, Jawa, Johor serta teori migrasi yang terkenal iaitu migrasi masyarakat Melayu dari Tanah Besar China. Mereka seterusnya bermigrasi Ke Sarawak dan menetap di Kuching dengan menjalankan kegiatan ekonomi seperti menangkap ikan dengan berteraskan kepada petempatan mereka di lembah Sungai Sarawak. Pada masa pemerintahan James Brooke sebagai Rajah Putih Sarawak yang pertama, penulis telah menyedari bahawa taraf sosioekonomi masyarakat Melayu adalah berada pada tahap yang mundur. Dalam ekonomi perikanan, kegiatan utama orang Melayu dalam bidang perikanan telah banyak disaingi oleh orang-orang Cina kerana masyarakat Cina mempunyai perahu yang lebih moden iaitu perahu barong dan Heng Hua Kotak. Pada masa pemerintahan James Brooke, penulis telah melihat bahawa James Brooke tidak begitu berminat untuk memajukan sistem pengangkutan di Sarawak menyebabkan penduduk Melayu yang tinggal di Kuching pada masa itu telah bergantung kepada pengangkutan sungai semata-mata. Hal ini adalah kerana James Brooke pada masa itu adalah lebih berminat dalam usaha penghapusan lanun, pemberontakan dan juga berminat dalam usaha perluasan kawasan tanah jajahan melalui beberapa ekspedisi perang dalam melawan orang Iban seperti Rentap. Hal ini menyebabkan usaha untuk memajukan masyarakat Melayu yang tinggal di Kuching pada masa itu berada pada tahap yang amat rendah. Hal ini sekaligus menyebabkan kehidupan dan taraf sosioekonomi masyarakat Melayu pada masa pemerintahan James Brooke adalah kekal berada dalam struktur tradisional tanpa kemajuan. Lagipun, pemberontakan para buruh Cina di kawasan Bau yang telah menyerang Kuching telah menyebabkan seluruh kegiatan ekonomi masyarakat Melayu terutamanya yang bergiat di Sungai Sarawak adalah terancam. Pada masa pemerintahan Rajah Brooke yang kedua iaitu Charles Brooke, barulah penulis telah melihat akan pembudayaan perahu tambang sebagai pengangkutan utama yang membantu dalam mencorakkan budaya pendidikan masyarakat Melayu yang tinggal di Kuching. Mereka memerlukan perauk tambang dalam menghubungkan mereka dengan sekolah-sekolah dari kampung Melayu Sarawak yang ada di seberang Sungai Sarawak pada masa tersebut. Di samping itu, pembinaan Astana juga telah mencorak kepada pembudayaan pengangkutan 62
perauk tambang kerana Margaret Brooke iaitu isteri Charles Brooke pada masa itu telah menggalakkan wanita-wanita Melayu yang tinggal di seberang Sungai Sarawak pada masa itu untuk menemuinya di Antana bagi memberikan pendidikan kepada mereka. Pada masa pemerintahan Rajah Brooke yang terakhir iaitu Charles Vyner Brooke, penulis juga telah menyedari bahawa sistem pengangkutan di Sarawak pada masa itu telah berkembang terutamanya daripada aspek pengangkutan darat. Namun, peranan perauk tambang sebagai pengangkutan air adalah masih terus relevan. Hal ini kerana peranan perauk tambang pada masa tersebut telah digunakan bagi melawat Astana dan juga menghubungkan masyarakat tempatan dengan bandar Kuching. Hal ini juga adalah disebabkan pertumbuhan populasi penduduk di Kuching yang semakin pesat pada tahun 1939 yang telah membantu dalam mencorak kepada pembudayaan perauk tambang pada zaman Charles Vyner Brooke. Selain itu, penulis juga telah menyedari bahawa pembudayaan perauk tambang pada masa kini adalah masih menyerupai akan pembudayaan perauk tambang pada zaman Brooke berkaitan dengan peranannya sebagai pengangkutan yang utama di Sungai Sarawak. Pada masa kini, penulis telah meneliti bahawa budaya pengangkutan air yang muncul di Kuching adalah banyak menyerupai peranan perauk tambang pada masa dahulu yang mana telah melahirkan budaya pembuatan perahu tradisional yang lain iaitu perauk tambang Iban dan perauk tambang Orang Ulu. Dalam hal yang sama, penulis telah meneliti akan usaha untuk memelihara dan memuliharan perauk tambang warisan daripada zaman Brooke yang ada di Muzium Kuching dan juga Waterfront Kuching pada masa kini. Di sini, walaupun banyak kemajuan sistem pengangkutan, namun penulis telah menyedari bahawa peranan perauk tambang masih lagi relevan dalam kalangan masyarakat Melayu dan masyarakat lain yang ada di Kuching pada masa kini. Menyedari bahawa hakikat perauk tambang sangat penting dalam memainkan peranan sebagai sistem pengangkutan air yang penting di Kuching, diharapkan perauk tambang sebagai warisan budaya tradisonal dalam kalangan masyarakat Melayu agar terus dikekalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak. Pada 63
masa yang sama, ia adalah penting bagi memperkenalkan nama Sarawak di luar negara dengan menjadikan perauk tambang sebagai sumber utama dalam menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke Kuching. Dalam hal ini, kerajaan perlu memainkan peranan dalam usaha memelihara dan memelihara perauk tambang sebagai warisan budaya masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Selain itu, generasi baharu juga perlu dididik agar sentiasa mengekalkan budaya pembuatan perauk tambang agar tidak hilang ditelan zaman. Hal ini sangat penting bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai budaya pembuatan pembudayaan perahu tradisional kepada seluruh generasi akan datang. Kesimpulannya, latihan ilmiah ini telah ditulis bagi merungkai
dan
memperjelaskan perkara-perkara yang ada berkaitan dengan pembudayaan perauk tambang yang ada pada zaman pemerintahan Brooke dan ia diharapkan agar mampu mengisi segala kekurangan dan kelompangan yang telah dihasilkan oleh para penulis pada masa sebelum ini. Sekali lagi, penulis sangat mengharapkan agar budaya pembuatan perauk tambang dapat terus terpelihara dan terpulihara bagi membolehkan budaya tersebut terus tersemai dalam jiwa generasi muda pada masa sekarang dan generasi akan datang. Hal ini adalah kerana ia melambangkan identiti yang ada pada masyarakat Melayu Sarawak pada masa dahulu yang perlu dikekalkan sampai bila-bila masa.
64
BIBLIOGRAFI
Akhbar
Berita Harian. Ikon Negeri Sarawak. 10 Julai 2008. Clark & C.D. Le Gros. 1935. Sarawak: 1935 Blue Report, Kuching. Sarawak Museum. Sarawak Gazette. 1886. Kadang Expedition. vol. XVI. No. 240.
Utusan Sarawak. Pengukir Perahu Tambang. 9 Januari 2010. Laporan
Sarawak Annual Report 1948. Kuching: Government Printers. Majalah Tian Nong. 1993. Majalah Khas Ulang Tahun ke-108 Kuching. Kuching: Hainan Association. Tesis Jesinja Bin Ambasing. 2009. Warisan Perahu Kayu Komuniti Pesisir Pantai dan Pulau di Sandakan Sabah, Latihan Ilmiah, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Buku Ahmad Jelani Halimi. 2006. Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka Abad Ke-15 Hingga Ke- 18. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chang Pat Foh. 1997. Heroes of the Land and Hornbill. Kuching: Lee Ming Press Co. Elymart Jastro. 2010. Kajian Perahu Tradisional Nusantara Di Muzium Bahari. Jakarta Utara. Jakarta: Universitas Indonesia. Foh Hon Kah. 1996. Native in Rejang Basin dalam A History of the Development of Rajang Basin in Sarawak. Sibu: The Cultural Heritage Committee. G.R Elliston. 1967. The Marine Fishing Industry of Sarawak. Hull: University of Hull.Harriette McDougall. 2007. Introductory dalam Sketches of Our Life in
Sarawak.
Ismail Ali dan Mohammad Raduan Mohd Ariff. 2009. Pembudayaan Perahu Bercadik (Outrigger) di Nusantara. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. James C Jackson. 1968. Sarawak a Geographical Survey of Developing State. London: University of London Press.
65
Low H. 1988. Sarawak: Notes During a Residence in that Country with H.H. The Rajah Brooke. Singapore: Oxford University Press. Madzlan Abdullah. 1978. Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Magaret Brooke, The Renee Of Sarawak. 2004. The Three White Rajahs. Kota Kinabalu: Natural History Publications. P. Sivarajan dan S. Malar Arasi. 2012. Sejarah Sosioekonomi Malaysia sehingga Tahun 1970. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. R. H. W. Reece. 1988. Development in Sarawak. Victoria: Morphet Press Pty Ltd. R. K Bhattacharyya. 1994. Sarawak: Beautiful and Captivating. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. S. Baring Gould dan C.A. Bampfylde. 2007. A History of Sarawak: Under its two White Rajahs 1839-1908. London: Sotheran & Co. Bhd. Sabihah Osman. 1990. Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak 1841-1941. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Semuel Kurni. 2013. Teknik Pembuatan Perahu Tradisional oleh Masyarakat
Kampung Rayori Distrik Kepulauan Aruri Kabupaten Supiori Provinsi Papua, Manokwari: Universitas Negeri Papua.
Sulaiman Husaini. 2008. SAMARAHAN: Dari Kampung Terpencil ke Desa Ilmu. Pejabat Residen Bahagian Samarahan. Sarawak Press Sdn Bhd. Syed Idrus Syed Ahmad dan R. Santhriam. 1990. Perkembangan Pendidikan di Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jurnal Amarjit Kaur. 1995. The Babbling Brookes: Economic Change in Sarawak 18411941. Journal Modern Asian Studies. Vol. 29. No. 1. J.H Walker. 1995. Notes on the use of “Malay” and “Abang” in Sarawak. The Sarawak Museum Journal, vol. XLVIII. No. 69. L. W Jones. 1967. The Population of Borneo: A Study of the Peoples of Sarawak, Sabah and Brunei. Journal The Australian Quaterly. Vol. 39. Nicholas Tarling. 1963. Sir James Brooke and Brunei. The Sarawak Museum Journal. vol. XI. No. 21-22. Wan Kamal Mujani & Noranizah Yusuf. 2010. Islam dan Missionari di Sarawak: Kesan terhadap Pendidikan pada Zaman Crown Colony, 1841-1941. Jurnal Sosiohumanika. Vol. 3. No. 2. 66
Ooi Keat Gin. 1990. Sarawak Malay Attitudes Towards Education during the Period of Brooke Rule, 1841-1946. Journal of Southeast Asian Studies. Vol. 21. No. 2. Zainal Kling. 1989. Kebudayaan Melayu Sarawak.The Sarawak Museum Journal. vol. XL. No.661. Laman web Sarawak Tradisional Boat Cruise, diakses daripada http://ssoonz.com/iban-long-boat/ pada 22 Januari 2014.
laman
web
Responden Ayob. 48 tahun. Fungsi Perahu Tambang Iban. 28 Januari 2014. Harun Abdul Ghani. 54 tahun. Idea dan Konsep Pembuatan Perahu Tambang. 30 Januari 2014. Yunus Abdullah. 60 tahun. Kepentingan Perahu Tambang di Kuching. 28 Januari 2014.
67
Lampiran A Foto A1: Pandangan Bahagian Hadapan Perauk Tambang
Sumber: Muzium Sarawak
Foto A2: Pandangan Bahagian Belakang Perauk Tambang
Sumber: Muzium Sarawak
68
Foto A3: Suasana Sungai Sarawak pada Waktu Pagi
Sumber: Kajian Lapangan
Foto A4: Suasana Sungai Sarawak pada Waktu Senja
Sumber: Kajian Lapangan
69
Foto A5: Replika Perauk Tambang
Sumber: Utusan Sarawak, Pengukir Perahu Tambang, 9 Januari 2010.
Foto A6: Perauk Tambang Menjadi Lambang Sungai Sarawak
Sumber: Kajian Lapangan
70
Foto A7: Pengkaji Bersama Perauk Tambang Tradisional
Sumber: Kajian Lapangan
Foto A8: Gabenor British Terakhir Menggunakan Perauk Tambang
Sumber: Jabatan Muzium Sarawak
71