Sejarah Negeri Sabah boleh dijejaki semula pada kira-kira 23–30,000 tahun dahulu dengan terdapatnya bukti penempatan manusia wujud di negeri ini. Sejarah Sabah juga termasuk dalam sejarah Br…Full description
buruh
Akta Enakmen OrdinanFull description
rangkuman sejarah buruh di tanah air dari masa kemasa
EDeskripsi lengkap
sabah native court, law240 part3
ScriptFull description
Descripción completa
sena gestion de negocios
origamiDescripción completa
Descripción: tema de oposiciones de secundaria de tecnologia
Descripción completa
Intervención SociocomunitariaDescripción completa
Full description
www.dini-islam.net
Pengertian MMD Adalah pertemuan atau perwakilan warga desa beserta tokoh masyarakatnya dan para petugas untuk membahas hasil survey mawas diri dan merencanakan penanggulangan masalah kesehatan yg ...
notaFull description
From pirate battles of the last century to the story of the uprising of 1943, this exciting new reader describes vividly various episodes from the colourful history of Sabah
Konflik Perkauman di Sabah: Isu Bumiputera dan Pendatang Asing dilihat dari Perspektif Sosialis yang ditulis oleh Muhammad Salleh (Disember 2001). Beliau mengupas setiap isu dengan merujuk kepada r...Full description
lawFull description
esei ini berkaitan tentang pencapaian yang dilakukan di sabah semasa pemerintahan sbub.Full description
Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) Objektif: Akta untuk mengawal selia standard minima terma dan syarat pekerjaan bagi pekerja dalam sektor swasta, sama ada berkesatuan atau tidak berkesatuan di negeri Sabah. Ditadbir oleh: Jabatan Tenaga Kerja, Sabah. 1. Ia melindungi pekerja dalam perkara seperti bayaran gaji, waktu bekerja, cuti sakit, cuti tahunan, faedah bersalin, dll. Semua majikan hendaklah mengikuti peraturan-peraturan peraturan-peraturan yang dinyatakan. 2. Seorang ‘Pekerja’ ‘Pekerja’ di bawah Ordinan ini merujuk kepada: a. Mana-mana orang yang, tanpa mengira pekerjaannya, telah memasuki suatu kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan di mana pendapatannya tidak melebihi RM2500 sebulan; atau b. Mana-mana orang yang, tanpa mengira amaun gajinya sebulan, telah memasuki suatu kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan di mana dia: i. Melakukan kerja kasar ii. Melakukan pengendalian atau penyenggaraan apa-apa kenderaan untuk pengangkutan; iii. Menyelia atau mengawasi pekerja lain yang menjalankan kerja kasar; iv. Diambil bekerja dalam apa-apa keupayaan dalam mana-mana kapal yang didaftarkan di Malaysia; v. Diambil bekerja sebagai pembantu rumah. 3. Kewajipan utama majikan adalah seperti berikut: a. Setiap pekerja hendaklah diberi kontrak perkhidmatan bertulis yang mengandungi terma dan syarat pekerjaan, termasuk peruntukan berkaitan dengan penamatan kontrak; b. Menyenggara daftar tenaga kerja berkenaan dengan butir peribadi pekerja, bayaran gaji dan potongan gaji; c. Gaji perlu dibayar tidak lewat daripada hari ketujuh selepas hari terakhir mana-mana tempoh gaji. 4. Terma dan syarat minimum pekerjaan a. Waktu kerja normal: Waktu kerja normal hendaklah tidak i. melebihi lima jam berturut-turut tanpa tempoh rehat yang tidak ii. iii.
b. Cuti:
kurang daripada tiga puluh minit; melebihi lapan jam dalam satu hari; melebihi rangkuman 10 jam sehari
Berhak mendapat cuti tahunan, cuti sakit dan cuti umum bergaji.
c. Cuti Tahunan: Lapan hari cuti tahunan bergaji untuk pekerja yang berkhidmat kurang daripada dua tahun; 12 hari cuti tahunan bergaji untuk pekerja yang berkhidmat dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada 5 tahun, dan 16 hari bagi mereka yang berkhidmat lebih daripada lima tahun.
d. Cuti Sakit: 14 hingga 22 hari cuti sakit bergaji untuk setiap tahun kalendar bergantung kepada tempoh perkhidmatan dan, jika perlu dimasukkan ke hospital, jumlah cuti sakit bergaji yang boleh diberi adalah sehingga agregat 60 hari cuti sakit bagi setiap tahun kalendar. e. Cuti Umum: Setiap pekerja berhak mendapat cuti bergaji pada kadar bayaran biasanya dalam mana-mana satu tahun kalendar pada 15 hari cuti umum yang digazetkan seperti yang dinyatakan di bawah Ordinan Cuti (Sabah), (Bab 56), lima daripadanya adalah: i. Hari Kebangsaan; ii. Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong; iii. Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Sabah; iv. Hari Pekerja; dan v. Hari Malaysia. f.
Bayaran Kerja Lebih Masa: Bayaran minimun untuk kerja lebih masa adalah satu setengah kali kadar jam pada hari bekerja biasa, dua kali kadar jam pada hari rehat dan tiga kali kadar jam pada cuti umum.
g. Hari Rehat: Hari rehat satu hari penuh dalam setiap minggu kerja. 5. Peruntukan istimewa untuk perlindungan pekerja wanita berkaitan dengan kerja waktu malam dan faedah bersalin: a. Pekerja wanita tidak dibenarkan bekerja dalam mana-mana kegiatan perusahaan atau pertanian antara jam 10 malam dan 5 pagi, melainkan mendapat kelulusan terdahulu Ketua Pengarah Tenaga Kerja; b. Pekerja wanita berhak mendapat cuti bersalin bagi tempoh tidak kurang daripada 60 hari berturut-turut. 6. Penamatan Kontrak Perkhidmatan a. Tempoh notis penamatan perlu dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan dan jangka masanya hendaklah sama untuk kedua-dua majikan dan pekerja. b. Jika tempoh notis tidak dinyatakan dalam kontrak, peruntukan berikut terpakai: i. Notis empat minggu jika pekerja telah diambil bekerja kurang daripada dua tahun pada tarikh notis diberikan; ii. Notis enam minggu jika dia telah diambil kerja untuk dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun pada tarikh tersebut; iii. Notis lapan minggu jika dia telah diambil kerja untuk lima tahun atau lebih pada tarikh tersebut.
Implikasi Utama Semua pekerja di bawah Ordinan ini perlu diberi kontrak perkhidmatan bertulis mengandungi terma pekerjaan. Akta
Bidang Utama
Implikasi kepada Majikan
Ordinan Buruh Sabah (Bab
Gaji RM 2500 ke bawah
Beri kontrak perkhidmatan kepada setiap pekerja.
67) Untuk Pekerja dalam negeri Sabah dan dalam kategori kerja A.1 hingga 2 di atas
Gaji dibayar dalam 7 hari pertama bulan berikutnya.
Waktu Bekerja
1. Waktu bekerja normal tidak melebihi 8 jam sehari atau 48 jam dalam seminggu. 2. Tidak melebihi 5 jam berturut-turut tanpa rehat 30 minit. 3. Tidak melebihi rangkuman 10 jam sehari
Cuti Tahunan
Faedah cuti tahunan minimum bergantung kepada bilangan tahun dengan syarikat: Kurang daripada 2 tahun -----8 hari 2 tahun ke atas tetapi kurang daripada 5 tahun -----------12 hari 5 tahun ke atas – 16 hari.
Cuti Sakit
14 hingga 22 hari cuti sakit bergaji. 60 hari kemasukan ke hospital termasuk cuti sakit bergaji.
Cuti umum
15 Hari yang digazetkan sebagai cuti umum
Pengambilan
Tidak dibenarkan bekerja dalam
pekerja wanita: Larangan kerja waktu malam
kegiatan perusahaan atau pertanian antara 10 malam hingga 5 pagi.
Perlindungan bersalin utk
Cuti bersalin minimum 60 hari. Bagi pekerja wanita yang bekerja
pekerja wanita
mengikut kadar gaji harian atau mingguan – Elaun adalah berdasarkan Kadar Bayaran Biasa atau bayaran minimum RM6.00 sehari, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Bagi pekerja wanita yang bekerja mengikut kadar gaji bulanan – Elaun adalah berdasarkan kadar gaji bulanan.
Notis penamatan
Tempoh notis minima berdasarkan bilangan tahun bekerja dengan syarikat: Kurang daripada 2 tahun ------ Notis 4 minggu 2 tahun atau lebih tetapi kurang daripada 5 tahun ------------- Notis 6 minggu 5 tahun ke atas ------ Notis 8 minggu
Bekerja pada 1. Kurang daripada separuh waktu hari rehat untuk bekerja normal ---------------- Gaji 1 pekerja hari pada kadar bayaran biasa. berpendapatan 2. Lebih daripada separuh tetapi mengikut kadar tidak melebihi waktu bekerja harian atau normal ---Gaji 2 hari pada kadar kadar jam bayaran biasa.
Bekerja pada 1. Kurang daripada separuh waktu hari rehat untuk bekerja normal ---------------- Gaji pekerja separuh hari pada kadar bayaran berpendapatan biasa. mengikut kadar 2. Lebih daripada separuh tetapi bulanan tidak melebihi waktu bekerja normal ---Gaji 1 hari pada kadar bayaran biasa .
Bekerja pada 2x Kadar bayaran biasa untuk setiap hari rehat untuk hasil kerja pekerja berpendapatan mengikut kadar
hasil Bekerja pada
2 X kadar bayaran sejam
hari rehat untuk semua pekerja melebihi waktu bekerja normal Bekerja lebih masa pada hari biasa Bekerja pada cuti umum