Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
FAKTOR-FAKTOR PENDUDUKAN JEPUN DI ASIA TENGGARA 1. PERUBAHAN KEPIMPINAN JEPUN - Kebangkitan Meiji
Kebangkitan imperialisme Barat menyaksikan Jepun terpaksa tunduk kepada desakan Amerika Syarikat di bawah pimpinan komander tentera laut Matthew Perry supaya membuka pintu kepada kuasa Barat di bawah satu perjanjian di bawah Konvensyen Kanagawa 1854.
Pada waktu tersebut, Jepun yang diperintah oleh Keshogunan Tokugawa (zaman pemerintahan Shogun - Jeneral) Jeneral)
telah dipaksa dipaksa membenarkan membenarkan Amerika Amerika Syarikat Syarikat
bertapak di beberapa beberapa buah pelabuhan
strategik di Jepun dan membenarkan membenarkan
pembukaan konsulat Amerika Syarikat di negara tersebut.
Perjanjian tersebut menyebabkan para samurai mula memberontak ke atas kekuasaan Shogun, di mana mereka menganggap Shogun mulai melemah dan tunduk kepada kuasa asing. Penentangan ini akhirnya membawa kepada Perang Boshin 1867.
Shogun terakhir, Tokugawa Yoshinobu akhirnya mengembalikan kekuasaan kepada Maharaja Mikado Meiji dan bermulalah pemerintahan pemerintahan Meiji di Jepun pada 1868.
Semenjak itu, bermulalah era pemulihan Meiji ke atas Jepun, di mana pemerintahan baginda telah melakukan pelbagai pemodenan dalam sistem pemerintahan dan undang-undang, seterusnya menggalakkan pencarian ilmu moden dalam kalangan rakyatnya. Baginda juga telah menjadikan Barat sebagai model dalam memajukan Jepun.
Kurang dari tiga puluh tahun kemudian, Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa yang hebat dengan kemajuan ketenteraan moden, teknologi dan perindustrian yang pesat dan berjaya menyaingi kekuasaan Eropah.
Kekuatan Jepun sebagai kuasa baru dunia bermula setelah mereka berjaya memenangi Perang China-Jepun pada 1895, yang membawa kepada penguasaan Jepun terhadap wilayah Korea dan Formosa (Taiwan).
Kemudiannya, Jepun berjaya pula menewaskan Russia dalam perang pada 1905.
1
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.

2. PENGARUH TENTERA DALAM PENTADBIRAN JEPUN
Pentadbiran Jepun pada tahun 1930-an telah mula dikuasai oleh para pemerintah tentera.
Pengaruh tentera dalam pentadbiran Jepun telah menjadikan dasar Jepun lebih bersifat militari terutamanya dalam beberapa tindakan Jepun menyerang Manchuria, China dan seterusnya terlibat secara aktif dalam Perang Dunia Kedua di bawah kuasa Paksi.
Kemuncak kuasa tentera dalam pentadbiran Jepun dapat dilihat melalui perlantikan Jeneral Tojo sebagai Perdana Menteri Jepun yang ke-40 pada tahun 1941.
Di bawah pentadbirannya sebagai Perdana Menteri Jepun, beliau telah memainkan peranan utama dalam merangka strategi perperangan untuk menduduki kawasan Asia Tenggara.
3. KRISIS PERANG DUNIA KEDUA - Jepun menyertai Pakatan Paksi (Axis)
Dalam Perang Dunia Pertama, Jepun telah menyertai Pakatan Berikat dengan Amerika dan British. Apabila perang tamat dan dimenangi oleh Pakatan Berikat, Amerika dan British berasa bimbang dengan kekuatan yang ada pada Jepun.
Oleh itu, Pakatan Berikat telah mengehadkan jumlah tentera laut Jepun dalam Persidangan Washington menyebabkan bermulalah kerenggangan antara Jepun dan Kuasa Berikat.
Semenjak itu, Jepun telah mula membuat pakatan dengan Jerman pada 1936, kemudiannya Jepun sedikit demi sedikit telah mula menyerang negara-negara sekitarnya seperti Manchuria dan melancarkan perang kedua ke atas China sekaligus melanggar ketetapan yang telah dibuat oleh Liga Bangsa-bangsa.
Dalam bulan Ogos 1940, Jepun secara rasmi menyertai Pakatan Paksi antara Jerman dan Itali dan mengisyhtiharkan penentangan terhadap kuasa Eropah di bawah Pakatan Berikat. Walaubagaimanapun, Jepun telah menandatangani perjanjian
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
Walaupun Jepun berusaha melakukan perundingan dengan Amerika Syarikat supaya berkecuali, tindak tanduk Jepun merisaukan Amerika Syarikat menyebabkan perang meletus di antara Jepun dan Amerika Syarikat pada 1941.
Hasilnya, Jepun telah bertindak menyerang pelabuhan tentera Amerika di Lautan Pasifik (Pearl Harbour) pada 1 Februari 1941, menyebabkan kekuatan Amerika di Asia lumpuh sekaligus memudahkan lagi usaha Jepun menguasai Asia Tenggara tanpa sebarang tentangan. Pengeboman itu menandakan bermulanya penentangan Jepun terhadap Kuasa Berikat di kawasan Asia.
4. KUASA BESAR TUNGGAL DI ASIA
Sebelum Perang Dunia Kedua, hampir seluruh Asia telah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat yang bersaing di antara satu sama lain.
Apabila meletusnya Perang Dunia Kedua di Eropah, kesemua kuasa-kuasa besar Eropah yang menjajah Asia terpaksa memberikan perhatiannya kepada perperangan di Eropah.
Dalam masa yang sama, Amerika Syarikat terpaksa menumpukan keselamatannya terhadap perang yang meletus di Eropah dan menambah kekuatan mereka di Lautan Atlantik.
Walaubagaimanapun, tindakan Jepun yang bertindak mengebom pengkalan tentera Amerika Syarikat iaitu Pearl Harbour di Lautan Pasifik telah menyebabkan Jepun muncul sebagai satu-satunya kuasa ketenteraan yang kuat di Asia kerana Amerika Syarikat memerlukan masa yang lama untuk memulihkan kekuatannya yang telah dihancurkan.
Kejayaan Tentera Paksi pimpinan Nazi di Eropah yang berjaya menduduki Perancis dan Rusia menambahkan lagi kekuatan Jepun di Asia.
Misalnya, kerajaan Perancis di Indo-China langsung tidak berkuasa untuk menghalang kemaraan Jepun di Indochina disebabkan kejatuhan kerajaan pusatnya di Eropah.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
Oleh itu, Jepun dengan mudah telah memperoleh kemudahan untuk menjadikan Indochina sebagai pengkalannya dengan menggunakan kemudahan lapangan terbang dan pelabuhan di Indochina sebelum mara ke seluruh Asia Tenggara.
Seterusnya, walaupun kerajaan British di Eropah masih kukuh dalam Perang Dunia Kedua, tumpuan mereka lebih tertumpu di Eropah dan tanah jajahannya di Tanah Melayu dan Burma kurang diberi perhatian.
Malah, tindakan Jepun mengebom dua buah kapal perang British iaitu Prince of Wales dan Repulse telah melemahkan kedudukan Tentera Bersekutu di Asia Tenggara.
5. SEKATAN EKONOMI DI JEPUN
Pencerobohan Jepun ke atas Manchuria dan kemudiannya China telah mengundang kemarahan kuasa Eropah ke atas Jepun.
Walaupun Jepun merupakan sekutu mereka dalam Perang Dunia Pertama dengan menyertai Kuasa Berikat, kemunculan Jepun sebagai sebuah kuasa dunia yang baru terutamanya dalam bidang ketenteraan dan perindustrian sangat membimbangkan kuasa Eropah. Hal ini kerana Jepun dilihat menjadi ancaman kepada kepentingan kuasa Eropah di China, Asia Tenggara dan Asia Pasifik.
Sebagai tindakan menekan Jepun, kuasa Eropah yang menguasai Asia Tenggara telah mengehadkan kemasukan kemasukan barangan import Jepun ke negara yang dikuasai mereka.
Serangan Jepun ke atas Manchuria dan China telah dijadikan alasan oleh pihak Berikat untuk mengenakan sekatan ekonomi ke atas Jepun. Amerika Syarikat misalnya telah memberi kata dua kepada Jepun samada keluar dari China atau dikenakan sekatan ekonomi.
Pada tahun 1941, sekatan perdagangan terutamanya sekatan ke atas bahan binaan seperti besi, keluli dan jentera telah dikenakan ke atas Jepun. Hasilnya, ekonomi Jepun merosot hampir 50 peratus dan hal ini sangat memberikan kesan ke atas Jepun.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
Oleh itu, Jepun telah bertindak menduduki kawasan Asia Tenggara bagi menguasai bahan mentah yang terdapat di Asia Tenggara bagi mengatasi masalah sekatan ekonomi tersebut.
6. KEKAYAAN BAHAN MENTAH DI ASIA TENGGARA
Jepun muncul sebagai sebuah negara perindustrian moden yang sangat bergantung kepada import bahan mentah dari negara luar.
Apabila Jepun menerima sekatan ekonomi oleh dunia akibat serangan ke atas Manchuria dan China, bekalan bahan mentah disekat dan sektor perindustrian di Jepun telah terjejas teruk.
Oleh itu, Jepun melihat kekayaan bahan mentah yang ada di Asia Tenggara sebagai peluang kepada mereka dalam mengaut bahan mentah seperti bijih timah, bijih besi, getah, petroleum dan sebagainya yang telah dijarah oleh kuasa Eropah semenjak sekian lama.
Untuk itu, Jepun telah mewujudkan propaganda “Kawasan Kesemakmuran Asia Timur Raya” iaitu satu pakatan ekonomi dalam kalangan negara -negara Asia Timur
dan Asia Tenggara dalam menguasai ekonomi mereka sendiri sekaligus mengusir keluar penjajah Barat dari bumi Asia. Hal ini kemudiannya disemarakkan lagi dengan slogan “Asia Untuk Asia” dalam kalangan penduduk tempatan. Sebenarnya,
pendudukan Jepun ini adalah strategi mereka dalam mengeksploitasi ekonomi Asia Tenggara dengan mudah.
7. ASIA TENGGARA SEBAGAI PASARAN BARANGAN JEPUN
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
Selain itu, penjajah Eropah telah bertindak mengehadkan barangan Jepun yang boleh dipasarkan di negara-negara Asia Tenggara.
Oleh itu, dengan menguasai Asia Tenggara, Jepun secara tidak langsung dapat memasarkan barangan mereka ke negara-negara Asia Tenggara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti Indonesia dan Indochina tanpa sekatan daripada negara-negara penjajah Eropah.
8. ASIA TENGGARA SEBAGAI JELAPANG MAKANAN JEPUN
Jepun telah mengalami pertambahan penduduk yang pesat semenjak dasar pemodenan diperkenalkan.
Selain itu juga, Jepun muncul sebagai sebuah negara industri moden yang sebelumnya merupakan sebuah negara berasaskan pertanian. Oleh itu, tanah-tanah pertanian telah ditukarkan kepada tanah kilang dan perindustrian.
Tambahan pula, penduduk Jepun juga telah mula menukar pekerjaan mereka dari menjadi petani kepada pekerja dalam sektor perkilangan.
Dengan keluasan tanah pertanian yang semakin berkurangan dan jumlah petani yang semakin mengecil, Jepun menghadapi masalah makanan yang agak serius.
Oleh itu, makanan ruji seperti beras terpaksa diimport dari luar kerana masalah tersebut.
Justeru, dengan menguasai kawasan Asia Tenggara yang subur dan mempunyai tanah yang luas serta tenaga pekerja yang ramai, Jepun dilihat dapat mengambil kesempatan dalam mengeksploitasi sumber pertanian di negara-negara Asia Tenggara.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
REAKSI PENDUDUK TEMPATAN KE ATAS PENDUDUKAN JEPUN Pro Jepun
: Golongan nasionalis Burma, Indonesia dan Tanah Melayu (pada permulaan perang)
Anti Jepun
: Penentangan di seluruh Asia Tenggara
1. Burma
Pada permulaannya, pendudukan Jepun di Burma dialu-alukan oleh para pemimpin tempatan Burma terutamanya golongan Thakin atas nama pembebasan dari penjajahan Barat.
Golongan Thakin yang dipimpin Aung San menyokong pendudukan Jepun di Burma kerana ramai pemimpin utama Thakin seperti Dr. Ba Maw, U Ba Pe dan lain-lain dibebaskan oleh tentera Jepun dari tahanan British.
Sebelum bertindak menyerang dan mengusir kedudukan British di Burma, Jepun telah membantu menubuhkan Burma Independent Army (B.I.A) di bawah pimpinan Aung San, yang turut serta bersama-sama Jepun menyerang Burma.
Apabila tentera B.I.A tiba di Burma, beribu-ribu rakyat Burma secara sukarela telah menyertai tentera tersebut bagi mengusir British dari Burma.
Jepun cuba menjaga hati masyarakat Burma dalam membantunya maju ke India, sekaligus mengusir keluar British dari Asia. Oleh itu, kerajaan rakyat dibentuk oleh Jepun diketuai oleh Dr. Ba Maw.
Pembentukan kerajaan Burma yang diketuai oleh Dr.Ba Maw dan perlantikan
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
terhadap Jepun merosot dengan teruk dan kebanyakan golongan Thakin telah lari ke dalam hutan dan mengangkat senjata.
Selain itu, Tentera Kebangsaan Burma juga telah bertindak belot kepada Jepun dengan menyokong British apabila kedudukan Jepun mulai melemah.
Gerakan penentangan bawah tanah menentang Jepun telah digerakkan oleh golongan Thakin yang berfahaman komunis seperti Thie Pe dan Thien Soe.
Pada I Ogos 1943 Jepun telah mengisytiharkan kemerdekaan Burma dengan melantik Dr. Ba Maw sebagai Perdana Menteri dibantu oleh kabinet dan majlis penasihat.
Walau bagaimanapun, kuasa orang-orang Burma dalam kerajaan yang baru dibentuk sangat terhad.Maka nasionalis Burma terlalu kecewa dan mula mengatur pakatan sulit
dengan
pihak
komunis
pimpinan
Thakin
Soe
untuk
menggulingkan
pemerintahan Jepun kerana keadaan ekonomi Burma semakin buruk di bawah pemerintahan Jepun berbanding sewaktu berada di bawah pemerintahan British.
Hal ini telah membangkitkan membangkitkan semangat anti-Jepun di Burma. Ahli Thakin mula melakukan gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun sementara Aung San telah menubuhkan
Tentera
Kemerdekaan
Burma
anti-Jepun
yang
kemudiannya
membentuk Liga Kemerdekaan Rakyat Anti-Fasis (AFPEL) untuk menentang Jepun dan bermatlamat untuk menubuhkan kerajaan sendiri dengan melakukan pemusnahan terhadap lokasi strategik.
2. Indochina
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
Gerakan penentangan terhadap Jepun di Indochina diketuai oleh Ho Chi Minh dan Liga Kemerdekaan Viet Minh yang turut mendapat bantuan persenjataan daripada Amerika dan Britain.
Di Vietnam tentera Jepun memaksa golongan petani menanam jut, rami, kacang dan tumbuhan minyak jarak. Sistem paksaan ini menjadikan masalah untuk menampung keperluan makanan semakin runcing.
Bagi mengusir Jepun dari Vietnam, perancangan telah dibuat oleh golongan komunis dan nasionalis bagi menentang kekejaman Jepun. Pakatan dengan parti lain telah dilakukan oleh pejuang komunis sebagai langkah permulaan. Ho Chi Minh telah dibebaskan oleh Jeneral Chang untuk memimpin Liga Parti Revolusi Vietnam.
Kesempatan ini membolehkan Ho Chi Minh menguatkan parti komunis dan Viet Minh daripada wang disalurkan oleh negara China.
Bagi meraih sokongan rakyat Jepun telah menjalankan propaganda dengan cara memberi kemerdekaan kepada Annam dan Tongking. Oleh kerana teripu dengan sikap Jepun, Liga Vietnam telah memulakan perang gerila.Mereka telah berjaya membebaskan beberapa wilayah.
Liga Kemerdekaan Viet Minh pada umumnya adalah satu pertubuhan pembebasan yang tidak memihak kepada Perancis dan Jepun. Usaha menentang Perancis dan Jepun di bawah pimpinan Ho Chi Minh telah dibantu oleh Amerika Syarikat dan China.
3. Filipina
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
Dalam usahanya untuk menarik sokongan rakyat Filipina menentang Amerika Syarikat, Jepun telah bertindak menubuhkan sebuah Suruhanjaya Perlembagaan bagi merangka sebuah perlembagaan baru bagi Republik Filipina yang merdeka.
Pada 14 Oktober 1943, Jepun telah mengisyhtiharkan kemerdekaan Filipina secara rasmi dan Jose P.Laurel dilantik sebagai Presiden Filipina, namun kuasanya adalah terhad dan dianggap hanya sebagai seorang boneka kepada Jepun.
Akibatnya Luis Taruc dan Casto Alejandrino telah menubuhkan tentera rakyat antiJepun atau Hukbalahap dengan sokongan padu daripada golongan petani yang bertujuan untuk menyingkirkan Jepun di Filipina dan membantu perkhidmatan perisikan Amerika serta menyusun strategi menamatkan pemerintahan Jepun.
Hukbalahap telah melancarkan serangan ke atas kedudukan penguasaan Jepun di Filipina. dan tanah yang berjaya diduduki telah diagih-agihkan kepada golongan petani.
Gerakan tentera Hukbalahap tidak dapat menguasai Filipina apabila Amerika Syarikat kembali menguasai Filipina pada September 1945.
4. Tanah Melayu
Ketika kemasukan Jepun ke Tanah Melayu, orang Melayu terutamanya Kesatuan Melayu Muda menyokong pendudukan Jepun di Tanah Melayu kerana mengharap Jepun mengusir British dan kemudiannya memberikan kemerdekaan pada orang Melayu.
Malah, propaganda “Asia Untuk Orang Asia” telah menyebabkan rakyat tempatan
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
Tindakan Jepun tersebut telah mengundang kemarahan penduduk dan mereka bangun mengangkat senjata menentang Jepun.
Orang Cina pula menubuhkan gerakan bersenjata secara gerila bagi menentang Jepun di bawah MPAJA. Hal ini kerana orang Cina menjadi buruan dan mangsa kezaliman Jepun akibat dendam perang mereka dengan orang-orang China di Tnah Besar China.
Dalam perang tersebut, orang-orang Cina di Tanah Melayu didapati telah memberikan sokongan dari segi kewangan kepada perjuangan rakyat China menentang Jepun. Berang dengan tindakan tersebut, tentera Jepun telah bertindak membalas dendam terhadap orang-orang Cina di Tanah Melayu dengan membunuh, memperkosa dan membakar rumah orang-orang Cina.
Akibatnya, orang-orang Cina terutamanya para pemuda telah lari ke dalam hutan dan berjuang di bawah MPAJA yang mendapat bantuan persenjataan daripada British.
Selain itu wujud gerakan penentangan dari kalangan orang Melayu seperti Askar Wataniah Pahang, Force 136 dan beberapa gerakan lainnya.
5. Indonesia
Orang Indonesia tidak menentang pendudukan Jepun di negara mereka kerana pemimpin utama seperti Sukarno dan Muhammad Hatta dibebaskan dari tahanan dan kemudiannya diangkat menjadi pemimpin. Jepun juga berjanji memberi kemerdekaan kepada Indonesia.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Nota SJH1106
Hazman©ipda2012
Apabila Jepun mula bertindak zalim ke atas rakyat, wujud gerakan penentangan di bawah pimpinan Shahrir yang melancarkan gerakan bawah tanah yang mendapat bantuan kewangan daripada Belanda.
Jepun kemudiannya bersetuju memberi kemerdekaan kepada Indonesia, namun apabila menyedari kekuasaan mereka semakin lemah, Jepun enggan memberikan kemerdekaan kepada Indonesia.