Nasi Beriani Gam Johor Sempena hari Ulang Tahun Perkahwinan kami yang ke 9 hari ini … saya masak resepi di bawah, requested and ideas by my hubby
:
Nasi Beriani Gam Bahan-bahan (Untuk nasi) 1. 5 cawan* beras basmathi (or Beras Puteri) 2. 1 cawan ghee (minyak sapi) 3. 1 sudu teh buah pelaga 4. 1 inci kayu manis 5. 5 bunga lawang 6. 1 sudu teh jintan manis 7. setengah sudu teh koma koma (saffron) 8. 6 ulas bawang putih -hiris halus 9. 10 ulas bawang merah - hiris halus 10. 1 inci halia - hiris halus 11. 5 sudu makan rempah beriyani (pes) 12. Segenggam gajus 13. Segenggam raisins 14. 5 cawan air 15. Garam secukup rasa (*cawan = cawan kopi) Cara memasak nasi: 1. Pijarkan minyak sapi 2. Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum 3. Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau 4. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata 5. Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata 6. Masukkan saffron, gula dan garam, kacau rata 7. Kecilkan api. Masak beras sehingga separa masak
Bahan-bahan untuk lauk: 1. 1 kilo daging batang pinang, potong anggaran 6×6x5 cm 2. 5 biji kentang (belah dua) 3. 8 biji telur rebus keras 4. Setengah cawan ghee (minyak sapi) 5. 1 sudu teh buah pelaga 6. 1 inci kayu manis 7. 5 bunga lawang 8. 1 sudu teh jintan manis 9. 2 biji bawang besar (yang kuning), hiris 10. 5 ulas bawang putih - kisar
13. 6 sudu makan rempah beriyani (pes) 14. Segenggam gajus 15. Segenggam raisins 16. Air - cover daging + 1 - 2 cawan extra 17. Tairu (perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15 minit)/1 cawan yoghurt 18. Garam secukup rasa 19. 1 atau 2 sudu makan tomato puri Cara memasak lauk: 1. Pijarkan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bahan kisar dan semua rempah campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau 2. Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak 3. Masukkan daging dan kentang dan air (1 inci atas paras daging & kentang). Didihkan. 4. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk 5. Masukkan bahan bahan lain dan 3 - 4 cawan air lagi. Kacau rata. Now this is where the name “Gam” comes in Peralatan: 1. Alat kukusan 2. Kain muslin, untuk mengalas kukusan 3. Kain kapas yang agak panjang (3 meter) 4. Kanji/perekat (masak tepung kanji) Cara: 1. Masukkan lauk yang separa masak kedalam periuk kukusan (tempat yang selalunya kita bubuh air). Tambahkan anggaran secawan air jika perlu dan gaul rata. 2. Alaskan periuk mengukus dengan kain muslin (buat 3 layers) 3. Masukkan nasi yang separuh masak ke dalam bekas kukusan 4. Tutupkan pengukus, Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk 5. Celupkan kain kapas dengan kanji 6. Lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk dengan pengukus. Pastikan iktannya agak kejap. No steam should be able to escape. 7. Letak atas api yang perlahan 8. Masak sehingga lebih kurang 1 jam 9. Buka lilitan dan buka tutup pengukus 10. Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak by now. 11. Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan.Tambah air untuk lauk jika perlu. Cadangan Hidangan: 1. Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan 2. Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut 3. Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut 4. Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang. 5. Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan 6. Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan Tambahan: Memasak nasi biryani gam ini perlu dicuba beberapa kali untuk dapatkan kepekatan kuah yang tepat. Kalau first time, perlu di check selalu lauknya, kalau agak kering, tambahkan air, gaul rata dan sambung proses mengukus. ACAR 600g timun - dihiris sepanjang 5cm setelah dibuang bahagian tengahnya 1 batang lobak merah - dikupas dan dihiris sepanjang 5 cm 30biji bawang kecil dikupas kulit 5 batang lada hijau dibelah dua jangan putus 5 batang lada merah dibelah dua jangan putus 20 ulas bawang putih dibelah dua jika besar 1 1/2 sudu kecil biji sawi 3 sudu besar minyak
3 sudu besar cuka gula dan garam secukup rasa Rempah menumis di gaul bersama dengan sedikit air: 2 sudu kecil serbuk cili 1 sudu kecil serbuk kunyit Lumurkan garam pada timun, lobak merah, halia, lada, bawang merah kecil dan bawang putih. Jemur selama beberapa jam, sambil membalik-balikkan supaya keringnya rata. (boleh juga di rendam semua bahan dalam air kapur untuk merangupkan nya) Siapkan kuali, masukkan minyak untuk menumis, biji sawi dan rempah cilli/kunyit. Baru hidupkan api dan tumis perlahan2. Ini akan mengelakkan rempah dari cepat hangus. Tumis sehingga wangi.. tuangkan air, cuka, gula dan garam sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur2an. Kacau selama 5 minit dan angkat. Jangan masak sampai sayuran itu lodoh.
Juga, saya tambah AYAM GORENG BEREMPAH kegemaran kami sekeluarga.
August 30th, 2007 by lynn Filed under: Nasi |
Resipi Ke2 NASI BERIANI GAM 1kg beras basmati/siam 250ml kuah beriani 1 tangkai daun ketumbar 1 tangkai daun pudina 3 helai kain muslin bawang goreng
Bahan untuk gam Tepung, air dan garam Lauk Beriani Daging/Ayam (hidangan 5-6 orang) 1 kg daging tembusu - potong 3cm x 3cm atau (daging top side) 1 ekor ayam - potong 8 20 grm campuran kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan lawang - kisar 100 grm rempah beriani garam masala 100 grm tairu/ yogurt 100ml tomato puree 3 biji buah keras - kisar 5 ulas bawang merah - kisar 3 ulas bawang putih - kisar 1 cm halia - kisar 2 labu bawang besar - kisar 250ml susu cair
sedikit minyak sapi - menumis garam dan serbuk lada secukupnya cara memasak lauk Panaskan minyak, tumis bawang2 dan halia kisar hingga kuning. Masukkan buah keras kisar dan rempah -ratus yng dikisar hingga naik baunya. Masukkan rempah beriani dan masak hingga naik minyak. Tuang asam jawa atau masukkan asam keping. Masukkan daging, air dan didihkan dan masukkan tomato puree, susu cair dan tairu. Bila daging dah empuk, masukkan daun ketumbar dan perasakan dengan garam dan lada. cara memasak nasi Buah doh tepung terlebih dahulu, buat doh yang agak lembut. Masak nasi 3/4 masak(jgn masak dengan byk air takut lembik),angkat dan toskan airnya tapi jgn terlampau kering. Ambil 1/3 dari nasi tadi , masukkan dalam periuk dan tuang kuah beriani atasnya dan ditabur daun ketumbar, bawang goreng dan daun pudina dan lauk beriani. kalau ikut cara lama telur rebus, kacang pis, badam dan kismis goreng boleh ditabur. kalau suka taburkan safron atau koma2 untuk cantikkan warnanya. kalau ikut cara lama telur rebus, kacang pis, badam dan kismis goreng boleh ditabur. lapis kain diatasnya ulang lagi sehingga menjadi tiga lapisan. kalau boleh kerja ini hendaklah dilakukan dengan pantas dan ketika nasi masih panas, sbb kalo nasi dah sejuk ambil masa yg lama pula nak memanaskannya semula. Bila siap lapis ketiga barulah ditutup periuk dan gam tudung periuk tersebut dengan doh tepung tadi untuk mengelakkan wap keluar. masak nasi dengan api sederhana selama 30 minit. Proses pengeluwapan akan terjadi diantara nasi dan kuah serta air nasi yang masih ada tadi. Bila dah masak, angkat dan buang lapisan tepung tadi kalau malas jugak beli je kat kedai…….habis cita….. KU SAMPAI KAN WALAU SEBARIS AYAT
Nasi Biryani Gam Kiriman: Zura http://resepi.mesra.net/Detailed/3541.shtml Sumber: Family secret (Muar Mari) Hits: 4307 Rating: 7.50 Review: 2 Email this Recipe
Bahan-Bahan: Bahan-bahan (Untuk nasi) 1. 5 cawan* beras basmathi (or Beras Puteri) 2. 1 cawan ghee (minyak sapi) 3. 1 sudu teh buah pelaga 4. 1 inci kayu manis 5. 5 bunga lawang 6. 1 sudu teh jintan manis 7. setengah sudu teh koma koma (saffron) 8. 6 ulas bawang putih -hiris halus 9. 10 ulas bawang merah - hiris halus 10. 1 inci halia - hiris halus 11. 5 sudu makan rempah beriyani (pes) 12. Segenggam gajus 13. Segenggam raisins 14. 5 cawan air 15. Garam secukup rasa (*cawan = cawan kopi) Bahan-bahan untuk lauk: 1. 1 kilo daging batang pinang, potong anggaran 6x6x5 cm
Print this Recipe
5. 1 sudu teh buah pelaga 6. 1 inci kayu manis 7. 5 bunga lawang 8. 1 sudu teh jintan manis 9. 2 biji bawang besar (yang kuning), hiris 10. 5 ulas bawang putih - kisar 11. 10 ulas bawang merah - kisar 12. 1 inci halia - kisar 13. 6 sudu makan rempah beriyani (pes) 14. Segenggam gajus 15. Segenggam raisins 16. Air - cover daging + 1 - 2 cawan extra 17. Tairu (perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15 minit)/1 cawan yoghurt 18. Garam secukup rasa 19. 1 atau 2 sudu makan tomato puri Cara: Cara memasak nasi: 1. Pijarkan minyak sapi 2. Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum 3. Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau 4. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata 5. Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata 6. Masukkan saffron, gula dan garam, kacau rata 7. Kecilkan api. Masak beras sehingga separa masak
Cara memasak lauk: 1. Pijarkan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bahan kisar dan semua rempah campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau 2. Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak 3. Masukkan daging dan kentang dan air (1 inci atas paras daging & kentang). Didihkan. 4. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk 5. Masukkan bahan bahan lain dan 3 - 4 cawan air lagi. Kacau rata. Now this is where the name "Gam" comes in Peralatan: 1. Alat kukusan 2. Kain muslin, untuk mengalas kukusan 3. Kain kapas yang agak panjang (3 meter) 4. Kanji/perekat (masak tepung kanji) Cara: 1. Masukkan lauk yang separa masak kedalam periuk kukusan (tempat yang selalunya kita bubuh air). Tambahkan anggaran secawan air jika perlu dan gaul rata. 2. Alaskan periuk mengukus dengan kain muslin (buat 3 layers) 3. Masukkan nasi yang separuh masak ke dalam bekas kukusan 4. Tutupkan pengukus, Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk 5. Celupkan kain kapas dengan kanji 6. Lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk dengan pengukus. Pastikan i ktannya agak kejap. No steam should be able to escape. 7. Letak atas api yang perlahan 8. Masak sehingga lebih kurang 1 jam 9. Buka lilitan dan buka tutup pengukus 10. Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak by now. 11. Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan.Tambah air untuk lauk jika perlu. Cadangan Hidangan: 1. Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan 2. Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut 3. Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut 4. Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang. 5. Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan 6. Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan Tambahan: Memasak nasi biryani gam ini perlu dicuba beberapa kali untuk dapatkan kepekatan kuah yang tepat. Kalau first time, perlu di check selalu lauknya, kalau agak kering, tambahkan air, gaul rata dan sambung proses mengukus.