Bab 1: Ilmu Ekonomi: Konsep dan Masalah
Definisi ekonomi: Kajian tentang perlakuan individu dan masyarakat dalam memperuntukkan dan mengagihkan faktor pengeluaran yang terhad bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad
* barangan = barang dan perkhidmatan
Skop mikroekonomi: analisis secara terperinci dan tersendiri peranan setiap unit ekonomi dalam ekonomi serta interaksi antara setiap unit ekonomi dalam menjalankan kegiatan ekonomi
Faktor-faktor pengeluaran: pengeluaran: * Buruh -- penduduk yang berada dalam lingkungan umur bekerja (17-65 tahun) yang dapat/sanggup menjalankan aktiviti pengeluaran -- dibahagikan kepada buruh mahir dan buruh tidak mahir -- merupakan input berubah dalam jangka pendek & panjang -- mempunyai daya pengeluaran yang berbeza -- pulangan untuk buruh: upah/gaji * Tanah -- sumber asli yang terdapat di bumi yang dapat digunakan untuk tujuan pengeluaran -- kuantiti penawaran tetap dan berkekalan mengikut lokasi dan geografi -- nilai tanah berbeza mengikut lokasi dan geografi -- pulangan untuk tanah: sewa * Modal -- sumber ekonomi yang dicipta oleh manusia untuk tujuan pengeluaran -- dapat dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain -- pembelian barang modal dikenali sebagai pelaburan -- pulangan untuk modal: bunga/faedah atau dividen (ekonomi Islam) * Usahawan -- individu yang sanggup dan bertanggungjawab menggabungkan faktor-faktor pengeluaran lain untuk menjalankan pengeluaran -- membuat keputusan pengeluaran, melibatkan diri dalam aktiviti inovasi dan mengambil risiko dalam menjalankan kegiatan ekonomi -- pulangan untuk usahawan: untung
Pengelasan barang: barang: * Barang ekonomi -- barang yang terhad penawarannya -- penggunaannya melibatkan harga dan kos melepas -- terbahagi kepada: ~ barang pengguna/akhir (digunakan terus oleh pengguna, contohnya kipas, radio) ~ barang modal (digunakan untuk menghasilkan barang lain, contohnya mesin) ~ barang perantaraan (digunakan sebagai faktor dalam firma lain, contohnya nanas yang digunakan untuk hasilkan jem nanas) * Barang percuma -- merupakan anugerah semula jadi dan boleh diperoleh tanpa kos, contohnya air dan udara
-- penawaran tidak terhad, tidak mempunyai harga dan kos lepas adalah sifar -- akibat pencemaran, barang percuma tidak 'percuma' dalam erti kata sebenar * Barang awam -- barang yang tidak bersaing dan tidak tertakluk kepada prinsip pengecualian (sesiapa pun boleh menggunakannya tanpa halangan), contohnya jalan raya dan telefon awam -- disediakan oleh kerajaan dan dibiayai secara tidak langsung melalui cukai * Barang persendirian -- barang yang dibiayai oleh pengguna sendiri, contohnya rumah dan kereta -- tertakluk kepada prinsip pengecualian, iaitu barangan hanya boleh digunakan sekiranya dibayar harganya/dapat persetujuan pemiliknya
Konsep kos lepas * Wujud akibat kekurangan sumber ekonomi untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad * Merupakan barangan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapat barangan yang terbaik * Barangan terbaik = barangan bar angan yang memberikan kepuasan maksimum (pengguna) atau keuntungan maksimum (pengeluar)
Keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) * Merupakan rajah yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang dapat dicapai oleh sesebuah negara berdasarkan sumber ekonomi dan tingkat teknologi ya ng sedia ada * Andaian dalam analisis KKP: -- Negara hanya mengeluarkan dua jenis barang -- Jumlah faktor pengeluaran adalah tetap -- Tingkat teknologi adalah tetap -- Ekonomi berada dalam tahap guna t enaga penuh * Titik-titik dalam KKP menunjukkan kombinasi pilihan untuk pengeluaran:
KKP dan kos lepas
-- penawaran tidak terhad, tidak mempunyai harga dan kos lepas adalah sifar -- akibat pencemaran, barang percuma tidak 'percuma' dalam erti kata sebenar * Barang awam -- barang yang tidak bersaing dan tidak tertakluk kepada prinsip pengecualian (sesiapa pun boleh menggunakannya tanpa halangan), contohnya jalan raya dan telefon awam -- disediakan oleh kerajaan dan dibiayai secara tidak langsung melalui cukai * Barang persendirian -- barang yang dibiayai oleh pengguna sendiri, contohnya rumah dan kereta -- tertakluk kepada prinsip pengecualian, iaitu barangan hanya boleh digunakan sekiranya dibayar harganya/dapat persetujuan pemiliknya
Konsep kos lepas * Wujud akibat kekurangan sumber ekonomi untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad * Merupakan barangan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapat barangan yang terbaik * Barangan terbaik = barangan bar angan yang memberikan kepuasan maksimum (pengguna) atau keuntungan maksimum (pengeluar)
Keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) * Merupakan rajah yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang dapat dicapai oleh sesebuah negara berdasarkan sumber ekonomi dan tingkat teknologi ya ng sedia ada * Andaian dalam analisis KKP: -- Negara hanya mengeluarkan dua jenis barang -- Jumlah faktor pengeluaran adalah tetap -- Tingkat teknologi adalah tetap -- Ekonomi berada dalam tahap guna t enaga penuh * Titik-titik dalam KKP menunjukkan kombinasi pilihan untuk pengeluaran:
KKP dan kos lepas
KKP dan pertumbuhan ekonomi
Unit/Pelaku ekonomi * Isi rumah -- unit manusia (keluarga/individu) yang membuat keputusan tentang penggunaan barangan untuk memaksimumkan kepuasan dengan pendapatan yang ada -- pendapatan isi rumah diperoleh daripada upah, sewa, bunga, dan bantuan/pinjaman * Firma -- unit ekonomi yang menjalankan aktiviti pengeluaran -- kelompok firma yang sama jenis di kenali sebagai industri -- kos yang ditanggung firma adalah kos untuk mendapatkan input manakala pendapatan adalah bayaran isi rumah kepada firma untuk mendapatkan barangan firma -- matlamat utama adalah memaksimumkan keuntungan (untung = pendapatan - perbelanjaan) * Kerajaan| -- badan yang mengurus dan melaksanakan kegiatan ekonomi sesebuah negara -- kerajaan akan mengawasi aktiviti isi r umah dan firma untuk memelihara kebajikan masyarakat -- kerajaan juga mengeluarkan barang awam yang tidak dikeluarkan firma untuk penggunaan masyarakat -- perbelanjaan kerajaan dibiayai oleh cukai yang dikenakan terhadap isi rumah dan firma
Masalah asas ekonomi : * Apakah/berapakah barang/perkhidmatan yang hendak dikeluarkan? (isi yang sama, huraian
berbeza) ** Apakah ** Apakah yang hendak dikeluarkan? -- wujud akibat sumber ekonomi yang terhad -- pengeluar harus membuat pilihan tentang barang yang hendak dikeluarkan -- barang yang dikeluarkan perlu merupakan kehendak manusia yang dapat memberikan kepuasan
kepada pengguna dan keuntungan kepada firma ** Berapa banyak barang/perkhidmatan yang hendak dikeluarkan? -- masalah ini diatasi melalui menilai jumlah permintaan pengguna -- pengeluaran harus dibuat dalam jumlah yang tepat agar tidak wujud lebihan permintaan/penawaran -- jumlah barangan yang dikeluarkan juga bergantung kepada jumlah faktor pengeluaran yang sedia ada * Bagaimanakah barang/perkhidmatan itu hendak dikeluarkan? -- merujuk kepada pemilihan teknik pengeluaran untuk menjalankan pengeluaran -- pengeluar harus menggabungkan faktor-faktor pengeluaran secara c ekap, iaitu dengan kos pengeluaran minimum dan keuntungan maksimum -- teknik pengeluaran: ~ kaedah pengeluaran berintensifkan buruh ~ kaedah pengeluaran berintensifkan modal * Untuk siapakah barang/perkhidmatan itu dikeluarkan? -- merujuk kepada pengagihan barang dan perkhidmatan kepada masyarakat -- pengagihan barangan bergantung kepada agihan pendapatan, kemampuan dan kuasa beli masyarakat -- barangan dikeluarkan kepada golongan yang mampu membayarnya -- lebih banyak barangan dan barangan yang mahal dapat dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi; begitu juga sebaliknya
Aliran pusingan pendapatan * menunjukkan hubungan antara pelaku-pelaku ekonomi melalui aliran fizikal (barangan) dan aliran wang (perbelanjaan dan pendapatan) di sesebuah ekonomi * Pasaran faktor = pasaran penjualan/pembelian faktor-faktor pengeluaran * Pasaran barang = pasaran penjualan/pembelian barangan Aliran pusingan pendapatan dalam: * Pasaran bebas
* Pasaran campuran
Bab 2: Sistem Ekonomi dan Peranan Kerajaan
Pengenalan * Definisi sistem ekonomi = cara/peraturan yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam menguruskan ekonominya * Terdiri daripada 4 jenis iaitu: -- sistem ekonomi pasaran bebas -- sistem ekonomi perancangan pusat -- sistem ekonomi campuran -- sistem ekonomi Islam
Ciri-ciri sistem ekonomi
Sistem ekonomi pasaran bebas * Definisi : sistem ekonomi yang dijalankan berdasarkan mekanisme pasaran tanpa campur tangan kerajaan. Juga dikenali sebagai sistem ekonomi kapitalis/laissez faire * Ciri-ciri : -- Pemilikan sumber: bebas dimiliki oleh individu dan pengeluar -- Pembuat keputusan: pengguna dan pengeluar melalui mekanisme harga -- Pilihan: pengguna dan pengeluar bebas membuat pilihan -- Penentuan harga: mengikut kuasa permintaan dan penawaran melalui mekanisme harga -- Persaingan: bebas -- Motif pengeluaran: pengguna - kepuasan maksimum; pengeluar - untung maksimum
Sistem ekonomi perancangan pusat * Definisi : sistem ekonomi yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan dengan pihak kerajaan memainkan peranan utama dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi dan mengawal tingkat harga pasaran * Ciri-ciri : -- Pemilikan sumber: dimiliki oleh kerajaan segalanya -- Pembuat keputusan: kerajaan melalui arahan unit perancang ekonomi -- Pilihan: tidak bebas, terbatas, ditentukan oleh kerajaan -- Penentuan harga: ditetapkan oleh kerajaan; tiada kuasa permintaan dan penawaran -- Persaingan: tidak wujud -- Motif pengeluaran: memaksimumkan kebajikan rakyat
Sistem ekonomi campuran * Definisi : sistem ekonomi yang dijalankan oleh pihak swasta dan kerajaan dengan pihak kerajaan dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi. Merupakan gabungan antara sistem ekonomi pasaran bebas dengan sistem ekonomi perancangan pusat * Ciri-ciri : -- Pemilikan sumber: bebas dimiliki oleh individu, pengeluar, dan kerajaan -- Pembuat keputusan: individu, pihak swasta, dan kerajaan -- Pilihan: pengguna dan pengeluar bebas membuat pilihan -- Penentuan harga: mekanisme harga dan dikawal oleh kerajaan -- Persaingan: bebas dan kerajaan memastikan persaingan yang sihat dan adil
-- Motif pengeluaran: pengguna - kepuasan maksimum; pengeluar - untung maksimum; kerajaan kebajikan maksimum
Sistem ekonomi Islam * Definisi : sistem ekonomi yang berlandaskan hukum-hukum syarak untuk menggunakan sumbersumber alam secara cekap dan adil. Sumber rujukan utama dalam sistem ekonomi ini adalah alQuran dan Hadis * Ciri-ciri : -- Pemilikan sumber: hak milik mutlak Allah -- Pembuat keputusan: pengguna, pengeluar, dan kerajaan -- Pilihan: bebas tetapi tertakluk kepada hukum syariah -- Penentuan harga: mekanisme harga dan kerajaan tanpa mengenepikan nilai etika dan moral -- Persaingan: persaingan sihat, adil, dan saksama -- Motif pengeluaran: motif utama pengeluar adalah untuk mendapatkan keredaan Allah
Penyelesaian masalah asas ekonomi oleh sistem ekonomi
Sistem ekonomi pasaran bebas * Apa yang hendak dikeluarkan? -- bergantung pada permintaan atau kehendak masyarakat * Berapa yang hendak dikeluarkan? -- bergantung pada jumlah permintaan dan penawaran melalui mekanisme harga * Bagaimana hendak dikeluarkan? -- gunakan faktor yang harga relatifnya paling rendah; teknik pengeluaran yang paling cekap untuk meminimumkan kos * Untuk siapa dikeluarkan? -- bergantung pada corak pengagihan pendapatan dan kuasa beli masyarakat; golongan kaya menikmati barang yang lebih banyak
Sistem ekonomi perancangan pusat * Apa yang hendak dikeluarkan? -- barang yang meningkatkan kebajikan dan tara f hidup masyarakat * Berapa yang hendak dikeluarkan? -- bergantung pada jumlah keperluan dan permintaan rakyat * Bagaimana hendak dikeluarkan? -- gunakan teknik yang mencapai matlamat kerajaan seperti berintensif buruh untuk mengatasi penggangguran * Untuk siapa dikeluarkan? -- untuk semua rakyat dan menggunakan sistem catuan untuk pengagihan yang lebih adil dan saksama
Sistem ekonomi campuran * Apa yang hendak dikeluarkan? -- barang persendirian - bergantung pada permintaan; barang awam - ditentukan oleh kerajaan * Berapa yang hendak dikeluarkan? -- kuasa pasaran dan kerajaan memastikan barang c ukup dan boleh kawal kuantiti * Bagaimana hendak dikeluarkan?
-- melalui mekanisme harga dalam pasaran faktor; kerajaan memastikan kaedah itu memberikan kebajikan kepada masyarakat * Untuk siapa dikeluarkan? -- kerajaan campur tangan melalui percukaian dan subsidi untuk menjamin bekalan keperluan cukup untuk golongan kurang mampu
Sistem ekonomi Islam * Apa yang hendak dikeluarkan? -- barang persendirian - bergantung pada permintaan dan mesti halal; barang awam - ditentukan oleh kerajaan * Berapa yang hendak dikeluarkan? -- mekanisme harga dan kerajaan memastikan wujud kestabilan ekonomi * Bagaimana hendak dikeluarkan? -- melalui mekanisme harga dalam pasaran faktor; kerajaan memastikan kaedah itu memberikan kebajikan kepada masyarakat dan tidak menimbulkan eksternaliti negatif * Untuk siapa dikeluarkan? -- kerajaan campur tangan melalui sistem zakat untuk pengagihan pendapatan yang lebih adil , saksama dan menjamin bekalan keperluan cukup
Kebaikan dan kelemahan sistem-sistem ekonomi
Sistem ekonomi pasaran bebas * Kebaikan -- kebajikan individu dan masyarakat dimaksimumkan -- kebebasan yang luas untuk melakukan kegiatan ekonomi -- menggalakkan penggunaan barangan dan faktor pengeluaran secara cekap -- mendorong kemajuan teknologi dan inovasi -- pasaran memberikan maklumat tepat kepada pengeluar * Kelemahan -- ketidakstabilan ekonomi -- agihan pendapatan yang tidak saksama -- kegagalan mengeluarkan barang awam -- menggalakkan amalan monopoli -- kos sosial dan kesan luaran (eksternaliti negatif)
Sistem ekonomi perancangan pusat * Kebaikan -- pengeluaran secara skel besar-besaran -- kesaksamaan agihan pendapatan -- pengeluaran tanpa persaingan -- kestabilan ekonomi * Kelemahan -- kesilapan dalam membuat keputusan -- kurang motivasi dan insentif -- teknologi dan inovasi tidak berkembang
Tujuan campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi * mewujudkan kestabilan ekonomi * menyediakan barang awam * mengelakkan amalan monopoli * merapatkan jurang pendapatan masyarakat * menghapuskan kesan luaran yang negatif ( eksternaliti negatif)
Bentuk campur tangan kerajaan dalam ekonomi campuran * peraturan dan undang-undang * penentuan tingkat harga - dasar harga maksimum/minimum, kuota * percukaian * subsidi * pemilikan kerajaan (monopoli semula jadi)
Bab 3: Permintaan, Penawaran & Keseimbangan Pasaran 3.1 Permintaan
Definisi : Kesanggupan, keinginan & kemampuan pengguna untuk membeli sesuatu kuantiti barang dan/atau perkhidmatan pada suatu tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu
Hukum: Hubungan songsang/negatif- Semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin rendah kuantiti diminta (begitu juga sebaliknya)
Sebab keluk permintaan bercerun negatif : (untuk semua sebab di bawah, keadaan sebaliknya juga benar) * faktor penggantian apabila harga sesuatu barang naik, harga barang penggantinya menjadi lebih murah secara relatifnya * faktor pendapatan benar apabila harga sesuatu barang turun, kuasa beli pengguna naik (pengguna mempunyai lebih banyak wang dalam tangan untuk membuat pembelian) * faktor utiliti sut berkurangan apabila utiliti sut/ringgit untuk sesuatu barang turun, pengguna akan mengurangkan pembelian (untuk mencapai kepuasan maksimum yang boleh dicapai dengan pendapatan yang sedia ada)
Keluk permintaan: rajah yang menunjukkan kuantiti barang yang sanggup/ingin/mampu dibeli oleh pengguna pada pelbagai tingkat harga
Permintaan pasaran: jumlah barang yang diminta oleh semua individu (jumlah permintaan individu)
Fungsi permintaan: Qd = a - bP (a = nilai Qd apabila P = 0, 1/b = kecerunan/keanjalan)
Perubahan kuantiti diminta: * melibatkan pengalihan titik di sepanjang keluk permintaan * disebabkan oleh perubahan harga sesuatu barang itu sendiri
Perubahan permintaan: * melibatkan faktor-faktor selain harga barang itu sendiri:
- Harga barang pengganti/penggenap (isi sama, huraian berbeza!) - Cita rasa - Musim - Dasar kerajaan (cukai/subsidi, dasar kewangan, tetapi huraian mesti berkaitan dengan pengguna) - Jangkaan harga masa depan - Pendapatan individu/pengguna dan kaitannya dengan jenis barang (normal/bawahan/mesti/mewah) - Saiz/struktur penduduk (isi sama, huraian berbeza!) - Kadar faedah/kemudahan kredit (isi sama, huraian berbeza!)
3.2 Penawaran
Definisi: Jumlah kuantiti barang/perkhidmatan yang sedia ditawarkan oleh pengeluar/firma pada pelbagai tingkat harga dalam suatu jangka masa tertentu
Hukum: Hubungan langsung/positif - Semakin tinggi harga ditawar, semakin tinggi kuantiti ditawar (begitu juga sebaliknya)
Sebab keluk penawaran bercerun positif : matlamat pengeluar dalam ekonomi, iaitu memaksimumkan keuntungan. Peningkatan harga/kuantiti akan menambahkan jumlah hasil firma
Keluk penawaran: keluk yang menunjukkan kuantiti barang yang sedia dikeluarkan oleh firma pada pelbagai tingkat harga
Penawaran pasaran/industri : jumlah penawaran semua firma dalam pasaran
Fungsi penawaran: Qs = c + dP (c = nilai Qs apabila P = 0, 1/d = kecerunan/keanjalan)
Perubahan kuantiti ditawar : * melibatkan pengalihan titik di sepanjang keluk penawaran * disebabkan oleh perubahan harga sesuatu barang itu sendiri
Perubahan penawaran: * melibatkan faktor-faktor selain harga barang itu sendiri: - Harga barang pengganti/penggenap (isi sama, huraian berbeza!)
- Harga faktor pengeluaran (kos input) - Dasar kerajaan (cukai/subsidi, tetapi huraian mesti berkaitan dengan pengeluar) - Matlamat pengeluar (maksimumkan untung atau jualan) - Teknologi pengeluaran (peningkatan teknologi) - Kaedah pengeluaran (berintensifkan buruh atau modal) - Faktor luar jangka (cuaca, peperangan dsb.)
3.3 Keseimbangan Pasaran
Definisi pasaran: tempat pertukaran/urus niaga berlaku antara penjual dengan pembeli
Keseimbangan pasaran: permintaan = penawaran (Qd = Qs)
Lebihan penawaran/permintaan: * Qs > Qd (lebihan penawaran): - Harga cenderung jatuh - Qs turun, Qd naik sehingga Qs = Qd - Harga kekal pada keseimbangan Qs = Qd * Qs < Qd (lebihan permintaan): - Harga cenderung naik - Qs naik, Qd turun sehingga Qs = Qd - Harga kekal pada keseimbangan Qs = Qd
Faktor-faktor dan kesan perubahan keseimbangan: - akibat perubahan Qd sahaja - akibat perubahan Qs sahaja - perubahan Qd dan Qs pada kadar yang sama/berbeza
3.4 Peranan Kerajaan dalam Penentuan Tingkat Harga
Dasar harga maksimum - harga pasaran ditetapkan < harga pasaran - wujud lebihan Qd yang dijual oleh kerajaan untuk mengekalkan harga
Dasar harga minimum - harga pasaran ditetapkan > harga pasaran - wujud lebihan Qs yang dibeli oleh kerajaan untuk mengekalkan harga
Quota - pengehadan Qs, mewujudkan keluk penawaran yang tidak anjal sempurna
Cukai/subsidi - Fungsi: Qs = c + d (P - cukai per unit) atau Qs = c + d (P + subsidi per unit) - menyebabkan peralihan keluk penawaran ke kiri (cukai)/kanan (subsidi)
Bab 4: Keanjalan Permintaan dan Penawaran
Pengenalan: Apa itu keanjalan? - Keanjalan = satu ukuran kuantitatif tentang magnitud/darjah penambahan/pengurangan permintaan atau penawaran
Keanjalan titik & keanjalan lengkuk - keanjalan titik
- keanjalan lengkuk
Jenis-jenis keanjalan
Keanjalan permintaan - Keanjalan permintaan harga: perubahan dalam kuantiti diminta bagi sesuatu barang akibat perubahan tingkat harga barang itu sendiri - rumus:
- darjah keanjalan (mengikut nilai mutlak):
- Faktor-faktor yang menentukan keanjalan permintaan: -- bilangan barang pengganti -- nisbah perbelanjaaan daripada pendapatan negara -- kegunaan barang tersebut -- kepentingan sesuatu barang -- jangka masa -- penangguhan penggunaan sesuatu barang -- jenama - Hubungan jumlah hasil/jumlah perbelanjaan dengan keanjalan permintaan harga: -- anjal: jumlah hasil baru lebih kecil apabila harga naik dan juga sebaliknya -- tidak anjal: jumlah hasil baru lebih besar apabila harga naik dan juga sebaliknya -- anjal satu: jumlah hasil baru tidak berubah dengan perubahan harga - Keanjalan permintaan silang: perubahan dalam kuantiti diminta bagi sesuatu barang akibat
perubahan tingkat harga barang lain - rumus:
- darjah keanjalan (mengikut nilai mutlak) dan jenis barang: -- Es bernilai positif = barang pengganti -- Es bernilai negatif = barang penggenap -- Es sifar = barang tidak berkaitan - Keanjalan permintaan pendapatan: perubahan dalam kuantiti diminta bagi sesuatu barang akibat perubahan tingkat pendapatan pengguna - rumus:
- darjah keanjalan (mengikut nilai mutlak) dan jenis barang: -- Ey sifar = barang mesti -- Ey > 0, < 1 = barang biasa -- Ey > 1 = barang mewah -- Ey < 1 (negatif) = barang bawahan
Keanjalan penawaran - Keanjalan penawaran harga: perubahan dalam kuantiti ditawar bagi sesuatu barang akibat perubahan tingkat harga barang itu sendiri - rumus:
- darjah keanjalan (mengikut nilai mutlak):
- Faktor-faktor yang menentukan keanjalan penawaran: -- kos pengeluaran tambahan -- corak penggunaan faktor pengeluaran -- faktor masa -- bilangan firma dalam industri -- keupayaan firma dalam industri -- teknologi -- jenis barang -- mobiliti faktor pengeluaran
Keanjalan dan dasar-dasar kerajaan - Percukaian * Permintaan: -- anjal: beban cukai pengeluar l ebih besar daripada beban cukai pembeli -- tidak anjal: beban cukai pengeluar lebih kecil daripada beban cukai pembeli -- anjal satu: beban cukai pengeluar sama dengan beban cukai pembeli -- anjal sempurna: semua beban cukai ditanggung oleh penjual -- tidak anjal sempurna: semua beban cukai ditanggung oleh pembeli * Penawaran: -- anjal: beban cukai pengeluar lebih kecil daripada beban cukai pembeli -- tidak anjal: beban cukai pengeluar lebih besar daripada beban cukai pembeli -- anjal satu: beban cukai pengeluar sama dengan beban cukai pembeli -- anjal sempurna: semua beban cukai ditanggung oleh pembeli -- tidak anjal sempurna: semua beban cukai ditanggung oleh penjual
- Subsidi * Permintaan -- anjal: subsidi dinikmati pengeluar lebih besar daripada subsidi dinikmati pembeli -- tidak anjal: subsidi dinikmati pengeluar lebih kecil daripada subsidi dinikmati pembeli -- anjal satu: subsidi dinikmati pengeluar sama dengan subsidi dinikmati pembeli -- anjal sempurna: semua subsidi dinikmati oleh penjual -- tidak anjal sempurna: semua subsidi dinikmati o leh pembeli * Penawaran: -- anjal: subsidi dinikmati pengeluar lebih k ecil daripada subsidi dinikmati pembeli -- tidak anjal: subsidi dinikmati pengeluar lebih besar daripada subsidi dinikmati pembeli -- anjal satu: subsidi dinikmati pengeluar sama dengan subsidi dinikmati pembeli -- anjal sempurna: semua subsidi dinikmati oleh pembeli -- tidak anjal sempurna: semua subsidi dinikmati o leh penduduk
Bab 5: Teori Permintaan dan Perlakuan Pengguna 5.1 Teori Utiliti Kardinal
Utiliti : kepuasan yang diperoleh seseorang individu hasil daripada penggunaan sesuatu barang/perkhidmatan
Jumlah utiliti (TU): jumlah kepuasan yang diperoleh seseorang individu hasil daripada penggunaan sejumlah barangan tertentu
Utiliti sut (MU): Perubahan kepuasan akibat perubahan penggunaan satu unit barangan tertentu pada jangka masa tertentu. Formulanya ialah MU = TU/Q (Q = kuantiti)
Hukum utiliti sut berkurangan: tambahan utiliti yang diperoleh daripada penggunaan sesuatu barang akan berkurangan apabila penggunaan terhadap sesuatu barang bertambah
Hubungan antara TU dan MU: * TU semakin bertambah, maka MU akan semakin berkurangan * Apabila TU = maksimum, MU = sifar (0) * Selepas tahap maksimum, TU akan semakin berkurangan, maka MU semakin berkurangan dan bernilai negatif (MU < 0)
5.2 Syarat Keseimbangan Pengguna
Untuk pembelian satu barang: MU = P (P = harga seunit barang tersebut)
Untuk pembelian > satu barang pada pelbagai tingkat harga: (andaian terdapat dua jenis produk iaitu X dan Y)
* Syarat 1: MUx/Px = MUy/Py, di mana MU/P = utiliti sut per ringgit * Syarat 2: Y = PxQx + PyQy , di mana Y = jumlah pendapatan/perbelanjaan pengguna ** Rumus Y > PxQx + PyQy boleh digunakan apabila tiada cara untuk memaksimumkan kepuasan/apabila berlaku perubahan harga barang (iaitu, tiada kombinasi yang dapat mencapai syarat 2 dengan tepat)
Terbitan keluk permintaan individu: berlaku akibat perubahan MU/P * Apabila MUx/Px > MUy/Py, - pembelian X harus ditambah, atau - pembelian Y harus dikurangkan, atau - pembelian X harus ditambah dan pembelian Y harus dikurangkan secara serentak untuk m encapai keseimbangan (iaitu, mencapai syarat 1)
5.3 Konsep Lebihan Pengguna
Lebihan pengguna = perbezaan antara harga yang sudi dibayar/mampu dibayar oleh pengguna untuk sesuatu barang dengan harga sebenar yang dibayar dalam pasaran
Rumus: 1/2 x tapak x tinggi (rujuk gambar rajah di bawah)
Peralihan keluk DD/SS akan mengubah jumlah lebihan pengguna.
Bab 6 : Teori Pengeluaran dan Kos Pengeluaran
Konsep-konsep dalam pengeluaran - Loji : unit fizikal yang digunakan dalam pengeluaran, contohnya kilang, mesin, kedai dll. - Firma: Organisasi yang memiliki loji-loji untuk menghasilkan barang/perkhidmatan, contohnya KFC, Maxis dll. - Industri : Gabungan semua firma yang menghasilkan barang/perkhidmatan yang sama/hampir sama, contohnya industri perabot, industri perbankan dll. - Jangka masa pendek: tempoh di mana firma tidak dapat mengubah kapasiti pengeluaran mengikut kehendak pasaran/menyelaraskan tingkat pengeluaran kerana wujud 1 atau lebih fakt or tetap - Jangka masa panjang: tempoh yang cukup untuk firma mengubah kapasiti pengeluaran mengikut kehendak pasaran/menyelaraskan tingkat pengeluaran kerana tidak wujud faktor tetap (semua faktor adalah faktor berubah) - Input tetap: Faktor pengeluaran yang tidak dapat diubah jumlahnya/dikembangkan kerana firma tidak berupaya berbuat demikian pada jangka masa pendek - Input berubah: Faktor pengeluaran yang boleh diubah jumlahnya/dikembangkan oleh f irma pada jangka masa pendek; dalam jangka masa panjang, semua input adalah input berubah
Fungsi pengeluaran (Hubungan jumlah input dengan jumlah o utput) - Jangka panjang (tiada input tetap): Qx = f (T,B,M,P) di mana Qx = kuantiti keluaran x dan TBMP = faktor-faktor pengeluaran) - Jangka pendek : Qx = f (T,B) di mana T (tanah) = tetap. (Huruf T sepatutnya ditulis dengan garis melintang atas hurufnya sebagai simbol tetap) - Andaian: * Hanya 2 faktor pengeluaran (tanah dan buruh) digunakan * Semua buruh mempunyai kecekapan yang sama/homogen * Tingkat teknologi adalah tetap
Konsep-konsep keluaran dalam fungsi pengeluaran jangka pendek - Jumlah keluaran (TP): Jumlah barang yang dapat dihasilkan dengan menggunakan suatu tingkat input berubah (buruh) tertentu - Keluaran purata (AP): Keluaran per unit input berubah (buruh) * AP = TP/TVF di mana dalam jangka pendek, TVF(jumlah input berubah) = bilangan buruh - Keluaran sut (MP): Perubahan TP akibat perubahan 1 unit TVF * MP =
TP/ TVF
- Hubungan TP, MP dan AP (click picture to zoom)
- Hukum pulangan berkurangan untuk pengeluaran * Apabila TVF ditambah secara terus-menerus ke atas input tetap, TP akan bertambah dengan cepat, kemudian semakin perlahan dan ahkirnya merosot. * Hukum ini berlaku selepas Q0 (MP), selepas Q1 (AP) dan selepas Q2 (TP).
Jenis-jenis kos pengeluaran - Definisi : bayaran/perbelanjaan firma atas faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan barang/perkhidmatan. Terdiri daripada kos explisit dan im plisit - Kos explisit : perbelanjaan nampak/sebenar firma terhadap faktor pengeluaran bukan milik firma yang digunakan dalam proses pengeluaran - Kos implisit : bayaran atas penggunaan faktor milik pengusaha/firma sendiri (kos lepas pengeluaran) yang digunakan dalam perniagaan, contohnya g aji lepas, sewa tanah/premis perniagaan milik sendiri, bunga atas modal yang disimpan di bank
Kos pengeluaran jangka pendek
- Jumlah kos tetap (TFC): Perbelanjaan firma atas input tetap -- bersifat malar (tidak berubah/constant ) - Jumlah kos berubah (TVC): Perbelanjaan firma untuk memperoleh input berubah -- berkadar langsung/positif dengan tingkat keluaran: TVC naik, Q naik dan juga sebaliknya - Jumlah kos (TC): TFC + TVC - Fungsi TC jangka pendek : TC = TFC + TVC(Q) - Kos tetap purata (AFC): Kos tetap bagi seunit keluaran -- AFC = TFC/Q -- Hubungan AFC dan Q adalah songsang tetapi nilai AFC sentiasa positif dan melebihi 0 - Kos berubah purata (AVC): Kos tetap bagi seunit keluaran -- AVC = TVC/Q -- Keluk AVC berbentuk "U" (semakin turun, mencapai minimum, kemudian semakin naik) - Kos purata (AC): Jumlah kos per unit keluaran -- AC = TC/Q atau AC = AFC + AVC -- Keluk AC berbentuk "U" - Kos sut (MC): perubahan TC akibat perubahan satu unit keluaran -- MC =
TC/ Q atau
-- MC =
TVC/ Q kerana TFC = malar/tetap
-- Keluk MC berbentuk "U" - Keluk AFC, AVC dan AC
- Hubungan AC, AVC dan MC
- Keluk kos purata jangka pendek (SAC)
Kos pengeluaran jangka panjang
- Semua input adalah input berubah - Pembentukan LAC
- Ciri-ciri keluk kos purata jangka panjang (LA C) -- terdiri daripada bahagian keluk-keluk SAC yang memberikan kos per unit terendah pada pelbagai tingkat output -- juga dikenali sebagai keluk kandung/keluk perancangan -- LAC berbentuk "U"disebabkan oleh ekonomi dan disekonomi bidangan dalaman - Hubungan SAC dan LAC
- Hubungan kos sut jangka pendek (SMC) dan kos sut jangka panjang (LMC)
- Ekonomi bidangan (dalaman & luaran, punca, kesan terhadap LAC) -- merupakan pertambahan kecekapan/faedah yang dinikmati oleh sesebuah firma yang menyebabkan kos purata jangka panjangnya menurun, hasil daripada: ~ pengeluaran secara besar-besaran oleh firma sendiri (dalaman) ~ perkembangan industri secara keseluruhan (luaran) -- Punca ekonomi bidangan dalaman:
~ Ekonomi pengkhususan ~ Ekonomi pengurusan ~ Ekonomi kewangan ~ Ekonomi pemasaran ~ Ekonomi teknikal -- Punca ekonomi bidangan luaran: ~ Kemudahan infrastruktur ~ Bekalan tenaga buruh ~ Kewangan ~ Teknologi dan maklumat ~ Ekonomi integrasi -- Kesan ekonomi bidangan dalaman dan luaran terhadap LAC
- Disekonomi bidangan (dalaman & luaran, punca, kesan terhadap LAC) -- merupakan kemerosotan kecekapan/faedah yang dinikmati oleh sesebuah firma yang menyebabkan kos purata jangka panjangnya naik, hasil daripada: ~ pengeluaran secara besar-besaran oleh firma sendiri (dalaman) ~ perkembangan industri secara keseluruhan (luaran) -- Punca disekonomi bidangan dalaman: ~ Ekonomi pengkhususan ~ Ekonomi pengurusan ~ Ekonomi pemasaran ~ Ekonomi teknikal -- Punca disekonomi bidangan luaran: ~ Kekurangan faktor pengeluaran ~ Kos kesesakan ~ Masalah pencemaran -- Kesan disekonomi bidangan dalaman dan luaran terhadap LAC
Bab 7: Pasaran Persaingan Sempurna (PPS)
Definisi : sebuah pasaran yang mengandungi ramai penjual dan pembeli yang sedang menjual beli satu barang yang homogen pada satu tingkat harga yang ditetapkan oleh pasaran
Ciri-ciri : o
Ramai penjual dan pembeli
o
Kebebasan keluar masuk industri
o
Keluaran homogen - keluaran merupakan pengganti sempurna antara satu sama lain
o
Firma merupakan penerima harga (iaitu firma tiada kuasa mempengaruhi harga)
o
Pengetahuan sempurna tentang pasaran
o
Mobiliti faktor
Keluk permintaan firma dan industri dalam PPS o
Keluk permintaan firma adalah berbeza daripada keluk permintaan industri/pasaran dan bentuknya adalah mengikut jenis pasaran.
o
Dalam PPS, firma merupakan penerima harga pasaran dan tiada kuasa mempengaruhi pasaran. Oleh itu, keluk permintaan P PS berbentuk anjal sempurna (bentuk garis mendatar/selari dengan paksi kuantiti)
Konsep hasil bagi firma dan industri o
Jumlah hasil (TR): jumlah nilai penerimaan yang diperoleh firma daripada jualan keluarannya
TR = Harga (P) x Kuantiti (Q) o
Hasil purata (AR): hasil yang diperoleh dengan penjualan satu unit keluaram
AR = TR/Q o
Hasil sut (MR): perubahan jumlah hasil akibat perubahan satu unit keluaran
MR = o
TR/ Q
Dalam PPS, P = MR = AR = keluk permintaan firma
Penentuan output keseimbangan
- Pendekatan TR dan TC
- Pendekatan MR dan MC
Jenis untung
- Untung lebih normal
- Untung normal
- Rugi
Keseimbangan firma dalam jangka panjang * dalam jangka panjang, firma PPS hanya memperoleh untung normal sahaja kerana wujudnya kebebasan keluar masuk dalam pasaran. * penyesuaian keseimbangan firma apabila memperoleh: o
Untung lebih normal
o
Rugi
Penutupan firma o
Jangka masa pendek
o
Jangka masa panjang
Keluk penawaran firma dan industri dalam PPS (jangka pendek)
o
Keluk penawaran firma dibentuk daripada bahagian keluk MC yang bermula di titik minimum keluk kos purata * merupakan cantuman titik-titik keseimbangan firma untuk harga yang berlainan (harga minima = P = AVC) * Bentuknya adalah naik ke atas dari kiri ke kanan
o
Keluk penawaran industri merupakan campuran harga tawaran firma-firma di pasaran dan dalam jangka pendek, lebih anjal daripada keluk penawaran firma
Kebaikan PPS: o
Mencapai kecekapan pengeluaran (firma beroperasi pada AC minimum)
o
Mencapai kecekapan peruntukan (P = MC, iaitu optimum sosial/tingkat kebajikan maksimum)
o
Kos untuk persaingan bukan harga tidak diperlukan
Kelemahan PPS: o
Pilihan pengguna terhad
o
Penyelidikan dan pembangunan tidak dilakukan
o
Mewujudkan kos sosial (contoh: kesesakan dan pencemaran)
o
Kualiti barang yang tetap
o
Firma tidak menikmati kelebihan persaingan bukan harga
Bab 8: Pasaran Monopoli
Definisi : sebuah pasaran yang mengandungi seorang penjual (firma tunggal) yang sedang menghasilkan sesuatu keluaran yang tidak mempunyai pengganti hampir dan wujudnya halangan bagi penjual lain untuk memasuki pasaran
Ciri-ciri : o
Firma adalah penjual tunggal
o
Keluaran tidak mempunyai pengganti hampir
o
Firma merupakan penentu harga
o
Pengiklanan tidak penting
o
Tiada kebebasan keluar masuk industri
Sebab wujudnya monopoli : o
Wujudnya ekonomi mengikut bidangan
o
Halangan undang-undang
o
Pemilikan faktor pengeluaran semula jadi
o
Halangan kewangan dan tingkat teknologi tertentu
Keluk permintaan monopoli
Hubungan TR, AR dan MR dalam pasaran monopoli
Penentuan output keseimbangan: sama seperti penentuan dalam PPS (pendekatan TC = TR dan MC = MR) tetapi keluk MR adalah mencerun dari kiri ke kanan
Jenis untung - Untung lebih normal
- Untung normal
- Rugi
Keseimbangan monopoli dalam jangka panjang
Diskriminasi harga o
Definisi: satu dasar/amalan penentuan harga yang berbeza atas barang yang sama dan perbezaan harga ini bukan disebabkan o leh perbezaan dalam kos pengeluaran barang tersebut
o
Syarat-syarat: * Penjual seorang monopoli * Wujud lebih daripada satu pasaran * Setiap pasaran mempunyai keanjalan permintaan harga yang berbeza * Keuntungan daripada diskriminasi harga haruslah melebihi kos untuk melakukan dasar tersebut
o
Jenis-jenis: * Darjah pertama: Penetapan harga berdasarkan harga maksimum yang sanggup dibayar oleh pengguna pada kuantiti tertentu (lebihan pengguna dijadikan untung) * Darjah kedua: Penetapan harga yang berbeza untuk blok unit yang berbeza untuk harga yang sama * Darjah ketiga: Penetapan harga yang berbeza untuk barang yang sama bagi pasaran yang berbeza
o
Penentuan keseimbangan diskriminasi harga
o
Kebaikan diskriminasi harga: - meluaskan pasaran dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan - meningkatkan tingkat kebajikan masyarakat
o
Keburukan diskriminasi harga - merugikan masyarakat tempatan apabila pasaran diagihkan kepada pasaran dalam/luar negeri - pengguna kurang/tidak menikmati lebihan pengguna - tidak mendatangkan faedah sosial
Kebaikan monopoli o
Firma menikmati kos purata yang menurun untuk menghasilkan lebih output dengan harga yang lebih rendah
o
Kebaikan daripada diskriminasi harga
o
Pemonopoli dapat menjalankan perkhidmatan awam dengan cekap
o
Boleh menggalakkan perkembangan teknologi
Kelemahan monopoli o
Tidak mencapai kecekapan pengeluaran
o
Tidak mencapai kecekapan peruntukan
o
Pembaziran kapasiti
o
Agihan pendapatan tidak rata
o
Monopoli mungkin mengehadkan perkembangan teknologi
o
Keburukan akibat dasar diskriminasi harga
Kawalan kerajaan terhadap monopoli o
Kawalan tak langsung: Percukaian * cukai sekali gus
o
* cukai per unit
o
Kawalan langsung (kawalan harga) * AR = AC -- P = AR = AC (harga pulangan modal) -- Firma memperoleh untung normal sahaja -- Harga turun; keluaran meningkat * P = MC -- kecekapan peruntukan; kebajikan masyarakat maksimum -- harga turun; keluaran meningkat -- subsidi diberikan apabila firma memperoleh rugi selepas kawalan harga dijalankan; jumlah subsidi = jumlah rugi * AC minimum -- kecekapan pengeluaran; tiada lebihan kapasiti -- harga turun; keluaran meningkat -- subsidi diberikan apabila firma memperoleh rugi selepas kawalan harga dijalankan; jumlah subsidi = jumlah rugi
Perbandingan pasaran monopoli dengan pasaran PPS o
Ciri-ciri pasaran * Bilangan firma - PPS: banyak - Monopoli: firma tunggal * Keluaran yang dihasilkan - PPS: homogen; merupakan pengganti sempurna antara satu sama lain - Monopoli: pengeluar tunggal; tiada pengganti hampir * Kuasa mempengaruhi pasaran - PPS: penerima harga - Monopoli: penentu harga * Kebebasan keluar masuk - PPS: mudah - Monopoli: wujud halangan-halangan tertentu
o
Tingkat keseimbangan * Harga keseimbangan - PPS: lebih rendah - Monopoli: lebih tinggi * Keluaran pada keseimbangan - PPS: lebih banyak - Monopoli: kurang * Tingkat keuntungan dalam jangka panjang - PPS: untung normal - Monopoli: untung lebih normal * Kecekapan pengeluaran - PPS: ya - Monopoli: tidak * Kecekapan peruntukan - PPS: ya - Monopoli: tidak * Pembaziran kapasiti