Huraikan Struktur Masyarakat Feudal Jepun Dalam Era Pemerintahan Kesyogunan Tokugawa Dari Tahun 1603 hingga Tahun 1868. Pendahuluan :
1.
2.
3.
Feudalisme bermaksud satu bentuk kerajaan, iaitu kuasa politik dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian dan bukan kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, tanah menjadi elemen utama iaitu semua tanah milik raja dan golongan pembesar tidak mempunyai tanah. Sistem feudalisme di Jepun pada zaman Keshogunan Tokugawa (1603-1867) terdiri daripada beberapa kelas dan berbentuk piramid. piramid. Struktur masyarakat di Jepun terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah adalah Maharaja, Shogun, Daimyo dan Samurai. Manakala golongan diperintah pula terdiri daripada petani (nomin), tukang-tukang mahir (artisan) dan saudagar (chonin). Sistem ini dapat dilihat dengan jelas semasa pemerintahan Shogun Tokugawa.
Isi-isi : Golongan Pemerintah : Maharaja Jepun :
Dalam hierarki pemerintahan di Jepun Maharaja menduduki lapisan teratas. Konsep pemerintahan bermaharaja di Jepun tidak sama dengan sistem bermaharaja di China iaitu di Jepun tidak ada pengamalan konsep “mandat dari syurga”. Maharaja di Jepun dianggap sebagai ketua negara, namun bermula abad ke-12 kuasa pemerintahan dipegang oleh Shogun. Maharaja hanya dikenali sebagai simbol kerajaan atau sebagai boneka sahaja. Maharaja dianggap sebagai pemerintah keduniaan dan dan kerohanian. Maharaja juga dikatakan dari keturunan dewi matahari (amateresu). Shogun Tokogawa telah mula memerintah Jepun bermula tahun 1603. Semasa pemerintahan Shogun Tokugawa, Maharaja Jepun tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir. Maharaja hanya dinggap sebagai simbol perpaduan rakyat. Kuasa pemerintahan sebenar terletak ditangan Shogun. Maharaja Jepun telah ditempatkan jauh dari pusat pemerintahan Shogun di Edo. Maharaja tinggal di kawasan yang terpencil di Kyoto dan duduk di dalam istana yang dikelilingi oleh tembok dan golongan Kuge (pegawai istana). Kerajaan yang diperintah oleh Maharaja dikenali sebagai Kerajaan Mikado. Namun, kedudukan dan kekuasaan Maharaja Jepun mula mengalami perubahan apabila Maharaja Mutsihito menaiki takhta Jepun yang kemudian menggunakan gelaran Maharaja Meiji (bermaksud sinar menyinari). Kuasa Maharaja telah dikembalikan semula oleh pemerintah Shogun Tokogawa yang terakhir iaitu Yoshiinobu
2.
Shogun Tokogawa :
3.
Kuasa pemerintahan sebenar di Jepun terletak ditangan Shogun, bukannya dipegang oleh Maharaja. Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan Shogun terjamin. Kerajaan yang diperintah oleh Shogun yang berpusat di Edo (kemudian ditukar kepada Tokyo pada tahun 1869) dikenali sebagai Kerajaan Bakufu (Kerajaan Ketenteraan). Shogun mempunyai autoriti pentadbiran tertinggi meliputi seluruh rakyat dan istana termasuk maharaja. Shogun sangat dihormati, ditakuti dan digeruni. Shogun menguasai hampir seluruh tanah di Jepun dan membentuk hampir 30% daripada keluaran hasil pertanian negara. Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau Daimyo yang menyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa.
Daimyo :
Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Tokugawa di Jepun. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga Shogun Tokugawa dan sekutu-sekutunya, dan mereka telah dikurniakan tanah yang berhampiran kediaman Shogun di bahagian tengah dan utara Honshu. Mereka akan membantu Shogun menguasai pemerintahan di Jepun. Daimyo Fudai merupakan penyokong kuat Tokogawa yang berjumlah 120 orang. Mempunyai hak keistimewaan seperti boleh menjadi anggota dua Majlis Negara dan ditugaskan mengawasi daimyo Tozama. Daimyo Shimpan juga dikenali sebagai rumah-rumah bersaudara dan mereka terdiri daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa. Keluarga Tokugawa yang utama dikenali sebagai “go-snake” atau “tiga rumah” kepunyaan anak Iesyu yang terletak di daerah Qwari, Kii dan Mito. Mereka diberi tanah tidak jauh daripada Shogun. Daimyo Tozama juga dikenali sebagai daimyo luar iaitu tuan-tuan tanah feudal yang terpaksa tunduk kepada Tokugawa dan mereka sentiasa memusuhi Shogun. Oleh itu Shogun telah melantik daimyo Fudai untuk sentiasa mengawasi tindak tanduk daimyo Tozama. Mereka telah ditempatkan jauh daripada Shogun, dilarang memegang jawatan diperingkat pusat kerana dicurigai sebagai penentang.dan dilarang memasuki istana untuk mengelak ancaman daripada
mereka. Daimyo Tozama terdiri daripada puak suku-suku Barat seperti Satsuma, Chosu, Toza dan Hizen 4.
Samurai :
Samurai pula merupakan kelas panglima yang mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat Jepun. Mereka berfungsi sebagai penjaga keamanan negara dan menjaga kepentingan Daimyo dengan tidak berbelah bagi. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain walaupun negara dalam keadaan aman. Oleh itu, ketika negara berkeadaan aman dan tiada peperangan maka kehidupan golongan Samurai akan ditanggung oleh golongan petani. Zaman aman peranan samurai berfungsi sebagai pentadbir ladang wilayah, menguruskan kewangan, mengawal dusun, pengawal dan utusan. Golongan samurai terbahagi kepada 3 kelas iaitu kelas teratas iaitu golongan yang mempunyai pertalian darah atau berkhidmat lama dengan daimyo dan bilangannya sangat kecil serta mempunyai tanah. Kelas sederhana iaitu taraf samurai penuh dan mempunyai bilangan sangat ramai. Manakala samurai kelas rendah pula sangat besar jumlahnya dan dijadikan sebagai tentera berjalan kaki. Mereka hanya boleh mengisi jawatan rendah dalam kerajaan dan ekonomi
Golongan Diperintah :
5.
Petani ( Nomin ) :
Dalam golongan yang diperintah, golongan petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi berbanding dengan golongan diperintah lain. Hal ini kerana Jepun adalah sebuah negara pertanian yang tidak mengadakan perhubungan dengan negara luar berilutan pengamalan dasar tutup pintunya. Golongan petani merupakan pengeluar beras yang menjadi bahan makan rakyat Jepun serta membayar sebahagian besar cukai. Sebagai balasan mereka diberi upah hanya secukup makan sahaja kerana hasil keluaran beras dikhususkan untuk negara. Akibat pengamalan dasar tutup pintu ini menyebabkan rakyat hanya bergantung kepada beras yang dikeluarkan oleh petani sahaja. Golongan petani dikenakan sistem kerah iaitu mereka dikerah untuk mengangkut barang pertanian melalui sepanjang Jalan Tokaido dengan melalui beberapa tempat sekatan bagi membolehkan pegawai (pengitip takafu) menjalankan pemeriksaan ke atas petani yang melalui jalan tersebut. Sekiranya petani melalui jalan lain, petani akan dikenakan hukuman yang berat. Mengikut sistem kerah,
setiap kampung akan menyediakan sebilangan lelaki dan kuda sebagai kenderaan rasmi dalam masa 3 bulan pada musim bunga dan 3 bulan pada musim buah.
6.
Tuan-tuan tanah telah menyediakan sekolah-sekolah kampung (terakoya) di kampung-kampung. Terdapat hampir 60 ribu terakoya telah didirikan untuk keperluan anak petani dan diberikan kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira. Apabila ekonomi wang berkembang maka golongan petani telah bertukar kepada kegiatan lain seperti membuat sutera, kertas, lilin, menekup dan lain-lain. Mereka juga merebut peluang untuk menjadi peruncit, peminjam wang, menenun dan membuka kilang kain. Biarpun sesetengah mereka mencapai kekayaan tetapi tidak mudah bagi mereka mendapat pengiktirafan sosial.
Artisan ( Tukang-Tukang Mahir ) :
7.
Kerja paksa ini adalah satu beban dan menyusahkan petani-petani malahan mereka sering tertekan dan dikenakan cukai yang berlebihan. Masyarakat petani juga mendapat pendidikan hal ini kerana bakufu dan tuan-tuan tanah amat mementingkan pendidikan.
Golongan artisan berada di bawah petani dan mereka mempunyai kemahiran dalam pembuatan pedang. Selain itu, mereka juga terdiri daripada tukang kayu, tukang rumah, tukang besi, tukang tembaga, tukang timah, penenun, pembuat kertas dan lain-lain. Tukang-tukang yang mahir akan diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang baik, seperti tukang kayu telah diberi gaji sebanyak 500 koku dan dibenarkan menggunakan pedang. Pendapatan golongan artisan lebih tinggi daripada petani walaupun status mereka lebih rendah dan agak sukar bagi mereka mengubah taraf sosial. Manakala petukang-petukang yang tidak mempunyai kemahiran khusus akan dilayan dengan buruk dan bekerja untuk daimyo.
Pedagang ( Chonin ) :
Kelas pedagang (chonin) terletak dibawah golongan petani dan artisan serta mereka dipandang rendah kerana pekerjaan mereka dianggap keji. Namun keadaan aman di Jepun telah menyebabkan ekonomi Jepun telah berkembang dan para pedagang telah berjaya mengumpul harta yang banyak. Pada tahun 1760, terdapat kira-kira 200 keluarga saudagar yang mempunyai harta dan kekayaan melebihi sebilangan besar daimyo. Mereka telah menguasai perniagaan tempatan yang komplek seperti jualan barang, gudangan, pengangkutan, broker beras, pertukaran wang dan pinjaman wang. Mereka juga menguruskan spekulasi pelbagai jenis perniagaan. Mereka sentiasa mengekalkan harga yang tinggi dan mengaut keuntungan yang besar.
Mereka menjadi kaya raya walaupun status mereka kekal di bawah dalam sistem feudal. Mereka kemudian telah memperbaiki status diri mereka. Antara keluarga saudagar yang terkenal ialah Mitsui, Kamoike dan Sumitomo. Mereka ini telah memperkenalkan budaya pengurusan baru yang kemudiannya menjadi syarikat besar.
Kesimpulan :
Pada abad ke-19 dan ke-20 memperlihatkan satu perkembangan menarik dalam sejarah sistem feudal di Jepun. Sejak sekian lama, negara Jepun telah melaksanakan dan menerima sistem feudal sebagai sebahagian daripada sistem sosial mereka. Di Jepun tidak berlaku moboliti sosial di mana status sosial mereka kekal sehingga pemodenan Meiji. Peranan pembesar mempunyai pengaruh yang sangat besar meskipun mereka meletakkan maharaja sebagai yang tertinggi. Walau bagaimanapun, kesan daripada perubahan perubahan yang berlaku pada abad ke-19 dan ke-20 telah menyebabkan sistem feudal menerima tekanan yang cukup besar. Pengaruh Barat yang hadir di Jepun telah menyebabkan sistem feudal dianggap sebagai sistem yang tidak sesuai lagi. Selepas pemodenan Maharaja Meiji, negara Jepun mula berubah menjadi negara yang moden setanding dengan negara Barat dan ini telah menyelamatkan mereka daripada dijajah.
Bincangkan Faktor-Faktor Yang Mendorongkan Kemunculan Masyarakat Feudal Di Jepun. Pengenalan :
Feudalisme di jepun dapat dikesan dengan jelas pada zaman pemerintahan Kamakura hingga zaman sengoku Jidai. Feudalisme Jepun telah mencapai kematangan pada era pemerintahan Shogun Tokugawa.
Isi-isi : Kemerosotan Kuasa Maharaja :
Salah satu faktor yang menyebabkan kemunculan feudalisme adalah kemerosotan kuasa maharaja
Kemerosotan kuasa maharaja memberi peluang kepada kemunculan daimyo (tuan tanah)
Tuan tanah tersebut memiliki ladang persendirian dikenali sebagai S yo atau Syoen
Golongan Tuan Tanah Berpengaruh :
Kemunculan feudalisme disebabkan oleh kebangkitan golongan tuan tanah (daimyo) Keadaan geografi negara jepun bergunung ganang menyebabkan raja menghadapi masalahuntuk mengawal tuan tanah Perkembangan ini menyebabkan golongan tuan tanah menjadi lebih berkuasa berbanding dengan maharaja
Kelemahan Golongan Bangsawan :
Golongan ini dilantik oleh maharaja sebagai gebenor di wilayah untuk mengawal tuan tanah
Golongan bangsawan ternyata lemah dan tidak berupaya mengawal tuan tanah
Selain itu, golongan bangsawan juga tinggal di ibu kota dan menikmati kemewahan
Mereka tidak menjalankan tugas dan mengawal kedudukan maharaja di wilayah yang berada di bawah kekuasaan mereka.
Perebutan Kuasa Ketu-Ketua Suku :
Kelemahan gabenor yang dilantik oleh maharaja menyebabkan kuasa di wilayah beralih kepada ketua suku kaum Perkembangan ini menyebabkan petani mengubah taat setia mereka kepada ketua suku kaum Malah mereka membayar cukai berupa harta benda dan perkhidmatan kepada ketu-ketua suku Perkembangan ini telah menyebabkan pengaruh dan kuasa maharaja mula merosot
Kemunculan Pemerintahan Kamakura :
Perebutan kuasa antara ketu suku dan maharaja menyebabkan ketua keluarga Miramoto Yoritomo membentuk kerajaan bersifat ketenteraan pertama di Jepun.
Kerajaan bersifat ketenteraan ini dikenali sebagai Bakufu ditubuhkan di Kamakura
Kerajaan ini ditubuhkan untuk mengawal hal ehwal ketenteraan dan golongan bangsawan
Pemerintahan kamakura menyaksikan permulaan sistem feudalisme di ne gara Jepun.
Kesimpulan :
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan muncul sistem feudalisme di Jepun. Kemerosotan kuasa maharaja dan kebangkitan golongan tuan tanah merupakan faktor utama yang menyebabkan berlakunya sistem feudalisme di Jepun.
Huraikan Masyarakat Industri England Pada Abad Ke-18 Hingga Ke-19 Pendahuluan :
Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada menggunakan mesin dan proses kimia. Negara England mengalami revolusi perindustrian yang memperlihatkan ciri-ciri masyarakat industri seperti penggunaan sains, pengkhususan dalam bidang ekonomi, perpindahan penduduk dari pendalaman ke bandar, penggunaan sumber-sumber modal secara pesat dan kemunculan kelas sosial baru.
Masyarakat industri di England :
Pada zaman perindustrian masyarakat petani di england telah memulakan sistem tanah berpagar untuk menggantikan tanah lapang. Parlimen England telah mengeluarkan akta berhubung dengan proses pembahagian tanah awam kepada pemilikan secara perseorangan. Melalui akta ini, tanah awam yang hendak dijadikan hak persendirian perlu mendapatkan kelulusan parlimen. Buktinya antara tahun 1761-1792, hampir 5 000 000 ekar tanah dipagar. Meninggalkan kesan terhadap petani uang memiliki tanah yang kecil. Sistem tanaman bergilir Norfolk dan tanaman baru telah diperkenalkan. Kesannya, mengekalkan kesuburan tanah serta meningkatkan produktiviti ladang. Bagi menyuburkan tanah, kemajuan sains berjaya memperkenalkan baja tiruan kepada masyarakat petani. Cara menebus guna tanah, menggunakan sistem guna tanah secara heavy manuring, iaitu menjadikan kawasan tanah berpasir sebagai tempat penanaman gandum yang subur.
Masyarakat Perindustrian :
Perindustrian tekstil dan besi berkembang pesat.
Penggunaan kuasa wap dalam industri untuk mengendalikan jentera.
Beberapa kaedah baru ditemui seperti menghasilkan keluli yang murah dan cepat daripada besi belum tempa .
Kemajuan Sistem Pengangkutan :
Kemajuan dalambidang perkapalan, jalanraya, kereta api dan terusan. Terusan Worsley yang pertama dibina pada tahun 1761 digunakan untuk membawa arang batu. Penciptaan lokomotif atau jentera wap untuk menarik gerabak.
Landasan kereta api moden pertama dibina di England pada 1825 yang menghubungkan lombong arang batu Durham di Stockton dengan Darlingston. Pada tahun 1806-1859, London- Bristol-South Wales dan 1875 London deng an Birmingham.
Penghijrahan Penduduk dan Pertambahan Penduduk :
Menyumbangkan kepada pertambahan penduduk yang meningkat dua kali ganda di England tahun 1800 dan 1850. Pada tahun 1850 lebih separuh populasi England tinggal di pekan dan di bandar. Pada tahun 1851, penduduk dari Ireland telah berhijrah beramai-ramai ke England. Kawasan yang mengalami penduduk ialah Lancashire, West Riding di Yorkshire, Warwickshire, Nottinghamshire dan Staffordshire. Penghijrahan ini telah membawa kepada penyertaan Ireland-England dan penduduk tertumpu kepada pekerjaan dalam industri tekstil. Menggalakkan masyarakat England pada usia muda dan peroleh ramai anak. Kelahiran yang tinggi menyebabkan England menyumbangkan kepada penggunaan tenaga buruh kanak-kanak dalam perlombongan arang batu. Pada abad ke-19 sahaja, kanak-kanak yang berusia 15 tahun adalah seramai 40% daripada keseluruhan penduduk England.
Perluasan Perdagangan Antarabangsa :
Kilang-kilang kapas Manchester dan Leeds mengeluarkan pasaran melebihi permintaan dalam pasaran tempatan dan membawa kepada pengeksportan kain kapas dari England dan berlaku peningkatan pada kadar 10% setiap tahun antara tahun 1783 hingga 1792 dan melebihi 17% antara 1792 hingga 1802 Masyarakat industri juga menerima permintaan yang tinggi terhadap kapas mentah. England telah memansuhkan takrif import bahan mentah bagi membolehkan negara luar membeli barangan siapnya. England menjalankan dasar perdagangan yang lebih liberal.
Kerajaan dan Perdagangan Bebas :
Parlimen England telah meluluskan beberapa akta yang menghapuskan dasar ekonomi yang boleh menyekat kebebasan . Antaranya ialah pemansuhan ekonomi perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan China pada 1883. Seterusnya mengurangkan senarai barangan yang dikenakan duti import dan eksport serta meminda akta perkapalan pada 1825. Undang-undang jagung (corn law) pada 1822 dilonggarkan.
Perubahan Gaya Hidup :
Kehidupan bebas dibandar membawa kepada masalah sosial yang kritikal iaitu pelacuran dan jenayah semakin meningkat.
Masalah Pencemaran dan Kesihatan :
Masalah pencemaran dan kesihatan dengan penggunaan bahan bakar arang batu telah mencemar udara dan pekerja kilang. Pei penyakit dan pencemaran air membawa kepada merebaknya pelbagai penyakit dan bilangan kematian di bandar. Akta kesihatan awam 1875 telah diluluskan bagi memperbaiki masyarakat bandar.
keadaan kesihatan
Kemunculan Kelas Baharu :
Kelas individu dan pekerja tumbuh dengan pesat dari segi saiz dan kepentingan. Golongan kelas pertengahan terdiri daripada pemilik kilang, peniaga, ahli perbankan, peguam dan jurutera. Golongan kelas pertengahan menyertai politik dan berjuang untuk mendapatkan wakil dalam parlimen bagi menyuarakan kepentingan mereka. Perjuangan mereka berjaya apabila pada pertengahan abad ke-18, parlimen England mempunyai 61 wakil parlimen yang terdiri daripada kelas menen gah. Kejayaan yang dicapai ialah pemansuhan monopoli syarikat hindia timur inggeris tahun 1813 dan pemansuhan akta Perancis tahun 1814. Akta yang mensyaratkan penggunakan binatang dalam pembuatan kasut pula dimansuhkan tahun 1824. Ramai petani tidak memiliki tanah dan menjadi buruh untuk mendapatkan upah di ladang atau berhijrah ke kawasan bandar untuk bekerja disektor perindustrian. Golongan petani berubah menjadi golongan proletariat dan bekerja dengan mengendalikan mesin menggunakan tangan tetapi mereka kemudian menjadi penganggur apabila kilang perindustrian pada abad ke-19 mengantikan tenaga manusia kepada tenaga mesin.
Pekerja dan Keadaan Kerja Di Kilang :
Tempoh bekerja yang panjang iaitu selama 12 jam sehari dan enam setengah hari bekerja seminggu. Upah yang dibayar secukup hidup sahaja. Pengusaha kilang lebih suka menggambil pekerja wanita dan kanak-kanak. Pekerja kilang terpaksa menhirup udara tercemar dan dipaksa bekerja mengikut kelancaran mesin. Tempat tinggal juga tidak disediakan dengan baik oleh pengusaha kilang. Rumah hanya dibina sederet , tiada tandas dan bekalan air disediakan tetapi kadar sewa yang tinggi dikenakan. Keadaan yang tidak selesa dan kurang bersih telah mengundang pelbagai penyakit..
Pekerja yang tidak berpuas hati telah mengadakan rusuhan. Pada 1830 terdapat golongan pekerja membuat tuntutan masa bekerja dihadkan selama 10 jam sahaja. Pada 1832, kerajaan telah menubuhkan suruhanjaya diraja pengambilan buruh kanakkanak di kilang untuk meninjau keadaan kanak-kanak yang bekerja dikilang. Akta digubal untuk menjamin nasib pekerja kilang sperti akta lombong 1842 dan akta sepuluh jam 1847.
Perubahan dalam Pemikiran Politik :
Lebih kepada bakat dan keupayaan setiap individu. Masyarakat terbahagi kepada dua iaitu golongan kelas pertengahan yang terus menambah kekayaan dan kekuasaan dan golongan proletariat yang terabai dari segi gaji, makan, minum dan kebajikan.
Kesimpulan :
Perkembangan perindustrian diEngland membawa kepada perkembangan masyarakat industri Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat
Terangkan Ciri-ciri Masyarakat Industri Di Jerman Pada Abad Ke-18 Hingga Ke-19 Pendahuluan :
Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada penggunaan mesin dan proses kimia. Revolusi perindustrian di Jerman berlaku pada tahap kedua di eropah iaitu selepas revolusi perindustrian di England. Revolusi di Jerman bermula pada tahun 1860 hingga 1914. Antara ciri-ciri masyarakat industri di Jerman ialah masyarakat pertanian, masyarakat industri, kemajuan sistem pengangkutan, perluasan perdagangan antarabangsa dan kemajuan sistem kewangan.
Isi-isi : Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman Masyarakat Pertanian :
Perkembangan revolusi perindustrian membawa perkembangan sektor pertanian. Kemajuan teknologi pada abad ke-18 dan ke-19 menyebabkan meningkatnya mekanisme dalam kegiatan pertanian, khususnya proses penanaman dan penuaian apabila terciptanya mesin. Pengkajian saintifik tentang tanah misalnya, Humpray Davy telah menerbitkan buku mengenai ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-tumbuhan. Mengadakan ujikaji untuk menghasilkan bahan kimia yang boleh digunakan untuk tanaman, contohnya tahun 1846 Justus Von Leibig telah menemui formula baru untuk menghasilkan baja tiruan dan baja kimia.
Masyarakat Perindustrian :
pertambahan pembukaan lombong arang batu dan besi di saxony dan silesia barat Jerman Pengeluaran arang batu dan besi bertambah antara tahun1860-1670. Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi. Kemajuan industri kulit mengubah kehidupan mewah, pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sehat dan mementingkan pendidikan. Pembangunan industri tekstil di Jerman bertumpu di wilayah Rhineland, Saxony dan Silesia. Bandar Berlin pula mengeluarkan mesin-mesin yang meningkatkan industri tekstil di Jerman. Ciptaan baru berkembang di Jerman, misalnya inovasi yang dihasilkan oleh Siemens dan Martina menyebabkan pengeluaran keluli meningkatpada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta tan. Firmanya juga terkenal dengan kejuruteraan elektrik.
Pada peringkat awal syarikat kimia dan elektrik Jerman menjadi perintis dalam pembangunan perusahaan kimia. Membina makmal penyelidikan perindustrian yang dilengkapi dengan ahli kimia dan fizik yang terlatih di universiti, tempat penyiasatan serta ujikaji. Jerman telah menyeragamkan ciptaan teknik dan kesannya, Jerman memimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik.
Kemajuan Sistem Pengangkutan :
Pembinaan jalan kereta api pada tahun 1870 Firma Jerman di Borsing menjadi pengeluaran utama kereta api di Jerman.
Perluasan Perdagangan Antarabangsa :
pada tahun 1870 berlaku perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman yang menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah. Perindustrian di Jerman berkembang 243.8% dari tahun1887 hingga tahun1912. Perluasan empayar berlaku pada tahun 1884 apabila Jerman berjaya mengambil bahagian barat daya Afrika, Togoland dan Cameron dan seterusnya Jerman menguasai Tanganyika dan Afrika Timur. Perluasan empayar dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik. Misalnya penguasaan sebahagian New Guinea dan pembelian kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun1884. Pada tahun 1897, Jerman meluaskan hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan membina pengkalan tentera laut di pinggir laut China.
Kemajuan Sistem Kewangan :
Pada tahun1880-an Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai joint stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital. Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellischaft of Stuttgart (1851) Deutshe bank (1870), darmstadter bank (1870), dan Dresdener Bank (1872). Kemunculan kelas-kelas pengusaha industri yang baru di Jerman pada abad ke-18, menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, besi, keluli, kapas dan kain bulu serta sistem pengangkutan darat dan laut. Kartel di Jerman membantu perkembangan sektor perindustrian. Matlamat penubuhan Kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan bagi barangan keluaran yang akan memaksimumkan keuntungan bagi industri secara keseluruhan dan meminimumkan turun naik harga dalam pasaran dan perkhidmatan perindustrian . Jerman menyelaraskan takrif dan cukai kereta ap i tertentu bagi tujuan pertahanan.
Dasar Kerajaan Jerman :
Menubuhkan sekolah pertukangandan teknikal yang menghasilkan ramai tenaga mahir yang diiktiraf oleh negara lain. Undang-undang insurans sosial dikuatkuasa pada tahun1883 untuk menjaga kebajikan pekerja jika timpa kemalangan semasa bekerja. Banyak pusat kesihatan didirikan didaerah dan kos pembiayaan ditanggung oleh satu pertiga daripada pihak majikan dan dua pertiga daripada pekerja. Pada tahun 1884 Reichstag meluluskan undang-undang insurans kemalangan. Memanupulasi pengeluaran akhbar di Jerman sebagai langkah untuk mengawal pemikiran rakyatnya. Pada tahun 1878 Bismarck membentangkan rang undang-undang anti-sosialis di Reichstag yang membolehkan kerajaan menyekat atau mengharamkan persatuan, perjumpaan, penerbitan dan sesiapa melanggar undang-undang ini boleh disekat dari berada dalam daerah tertentu. Malahan, kerajaan juga boleh menyekat kebebasan berpolitik didaerah yang boleh difikirkan terancam serta menarik balik lesen penerbitan, pencetakan dan pengedaran . Seterusnya kerajaan mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-bank Jerman. Jerman turut dikenali sebagai kilang pengeluaran tentera d an senjata di Eropah.
Kesimpulan :
Perkembangaan industri di Jerman membawa kepada perkembangan masyarakat industri. Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat.
Huraikan Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Kemunculan Masyarakat Maritim Di Portugal Pengenalan :
Kemunculan masyarakat maritim di portugal dapat dikesan sejak abad ke-15 dan ke- 16 . Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kemunculan masyarakat maritim di Portugal.
Isi-isi : Perkembangan Kapitalisme dan Merkantilisme :
Perkembangan ekonomi kapitalisme dan merkantilisme merupakan faktor utama mendorong kemunculan masyarakat maritim Sistem ekonomi ini menggalakkan kegiatan pengumpulan modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan Perkembangan ini menggalakkan raja-raja negara bangsa menaja pelayaran ke seberang laut untuk tujuan tersebut Ini menyebabkan muncul masyarakat maritim yang te rlibat dalam aktiviti penerokaan dan penjelajahan
Perkembangan Perdagangan :
Faktor seterusnya yang mendorong kemunculan masyarakat maritim ialah aktiviti perdagangan Pedagang Portugis belayar ke Timur untuk menguasai perdagangan rempah daripada orang Islam
Pengaruh Renaisans :
Zaman ini menyemai ciri-ciri seperti humanisme, individualisme, sekularisme, sifat kritikal dan rasionalisme Perkembangan ini melahirkan masyarakat yang menekankan kepentingan sains dan teknologi Ini melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan masyarakat eropah untuk meneroka kawasan baru
Teknologi Pelayaran :
Pengetahuan dalam bidang geografi dan pelayaran menggalakkan penerokaan dan pelayaran Penciptaan alat seperti kompas magnetik dan astrolab memudahkan pelayaran Masyarakat Portugal juga mampu membina kapal besar yang mampu belayar dilautan luas Perkembangan ini turut mendorong kemunculan masyarakat maritim di Portugal
Pengetahuan Tentang Dunia Luar :
Pengetahuan ini mendorong kelahiran masyarakat maritim Portugal Pengetahuan tentang dunia luar diperolehi daripada orang islam pada zaman pertengahan awal Catatan Marco Polo yang mengembara negeri China mendorong orang portugis melibatkan diri dalam kegiatan meritim Perkembangan ini mendorong kemunculan masyarakat maritim di Portugal
Kesimpulan :
Masyarakat maritim memberikan sumbangan dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial. Mereka memainkan peranan penting dalam menjadikan Portugal sebuag kuasa maritim yang unggul di Eropah.
Huraikan Ciri-ciri Masyarakat Maritim Di Portugal. Pengenalan :
Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan-pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, kepulauan dan di lembah sungai bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip hasil laut. Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator), kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15. Putera Henry bersungguh-sungguh mempromosi kegiatan penjelajahan melalui penubuhan Akademi Laut di Sagres. Melalui akademi ini beliau telah mengundang ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi dan astronomi dari luar negara untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal. Usaha Putera Henry ini telah memunculkan ramai kelasi atau pelayar Portugal telah menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai barat benua Afrika.
Isi-isi : Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Portugal : Lokasi Di Pesisiran Pantai :
Portugal merupakan kerajaan pertama di Eropah mula menjalankan penerokaan tanah baru yang serius melalui aktiviti pelayaran ke dunia luar. Hal ini berlaku kerana Portugal mempunyai geografi tempatan di Lautan Atlantik, mempunyai pantai yang panjang dan memiliki pelabuhan yang baik seperti Lisbon. Selain daripada itu, Portugal tidak menghadapi persaingan dengan negara-negara Eropah yang lain seperti Sepanyol yang masih belum teguh dan bersatu padu, Itali pula masih tidak bersatu, Belanda menghadapi masalah dalam negara, manakala negara England dan Perancis terlibat dalam Perang 100 Tahun. Keadaan ini telah memberi peluang kepada Portugal untuk muncul sebagai negara maritim yang terunggul ketika itu.
Pelabuhan Pembekal :
Portugal mempunyai pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Eropah iaitu pelabuhan Lisbon dan Antwerp. Portugal menjadikan pelabuhan-pelabuhan ini sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran barangan dagangan Portugal. Dalam masa 30 tahun, Portugal berjaya menembusi pasaran rempah-ratus yang dikuasai oleh pedagang Venice di Itali. Portugal berhasrat untuk menguasai perdagangan rempah kerana pada abad ke-15, pedagang Islam telah menjual barangan dari Timur kepada pedagang di Venice dengan harga yang tinggi. Pedagang di Venice pula bertindak sebagai orang
tengah pula telah menjual barangan tersebut kepada pedagang Eropah yang lain dengan harga yang lebih tinggi. Oleh itu, dengan menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi akan membawa kepada penguasaan perdagangan rempah-ratus dan boleh mengambil alih peranan pedagang Venice sebagai orang tengah. Memiliki Pelabuhan Entrepot :
Menjelang abad ke-16, kapal-kapal Portugal sentiasa belayar ke Timur Jauh menggunakan Tanjung Pengharapan dan membawa pulang rempah-ratus, lada hitam, sutera dan batu permata. Mereka juga berjaya membawa hasil hutan seperti kayu kayan dan bahan pencelup dari Brazil. Portugal juga telah membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau, menternak lembu dan kuda untuk diperdagangkan. Ini semua telah memberikan keuntungan kepada masyarakat Portugal. Pelabuhan Lisbon juga telah menjadi pusat agihan rempah-ratus kepada pedagang-pedagang Eropah yang lain bagi menggantikan pelabuhan Venice di Itali.
Mampu Membuat Perahu dan Kapal Layar :
Masyarakat maritim Portugal mempunyai teknologi membuat kapal walaupun kapal yang dibina lebih kecil daripada kapal buatan China. Kapal orang Portugal yang dibina mempunyai dasar yang lebih dalam dan badan kapal yang agak bulat sesuai untuk perjalanan di Lautan Atlantik.
Mempunyai Kemahiran Dalam Ilmu Pelayaran dan Mencari Jalan ke Timur :
Masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran hasil usaha Putera Henry. Beliau mahu orang Portugal mahir dalam bidang pelayaran untuk menguasai kekayaan di Afrika. Tujuan lain ialah mencari Prester John yang menjadi raja sebuah kerajaan Kristian di Afrika bagi mendapatkan bantuannya untuk menguasai kerajaan Islam di Maghribi. Usaha Putera Henry ini telah berjaya melahirkan ramai pelayar Portugal seperti Bartholomew Diaz, Vasco da Gama dan Alfonso de Albuquerque. Mereka telah berjaya menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai Barat benua Afrika. Bartholomew Diaz telah belayar dan sampai ke Cape of Good Hope iaitu bahagian paling selatan di Afrika pada tahun 1487. Vasco da Gama pula berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan pada tahun 1497 dan seterusnya telah sampai di Malindi (1487) dan seterusnya beliau telah belayar ke Kalikat (1499). Selepas itu beliau telah kembali ke Lisbon dengan membawa penuh muatan barangan daripada Timur. Pada tahun 1511, Lopez de Sequeire telah berjaya menguasai Melaka dan ini membolehkan Portugal menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi. Pada tahun 1542, orang Portugal berjaya memasuki negara Jepun melalui pelabuhan Kyushu. Pada tahun 1570, satu perjanjian telah ditandatangani antara pedagang Portugal dengan Shogun Ashikaga iaitu mereka dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki. Seterusnya pedagang Portugal telah sampai ke pelabuhan Canton di China pada tahun 1517.
Kemajuan Teknologi Pelayaran :
Masyarakat maritim Portugal juga mempunyai teknologi pelayaran yang diambil daripada negara lain seperti penemuan baru seperti peta Benua Eropah (kartografi), kompas magnetik, reka bentuk kapal, memiliki teknologi senapang dan meriam, dan astrolab. Pelayar Portugal mempunyai catatan wilayah baru di atas peta dan seni catatan peta yang tepat dalam peta gaya baru. Mereka juga mempunyai teknologi kompas yang diambil daripada orang Cina. Kompas ini menunjukkan utara iaitu satu petunjuk penting bagi kapal-kapal yang belayar dari timur ke barat. Orang Portugal juga mempunyai teknologi membina kapal yang baik sesuai untuk belayar di Lautan Atlantik dan memiliki astrolab hasil ciptaan orang Arab yang membenarkan seorang kapten kapal laut mengagak kedudukan kapal mereka sejauh mana dari garisan Khatulistiwa. Masyarakat maritim Portugal juga memiliki teknologi senjata api seperti senapang dan meriam. Mereka menggunakan bahan letupan daripada China dan kemudian diubah suai dengan ciptaan senjata api mereka. Senjata api digunakan semasa pelayaran untuk menakutkan dan mengalahkan musuh-musuh yang ditentang.
Kesimpulan :
Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan serta menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi selama lebih daripada satu kurun. Masyarakat Portugal berjaya menjadi perintis dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan pihak lain di Eropah pada masa tersebut. Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan pantai sahaja bukannya kawasan pedalaman