1. PENGENALAN Trend pengangguran di Malaysia dewasa kini menjadi topik yang semakin hangat saban hari dan waktu terutama sekali di kalangan siswazah seluruh Malaysia. Apakah masalah sebenar yang menyebabkan pelajar lepasan universiti itu menganggur? Sesuatu pekerjaan yang ditawarkan tidak setaraf dengan kelulusan dan bukan bidang mereka semasa belajar di universiti adalah punca utama siswazah itu menganggur.Graduan yang mempunyai kelulusan yang tidak boleh dipasarkan terpaksa menganggur dalam tempoh yang lebih lama. Pengangguran setiap tahun meningkat juga adalah kerana taraf pendidikan/ piawaian peperiksaan dan kelulusan siswazah-siswazah yang agak rendah, membuatkan mereka jarang diberi peluang pekerjaan. Namun begitu, ada juga segelintir siswazah yang mempunyai pencapaian yang cemerlang tetapi tidak mendapat peluang pekerjaan, ini kerana
mereka
pengangguran
tidak
mempunyai
siswazah
ini
akan
kemahiran membawa
dan
pengalaman
pelbagai
masalah
bekerja. kepada
Masalah dirinya
sendiri,keluarga,masyarakat dan Negara dan perlu diatasi dengan teliti. Antara kategori pengangguran yang banyak didapati di Malaysia, antaranya: a)
PENGANGGURAN BERMUSIM BERMUSI M Ia berlaku pada masa tertentu sahaja dan hanya fokus dalam sektor utama seperti sektor pertanian dan sektor perikanan.
b)
PENGANGGURAN TIDAK KETARA Ini biasanya berlaku dalam sektor pertanian dan perkhidmatan, dan terjadi apabila bilangan pekerja yang diambil bekerja dalam sesuatu sektor melebihi bilangan pekerja yang sebenarnya diperlukan. Lebihan pekerja yang ada tidak menyumbang kepada tingkat pengeluaran.
c)
PENGANGGURAN TEKNOLOGI Ia berlaku apabila penggunaan tenaga buruh dalam proses pengeluaran telah diambil alih oleh mesin dan robot kerana perkembangan teknologi yang begitu pesat telah berjaya mencipta alatan yang lebih baik untuk 1
meningkatkan
pengeluaran
dengan
kos
pengeluaran
yang
semakin
berkurangan. 2. ISU UTAMA DALAM KONTEKS PENGANGGURAN Beberapa persoalan timbul dalam konteks kajian mengenai kes-kes pengangguran di Malaysia. Berikut dinyatakan beberapa sampel persoalan : a) Apakah hakikat ciri siswazah yang dimaksudkan dalam keperluan kerjaya masa kini? b) Apakah langkah dan alternatif yang telah dibangun dan dijalankan oleh pihak IPT untuk mengeluarkan hasil produktiviti siswazah yang menepati kehendak pasaran kini? c) Selain daripada sektor awam dan swasta, apakah mungkin siswazah boleh menempati sektor pihak ketiga sepeti badan bukan kerajaan (NGO) atau badanbadan sukarela yang lain? Atau mungkinkah pilihan untuk berkerjaya sendiri merupakan alternatif yang lebih terbuka?
3. FAKTOR-FAKTOR PENGANGGURAN Masih ramai graduan yang menganggur walaupun mereka sudah beberapa tahun menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT). Kebanyakan mereka bukan tidak mendapat pekerjaan atau tidak menerima sebarang tawaran tetapi mungkin tugas yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan mereka. Kebanyakan graduan ini masih mencari pekerjaan yang dirasakan tidak bersesuaian dengan status mereka sebagai bekas penuntut universiti. Kajian mendapati, pendapat dari kalangan siswazah itu sendiri, antara faktor yang menyebabkan pengangguran di kalangan siswazah ialah sikap siswazah itu sendiri yang terlalu memilih pekerjaan atau sesuatu pekerjaan yang ditawarkan itu tidak setaraf dengan kelulusan dan bukan bidang mereka semasa belajar di universiti. Mereka lebih suka tinggal di rumah tanpa melakukan apa-apa pekerjaan daripada bekerja bukan dalam bidang mereka. Mereka lebih sanggup menganggur daripada bekerja sebagai kerani atau jawatan 2
lain yang dirasakan kurang setaraf walaupun sebenarnya lebih baik bekerja daripada menganggur.
Pemikiran "lebih baik menganggur selagi tidak jumpa kerja sesuai" perlu
dibuang dari minda setiap graduan kerana ia bukan sahaja merugikan mereka, malah merugikan sector yang memerlukan tenaga kerja. Sebenarnya, peluang pekerjaan yang ditawarkan masih banyak tetapi mereka tidak tahu mengambil peluang ini. Di samping itu, terdapat beberapa agensi usahawan yang menawarkan peluang keusahawan bagi mereka yang berminat memilih keusahawan sebagai kerjaya pilihan. Selain itu, mereka juga boleh memperolehi pekerjaan dengan pelbagai cara. Contohnya mereka menceburi bidang pertanian dan mengusahakan kawasan terbiar sehingga memperolehi hasil dan menjadikan petani yang berjaya. Oleh demikian, bukan kerja kosong tidak ada tetapi sikap yang terlalu memilih kerja di kalangan graduan menyebabkan pekerjaan itu tidak dapat diisi. Antara kenyataan pensyarah IPT di Malaysia mengenai pengangguran, "salah satu masalah penting menyebabkan berlakunya pengangguran siswazah ialah kelulusan mereka tidak sesuai dengan permintaan dunia pekerjaan." Majikan akan lebih berhati-hati menggunakan kriteria ini untuk memilih graduan-graduan yang diperlukan. Graduan yang mempunyai kelulusan yang tidak boleh dipasarkan akan menghadapi krisis dan terpaksa menganggur dalam tempoh yang lebih lama. Keperluan pengambilan dan penambahan tenaga buruh pula akan dihitung dengan lebih teliti dari segi keberkesanan kos dan produktiviti. Perlumbaan untuk mendapatkan pekerjaan dijangka akan lebih bersifat persaingan dan ini akan memberi faedah yang besar kepada majikan untuk memilih kualiti tenaga yang terbaik yang menguntungkan firma-firma perniagaan mereka. Pengangguran di kalangan siswazah akan terus berlaku sekiranya mereka tidak berusaha mencari alternatif baru membina kerjaya persendirian atau menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti bidang keusahawanan yang boleh membantu menggerakan ekonomi di samping dapat berperanan memberi peluang pekerjaan kepada golongan lain. Ruang bagi golongan mahasiswa menceburi pelbagai bidang pekerjaan persendirian, perniagaan dan
3
keusahawanan begitu luas. Bidang-bidang yang boleh diceburi ini bagaimanapun memerlukan inisiatif dan kegigihan. Selain itu, faktor yang menyumbangkan terhadap kewujudan dilema ini adalah kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik serta kebanjiran siswazah-siswazah dari institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta yang begitu banyak sehiggakan nisbah jumpa penganggur dan kerja kosong tidak sama rata. Selain itu juga, taraf pendidikan/ piawaian peperiksaan dan kelulusan siswazah-siswazah yang agak rendah, membuatkan mereka jarang di beri peluang pekerjaan. Kesemua faktor-faktor ini berhubungkait antara satu sama lain. Kebanyakan pelajar berjaya mendapat ijazah masa kini walaupun purata pencapaian tidaklah di tahap yang memuaskan. Dengan pencapaian tahap rendah, iaitu kemungkinan CGPA 2.4 ke bawah, agak sukar bagi mereka mendapatkan peluang pekerjaan segera. Majikan-majikan akan memilih siswazahsiswazah yang cemerlang dan mepunyai kemahiran serta pengalaman bekerja. Pada masa yang sama, kebolehan berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris memainkan peranan yang paling penting di dalam setiap temuduga. Kebanyakan siswazah yang kurang fasih berbahasa Inggeris akan merasakan kesukaran mendapat tawaran kerja. Namun begitu, ada juga segelintir siswazah
yang mempunyai pencapaian yang cemerlang tetapi tidak
mendapat peluang pekerjaan, ini kerana mereka tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman bekerja serta tiada keyakinan pada diri semasa temudaga diadakan. Malah, kajian kes mendapati juga ada antara siswazah pernah menganggur selama berbulan malah bertahun dan hanya berdiam di rumah tanpa melakukan apa-apa pekerjaan dan tinggal bersama keluarga kerana sikap yang malas bekerja dan ingin rehat di rumah serta tidak bersedia untuk bekerja. Di dalam tempoh pengangguran itu mereka hanya mengharapkan sumber pendapatan daripada ibubapanya. Pihak swasta selalunya lebih mementingkan pengalaman berbanding dengan akademik, ini kerana kos untuk mengadakan latihan etensif kepada pekerja baru akan membelanjakan 4
wang banyak dan memberi sedikit kerugian kepada sesebuah syarikat pada masa itu. Selain itu juga, siswazah harus bijak dan aktif dalam berkomunikasi serta cemerlang dalam pelajaran dan korikulum. 4. KESAN PENGANGGURAN Pengangguran siswazah boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada diri pelajar itu sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Contohnya apabila seseorang itu tidak mempunyai pekerjaan atau tidak mempunyai wang untuk keperluan harian, kemungkinan dia akan memilih jalan yang mudah untuk mendapatkan hasil yang lumayan dengan melakukan perkerjaan yang menyalahi undang-undang, contohnya merompak. Pekerjaan seperti ini akan mendatangkan risiko kepada dirinya sendiri serta kepada orang lain. Semua ini terjadi kerana seseorang itu berfikiran sempit, terdesak atau tertekan dengan tiadanya pekerjaan. 5. ALTERNATIF MENGATASI PENGANGGURAN Antaranya ialah sikap siswazah itu sendiri yang terlalu memilih pekerjaan serta perlu berfikir secara profesional dan janganlah
bersikap negatif terhadap sesuatu pekerjaan, kerana
ianya akan merugikan diri sendiri. Di samping itu, mereka perlu pilih kerjaya yang betul dan mempunyai sikap tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Selain itu , kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan program sekolah atau universiti kerjaya dengan jelas. Mereka perlu mengadakan kursus khas atau perancangan tegas kepada graduan daripada menyediakan pekerja untuk sektor awam atau swasta kepada sektor keusahawanan, pertanian, perlombongan dan lain-lain lagi. Kerajaan juga perlu mewujudkan pusat maklumat siswazah di semua IPTA dan IPTS dengan aktif membuat aktiviti-aktiviti penyelidikan mengesan siswazah secara berkala dan melaksanakan program penempatan guru siswazah sehingga 50% pada tahun 2010 di
5
semua sekolah rendah. Ini untuk memastikan modal insan dan model budaya dapat digunakan denga cara yang lebih wajar oleh guru-guru yang terlatih. Di samping itu, golongan yang masih belajar di sekolah atau IPT perlu memilih bidang paengajian yang boleh disesuaikan dengan penawaran kerja di pasaran. Kerja yang ditawarkan di pasaran melebihi jumlah golongan penganggur, tetapi pemikiran mereka harus diubah. Pemikiran “lebih baik menganggur selagi tidak jumpa kerja sesuai” harus dibuang jauh-jauh dari minda setiap graduan kerana ia bukan sahaja merugikan mereka, malah ia merugikan sektor yang memerlukan tenaga kerja. Graduan perlu memperbaiki kelemahan berbahasa Inggeris untuk memberi diri kelebihan mendapat pekerjaan. Oleh itu, kerajaan haruslah menaikan taraf pendidikan dan juga terus mempromosikan kepentingan Bahasa Inggeris di kalangan siswazah agar masalah ini tidak akan menghantui fikiran semua rakyat Malaysia di masa akan datang. Selain itu, graduan juga perlu bijak berkomunikasi dan mempunyai keyakinan diri sermasa berhadapan dengan orang lain, jangan takut dan teragak-agak menjawab apabila berinteraksi dengan orang berpangkat atasan. Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan atu sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama pelabur asing kelak. Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya kepada golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan
6
menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan. Juga inisiatif daripada graduan itu sendiri perlu untuk mempelbagai kemahiran bagi memasarkan kreativiti dan daya saing diri siswazah itu sendiri. Beberapa kemahiran yang perlu untuk diberi perhatian ialah : a) KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI Kemahiran yang paling utama yang perlu dikuasai oleh bakal graduan ialah Kemahiran Berkomunikasi. Kemahiran ini merupakan kemahiran paling asas yang perlu diutamakan kerana majikan akan meneliti dan menguji graduan samaada kemahiran berkomunikasi mereka adalah benar-benar pada tahap yang diingini. Memandangkan pada masa ini Malaysia merupakan salah sebuah negara dunia ketiga yang pesat membangun, maka tidak hairanlah mengapa Malaysia pada masa ini dibanjiri oleh pelabur-pelabur asing yang ingin menjalankan perniagaan yang sesuai dengan iklim ekonomi negara. Secara tidak langsung, situasi ini akan memerlukan tenaga kerja mahir yang pastinya boleh berkomunikasi dengan baik, terutamanya dalam bahasa inggeris. Bukan sahaja hanya mampu bertutur dengan fasih, tetapi juga menguasai secara lisan. Ini kerana, penguasaan terhadap bahasa inggeris seperti berkomunikasi dengan baik, akan membolehkan bakal graduan menghasilkan idea yang kritis dan kreatif untuk membantu menarik minat pelabur agar mengikat perjanjian perniagaan. Selain itu, kehendak pelanggan dalam urusan perniagaan juga dapat difahami dengan jelas dan baik. Apabila penguasaan kemahiran berkomunikasi ini dapat dikuasai, maka daya keyakinan akan menjadi lebih tinggi. Malah, bakal graduan juga akan berpeluang besar dalam mendapatkan sesuatu kerjaya kerana mempunyai idea yang bernas selain mempunyai pengetahuan teknikal yang mantap. Penguasaan kemahiran berkomunikasi dengan baik, terutama sekali dalam bahasa inggeris juga mampu membantu survival bakal graduan dalam cabaran pencarian kerjaya yang bersesuaian dengan bidang dan kemahiran yang mereka ada, seperti yang dinyatakan oleh Dr. Marie Aimee Torres,
7
seorang penyelidik senior di Jabatan Pembangunan Pelajaran, Universiti Malaya (UM), bahawa penguasaan dalam bahasa inggeris umpama penentu kepada graduan agar lebih berkemampuan bersaing secara efektif dalam pasaran kerja. b) KEMAHIRAN BERPASUKAN Kemahiran yang perlu ada dan dikuasai oleh para graduan dan yang diingini majikan juga ialah Kemahiran Kerja Berpasukan. Persaingan yang berlaku dalam dunia pasaran pekerjaan di antara para bakal graduan yang telah menamatkan pelajaran saban tahun menyebabkan ramai graduan yang sukar mendapatkan pekerjaan. Seharusnya para bakal graduan perlu menggunakan situasi tersebut dengan cuba untuk mengumpul seberapa banyak kemahiran yang perlu digunakan selepas habis belajar kelak. Kemahiran kerja berpasukan adalah berbeza daripada kerja individu. Kerja berpasukan menuntut seseorang itu bekerja dengan lebih ramai orang tetapi dalam satu kumpulan. Komitmen yang tinggi sangat dituntut dalam kerja berpasukan. Seseorang itu perlu menunjukkan dia adalah seorang pemain di dalam pasukan tersebut, selain mampu dan berkeupayaan untuk menguruskan dan menjadi wakil dalam tanggungjawab yang diberikan. Selain itu, bekerja di dalam satu pasukan juga menuntut agar sesorang itu mampu serta dapat membina hubungan yang positif dengan rakan sekerja, sekaligus dapat membantu mencapai matlamat kerja dan objektif perniagaan yang dijalankan, malah mampu meningkatkan kualiti kerja.Tambahan pula, masalah-masalah di dalam proses seuatu pekerjaan adalah bersifat komplek serta akan membabitkan pelbagai bahagian dan sistem. Maka secara logiknya, penyelesaian masalah hal sedemikian adalah di luar batas kemampuan individu. Oleh itu, penting kepada graduan agar dapat menguasai kemahiran bekerja secara berpasukan agar mereka dapat menjalankan kerja sekiranya diminta menguruskan sesuatu urusan secara berkumpulan. Pendedahan yang diberikan atau yang ditimba ketika menjalankan sesi praktikal perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh para bakal graduan, kerana ketika sesi praktikal inilah mereka akan didedahkan dengan pengalaman kerja berkumpulan serta membina hubungan dengan orang lain, iaitu rakan sekerja. 8
c) KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH Selain itu, penguasaan dalam Kemahiran Penyelesaian Masalah juga penting kepada bakal graduan dalam mencari kerja. Kemahiran ini adalah di antara kriteria yang paling penting dan utama kepada majikan dalam mencari pekerja. Menurut Ramon Chelvarajasingam, Ketua Pegawai Sumber Manusia Hong Leong Bank, rata-rata graduan luar adalah lebih maju dari aspek pemikiran kritikal, lebih inovasi, malah berfikir di luar kebiasaan serta bermotivasi tinggi untuk maju ke hadapan, terutama inisiatif pembangunan secara berterusan, berbanding graduan di Malaysia. Maka, perlu bagi bakal graduan untuk cuba memajukan diri dengan mempersiapkan diri mereka di dalam menguasai kemahiran ini. Dalam apa jua bidang yang diceburi, semuanya tidak akan pernah terlepas daripada menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul di dalam kerja. Bakal graduan seharusnya lebih bersedia dari pelbagai aspek, seperti dari aspek mental kerana penyelesaian masalah merupakan proses mental dalam mengatasi halangan ketika melakukan sesuatu tugasan. Walaupun boleh mendatangkan cabaran, namun kejayaan dalam menyelesaikan masalah itu akan menimbulkan keseronokan. Malah, dari satu sudut pula, kemahiran penyelesaian masalah
ini
perlu
dikuasai
kerana
ini
merupakan
satu
kelebihan
kerana
dapat
menyelesaikan sesuatu permaslahan dari pelbagai aspek. Maka, bakal graduan perlu mengambil peluang yang ada ketika menjalani praktikal untuk sama-sama terlibat dalam situasi yang memerlukan penyelesaian masalah dengan memberi sumbangan idea yang bernas bagi menyelesaikan masalah. Kemahiran ini juga adalah di antara kriteria-kriteria penting yang perlu ada pada bakal graduan di dalam proses mencari kerja kelak. d) KEMAHIRAN KEPIMPINAN Selain itu, Kemahiran Kepimpinan juga perlu dikuasai oleh bakal graduan. Kejayaan sesebuah perniagaan atau jatuh bangunnya sesuatu itu adalah berdasarkan kepada kepimpinan. Kriteria ini juga sangat penting untuk dikuasai oleh bakal graduan, sebagai salah satu daripada antara beberapa kemahiran-kemahiran yang penting untuk dikuasai.
9
Walaupun bakal graduan tidak akan memegang jawatan tertinggi terus ketika menceburkan diri di dalam bidang pekerjaan, namun mereka perlu menunjukkan potensi sebagai seorang pemimpin,
yang
mampu
menggalas
tanggungjawab
yang
diberikan,
seterusnya
melaksanakan tugas tersebut kerana ciri-ciri kepimpinan juga akan dinilai oleh majikan. Mereka juga perlu mampu menunjukkan potensi dalam memotivasikan serta memberi dorongan kepada rakan sekerja yang akan bekerja bersama mereka kelak. Apa yang paling penting di dalam sikap kepimpinan ini ialah, bakal graduan perlu tahu tentang tugasan yang diterima seterusnya melaksanakan tugasan yang diberi dengan baik, menentukan tarikh akhir tugasan serta menunjukkan kepimpinan dengan memberikan contoh-contoh yang baik kepada orang lain atau rakan setugas yang lain. Kemahiran Kepimpinan sebenarnya telah dipupuk ketika menuntut di universiti di kalangan para bakal graduan, samaada secara langsung mahupun tidak langsung. e) KEMAHIRAN PENGURUSAN Seterusnya, bakal graduan perlu memiliki Kemahiran Pengurusan. Melalui kemahiran ini, majikan akan menilai samaada graduan itu mampu menguruskan sesuatu yang akan dipertanggungjawabkan kepadanya. Malah, majikan juga akan mempastikan juga samaada graduan itu mampu melakukan kerja secara efisien dan produktif, untuk menjamin kualiti kerja yang baik serta pada tahap yang diingini. Dalam kemahiran pengurusan ini, perkara yang sangat penting juga ialah pengurusan masa. Kemampuan mengurus yang baik terutamanya di dalam memutuskan untuk melakukan kerja yang perlu diberi keutamaan dan fokus serta perlu diselesaikan mengikut masa juga akan diambil kira oleh majikan. Kemahiran pengurusan yang baik adalah bonus buat sesuatu organisasi kerana bukan sahaja mempunyai pekerja yang cekap dan efisien dalam melakukan tugasan yang diberi, tetapi juga sebagai jaminan kepada penghasilan kerja yang berkualiti, malah mampu memuaskan hati pelanggan.
10
6. KESIMPULAN Kesimpulanya, graduan harus bijak mengatur langkah kehidupan masing-masing, jangan terlalu memikirkan profesional. Graduan perlu bermula dari bawah untuk dapatkan pengalaman, bukanya terus dari atas. Justeru , graduan tidak seharusnya terlalu bersikap memilih , kerana ini bukan saja untuk kebaikan negara,malah ia juga untuk kebaikan diri graduan itu sendiri dan sikap seperti ini tidak mendatangkan apa-apa kebaikan ke atas diri mereka sendiri. Bayangkan berapa banyak pengalaman bekerja dan pendapatan yang mereka rugi jika hanya duduk di rumah disebabkan sikap memilih kerja. Selain itu, mereka harus mempunyai kemahiran dan pengalaman bekerja.. Oleh itu, mereka haruslah berfikiran terbuka dan bijak dalam menagani masalah ini agar tidak menyesal di kemudian hari. Bak kata pepatah “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian,”
dan satu lagi pepatah yang mengatakan, “di mana ada
kemahuan di situ ada jalan dan nak seribu daya tak nak seribu dalih. ” (2746 Patah Perkataan)
11
DATA-DATA MENGENAI ISU PENGANGGURAN
12
13
SENARAI RUJUKAN IPPTN, (2003). KAJIAN MASALAH PENGANGGURAN DI KALANGAN SISWAZAH, LAPORAN AKHIR. Diperoleh 15 November 2013 dari : http://halimlading21.files.wordpress.com/ TREND PENGANGGURAN SISWAZAH DI MALAYSIA, UNIVERSITI MALAYA. Diperoleh 15 November 2013 dari : http://studentsrepo.um.edu.my
Arkib (1998, Mac 3). LANGKAH MENANGANI PENGANGGURAN SISWAZAH. Utusan Malaysia. Diperoleh 15 November 2013 dari: http://www.utusan.com.my/
14