Kempen Penjimatan Tenaga Elektrik 1.0) Pengenalan Elektrik merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan manusia pada zaman ini. Ini kerana hampir semua alat didunia ini memerlukan sumber elektrik untuk digerakkan. Laporan Imbangan Tenaga Negara atau National Energy Balance (NEB) tahun 2013 menunjukkan bahawa jumlah penggunaan tenaga elektrik di Malaysia adalah berjumlah 123,076 GWj. Namun penggunaan elektrik ini semakin meningkat beberapa tahun ini. Ini kerana rakyat Malaysia telah menganggap tenaga elektrik ini merupakan satu kemudahan dan bukannya keperluan disebabkan oleh harga bil elektrik di Malaysia adalah rendah. Tempat projek in dilakuakan adalah di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dimana penggunaan elektrik adalah ditahap yang membingungkan. Dapatan audit hijau yang dijalankan pada Mac 2012 mendapati IPG Kampus Batu Lintang membayar bil bayaran elektrik seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1: Jumlah bil elektrik IPG Kampus Batu Lintang pada tahun 2015 dan 2016 Tahun
Bil elektrik (RM)
2015
394,568.68
2016
355,011.77
Jadual 2: Bil elektrik mengikut bangunan, blok dan t ahun Bil elektrik (RM) Blok/Bangunan
Tahun 2015
2016
Hostel Blok A
9105.82
13472.25
Hostel Blok B
13472.25
15441.01
Hostel Blok C
11509.60
15525.62
Hostel Pelajar Lelaki
41925.18
41925.18
Blok Kuliah (selatan)
5245.78
5469.48
Blok Kuliah(utara)
15152.42
14873.28
Dewan Brooke
2517.30
2517.32
Dewan Kuliah
19553.35
21143.92
Hal Ehwal Pelajar
22247.79
21945.94
Blok Baru Sains
14396.08
18202.3
Blok Pentadbiran
84430.61
76420.00
TAZA
21339.29
23437.74
Bangunan p&p
55698
28968.5
Lain-lain (music hall, tadika, chapel, street
77975.21
54111.10
394,568.68
355,011.77
lighting , staircase lighting, car porch, porch , surau, kafetaria)
Jumlah keseluruhan
Dapatan menunjukkan pihak pengurusan IPG KBL perlu membayar bil elektrik dan air yang sangat tinggi pada kedua-dua tahun. Jadual 2 pula menunjukkan bil yang lebih terperinci berdasarkan pembahagian mengikut blok dan bangunan. Walau bagaimanapun, terdapat bangunan yang tidak mempunyai bil berasingan, sebaliknya bergabung dengan bil dari bangunan yang lain. Ini kerana kedua-dua bangunan menggunakan meter yang sama. Dapatan menunjukkan blok pentadbiran dan akademik menyumbang kepada bil yang paling tinggi t inggi pada tahun 2011 iaitu sebanyak RM76,420.00 manakala manakala RM84,430.61 RM84,430.61 pada tahun tahun 2010. Blok pentadbiran meliputi meliputi bangunan pejabat utama seperti pejabat Pengarah, Timbalan Pengarah, pejabat am dan juga jabatan-jabatan di IPG KBL. Penggunaan tinggi kerana peralatan seperti komputer, lampu, pendingin hawa yang digunakan secara meluas di bangunan tersebut.
Justeru itu, kami dari kelas elektif lestari mengambil inisiatif untuk menjalanka satu kempen penjimatan elektrik untuk memberikan kesedaran kepada warga IPGKBL berkenaan dengan pentingnya penjimatan elektrik ini. Selain itu, kami juga ingin setiap orang peka dengan realiti sebenar bil elektrik di IPGKBL walaupun para guru pelatih tidak perlu membayar bil.
2.0) Tarikh pelaksanaan projek Kempen Penjimatan Elektrik ini berjalan dari 12 September 2017 sehingga 29 September 2017.
3.0) Tempat Pelaksanaan Projek Kempen ini dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
4.0)
Matlamat
Program ini bermatlamat untuk melahirkan generasi yang mengamalkan amalan gaya hidup mesra alam. Pelbagai aktiviti diatur agar semua warga IPG dapat mengetahui apa yang mereka boleh lakukan untuk menghargai alam sekitar serta mengamalkan amalan gaya hidup mesra alam. Program ini juga bermatlamat untuk menyebarkan maklumat mengenai kepentingan pejimatan elektrik di kampus.
5.0
Objektif
5.1
Memupuk kesedaran dan kepekaan terhadap alam sekitar, cabarancabarannya serta melahirkan sikap prihatin terhadap alam sekitar.
5.2
Mewujudkan sikap bekerjasama dalam kalangan guru pelatih.
5.3
Membantu kerajaan khususnya IPG KBL dalam penjimatan tenaga elektrik.
5.4
Menyedarkan pelajar akan kepentingan penjimatan tenaga elektrik
6.0) Sasaran Projek Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
7.0) Perancangan projek 7.1) Sebelum Kempen Penjimatan Tenaga Elektrik ini adalah usaha bersama guru pelatih dari tiga pengajian yang berbeza iaitu Pengajian Sejarah, TESL, Matematik yang mengambil subjek Lestari sebagai elektif terbuka. Sebelum memulakan sebarang projek satu perancangan yang rapi untuk memastikan projek tersebut berjalan lancar. Olej itu, kami sekelas telah melakukan satu perbincangan untuk menetapkan projek yang dilaksanakan serta merangka draf projek yang merangkumi ahli jawatankuasa projek ini. Ahli Jawatankuasa adalah seperti yang berikut:
Penaung
: Encik Jamiran Bin Salam Pengarah, IPG KBL
Penaung II
: Puan Anis Alisha Binti Abdullah Timbalan Pengarah, IPG KBL
Penasihat
: Encik Hasnan Bin Rambli Ketua Jabatan Sains Sosial IPG KBL
Penasihat II
: Dr. Tiwi Binti Kamidin Pensyarah Lestari IPG KBL
AJK PELAKSANA Pengerusi
: Azrul Azeem Bin Selamat
SJH
Naib Pengerusi
: Mohd Zulfadzley Helmy Bin Mohd Hejemi
SJH
Setiausaha
: Anizah Binti Othman
MT1
Naib Setiausaha
: Frenniellanilven Anak Fabian
MT1
Bendahari
: Wilson Pui Wei Xuan
MT2
Naib Bendahari
: Mohammad Adam Bin Shamsol Anuwar
MT1
AJK
: Pelajar Lestari MT 1 Pelajar Lestari MT 2 Pelajar Lestari SJH Pelajar Lestari TESL
Setelah perbincangan tersebut, kami telah dibahagikan mengikut tugas yang tertentu untuk melicinkan lagi perjalanan program ini kerana ahli kami tidak ramai. Kami perlu bergerak secara efisien untuk memastikan projek ini berjalan dengan lancar.
7.2) Semasa Semasa kempen ini dijalankan, pelbagai program dilaksanakan yang menjurus kea rah kesedaran penjimatan elektrik di IPGKBL. Program yang dilaksanakan adalah seperti:
Bil.
Projek/ Aktiviti
1.
Perjumpaan
Objektif dengan Membincangkan
penyelia
kolej program
kediaman
Tindakan
11.9.2017
Pengerusi
penjimatan
– tenaga elektrik di kolej
perbincangan 2.
Tarikh
kediaman
Perjumpaan
dengan Menerangkan
ketua sayap dan JPP program Kediaman
di
akan 11.9.2017
penjimatan
Ketua warden JPP
Kolej elektrik yang diadakan
Kediaman
di kolej kediaman
Pengerusi
Kediaman
program/ projek 3.
Penyediaan
sudut Memberi
informasi
“Kempen kepada warga IPG di –
penjimatan elektrik
kesedaran 18.9.2017
tenaga kolej kediaman di
kenyataan
22.9.2017
papan di
Ketua sayap kolej kediaman dan JPP
kolej
Kediaman
kediaman (pertandingan
antara
kolej kediaman)
4.
Pengadilan informasi
sudut Menentukan “Kempen kempen
Penjimatan
tenaga elektrik
elektrik
papan menarik
di
kenyataan kediaman; kolej
di
sudut 23.9.2017
penjimatan yang
paling
kolej
bilik-bilik Pemeriksaan mengejut
kediaman
& di bilik-bilik kediaman
pemeriksaan mengejut
Ketua warden & penyelia & pembantu penyelia kolej kediaman
lampu2
atau
kipas yg tidak tutup lampu &
yang tidak ditutup di kipas (markah ditolak bilik-bilik
kolej
kediaman
5.
Makluman
kepada Memaklumkan
setiap Ketua Jabatan Penyerahan brosur
6.
7.
kewujudan
29.9.2017 program
& penjimatan elektrik di
Penyelaras Projek
dan
kumpulan
Ikrar Aku Janji kepada IPG KBL
yang terlibat –
Ketua
penyediaan
Jabatan
(semasa perhimpunan
sticker
29.9.2017)
pamplet
Pengedaran
Brosur Memastikan
setiap 29.9.2017
JPP
&
terlibat
dan Banner Penjimatan jabatan dan unit diberi
pada
Elektrik di Taza
perhimpunan
peringatan
untuk
melakukan penjimatan
& Ahli Kelas
elektrik
Lestari
Slot
Kempen Memupuk
dan 29.9.2017
Penjimatan
Tenaga meningkatkan
Elektrik
semasa kesedaran guru pelatih
tahap
Ahli
Kelas
Lestari
perhimpunan bulanan terhadap kepentingan (video/ ucapan)
menangani fenomena pembaziran
tenaga
elektrik
7.3) Selepas Setelah segala aktiviti tersebut dijalankan, ahli kelas lestari bertanggungjawab untuk menemubual serta menganalisis keberkesanan kempen ini kepada warga IPBL. Ahli kelas lestari perlu bekerjasama untuk mengedarkan soal selidik serta menemubual bebarapa orang guru pelatih sebagai responden untuk mengetahui sejauh mana kah keberkesanan kempen ini memberikan kesedaran kepada warga IPBL berkenaan dengan penjimatan elektrik. Kami juga membuat pemerhatian terhadap kesedaran penjimatan elektrik di kampus
8.0) Kekangan / Masalah yang dihadapi Seperti yang kita sedia maklum, setiap projek yang ingin dijalankan akan mempunyai masalah atau kekangan. Program ini juga mempunyai masalah yang tersendiri dimana semua ahli kelas lestari merupakan guru pelatih yang menjalani praktikum di luar. Ini menyukarkan lagi proses perbincangan sesame ahli disebabkan oleh perbezaan masa balik dari sekolah dan program yang dilaksanakan di sekolah. Justeru , kami jarang melakukan perbincangan secara pertemuan sesama kami namun kami selalu berbincang menerusi aplikasi whatsapp. Selain itu, perjumpaan sering dilakukan pada waktu malam untuk perbincangan kerana hanya malam sahaja masa semua ahli kelas lestari dapat berkumpul. Kekangan masa ini merupakan masalah yang agak sukar untuk diatasi kerana komitmen praktikum didahulukan semasa semester lima ini. Namun kami berusaha untuk menjayakan program ini secara bekerjasama agar ianya berjalan dengan lancar walaupun perbincangan yang dilaksanakan adalah secara minima. Selain itu, kekangan yang dihadapi adalah program ini kurang diketahui warga IPGKBL. Program ini seolah-olah dijalankan untuk ahli kelas lestari sahaja. Ini mungkin disebabkan program ini kurang diuar-uarkan kepada warga IPBL melalui media sosial, malah poster pertandingan sudut lestari penjimatan ekektrik di setiap foyer asrama lelaki dan perempuan.
Mungkin
untuk
program
seterusnya
penggunaan
media
sosial
perlu
dipertingkatkan agar program ini lebih mendapat sambutan. Disamping itu, program ini juga diambil sambil lewa oleh sesetengah pihak kerana mereka memikirkan bil elektrik di IPG bukan mereka yang membayarnya. Oleh itu, ianya merupakan satu cabaran bagi kami untuk memberikan kesedaran yang optimum kepada mereka mengenai kelebihan penjimtan elektik. Walaupun pelbagai cabaran yang telah ditempuhi namun kami telah berjaya menangkis segala cabaran tersebut dengan bekerjasama sesama ahli kelas lestar dan akhirnya kami berjaya melaksanakan Kempen Penjimatan Elektrik di IPGKBL ini. 9.0) Impak projek Selepas projek ini ahli kelas lestari melakukan pemerhatian terhadap penggunaan eletrik di kampus. Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, secara keseluruhannya boleh dikatakan kempen ini mampu memberikan kesedaran kepada warga IPBL berkenaan dengan penjimatan tenaga elektrik. Mengikut pemerhatian yang telah dibuat, warga hostel lelaki dan perempuan telah mengamalkan tips penjimatan elektrik. Mereka sentiasa menutup suis kipas dan lampu sekiranya mereka keluar dari bilik. Menerusi sudut penjimatan elektrik di foyer
asrama juga banyak membantu para guru pelatih memahami kepentingan penjuimatan elektrik. ( Rujuk lampiran 1.0) Untuk mengukuhkan lagi data kami, kami telah membuat soal selidik kepada beberapa orang guru pelatih untuk lebih mengetahui tentang keberkesanan projek ini. Mengikut analisis soal selidik dalam kalangan guru pelatih yang telah dilakukan (rujuk lampiran 2.0) , kita dapat melihat bahawa kebanyakan guru pelatih telah mula sedaar tentang kepentingan penjimatan elektrik. Setelah adanya program kempen kesedaran penjimatan elektrik ini, mereka mula sedar tentang perlunya menutup semua peralatan elektrik semasa keluar dari bilik. Ini merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana sebelum ini para guru pelatih megambil remeh berkenaan hal ini. Ini bermakna program ini berjaya memberi impak dalam diri warga IPBL. Disamping itu, kami telah menemubual beberapa orang warga institute untuk mengetahui sejauh mana kesedaran mereka terhadap penjimatan elektrik ini. Daripada temubual yang telah dilakukan (rujuk Lampiran 3.0), kami mendapati bahawa kebanyakan warga institut kini menyedari kepentingan penjimatan elektrik. Elektrik merupakan satu keperluan dan bukannya satu kemudahan yang disediakansecara percuma kepada kita. Sekiranya suatu hari kelak penjanaan tenaga elektrik terhenti sudah semestinya kita yang mendapat akibatnya. Berdasarkan temubual yang kami lakukan, rata-rata responden mengakui bahawa sebelum ini mereka hanya menggunakan elektrik tanpa memikirkan akibat apabila elektrik digunakan secara berlebihan. Pembakaran sumber-sumber fosil untuk penjanaan tenaga elektrik akan menghasilkan gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen oksida dan sulphur dioksida serta partikel dan logam toksid yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar dan menjejaskan kesihatan dan keselesaan jika keadaan tidak terkawal. ( Philip C.H. Yu&W.K. Chow , 2006). Oleh itu, kempen penjimatan elektrik ini perlu memberi kesedaran yang optima kepada setiap warga institute tentang bahayanya penggunaan elektrik secara berlebihan. Satu slot berkaitan penjimatan elektrik dibuat semasa perhimpunan mengukuhkan lagi kesedaran warga institute berkenaan dengan penggunaan elektrik. Satu ikrar akur janji dan brosur penjimatan elektrik diberikan kepada warga institut memberikan pendedahan secara khusus lagi dalam diri individu tersebut. (Rujuk lampiran 4.0). Secara keseluruhannya kempen ini memberikan impak positif kepada warga institut. Warga institute mula menyedari kepentingan penjimatan tenaga elektrik. Menurut keputusan pemerhatian, soal selidik dan temubual yang dijalankan, semuanya memberikan impak yang positif kepada warga IPBL. Mereka lebih peka terhadap penggunaan elektrik setelah adanya program ini.
10.0) Cadangan penambahbaikan Untuk menambahbaik program yang boleh dilakukan pada masa hadapan, terdapat beberapa cadangan penambah baikan yang boleh dilaksanakan. Penambahbaikan ini perlu dilakukan untuk memastikan kelancaran program yang dilaksanakan. Perbincangan yang menyeluruh dimana semua ahli program perlu menghadiri perjumpaan agar setiap orang mengetahui perjalanan projek. Disini semangat kekitaan sesama ahli penting untuk memastikan perbincangan berjalan dengan lancar. Walaupun kekanngan masa menghalang perjumpaan dijalankan dalam kadar yang kerap namun komitmen setiap ahli sangat diperlukan untuk memastikan semua ahli mendapat input daripada perbincangan tersebut. Sifat bekerja dalam kumpulan atau teamworking merupakan satu daripada kemahiran generik yang perlu dicapai bagi memenuhi jaminan program dan apa jua yang dilakukan. (Khairi Izwan bin Abdullah, 2004). Disamping itu, satu perancangan yang sistematik yang dirancang bersama ahli program turut menjadi salah satu kunci sesuatu program berjaya. ( Zainal Abidin Mohamed, 2007). Oleh itu untuk memastikan sesuatu program berjalan dengan lancar perlunya satu set perancangan yang sistematik dari awal hinggalah akhir program untuk memberikan impak yang positif kepada masyarakat. Seterusnya, untuk menjadikan sesuatu program tersebut diketahui ramai kita boleh menggunakan pendekatan media sosial selaras dengan era globalisasi kini. Semua benda adalah di hujung jari. Misalnya, ahli program boleh mempromosikan program atau pertandingan melalui aplikasi whatsapp, facebook ataupun Instagram agar program ini lebh mendapat sambutan. Ini kerana setiap orang pada zaman ini menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut. Justeru setiap maklumat tersebar dengan lebih cepat dan lebih jimat kos. Setiap maklumat berkenaan dengan program akan berada di hujung jari sahaja. Secara konklusinya, komitmen setiap ahli diperlukan dalam menjayakan setiap program yang dirancang. Perancangan yang rapi sangat perlu untuk memastikan kelancaran sesuatu projek tersebut. 11.0) Penutup Kesimpulannya, Kempen Penjimatan Tenaga Elektrik ini dilihat sebagai satu permulaan yang terbaik kearah memupuk kesedaran warga institut tentang kepentingan penjumatan elektrik. Tenaga elektrik merupakan satu keperluan asas pada zaman kini, Namun sekiranya elektrik digunakan secara berlebihan impak negatifnya akan dapat dirasai oleh manusia.
‘Tenaga elektrik yang digunakan secara berlebihan akan mengakibatkan karbon dioksida iaitusejenis
rumah
hijau
yang
menyebabkan
kesan
‘global
warming’
dibebaskan. Pendedahan secara lama dan berlebihan kepada jerebu boleh menjejaskan kesihatan. Gas-gas ini juga larut dalam air hujan dan menjadikan hujan asid. Hujan asid jika memasuki sungai atau tasik boleh memusnahkan organisma akuatik. Semua kesan negatif daripada penggunaan bahan api itu jika tidak dikawal, akan memberi kesan yang serius ke atas kehidupan kita dan akhirnya akan memusnahkan tamadun di planet bumi ini. ’ (S.Murugiah, Ir Nor Azmi & Ir Chung Kok Kee ,2010)
Rujukan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. (2015). Laporan Imbangan Tenaga Negara atau
National
Energy
Balance
(NEB).
Diakses
dari
http://kettha.gov.my/portal/index.php?r=kandungan/parlimen_view&menu1_id=5&men u2_id=19&parlimen_id=584#.Wd-ikvmCzIU pada 10 Oktober 2017 Khairi Izwan bin Abdullah, Perkembangan Kemahiran Genen'k Di Kalangan Pelajar UTM Melalui Model Diffusion. Kertas kerja dibentangkan dalam Bengkel Pembinaan Atribut Graduan dan Penerapan Kemahiran Generik di Kalangan Pelajar UtW pada 17-20 Mac 2004 di Renaissance Hotel, Melaka Philip C.H. Yu, W.K. Chow (2006). A Discussion On Potentials Of Saving Energy Use For Commercial Buildings In Hong Kong. Penang. 32 (2007) 83 –94. S.Murugiah, Ir Nor Azmi, Ir Chung Kok Kee (2010). Energy Efficiency Management and Audit – First Edition: BELL Corporation Sdn Bhd. Zainal Abidin Mohamed. (2007). Pengurusan Strategik . Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Lampiran 1.0
Lampiran 2.0
Soal selidik Kami telah mengedarkan soal selidik kepada 30 orang pelajar secara rawak bagi menilai keberkesanan projek tersebut. Terdapat 5 item yang diuji dalam borang soal selidik tersebut ialah berkaitan penggunaan tenaga elektrik, adakah suis ditutup jika tidak digunakan, dan pengaruh projek ini kepada individu tersebut. Kesemua boring soal selidik dianalisis dan dapatan kajian adalah seperti berikut.
Bil
Perkara/Item
Sangat
Setuju
setuju
Tidak
Kurang
Sangat
pasti
setuju
tidak bersetuju
1
(5)
(4)
(3)
(2)
(1)
26
2
2
-
-
28
2
-
-
-
27
2
1
-
-
28
1
1
-
-
27
2
1
-
-
Adakah anda mula sedar akan kepentingan penjimatan tenaga elektrik?
2
Adakah anda menutup suis lampu dan kipas sebelum keluar dari bilik?
3
Adakah soket sentiasa ditutup jika tidak digunakan?
4
Adakah plag dicabut setelah selesai digunakan?
5
Adakah program yang dijalankan memberikan
kesan yang mendalam terhadap anda?
Soal Selidik berkenaan Projek Penjimatan Tenaga Elektrik 30
25
20
15
10
5
0 Item 1
Item 2 Sangat bersetuju
Item 3 Setuju
Item 4 Tidak pasti
Item 5
Lampiran 3.0 Transkrip temubual Penemubual
Hai, selamat pagi.Boleh saya mengambil masa awak sekejap untuk bertanya tentang kempen penjimatan elektrik yang t elah dijalankan oleh ahli kelas kami tempoh hari?
Responden
Selamat pagi..eerrrr… Apa salah nya.
Penemubual
Pada pandangan anda adakah kempen penjimatan elektrik ini berjaya menyuntik semangat dalam diri tentang pentingnya penggunaan elektrik secara berhemah?
Responden
Pada pendapat saya,, ya kempen ini bagus untuk memberi satu pendedahan tentang kepentingan penjimatan elektrik
Penemubual
Apakah perubahan yang dapat anda kenal pasti dalam diri anada setelah kempen itu diadakan?
Responden
Okayy… Kalau dahulu saya hanya mrmbiarkan lampu dan kipas on walaupun saya tiada dibilik. Namun sekarang saya akan menutup suis lampu dan kipas sekiranya saya keluar dari bilik
Penemubual
Ohhh baguslah.. Anda betul betul mengamalkan tips yang telah kami berikan iti. Adakah extension wire akan dicabut sekiranya tidak digunakan?
Responden
Ya. Sekarang apabila saya tidak menggunakan extension wire saya akan mnutup suiis serta mencabut nya. Selain itu, extension wire saya tidak melebihi 3 soket.
Penemubual
Ohh kalau begitu projek kami ini boleh dikatakan berjaya la kan?
Responden
Ya. Kempen penjimatan elektrik ini boleh dikatakan berjaya memberi kan kesedaran kepada warga kampus
Penemubual
Ohhh. Saya bersyukur kalau program ini telah berjaya. Sekian sahaja temubual buat masa ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa
Responden
Sama-sama
Lampiran 4.0