Dengan pengenalan tarif elektrik baru ini, para pengguna digalakkan berjimat dalam penggunaan elektrik. Contohnya, lampu kawasan dewan penginapan pelajar ditutup tepat pada masa-masa yang yang ditetapkan (Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Hamidi Hamidi Ismail, Mat Khalid Md Noh, 2013). Seterusnya, mereka juga menekankan penggunaan item elektrik yang jimat tenaga selain tidur tanpa membuka lampu dan penggunaan lampu pada waktu malam dalam usaha untuk menjimatkan elektrik. Tmbahan pula, pengurangan kekerapan mengecas handset dan memadamkan lampu atau kipas apabila tidak digunakan dapat menjimatkan penggunaan tenaga secara signifikan. Justeru, kos bil elektrik dapat dikurangkan hasil daripada langkahlangkah penjimatan elektrik yang mudah ini. Dalam jurnal mereka yang bertajuk bertajuk Kesedaran Mengenai Penjimatan Penjimatan Tenaga Elektrik dan Kelestarian Alam Sekitar, mereka mengutarakan hipotesis yang mengaitkan pemboleh ubah umur, semester pengajian pelajar di samping pendapatan ibu bapa dengan kesedaran pelajar terhadap isu penjimatan tenaga elektrik. Menurut kajian Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Hamidi Ismail dan Mat Khalid Md Noh di University Utara Malaysia (2013), factor umur tidak menampakkan menampakkan hubungan signifikan dalam kesedaran pelajar tentang penjimatan elektrik. Dalam pada itu, semester penajian pelajar pula memainkan peranan yang lebih penting dalam memupuk kesedaran pelajar tentang kesedaran tentang penjimatan penggunaan elektrik manakala factor pendapatan ibu bapa pula memainkan peranan yang amat signifikan dalam melahirkan pelajar yang mempunyai sikap menggunakan tenaga elektrik secara berhemah. Selari dengan isu penjimatan elektrik di Malaysia, mereka mengulas bahawa kerajaan Malaysia telah menggubal Dasar Teknologi Hijau Negara yang telah dilancarkan pada tahun 2009 untuk merancakkan perkembangan perkembangan teknologi hijau di negara ini. Kecekapan dalam pengurusan tenaga dapat mengurangkan mengurangkan kos operasi . Selain itu, Malaysia juga telah Conservation Guidelines yang telah dibangunkan memperkenalkan Energy Efficiency and Conservation bersama Suruhanjaya Tenaga dan Pusat Tenaga Malaysia. Garis panduan ini bertujuan untuk memberi panduan kepada pihak industry untuk menguruskan tenaga elektrik dengan lebi efisien dan memilih aplikasi yang bersesuaian dalam penyelengaraan dan kelengkapan elektrik di premis masing-masing. masing-masing. Dalam pada itu, Kementrian Tenaga, Air dan Komunikasi telah memperkenalkan Bulan Tenaga dengan temanya Cekap Tenaga Amalan untuk memacu kesedaran tentang kepentingan menjimat tenaga dengan memfokuskan memfokuskan usaha kepada mendidik mendidik dan mendedahkan mendedahkan pengguna kepada aspek kecekapan dan penjimatan tenaga. Antara pihak dan agensi lain yang turut membantu dalam usaha ini termasuklah Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga DiPerbaharui dan Kecekapan Tenaga CETREE, Universiti Sains Malaysia. Tampahan pula, mereka mengulas bahawa Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia dan Keentrian Teknologi Hijau dan Air dengan Suruhanjaya Tenaga dan Tenaga Nasional Berhad sering menjalankan Program Kempen Kesedaran Kecekapan Tenaga kepada rakyat Malaysia. Pada tahun 2010, kempen SWITCH telah dijalankan oleh Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia untuk mendidik dan menyemai sikap kecekapan dan penjimatan tenaga dalam kalangan belia.
Natijahnya, untuk menyemai sikap penjimatan penggunaa tenaga elektrik dalam kalangan masyarakat Malaysia, kita seyogianya mempunyai minda yang terbuka dan tidak focus pada satu jalan penyelesaiannya. Bagi memastikan penjimatan elektrik pada tahap yang optimum, kesedaran terhadap kpentingan penjimatan elektrik harus diterapkan dalam jiwa semua lapisan masyarakat agar dapat memacu usaha penjimatan tenaga ke tahap yang lebih meluas.