SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA II LENGKOK TENGGIRI, BANDAR SEBERANG JAYA, 13700 PERAI, PULAU PINANG
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR
: NUR ANATI BINTI AZIZAN
PROGRAM
: PISMP JANUARI 2010
NAMA SEKOLAH
: SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA II
NAMA PROJEK/AKTIVITI
: KECERIAAN DAN KEBERSIHAN TANDAS SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA II
TEMPOH PELAKSANAAN : 1 SEHINGGA 26 JULAI 2013
OBJEKTIF: Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk: 1) Mewujudkan tandas sekolah sekolah yang ceria dan bersih. 2) Menerapkan kesedaran dalam kalangan murid-murid SK Seberang Jaya II tentang peri pentingnya menjaga kebersihan tandas. 3) Menukar persepsi murid-murid dan warga sekolah terhadap kebersihan tandas sekolah.
STRATEGI PELAKSANAAN: Fasa
Aktiviti
Kertas Kerja
Menyiapkan kertas kerja
Mengumpul
Mendapatkan maklumat berkenaan keceriaan tandas:
maklumat
Menyiapkan
gambar-gambar
kriteria tandas ceria
tema hiasan tandas
Proses mencetak, menggunting dan mewarna gambar dan ayat-
Hiasan Tandas
ayat.
Membersihkan
Pihak Pekerja Am membersihkan m embersihkan tandas untuk memudahkan
Tandas Menghias tandas
proses keceriaan. Melukis Mural Menampal Bahan Keceriaan.
LAPORAN PROJEK KECERIAAN DAN KEBERSIHAN TANDAS SKSJ II
1
SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA II LENGKOK TENGGIRI, BANDAR SEBERANG JAYA, 13700 PERAI, PULAU PINANG
REFLEKSI: 1)
Kekuatan Projek/Aktiviti
Saya amat gembira sebenarnya melaksanakan keceriaan tandas kerana saya dapat bayangkan di masa akan datang jika saya memikul tanggungjawab untuk menceriakan tandas, saya akan aplikasikan apa yang saya telah lakukan di sini. Di samping itu, aktiviti keceriaan ini merupakan minat saya. Ini merupakan satu kekuatan saya dalam melaksanakan tugasan ini. Saya dapat menunjukkan kreativiti saya dalam menceriakan tandas sekolah. Tambahan, dengan tempoh masa projek yang panjang, saya dan rakan-rakan dapat melaksanakan projek ini dengan teliti dan tidak terburu-buru. Selain itu, kerjasama daripada rakan-rakan saya juga merupakan kekuatan utama dalam menjalankan aktiviti ini. Tanpa kata sepakat dan komited daripada rakan-rakan saya, projek ini tentu tidak berjalan dengan lancar.
2)
Kelemahan Projek/Aktiviti :
Kami menjalankan projek keceriaan ini pada waktu sekolah. Sewaktu melakukan keceriaan, ramai murid-murid yang keluar masuk tandas dan melihat kami melakukan kerja. Ada di antara mereka juga tidak mahu masuk ke kelas kerana mahu melihat kami melakukan kerja. Disebabkan itu, saya dan rakan seperjuangan terpaksa menghentikan kerja kami dan menyambung semula selepas waktu persekolahan. Saya dapati sikap murid-murid di sekolah ini mereka tidak tahu menghargai sesuatu perkara atau benda yang baik. Tidak sampai dalam masa seminggu, hiasan yang telah kami tampal telah rosak akibat terkena air. Saya berasa sedih dengan sikap murid-murid di sekolah ini.
LAPORAN PROJEK KECERIAAN DAN KEBERSIHAN TANDAS SKSJ II
2
SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA II LENGKOK TENGGIRI, BANDAR SEBERANG JAYA, 13700 PERAI, PULAU PINANG
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Saya cadangkan bagi mengekalkan keindahan tandas sekolah, pihak sekolah acap kali
memberi
kesedaran
kepada
murid-murid
betapa
pentingnya
menjaga
kebersihan. Rentetan daripada itu, pihak sekolah boleh menjalankan satu program yang bertajuk ‘1 Kelas 1 Tandas’. Program ini boleh dilaksanakan dengan mengamanahkan setiap kelas untuk menjaga kebersihan tandas bagi tandas yang telah ditetapkan untuk mereka. Jika tandas itu kotor, maka kelas yang ditugaskan akan didenda dengan membersihkan tandas tersebut. Dengan ini, murid-murid akan berasa lebih bertanggungjawab dan lebih menghargai keindahan tandas mereka.
KESIMPULAN:
Kesimpulannya, ilmu tanpa amal umpama pohon yang tidak berbuah. Tanpa latihan yang secukupnya, ilmu yang diperoleh tidak dapat digilap apatah lagi dapat dicurahkan kepada orang lain. Kita seharusnya mencari dan saling berkongsi ilmu bersama dengan orang lain agar generasi kita di masa akan datang tidak akan digelar sebagai generasi yang miskin dari segi ilmu di masa akan datang. Harapan saya, semoga pengalaman yang diperoleh pada kali ini akan membawa saya ke jalan yang cerah di dalam profesyen keguruan di masa akan datang.
LAPORAN PROJEK KECERIAAN DAN KEBERSIHAN TANDAS SKSJ II
3