LAPORAN AMALI 1 (AWAN DAN CUACA)
TAJUK : Awan dan Cuaca TUJUAN :Untuk mengkaji hubungan di antara cuaca dengan jenis pembentukan awan di atmosfera
PENGENALAN/TEORI: Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit.awan terjadi apabila cahaya matahari memanaskan permukaan bumi dan udara. Udara yang telah panas tadi akan mengembang dan naik ke atas. Udara mengandungi wap air. Apabila wap air ini mengalami proses pemeluwapan, maka awan terbentuk. Semakin panas udara, semakin banyak wap air terkandung di dalam uadara kerana air lebih cepat menyejat. Udara yang panas dan sarat dengan air ini akan naik tinggi sehingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah., wap air itu akan mencair dan terbentuklah molekul-moleku air yang tidak terhingga banyaknya yang dipanggil awan. Umumnya,proses pemeluwapan berkait rapat dengan pembentukan awan. Semakin tinggi kadar pemeluwapan maka semakin tebal awan yang terbentuk. Sifat awan terbentuk adalah berbagai-bagai seperti bentuk nipis, tebal, bergelombang, berkelompok kecil atau besar dan juga berjalur. Selain itu, terdapat juga awan yang nipis dan cerah serta awan yang tebal dan warnanya gelap bergantung kepada jumlah kandungan bintik-bintik air atau hablur ais yang terdapat di dalamnya dan bergantung kepada kadar pemeluwapan yang telah berlaku di dalam atmosfera tersebut. Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan. Pembentukan awan berlaku hampir keseluruhannya pada bahagian bawah atmosfera yang dikenali sebagai Troposfera. Awan terbahagi kepada dua kumpulan besar : iaitu yang berbentuk kumulus (cumiliform) dan yang berbentuk berlapislapis(stratiform). Saiz, bentuk dan warna awan berubah mengikut kandungan kelembapan dan kesetabilan atmosfera. Atmosfera pada amnya dibahagi kepada
tiga peringkat didefinasikan mengikut garis lintang, paras ketinggian dan kekerapan kewujudan awan-awan tertentu seperti berikut :
Terdapat 10 jenis awan iaitu :
Kumpulan A: Awan tinggi (6,000 m keatas) Sirus (CI) Awan tipis dan kelihatan seperti sutra. Keadaannya yang tidak tersusun menunjukkan cuaca baik akan tiba. Sekiranya tersusun rapi dan rapat bersama awan, sirostratus dan altostratus ia menunjukkan cuaca buruk akan tiba. Ia terdiri daripada hablur ais. Sirostratus (Cs) Kepingan awan tipisyang melitupi langit dan biasanya menjadi tanda kedatangan ribut.
Kumpulan B: Awan pertengahan(2,000 - 5,000 m) Altostratus (As) kepingan awan seragam kelabu atau kebiru-biruan yang biasanya menunjukkan struktur gentian. Ia kelihatan seperti awan sorostratus yang tebal dan sering bersatu dengannya. Awan ini biasanya diikuti oleh hujan yang meluas dan berterusan. Altokumulus (Ac) Jisim awan yang berbentuk glob yang telah terhimpit dan biasanya terdapat dalam bentuk tersusun atau berderet. Sirokumulus (Cc) Terdapat dalam kumpulan-kumpulan kecil, atau dalambentuk garis-garis, ataupun jarak,ataupun riak-riak yangmenggambarkan kepingan awanyang beralun-alun. Ia juga dipanggilsebagai “mackerel sky”.
Kumpulan C: Awan rendah (2,000 mke bawah) Stratus (St) lapisan awan seragam yang rendah dan memyerupai kabut,tetapi ia tidak jejak ke permukaanbumi. Nimbostratus (Ns) lapisan awan tumpat yang rendah yang tidak mempunyai apa-apa bentuk tertentu dan biasanya ia membawa kerpasan yang berterusan. Stratokumulus (Sc) jisim-jisim awan kelabu yang berbentuk glob besar dan biasanya terdapat bersusun. Kumpulan D: Awan menegak (Vertikel) Kumulus (Cu) awan tebal dan tumpat yang mempunyai perkembangan tegak ke atas.Permukaan atasnya berbentuk kubah dan strukturnya seakan-akan bunga kobis, sementara dasarnya hampir datar. Kebanyakan awan cumulus adalah jenis awan cuaca baik walau pun ada kalanya awan kumulusyang tinggi akan berkembang menjadi awan kumulonimbus (awan Menegak) Kumulonimbus (dikaitkan denganhujan lebat dan ribut petir) (Cb)-Jisim awan yang sungguh tebal dengan perkembangan tegak yang amat jelas dimana kemuncaknya kelihatan seperti gunung atau pun menara. Awan jenis ini biasanya disertai oleh hujan yang lebat, badai, ribut petir dan kadang kala hujan batu. RAJAH 1
JENIS DAN KEDUDUKAN AWAN
Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat tersebut diatas seperti berikut : 1. Awan peringkat rendah
: Stratokumulus dan stratus.
2. Awan peringkat pertengahan : Altokumulus.
3. Awan peringkat tinggi
: Sirus, Sirokumulus, dan Sirostratus.
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 4
Jenis selebihnya tidak tergolong ke dalam peringkat - peringkat tersebut diatas sepenuhnya. Awan-awan ini mempunyai kecenderungan mengembang dari satu peringkat ke peringkat lain seperti berikut : 1. Altostratus biasanya terjadi pada peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang ke peringkat tinggi. 2. Nimbostratus berkembang dari peringkat pertengahan ke peringkat tinggi dan rendah. 3. Awan-awan Kumulus dan Kumulonimbus lazimnya mempunyai tapak di peringkat rendah tetapi mengembang ke peringkat pertengahan dan tinggi.
JENIS AWAN DAN CIRI-CIRINYA Jenis
Ciri-ciri
Stratus Letaknya rendah < 610m di atas bumi dan sangat luas, lapisannya melebar seperti kabut yang berlapis-lapis, berwarna abu-abu, pinggirnya bergerigi, menghasilkan hujan gerimis/salju.
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 5
Nimbostratus Awan ini memiliki bentuk yang tidak menentu, tepinya compang-camping tak beraturan, tebal, berwarna putih kegelapan, menimbulkan gerimis/salju.
Stratokumulus Awan bertompok dan membentuk gulungan besar seperti gelombang, halus, lapisannya tidak begitu tebal, berwarna putih keabu-abuan dengan tepian terang, di antaranya masih sedikit terlihat langit biru berselang-seling, tidak membawa hujan. Altostratus Awan ini luas, tampak seperti alas/selendang, berwarna keabu-abuan, bahagian yang menghadap sinar matahari tampak lebih terang, mengandung hujan.
Altokumulus Awan ini kecil-kecil tetapi banyak, biasanya berbentuk seperti bola yang tebal atau bergulung-gulung melingkar seperti makaroni, berwarna putih atau abu-abu.
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 6
Sirus Awan ini halus, struktur berserat, tampak seperti bulu ayam, sering tersusun sebagai pita yang melengkung, berwarna putih, tidak menimbulkan hujan.
Sirustratus Tampak seperti kelambu putih halus, luas menutupi langit sehingga tampak cerah, mempunyai struktur serat dan kadang terlihat seperti anyaman yang tidak teratur.
Siruskumulus Awan ini terputus-putus dan penuh kristal-kristal es, tampak seperti gerombolan domba, berwarna putih, tebal, dapat menimbulkan bayangan.
Kumulus Letaknya rendah, terpisah-pisah, bagian dasarnya berwarna hitam dan di atasnya putih berbentuk kubah seperti kapas, memiliki puncak-puncak berkepul-kepul membulat agak tinggi dan memiliki dasar horizontal, tebal, terbentuk pada siang hari dalam udara yang naik, awan ini biasanya menghasilkan hujan. Kumulonimbus Awan ini merupakan salah satu awan yang menimbulkan hujan disertai dengan petir. Memiliki isi padu yang besar, tebal, tampak seperti menara/gunung dengan bahagian bawah yang melebar dan awan ini menghasilkan hujan, hujan es, dan kilat. BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 7
Amali
ini
telah
dilaksanakan
untuk
melihat
keadaan
cuaca
dengan
pembentukan awan dalam satu tempoh masa empat belas hari iaitu bermula pada 18 Julai 2013 hingga 31 Ogos 2013. Lokasi yang telah saya pilih adalah di sekitar Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang sekitar jam 3:00 hingga 4:00 petang.
TUJUAN
: Untuk mengkaji hubungan di antara cuaca dengan jenis
pembentukan awan diatmosfera PERNYATAAN MASALAH : Adakah jenis awan boleh digunakan untuk menentukan /meramal cuaca di sesuatu kawasan HIPOTESIS : Kajian terhadap jenis awan di sesuatu lokasi dapat menentukan keadaan cuca pada hari tersebut PEMBOLEHUBAH : Dimanipulasi
: Jenis awan
Bergerakbalas
: Keadaan cuaca
Dimalarkan
: Lokasi penyiasatan
RADAS
: kamera digital DSLR 3100, termometer, jadual pemerhatian
PROSEDUR : 1. Sebelum pemerhatian awan dilakukan, maklumat mengenai awan telah dicari dan dikumpulkan sebagai rujukan amali. Rujukan diambil daripada mana-mana sumber bahan bacaan. 2. Lokasi pemerhatian awan dipilih. Pemerhatian telah dijalankan selama 2 minggu berturut-turut. 3. Pemerhatian dijalankan pada waktu yang sama setiap hari di lokasi yang sama. 4. Gambar pemerhatian awan diambil menggunakan kamera digital. BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 8
5. Pemerhatian awan direkodkan. Rekod pemerhatian termasuklah perubahan cuaca pada hari tersebut samada hujan atau tidak. 6. Data yang dikumpulkan dianalisis dan ditafsirkan. 7. Laporan lengkap amali disediakan. 8. Laporan lengkap amali turut disertakan bersama jadual, gambar dan carta sebagai bahan sokongan pemerhatian. 9. Kepentingan dapatan amali dibincangkan.
LANGKAH BERJAGA-JAGA
1. Dalam pemerhatian awan, kesukaran untuk menentukan jenis awan adalah masalah yang sukar dihadapi kerana bentuk awan adalah berbeza dan maklumat mengenai awan adalah sangat sedikit. 2. Memastikan tidak terdapat halangan terhadap awan, seperti asap yang tebal. 3. Memastikan gambar di ambil di tempat yang lapang 4. Memastikan gambar diambil tepat pada masanya. 5. Memastikan gambar diambil menggunakan apperture kecil agar gambar lebih tajam.
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 9
Jadual 1: JADUAL PEMERHATIAN TERHADAP AWAN MENGIKUT HARI HARI/ TARIKH
GAMBAR AWAN
DATA DAN MAKLUMAT Jenis
: Awan rendah
Nama
: kumulunimbus
HARI PERTAMA
Suhu
: 25⁰C
Cuaca
:
hujan
14.07.2013
Kelembapan
:
80%
Keadaan awan: awan yang MASA 3.00 PETANG
sungguh tebal dengan perkembangan tegak yang amat jelas di mana kemuncaknya kelihatan seperti gunung ataupun menara.
Jenis : Awan Pertengahan Nama : Altrostratus Suhu
:31⁰C
HARI KEDUA
Cuaca
: cerah
15.07.2013
Kelembapan
:
40%
Keadaan awan: Awan ini kecil-kecil MASA 3:45 petang
tetapi banyak, biasanya berbentuk seperti bola yang tebal atau bergulung-gulung melingkar seperti makaroni, berwarna putih atau kelabu.
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 10
Jenis : Awan Rendah
HARI KETIGA 16.07.2013 MASA 3:40 petang
Nama : Stratus Suhu :Cuaca : cerah Kelembapan
: 50%
Keadaan awan: membentuk lapisan awan seragam yang rendah dan menyerupai kabut, tetapi tidak jejak ke permukaan bumi
HARI KEEMPAT 17.07.2013 MASA 3:00 petang
Jenis : Awan Pertengahan Nama : Nimbostratus Suhu : 29⁰C Cuaca : cerah Kelembapan
: 50%
Keadaan awan: berkepul-kepul seperti lembaran– Lembaran dengan lapisan yang tebal, warna kelabu dan gelap.
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 11
Jenis : Awan Tinggi Nama : Sirustratus HARI KELIMA
Suhu
:28C⁰
18.7.2013
Cuaca
: mendung
Kelembapan
:60%
MASA 3:45 petang
Keadaan awan: Tampak seperti kelambu putih halus, luas menutupi langit sehingga tampak cerah, mempunyai struktur serat dan kadang terlihat seperti anyaman yang tidak teratur
HARI KEENAM 19.7.2013
Jenis
: Awan Pertengahan
Nama
: Altostratus
Suhu
: 27⁰C
Cuaca
:
mendung
Kelembapan
:
60%
Keadaan awan:awan kelihatan lebih padat dan berwarna lebih
MASA
gelap atau kelabu, Nampak seperti air dan melitupi hampir keseluruhan
3.30 PETANG
langit.Awan ini akan menghasilkan hujan apabila ia menjadi cukup.
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 12
Jenis : Awan Tinggi HARI KETUJUH 20. 7.2013
MASA 3:30 petang
Nama : sirus Suhu
:30C⁰
Cuaca
: panas
Kelembapan
: tinggi
Keadaan awan: kurang berawan.langit cerah,awan pada kedudukan yang rendah . Awan ini halus, struktur berserat, tidak menimbulkan hujan
HARI KELAPAN 21.07.2013
Jenis
: Awan Tinggi
Nama
: Sirus
Suhu
: 31⁰C
Cuaca
:
cerah
Kelembapan
:
40%
Keadaan awan: Awan ini halus, MASA
struktur berserat, tampak seperti bulu ayam, sering tersusun sebagai
3.30 PETANG
pita yang melengkung, berwarna putih, tidak menimbulkan hujan.
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 13
Jenis : Awan Pertengahan Nama : Nimbostratus HARI KESEMBILAN 22.7.2013
suhu
:30⁰C
Cuaca
: cerah
Kelembapan
: 40%
Keadaan awan: Awan ini memiliki MASA 3:15 petang
bentuk yang tidak menentu, tepinya compang-camping tak beraturan, tebal, berwarna putih kegelapan.
Jenis : Awan rendah HARI
Nama : Kumulus
KESEPULUH
Suhu
:28C⁰
23.7.2013
Cuaca
: mendung
Kelembapan
: 60%
MASA 3:45 PETANG
Keadaan awan: Letaknya rendah, terpisah-pisah, bahagian dasarnya berwarna hitam dan di atasnya putih berbentuk kubah seperti kapas, memiliki puncak-puncak berkepul-kepul. awan ini biasanya menghasilkan hujan.
Jenis : awan Pertengahan Nama : Nimbostratus HARI
Suhu
:28C⁰
KESEBELAS
Cuaca
: mendung
Kelembapan
: tinggi
24.7.2013
Keadaan awan: Awan ini memiliki MASA 3:30 PETANG
bentuk yang tidak menentu, tepinya compang-camping tak beraturan,
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 14
tebal, berwarna putih kegelapan,.
Jenis : Awan Pertengahan Nama : Nimbostratus HARI
Suhu
: 29C⁰
KEDUA
Cuaca
: mendung
BELAS
Kelembapan
: 50%
25.7.2013
Keadaan awan: Nimbostratus berwarna putih dan berkedudukan
MASA
rendah dari permukaan bumi.
3:30 petang
Jenis : Awan Pertengahan Nama : Nimbostratus
HARI KETIGA BELAS 26.7.2013 3:10 petang
Suhu
: 30⁰C
Cuaca
: cerah
Kelembapan
: 28C⁰ tinggi
Keadaan awan: 50% Berwarna putih dan berkedudukan rendah dari permukaan bumi.
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 15
Jenis : Awan rendah HARI KEEMPAT BELAS 27.7.2013
Nama : stratus Suhu
:28C⁰
Cuaca
: cerah
Kelembapan
: 40%
MASA
Keadaan awan:
3.45 PETANG
Stratus terletak di bahagian langit rendah tebal dan berwarna kelabu.awal berkumpul di bahagian bawah seperti
3:40 Petang
berada di kaki langit
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 16
ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN Jadual2 : kekerapan kejadian jenis-jenis awan mengikut hari
JENIS AWAN HARI
TINGGI
PERTENGAHAN
NAMA √
PERTAMA √
KEDUA
√
KEEMPAT
komulunimbus altostratus
√
KETIGA
AWAN
RENDAH
stratus Nimbostratus
KELIMA
√
sirus
KEENAM
√
sirus √
KETUJUH KE LAPAN
altostratus
√
Sirustratus
KESEMBILAN
√
Nimbostratus
KESEPULUH
√
Nimbostratus √
KESEBELAS
Kumulus
KEDUABELAS
√
Nimbostratus
KETIGABELAS
√
Nimbostratus
KEEMPAT
√
stratus
BELAS
Berdasarkan keputusan pemerhatian yang telah dijalankan selama empat belas hari berturut-turut di dapati jenis awan pertengahan mempunyai kekerapan yang lebih tinggi berlaku diikuti dengan awan rendah dan tinggi. Awan pertengahan terjadi pada hari kedua kajian, ketiga, ketujuh, kesembilan, ke sepuluh, ke dua belas dan ketiga belas. Awan yang terjadi adalah awan Nimbostratus dan juga awan altostratus.Awan Altrostratus merupakan awan yang seolah-oleh kepingan seragam kelabu atau kebiru-biruan yang biasanya menunjukkan struktur gentian.Kemunculan awan altrostratus telah menunjukkan kejadian hujan akan berlaku. Pada sekitar pukul 4:00 hujan pun telah turun dengan meluas dan berterusan selama hampir 2 jam. Nimbostratus pula adalah awan tumpat yang yang rendah yang tidak mempunyai apa-apa bentuk tertentu dan biasanya ia membawa kerpasan yang
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 17
berterusan. Suhu
pada ketika ini adalah rendah dalam 25⁰C hingga 27⁰C.
Kelembapan juga tinggi lebih 50%C. Awan rendah pula terbentuk pada hari pertama, ketiga, ke dua belas dan hari ke empat belas. Awannya adalah awan kumulus, kumulunimbus dan stratus. Awan kumulus adalah merupakan kumpulan awan rendah yang menegak. Awan ini merupakan awan yang tebal dan tumpat. Mempunyai perkembangan tegak ke atas. Awan kumulus menunjukkan cuaca baik pada ketika kajian dijalankan walaupun kadangkala
awan
kumulus
yang
tinggi
akan
berkembang
menjadi
awan
kumulonimbus iaitu awan yang menegak. Awan kumulunimbus terbentuk asalnya daripada awan-awan kumulus dan disertai dengan ribut petir yang teruk dengan ciriciri istimewanya. Awan kumulunimbus pula adalah awan yang dikaitkan dengan terjadinya hujan lebat dan rebut petir.
Jisim awan yang sungguh tebal dengan
perkembangan tegak yang amat Awan jenis ini biasanya disertai oleh hujan yang lebat, badai, ribut petir dan kadangkala hujan batu. Berdasarkan kajian yang dilakukan, hujan telah turun dengan lebat dikuti dengan petir yang sederhana. Cuaca adalah mendung dengan kelembapan yang sangat tinggi. Pembentukan awan tinggi paling rendah , yang berlaku pada hari kelima, ketujuh dan kelapan. Awan yang terbentuk adalah awan sirus dan sirustratus.Awan Sirus yang telah diperhatikan adalah kelihatan halus, dan berstruktur seperti serat dan bentuknya. Awan ini juga seringtersusun seperti pita yang melengkung di langit, sehingga seakan. Kelihatan seperti sutera. Awan sirus berbentuk seperti kapas yang tipis dan lembut. .Cuaca cerah pada ketika ini. Ini menunjukkan bahawa dengan adanya awan ini, hujan tidak mungkin berlaku dalam tempoh yang lama. Awan ini tidak menimbulkan hujan. Apabila keadaannnnya tidak tersusun ia dapat menunjukkan bahawa cuaca baik akan tiba. Sekiranya ia tersusun rapad bersama awan, sirostratus dan altostratus ia menunjukkan cuaca buruk akan tiba. Ia terdiri daripada hablur ais.Ia menunjukkan cuaca yang baik, serta meunjukkan cuaca yang baik pada hari berikutnya.. Awan Sirostratus
yang terbentuk pula
keadaannya
seperti kelambu putih yang halus dan rata menutup seluruh langit sehingga tampak cerah, Berbeza dengan awan sirus yang memberi maklumat tidak berlaku hujan, awan sirus pula biasanya menjadi tanda kedatangan ribut.apabila awan tersebut tipis dan berkeping-keping apabila memenuhi ruang langit.
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 18
Kekerapan Pemerhatian terhadap Jenis Awan Awan Stratus 14% Awan Sirus 14%
Awan Kumulunimbus 7% Awan Sirostratus 7%
Awan Kumulus 7%
Awan Altostratus 14% Awan Nimbostratus 22%
Rajah 2 : Carta Pai Kekerapan Pemerhatian terhadap Jenis Awan
Berdasarkan kepada jadual kekerapan jenis awan pada jadual dan carta pai di atas, terdapat perbezaan yang ketara dapat dilihat pada kekerapan jenis awan yang kelihatan. Jenis awan Nimbostratus mencatatkan kekerapan paling tinggi sebanyak 36% sebanyak 5 kali pemerhatian. Awan ini memiliki bentuk yang tidak menentu, tepinya compang-camping tak beraturan, tebal, berwarna putih kegelapan, menimbulkan gerimis/salju. Awan nimbostratus ialah awan peringkat sederhana. Awan nimbostratus berbentuk seperti lapisan-lapisan yang tebal dan gelap. Jenis awan ini sering menimbulkan hujan lebat
Awan nimbostratus dan awan altostratus pula dilihat sebagai awan yang berada pada kekerapan kedua tertinggi iaitu sebanyak 22% dengan 3 kali pemerhatian.. . Awan alto stratus adalah
awan berbentuk jalur-jalur berwarna
kelabu kebiru-biruan. Jenis awan ini sering menimbulkan hujan yang meluas dan berterusan.
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 19
Awan sirostratus pula mempunyai jumlah kekerapan sebanyak 14 % daripada jumlah kekerapan kemunculannya pada hari-hari kajian dijalankan dengan pemerhatian sebanyak 2 kali Seterusnya, awan sirostratus adalah awan yang berbentuk nipis dan halus. Bentuknya juga seperti berjalur halus dan berserabut. Awan ini memberi petanda cuaca cerah jika susunannya tidak teratur. Namun, jika sususan awan sirostratus ini tersusun, cuaca menunjukkan kurang baik. Kemudian, awan yang paling sedikit kekerapannya muncul sepanjang tempoh pemerhatian kami ialah awan sirus. Awan sirus hanya mencatat kekerapan sebanyak 7% sahaja sepanjang tempoh pemerhatian dengan pemerhatian sebanyak sekali sahaja dalam tempoh dua minggu. Awan sirus ini merupakan awan pada peringkat tinggi. Berdasarkan hasil pemerhatian kami, kebanyakan awan yang muncul ketika waktu pemerhatian kami ialah awan yang menunjukkan cuaca yang baik dan cerah. Ini terbukti kerana kekerapan jenis awan cumulus iaitu awan yang menunjukkan cuaca cerah dapat dilihat sepanjang pemerhatian kami. Namun, pola kekerapan awan cumulus ini dapat dilihat selang sehari atau dua hari. Di antara hari awan kumulus ini dapat diperhatikan jenis awan seperti awan nimbostratus dan awan altostratus. Jenis awan nimbostratus memberi petanda hujan akan turun manakala awan altostratus menunjukkan bahawa hujan telah turun dan cuaca mulai cerah. Ini menunjukkan bahawa pada bulan Mac-April ini cuaca di negeri Melaka ini mengalami musim hujan yang tidak sekata. Dalam seminggu hujan pasti akan turun, namun kuantiti hujan tidak sebanyak ketika musim hujan pada penghujun tahun. Apabila kami merujuk pada Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai ramalan kaji cuaca di Melaka ini, hampir kesemua ramalan cuaca itu tepat pada hari tertentu. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa awan sangat membantu manusia untuk meramal dan mengenal pasti cuaca persekitaran kita. Penyataan ini juga disokong melalui pembacaan di Majalah Estidotmy yang mengatakan bahawa sistem ramalan kaji cuaca di Malaysia ini boleh dipercayai 80%-90% kebenarannya.
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 20
Berdasarkan amali ini, kami telah dapat mengenal pasti kepentingannya dalam kehidupan seharian kita. Melalui perubahan bentuk dan jenis awan, manusia dapat meramal keadaan cuaca sehingga dalam tempoh seminggu akan datang. Apabila
pihak
berkenaan
dapat
membuat
ramalan
cuaca,
mereka
akan
bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Seterusnya, melalui maklumat itu, manusia dapat merancang aktiviti kehidupan seharian agar factor cuaca tidak menjadi penghalang untuk meneruskan aktiviti. Ramalan cuaca bukan sahaja penting kepada masyarakat di sesebuah tempat, tetapi juga memberi kemudahan kepada sektor penerbangan, industry cari gali, perkapalan, ketenteraan termasuk marin dan tentera udara. Tambahan lagi, dengan ramalan cuaca, pihak berwajib dapat mengeluarkan amaran berjaga-jaga lebih awal kepada masyarakat sekiranya bencana alam seperti banjir kilat dijangka akan berlaku. Secara keseluruhannya, apa yang kami dapati hasil daripada pemerhatian ini menunjukkan pembentukan awan merupakan antara faktor yang mempengaruhi cuaca selain daripada suhu, kelembapan, hujan, angin dan sebagainya.
KESIMPULAN: Setelah kajian dijalankan di lokasi tertentu selama empat belas hari, ia menunjukkan pembentukan awan sentiasa berubah setiap hari. Jenis-jenis awan yang terbentuk sama ada awan Tinggi, awan pertengahan atau pun awan rendah saling berkait rapat dengan suhu dan kelembapan. Pada kajian ini didapati jenis awan Rendah memberikan bacaan suhu yang paling rendah berbanding penting untuk sistem atmosfera bumi. Awan berperanan untuk:menghasilkan hujan. Dengan turunnya hujan ia dapat melengkapkan kitaran hujan. Air hujan sangat penting untuk tumbuh-tumbuhan dan segala hidupan di muka bumi ini.awan juga berperanan mengatur keseimbangan bumi dengan memantulkan dan menyerap sinar infra-merah bumi. Awan diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dan penting dalam kitaran hidrologi. Awan membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku. Contohnya awan cumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan atmosfera. Awan membantu mengagihkan semula haba tambahan dari katulistiwa ke kutub. Awan diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dan penting dalam kitaranhidrologi.Awan membolehkan kita BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 21
mengetahui
proses
atmosfera
yang
berlaku.
Contohnyaawan
cumulus
menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan atmosfera.Awan membantu mengagihkan
semula
haba
tambahan
dari
katulistiwa
ke
kutub
6
5
4 1 3
2 3
2
1
0
.
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 22
LAMPIRAN:
alatan yang digunakan : Camera DSLR Nikon
Gambar : Lokasi kajian
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 23
BUKU :
RUJUKAN
Krauskopf, K. B. dan Beiser, A.. 2008. The Physical Universe, 12th Ed.. New York: TheMcGraw-Hill Companies, Inc Rosnah Hj Salleh & Shukri Sulaiman (2011) Geografi Fizika Tingkatan 6 Rendah, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar bakti Yew Poi Keng et al. (2002), Geografi Fizikal STPM. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti
JURNAL: Journal Keadaan Cuaca dan pengaruh awan, Kajian palak, Mahruzaman Misrah , (2007) http://www.free-online-private-pilot-ground-school.com/Aviation-WeatherPrinciples.html. Lai Kit Moi,(9 September 2009),STPM Geografi Fizikal,Kit Celik Konsep fizikal. Zetty Shazlin binti Mohamed (20 April 2010) ,Durability of granite and shale for various weathering grade,
LAMAN SESAWANG http://www.slideshare.net/igatstanley/lgf-1013kumpulan-hujan-jenisjenis-awan-danfaktor-cuaca-dan-iklim http://ms.wikipedia.org/wiki/Awan http://ms.wikipedia.org/wiki/Cuaca http://geoenviron.blogspot.com/2011/12/pembentukan-awan-dan-jenis-jenisnya.html http://masdiisya.wordpress.com/2011/01/10/mengapa-awan-hujan-berwarna-gelap/
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 24
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=382126 http://www.islam.gov.my/e-falak/jenis-awan http://rahmat-priyono.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-awan-beserta-gambar.html http://geografifizikalpengajianam.blogspot.com/2011/05/definisi-2.html
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 2 Awan Dan Cuaca
Muka Surat 25