c Nutrien ialah segala unsur yang diperlukan untuk proses fotosintesis iaitu terdiri daripada air, zat galian, gas-gas oksigen , karbon dioksida, nitrogen dan hidrogen. Nutrien-nutrien ini akan beredar melalui ekosistem sepertimana tenaga matahari. Nutrien-nutrien ini diperlukan dengan banyak. Lain-lain nurien termasuklah fosforus, kalsium dan ferum. Nutrien ini merupakan bahan asas untuk membolehkan tumbuhan membuat makanan seperti lemak, karbohidrat dan protin. Nutrien ini pula akan kembali semula kepada tanah apabila organisma ini mati dan terurai. Kitar nutrien ini berlaku melaui atmosfera , hidrosfera litosfera dan akhirnya biosfera. Nutrien yang kembali ke tanah akan digunakan semula dan berterusan selagi tidak adanya gangguan.
Konsep kitar nutrien ialah kitaran bahan kimia / unsur kimia yang ada dalam sesebuah ekosistem. Ia berlaku secara berterusan dan berkesinambungan dalam edaran yang lengkap dan sempurna. Misalnya kitar oksigen, kitaran Nitrogen, kitaran fosforus, kitar hidrologi dan sebagainya. Bahan-bahan yang ada di dalam sesebuah ekosistem akan berkitar bersama-sama dengan kitaran makanan. Ia boleh berubah bentuk dan posisi yang akhirnya kembali ke tempat asalnya.
Kitar oksigen adalah edaran gas oksigen dibumi melalui proses-proses fotosintesis, pernafasan , pembakaran dan pereputan. Ini bermakna Kitar oksigen ialah proses pengambilan,penggunaan dan pengembalian oksigen ke atmosfera secara berterusan.
Dalam kitar oksgen , gas oksigen digunakan oleh haiwan dan manusia semasa pernafasan untuk mengoksidakan makanan dan menghasilkan tenaga karbon dioksida. Begitu juga proses pereputan yang dilakukan oleh organisma dalam menguraikan bahan organik seperti sisa-sisa tumbuhan dan bangkai ±bangkai haiwan mati seperti yang diuraikan oleh bakteria. Semasa prose ini berlaku oksigen digunakan. Pembakaran juga menggunakan oksigen terutama dalam kehidupan manusia seperti memabakar sampah sarap dari sisa tumbuhan dan bahan organik yang lain. Oksigen pula akan dikembalikan ke udara oleh tumbuh-tumbuhan dalam proses fotosintesin. Semasa proses fotosintesis tumbuhan menggunakan cahaya matahari, dan menggabungkannya dengan karbon dioksida dari atmosfera dan air dan zat-zat galian dari tanah untuk mensintesiskan makana. Oleh itu hasil sampingannya oksigen dibebaskan. Proses ini berlaku berterusan.
K Kitar Oksigen berlaku menerusi proses pernafasan/respirasi haiwan dan manusia dengan proses fotosistesis oleh tumbuhan.
1. Oksigen dibekalkan terus dari atmosfera untuk pernafasan haiwan dan manusia.
2. Proses pernafasan/respirasi haiwan dan manusia akan membebaskan Karbon dioksida ke atmosfera.
3. Karbon dioksida yang dibebaskan oleh haiwan akan digunakan pula oleh tumbuhan hijau untuk melakukan proses fotosistesis.
4. Menerusi fotosistesis tumbuhan pula akan membebaskan kembali oksigen ke atmosfera yang kelak digunakan pula oleh haiwan dan manusia.
Proses ini berterusan dan berkitaran. Dalam keadaan semulajadi ianya berlaku dengan seimbang.