Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa
1
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa
ISI KANDUNGAN BAB
TAJUK
M/S
BAB 1
PERALATAN & AKSESORI PENDAWAIAN
1-4
BAB 2
AMALAN KESELAMATAN
5-7
BAB 3
AMALAN PENDAWAIAN
8 - 16
BAB 4
PENDAWAIAN LITAR LAMPU
17 - 22
BAB 5
PENDAWAIAN LITAR KUASA
23 – 27
BAB 6
PENDAWAIAN LITAR KUASA AM
28 - 33
BAB 7
PENDAWAIAN LITAR KUASA & KUASA AM
34 - 40
BAB 8
PENDAWAIAN LITAR LAMPU, KUASA &
41 - 47
KUASA AM BAB 9
RUMUSAN
48 - 55
BAB 10
PENYELESAIAN BAGI KESILAPAN
56 - 57
BAB 11
RUJUKAN
58
2
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa
BIARPUN SERIBU KAPAL TENGGELAM DI TENGAH LAUTAN, NAMUN CITA-CITA MENUSIA TIDAK PERNAH PADAM. - Hamka. KEPUASAN TERLETAK PADA USAHA, BUKAN KEJAYAAN. - Mahatma Gandhi. JIKALAU SATU-SATUNYA YANG ADA HANYALAH TUKUL, MAKA SEMUA MASALAH AKAN DILIHAT SEPERTI PAKU. - Maslow.
3
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa PENAFIAN
Buku panduan ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Kandungan buku ini bersesuaian bagi pelajar dan pendawai yang melakukan kerje-kerja pemasangan pendawaian elektrik 1 fasa. Buku ini mengandungi gambar-gambar yang menarik, tips penting dan nota ringkas yang berguna dan sesuai bagi pelajar-pelajar dan pendawai. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liability, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan ini, secara langsung atau tidak langsung.
Dengan pembelian buku ini, anda tersekat oleh syarat-syarat di atas.
@Hak Cipta Terpelihara 2014
4
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa
PRAKATA
Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi diatas izinNya maka Modul Koleksi Projek: Pendawaian Elektrik 1 Fasa ini berjaya dihasilkan. Modul ini adalah digunakan sebagai rujukan bagi pelajar-pelajar Sijil Modular Kebangsaan Pendawaian Elektrik Domestik, pelajar Sijil Kolej Komuniti dan juga pendawaipendawai. Ianya mengandungi nota ringkas, koleksi projek pendawaian elekrik 1 fasa yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar terdahulu yang lengkap serta tips-tips berguna yang dapat menambah pemahaman pelajar yang boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Ianya juga boleh dijadikan rujukan untuk pelajar di masa hadapan. Terima kasih dan sekalung penghargaan buat tenaga pengajar CIDB, En Md Nasir Bin Abd Manan, Pengarah KKBP En Sahalani Bin Basar dan pensyarah-pensyarah bagi Sijil Penyelenggaraan Bangunan di atas pengetahuan dan kemahiran yang dikongsi dan kerjasama berterusan dalam menyiapkan modul ini. Sebarang komen dan cadangan adalah dialu-alukan bagi meningkatkan mutu modul ini di masa hadapan.
Sekalung Penghargaan & Terima Kasih.
5
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa
BAB 1 PERALATAN TANGAN DAN KEGUNAAN
Pena Ujian untuk mengesan kehadiran arus pada litar hidup (litar yang disambung pada bekalan)
Pemutar Skru Philips untuk memasang @ membuka skru philips
Pemutar Skru Flat untuk memasang @ membuka skru flat
Tukul Pendawaian untuk mengetuk paku di ruang yang sempit
Kikir Bulat untuk membuat parit dan lurah tanggam
Spring Bender untuk membengkokkan konduit (membuat sudut pada konduit)
6
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa
Gergaji Besi untuk memotong benda yang keras seperti batang besi
Tali pengukur untuk mengukur yang pendek dan panjang
L Square untuk mengukur dan memindahkan, membina garisan lurus pada permukaan & 90° dan menguji kerataan permukaan
Pemotong Kabel untuk melucut dan memotong wayar atau kabel elektrik
Ragum @ Combination Plier untuk mencengkam atau memegang objek, melucut dan memotong wayar atau kabel elektrik
Pemotong Sesalur untuk memotong sesalur
Playar Muncung Tirus untuk memegang objek kecil, memotong dan membentuk kaki komponen
7
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa
AKSESORI PENDAWAIAN
LAMPU PIJAR
KOTAK FIUS AGIHAN (KFA)
SOKET ALIR KELUAR 15A
LAMPU KALIMANTANG
DOL STARTER
SUIS SATU HALA
SUIS LOCENG
SOKET ALIR KELUAR 13A
SUIS DUA HALA
8
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa
SUIS PERTENGAHAN
SUIS 1 WAY 1 GANG
SUIS 2 WAY 1 GANG
SUIS 1 WAY 2 GANG
9
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa
BAB 2 AMALAN KESELAMATAN TIGA LANGKAH KESELAMATAN:
2.1
Keselamatan kawasan kerja.
Tentukan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih . Alat-alat dan perkakas mesti diletakkan di tempat yang betul. Semua alat dan perkakas elektrik mestilah dalam keadaan baik.
Keselamatan semasa membuat pemasangan elektrik.
Memakai pakaian yang sesuai & kasut keselamatan. Elakkan memakai barang kemas. Semua kerja pemasangan seboleh-bolehnya hendaklah dilakukan dalam keadaan litar terbuka. Cara untuk memutuskan litar ialah dengan menutup (off) suis utama atau dengan mencabutkan fius (dalam suis utama dan papan fius agihan). Membuat kerja pemasangan atau kerja pemulihan semasa litar hidup adalah tidak digalakkan, kecuali dalam keadaan kecemasan atau dalam keadaan memerlukan bekalan yang segera.
Keselamatan semasa membuat pemasangan atau pendawaian.
Setiap pemasangan mestilah mempunyai alat pelindungan litar seperti fius dan pemutus litar bagi tujuan mengelakkan berlakunya lebihan beban (beban lampau), lebihan arus dan litar pintas. Membuat pendawaian semula sekiranya tempoh ketahanan pemasangan telah tamat. Memberi pelindungan mekanikal
10
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa
2.2 BAHAYA KEMALANGAN ELEKTRIK
Renjatan elektrik ialah pengaliran arus elektrik yang berlebihan melalui badan seseorang itu. Dua syarat yang mesti dipenuhi untuk membolehkan arus melalui seseorang itu ialah : (i) Ia mestilah menjadi sebahagian daripada litar lengkap (litar tertutup) bagi pengaliran arus. (ii) Di dalam litar lengkap itu mesti terdapat daya gerak elektrik atau beza upaya untuk membolehkan arus mengalir. Dalam satu keadaan yang biasa, arus minimum yang boleh mengakibatkan renjatan elektrik dan membawa maut ialah 50mA manakala voltan minimum ialah 67 volt a.u.
Kadaran arus 1mA – 3mA 10mA – 15mA 25mA – 30mA 50mA
Kesan bahaya Tidak merbahaya Boleh menjadi kaku dan rasa kebas Kaku yang ketara sehingga boleh lumpuh Denyutan jantung berhenti dan boleh membawa maut Jadual 1.1: Anggaran Arus dan Bahayanya.
Perkara-perkara yang menyebabkan renjatan elektrik :(a) Kerosakan alat-alat atau perkakas elektrik (b) Kelalaian manusia (i) Kegagalan untuk mematuhi segala peraturan keselamatan semasa menggunakan alat-alat elektrik. (ii) Membuat modifikasi (perubahah) pada alat-alat elektrik tanpa mendapat kebenaran daripada pihak pembuat alat tersebut. (iii) Kegagalan untuk membaiki alat-alat elektrik yang telah pun mengakibatkan renjatan yang tidak berapa serius. (iv) Kegagalan menguji rintangan penebat pada alat-alat elektrik.
11
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa
Langkah-langkah yang perlu diambil dengan segera apabila seseorang itu terkena renjatan elektrik :(i) (ii) (iii) (iv) (v)
Putuskan bekalan (kalau punca bekalan jauh gunakan penebat untuk menarik manga dari punca bekalan). Letakkan mangsa pada tempat yang lapang dan mempunyai peredaran udara yang baik. Longgarkan pakaian dan keluarkan barang-barang yang terdapat daripada mangsa tersebut. Mulakan pemulihan pernafasan sementara. Dapatkan bantuan dengan segera.
Bahaya renjatan Elektrik
12
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa
BAB 3 AMALAN PENDAWAIAN TATACARA PENDAWAIAN PERMUKAAN 1. Rujuk pada rajah pendawaian. Potong setiap kabel mengikut ukuran yang diberi dan pilih saiz yang betul.
Contoh Gambarajah Bentangan dengan ukuran
Contoh Gambarajah Pendawaian
TIPS : Berpandukan ukuran pada rajah bentangan DARAB DENGAN bilangan kabel dari rajah pendawaian. Cth: 400mm x 10 kabel (L) =4000mm (sama dengan 4m)
Lakukan pengiraan mengikut pengenalan kabel iaitu Hidup , Neutral dan Bumi bagi mengelak kekeliruan. AWAS!! : Lukisan rajah pendawaian mesti kemas dan tersusun berpandukan rajah bentangan.
Potong mengikut pengenalan kabel dan lebihkan ukuran 1 – 2 meter.
13
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa 2. Lakar tempat pemasangan kabel pada papan pendawaian dengan menggunakan kapur dan pembaris.pastikan garisan melintang dan menegak untuk memasang kabel.
Rajah menunjukkan cara lakaran dan hasil lakaran 3. Pasang klip kabel ke papan pendawaian atas garisan lakaran kapur mengikut jarak dari tempat seperti pada gambarajah litar yang diberi. TIPS : Tanda kedudukan klip dengan kapur pada papan pendawaian sebelum mendawai. Jarak antara klip : Melintang = 5 – 7 cm Menegak = 7 – 10 cm Simpang = 2 cm dari pusat. Aksesori = 2 cm dari tapak. AWAS! : Jarak klip yang terlalu besar akan memberi hasil pendawaian yang tidak kemas .
Rajah menunjukkan contoh klip yang siap dipasang dengan kemas.
14
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa 4. Pasang kabel pada klip dengan dimulakan dari sebelah kiri atau tengah ( mana-mana simpang) atau dari sebelah kanan mengikut cara termudah.
Rajah menunjukkan pelajar mula memasang kabeb pada klip dari sebelah kiri simpang. 5. Pegang dan tekan kabel yang telah diklip menggunakan tangan kiri. Lurutkan setiap kabel dengan menggunakan tangan kanan. Ini bagi meluruskan kabel.
Rajah menunjukkan kaedah melurut kabel dengan menggunakan tukul besi.
15
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa 6. Kabel yang bersimpang, pastikan kabel tidak dibengkokkan pada sudut tepat (pengalir kabel akan patah ). Kabel hendaklah melengkuk dan dianggarkan sesuai iaitu 15mm jejari, supaya tidak merosakkan penebat.
Rajah menunjukkan kaedah memasang kabel di bahagian simpang pendawaian 7. Setiap penghujung kabel hendaklah ditanda untuk memastikan kedudukan kabel L, N dan E. Tanda seperti penebat dipotong serong,tanda X dan lain-lain
Rajah menunjukkan kabel dipotong serong sebagai tanda. TIPS : Pendawai perlu faham tujuan penandaan kabel. Antara kaedah menanda lain adalah dengan menggunakan pita berwarna, memintal dan sebagainya.
16
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa 8. Bongkah kayu atau PVK hendaklah dipasang setelah semua pendawaian siap. Pastikan kabel simpanan diadakan pada setiap penghujung sambungan. Misalnya di kotak fius agihan, suis ros siling dan seumpamanya.
TIPS : 1. Aksesori yang di pasang dahulu sebelum kabel di klip akan menyukarkan kerja pemasangan klip seterusnya memberi hasil pendawaian yang kurang kemas. 2. Lebihan kabel (simpanan) bertujuanuntukdisambungkepadatamatansuis, soketdanseumpamanya. 9. Hujung penebat semua kabel dibuang dengan anggaran 20 mm dan pintal hujung pengalir kabel yang telah dibuang penebatnya menggunakan playar.
Rajah menunjukkan penebat kabel dipotong dan pengalir kabel dipintal. TIPS : Memintal kabel tidak perlu berlebihan kerana akan menyebabkan hujung kabel terputus atau terlalu tebal.
17
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa 10. Tentukan kabel yang betul L, N dan E untuk disambungkan ke terminal aksesori dan ke lubang terminal yang telah ditentukan. Kemudian skru dengan ketat.
AWAS!! : Skru tamatan mesti betul pada pengalir dan bukan pada penebat kerana pemasangan salah menyebabkan litar tidak berfungsi
11. Tekan dan pusing aksesori itu dengan perlahan ke tapak bongkah kayu atau PVK sehingga betul-betul rapat dan skru menggunakan pemutar skru.
18
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa 12. Pengalir yang terkeluar dari lubang terminal hendaklah dipotong supaya kelihatan kemas dan selamat. 13. Lakukan kerja-kerja pengujian ke atas pemasangan. 14. Masukkan bekalan arus 240 VAC dan fahamkan cara kerja kendalian litar. TIPS : Kabel yang dimatikan padalubang terminal seharusnya tidak terlalu panjang kerana tapak dan suis akan sukar diskru dan tidak terlalu pendek kerana risiko tamatan kabel tercabut dari lubang terminal.
Prosedur pengujian litar : Pengujian Tanpa Bekalan : o Ujian Mata Kasar – Semak litar secara visual dari segi kekemasan pemasangan, keadaan kabel (tidak luka/sambungan/tamatan), aksesori dalam keadaan baik dan selamat. o Ujian Kekutuban – Uji dengan multimeter (seperti rajah) setiap kutub bersambung dengan kutub yang betul. TIPS (LITAR PENCAHAYAAN) : Kabel Life (L) perlu melalui suis sebelum kebeban. Kabel Neutral (N) mesti bersambung hanyapada beban. Kabel Earth (E) mesti melalui semua suis dan beban.
19
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa o Ujian Keterusan – Uji dengan multimeter untuk litar sama ada litar pergi ke tamatan yang betul. Terutama litar kuasa (soket) jejari dan gelang. TIPS KAEDAH (LITAR KUASA) : 1. Kabel N dan E akan dipintas pada soket. 2. Uji pada KFA denganmultimeter N dan E. Keputusan ‘baik’ bila meter memberi bacaan. 3. Ulang semula bagi N – L dan E – L. 4. Langkah ini bagi situasi lokasi antara soket yang jauh. o Ujian Rintangan Penebatan – Uji dengan menggunakan Insulation Tester, untuk menguji kebocoran arus pada penebat kabel. TIPS KAEDAH : 1. Matikan bekalan utama.Naikkan MCB & ELCB dan hidupkan suis. Beban di tanggalkan. 2. Ujipada KFA dengan alat penguji antara kutub bertentangan seperti E-L, E-N, N-L PERHATIAN !! SEMUA UJIAN DIATAS ADALAH TANPA BEKALAN ELEKTRIK SAHAJA 15. Masukkan bekalan arus 240 VAC dan fahamkan cara kerja kendalian litar.
Rajah menunjukkan projek yang telah diuji dan dimasukkan bekalan arus.
20
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa
TATACARA PENDAWAIAN KONDUIT PAIP PVK 1. Rujuk pada gambarajah pendawaian dan bentangan. Potong setiap kabel mengikut ukuran yang diberikan dan pilih saiz kabel yang betul. 2. Lakar tempat pemasangan konduit pada papan pendawaian dengan menggunakan kapur dan pembaris, pastikan garisan melintang dan menegak untuk pemasangan. 3. Lakukan kerja-kerja pemotongan pada konduit paip mengikut keperluan pendawaian. 4. Pasang u-klip atau pelana pada papan pendawaian di atas garisan lakaran kapur di tempat yang sesuai mengikut gambarajah litar. 5. Pasang konduit paip pada u-klip atau pelaja di tempat pendawaian. 6. Pasang kotak fius agihan lengkap dengan MCB, suis utama dan pemutus litar bocor ke bumi (ELCB). 7. Pasang pengganding, bongkah PVK dan juga bus jantan. 8. Mulakan kerja-kerja menarik kabel ke dalam konduit dan jika perlu gunakan penarik kabel. 9. Setiap penghujung kabel hendaklah ditanda untuk mempastikan kabel L, N dan E. Tanda seperti penebat dipotong serong, tanda X dan lain-lain. 10. Hujung penebat semua kabel dibuang dengan anggaran 20mm. 11. Bongkah kayu atau PVK hendaklah dipasang setelah semua kerja pendawaian siap. 12. Pintal hujung pengalir kabel yang telah dibuang penebatnya menggunakan playar. 13. Tentukan kabel yang betul L, N dan E untuk disambungkan ke terminal aksesori dan ke lubang terminal yang telah ditentukan. Kemudian skrukan dengan ketat. 14. Membuat kerja-kerja penyambungan kabel ke terminal-terminal suis, pemegang lampu dan kotak fius agihan. 15. Lakukan kerja-kerja pengujian ke atas pemasangan. 16. Masukkan bekalan 240 VAC dan fahamkan cara kerja serta kendalian litar.
21
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa
BAB 4 PENDAWAIAN LITAR LAMPU PROJEK 1 Tajuk : Pendawaian untuk litar lampu yang mengandungi 2 lampu yang dikawal oleh 1 suis 1 kutub – sehala (Tempoh Amali : 3 Jam)
Gambarajah Bentangan Projek 1
Gambarajah Skematik Projek 1
Gambarajah Pendawaian Projek 1
22
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa
Hasil Pelajar Projek 1
PROJEK 2 Tajuk : Pendawaian untuk litar lampu yang mengandungi 2 lampu yang dikawal oleh 2 suis 2 hala dan suis perantaraan dan kotak fius agihan (KFA). (Tempoh Amali : 3 Jam)
Gambarajah Bentangan Projek 2
Gambarajah Skematik Projek 2
23
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa
Gambarajah Pendawaian Projek 2
Hasil Pelajar Projek 2
24
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa
PROJEK 3 Tajuk : Pendawaian untuk litar lampu yang mengandungi 4 lampu, 1 kipas siling, 1 suis 2 kutub 1 hala, 2 suis 2 hala, 1 suis perantaraan dan pendawaian permukaan kotak kawalan pengguna kepada litar kecil akhir. (Tempoh Amali : 4 Jam)
Gambarajah Bentangan Projek 3
Gambarajah Skematik Projek 3
Gambarajah Pendawaian Projek 3
25
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa
Hasil Pelajar Projek 3
PROJEK 4 Tajuk : Pendawaian untuk litar lampu yang mengandungi 4 lampu, 1 suis 1 hala, 2 suis 2 hala, 1 suis perantaraan dan pendawaian permukaan kotak kawalan pengguna kepada litar kecil akhir. (Tempoh Amali : 4 Jam)
Gambarajah Bentangan Projek 4
Gambarajah Skematik Projek 4
26
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa
Gambarajah Pendawaian Projek 4
Hasil Pelajar Projek 4
*** Untuk nota selanjutnya, anda dikehendaki untuk membeli atau menghubungi penulis di Kolej Komuniti Bandar Penawar.
27
Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa
28