PRINSIP DAN PENERAPAN HATI NURANI DALAM KEPERAWATAN PROFESIONAL
Full description
Deskripsi lengkap
Bagian Ilmu Penyakit DalamDeskripsi lengkap
Deskripsi lengkap
Deskripsi lengkap
hati
Lumut Hati
Ilmu HatiDeskripsi lengkap
Deskripsi lengkap
Deskripsi lengkap
Khutbah Jum'at: Puasa Sebagai PenawarDeskripsi lengkap
faal hatiDeskripsi lengkap
Deskripsi lengkap
kkdDeskripsi lengkap
Kitab penawar bagi hati Fasal yang pertama pada menyatakan segala anggota yang tujuh Fasal yang pertama pada menyatakan mata
Ketahuilah olehmu bahawasanya mata engkau itu menjadikan dia oleh Allah Taala bagi engkau kerana beberapa faedah yang bangsa akhirat dan bangsa dunia, maka setengah daripada segala faedahnya yang bangsa akhirat memandang kepada langit dan matahari dan bulan dan bintang dan lainnya supaya berdalil engkau dengan dia atas ada Allah Taala dan atas keesaannya dan atas kuasanya, dan setengah daripadanya melihat akan Quran dan melihat akan jalan kepada masjid dan kepada tempat menuntut ilmu, dan setengah daripada faedahnya yang bangsa dunia melihat perusahaan engkau, dan melepaskan engkau daripada segala yang menyakiti, seperti jatuh, dan berlaga, dan bermula mensyukurkan mata itu memelihara daripadanya tiap-tiap melihat yang haram, seperti melihat perempuan yang lain daripada isterinya dan sehayanya dan muhrimnya, dan seperti melihat akan y ang muda belia, dan seperti melihat akan aurat laki-laki maka lazimkan olehmu akan memelihara mata engkau kerana firman Allah Taala :
B$ Srd <$U,L " [Um 1I[ATn SZUWT /Fn^T DSQ;d [, on[\ D 0NO sUT Ertinya bersabda olehmu hai Rasulullah bagi sekalian yang beriman pejamkan oleh kamu akan mata kamu daripada barang yang tiada harus bagi kamu melihatnya nescaya memejam oleh mereka itu akan segala mata mereka itu, dan suruh olehmu akan mereka itu dengan memelihara faraj mereka itu nescaya memelihara mereka itu akan segala faraj mereka itu daripada barang yang haram dikerjakan dengan dia, dan yang demikian(memelihara) itu lebih baik bagi mereka itu, bahawasanya Allah Taala sangat mengetahui akan batin yang mengerjakan mereka itu akan dia semacam dengan zahirnya, maka membalas ia akan mereka itu atasnya. Ada pada itu, ini mengajar akan kelakuan yang baik dan memberitahu dan menakutkan. Maka adapun mengajar adab maka firmannya : ( bersabda olehmu bagi bagi sekalian yang beriman nescaya memejamkan mereka itu akan segala mata mereka itu ) daripada barang yang tiada halal memandang kepadanya, Dan dengan ini perkataan menyuruh Allah Taala akan hambanya dengan berkelakuan yang baik, iaitu memelihara matanya daripada melihat yang haram dan memelihara kemaluannya daripada yang tiada halal dikerjakan dengan dia. Maka wajib atas sekalian hamba menjunjung perintah tuhannya dan jika tiada nescaya adalah ia jahat perangai dan patut ia dimurkai dan disiksa dan adapun memberitahu maka firmannya ( bermula demikian memejamkan mata dan memelihara faraj itu lebih membersihkan dan lebih menambahkan bagi mereka itu ) memberitahu Allah Taala dengan ini perkataan atas bahawasanya memejamkan mata dan memelihara faraj itu keduanya sebab bagi membersihkan hati daripada segala dosa dan
sebab bagi membanyakkan pekerjaan kebajikan, dan adapun menakutkan maka firmannya ( bahawasanya Allah Taala sangat mengetahui ia akan batin barang yang mengerjakan kamu akan dia seperti mengetahui ia akan yang zahirnya ) maka selagi membalas ia akan dia, jika ada ia yang baik nescaya membalas ia dengan pahala dan kesenangan dan syurga, dan jika ada ia kejahatan maka membalas ia dengan siksa dan api neraka.