PENYELENGGARAN DAN PEMBAIKAN PERALATAN ELEKTRIK SATU FASAFull description
menerangkan fungsi asas perintang dan jenis jenis perintang yang sering digunakan dalam elektronik
Fundamental InstrumentFull description
kertas penerangan
sekolahFull description
BPP 801 VENDORFull description
plasteringFull description
kp1
kertas peneranganFull description
asdasdasdas
Full description
Hakcipta Kolej Vokasional Seri Manjung
latihan untuk spmFull description
ini adalah ppt mengenai efisiensi peneranganFull description
Audit report of lightning
Full description
Deskripsi lengkap
INSTALASI PENERANGAN
BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
KOLEJ VOKASIONAL …………….
NOTA KULIAH 2 SEMESTER
SEMESTER 3 DVM
SESI
2015/2018
JABATAN
JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRONIK
PROGRAM
DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK / DETN
KOD/KURSUS
ETN 7023- ADVANCED AUDIO VIDEO CIRCUIT
KOMPETENSI
K2
CARRY OUT AUDIO VIDEO PRODUCT TESTING EQUIPMENT IDENTIFICATION
Select test instrument 1.1. Identify test instrument according to product testing requirement. 1.2. Perform connection of test instrument according to equipment requirement. 1.3. Apply safety procedure a ccording to standar d operating proce dure Determine suitable test instrument for specific test KOMPETENSI UNIT
2.1. Identify suitable test instrument according to specification test. 2.2. Conduct suitable test instrument according to specification test. 2.3. Apply safety procedure a ccording to standar d operating proce dure
Identify test equipment for audio video equipment testing 3.1. Check equipment testing manual according testing procedure. 3.2. Perform test audio video equipment according to procedure with suitable test instrument. 3.3. Apply safety procedure a ccording to standar d operating proce dure. Trainee must be able to:
KOMPETENSI PEMBELAJARAN
NO KOD NO KOD JPK
1. Identify audio video product testing and troubleshooting procedure based on service manual. (C3, PLO 1) 2. Perform audio video product testing and troubleshooting by using test equipment based on service manual. (P2, PLO 2) 3. Confirm orally audio video test result based on standard operation manual. (A3, PLO 4) ETN 7023 /K 02/NK 02-07 EDISI 2/JUNE 2017 EE-010-4 DUTY02/TASK2.02 EE-010-4 DUTY03/TASK3.02
MUKA : 01 DARIPADA 16
TAJUK 1 : PENJANA FUNGSI TUJUAN : Kertas penerangan ini bertujuan menerangkan: Pengetahuan asas penjana fungsi Fungsi kawalan penjana fungsi. Kendalian penjana fungsi.
PENGENALAN BENTUK GELOMBANG
KEGUNAAN/APLIKASI
BAHAGIAN/ PERINGKAT
FREKUENSI
Menguji litar logik
Litar logik
Menguji bahagian audio .
Audio
I -3 KHz
Menguji bahagian pesongan penerima TV.
Pesongan
50Hz/5625 Hz
Jadual 1 Bentuk gelombang dan kegunaan penjana isyarat/frekuensi : Penjana fungsi/penjana isyarat berupaya menghasilkan gelombang isyarat dari punca keluarannya. Gelombang isyarat yang dihasilkan dalam bentuk sinus, gerigi dan segi empat seperti Jadual 1. Keluarannya boleh dikesan menggunakan osiloskop, penguat, diod pancar cahaya (LED), pembesar suara dan pembilang frekuensi. Kegunaannya untuk menguji bahagian audio, litar logik dan pesongan penerima TV. Rajah 1 memaparkan gambaran dua buah penjana fungsi dari dua jenama yang berbeza.
2
Rajah 1. Penjana Fungsi BAHAGIAN KAWALAN PENJANA FUNGSI
Rajah 2. Panel hadapan Penjana Fungsi FUNGSI KAWALAN Fungsi kawalan atau bahagian tertentu yang dilebel pada rajah 2 seperti berikut. 1. PWR – (Power) Suis menghidup atau mematikan penjana fungsi. Menyambung atau memutuskan bekalan arus elektrik ke osiloskop.
2. ON Lampu indikator bekalan kuasa. LED menyala ketika set menerima bekalan elektrik atau ketika butang 1 ditekan dan padam apabila bekalan elektrik diputuskan atau butang 1 dilepaskan.
3. RANGE Hz Butang pilihan julat frekuensi 1Hz hingga 1MHz. Satu butang pilihan sahaja perlu ditekan untuk memilih julat frekuensi yang diperlukan
4. FUNCTION Butang untuk memilih rupa bentuk gelombang yang dikehendaki. Pilih satu sahaja bentuk gelombang pada label dan tekan butang yang berkaitan. Penjana fungsi akan menghasilkan keluaran rupa bentuk gelombang sebagaimana yang dipilih. ( Isyarat keluaran boleh didapati dari punca 8 )
5. SKALA PENDARAB Tombol perlu dilaras mengikut arah putaran jam atau sebaliknya untuk memilih nilai pendarab. Penunjuk menentukan nilai pendarab yang dipilih.
3
6. DUTY Jika butang ditekan bentuk gelombang keluaran akan berubah fasa sebanyak 360° dari keadaan asal.
7. ATT Jika butang ditekan amplitud gelombang keluaran akan berkurang -20dB dari amplitud gelombang asal.
8. OUTPUT Soket punca gelombang keluaran penjana fungsi. 50Ω bermaksud punca keluaran hanya sesuai menggunakan kabel penyambung bergalangan 50Ω (kabel RG58).
9. AMPL Tombol pelaras nilai amplitud gelombang keluaran penjana fungsi. Amplitud gelombang keluaran bergantung pada jarak putaran tombol.
MENGENDALI PENJANA FUNGSI 1. Pastikan kesemua butang kawalan dilepaskan dan tombol kawalan dilaras pada aras minima. 2. Sambungkan punca bekalan elektrik 240VAU pada penjana fungsi. 3. Tekan butang 1 PWR dan pastikan lampu penunjuk 2 menyala. 4. Pilih julat frekuensi yang dikehendaki dan tekan butang yang berkaitan. Sebagai contoh :Frekuensi yang dikehendaki dari punca keluaran penjana fungsi (function generator ialah 15 KHz). Butang julat 10K perlu ditekan seperti Rajah 3.
5. Laraskan tombol pendarab seperti pada kedudukan 1.5 seperti rajah 4.
Penunjuk bacaan 1.5
Rajah 4. Tombol pendarab
Darabkan 1.5 (pendarab) dengan 10K (julat frekuensi) yang akan menghasilkan nilai frekuensi yang dikehendaki iaitu15KHz. Frekuensi diperlukan = Pendarab X Julat frekuensi = 1.5 X 10K = 15KHz.
6. Pilih satu bentuk gelombang yang dikehendaki dan tekan butang Rajah 5.
FUNCTION
seperti
Butang gelombang sinus ditekan
Rajah 5. Butang pemilihan bentuk gelombang
7. Sambungkan soket keluaran (OUTPUT-8) dengan menggunakan penyambung B NC dengan kabel RG58-50Ω . Hubungkan sambungan keluaran penjana audio ke punca masukan osiloskop. Setkan osiloskop pada mode yang betul. 8. Laraskan tombol AMPL (9), laras pelaras amplitud ke arah putaran jam dan lihat paparan bentuk gelombang yang terdapat pada skrin osiloskop, seperti Rajah 6.
5
Penyambungan keluaran penjana fungsi ke osiloskop menggunakan penyambung BNC kabel RG58- 50Ω
Rajah 6. Penyambungan penjana fungsi dan bentuk gelombang sinus TAJUK 2 : OSILOSKOP TUJUAN : Kertas penerangan ini bertujuan menerangkan:Pengetahuan asas berkaitan osiloskop Fungsi kawalan. Kendalian osiloskop Cara membaca nilai voltan puncak ke puncak Cara membaca nilai frekuensi
PENGENALAN Osiloskop adalah sebuah alat pengukur yang mampu memaparkan bentuk gelombang pada dua paksi. Paksi tegak dan ufuk. Paparan ini menunjukkan pengukuran voltan dan frekuensi. Rajah 1 adalah gambar sebuah osiloskop.
Rajah 1 Osiloskop dua saluran .
6
KEGUNAAN Kegunaan asas osiloskop adalah untuk mengukur voltan dan frekuensi, walau bagaimanapun ia juga boleh digunakan untuk melakukan pengujian lain. Antara kegunaan osiloskop adalah seperti berikut:Mengesan dan memaparkan bentuk gelombang. Mengukur frekuensi. Mengukur voltan arus terus (DC). Mengukur voltan puncak ke puncak Mengukur beza fasa
BAHAGIAN KAWALAN OSILOSKOP
12 34 5
Surihan bentuk elomban
8
9
10 11
12 13
6 7
14 15 16 1718
19 20
Rajah 2. Panel hadapan osiloskop dua saluran.
Terdapat beberapa kategori osiloskop antaranya satu saluran dan dua saluran. Osiloskop satu saluran terdapat satu punca masukan isyarat dan menghasilkan satu bentuk gelombang sahaja dan tidak mampu mengukur frekuensi yang terlalu tinggi. Osiloskop dua saluran mempunyai dua masukan dan dua paparan bentuk gelombang dalam satu masa seperti dalam rajah 2.
7
FUNGSI KAWALAN Fungsi kawalan atau bahagian tertentu yang dilebel pada rajah 2 seperti berikut.:1. POWER
Suis menghidup atau mematikan penjana fungsi. Menyambung atau memutuskan bekalan arus elektrik ke osiloskop.
2. INTENS
INTENSITY bermaksud keamatan. Mengawal kecerahan surihan
3. LAMPU INDIKATOR Lampu indikator bekalan kuasa. LED menyala ketika set menerima bekalan elektrik atau ketika butang 1 ditekan dan padam apabila bekalan elektrik diputuskan atau butang 1 dilepaskan.
4. TR (Trace Rotation) Pelaras surihan pada kedudukan mengufuk. Untuk menentukan surihan pada posisi tepat mengufuk dan menghasilkan bacaan yang tepat. Jika pelaras TR diputar mengikut arah pusingan jam hasil surihan seperti rajah 3.
Rajah 3
Rajah 4
8
Pelaras TR diputar mengikut arah lawan jam hasil surihan seperti rajah 4.
Rajah 5
Pelaras TR dilaras pada kedudukan tengah akan menghasilkan surihan tepat mengufuk seperti rajah 5.
5. X-POS. (X-Position) Tombol pelaras ufuk. Melaras kedudukan surihan kekiri atau ke kanan. Rujuk rajah 5, 7 dan 8. Rajah 8 menunjukkan tombol pelaras dilaras pada posisi tengah.
Rajah 6. Kedudukan surihan berada di sebelah kanan
Rajah 7. Kedudukan surihan berada di sebelah kiri
9
Rajah 8. Kedudukan surihan berada di tengah 6. TIME/DIV ( time per division) Suis pilihan masa per bahagian. Untuk menentukan tempoh masa yang diambil bagi satu kitar gelombang. Untuk menentukan jumlah bilangan kitar gelombang yang dipapar pada skrin. Rajah 9, menunjukkan suis dilaras pada julat 100ms. Ini bermaksud setiap bahagian atau petak mengufuk bernilai 100ms.
Rajah 9. Suis pilihan TIME/DIV dilaras pada bacaan 100milisaat.
7. Tombol kawalan penentukur ufuk. Tombol mestilah dilaras pada aras maksima putaran jam untuk menghasilkan bacaan frekuensi yang tepat dan ia disetkan pada penentukuran frekuensi.
8. X-MAG – X10 Jika butang ditekan bacaan masa gelombang pada skrin mestilah didarab 10. Kegunaannya untuk membaca frekuensi gelombang yang tinggi.
9. CAL 0.2V 2V ( Calibrate ) Penentukur – Untuk mengenalpasti osiloskop akan menghasilkan bacaan voltan yang tepat apabila digunakan. Punca masukan osiloskop disambungkan pada punca 2V, skrin akan memaparkan gelombang segi empat beninai 2volt p-p.
10. Y-POS. I
Tombol pelaras paksi tegak saluran 1. Melaras kedudukan surihan saluran 1 ke atas atau ke bawah seperti rajah 10 dan 11. Rajah 12 menunjukkan tombol pelaras dilaras pada posisi tengah.
10
Rajah 10. Kedudukan surihan berada di atas
Rajah 11. Kedudukan surihan berada di bawah
Rajah 12. Kedudukan surihan berada di tengah
11
11. GD. CH.l
(GD=Ground) Suis penentu aras rujukan. Apabila keadaan butang seperti rajah 12(a) satu surihan mengufuk (garisan lurus) terhasil pada skrin osiloskop. Garisan tersebut merujuk pada kedudukan asal bentuk gelombang seperti Rajah 13 (a).
Posisi butang GD (a)
Posisi butang GD (b)
Rajah 13. Perbezaan posisi butang GD dan kesan pada bentuk gelombang. 12. VOLTS/DIV ( Volts per division )
Suis pilihan julat VOLTS/DIV (voltan per bahagian). Untuk menentukan nilai voltan satu bahagian atau petak menegak. Rajah 14 menunjukkan suis dilaras pada julat 5V. Ini bermaksud setiap bahagian atau petak menegak bernilai 5volt.
Rajah 14. Suis pilihan VOLT/DIV dilaras pada bacaan 5V. 13. Tombol kawalan penentukur tegak. Tombol mestilah dilaras pada aras maksima putaran jam untuk menghasilkan bacaan voltan yang tepat dan ia disetkan pada penentukuran voltan.
12
14, 15 dan 16 VERT. MODE ( Vertical mode)
Mode tegak – Memilih saluran paparan samada paparan saluran 1 sahaja, dua saluran atau saluran 2 sahaja. Mana-mana saluran yang dipapar di skrin adalah dalam mode tegak. Kedua-dua saluran boleh memaparkan bentuk gelombang secara serentak, tetapi gelombang hanya boleh diubah pada posisi tegak secara berasingan. Manakala pelarasan gelombang pada posisi ufuk ia akan berubah serentak. Jika butang CH l/ll ditekan skrin akan memaparkan bentuk gelombang dari masukan saluran 2 sahaja. Jika butang CH l/ll dilepaskan skrin akan memaparkan bentuk gelombang dari masukan saluran 1 sahaja. Jika butang DUAL ditekan skrin akan memaparkan dua bentuk gelombang yang berasingan dari masukan saluran 1 dan 2. Jika butang ADD ditekan skrin akan memaparkan gabungan dua bentuk gelombang dari masukan saluran 1 dan 2.
17, 18, 19 dan 20 Adalah tombol kawalan untuk saluran 2 dan berfungsi sama seperti kawalan pada saluran 1.
13
MEMBACA GELOMBANG PADA SKRIN OSILOSKOP Rajah 15 menunjukkan cara membaca dan mengira nilai Vpp (voltan puncak ke puncak) dari bentuk gelombang yang di paparkan pada skrin osiloskop.
Menentukan bacaan voltan. Formula :Bacaan voltan =