SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU DARULAMAN Taman Siswa 2, 06000 Jitra, Kedah, Malaysia
KERTAS CADANGAN P E N U B U HA HA N K E L A B D OK OK T OR OR MUD A
TOR GUAN YI
GURU AKADEMIK SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU DARULAMAN
1.0
Pendahuluan
Doktor Muda merupakan murid tahap II di sekolah rendah iaitu murid tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih d an terlatih sebagai ‘Pembimbing Rakan Sebaya’
yang
bertindak
sebagai
pemangkin
kepada
perubahan
pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif dalam kalangan murid sekolah. Doktor Muda ini diberi latihan tentang asas kesihatan bagi menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah. Oleh sebab itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda penting dalam menentukan pelaksanaan kelab tersebut. Sebagai doktor muda, murid harus memiliki kriteria-kriteria, antaranya, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, berkepimpinan, bertanggungjawab, berpengaruh, Penubuhan
suka kelab
menolong ini
dan
merupakan
cemerlang
hasil
dalam
perkongsian
akademik.
bijak
antara
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.0
Matlamat
Matlamat penubuhan Kelab Doktor Muda ini adalah untuk memantapkan murid-murid
dengan
pengetahuan,
kemahiran
dan
pengalaman
mengamalkan amalan sihat dalam kehidupan untuk meningkatkan keseimbangan
jati
diri
berlandaskan
intipati
falsafah
pendidikan
kebangsaan iaitu keseimbangan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seterusnya menjadikan Kelab Doktor Muda sebagai alat signifikan untuk mencungkil dan mengasah bakat sumber modal insan yang berupaya mencapai wawasan sekolah seterusnya wawasan nasional.
3.0
Objektif
Untuk membentuk tabiat kesihatan dalam kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat: 3.1
mengamalkan cara hidup sihat.
3.2
Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat.
3.3
Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.
3.4
Menggalakkan ibu bapa atau pnjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan kanak-kanak.
3.5
Memperkukuh penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar.
3.6
Mempertingkat kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik dalam kalangan murid seklah rendah.
4.0
Rasional
Penubuhan kelab ini adalah selaras dengan aspirasi negara, terutamanya dalam bidang kesihatan. Kadar kesihatan di negara kita menghadapi cabaran yang semakin tinggi dalam arus globalisasi ini. Salah satu faktor kemudaratan kesihatan di negara kita ialah kekurangan pengetahuan dan amalan tentang kesihatan dalam kalangan masyarakat kita. Penubuhan Kelab
Doktor
Muda
ini
menepati
konsep
healthy
setting yang
diperkenalkan bagi tujuan mempertingkatkan pengetahuan dalam aspek kesihatan dan mengamalkan cara hidup sihat. Demi menjamin kesihatan bagi seluruh warganegara di negara ini, penubuhan kelab doktor muda merupakan langkah utama yang konstruktif dan wajar dijalankan. Selain itu, penubuhan kelab ini diletakkan sebagai projek-projek Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman (SKBBD) berkat aspirasi pihak pengurusan sekolah untuk menjadi perintis dalam memperkenalkan
pengetahuan dan amalan kesihatan di negeri Kedah. Oleh itu, kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan daripada pihak pengurusan SKBBD bagi menubuhkan Kelab Doktor Muda.
Berikut merupakan faedah penubuhan Kelab Doktor Muda di sekolah ini: 4.1
Tabiat kesihatan dapat dipupuk dalam kalangan murid pada peringkat sekolah rendah.
4.2
Murid dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.
4.3
Murid dapat belajar menghargai kesihatan.
4.4
Murid
dapat
memperoleh
dan
mengamalkan
kemahiran
berkomunikasi. 4.5
Murid dapat memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan dalam kalangan doktor muda.
4.6
Murid
mendapat
pengalaman
membantu
pasukan
kesihatan
sekolah. 4.7
Kesihatan asas murid, iaitu kebersihan diri & penyakit kulit dipantau.
4.8
Penubuhan kelab ini mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit.
4.9
Murid dapat membentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan kesihatan.
4.10
Persekitaran sekolah dapat ditambahbaikkan bersih dan bebas daripada Aedes.
5.0
Cadangan Nama Kelab
Kelab Doktor Muda SK Bandar Baru Darulaman (KDMSKBBD)
6.0
Logo Kelab
Warna/Logo
Warna Kuning Warna Biru Bulan Sabit Merah Figura Biru Mata Pena Emas Tapak Tangan di Jantung KDMSKBBD Logo Sekolah Moto Kelab
7.0
Maksud
Kesejahteraan hidup Kepimpinan dan kebijaksanaan Pendedahan kesihatan Murid-murid sekolah rendah Ilmu pengetahuan Amalan menjaga kesihatan Kelab Doktor Muda Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman SK Bandar Baru Darulaman “Hidup Sihat, Hidup Cergas, Kami Sedia Membantu”
Moto Kelab “Hidup Sihat, Hidup Cergas, Kami Sedia Membantu”
8.0
Visi Kelab
Badan cergas, otak cerdas, murid cemerlang, sekolah terbilang
9.0
Misi Kelab
Menanamkan amalan penjagaan kesihatan dan menjadi perintis kepada kerjaya perubatan
10.0
Kumpulan Sasaran
Keahlian terbuka kepada murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 yang berminat,
sihat,
kemas,
berpersonaliti
menarik,
berkepimpinan,
bertanggungjawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalam akademik.
11.0
Pemilihan Doktor Muda
Pemilihan doktor muda sekolah dilakukan berdasarkan langkah-langkah berikut: 11.1
Penamaan Calon Doktor Muda 11.1.1 Murid yang berminat diminta untuk mengisi borang permohonan di Bilik Doktor Muda. 11.1.2 Guru penasihat mengedarkan soal selidik kepada muridmurid untuk memilih dan mencatatkan nama murid lain yang mereka merasa selesa untuk berbincang tentang sebarang isu. 11.1.3 Guru kelas menyenaraikan nama murid yang dicadangkan untuk dilantik sebagai doktor muda.
11.2
Pemilihan Doktor Muda 11.2.1 Sekiranya bilangan pencalonan melebihi 40 orang, maka sesi temuduga akan dijalankan untuk membuat penapisan calon-calon. 11.2.2 Sekiranya bilangan pencalonan tidak melebihi 40 orang, maka sesi temuduga akan dijalankan untuk memilih caloncalon yang layak dilantik sebagai doktor muda. 11.2.3 Calon yang terpilih adalah layak untuk mengikuti latihan berdasarkan kandungan dalam modul latihan doktor muda.
12.0
Ahli Jawatankuasa (AJK) Jawatankuasa Induk
Penaung
: Tn. Hj. Ismail bin Hj. Serat (Guru Besar)
Penasihat
: En. Hj. Ab. Aziz bin Shamsudin (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Guru Penasihat
: En. Tor Guan Yi (Guru Akademik)
Jawatankuasa Pelaksana
13.0
Pengerusi
: Murid Tahun 6
Naib Pengerusi
: Murid Tahun 5
Setiausaha
: Murid Tahun 6
Naib Setiausaha
: Murid Tahun 5
Bendahari
: Murid Tahun 5
AJK
: Murid Tahun 4
Pendekatan Kelab
Aktiviti kelab dijalankan melalui kuliah dan aktiviti di luar bilik darjah.
14.0
Kutipan Dana
Semua peserta dikehendaki membayar yuran keahlian sebanyak RM5.00 setahun. (Rujuk Lampiran ?-Perlembagaan Kelab Doktor Muda)
15.0
Kemudahan Tempat Kursus
Bilik Doktor Muda SKBBD
16.0
Perancangan Aktiviti
Berikut merupakan aktiviti tahunan yang akan dijalankan oleh kelab ini: 16.1
Mesyuarat perancangan aktiviti tahunan
16.2
Majlis Pelancaran Senamrobik
16.3
Pelancaran Aktiviti “Senyuman Manis Sepanjang Hayat”
16.4
Persembahan Drama sempena konvokesyen Dr. Muda
16.5
Aktiviti gotong-royong di sekolah
16.6
Tugas sukarelawan sempena Sukan Tahunan
16.7
Jualan cenderahati sempena Hari Guru
16.8
Kempen anti denggi dan anti dadah
16.9
Lawatan ke klinik kesihatan
16.10 Program “Summer Health Camp” 16.11 Aktiviti berbasikal berarak sempena Hari Kemerdekaan 16.12 Pertandingan Tokoh Dr. Muda peringkat sekolah (Rujuk Lampiran)
17.0
Senarai Ahli
Rujuk Lampiran
18.0
Penutup
Kesimpulannya, penubuhan Kelab Doktor Muda memainkan peranan penting dan bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga sekolah tentang amalan hidup sihat. Selain itu, kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam Kelab Doktor Muda mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu dan mengamalkan budaya sihat. Dengan ini diharapkan, kertas kerja ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak pengurusan sekolah. Sekian, terima kasih.
19.0
Tandatangan
Disediakan oleh,
Disemak oleh,
................................
..................................
Tor Guan Yi,
Hj. Ab. Aziz bin Shamsudin,
Guru Penasihat Kelab Doktor Muda,
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Bandar Baru Darulaman,
SK Bandar Baru Darulaman,
06000 Jitra,
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman.
Kedah Darul Aman.
7.0
Kumpulan Sasaran Pelajar yang akan menganggotai “Kelab Doktor Muda”dibuka kepada
semua murid tahap II SKBBD.
8.0
Jadual Latihan
Setiap hari Rabu (3 p.m. – 5 p.m.)
9.0
Anggaran Perbelanjaan
Bil Jenis Tuntutan
1.
Kain Anduh
Jumlah (RM)
50 Unit X RM2
10.0
Peralatan Dan Bahan
Bil.
Alat
Kuantiti
1
LCD
1 unit
2
Papan Putih
1 Unit
3
Rak Buku
2 Unit
4
Pen marker
5 unit
5
Kertas A4
5 unit
RM100.00
12.0
Struktur Organisasi Kelab Doktor Muda (Induk)
Penaung
Tuan Hj. Ismail bin Hj. Serat (Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman) Penasihat
Encik Hj. Ab. Aziz bin Shamsudin (Penolong Kanan Kokurikulum) Pengerusi
Tor Guan Yi (Guru Akademik) Naib Pengerusi
Ling Chuan Jian (Guru Akademik) Setiausaha
Saw Shen Yuan (Guru Akademik) Bendahari
Chai Chong Hao (Guru Akademik)